Anda di halaman 1dari 2

Kemudahan Rekreasi

Tidak dapat dinafikan lagi kerajaan telah menyediakan banyak


kemudahan rekreasi kepada rakyat Malaysia dan ramai pelancong. Dengan
pertambahan jumlah pelancong dari semasa ke semasa, keperluan
kemudahan rekreasi juga turut meningkat.

Kemudahan-kemudahan rekreasi yang terdapat di Malaysia


termasuklah zoo negara, taman budaya, hutan rekreasi, Taman Bukit Siol,
pusat rekreasi dan sebagainya.

Kemudahan-kemudahan seperti ini diagih-agihkan ke seluruh negeri


dan daerah bagi membolehkan masyarakat setempat menikmati kehidupan
yang lebih selesa dan teratur.Kemudahan-kemudahan seperti ini disediakan
di seluruh daerah dan negeri, dan mudah didatangi oleh orang awam.

Contohnya, Kampung Budaya Sarawak yang berdekatan dengan


Santubong Resort. Ia juga terletak berhampiran pantai dan pusat peranginan.
Kira-kira 1 jam perjalanan dari pusat bandaraya Kuching.

Malangnya, rakyat Malaysia tidak menjaga kemudahan-kemudahan


dengan baik. Antara cara menjaga ialah memegang keselamatan
keselamatan kemudahan rekreasi sebagai tanggungjawab diri sendiri.
Dengan ini, kemudahan rekreasi tidak mudah menghadapi vandalisme.

Selain itu, kita harus melaporkan kerosakan kepada pihak yang


bertanggungjawab supaya kemudahan-kemudahan tersebut juga dapat
dinikmati oleh pengguna-pengguna lain.
Penutup
Kesimpulannya, kerajaan telah menggunakan pembelanjaan yang
banyak untuk menyediakan kemudahan awam dan perkhidmatan social di
Malaysia.

Segala kemudahan dan perkhidmatan tersebut adalah untuk


keselesaan dan kemudahan rakyat semata-mata.

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menghargai segala


kemudahan awam dan perkhidmatan sosial tersebut dan menggunakannya
dengan cara yang betul sebagai tanda kita cinta akan Negara.

Anda mungkin juga menyukai