Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan bersama kembali menghadapi
tugas yang di amanah bagi sesi persekolahan 2018. Sebagai pemimpin instruksional saya dapati
kita sedang berada di landasan yang tepat dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan, iaitu
menjadikan SK Kemahang sebagai sebuah sekolah berpotensi melahirkan insan berkualiti
menjelang akhir 2018. Alhamdulillah kita telah buktikan menjelang 2018 SK Kemahang telah
mencipta nama buatjulung-julung kalinya lulus 100% semua subjek tiga tahun berturut-turut
(2015, 2016 & 2017). Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus demi
merealisasikan impian bersama (sekolah, PIBG, PPD, JPN dan KPM).

Saya juga sangat bersyukur kerana kita warga SKK - murid, guru, pengurusan dan PIBG serta
komuniti setempat sama-sama berganding bahu demi memastikan kejayaan dan kecemerlangan
anak bangsa tercinta. Faktor penentu kejayaan atau kegagalan ini dipikul oleh seluruh warga SKK,
bak kata pepatah arab “Man Jadda Wajada” “Siapa berusaha dia dapat”. Semua ini adalah
tanggung jawab kita bersama, jika kita ingin melihat kejayaan melalui perancangan kita, maka
komitmen yang padu untuk berjaya sepenuhnya perlu di tingkatkan. Kita perlu berkerja keras
untuk mencapai standard yang kita inginkan, mempertingkatkan komitmen, menambah nilai usaha,
mengeratkan ukhwah dan sentiasa mengamalkan budaya kerja terkini secara berpasukan.

Akhir kata, saya amat yakin dengan adanya Buku Perancangan dan Takwim Sekolah ini, kita akan
dapat bertindak dan bergerak serentak dengan lebih mudah dan jelas kerana kita telah diberi
panduan khusus mengikut tugasan dan bidang masing-masing. Buku Perancangan ini bukan sahaja
boleh dijadikan panduan, malah dapat menentukan sasaran kerja supaya kita boleh bertugas
dengan lebih cemerlang bagi mencapai visi dan misi sekolah serta dapat mengangkat dan
memertabatkan pendidikan Negara.

Selamat menjalankan tugas dengan jayanya sepanjang 2018.

Sekian terima kasih, Wasalam

“ BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH”

(SALWA BT HJ. MOHD AMIN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kemahang
27310 Benta, Kuala Lipis Pahang DM

Anda mungkin juga menyukai