“Sesunguhnya misal (penciptaan) Isa (Jesus) di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam.
Allah menciptakan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah”
(seorang manusia), maka jadilah dia. (Apa yang telah kami ceritakan itu) itulah yang benar,
yang datang daripada Tuhanmu, kerana itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-
ragu. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan
kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-
anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah
kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-
orang yang dusta. Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tidak ada tuhan selain Allah,
dan sesungguhnya Allah, dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kemudian jika
mereka berpaling (daripada menerima kebenaran) maka sesungguhya Allah Maha Mengetahui
siapa orang-orang yang berbuat kerosakan. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah kepada
suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita
sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula)
sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika
mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-
orang yang menyerah diri (kepada Alah)
“Di dalam tulisan-tulisan Muslim (sic), saya dapati perasaan hormat dan kasih yang mendalam
terhadap Jesus sehinggakan pada waktu itu saya terlupa bahawa saya bukannya sedang
membaca kata-kata seorang penulis Kristian. Adalah menyedihkan melihat betapa berbezanya
cara percakapan dan penulisan penulis-penulis Kristian mengenai Muhammad. Sebabnya
hanyalah satu, kejahilan”
“Segala penipuan yang dilongokkan ke atas lelaki ini (Muhammad) hanya memalukan diri kita
sendiri.”
“Heros and Hero Worship and the Heroic in History, Thomas Carlyle, m.s. 57
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang. Saya bersyukur kepada Tuhan (Allah)
di atas segala kurnianya dan pengetahuan dan kerana membimbing saya kepada Islam. Saya
juga memohon agar Allah melimpahkan keberkatan ke atas Muhammad dan menganugerahkan
kepadanya ganjaran dan kedudukan yang tertinggi di syurga. Saya juga memohon agar Allah
melimpahkan keberkatan ke atas semua para nabi-Nya semenjak permulaan zaman, termasuk
Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Daud dan Isa, dan yang lain-lainnya. Salam ke atas mereka,
mudah-mudahan nama mereka dimuliakan sepanjang zaman.
Buku ini adalah usaha saya yang tidak sepertinya untuk menyusun dan mengumpulkan kerja-
kerja sarjana-sarjana dan penulis-penulis berilmu yang terkenal. Sumbangan saya terhadap buku
ini hanyalah sekadar mengumpulkan kerja-kerja mereka dalam satu penerbitan. Saya ingin
memberikan penghargaan kepada penulis-penulis tersebut: di antaranya adalah Shaik Rahmat-
Allh ibn Khaleel al-Rahman al-Hindi, Shaik Shams al-Deen ibn Kayyam Al-Jawziah, Shaik
Taqiuddin ibn Taymiyyah, Encik Muhammad ‘Ata ur-Rahman, Shaik Ahmed Deedat, Encik
Akkbarally Meherally, Dr. Jamal Badawi, Dr. Muhaddad Ali Alkhuli, dan Encik M.A. Yuseff.
1
Saya tujukan buku ini kepada mereka, tetapi terutamanya, saya tujukan buku ini kepada Allah
Yang Maha Kuasa, dan kepada ibu saya yang mengajar saya bersikap bertolak-ansur dan
berfikiran terbuka, dan kepada ayah saya, yang mengajar saya supaya sentiasa mencari ilmu
selagi saya masih hidup.
Umat Islam digalakkan belajar dan menimba ilmu dan asas penyembahan mereka adalah
gabungan ilmu dan iman, bukannya iman semata-mata. Seorang sahabat Nabi Muhammad
(s.a.w) yang bernama Abu Darda meriwayatkan: aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda:
Umat Islam juga digalakkan mengkaji agama-agama lain dan membandingkannya dengan
Islam. Mereka diperintahkan supaya jangan menjadi golongan yang menerima Islam
berdasarkan keimanan yang membuta tuli, atau sekadar mengikut arus semasa masyarakat.
Sebaliknya, mereka diperintahkan supaya membuat keputusan sediri dan menerima Islam
dengan kefahaman sebenar, setelah mereka mengesahkan ketulinan perintah-perintah Tuhan.
“Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesunguhnya telah jelas jalan yang benar
daripada jalan yang salah”
Atas sebab inilah apabila saya tiba di Amerika dalam tahun 1992, saya mengambil keputusan
untuk menggunakan masa lapang saya mengkaji agama Kristian. Saya berbuat demikian untuk
mengesahkan dakwaan Al-Qur’an yang mengatakan bahawa manusia telah menyelewengkan
Gospel dan Perjanjian Lama. Jika terbukti bahawa Qur’an telah mengadakan penipuan terhadap
Bible, maka saya tahu bahawa Qur’an bukanlah firman Tuhan. Oleh yang demikian, saya telah
membeli versi-versi Bible yang berbeza seperti New Revised Standard Revision (NRSV), King
James Version (KJV atau versi sah’) dan sebagainya. Saya juga telah membeli bahan-bahan
rujukan mengenai Kristian Biblikal dan rujukan-rujukan mengenai Islam. Berbekalkan
maklumat ini, saya memulakan tugas saya, dan Bible telah mengatakan:
1 Tesalonika 5:21
Sebelum, semasa dan selepas penyelidikan saya, saya sentiasa didekati dan diminta menerima
Jesus dan diselamatkan. Pada masa yang sama, pihak-pihak lain bertanyakan saya berbagai
soalan mengenai Islam. Walaupun usaha-usaha untuk mengajak saya menerima Kristian adalah
berniat baik dan saya hargai, saya dapati hujah-hujah mereka adalah longgar kerana biasanya
mereka berasaskan pengetahuan yang amat cetek tentang ajaran-ajaran asas Islam, atau ada
kalanya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ternyata tidak benar apabila dikaji.
2
Di antara salah faham yang popular di barat ialah Islam adalah agama “Arab”, dan penganut-
penganutnya adalah dari Timur Tengah. Hal ini amat jauh daripada kebenaran. Bible
mengandungi himpunan cerita-cerita mengenai nabi-nabi Tuhan sepanjang zaman, dan
walaupun mereka ini mungkin berbeza antara satu sama lain daripada berbagai aspek, terdapat
satu persamaan di antara mereka, iaitu mereka ini semuanya berasal dari Timur Tengah.
Umat Islam percaya akan semua nabi-nabi di dalam Bible. Jika kita mengkaji cerita-cerita
mengenai nabi-nabi di dalam Bible, kita akan dapati bahawa mereka berasal dari daerah Mesir,
Palestin, Siria dan kawasan-kawasan sekitarnya. Muhammad (s.a.w), nabi kepada agama Islam,
juga berasal dari kawasan ini. Baginda dilahirkan di Semenanjung Arab dan di situlah ajaran
Islam diturunkan ke dunia.
Bagaimanapun, sebagaimana agama Musa bukan agama ‘Arab’ semata-mata kerana Musa
berasal dari Mesir, dan Kristian bukan agama ‘Arab’ semata-mata kerana Jesus berasal dari
Palestin, begitu juga Islam bukan agama ‘Arab’. Sebaliknya Islam adalah utusan terakhir Tuhan
kepada semua manusia. Malahan, orang-orang Arab hanyalah 20% daripada 1.2 bilion umat
Islam hari ini.
Di dalam Qur’an, kita diberitahu bahawa Gospel Jesus (a.s) telah melalui suatu siri
pengubahsuaian yang besar setelah pemergiannya sehinggakan 600 tahun kemudian,
pengubahsuaian tersebut telah mencapai tahap yang begitu serius yang mana memerlukan
campur tangan Tuhan. Pada masa inilah utusan Allah yang terakhir untuk semua zaman, iaitu
Islam telah diwahyukan kepada Muhammad (s.a.w). Buku ini cuba mengesahkan kebenaran
dakwaan ini dengan seberapa terperinci yang boleh dalam kekangan keupayaan saya yang
terbatas. Di dalam Al-Qur’an, Allah memerintahkan kita:
Dalam perbincangan yang akan menyusul, saya tidak mendakwa bahawa saya adalah seorang
yang tidak berat sebelah. Bagaimanapun, saya cuba sedaya-upaya saya, dengan kelemahan yang
ada pada saya, untuk mengingati perintah Allah Yang Maha Adil di atas.
Semakin banyak seseorang mempelajari Islam dan Kristian, semakin banyak kelihatan
persamaan di antara kedua-dua agama ini. Kedua-duanya percaya akan Pencipta yang Maha
Berkuasa dan Maha Wujud, yang mencipta langit dan bumi. Penganut Kristian memanggilNya
“Tuhan Bapa”, umat Islam memanggilnya Allah. Kedua-duanya percaya akan rantaian nabi-
nabi yang diceritakan di dalam Bible dan Qur’an. Nabi-nabi tersebut termasuklah Nuh, Musa,
Ibrahim, Jesus dan ramai lagi. Kedua-duanya percayakan syurga dan neraka, dan pengadilan
terakhir oleh Tuhan. Kedua-duanya percaya bahawa Jesus adalah Penyelamat (Al-Masih).
Kedua-dua agama percaya akan kelahiran ajaib Jesus tanpa seorang bapa. Kedua-duanya
percaya akan mukjizat-mukjizat Jesus. Walaupun terdapat banyak persamaan, perbezaan-
perbezaan di antara kedua-duanya cukup besar. Semasa saya mula-mula mengkaji isu-isu ini,
saya cuba mencari suatu rujukan lengkap yang membincangkan isu-isu “Triniti”, “penjelmaan
semula”, “penebusan dosa” dan “dosa asal”. Saya amat terkejut kerana saya dapati tiada satu
rujukan yang membincangkan semua isu-isu ini. Maklumat tersebut, bagaimanapun, terdapat di
dalam banyak buku-buku, buku-kecil, risalah dan yang sepertinya. Ada yang ditulis oleh
penulis-penulis Muslim, yang lainnya ditulis oleh penulis-penulis Kristian.
3
Di pihak Kristian, saya dapati rujukan-rujukannya terbahagi keapda dua kumpulan asas, yang
boleh dikelaskan sebagai teks ‘motivasi’ dan teks ‘ilmiah’. Teks ‘motivasi’ menangani
pengajaran dan pengukuhan doktrin-doktrin Kristian yang telah mantap terhadap pembaca. Teks
ini dimiliki oleh kebanyakan mereka yang selalu ke gereja.
Kategori kedua, iaitu rujukan ‘ilmiah’’, menangani kajian Bible pada tahap yang berikutnya.
Biasanya ia menangani perincian Bible dan kepercayaan Kristian yang lebih halus, melampaui
isu-isu iman dan pengilhaman untuk membincangkan kajian Bible yang lebih mendalam dan
dokumen-dokumen purba Kristian. Kebanyakan daripada buku-buku ini ditulis oleh mereka
yang telah menghabiskan usia mereka mengkaji dokumen-dokumen tersebut untuk
memperolehi segala rahsia berharga dan perincian-perincian rumit yang terkandung di
dalamnya.
Pada mulanya, saya menjangkakan penyelidikan saya akan mengalami kesukaran kerana ia
melibatkan kajian ke atas dokumen-dokumen purba Kristian yang sukar diperolehi. Terbukti ini
tidak benar. Apabila saya mula mencari kebenaran, saya dihujani dengan kajian-kajian Kristian
yang semuanya memberikan satu kesimpulan: bahawa Gereja telah mengubahsuai teks Bible
degan sewenang-wenangnya sepanjang zaman. Mereka dengan sewenang-wenangnya telah
mengubah perkataan-perkataan yang mereka rasakan tidak sesuai dengan kepercayaan yang
telah diterima, menambah ayat-ayat yang tidak wujud ke dalam teks asal untuk mengesahkan
sesuatu doktrin, dan dengan sewenang-wenangnya membuang ayat-ayat yang mereka rasa perlu
dibuang.
Sarjana-sarjana Kristian ini telah mendokumenkan banyak perincian berkenaan kajian semula
ke atas teks Bible. Mereka menunjukkan kepada kita bahawa kecenderungan ini tidak tamat
dengan kemunculan Muhammad (s.a.w) dan ajaran Islam pada kurun ke-7, sebaliknya,
pengubahsuaian, pembetulan dan pengubahan ini berterusan selama beberapa kurun selepas
kewafatan Muhammad (s.a.w), sehinggalah ke hari ini. Kita akan lihat kemudian satu contoh
pengubahsuaian ini ke atas salinan Bible yang tertua yang terdapat dalam dunia Kristian hari
ini, iaitu Codex Sinaitus (daripada tahun 4 Masihi).
Sarjana Kristian telah menunjukkan bahawa selama beberapa abad, dokumen ini telah melalui
lebih 14,800 ‘pembetulan’ oleh sekurang-kurangnya sembilan ‘pembetul’ Kristian yang
berbeza. Memandangkan Bible moden telah disarikan daripada sumber-sumber dokumen
seperti ini, apakah tidak selayaknya untuk kita mengkaji sejarah teknik-teknik pemeliharaan
Bible untuk sampai keapda kata-kata asal Jesus (a.s.) yang tidak diubahsuai?
Sepanjang penyelidikan saya, semakin ketara kepada saya bahawa semakin unggul seorang
penulis Kristian, maka lebih sedar mereka bahawa Bible moden adalah hasil daripada revisi
yang tidak berkesudahan ke atas teks asal selama beberapa abad. Oleh kerana kebanyakan
sarjana-sarjana ini konservetif dalam tradisi seni purba, maka mereka cuba memaafkan tindakan
mereka yang terlibat mengubah teks Bible.
Bagaimanapun, jika seseorang sentiasa perlu mengadakan alasan bagi pihak mereka yang telah
menukar firman-firman Tuhan, dan bersangka baik terhadap tujuan mereka, akhirnya,
konservatif yang paling sabar pun bisa hilang kesabarannya dan merasa kecewa. Dalam
4
bahagian 2.1, kita akan lihat bahawa inilah yang telah berlaku kepada seorang sarjana Kristian
konservatif yang unggul, iaitu Dr. Lobegott Tischendorf.
Pada mulanya, saya berusaha untuk mengumpulkan maklumat dalam satu siri artikel untuk
diterbitkan secara kecil-kecilan di universiti di mana saya belajar ketika itu. Setelah menyiapkan
artikel-artikel tersebut, saya telah mengumpulkannya sebagai satu rujukan yang mana maklumat
terasnya telah dikumpulkan dari sumber-sumber luaran, tetapi saya susun dalam aturan yang
lebih intuitif dan berguna.
Dalam beberapa kes, saya dapati sukar untuk mengubahsuai susunan ayat pengarang asal, maka
saya telah menyalin kata-kata mereka bulat-bulat. Bagaimanapun, saya percaya penyalinan
demikian kurang daripada 5% daripada kandungan buku ini, dengan izin Allah, dan telah
dinyatakan sedemikian. Pengiktirafan diberikan di mana penyalinan ini dilakukan.
Buku ini mengambil pendekatan yang berbeza, iaitu pendekatan Islam dan Qur’an yang suci.
Buku ini akan menunjukkan bahawa Jesus (a.s.) sememangnya seorang Nabi Tuhan, tetapi
ajarannya dilenyapkan oleh mereka selepas pemergiannya atas berbagai sebab. Seterusnya,
buku ini menanggalkan segala lapisan yang mengaburi ajaran asal Jesus (a.s.) sehingga apa
yang tinggal hanyalah kata-kata asal Jesus. Bagaimanapun, untuk sampai kepada ajaran asal
Jesus, kita perlu meletakkan kata-kata Jesus (a.s.) melebihi kata-kata mana-mana manusia
tanpa pengecualian. Jika kita besedia untuk berbuat demikian, barulah kita betul-betul telah
membuka hati dan fikiran kita terhadapnya dan menerima ajarannya.
“Jawab Jesus: “Jika seorang mengasihiku, dia akan menurut perintahku dan Bapaku akan
mengasihinya, dan kami akan datang kepadanya dan diam bersama-samanya”
Yohanes
Saya tidak mahu menipu diri sendiri. Buku ini tidak memberikan jawapan muktamad kepada
semua persoalan. Bagaimanapun, saya berharap agar buku ini akan menarik minat pembaca
untuk membaca Bible dan Qur’an dengan teliti, dan mencari ilmu. Jika ini dapat saya lakukan,
maka tugas saya telah selesai. Terdapat banyak perkara yang ingin saya perkatakan, tetapi saya
perlu menghadkan saiz buku ini.
Oleh itu, saya telah menumpukan perbincangan kepada perbandingan agama antara Islam dan
Kristian untuk membuktikan kebenaran dakwaan Qur’an, dan bahawa Qur’an telah diturunkan
oleh Tuhan yang sama yang telah mengutuskan Jesus (a.s.). Jika saya menambah satu lagi bab,
5
saya akan membincangkan Skrol Laut Mati dengan lebih terperinci oleh kerana ia adalah suatu
yang menarik. Namun, itu adalah tugas untuk suatu masa lain (dengan izin Allah).
Saya juga ingin menarik perhatian pembaca bahawa sistem rujukan yang digunakan di dalam
buku ini perlu dibaiki supaya selaras dengan sistem yang diterimapakai. Bagaimanapun, ini
akan dilakukan kemudian. Walau apa pun, saya percaya apa yang ada sekarang mencukupi buat
masa ini, dan dengan izin Allah, akan dibaiki kemudian.
Saya ingin memperjelaskan beberapa perkara supaya tiada salah faham mengenai keyakinan
dan/atau niat saya:
1. Umat Islam tidak membenci orang Kristian, juga tidak mempunyai niat buruk terhadap
mereka. Salah faham ini meluas di Barat. Umat Islam telah dimaklumkan oleh Qur’an:
Ahli-ahli Kitab (orang-orang Yahudi dan Kristian) juga dipilih oleh Allah di dalam
Qur’an dalam ayat berikut:
“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang
paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan
katakanlah: “Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada
kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu,
dan kami hanya kepadaNya berserah diri”“.
Umat Islam hanya inginkan terhadap penganut-penganut Kristian perkara yang sama
yang diinginkan oleh penganut Kristian untuk umat Islam: supaya kita semua
ditunjukkan oleh Tuhan kebenaran dan dianugerahkan ganjaranNya yang mutlak.
Sekarang sepatutnya telah jelas bahawa Islam bukanlah pengganas bawah tanah yang
bertekad untuk memusnahkan peradaban yang wujud sekarang – ini adalah steroetaip.
Oleh yang demikian, dalam buku ini saya telah berusaha untuk mengelakkan kenyataan-
kenyataan yang boleh disalahfaham sebagai membenci, menghasut atau tidak hormat.
6
“Ramai juga yang telah mengucapkan kesaksian palsu terhadapnya (Jesus),
tetapi kesaksian mereka tidak sesuai antara satu sama lain.”
Markus 14:56
Atas sebab ini, saya telah cuba meminimakan ulasan saya dan membiarkan Bible
‘bersuara’ sendiri sekerap mungkin (contohnya lihat jadual di bahagian 2.2). Mereka
yang telah menetapkan pemikiran mereka terlebih dahulu untuk membenci saya dan
tidak mahu melihat pertentangan-pertentangan ini, tidak kira berapa banyak bukti-bukti
yang dibentangkan diminta berhenti membaca sekarang. Buku ini bukan untuk mereka.
Para pembaca yang bersedia untuk membuka fikiran mereka diminta bersama-sama saya
untuk mencari kebenaran Tuhan.
2. Mungkin terdapat pembaca yang akan tersalah tafsir pernyataan-pernyataan saya dan
beranggapan saya tidak menghormati Tuhan, nabi-nabiNya, Kitab-kitabNya, atau
hawari-hawari [1] asal Jesus. Ini juga tidak disengajakan. Semua ini adalah dosa besar di
dalam Islam. Matlamat buku ini adalah untuk mengemukakan bukti bahawa sarjana-
sarjana Kristian kini telah mula mengiktiraf hal berikut sebagai fakta sejarah: bahawa
mereka yang disangka pengarang Bible bukanlah pengarang sebenar, dan hasilnya, apa
yang mereka tulis mengenai Tuhan, nabi-nabiNya dan pengikut-pengikut mereka tidak
diilhamkan oleh Tuhan atau nabi-nabiNya. Semua dakwaan yang dibuat di dalam buku
ini adalah terhadap pengarang-pengarang ‘di belakang tabir’ ini, bukannya terhadap
Tuhan, nabi-nabiNya, kitab-kitab asalNya, atau hawari-hawari asal.
3. Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, saya bukanlah sarjana dalam bidang
keagamaan, bukan mubaligh, saya juga tiada ijazah dalam bidang pengkajian agama.
Saya menulis buku ini dalam masa lapang saya semasa menuntut ijazah pasca siswazah
dalam bidang kejuruteraan di Amerika. Sumbangan saya yang kecil ini tidaklah
sebanding dengan sumbangan mereka yang arif tentang Islam dan para sarjana yang
berilmu. Namun saya melihat bahwa terdapat banyak kekosongan yang belum diisi dan
saya cuba sedaya-upaya untuk mengisi kekosongan ini. Terdapat banyak kajian yang
lebih lengkap dan mendalam mengenai topik ini yang ditulis dalam Bahasa Arab
(contohnya, “Al-Jawab Assasih“). Bagaimanapun, sementera menanti hasil-hasil kerja
yang hebat ini diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris, saya berharap buku ini boleh
bertindak sebagai pengganti sementara.
4. Apabila saya bercakap mengenai Islam, saya merujuk kepada Islam yang diajar oleh
Muhammad (s.a.w) dan diamalkan oleh pengikut-pengikutnya, yang telah dipelihara
untuk kita melalui tulisan beratus-ratus sarjana Islam dan diturunkan kepada kita melalui
rantaian periwayat yang tidak putus di dalam buku-buku Syariah, Seerah dan Hadith. Ini
adalah Islam yang telah dipelihara di semenanjung Arab (negara asal Muhammad
(s.a.w)) hingga ke hari ini.
Islam ini tidak cuba menentukan taraf manusia tertentu, atau mana-mana kelompok
manusia, ke suatu taraf kuasa ketuhanan yang lebih tinggi daripada manusia-manusia
lain sebagaimana yang diajar oleh pemimpin-pemimpin kumpulan ‘Nation of Islam’ di
Amerika. Pengikut-pengikut ‘Nation of Islam’ diarahkan oleh Louis Farakhan, Elijah
Poole dan W.D. Ward bahawa ‘Islam’ mengajar bahawa terdapat bangsa tertentu atau
warna kulit tertentu yang lebih tinggi martabatnya. Ajaran Islam yang tulin juga tidak
membenarkan kepercayaan pemimpin-pemimpin Shi’ah di beberapa negara (contohnya
Iran) yang percaya bahawa kuasa luar biasa dimiliki oleh manusia tertentu.
5. Bagaimana membaca buku ini: Sebagaimana yang telah dinyatakan, buku ini ditulis
supaya ia lebih lengkap daripada buku-buku bahasa Inggeris lain yang saya dapati
sepanjang penyelidikan saya. Saya telah berusaha memastikan ia mudah dibaca. Saya
7
tidak bermaksud bahawa saya lebih hebat daripada sarjana-sarjana, cuma buku-buku
yang saya perolehi setakat ini tidak memberikan gambaran menyeluruh mengenai Islam,
Kristian dan hubung kait di antara keduanya yang saya ingin lihat di dalam satu rujukan
Bahasa Inggeris. Untuk menjadikan sebuah buku lengkap, buku tersebut akan menjadi
tebal.
Oleh sebab itu, saya telah berusaha untuk membahagikan buku ini kepada beberapa sub-
topik, di mana setiap sub-topik hanya beberapa muka surat panjang, dan oleh itu, buku
ini lebih mudah dibaca. Saya amat menyarankan agar pembaca membaca buku ini dalam
susunan ia ditulis. Ini adalah kerana setiap bab adalah melengkapi antara satu sama lain,
dengan izin Allah, jika dibaca menurut turutan.
Bagaimanapun, saya juga telah berusaha untuk menjadikan setiap bab tidak bersandar
kepada bab-bab lain supaya jika pembaca ingin melompat ke topik yang mereka minati,
mereka boleh berbuat demikian. Untuk pembaca-pembaca ini, satu carta alir disediakan
untuk membantu mereka memilih topik yang relevan dengan menanyakan pembaca
beberapa soalan yang ringkas. Mulakan di bahagian atas carta dan ikuti arahan yang
diperolehi setelah menjawap
soalan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu saya menerbitkan buku
ini, saudara Ahmed Deedat, saudara John Siedlidz, saudara Ammar Amonette, saudara Jamal
Zaraboso, saudara Jamal Badawi, saudara Idris Palmer, saudara Ali Al-Tamimi, saudara Ismael
Mujahid, saudara Dawood Madan, saudara Rafil Dhafir, saudara Abdullah Firdous
Abdulrazzak, saudara Saad Al-Qasim, saudara Abdulaziz AlSubaibani, saudara Mansor
Matbouli, saudara Abdulrahman Al-Ali, saudara Sherif Muhammad, saudara Reza Scholtoen,
saudara Farid Adlouni, saudara Bossem Khalafi, saudara Kamal Mufti, saudara Nader Salah,
saudara Khalisa, dan saudara Ibraheem Pastuszak, yang telah turut sama menyumbang dalam
menyiapkan buku ini, sama ada dengan mencadangkan pengubahsuaian atau pembetulan,
menyemak, menyumbangkan bahan rujukan atau memberikan maklumat tentang orang-orang
yang boleh saya hubungi, atau berbagai aspek lain seperti memberikan komen dan cadangan.
Kepada mereka yang telah membantu dalam projek ini, tetapi tidak saya sebutkan di sini,
maafkan kealpaan ini. Bantuan anda amat saya hargai.
Saya juga ingin megucapkan terima kasih kepada mereka di atas kerana telah menjelaskan ha-
hal ini kepada kita. Mudah-mudahan Allah Yang Maha Berkuasa membimbing kita kepada
kebenaran.
Notakaki:
1. Hawari-hawari merujuk kepada 12 orang pengikut awal Jesus (a.s.) yang dididik oleh beliau
dan bersama-sama beliau sepanjang tempoh beliau berdakwah.
CARTA ALIR
8
Bab 1: Dialog Kristian-Muslim
“Marilah, baiklah kita bertaakul, firman Tuhan”
Yesaya 1:18
9
Penganut Kristian percaya bahawa Jesus (a.s.) telah diutuskan untuk mengajar manusia agama
Tuhan dan menunjukkan mereka jalan selamat. Semua manusia perlu mengikuti ajarannya, dan
hanya mereka yang percaya akan penyaliban dan penebusan dosa akan terselamat. Mereka
percaya bahawa kaum Yahudi juga perlu memeluk agama Kristian kerana Jesus diutuskan
kepada mereka, dan oleh itu, mereka adalah orang yang selayaknya mengiktiraf firman Tuhan
dan tanda-tanda Jesus (a.s.) yang terdapat di dalam kitab mereka.
Sebaliknya, kebanyakan orang Yahudi menuduh bahawa Jesus (a.s.) bukanlah utusan Tuhan,
tetapi adalah nabi palsu, ahli sihir, anak seorang penzina dan berbagai-bagai tuduhan lain.
Mereka mendakwa bahawa tiada ramalan mengenai Jesus (a.s.) di dalam kitab mereka dan
beliau bukanlah Penyelamat/Kristus yang dijanjikan. Penyelamat mereka masih belum tiba.
Atas sebab ini, mereka mendakwa mereka tidak perlu mematuhi Jesus dan tindakan mereka
membunuhnya adalah wajar.
Umat Islam percaya bahawa kedua-dua Musa (a.s.) dan Jesus (a.s.) adalah utusan Tuhan yang
benar. Kami percaya bahawa kedua-dua Musa dan Jesus, serta Nuh, Ibrahim, Yaakob dan nabi-
nabi Tuhan yang lain adalah utusan-utusanNya yang benar, adalah pesuruh Tuhan yang taat
serta maksum. Kami juga percaya akan mukjizat-mukjizat Jesus (a.s.), termasuklah
kelahirannya yang ajaib.
Umat Islam percaya bahawa setiap kali utusan Tuhan wafat, manusia kembali semua kepada
amalan-amalan mungkar sedikit demi sedikit sehingga akhirnya agamaNya diselewengkan.
Apabila ini berlaku, Tuhan Yang Maha Berkuasa mengutuskan seorang nabi baru dan
mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Dengan cara ini, agama Tuhan yang sebenar
sentiasa wujud sehinggalah ke hari kiamat untuk mereka yang mencarinya. Ini boleh dilihat
pada ayat-ayat di dalam Bible seperti Matius 5:17-18:
“Janganlah menganggap bahawa aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran
nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi aku datang supaya semua ajaran
itu berlaku. Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf terkecil sekali pundi
dalam Taurat tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku. ”
Kaum Yahudi memanggil Tuhan dengan nama “Elohiym” atau “Yahweh”, kaum Kristian
memanggilNya “Tuhan” atau “Bapa” [1] atau “Jehovah” dan lain-lain. Umat Islam
memanggilNya “Allah” (dan 99 nama-nama lain yang mulia). Umat Islam percaya bahawa
Allah Yang Maha Berkuasa tidak mengutuskan berbagai-bagai ajaran kepada manusia, tetapi
hanya satu: agama yang menyerah diri kepada kekuasaanNya, keesaanNya dan mengiktiraf
bahawa hanya Dia yang layak disembah. Perincian agama ini disesuaikan untuk sesuatu kaum,
tetapi ajarannya adalah satu: “Allah adalah satu. Sembahlah Dia sahaja.”. Ini jelas dinyatakan
dalam Al-Imran (3):84 yang maksudnya:
“Katakanlah: ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan
apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob dan anak-anaknya, dan apa yang
diberikan kepada Musa, Isa (Jesus) dan para nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak
membezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepadaNyalah kami menyerah diri.’ ”
“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada
kitab yang Allah turunkan kepada RasulNya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya.
Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya
dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.”
10
Qur’an memaklumkan umat Islam bahawa terdapat segelintir manusia yang telah
memutarbelitkan firman Tuhan Yang Maha Berkuasa yang diwahyukan kepada Jesus (a.s.) dan
nabi-nabi sebelumnya setelah kewafatan mereka. Orang ramai telah dipesongkan dengan apa
yang didakwa telah ‘diwahyukan’ oleh Tuhan 100%. Pengubahsuaian-pengubahsuaian yang
dilakukan oleh mereka ini telah menyebabkan percanggahan yang tidak terkira banyaknya di
antara ayat-ayat.
Sebentar lagi kita akan melihat bahawa percanggahan-percanggahan dan pengubahsuaian ini
telah diakui dan didokumenkan di Barat selama beberapa abad. Bagaimanapun, perbuatan
mereka dimaafkan atas alasan bahawa mereka berniat baik, dan hanya cuba untuk
memperjelaskan ayat-ayat yang kabur dan sebagainya, ketika mereka merubah firman Tuhan
(lihat Bab 2). Apa pun alasan mereka, golongan pembela ini lupa akan perintah Ulangan 4:2:
“Janganlah kamu menambahi apa yang kuperintahkan kepadamu dan janganlah kamu
menguranginya, dengan demikian kau berpegang kepada perintah Tuhan, Allahmu, yang
kusampaikan kepadamu.”
“Selain daripada perubahan ortografikal ke atas kaedah penulisan asal yang agak primitif
untuk mengelakkan kesamaran dan memudahkan pembacaan, Koran (Qur’an) yang dicetak
pada abad ke-20 adalah sama seperti Koran yang disahkan oleh Uthman lebih 1300 tahun
dahulu.”
Rev. Profesor David Jenkins, Biskop yang mempunyai kedudukan keempat tertinggi di Gereja
England dan merupakan Biskop kawasan Durham membuat pengakuan berikut:
“ [beberapa peristiwa dalam misi awal Jesus] tidak sepenuhnya benar, tetapi adalah
penambahan kepada cerita mengenai Jesus untuk melahirkan keyakinan mereka bahawa beliau
adalah Penyelamat.”
“London Daily Mail“, m.s. 12, 15 Julai, 1984
Rev. Profesor Vernon Robbins dari Jabatan Kajian Agama di Chandler School of Theology di
Atlanta, Georgia, berkata:
11
“Kata-kata di dalam Bible bukanlah firman sebenar Tuhan. Ia adalah bahasa manusia yang
mewakili firman Tuhan.”
“Popular Mechanics“, m.s. 43, Disember 1996.
“Oleh yang demikian, keempat-empat Gospel, iaitu dokumen-dokumen utama yang perlu kita
rujuk untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh yang diperolehi dari sumber-
sumber lain, kita akan dapati bahannya adalah daripada mutu yang berbeza dari segi
kebolehpercayaannya. Amat tinggi sekali elemen ketidakpastian ini sehinggakan lebih mudah
untuk mengalah dan mengisytiharkan tugas ini sebagai sesuatu yang tidak mungkin dapat
dilakukan. Pemerian sejarah yang tidak konsisten serta beberapa cerita yang tidak munasabah
di beberapa bahagian Gospel membentuk hujah-hujah yang memihak kepada teori dongeng
mengenai Kristian. Bagaimanapun, semua ini ditenggelamkan oleh pertimbangan lain seperti
yang telah saya tunjukkan. Pun begitu, percanggahan dan ketidakpastian yang wujud amat
serius – dan akibatnya hari ini, ramai di kalangan mereka yang tidak meragui kewujudan Jesus
menganggap sebarang percubaan untuk mengasingkan sejarah sebenar daripada legenda dan
dongeng yang terkandung di dalam Gospel sebagai sesuatu yang mustahil, dan mereka memilih
untuk membina semula kisah misi Jesus daripada saki-baki sejarah yang lebih boleh
dipercayai.”
“Kenyataannya, tiada sarjana moden yang serius yang percaya bahawa kata-kata yang
terdapat di dalam Perjanjian Baru adalah rekod kata-demi-kata apa yang telah diucapkan.
Malahan, seorang sarjana konservatif seperti Headlam harus mengakui bahawa kata-kata
tersebut ‘dalam suatu maksud’ – beliau tidak menyatakan dalam maksud apa – adalah
‘karangan’ penulis itu sendiri. … Schimedel, dalam artikelnya mengenai Kisah Rasul-rasul di
dalam Encyclopedia Biblica dengan terus-terang berkata bahawa ‘tiada sebarang keraguan
bahawa di dalam setiap kes, penulis telah membina [kata-kata tersebut] menurut
pemahamannya terhadap keadaan tersebut’. Schweitzer berpendapat bahawa kata-kata di
dalam Kisah Rasul-rasul mungkin ‘berasaskan tradisi-tradisi kata-kata yang telah diucapkan,
tetapi bentuk yang kita dapati hari ini sesungguhnya adalah kata-kata penulis Kisah Rasul-
rasul yang disuaikan menurut pemahamannya terhadap fakta-fakta’“.
“The First Christians“, Rev. Dr. Davies, m.s. 23-24
“Seorang penyalin kadang-kadang menyelitkan bukan apa yang ada di dalam teks, tetapi apa
yang beliau fikiran sepatutnya ada di dalam teks. Beliau mempercayai ingatan yang berubah-
ubah, atau akan menjadikan teks tersebut selari dengan pandangan mazhab ikutannya. Di
samping versi-versi dan petikan-petikan daripada Bapa-bapa Kristian, wujud hampir empat
ribu Greek MSS of the Testament. Hasilnya, terdapat banyak kepelbagaian pembacaan.”
12
“Commentary on the Holy Bible“, m.s. 16
Tidak lama selepas saya tiba di Amerika, saya telah bertemu dengan seorang pemuda Kristian
yang akan saya panggil Encik J. Tidak seperti saya, Encik J adalah seorang Kristian
“profesional”. Beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah, sekurang-kurangnya
di kalangan penuntut-penuntut Islam di universiti saya. Encik J memperkenalkan dirinya kepada
kami melalui surat-surat yang diutuskannya kepada kami, dengan melawat kami di surau, dan
hadir di acara-acara bila mana beliau menyeru kami supaya beriman dengan Jesus (a.s.) dan
menerima pengorbanannya. Encik J menghantar ke surau kami dan kepada saya buku-buku
yang mengandungi tuduhan-tuduhan terhadap Qur’an dan mengutuknya.
Suatu siri perbincangan dalam suasana ramah mesra telah berlangsung di antara kami, dan kami
berpeluang mengenali satu sama lain dengan lebih baik, dan dapat berkawan walaupun
kepercayaan kami berbeza. Bagaimanapun, oleh kerana saya bukanlah seorang alim atau
pendakwah profesional, sebaliknya hanyalah seorang penuntut dalam bidang sains, saya perlu
merujuk kepada para ulama’ yang berdekatan dengan saya.
Yang utama adalah kehendak Allah, dan seterusnya adalah usaha berterusan Encik J, dakwaan-
dakwaannya terhadap Islam dan usaha-usaha ikhlas beliau supaya saya bertukar agama dan
menganugerahkan saya keselamatan, telah menggalakkan saya untuk meningkatkan usaha saya
mengkaji Bible dan Qur’an, dan akhirnya menerbitkan buku ini. Oleh itu, saya bersyukur
kepada Allah yang telah menghantar Encik J kepada saya sebagai anugerah daripadaNya
kepada saya, dan mudah-mudahan kepada ramai yang lain.
Sebelum buku ini ditulis, saya telah menerbitkan satu siri artikel dalam penerbitan tempatan
yang secara beransur-ansur menunjukkan beberapa contoh pengubahsuaian yang dilakukan ke
atas Bible, contohnya bahawa penulis-penulis Bible bukanlah mereka yang didakwa, dan
sedang berusaha untuk menulis mengenai beberapa isu yang asas. Encik J meminta kami
menerbitkan pendapatnya yang menyanggah tulisan saya dan kami bersetuju.
Encik J percaya bahawa contoh-contoh pernyataan yang bercanggah di dalam Bible yang telah
kami bincangkan tidak menggugat asas kepercayaan Kristian sama sekali (lihat contoh-contoh
di dalam Bab 2). Beliau memberikan saya tulisan-tulisan yang ditulis oleh penulis-penulis
seperti Encik F.F. Bruce yang mengatakan:
“… Pentingkah persoalan sama ada dokumen-dokumen Perjanjian Baru boleh dipercayai atau
tidak? Ianya begitu penting sehingga kita perlu menerimanya sebagai suatu rekod sejarah yang
benar.”
dan juga:
“… kisah Jesus yang diturunkan kepada kita mungkin dongeng atau legenda, tetapi ajaran yang
disandarkan kepadanya – sama ada beliau bertanggungjawab ke atas ajaran-ajaran tersebut
atau tidak – mempunyai nilainya yang tersendiri.”
dan seterusnya.
Umat Islam yakin bahawa Jesus (a.s.) adalah satu fakta, bukannya dongeng atau legenda, tetapi
adalah nabi Tuhan yang benar, tetapi kami juga berpendapat bahawa kitab yang diwahyukan
oleh Tuhan tidak seharusnya mengandungi sebarang percanggahan, sama ada dari segi sejarah
dan daripada segi-segi lain. Atas sebab ini, kami tidak percaya bahawa buku ini telah sampai
kepada mereka dalam bentuk asal ia diturunkan.
13
Encik J percaya bahawa persoalan-persoalan seperti siapa sebenarnya penulis buku-buku Bible
tidak penting kepada kepercayaan Kristian dan mencabar kami untuk membuktikan bahawa
asas kepercayaan Kristian adalah salah dan bukanlah ajaran yang diajarkan oleh Jesus 2000
tahun lalu. Sebagai memenuhi permintaannya, beliau diberikan empat soalan ringkas mengenai
kepercayaan-kepercayaan asas Kristian. Beliau diminta mengkaji soalan-soalan ini dengan teliti
dan memberikan jawapannya. Keempat-empat soalan tersebut disenaraikan di bawah. Soalan-
soalan tersebut telah diubah sedikit supaya ia lebih jelas. Bagaimanapun, persoalan asasnya
masih sama.
“Iman” adalah unsur paling asas dan dasar kepada mana-mana doktrin kepercayaan sesuatu
agama. Bagaimanapun, jika anda inginkan seseorang mempercayai sesuatu doktrin dasar yang
anda utarakan, maka anda perlu terlebih dahulu membuktikan kesahihan pernyataan anda
sebelum mengajak seseorang “beriman”. Dengan kata lain, iman adalah penting, tetapi ia tidak
boleh mendahului bukti. Iman hanya muncul setelah bukti dikemukakan. Ini sebenarnya telah
diajar oleh nabi Jesus (a.s.) kepada pengikut-pengikutnya sepanjang hayatnya.
Jesus (a.s.) tidak pergi kepada Farisi, Sadusi dan orang ramai secara tiba-tiba lalu menuntut
supaya mereka mempercayainya tanpa sebarang bukti. Sebaliknya, beliau menunjukkan
mukjizatnya, dan pada masa yang sama menaakul dengan orang ramai dan menggunakan logik
untuk meyakinkan mereka. Bible penuh dengan contoh-contoh bagaimana Jesus bersusah-payah
menjelaskan sesuatu kepada pengikut-pengikutnya, menaakul dengan mereka dan membuktikan
sesuatu kepada mereka.
14
Jelas bahawa jika kita mahukan bukti bahawa seseorang telah mengajarkan sesuatu doktrin,
bukti pertama yang kita mahu lihat adalah apa yang didakwa sebagai kata-kata orang tersebut.
Jika saya percaya bahawa Jesus (a.s.) mengajarkan suatu doktrin dasar seperti “Triniti”, “Anak
Tuhan”, “dosa asal”, atau “penebusan dosa”, maka adalah munasabah untuk saya menjangkakan
beliau telah menyatakan hal-hal tersebut sekurang-kurangnya sekali selama tempoh beliau
berdakwah, tetapi saya akan menjangkakan beliau tidak akan membicarakan hal-hal lain
langsung.
Atas sebab ini, keempat-empat soalan di atas diajukan untuk sampai kepada perintah-perintah
Jesus (a.s.). Jika Jesus benar-benar telah memerintahkan bahawa saya harus menyembah Triniti,
atau saya harus percaya beliau adalah Tuhan, maka saya menjangkakan beliau telah
memberikan arahan tersebut dengan jelas sekurang-kurangnya sekali semasa hayatnya. Jika
beliau menyatakannya sekali, maka adalah munasabah bagi orang lain mengulangi arahan
tersebut beribu-ribu kali. Bagaimanapun, mula-mula saya ingin tahu:
Bible menyatakan:
“Mengapa kamu memanggil aku ‘Tuhan, Tuhan [2]‘, tetapi tidak menurut kata-kataku?’”
Lukas 6:46
Jesus (a.s.) dengan jelas menyatakan bahawa kata-katanya yang mesti dipatuhi dan yang akan
membawa kepada kasih Tuhan. Saya mahu tahu apa yang Jesus katakan supaya saya boleh
mematuhi perintahnya, dan hanya perintahnya. Perintah-perintah orang lain hendaklah sama ada
dipatuhi atau ditolak, tanpa sebarang pengecualian, bergantung kepada keselarasan perintah
tersebut dengan perintah utusan Allah yang agung dan soleh, Jesus anak Maryam. Adakah ini
adil?
Dunia Kristian telah berjaya menyediakan Bible dalam berbagai saiz, bahasa, bentuk dan warna.
Di antaranya adalah suatu siri Bible ‘edisi berhuruf merah’. Bible ini berbeza daripada Bible
konvensional kerana kata-kata Jesus dibezakan daripada teks lain dengan menggunakan dakwat
merah. Ini memudahkan pembaca mencari kata-kata Jesus dan membezakannya daripada kata-
kata orang lain.
Matlamat buku ini adalah untuk mencari bukti daripada teks berdakwat MERAH bahawa Jesus
(a.s.) telah mengajar manusia konsep-konsep agama yang disandarkan kepadanya dan
dinamakan Kristian. Berikutnya, kita akan melihat bahawa bila-bila masa seseorang cuba
mengesahkan doktrin-doktrin tersebut, mereka akan melakukannya dengan menggunakan
perkataan-perkataan berdakwat HITAM, dan tidak pernah menggunakan perkataan-perkataan
berdakwat MERAH.
Qur’an memaklumkan umat Islam bahawa Jesus (a.s.) adalah salah seorang utusan Tuhan yang
paling soleh dan salah seorang yang terpilih di sepanjang zaman. Bagaimanapun, kami juga
diberitahu bahawa beliau bukanlah tuhan, bukan juga anak fizikal Tuhan. Qur’an menyatakan
yang maksudnya:
15
“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman ‘Hai Isa (Jesus) putera Maryam, adakah kamu berkata
kepada manusia:”Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?” [3]. Isa
menjawab: ‘Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku
(mengatakan)nya. Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah
mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa
yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-
ghaib. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan
kepadaku (mengatakan)nya iaitu: “Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu”, dan adalah aku
menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau
wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan
segala sesuatu’.”
Jelas sekali, tidak mungkin kedua-dua dakwaan (Islam dan Kristian) adalah benar. Sama ada
Jesus benar-benar telah memerintahkan manusia untuk menyembahnya, atau beliau tidak pernah
berbuat demikian. Memandangkan tahap pengetahuan saya mengenai Bible tidaklah sebanding
Encik J, saya mengharapkan agar beliau boleh menunjukkan kepada saya di mana Jesus telah
menyatakan hal-hal ini. Oleh kerana isu-isu Triniti, Anak Tuhan, dosa asal dan penebusan dosa
adalah perkara-perkara dasar yang membezakan kepercayaan Islam dan Kristian, saya
mengharapkan agar jawapan kepada keempat-empat soalan di atas membolehkan saya sampai
kepada perintah sebenar Jesus. Jawapan Encik J adalah seperti yang dipaparkan di bawah.
Saya merasa bertuah kerana dijemput untuk berbincang mengenai beberapa perbezaan yang
amat penting di antara Kristian dan Islam. Empat soalan telah diutarakan untuk memperjelaskan
sudut pandangan Bible terhadap suatu siri artikel mengenai Jesus dan Kristian yang diterbitkan
semester lepas.
Pada pendapat saya, keempat-empat soalan tersebut membentuk satu soalan asas. Siapakah
Jesus? Jawapan kepada soalan tersebut dan ajaran pokok yang dipegang oleh pengikut-pengikut
Jesus sejak pemergianNya adalah:
“Tetapi semuanya ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Jesus Anak Tuhan, Penyelamat
yang diutuskan oleh Allah.”
Yohanes 20:31
Ajaran Bible mengenai sifat-sifat Tuhan yang diringkaskan dalam perkataan “Triniti”
adalah berdasarkan kepada kefahaman kami mengenai identiti Jesus, ini adalah
persoalan yang akan saya huraikan di bawah soalan #3.
16
Buat masa sekarang, saya ingin menunjukkan bahawa istilah bagi doktrin Triniti
terdapat di merata-rata tempat di dalam Perjanjian Baru.
Matius 28:19
“Ada berbagai-bagai kurnia daripada Roh Suci, tetapi semuanya diberi oleh
Roh yang sama. Begitu juga ada berbagai-bagai cara untuk mengabadikan diri
kepada Tuhan, tetapi kita mengabdi kepada Tuhan yang sama. Ada berbagai-
bagai cara untuk melakukan kerja bagi Tuhan, tetapi Allah yang sama
memberikan kebolehan kepada setiap orang untuk melakukan kerja masing-
masing.”
I Korintus 12:4-6
“Tuhan Jesus Kristus memberkati kamu, Allah mengasihi kamu, dan Roh Suci
menyertai kamu semua”
II Korintus 13:13
Yudas 20-21
Doktrin Triniti mungkin lebih mudah untuk difahami dari segi hubungannya dengan
penyelamatan Kristian. Penganut Kristian percaya bahawa Tuhan Bapa mahukan kita
berdamai denganNya daripada dosa-dosa dan dia telah mengutuskan Anak, Yang
sempurna kehidupanNya, yang mana kematian Anak ini membolehkan perdamaian.
Mereka percaya bahawa Bapa, atas nama Jesus, telah mengutus Roh Suci yang
menganugerahkan keselamatan Jesus kepada penganut-penganut Kristian, lalu
menyelamatkan mereka serta memberi mereka kekuatan untuk menjalani kehidupan
yang bebas daripada dosa.
Ini bukanlah penjelasan yang menyeluruh, peri pentingnya doktrin ini dalam kehidupan
seorang Kristian dapat dijelaskan dengan memberikan contoh.
17
Di dalam Perjanjian Baru, Jesus diperkenalkan sebagai Anak Tuhan melalui
keistimewaan hubunganNya yang unik dan abadi dengan Bapa, serta melalui
kelahirannya yang unik oleh seorang perawan. Kita perlu memahami bagaimana Jesus
adalah Anak Tuhan. Perjanjian Baru memaklumkan kita:
“Inilah kisah kelahiran Jesus Kristus. Ibuya Maryam bertunang dengan Yusuf.
Tetapi sebelum mereka berkahwin, Maryam sudah mengandung kerana kuasa
Roh Suci. Yusuf seorang yang taat kepada agama, tetapi dia tidak mahu
memalukan Maryam di hadapan umum. Oleh itu Yusuf berniat memutuskan
pertunangan itu secara diam-diam. Yusuf mempertimbangkan perkara itu.
Kemudian di dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya.
Malaikat itu berkata, “Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut
memperisterikan Maryam. Dia mengandung kerana kuasa Roh Suci. Dia akan
melahirkan anak lelaki. Anak itu harus kau namakan Jesus, kerana dia akan
menyelamatkan umatnya dari dosa mereka”.”
Matius 1:18-21
Cara soalan di atas diutarakan seolah-olah Jesus adalah hasil daripada penyatuan fizikal
di antara Tuhan dan Maryam, tetapi maksudnya bukanlah demikian. Peristiwa kelahiran
Jesus yang ajaib adalah melalui perantara Roh Suci. Hasilnya, Tuhan Anak dijelmakan
sebagai manusia; Jesus adalah “manusia-Tuhan”.
3. Pernahkah Jesus berkata di dalam Bible “Aku adalah Tuhan” atau “Sembahlah aku”?
Apa yang membuatkan Jesus menonjol berbanding tokoh-tokoh keagamaan lain adalah
dakwaanNya mengenai diriNya. Beliau memiliki prerogatif Tuhan, berhak ke atas
ketaatan yang tertinggi daripada manusia, menerima tanpa sebarang celaan
penyembahan dan ketaatan mereka yang beriman. Berikut adalah beberapa contoh
berkenaan hal ini.
A) Pengampunan dosa
Di dalam Markus 2:1-12 dapat kita baca kisah Jesus menyembuhkan seorang
lelaki yang lumpuh sebelah kaki. Apa yang menggemparkan orang ramai pada
masa tersebut adalah kata-kata Jesus sebelum menyembuhkan lelaki tersebut.
Markus merekodkan apa yang berlaku apabila Jesus nampak sekumpulan lelaki
membawa lelaki lumpuh tersebut kepadaNya:
“Jesus melihat bahawa mereka sangat beriman. Oleh itu dia berkata
kepada orang lumpuh itu, “Anakku, dosamu sudah diampunkan”.
Beberapa orang guru Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati,
18
“Alangkah beraninya dia mengkufuri Allah! Tidak seorang pun boleh
mengampunkan dosa kecuali Allah!”. Pada ketika itu juga Jesus
mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu dia berkata kepada mereka,
“Mengapa kamu berfikir demikian? Manakah yang lebih mudah:
mengatakan ‘Dosamu sudah diampunkan’, atau, ‘Bangunlah, angkat
tikarmu dan berjalan’?. Tetapi kepada kamu aku akan membuktikan
bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa”.
Lalu Jesus berkata kepada orang lumpuh itu, “‘Bangunlah, angkat
tikarmu, dan pulanglah!”. Di hadapan mereka semua, orang lumpuh itu
bangkit, mengangkat tikarnya, dan segera keluar.”
B) Gelaran
i) Anak Manusia
Jesus sendiri lebih kerap menggunakan gelaran ini. Ia adalah gelaran Messianik
yang diperolehi daripada buku Danial, Perjanjian Lama. Apabila kita membaca
petikan di dalam Danial, dakwaan secara tidak langsung yang Jesus nyatakan
mengenai Dirinya menjadi ketara:
“Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan
awan-awan dari langit seorang anak seperti manusia; datanglah ia
kepada yang lanjut usianya itu, dunia dibawa ke hadapannya. Lalu
diberikan kepadanya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan sebagai
raja, maka orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa
mengabdi kepadanya. Kekuasaannya ialah kekuasaan yang kekal, yang
tidak akan lenyap, dan kerajaannya ialah kerajaan yang tidak akan
musnah.”
Danial 7:13-14
“Jesus diam sahaja dan tidak mahu berkata sepatah pun. Sekali lagi
imam agung bertanya kepadanya, “Kamukah Penyelamat yang diutuskan
oleh Allah, Anak Allah Mahu Suci?”. Jesus menjawab, “Ya! Kamu
semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang
Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!”.”
Markus 14:61-62
19
Pada kemuncak suatu perdebatan yang panjang, Jesus telah mengatakan yang
berikut mengenai diriNya:
Yohanes 8:56-59
Apa yang mengejutkan mengenai dakwaan di atas adalah dua perkataan “aku
sudah ada”. Ini adalah perkataan yang telah Tuhan gunakan untuk diriNya
semasa Dia menyeru Musa:
Keluaran 3:14
D) Jesus disembah
Yohanes 9:35-38
Matius 28:16-17
Di dalam dialog di antara Jesus dan Thomas yang masih ragu-ragu, kita dapati:
Yohanes 20:27-29
Adakah Jesus mengatakan “Aku adalah Tuhan”? Tidak, kerana itu akan
menimbulkan salah faham. Jesus bukan Bapa (seperti yang akan difahami
oleh mereka yang mendengar). Jesus adalah Anak. Bagaimanapun, jelas
sekali Jesus menyatakan wujud suatu hubungan yang unik dengan Tuhan
yang Jesus panggil “Bapa”. Pengakuan Jesus mengenai diriNya, mukjizat
yang Dia lakukan, pernyataan-pernyataanNya seperti yang dipetik di atas,
dan reaksi yang Dia terima daripada orang ramai menjelaskan kepada
kita maksud hubungan Anak Tuhan secara beransur-ansur.
4. Jika dapat dibuktikan dengan menggunakan Bible bahawa Jesus bukan Tuhan, bukan
juga zuriat Tuhan, dan juga bahawa Triniti tidak wujud, adakah ini akan membuktikan
bahawa terdapat segelintir manusia tidak berprinsip yang telah menyelewengkan firman
Tuhan?
Ajaran Kristian mengenai Jesus berkisar sekitar tiga fakta: penjelmaan, penyaliban dan
kebangkitan semula. Bukti daripada Bible, atau mana-mana sumber lain bahawa mana-
mana satu daripada ketiga-tiga fakta ini tidak benar, maka tonggak ajaran ini akan
roboh. Kebanyakan “bukti-bukti” yang dikemukakan biasanya melaga-lagakan satu
petikan kitab dengan petikan lain, dan biasanya dengan mengambil makna di luar
konteks. Saya percaya bahawa konteks sentiasa akan mewajarkan pemahaman mengenai
Tuhan dan Jesus yang cuba diterangkan.
Saya akhiri dengan mengajak pembaca membaca sendiri Bible, terutamanya salah satu
Gospel. Saya percaya kata-kata dan amalan-amalan Jesus akan meyakinkan pembaca
untuk menerimaNya sebagai Tuhan dan Penyelamat serta melaluiNya, memperolehi
kepuasan kerohanian yang dicari-cari oleh ramai orang pada hari ini.
21
(Nota: Mulai dari sini, Bab 1 adalah huraian jawapan kepada surat Encik J.)
Terima kasih kepada Encik J di atas suratnya yang amat merangsang fikiran. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih atas maklumat yang anda berikan. Dalam perbincangan seterusnya,
saya telah berusaha keras untuk mengelakkan perkataan-perkataan yang tidak sopan atau yang
dianggap sebagai kurang hormat. Ini adalah perbincangan akademik, bukan temasya baling
lumpur. Bagaimanapun, saya adalah manusia biasa.
Jika terdapat sebarang keterlanjuran, saya terlebih dahulu memohon maaf. Ia tidak
disengajakan. Saya juga sedar bahawa jawapan ini agak panjang untuk dibaca sekali gus. Akan
tetapi, saya meminta pembaca untuk cuba berbuat demikian, dan untuk tidak membuat sebarang
penilaian sehinggalah anda telah mendapat suatu gambaran yang lengkap. Berikut adalah
jawapan saya.
Ketiga-tiga agama, iaitu Judaisma, Kristian dan Islam, kelihatannya berkongsi satu konsep
dasar: percaya bahawa Tuhan adalah suatu Kewujudan Yang Tertinggi, Pencipta dan
Pemelihara alam semesta. Konsep ini dikenali sebagai “Tauhid” di dalam Islam; ia adalah
konsep Keesaan Tuhan seperti yang ditegaskan oleh Musa (a.s.) dalam petikan Biblikal yang
dikenali sebagai “Sheema“, atau “Jewish Creed of Faith“.
“Dengarlah, hai orang Israel. Tuhan itu Allah kita, Tuhan itu esa!”
Ulangan 6:4
Ini diulangi oleh Jesus (a.s.) hampir perkataan-demi-perkataan 1500 tahun kemudian apabila
beliau berkata:
“… Inilah perintah yang paling utama, Dengarlah hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah
Tuhan Yang Esa”
Markus 12:29
Muhammad (s.a.w.) muncul 600 tahun kemudian mengulangi ajaran yang sama:
“Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia, …”
Al-Qur’an, Al-Baqarah (2):163
Kepercayaan Kristian menyimpang daripada konsep Keesaan Tuhan kepada doktrin yang kabur
dan penuh misteri yang dirumuskan pada abad keempat Masihi (sila rujuk perincian sejarah di
bahagian 1.2.5). Doktrin ini, yang menjadi sumber kontroversi yang berterusan di dalam dan di
luar agama Kristian, dikenali sebagai Doktrin Triniti. Secara ringkas, doktrin ini menyatakan
bahawa Tuhan adalah gabungan tiga tuhan individu — Bapa, Anak dan Roh Suci — kepada
satu tuhan.
Penganut Kristian perlu berwaspada daripada mengatakan yang mereka menyembah tiga tuhan
kerana ini adalah penyelewengan yang paling berat. Penganut Kristian diperintahkan supaya
merujuk kepada ketiga-tiga elemen ini sebagai SATU Tuhan. Dalam bab-bab berikutnya, kita
22
akan lihat bahawa kepercayaan ini mula-mula ditulis di dalam “Creed of Nicea” pada tahun 325
CE. Antara lain, ia mengatakan:
“Sesiapa yang ingin diselamatkan mesti terlebih dahulu menerima kepercayaan Katolik. Jika
seseorang tidak menerima kepercayaan ini dengan menyeluruh, beliau akan sesat buat selama-
lamanya. Berikut adalah kepercayaan Katolik: kita menyembah satu tuhan di dalam Triniti dan
Triniti dalam kesatuan. Kita membezakan di antara individu, tetapi tidak membahagikan sifat
[4]. Kerana Bapa adalah tersendiri, Anak adalah tersendiri, dan Roh Suci adalah tersendiri.
Pada masa yang sama, Bapa, Anak dan Roh Suci adalah satu tuhan, sama mulia, dan setara
daripada segi keagungannya yang abadi. Anak adalah seperti Bapa dan Roh Suci adalah
seperti Bapa. Bapa tidak dicipta, Anak tidak dicipta, dan Roh Suci tidak dicipta. Bapa tidak
terbatas, anak tidak terbatas dan Roh Suci tidak terbatas. Bapa adalah abadi, Anak adalah
abadi, dan Roh Suci adalah abadi. Bagaimanapun, tiada tiga kewujudan abadi, tetapi satu
kewujudan abadi. Maka bukanlah tiga kewujudan yang tidak dicipta, bukan juga tiga
kewujudan yang tidak terbatas, tetapi satu kewujudan yang tidak dicipta dan satu kewujudan
yang tidak terbatas. Begitu juga Bapa adalah maha berkuasa, Anak adalah maha berkuasa,
dan Roh Suci adalah maha berkuasa. Maka Bapa adalah Tuhan, Anak adalah Tuhan dan Roh
Suci adalah Tuhan. Tetapi tiada tiga Tuhan, tetapi satu Tuhan. Bapa adalah Allah, Anak
adalah Allah dan Roh Suci adalah Allah. Tetapi tiada tiga Allah, tetapi satu Allah. Menurut
kebenaran Kristian, kita mesti mengakui bahawa setiap satunya adalah Tuhan, dan menurut
agama Kristian, kita ditegah mengatakan terdapat tiga tuhan atau allah … Tetapi keseluruhan
ketiga-tiga orang sama abadi dan setara antara satu sama lain… Oleh yang demikian, seperti
yang telah diterangkan, kita menyembah satu kesatuan Triniti yang lengkap dan Triniti adalah
satu. Ini adalah apa yang seseorang yang ingin selamat mesti percaya mengenai Triniti… Ini
adalah kepercayaan Katolik. Setiap orang mesti mempercayainya, dengan teguh, bersungguh-
sungguh, jika tidak beliau tidak dapat diselamatkan. Amin.”
Terdapat banyak dan pelbagai mazhab Kristian. Bagaimanapun, majoriti penganut Kristian di
serata dunia percayakan empat konsep asas berikut:
1. Triniti,
2. Ketuhanan Anak, Jesus (a.s.),
3. Dosa asal, dan
4. Kematian “Anak Tuhan” di batang salib untuk menebus dosa asal Adam.
Perkara-perkara lain berkisar di belakang. Seorang Kristian boleh diselamatkan dan memasuki
syurga dengan hanya mempercayai fahaman di atas. Menurut St Paul, undang-undang dan
rukun-rukun Tuhan sebelum ini tidak bernilai; kepercayaan ringkas ini menjamin keselamatan
abadi. Contohnya, St. Paul dipetik berkata:
“Kesimpulannya begini: seseorang berbaik semula dengan Allah, kerana dia percaya kepada
Jesus Kristus, dan bukan kerana dia melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat”
Rom 3:28
Kata-kata St. Paul disanjung tinggi oleh dunia Kristian, dan hal ini boleh difahami
memandangkan beliau adalah penulis utama buku-buku Perjanjian Baru. Walau sebesar mana
pun peranan St. Paul dalam menakrifkan dan menyebarkan agama Kristian, dalam menghormati
ajaran-ajaran St Paul perlu diingat bahawa beliau sama sekali tidak setaraf dengan Jesus.
Perintahnya juga tidak boleh diutamakan berbanding perintah Jesus jika ajarannya didapati
23
berbeza. Tidak seorang pun, sama ada Paul, mahu pun hawari Jesus, yang diberikan keutamaan
kerana mereka hanyalah orang bawahan Jesus.
Bagaimanapun, seandainya kita mengkaji agama yang hari ini dikenali sebagai “Krist”ian, kita
akan dapati bahawa ia adalah merupakan tafsiran peribadi St Paul berkenaan dengan apa yang
beliau percaya adalah agama Jesus (a.s.). Kristian pada hari ini hanyalah tafsiran kata-kata
Jesus (a.s.) dalam konteks yang diajarkan oleh Paul dan bukan sebaliknya, seperti mana
yang sepatutnya. Kita menjangkakan bahawa agama Kristian adalah ajaran-ajaran Jesus (a.s.),
dan ajaran-ajaran Paul atau sesiapa yang lain sepatutnya diterima atau ditolak berdasarkan
keselarasannya dengan ajaran-ajaran Jesus.
Sebaliknya, kita akan lihat bahawa sepanjang hayatnya, Jesus (a.s.) tidak pernah menyebut
tentang dosa asal, mahu pun penebusan dosa. Beliau tidak pernah meminta sesiapa
menyembahnya, tidak pernah mendakwa dirinya sebahagian daripada Triniti. Kata-kata dan
amalannya adalah kata-kata dan amalan-amalan seorang utusan Tuhan yang patuh, taat serta
mematuhi perintah-perintah Tuhannya sepenuhnya, dan hanya mengarahkan pengikut-
pengikutnya agar melakukan perkara yang sama dan menyembah Tuhan sahaja (Yohanes 4:21,
Yohanes 4:23, Matius 4:10, Lukas 4:8 dan lain-lain).
Analisa berikut adalah satu daripada banyak contoh bahawa kata-kata Paul lebih diutamakan
daripada kata-kata Jesus. Jesus (a.s.) dikatakan telah bersedia untuk dijadikan korban di salib
sejak permulaan masa dan bersedia untuk menjadi mangsa (jika tidak, kita akan mendakwa
Tuhan adalah kejam dan suka menyeksa kerana memaksa Jesus mati dalam keadaan yang
terseksa). Bagaimanapun, bila-bila masa Jesus (a.s.) ditanya mengenai jalan ke “hidup yang
abadi”, beliau sentiasa menyuruh pengikut-pengikutnya “mematuhi rukun-rukun” dan tidak
lebih daripada itu (Matius 19:16-21, Yohanes 14:15, Yohanes 15:10).
Beliau tidak pernah sekali pun menyebut mengenai dosa asal atau penebusan dosa. Malah,
apabila didesak mengenai jalan ke “KESEMPURNAAN”, beliau hanya menyuruh pengikut-
pengikutnya menjual semua harta mereka. Beliau meninggalkan bumi ini dengan memberikan
amaran keras kepada pengikut-pengikutnya:
“Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekali pun di dalam
Taurat, tidak akan dihapuskan jika semua belum berlaku. Oleh itu, sesiapa melanggar hukum
yang paling tidak penting sekali pun, serta mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu
akan menjadi yang paling tidak penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah.
Sebaliknya, sesiapa mentaati Taurat dan mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan
menjadi penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah.”
Matius 5:18-19
“Tetapi lebih mudah bagi langit dan bumi ini lenyap daripada satu titik pun dalam Taurat
ditiadakan.”
Lukas 16:17
Yohanes 14:15
24
Nyata sekali bahawa langit dan bumi belum musnah. Hakikat bahawa anda sedang membaca
buku ini adalah buktinya. Jesus (a.s.) memberitahu kita bahawa selagi dunia ini wujud, rukun-
rukun mesti dipatuhi oleh pengikut-pengikutnya. Sehingga ke akhir zaman, sesiapa yang berani
menyanggahnya digelar “yang paling tidak penting antara orang yang menikmati
Pemerintahan Allah“. Jesus (a.s.) tahu bahawa manusia akan cuba menyelewengkan dan
memansuhkan rukun-rukunnya, dan rukun-rukun Musa (a.s.), yang beliau arahkan pengikut-
pengikutnya agar patuh; rukun-rukun yang beliau sendiri patuhi sehinggalah peristiwa
penyaliban, dan beliau telah memberi amaran keras kepada pengikut-pengikutnya supaya
berwaspada terhadap mereka yang berbuat demikian.
“Dan (ingatlah) ketika Isa (Jesus) putera Maryam berkata: ‘Hai Bani Israel, sesungguhnya aku
adalah utusan Tuhan kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat…”
Tidak lama selepas itu, Jesus berlalu. Muncul Saul dari Tarsus (St Paul) yang tidak pernah
bertemu Jesus (a.s.), yang mengaku telah menindas pengikut-pengikut Jesus (a.s.) dengan
berbagai cara, dan membunuh mereka. Tiba-tiba pada suatu hari St Paul menerima visi daripada
Jesus (a.s.) lalu hidupnya terus berubah. Melalui kuasa visi-visinya, beliau
mempertanggungjawapkan dirinya untuk menyebarkan ajaran Jesus ke seluruh dunia dan
menjelaskan maksud sebenar ajaran Jesus.
Paul mendakwa bahawa hukum Tuhan yang diajarkan oleh Musa (a.s.) tidak bernilai, telah
lapuk, dan hampir lenyap, serta keimanan terhadap penyaliban adalah satu-satunya kepercayaan
yang perlu diimani oleh seorang Kristian untuk memasuki syurga (Rom 3:28, Ibrani 8:13 dll.).
Siapakah yang dipatuhi oleh penganut-penganut Kristian, Jesus atau Paul? Mereka mematuhi
Paul. Mereka menerima kata-kata Paul bulat-bulat dan kemudian ‘menafsirkan’ kata-kata Jesus
dalam konteks kata-kata Paul. Tidak seorang pun yang mengambil kata-kata Jesus (a.s.) bulat-
bulat dan menjelaskan kata-kata Paul dalam konteks kata-kata Jesus.
Menurut sistem yang menjelaskan kata-kata Jesus dalam konteks ajaran-ajaran Paul, Jesus tidak
pernah memaksudkan apa yang beliau katakan. Sebaliknya beliau bercakap dalam bentuk
perumpamaan yang tidak boleh diambil secara harfiah. Malah apabila mereka cuba untuk
memetik kata-kata Jesus untuk mengesahkan ajaran-ajaran Paul mengenai dosa asal, penebusan
dosa dan sebagainya, mereka tidak pernah memetik kata-kata Jesus yang jelas dan muktamad
yang mengesahkan ajaran-ajaran tersebut.
Sebaliknya, mereka akan mengatakan “Apabila Jesus bercakap mengenai penghijrahan, beliau
sebenarnya bercakap mengenai penebusan dosa“, dan seumpamanya. Adakah kita dikehendaki
percaya bahawa hanya Paul sahaja yang dapat menyatakan fikirannya secara jelas dan
muktamad sementara Jesus (a.s.) tidak dapat menyatakan fikirannya dengan jelas dan
muktamad sehinggakan beliau memerlukan pentafsir untuk menjelaskan maksud “sebenar”
kata-katanya, serta menjelaskan sesungguhnya apabila beliau bercakap mengenai rukun, beliau
tidak bercakap mengenai “rukun“, sebaliknya mengenai rukun kerohanian. Pentafsir inilah yang
akan menerangkan rukun kerohanian ini kepada anda yang mana Jesus tidak dapat
menerangkannya dengan jelas.
Agak menarik untuk diperhatikan bahawa Jesus tidak bercakap dalam bentuk perumpamaan
semasa beliau mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk mematuhi rukun-rukun, sebaliknya
beliau memperkatakan mengenai rukun sebenar yang diajarkan oleh Musa. Ini dapat dilihat
25
dengan jelas apabila membaca Lukas 18:20 di mana Jesus telah menyatakan dengan jelas apa
yang beliau memaksudkan dengan “mematuhi rukun-rukun”.
“Dan aku (Jesus) datang kepadamu membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk
menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu
membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah
dan taatlah kepadaku“.
Saya telah cuba mencari jawapan yang logikal kepada teka-teki ini dengan mengutarakan
soalan-soalan berikut kepada seorang paderi Kristian yang dihormati.
1. Menurut kepercayaan anda, Jesus telah dipersiapkan untuk “penebusan dosa” sejak
permulaan masa. Beliau seharusnya tahu hal ini akan berlaku.
2. Apabila beliau ditanya mengenai jalan ke “hidup yang abadi” (contoh, Matius 19:16-
22), beliau secara konsisten hanya memberitahu pengikut-pengikutnya untuk “mematuhi
rukun-rukun” sebagaimana beliau telah “mematuhi rukun-rukun bapanya” dan
sebagainya.
3. Walaupun didesak untuk sesuatu yang lebih, beliau hanya menyuruh pengikutnya untuk
menjual harta benda mereka untuk menjadi SEMPURNA.
4. Beliau tidak pernah menyebut “penebusan dosa” dan/atau “dosa asal”, walaupun sekali.
5. Rukun-rukun yang beliau nyatakan adalah rukun-rukun Musa, bukan rukun “rohaniah”.
Ini dapat dilihat di dalam teks itu sendiri, di mana Jesus menyatakan beberapa rukun
Musa satu per satu dengan jelas.
6. St Paul yang merupakan murid kepada hawari Jesus yang dipatuhi oleh penganut
Kristian, bukannya Jesus. Ajaran-ajaran Jesus dijelaskan dalam konteks ajaran-ajaran
Paul, dan bukan sebaliknya.
Bila sahaja soalan ini diutarakan kepada paderi Kristian, jawapannya hampir sentiasa sama:
“kata-kata Jesus tidak boleh diambil secara harfiah“. Dalam Rom, St Paul mengatakan bahawa
…”, atau, “Benar, tetapi dalam Galatia, St Paul berkata …”, atau “Dalam Korintus, St Paul
memberitahu kita bahawa …”. Namun soalan saya adalah: di manakah JESUS mengatakannya?
Di manakah dakwat MERAH yang mengatakannya? Tidakkah kuasa St Paul datangnya daripada
Jesus?
Saya mahukan suatu pernyataan yang jelas daripada Jesus sendiri di mana beliau mengesahkan
dakwaan-dakwaan Paul, dan hanya dengan cara ini saya dapat menerima dakwaan Paul bahawa
beliau sesungguhnya mengajar “ajaran-ajaran Jesus”. Jika Jesus mengatakannya sekali, maka
saya boleh menerima Paul mengulanginya seribu kali. Bagaimanapun, kita akan lihat bahawa
sepanjang hayatnya Jesus tidak pernah, walaupun sekali, mengesahkan ajaran-ajaran Paul.
Berbalik kepada persoalan asal, anda akan dapat lihat bahawa jawapan Encik J tidak
mengandungi beberapa ayat-ayat dasar yang biasanya dipetik oleh mana-mana penganut
Kristian untuk mempertahankan Triniti dan isu-isu lain. Pembaca mungkin akan beranggapan
bahawa Encik J kurang arif mengenai Bible. Sebenarnya tidak. Pekerjaan beliau memerlukan
beliau tahu ayat-ayat tersebut. Sesungguhnya, saya dan Encik J telah berutus surat selama
beberapa bulan apabila beliau meminta supaya pandangannya diterbitkan. Dalam surat-
menyurat tersebut, banyak ayat-ayat dasar telah dibincangkan dengan terperinci dan disangkal
atas berbagai sebab. Itulah sebabnya beliau tidak memetik ayat-ayat tersebut di sini.
26
Bagaimanapun, untuk manfaat semua, saya akan membincangkan ayat-ayat tersebut, dan juga
ayat-ayat yang beliau petik.
Sebelum saya mengemukakan jawapan saya, saya ingin menetapkan beberapa peraturan asas.
Semua Bible yang wujud pada hari ini memberitahu kita bahawa penganut-penganut Kristian
telah diajar oleh Jesus (a.s.) sendiri:
“Jesus menjawab, “Inilah perintah yang pertama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah
kita, Dialah Tuhan Yang Esa. Kasihilah Tuhan Allah kamu dengan sepenuh hati, dengan
segenab jiwa, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatan kamu’.”
Markus 12:29-30
dan,
“Allah adalah Allah yang suka kepada ketertiban, bukan kepada kekeliruan”
1 Korintus 14:33
Maka, tidak seperti ajaran kebanyakan orang, Jesus (a.s.) tidak mahu pengikut-pengikutnya
menerima apa sahaja yang diajar atas dasar “iman buta“. Sebaliknya, beliau mahu pengikut-
pengikutnya menerima sesuatu “dengan seluruh akal“. Beliau mahu kita BERFIKIR untuk
memelihara ajaran-ajarannya daripada diselewengkan. Marilah kita menurut ajaran utusan
Allah, Jesus (a.s.) dan lihat ke mana kita akan dibawa oleh kebenaran dan akal kita.
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu
mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa (Jesus) putera
Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang terjadi dengan) kalimatNya yang disampaikanNya
kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah
dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: ‘(Tuhan itu) tiga’, berhentilah (daripada
ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci
Allah daripada mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya.
Cukuplah Allah untuk menjadi Pemelihara.”
“Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang
mati)? Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu
27
telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka
sifatkan.”
“Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang lelaki (budak) yang dimiliki oleh beberapa
orang yang berserikat dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh
seorang lelaki (sahaja). Adakah kedua-dua budak itu sama halnya? Segala puji bagi Allah
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
Dalam perkataan lain, yang manakah lebih membawa kepada keharmonian: seorang pekerja
yang mempunyai dua majikan yang sentiasa bertelagah, atau seorang pekerja yang mempunyai
hanya seorang majikan?
“Dan katakanlah: ‘Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai
sekutu dalam kerajaanNya dan tidak mempunyai penolong (untuk menjagaNya) daripada
kehinaan dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.”
“Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada Tuhan (yang lain)
besertaNya, kalau ada tuhan besertaNya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk
yang diciptakannya, dan sebahagian daripada tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian
yang lain. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sifatkan itu. Yang mengetahui semua
yang ghaib dan semua yang nampak, maka Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka
persekutukan.”
Konsep “Triniti” yang asalnya disadur oleh Kristian tiga abad selepas pemergian Jesus (sila
rujuk perincian sejarah di penghujung bab ini) dan diajarkan kepada penganut-penganut
Kristian adalah penggabungan tiga entiti kepada satu entiti yang serupa, yang pada masa yang
sama kekal sebagai tiga entiti yang tersendiri. Dengan perkataan lain, tiga jasad bergabung
menjadi satu jasad supaya mereka membentuk satu entiti, tetapi pada masa yang sama
menunjukkan ciri-ciri tiga entiti yang tersendiri dan berlainan. Ia digambarkan sebagai “suatu
misteri”.
Seperti mana yang telah dinyatakan, takrifan Triniti yang pertama dikemukakan pada abad
keempat seperti berikut: “…kita menyembah satu tuhan di dalam Triniti dan Triniti adalah
satu… kerana hanya terdapat satu orang daripada Bapa, satu lagi daripada Anak, dan satu
28
lagi daripada Roh Suci, semuanya adalah satu… Tiada tiga Tuhan, tetapi satu Tuhan… ketiga-
tiga orang sama abadi dan setara antara satu sama lain. Oleh yang demikian seseorang yang
mahu diselamatkan mesti mengimani triniti…” (Petikan dari “Athanasian Creed“).
Apabila Gereja bercakap tentang penyembahan, Tuhan, Jesus dan Roh Suci didakwa sebagai
satu kewujudan. Ini adalah kerana ayat-ayat seperti Yesaya 43:10-11 dan banyak yang lain yang
mengesahkan dengan jelas bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah SATU. Bagaimanapun,
apabila mereka memperkatakan mengenai “kematian Tuhan”, mereka mendakwa bahawa Jesus
(a.s.) yang mati, bukan Tuhan atau “Triniti”. Maka ketiga-tiganya adalah berlainan.
Apabila Tuhan dikatakan telah “menzuriatkan” seorang anak, anak itu bukan Triniti, bukan juga
Jesus (a.s.), tetapi suatu entiti yang berlainan daripada dua entiti lain… terdapat banyak contoh-
contoh seperti ini. Jadi, bagaimanakah kita menyelesaikan masalah ini? Adakah kita mahu
beriman secara membuta tuli, atau adakah kita “Kasihilah Tuhan Allah kamu… dengan seluruh
akal“? Jika kita memilih pilihan kedua, maka kita perlu menentukan autoriti manakah yang
mahu kita terima dalam memahami sifat ketuhanan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Apabila Tuhan Yang Maha Berkuasa menurunkan wahyu, Dia mengutarakannya kepada
manusia biasa – tukang kayu, tukang besi, saudagar. Tuhan tidak menurunkan kitabNya di
dalam bahasa yang hanya boleh difahami oleh bijak pandai, sarjana dan ahli sains roket. Ini
tidaklah bermakna bahawa kita tidak perlu merujuk kepada mereka yang mengkhusus dalam
ilmu kitab apabila berhadapan dengan masalah-masalah yang rumit, tetapi sekiranya orang
biasa tidak dapat mengenali Tuhan melalui kitab, atau tidak dapat memastikan “siapa yang saya
harus sembah” tanpa tunjuk ajar daripada paderi, maka tidak ramai yang dapat dibimbing
kepada kebenaran yang terkandung di dalam kitab tersebut dan ajaran-ajaran asas yang terdapat
di dalamnya.
Tidak syak lagi, persoalan “siapa yang harus saya sembah” adalah amat penting, dan
jawapannya mestilah terkandung di dalam kitab sebelum orang ramai boleh menerima ajaran
kitab tersebut. Persoalan ini mesti jelas kepada mereka sebelum mereka menerima apa-apa
perintah. Jika saya mahu bekerja dengan sebuah syarikat, tetapi saya tidak tahu siapa ketua
saya, maka bagaimanakah saya tahu apa tugas yang perlu saya jalankan? Bagaimana saya boleh
memastikan apa arahan yang perlu saya patuhi?
Atas alasan yang sama, adalah munasabah untuk kita menjangkakan bahawa jika kita
memberikan penduduk hutan Zimbabwe senaskah kitab dalam bahasa asalnya, dan kita
tinggalkan mereka tanpa sebarang penjelasan mengenai kandungan kitab tersebut, mereka
haruslah boleh menentukan sifat-sifat Yang mewahyukan kitab tersebut daripada kitab tersebut.
Oleh yang demikian, kita mulakan dengan satu jadual yang mengandungi perintah-perintah
daripada Bible yang dengan jelas mengatakan bahawa tuhan adalah satu, dan juga semua
perintah-perintah yang jelas menyatakan bahawa Tuhan adalah tiga. Jika Bible memerintahkan
saya supaya percaya bahawa Tuhan adalah tiga dalam satu, maka saya tidak akan meminta
sebarang penjelasan atau justifikasi. Saya tidak perlukan Tuhan menjelaskan “bagaimana” Dia
menjadi “satu” dan “tiga” pada masa yang sama. Apa yang saya mahu adalah ayat daripada
Bible yang memerintahkan demikian dan kemudian memerintahkan saya supaya beriman buta.
Jadual tersebut adalah seperti berikut:
29
Kita teruskan dengan memenuhkan baris pertama. Di dalam Bible:
1. “Sebab itu ketahuilah pada hari ini dan camkanlah, bahawa Tuhanlah Allah yang di
langit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain” Ulangan 4:39.
2. “Jangan ada padamu tuhan lain dihadapanKu” Keluaran 20:3.
3. “Sebab janganlah engkau sujud menyembah tuhan lain, kerana TUHAN, yang namaNya
cemburuan, adalah Tuhan yang cemburu” Keluaran 34:14.
4. ““Kamu inilah saksi-saksiKu”, demikianlah firman TUHAN, “dan hambaku yang telah
Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepadaKu dan mengerti, bahawa Aku tetap Dia.
Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi. Aku,
Akulah TUHAN dan tidak ada juru selamat selain daripadaKu” Yesaya 43:10-11.
5. “Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: “Akulah
yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain daripadaKu”
Yesaya 44:6.
6. “Supaya orang tahu dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, bahawa tidak ada
yang lain di luar Aku. Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain” Yesaya 45:6.
7. “Sebab beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit, Dialah Allah, yang
membentuk bumi dan menjadikannya dan menegakkannya, da Dia menciptakannya
bukan supaya kosong, tetapi Dia membentuknya untuk didiami: “Akulah TUHAN dan
tidak ada yang lain”.” Yesaya 45:18.
8. “Berpalinglah kepadaKu dan biarkanlah dirimu diselamatkan, hai hujung-hujung bumi!
Sebab Akulah Allah dan tidak ada yang lain” Yesaya 45:22.
9. “Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa” Ulangan 6:4.
Ini hanyalah beberapa contoh, tetapi memadai buat masa ini. Maka mari kita isikan jadual
tersebut.
Sekarang kita akan isikan baris kedua. Kita mulakan dengan ayat-ayat yang dipetik oleh Encik
J.
Encik J telah mengemukakan Matius 28:19, I Korintus 12:4-6, II Korintus 13:14 dan Yudas
1:20-21 sebagai bukti bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah tiga-dalam-satu. Mari kita
kaji ayat-ayat tersebut. Sebelum mengkajinya, kita perlu takrifkan matlamat kita dengan jelas.
Apabila saya meminta ayat yang menyatakan dengan jelas bahawa Tuhan adalah “tiga dalam
30
satu”, saya mahukan ayat yang menyatakan (lebih kurang): “Tuhan, Jesus dan Roh Suci adalah
tuhan, tetapi mereka bukanlah tiga tuhan tetapi satu Tuhan“, atau “Tuhan, Jesus dan Roh Suci
adalah kewujudan yang sama“, atau “Tuhan, Jesus, dan Roh Suci adalah satu dan sama“, atau
seumpamanya.
Kewujudan perkataan “Tuhan, “Jesus” dan “Roh Suci” di dalam satu ayat tidak semestinya
membawa maksud “Triniti” atau “penggabungan tiga ke dalam satu”. Jika sesuatu ayat
mengandungi perkataan “satu”, ini tidak semestinya membawa maksud “Triniti”. Contohnya,
jika saya katakan “Joe, Jim dan Frank bertutur satu bahasa“, ini tidak sama seperti mengatakan
“Joe, Jim dan Frank adalah orang yang sama“. Kita akan lihat bahawa contoh-contoh yang
Encik J kemukakan paling baik pun, hanyalah pernyataan tersirat. Maka kita ubahsuai sedikit
jadual di atas:
“Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku.
Baptiskanlah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Suci.”
Jika (bekas) Presiden Bush mengarahkan Jeneral Norman Schtwartzkopf, “Pergilah kamu dan
berbicaralah kepada orang-orang Iraq, dan berikan amaran atas nama Amerika Syarikat,
Great Britain dan Soviet Union“, adalah ini bermaksud tiga negara ini adalah satu negara?
Mereka mungkin mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, tetapi ini tidak bermakna
bahawa mereka adalah satu entiti fizikal.
Tambahan pula, “Berita Baik” yang diceritakan oleh Markus tidak menyebut Bapa, Anak
dan/atau Roh Suci (lihat Markus 16:15). Di dalam Bab 2, kita akan lihat bahawa ahli-ahli
sejarah Kristian mengakui bahawa Bible telah “dibetulkan” dan “ditambah” secara berterusan
supaya ia selari dengan kepercayaan yang telah diterima. Mereka mengemukakan banyak kes-
kes yang didokumenkan di mana perkataan-perkataan “diselit” ke dalam ayat tertentu untuk
mengesahkan sesuatu doktrin. Tom Harpur, penyunting ruang agama akhbar Toronto Star
berkata:
31
tahun 1919, semasa ulasan Peake mula-mula diterbitkan:’Pada zaman awal, Gereja tidak
mengamalkan arahan sejagat ini, kalau pun mereka tahu mengenainya. Perintah pembaptisan
atas tiga nama adalah penambahan terkemudian kepada doktrin’”
Ini disahkan di dalam “Peake’s Commentary on the Bible” yang terkemuka yang diterbitkan
semenjak 1919 dan merupakan rujukan wajib pelajar-pelajar Bible. Ia mengatakan:
“Misi ini diterangkan menggunakan bahasa gereja dan kebanyakan pengulas was-was sama
ada formula Trinitari 6 adalah asli dalam Gospel Matius ini, memandangkan ia tidak ditemui
di tempat-tempat lain dalam PB dan PB menceritakan bahawa pembaptisan dilakukan atas
nama Tuhan Jesus (contohnya Kisah Rasul-rasul 2:38, 8:16 dan lain-lain).”
Beberapa rujukan lain juga turut mengesahkan fakta ini, contohnya “The Dictionary of the
Bible” oleh James Hastings (m.s. 1015), tetapi petikan di atas memadai buat masa ini.
Kesedaran ini tidak timbul dengan melulu atau sesuka hati. Contohnya, sarjana-sarjana Kristian
mendapati bahawa selepas Jesus didakwa mengeluarkan perintah tersebut dan diangkat ke
langit, hawari-hawarinya kelihatannya seolah-olah mereka tidak tahu-menahu mengenai
perintah tersebut.
“Petrus menjawab, “Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa,
lalu dibaptis demi nama Jesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan…”
Sarjana-sarjana kristian ini mengatakan bahawa jika Jesus benar-benar telah memerintahkan
supaya “Baptiskanlah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Suci“, adalah amat
tidak mungkin para hawari mengingkari perintah tersebut dan melakukan pembaptisan atas
nama Jesus sahaja.
Bukti yang terakhir ialah selepas pemergian Jesus, apabila Paul mengambil keputusan untuk
berdakwah kepada orang bukan Yahudi, ini telah menimbulkan perdebatan hangat dan
perselisihan pendapat di antara beliau dan sekurang-kurangnya tiga hawari. Hal ini tidak
mungkin berlaku jika benar Jesus telah mengarahkan mereka supaya berdakwah kepada orang
bukan Yahudi (rujuk bahagian 6.13 untuk perbincangan lanjut).
Jadi kita dapat lihat bahawa bukan sahaja ayat ini tidak mendakwa bahawa tiga adalah satu, atau
bahawa ketiga-tiganya adalah setara, malahan kebanyakan sarjana Kristian mengakui bahawa
sekurang-kurangnya bahagian akhir ayat tersebut (“Bapa, Anak, dan Roh Suci“) bukannya
sebahagian daripada arahan asal Jesus, sebaliknya adalah penambahan oleh gereja lama selepas
pemergian Jesus.
Pada muka surat 302 buku “The Life of Jesus Critically Examined“, David Friedrich Strauss
berkata:
32
mereka bukan bangsa Yahudi. Bagaimanapun, selepas Pentecost, hawari-hawari bukan sahaja
tidak melaksanakan arahan ini, tetapi apabila wujud peluang untuk mereka berbuat demikian,
tindak-tanduk mereka adalah seolah-olah mereka langsung tidak tahu mengenai arahan yang
telah diberikan oleh Jesus (Kisah Rasul-rasul x., xi) ”
“Dan ketika Isa (Jesus) putera Maryam berkata: ‘ Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah
utusan Allah kepada kamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat…”
“Ada berbagai-bagai kurnia daripada Roh Suci, tetapi semuanya diberi oleh Roh yang sama.
Begitu juga ada berbagai-bagai cara untuk mengabadikan diri kepada Tuhan, tetapi kita
mengabdi kepada Tuhan yang sama. Ada berbagai-bagai cara untuk melakukan kerja bagi
Tuhan, tetapi Allah yang sama memberikan kebolehan kepada setiap orang untuk melakukan
kerja masing-masing.”
Sebelum saya teruskan ulasan saya, kita rujuk dahulu Eerdmans Bible Dictionary:
“Formula Triadik dalam Perjanjian Baru sering kali dilihat sebagai membawa maksud doktrin
triniti yang telah terbangun, tetapi ini adalah telahan yang keterlaluan. 1 Kor. 12:4-6, 2 Cor.
13:14 adalah secara tersiratnya kurang penting kerana menggunakan formula “Allah (iaitu
Kristus)-Roh-Tuhan” yang membezakan dua yang pertama daripada Tuhan.”
“The Eerdmans Bible Dictionary, disunting oleh A.C. Myers, m.s. 1020
Jika saya mengatakan: “Terdapat berbagai hadiah, tetapi Santa Claus yang sama. Dan terdapat
perbezaan dalam pentadbiran, tetapi kerajaan yang sama. Dan terdapat pelbagai operasi,
tetapi Tuhan yang sama yang mengakibatkannya“, adalah Tuhan, kerajaan dan Santa Claus
membentuk satu lagi “Triniti”? Adakah ini maksud ayat tersebut. Adakah mustahil untuk
menerima “hadiah”, “pentadbiran” dan “operasi” daripada lebih daripada SATU orang?
Terdapat perbezaan yang besar di antara ayat ini dan ayat yang mengatakan “Tuhan, Jesus dan
Roh Suci adalah satu dan sama”.
Tiada sesiapa pun yang membaca 1 Korintus 12:4-6 dapat mendakwa bahawa ia menyatakan
secara jelas bahawa tiga adalah satu; seseorang hanya dapat mengatakan bahawa ayat tersebut
membayangkan hubungan tersebut. Maka kita perlu bertanya: Mengapakah Tuhan Yang Maha
Berkuasa memilih untuk membayangkan sifat TriunNya jika itulah yang Dia memaksudkan?
Apakah yang menghalangNya daripada menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan?
Mengapakah segala-galanya perlu begitu abstrak? Jika benar inilah sifat Tuhan yang sebenar,
mengapa Bible tidak menyatakannya dengan jelas “Tuhan, Jesus dan Roh Suci bergabung
33
secara fizikal membentuk satu kewujudan“, atau “Tuhan, Jesus, dan Roh Suci adalah satu dan
sama“? Sukarkah untuk berbuat demikian? Ayat seperti ini jauh lebih ringkas dan jelas.
Bandingkan ayat ini dengan Ulangan 4:39 yang jelas dan muktamad:
“Sebab itu ketahuilah pada hari ini dan camkanlah, bahawa Tuhanlah Allah yang di langit di
atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain”
““Kamu inilah saksi-saksiKu”, demikianlah firman TUHAN, “dan hambaku yang telah
Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepadaKu dan mengerti, bahawa Aku tetap Dia.
Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi. Aku, Akulah
TUHAN dan tidak ada juru selamat selain daripadaKu“,
“Maka TUHAN akan menjadi Raja atas seluruh bumi; pada waktu itu TUHAN adalah satu-
satunya dan namaNya satu-satunya”
Tuhan tidak berfalsafah atau menyatakan sesuatu dengan cara yang berbelit-belit. Dia
menyatakan sesuatu dengan jelas dan terang supaya tidak wujud keraguan mengenai apa yang
Dia maksudkan. Jika benar Tuhan adalah Triniti, mengapakah Dia tidak menyatakannya dengan
jelas seperti mana apabila Dia memperkatakan tentang keesaanNya?
“Tuhan Jesus Kristus memberkati kamu, Allah mengasihi kamu, dan Roh Suci menyertai kamu
semua”
Jika saya berkata: “Moga-moga kepintaran Einstein, falsafah Descartes, dan kekuatan
Schwarzenegger bersama anda semua“, adakah ini memerlukan ketiga-tiga mereka
digabungkan dalam satu “Triniti”? Adakah perlu supaya Einstein adalah Descartes (atau sifat
lain Descartes)? Adakah perlu supaya Descartes adalah Schwarzenegger (atau sifat lain
Schwarzenegger)?
“Formula Triadik dalam Perjanjian Baru sering kali dilihat sebagai membawa maksud
pembangunan doktrin triniti, tetapi ini adalah telahan yang keterlaluan. 1 Kor. 12:4-6, 2 Kor.
13:14 adalah secara tersiratnya kurang penting kerana menggunakan formula “Allah (iaitu
Kristus)-Roh-Tuhan” yang membezakan dua yang pertama daripada Tuhan.”
“The Eerdmans Bible Dictionary“, disunting oleh A.C. Myers, m.s. 1020
Pun begitu, kita dapati bahawa ayat ini seperti mana-mana banyak ayat-ayat lain di dalam Bible
di mana triniti dikatakan “disentuh secara tidak langsung” sesungguhnya kini diakui oleh ramai
sarjana-sarjana Kristian sebagai contoh-contoh di mana Gereja cuba memasukkan ayat-ayat
yang direka-reka ke dalam Bible untuk menjadikan doktrin triniti “jelas”. Contohnya, di dalam
“Oxford Companion to the Bible“, kita dapati:
34
“Bukti terawal formula triparti di dalam Perjanjian Baru dijumpai pada ayat 2 Korintus 13:13
di mana Paul berdoa ‘Tuhan Jesus Kristus memberkati kamu, Allah mengasihi kamu, dan Roh
Suci menyertai kamu semua’ berada bersama-sama masyarakat Korin. Terdapat kemungkinan
formula tiga-bahagian ini diterbitkan daripada penggunaan liturgikal terkemudian dan telah
ditambah kepada teks 2 Korintus semasa proses penyalinan…”
“The Oxford Companion to the Bible“, B. Metzzer & M. Cohen, m.s. 782
Kita akan lihat banyak lagi contoh-contoh “penambahan” ayat-ayat yang tidak tulen ke dalam
Bible oleh gereja (lihat contoh di bahagian 1.2.2.5).
“Tetapi kamu saudara-saudaraku, teruslah bina hidup yang berdasarkan kepercayaan kepada
Kristus. Iman kamu sangat suci. Berdoalah dengan pimpinan Roh Suci. Hendaklah kamu hidup
di bawah naungan kasih Allah sementara menantikan rahmat Tuhan kita Jesus Kristus, yang
akan menganugerahi kamu hidup sejati dan kekal”
Sekarang kita sudah mulai mendapat gambarannya. Adakah ayat ini membawa maksud Triniti?
Adakah ayat-ayat ini mengatakan “Tuhan, Jesus dan Roh Suci adalah SATU Tuhan”? Jika
seorang bapa mengatakan kepada anaknya yang akan pergi ke medan perang, “Anak yang
kusayangi, binalah kekuatan dirimu dengan latihan, patuhilah pegawai-pegawai atasanmu,
kekalkan rasa cintamu pada negara dan mintalah pertolongan Tuhan agar kau kembali dengan
selamat”, bolehkan kita mendakwa bahawa pernyataan ini menunjukkan “penggabungan tiga ke
dalam satu”? Ulangan 4:39 menunjukkan keesaan Tuhan, ianya amat jelas. Tiada sebarang
keraguan.
Ayat tersebut jelas, muktamad dan tepat. Maknanya yang tersurat (dan tidak “tersembunyi”)
adalah jelas dan dinyatakan secara langsung. Adakah mustahil untuk mendapatkan hanya satu
ayat yang muktamad mengenai Triniti di dalam Bible? Kesemua ayat-ayat yang dikemukakan
memerlukan anda membaca apa yang tersirat untuk sampai kepada makna penggabungan tiga
ke dalam satu.
Merujuk kepada penerangan Encik J mengenai Triniti, sila baca analisa dosa asal dan
penebusan dosa yang akan dibincangkan sebentar lagi.
Suatu hal yang menarik adalah apabila seseorang cuba menerangkan doktrin “Triniti”,
walaupun dalam kes terbaik, mereka tidak pernah mendakwa bahawa mana-mana orang Yahudi
tahu mengenai formula ini sebelum kedatangan Jesus (a.s.), atau orang Yahudi menyembah
Tuhan “Triun”. Tetapi, Tuhan Yang Maha Berkuasa telah mengutuskan nabi-nabi kepada kaum
Yahudi selama beberapa abad sebelum kedatangan Jesus, dan Jesus didakwa telah wujud
sebelum alam ini dicipta. Kenapakah nabi-nabi yang terdahulu tidak pernah memberitahu kaum
mereka bahawa tuhan adalah tiga? Mereka bersusah-payah untuk menerangkan dengan sejelas-
jelasnya bahawa Tuhan adalah SATU seperti mana yang ditunjukkan dalam contoh-contoh di
atas, tetapi tiada seorang Yahudi pun yang hidup pada hari ini yang menyembah Triniti, tiada
yang mempercayai Roh Suci yang disebut di dalam Perjanjian Lama mereka sebagai Tuhan,
tiada yang menyembah “Anak Tuhan”.
Kalau pun orang Yahudi tidak percaya bahawa Jesus adalah “Anak Tuhan”, adakah tidak
munasabah untuk kita menjangkakan bahawa sekurang-kurangnya mereka percaya akan
kewujudan “Anak Tuhan”, walaupun Anak Tuhan ini bukan Jesus? Apakah tidak munasabah
untuk kita menjangkakan bahawa nabi-nabi terdahulu telah menceritakan hal ini? Mengapakah
35
Tuhan menunggu untuk memaklumkan kita akan hal ini dan memilih untuk tidak
memaklumkan ribuan generasi sebelum Jesus akan fakta ini? Adakah nabi-nabi di dalam
Perjanjian Lama tidak tahu tentang “Triniti”? Adakah Tuhan berpendapat bangsa Yahudi tidak
layak tahu mengenai Triniti?
Apakah Tuhan belum “Triniti” semasa Dia mengutuskan Ibrahim (a.s.) kepada kaumnya?
Adakah Dia belum “Triniti” semasa berfirman kepada Musa (a.s.)? Adakah Dia menjadi
“Triniti” selepas masa tersebut? Bagaimanakah kita dapat menerangkan “Christian Creed of
Nicea” yang merupakan takrifan rasmi Gereja mengenai “Triniti” di mana Tuhan dan Jesus
adalah “sama abadi” dan “sama penting”? Kita teruskan analisa kita dengan mengemaskinikan
jadual seperti berikut:
Apabila seseorang menerangkan sesuatu hal yang spesifik, biasanya beliau akan menggunakan
kebanyakan masanya membincangkan isu-isu pokok dan hanya sedikit masa untuk isu-isu
sampingan. Sebagai contoh, jika saya memberikan resipi masakan kegemaran saya kepada
seseorang, saya akan menghabiskan banyak masa menerangkan ramuannya, jumlah bahan-
bahan, cara mencampurkan ramuan-ramuan tersebut, masa memasak dan sebagainya.
Saya hanya menggunakan sedikit masa untuk menerangkan cara menghias meja, atau mangkuk
bagaimana yang perlu digunakan untuk menghidung makanan tersebut. Apabila saya
membandingkan pengamatan ini dengan Bible, saya dapati bahawa persoalan yang teramat
penting, iaitu Triniti, tidak langsung dibincangkan di dalam Bible. Adakah ini tidak masuk
akal? Teruskan membaca.
Kita teruskan dengan mengubahsuai jadual di atas dan memasukkan semua ayat-ayat Bible
yang digunakan untuk mempertahankan “Triniti”. Sebab pengubahsuaian ini dilakukan akan
menjadi jelas semasa analisa dijalankan.
36
1.2.2.5 1 Yohanes 5:7 (ketiga-tiganya adalah satu)
Hanya terdapat satu ayat di dalam Bible yang dengan jelas mengikat Tuhan, Jesus dan Roh Suci
kepada suatu kewujudan “Triun”, iaitu Yohanes 5:7:
“Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman, dan Roh Suci – ketiga-tiganya merupakan satu”
Ini adalah ayat yang jelas, muktamad dan tepat yang saya pinta. Bagaimanapun, saya dapati
bahawa ayat ini diakui sebagai “penambahan” oleh Gereja dan semua versi-versi terbaru Bible
seperti The New Revised Standard Version, The New American Standard Bible, New English
Bible, Philips Modern English Bible dan sebagainya telah membuang ayat ini. Kenapa?
Penterjemah kitab, Benjamin Wilson, menjelaskan tindakan ini di dalam “Emphatic Diaglot“.
Katanya:
“Teks mengenai saksi di syurga tidak terdapat di dalam mana-mana manuskrip Greek yang
ditulis sebelum abad ke lima belas. Ia tidak dipetik oleh mana-mana penulis eklesiastikal, tidak
juga oleh bapa-bapa Latin yang awal walaupun ketika membincangkan tajuk-tajuk yang
memerlukan mereka merujuk kepada autoriti ayat tersebut. Oleh itu, terbukti bahawa ayat ini
adalah palsu.”
Sarjana-sarjana lain seperti mendiang Dr Herbert W. Armstrong membahaskan bahawa ayat ini
adalah penambahan kepada edisi Bible Latin Vulgate ketika kontroversi di antara Rom, Arius
dan bangsa pilihan Tuhan sedang memuncak. Walau apa pun sebabnya, ayat ini kini diakui
ramai sebagai satu penambahan dan telah dibuang. Oleh kerana Bible tidak mengandungi ayat-
ayat yang mengesahkan “Triniti”, maka beberapa abad selepas pemergian Jesus Tuhan telah
memilih untuk mengilhamkan seseorang untuk menambah ayat ini bagi menjelaskan sifat
sebenar Tuhan sebagai “Triniti”.
37
Perhatikan bagaimana manusia diilhamkan tentang cara “memperjelaskan” Bible beberapa abad
selepas pemergian Jesus (a.s.). Manusia secara berterusan telah menokok-tambah kata-kata
Jesus, hawari-hawarinya, malahan firman Tuhan tanpa sebarang pengecualian. Mereka telah
“diilhamkan” (lihat Bab 2).
Jika mereka ini “diilhamkan” oleh Tuhan, saya hairan mengapa mereka menyandarkan sesuatu
sebagai telah dikatakan oleh orang lain (dalam contoh di atas, disandarkan kepada Yohanes).
Kenapa mereka tidak terus-terang berkata, “Tuhan telah mengilhamkan saya dan saya akan
menambah satu bab di dalam Bible atas nama saya“? Mengapakah Tuhan menunggu sehingga
selepas pemergian Jesus untuk “mengilhamkan” sifat “sebenar”Nya? Kenapakah Jesus sendiri
tidak menyatakannya?
“Teks mengenai tiga saksi di syurga (I Yohanes 5:7, KJV) di dalam PB adalah tidak tulen.”
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible“, Vol. 4, m.s. 711, Abingdon Press
“1 Yohanes 5:7 KJV berbunyi : ‘Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman, dan Roh Suci –
ketiga-tiganya merupakan satu’, tetapi ini adalah sisipan yang tidak dapat dikesan sebelum
penghujung abad keempat.”
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible“, Jilid. 4, m.s. 871, Abingdon Press
“Di dalam Textus Receptus7 (di dalam KJV), 1 Yohanes 5:7, kelihatan seolah-olah Yohanes
telah sampai kepada doktrin triniti dalam bentuk yang jelas (‘Bapa, Firman, dan Roh Suci’),
tetapi teks ini jelas sekali adalah suatu sisipan kerana ia tidak terkandung dalam manuskrip
Greek yang asal.”
“The Eerdmans Bible Dictionary“, disunting oleh A.C. Myers, m.s. 1020
Seorang tokoh agung kesusasteraan Barat, Edward Gibbon, menjelaskan sebab pembuangan
ayat ini seperti berikut:
“Daripada manuskrip-manuskrip yang masih wujud, yang keempat-empat di atas adalah yang
paling banyak, sebahagian daripadanya berusia lebih 1200 tahun, manuskrip ortodoks Vatikan,
manuskrip penyunting-penyunting Kompultensia, dan manuskrip Robert Stepehens hampir
tiada, dan dua manuskrip Dublin dan Berlin tidak layak digunakan … Dalam abad ke sebelas
dan dua belas, Bible telah diperbetulkan oleh Lan Frank, Biskop Canterbury, dan oleh
Nicholas, seorang kardinal dan ahli pustakawan gereja Roman, secundum Ortodoxam fidem.
Tanpa mengambil kira pembetulan-pembetulan ini, petikan ini tidak mengandungi 25
manuskrip Latin yang tertua dan terbaik; yang merupakan dua kualiti yang biasanya tidak
ditemui bersama kecuali di dalam manuskrip… Tiga saksi tersebut telah dimasukkan ke dalam
Perjanjian bahasa Greek dengan cermat oleh Erasmus, melalui penipuan penyunting-
penyunting Komplutensia; melalui penipuan atau kesilapan tipografi, melalui pemalsuan oleh
Robert Stephens, dan salah faham oleh Theodore Beza.”
“Decline and Fall of the Roman Empire“, IV, Gibbon, m.s. 418
Seorang sarjana Britain, iaitu Richard Porson, yang sezaman dengan Edward Gibbon
mempertahankan penemuannya; beliau juga telah menerbitkan bukti kukuh yang tidak dapat
38
dipertikaikan bahawa 1 Yohanes 5:7 ditambah buat pertama kalinya ke dalam Bible oleh Gereja
pada tahun 400 Masihi (“Secrets of Mount Sinai”, James Bently, m.s. 30-33).
Merujuk kepada bukti paling membinasakan yang dikemukakan oleh Porson, Gibbon berkata:
“Strukturnya berasaskan hujah yang kukuh, diperkayakan oleh pengetahuan yang mantap dan
dihidupkan dengan kepintaran, dan lawannya tidak mempunyai sebarang serang balas. Bukti
mengenai tiga saksi di syurga akan ditolak di mana-mana mahkamah; tetapi prejudis adalah
buta, autoriti adalah tuli, dan Bible kita telah tercemar oleh teks palsu ini.”
Namun Bently tersilap. Seperti mana yang diramalkan oleh Gibbon, walaupun sarjana-sarjana
Kristian terkemuka telah bersetuju bahawa ayat ini adalah sisipan oleh Gereja, ini tidak
menghalangnya daripada terus dikekalkan dalam Bible moden. Sehingga ke hari ini, Bible yang
dimiliki oleh kebanyakan penganut Kristian, iaitu Bible King James, tidak teragak-agak
memasukkan ayat ini sebagai kata-kata Tuhan yang telah diilhamkan tanpa sebarang nota kaki
untuk memaklumkan pembaca bahawa sarjana-sarjana Kristian telah mengakui ayat ini adalah
palsu.
“Sisipan “tiga saksi”tidak dicetak di dalam RSV, dan ini adalah tindakan yang tepat. Ia
memetik saksi di syurga, Bapa, logos dan Roh Suci, tetapi tidak pernah digunakan oleh
golongan Trinitari semasa kontroversi awal. Tiada manuskrip Greek yang sahih yang
mengandungi ayat ini. Ia mula-mula muncul dalam teks Latin pada penghujung abad ke-14,
kemudiannya di dalam Vulgate dan akhir sekali di dalam PB Erasmus.”
Ancaman Pasitan adalah satu-satu sebab yang menghalang Sir Isaac Newton daripada
mendedahkan kepada fakta ini kepada umum.
“Semasa kontroversi yang hebat dan berpanjangan mengenai Triniti pada zaman Jeromi serta
sebelum dan lama selepas itu, teks mengenai “tiga saksi di syurga” tidak wujud. Kini ia disebut
oleh semua orang dan adalah sebahagian daripada teks utama dan sudah tentu akan disebut-
sebut jika ia adalah sebahagian daripada buku-buku mereka… Marilah kita cuba fikirkan sama
ada ia munasabah. Saya tidak berpendapat yang ia munasabah. Jika kita tidak harus
menentukan apakah kitab menurut penilaian peribadi, saya akan menyetujuinya di bahagian-
bahagian yang tidak dipertikaikan, tetapi di bahagian-bahagian yang dipertikaikan, saya lebih
suka memilih apa yang boleh saya fahami. Memang manusia mempunyai sifat menyukai
perkara-perkara misteri dalam agama, dan atas sebab itu mereka lebih suka apa yang paling
sukar difahami. Mereka ini boleh mempergunakan Hawari Yohanes sesuka hati mereka, tetapi
saya punya rasa hormat terhadapnya dan percaya bahawa beliau menulis apa yang munasabah
dan oleh itu apa yang baik pastilah ditulis olehnya.”
Menurut Newton, ayat ini mula-mula muncul di dalam edisi ketiga Perjanjian Baru Erasmus
(1466-1536).
39
Atas sebab-sebab di atas, kita mendapati bahawa tiga puluh dua sarjana dan 55 mazhab
Kristian yang bekerjasama telah berkumpul untuk menyusun Revised Standard Version Bible
berdasarkan manuskrip purba Bible yang tertua yang wujud hari ini, dan mereka telah
melakukan perubahan-perubahan yang meluas. Di antara perubahan yang dilakukan adalah
membuang ayat 1 Yohanes 5:7. Untuk penerangan lebih lanjut lagi mengenai Bible RSV, sila
baca pendahuluan mana-mana naskah moden Bible RSV.
Hal-hal yang secara perbandingannya kurang penting seperti gambaran Jesus (a.s.) menunggang
keldai (atau adakah anak kuda jantan, atau keldai dan anak kuda jantan – rujuk no. 42 dalam
jadual di Bahagian 2.2) ke Jerusalam diperkatakan dengan amat terperinci kerana ia memenuhi
suatu ramalan. Contohnya di dalam Markus 11:2-10 kita dapati:
“Jesus berkata kepada mereka, “Pergilah ke kampung yang di hadapan itu. Apabila kamu tiba
di situ kamu akan nampak seekor keldai yang terikat, yang belum pernah ditunggang orang.
Lepaskan keldai itu dan bawanya ke sini. Jika ada orang bertanya kepada kamu, ‘Mengapa
kamu melepaskan keldai ini?’ katakanlah, ‘Guru memerlukannya dan segera akan
mengembalikannya'”. Pengikut-pengikut itu pergi dan mendapati seekor anak keldai yang
terikat pada pintu sebuah rumah di pinggir jalan, lalu mereka melepaskannya. Beberapa orang
yang berdiri di situ bertanya kepada mereka, “Apa yang kamu lakukan? Mengapa kamu
melepaskan keldai ini?”. Mereka menjawab seperti yang diarahkan oleh Jesus, lalu orang di
situ pun membiarkan mereka pergi. Mereka membawa anak keldai itu kepada Jesus, lalu
mengalas punggung keldai itu dengan jubah mereka. Kemudian Jesus menungganginya.
Banyak orang membentangkan jubah di atas jalan, sementara yang lain menyelerakkannya di
jalan. Orang ramai yang berjalan di hadapan dan yang mengikut di belakang mula berseru-
seru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan. Diberkatilah
pemerintahanNya yang akan datang – pemerintahan Daud nenek moyang kita! Pujilah
Allah!”.”
Juga, sila rujuk Lukas 19:30-38 yang mengandungi pengisahan terperinci peristiwa ini.
Sebaliknya, Bible tidak mengandungi sebarang gambaran mengenai “Triniti” yang sepatutnya
menerangkan sifat orang yang menunggang keldai ini, yang didakwa sebagai anak tunggal
Tuhan, serta didakwa telah mati kerana dosa-dosa manusia. Saya menanyakan diri saya: jika
setiap aspek kepercayaan Kristian diterangkan dengan begitu terperinci, termasuk gambaran
terperinci mengenai keldai ini, mengapakah perincian yang sama tidak diberikan mengenai
“Triniti”? Malangnya, tiada jawapan yang munasabah kepada soalan ini.
40
1.2.2.6 Yohanes 1:1 (Firman adalah Tuhan)
Satu lagi ayat yang sering dipetik untuk mempertahankan “Triniti” adalah Yohanes 1:1:
“Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada, Firman itu bersama-sama Allah, dan
Firman itu sama dengan Allah”
Semasa saya mula-mula membaca ayat ini, saya menyangkakan saya telah menemui matlamat
yang sukar ini. Bagaimanapun, setelah mengkaji maklumat teologikal Kristian, saya dapati
bahawa ayat ini juga tidak boleh ditafsirkan sebagai justifikasi Tuhan “triun”. Saya mendapati
bahawa ayat ini kerap dipetik oleh kebanyakan penganut-penganut Kristian untuk
mempertahankan Triniti. Atas sebab ini, saya telah menghabiskan lebih banyak masa
menganalisa ayat ini berbanding ayat-ayat lain.
Pertama sekali, adalah jelas bahawa paling baik pun, ayat ini hanya memperkatakan mengenai
“Dualiti”, bukan “Triniti”. Seorang Kristian konservatif yang paling tegas pun tidak akan
mendakwa ayat ini menyentuh penggabungan Roh Suci dengan Tuhan dan “Firman”. Jadi,
kalau pun kita mahu menerima ayat ini begitu sahaja dan mengimaninya, kita dapati bahawa
kita dikehendaki mengimani “Dualiti”, bukannya “Triniti”. Tetapi, mari kita lihat sama ada ayat
ini benar-benar mengarahkan kita mengimani “Dualiti”. Untuk tujuan ini, kita perlu perhatikan
perkara-perkara berikut:
Dalam manuskrip Greek yang “asal” (adakah Yohanes bertutur dalam bahasa Greek?),
“Firman” diterangkan sebagai “ton theos” (tuhan) dan bukannya “ho theos” (Tuhan).
Penterjemahan ayat ini yang lebih tepat sepatutnya berbunyi:
41
“Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada, Firman itu bersama-sama
Allah, dan Firman itu adalah tuhan”
Jika anda membaca “New World Translation of the Bible”, anda akan mendapati
terjemahan ini).
Begitu juga, di dalam “The New Testament, An American Translation“, ayat ini
diterjemahkan secara jujur dan berbunyi:
“Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada, Firman itu bersama-sama
Allah, dan Firman itu adalah tuhan”
Dan di dalam ‘Dictionary of the Bible“, di bawah tajuk “God“, kita dapati:
“Logos (firman) wujud sejak mula, Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman
itu adalah tuhan”
“The Holy Bible, Containing the Old & New Testaments“, oleh Dr James Mofatt
Jika kita merujuk kepada ayat lain, iaitu 2 Korintus 4:4, kita dapati perkataan yang sama
(ho theos) yang digunakan dalam Yohanes 1:1 untuk merujuk kepada Tuhan Yang
Berkuasa kini digunakan untuk merujuk kepada iblis, tetapi sistem penterjemahan telah
diubah.
“Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup” [8]
Menurut sistem yang digunakan di dalam ayat di atas dan sistem Bahasa Inggeris,
terjemahan yang menggambarkan Iblis sepatutnya ditulis sebagai “Tuhan” dengan huruf
besar “T”. Jika Paul telah diilhamkan untuk menggunakan perkataan yang sama untuk
merujuk kepada Iblis, maka mengapakah kita merubahnya? Mengapakah “Tuhan”
diterjemah sebagai “tuhan” apabila merujuk kepada iblis, manakala “tuhan” diterjemah
sebagai “Tuhan” Yang Berkuasa apabila merujuk kepada “Firman”? Dapatkah kita
melihat bagaimana “penterjemahan” Bible dilakukan?
42
Apakah di antara perbezaan mengatakan “firman adalah Tuhan” dengan “firman adalah
tuhan“? Apakah kedua-duanya tidak sama? Amat berbeza! Di dalam Bible:
“Aku berkata bahawa kamu ilahi, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi”
Mazmur 82:6
Keluaran 7:1
2 Korintus 4:4
Di Barat, adalah biasa untuk memuji seseorang dengan berkata “You are a prince”
(kamu adalah seorang putera), atau “You are an angel” (Kamu adalah malaikat).
Apabila seseorang berkata demikian, adakah beliau bermaksud bahawa orang dipujinya
adalah anak kepada Ratu England, atau adalah makhluk rohaniah? Terdapat sedikit
perbezaan dari segi nahu di antara mengatakan “You are a prince” dan “You are THE
prince” [9], tetapi perbezaan maksudnya adalah amat besar.
Di Barat, kita dapati kadang-kadang seseorang berkata kepada rakannya “break a leg!”
[10]. Adakah kata-kata ini menunjukkan permusuhan. Tidakkah kata-kata ini
menunjukkan niat yang tidak baik?
Di Timur Tengah, perumpamaan yang setara dengan “light hearted” adalah “light
blood“. Boleh juga dikatakan “your blood is light“. Perumpamaan ini digunakan untuk
menggambarkan orang yang ceria dan periang. Jika Bahasa Arab pupus selama beberapa
abad dan kemudiannya dibina semula sebagai elemen bahasa lain [12] beberapa abad
kemudian, dan kita cuba menterjemah makna perumpamaan ini, wajarkah kita
mengatakan bahawa “jelas sekali” ia merujuk kepada seorang doktor yang cuba
menentukan sama ada seorang pesakit menghidap anemia? Bukankah maknanya
“jelas”?
Di Timur Tengah, adalah kebiasaan untuk bertanya “apakah warna anda” yang
membawa maksud “apa khabar“. Jika Bahasa Arab tidak lagi dipertuturkan, dan hanya
wujud dalam bentuk tulisan, dan bahasa ini dibina semula lebih ribu tahun kemudian,
bolehkan kita katakan yang si penanya buta warna?
43
Apabila melakukan penterjemahan, perlu diambil kira makna ayat tersebut dalam
konteks yang difahami oleh mereka yang menuturkan bahasa tersebut pada zaman
mereka. Salah satu masalah besar Bible hari ini ialah ia memaksa kita untuk melihat
kitab-kitab Ibrani dan Aramaic purba melalui kaca mata Greek dan Latin yang
ditafsirkan oleh mereka yang bukan berbangsa Yahudi, Greek, mahu pun Rom. Semua
manuskrip “asal” PB yang ada hari ini ditulis dalam bahasa Greek atau Latin.
Bangsa Yahudi tiada masalah untuk membaca ayat-ayat seperti Mazmur 82:6 dan
Keluaran 7:1 dan mengesahkan kewujudan satu Tuhan serta menafikan sekeras-kerasnya
sebarang tuhan selain daripada Tuhan yang Maha Berkuasa. Penurasan manuskrip
secara berterusan dalam bahasa dan budaya yang berbeza, serta usaha bersungguh-
sungguh gereja Roman Katolik untuk memusnahkan semua Gospel dalam bahasa Ibrani
(rujuk penghujung bab ini) telah menyebabkan timbul salah faham mengenai maksud
ayat-ayat.
Orang Amerika mempunyai perumpamaan: “Hit the road” yang bermaksud “Sudah tiba
masanya untuk anda pergi“. Bagaimanapun, bagi orang asing yang mungkin tidak
memahami maksudnya, beliau mungkin akan mengambil sebatang kayu dan memukul
jalan raya dengan kayu tersebut. Adakah beliau faham perkataan-perkataan dalam ayat
tersebut? Ya! Adakah beliau faham maksudnya? Tidak!
Satu hakikat yang tidak diketahui ramai adalah pada sekitar 200 Masihi, bahasa Ibrani
telah lenyap dan tidak lagi dipertuturkan. Pada tahun 1880an, baharulah ada usaha yang
bersungguh-sungguh oleh Eliezer Ben-Yehudah untuk menghidupkan semula bahasa
yang mati ini. Hanya sepertiga daripada bahasa Ibrani yang dituturkan hari ini
mengambil struktur nahu asasnya daripada sumber-sumber biblikal dan Mishnaik.
Selebihnya diperkenalkan dalam proses pemulihan dan mencedok elemen-elemen
bahasa lain, termasuk bahasa Greek dan Arab.
Contoh yang lebih teruk daripada yang telah dikemukakan adalah apabila terjemahan ke
dalam bahasa lain mengakibatkan makna yang bertentangan. Contohnya di Barat,
apabila seseorang sukakan sesuatu, mereka mengatakan, “It warmed my heart” (hati
saya menjadi panas). Di timur Tengah, maksud yang sama dinyatakan dengan
perumpamaan “It froze my heart” (hati saya membeku). Jika seorang yang berasal dari
Timur Tengah berkata kepada seorang Barat, “It froze my heart to see you” (Hati saya
membeku bila berjumpa kamu), ucapan ini tidak akan diterima baik oleh orang Barat
tersebut. Begitulah sebaliknya.
Ini adalah salah satu sebab utama umat Islam lebih berjaya memelihara kitab suci
mereka berbanding dengan penganut Kristian atau bangsa Yahudi, kerana bahasa Al-
Qur’an kekal sebagai bahasa yang hidup sejak zaman Muhammad (s.a.w.) ke hari ini.
Kitab tersebut juga sentiasa berada di kalangan orang awam (bukan golongan “elit”),
dan teksnya kekal dalam bahasa asal Muhammad (s.a.w.).
Atas sebab ini, seorang penterjemah tidak boleh, dan tidak seharusnya, menterjemah
tanpa mengambil kira budaya dan tradisi masyarakat yang menulis apa yang mahu
diterjemah. Seperti yang telah ditunjukkan, adalah menjadi kebiasaan masyarakat
Yahudi menggunakan perkataan “tuhan” (divine) untuk membawa maksud suatu kuasa
yang lebih tinggi, atau manusia yang mempunyai kuasa. Bagaimanapun, mereka tidak
44
pernah menggunakan perkataan ini untuk membawa maksud bahawa seseorang adalah
maha berkuasa, manusia luar biasa, atau setara dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
“Apakah manusia itu sehingga Engkau ingat akan mereka? Mereka insan
belaka, namun Engkau pelihara mereka. Engkau menjadikan mereka hampir
setara dengan malaikat. Engkau memahkotai dia dengan kemuliaan dan
kehormatan”
Mazmur 8:5-6
Ini kelihatannya tidak apa-apa sehinggalah kita kembali kepada teks Ibrani yang asal
dan mendapati bahawa penterjemah-penterjemahnya telah memilih untuk
“menterjemah” perkataan Ibrani “elohiym” (Tuhan) kepada perkataan Inggeris
“malaikat”. Di dalam New Revised Version of the Bible, ayat yang sama diterjemahkan
dengan lebih jujur dan berbunyi:
“Apakah manusia itu sehingga Engkau ingat akan mereka? Mereka insan
belaka, namun Engkau pelihara mereka. Engkau menjadikan mereka hampir
setara dengan diriMu sendiri. Engkau memahkotai dia dengan kemuliaan dan
kehormatan”
Bolehkan kita temui contoh-contoh lain kaedah “terjemahan” ini di dalam Bible?
Malangnya, ya. Contohnya:
Keluaran 21:6
Ayat ni telah diterjemah dengan lebih tepat di dalam New Revised Standard Version:
Keluaran 21:6
45
Sebenarnya, kepada mereka yang berkeras bahawa Tuhan adalah Triniti kerana Dia
dirujuk menggunakan kata majmuk di dalam Bible (lihat bahagian 1.2.2.8 dan Bab 14),
kita meminta mereka bersikap konsisten dan “menterjemah” Keluaran 21:6 seperti
berikut:
Apabila membaca ayat-ayat ini, kita dapat melihat bagaimana kadangkala perkataan
“tuhan” digunakan oleh Bible untuk merujuk kepada manusia yang berdakwah di jalan
Tuhan, atau melaksanakan hukum-hukum Tuhan di bumi. Oleh itu, Keluaran 21:6
contohnya, memerintahkan manusia supaya membawa yang lain “ke hadapan Tuhan”.
Suatu hal yang mustahil. Bagaimanapun, maksud sebenar ayat ini adalah supaya mereka
membawa orang-orang ini ke hadapan mereka yang melaksanakan hukum-hukum
Tuhan, iaitu para hakim. Dengan ini, membawa mereka ke hadapan hakim-hakim adalah
seperti membawa mereka ke hadapan Tuhan . Atas sebab inilah kita dapati bahawa
Bible mengatakan keluarga Daud adalah Tuhan:
“Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Jerusalam, dan orang yang
tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan
keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang
mengepalai mereka.”
Zakaria 12:8
Di dalam Bible, biasa kita dapati peristiwa-peristiwa di mana Tuhan mengutuskan wakil
kepada manusia untuk bercakap atas namaNya dan menyampaikan perintahNya kepada
manusia. “Sesungguhnya Aku mengutus seorang malaikat berjalan di depanmu, untuk
melindungi engkau di jalan dan untuk membawa engkau ke tempat yang telah
Kusediakan” (Keluaran 23:20). Malaikat adalah utusan tuhan, tetapi bukan Tuhan
sendiri.
Apa yang dapat kita lihat adalah bahawa di dalam Bible, Jesus bukanlah satu-satunya
manusia yang dirujuk dalam cara di atas. Bagaimanapun, kepada semua KECUALI
Jesus, Gereja bertegas bahawa “jelas sekali” maknanya tidak boleh diambil secara
harfiah. Begitu juga apabila nabi-nabi atau “pendamai” dan sebagainya digelar “anak-
anak Tuhan” di dalam Bible. Dalam kes-kes demikian, sekali lagi Gereja meyakinkan
kita bahawa istilah ini tidak boleh ditafsir secara “harfiah”. Bagaimanapun, apabila
istilah yang sama digunakan terhadap Jesus (a.s.), kita diberitahu bahawa adalah “jelas”
bahawa Jesus adalah suatu pengecualian, dan bahawa maksud “anak Tuhan” perlu
difahami secara “harfiah”.
46
“Sungguh benar kata-kataku ini: Seorang hamba tidak lebih penting daripada
tuannya. Seorang utusan tidak lebih penting daripada orang yang
mengutusnya.”
Yohanes 13:16
Maka pengarang Gospel Yohanes memberitahu kita bahawa Tuhan lebih agung daripada
Jesus. Jika pengarang Gospel ini sesungguhnya ingin kita faham bahawa Jesus dan
Tuhan adalah “satu dan sama”, maka bolehkan seseorang lebih agung daripada dirinya
sendiri? Begitu juga:
“Kamu sudah mendengar aku berkata, ‘Aku akan tetap pergi, tetapi aku akan
kembali kepada kamu’. Jika kamu mengasihi aku, kamu akan bersukacita kerana
aku pergi kepada Bapa, oleh sebab Bapa lebih besar daripada aku.”
Yohanes 14:28
Bolehkah seseorang “pergi” kepada dirinya? Bolehkah seseorang lebih “besar” daripada
dirinya?
“Setelah berkata demikian, Jesus mengadah ke langit lalu berkata, “Ya Bapa,
sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah AnakMu, supaya Anak pun boleh
memuliakan Bapa””
Yohanes 17:1
Jika Yohanes mahu memberitahu kita bahawa “Jesus dan Tuhan adalah satu dan sama”,
maka bolehkah kita fahami daripada ayat ini bahawa Tuhan berfirman kepada dirinya,
“DiriKu, muliakanlah diriKu supaya Aku dapat mengagungkan diriKu”? Inikah maksud
yang ingin disampaikan oleh Yohanes?
Yohanes 17:12
Jika pengarang Yohanes mahu kita mempercayai bahawa Jesus dan Tuhan adalah sama,
maka bolehkah kita fahami daripada ayat ini bahawa Tuhan berfirman kepada diriNya,
“Semasa aku (Jesus) bersama-sama mereka, aku menjaga mereka dengan kekuasaan
namaMu, diriKU; nama yang Aku berikan kepadaKu. Aku melindungi mereka dan tidak
seorang pun daripada mereka sesat…“? Adakah ini maksud yang pengarang tersebut
mahu kita fahami?
47
“Ya Bapa, Aku ingin supaya mereka yang sudah Engkau serahkan kepadaku
bersama-sama aku di tempat aku ada, supaya mereka boleh melihat kemuliaan
yang Engkau berikan kepadaKu, kerana Engkau mengasihi aku sebelum dunia
ini dijadikan.”
Yohanes 17:24
Begitu juga, adakah pengarang tersebut mahu kita menafsirkan ayat ini sebagai,
“DiriKu, Aku mahu supaya mereka ….“?
Jadi, kita dapat lihat bahawa untuk memahami tulisan seseorang pengarang, kita tidak
perlu memetik kata-katanya di dalam vakum dan menafsirkan maksudnya berdasarkan
ayat tersebut sahaja.
Merujuk kepada kata-kata yang didakwa sebagai kata-kata Jesus (a.s.) di dalam Gospel
ini, pengarang buku “The Life of Jesus Critically Examined” berkata:
Adakah Yohanes menulis demikian mengenai dirinya?.. Rujuk juga 21:20, 13:23, 19:26,
20:2, 21:7 dan 21:20-23. Menurut Gereja, “hawari yang disayangi Jesus” adalah
Yohanes, tetapi penulis gospel ini bercakap mengenai dirinya seolah-olah Yohanes
adalah orang lain.
Tambahan lagi, Gospel Yohanes ditulis di, atau berdekatan dengan, Efesia antara tahun
110 dan 115 Masihi (ada yang berpendapat tahun 95-100) oleh seorang atau beberapa
orang penulis yang tidak diketahui. Menurut R.H. Charles, Alfred Loisy, Robert Eisler
48
dan beberapa sarjana sejarah Kristian, Yohanes telah dipancung oleh Agrippa I pada
tahun 44 Masihi, lama sebelum gospel keempat ditulis. Adakah Roh Suci
“mengilhamkan” hantu Yohanes untuk menulis gospel ini enam puluh tahun selepas
beliau dibunuh? Dengan kata lain, gospel yang dipercayai ramai telah ditulis oleh
Yohanes sebenarnya tidak ditulis oleh beliau. Sesungguhnya, tiada siapa yang pasti
siapa penulis gospel ini.
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible“, Jilid 2, Abingdon Press, m.s. 932
Begitu pun, telah diakui bahawa “Gospel Yohanes” telah melalui penyuntingan meluas
dalam beberapa peringkat, dan berkemungkinan besar ia bukanlah hasil kerja seorang
pengarang, sebaliknya beberapa pengarang:
“Kami telah tunjukkan bahawa gospel Yohanes adalah satu unit kesusasteraan
yang boleh dianalisa dari segi struktur dramatik. Bagaimanapun, meskipun kita
memiliki kesatuan gospel yang ada hari ini, terdapat beberapa ciri-ciri yang
menunjukkan ia mungkin dikumpulkan melalui beberapa peringkat suntingan.
Sebagi contoh, terdapat perbezaan gaya dan bahasa di berbagai bahagian
gospel, terutamanya bab 1 dan 21… Oleh itu, dua mukjizat yang ditunjukkan
oleh Jesus telah dinomborkan ‘pertama, dan ‘kedua’ (2:11; 4:54), tetapi dalam
2:23, kita diberitahu mengenai mukjizat-mukjizat lain yang beliau lakukan, dan
jujukannya terganggu dan tidak dapat dijelaskan. Lokasi geografinya juga
kelihatannya tidak konstan. Jadi dalam 3:22, kita dapati bahawa Jesus pergi ke
Judea, manakala menurut 2:23 beliau telah berada di sana; dan dalam 6:1
dibayangkan bahawa Jesus berada di Galilee sedangkan di akhir bab 5, beliau
berada di Jerusalam… Adalah mungkin untuk menerangkan beberapa, tetapi
tidak semua, perbezaan, pengulangan dan ketidaksinambungan…“.
“The Oxford Companion to the Bible“, Bruce Matzger dan Michael Coogan, m.s.
374
Ayat Yohanes 1:1 diakui oleh sarjana Kristian sebagai kata-kata seorang Yahudi, iaitu
Philo dari Alexandria (20 S.M. – 50M), yang tidak pernah mendakwa dirinya
diwahyukan dan beliau menulis ayat ini beberapa dekad sebelum gospel Yohanes lahir.
Di bawah tajuk “Logos” (Firman), Encyclopediers Groliers mengatakan:
“Heraditus adalah pemikir Greek terawal yang menjadikan logos suatu konsep
utama… Di dalam Perjanjian Baru, Gospel Saint Yohanes memberikan tempat
utama kepada logos; pengarang biblikal ini menggambarkan Logos sebagai
Tuhan, Firman Pencipta yang menjelma sebagai manusia iaitu Jesus Kristus.
Ramai yang telah menjejak konsep ini kepada akar Greek – mungkin melalui
perantaraan teks-teks eklektik seperti yang dikarang oleh Philo dari
Alexandria.”
49
T.W. Doane berkata:
“Hasil kerja Plato telah dikaji dengan teliti oleh Bapa-bapa Gereja, salah
seorang daripadanya dikenali sebagai guru yang agung, yang kemudiannya
telah mendidik penyembah berhala mengenai Kristus, sebagaimana Musa
mendidik bangsa Yahudi. Petikan yang masyhur: “Sebelum dunia ini diciptakan,
Firman sudah ada, Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu adalah
tuhan” adalah saki-baki daripada karangan penyembah berhala yang
bersandarkan kepada falsafah Plato, dan ditulis oleh Inenaeus. Ia dipetik oleh
Amelius, seorang ahli falsafah pada zaman penyembahan berhala, dan dikaitkan
dengan Logos, atau Mercury [13], Firman, adalah testimoni mulia terhormat
masyarakat gasar kepada berhala… Kita kemudiannya melihat gelaran
“Firman” atau “Logos” yang diberikan kepada Jesus ini sebenarnya adalah
satu lagi cebisan penyatuan penyembahan berhala dengan Kristian. Ianya tidak
diiktiraf di dalam Kristian sehinggalah pertengahan abad kedua selepas
pemergian Jesus. Masyarakat penyembah berhala Rom purba menyembah
Triniti. Seorang keramat dikatakan telah mengumumkan bahawa “Mula-mula
Tuhan, kemudian Firman, dan bersama mereka adalah Roh”. Di sini kita lihat
dengan jela pembilangan Tuhan, Logos, dan Roh Suci di zaman Rom purba, di
mana kuil-kuil terkemuka di sini – iaitu Jupiter Capitolinus – dikhususkan
kepada tiga tuhan, di mana ketiga-tiganya disembah.”
5. Apakah “Firman”?
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan
janganlah kamu berkata terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-
Masih, Isa (Jesus) putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang terjadi
dengan) kalimatNya, yang disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan
tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-
rasulNya dan janganlah kamu mengatakan “(Tuhan) itu tiga”, berhentilah
(daripada ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang
Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak, segala yang di langit
dan di bumi adalah kepunyaanNya. Cukuplah Allah untuk menjadi Pemelihara.”
Qur’an memaklumkan bahawa apabila Tuhan mengehendaki sesuatu berlaku, Dia hanya
berfirman “Jadilah” maka jadilah ia.
50
Ini adalah pandangan Islam mengenai “Firman”. “Firman” adalah perintah Tuhan
“jadilah”. Ini disokong oleh Bible di dalam Yohanes 1:14 yang berbunyi:
Di dalam Qur’an:
Al-Qur’an, Al-Imran(3):59
Matius 3:9
Mengenai apa yang dimaksudkan oleh Allah “roh daripadanya“, saya merujuk kepada
penjelasan yang Allah sendiri berikan:
dan juga:
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari
Akhirat, berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan
RasulNya, sekali pun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-
saudara atau keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah
menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan
pertolongan yang datang daripadaNya. Dan dimasukkanNya mereka ke dalam
syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.
Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan
rahmat)Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya
golongan Allah itulah golongan yang beruntung.”
51
1.2.2.7 Yohanes 10:30 (Aku dan bapaku adalah satu)
Ayat ketiga yang didakwa oleh penganut Kristian sebagai mengesahkan doktrin triniti adalah
Yohanes 10:30.
Bagaimanapun, ayat ini dipetik di luar konteks. Petikan lengkap yang bermula daripada
Yohanes 10:23 berbunyi:
“Jesus sedang berjalan di serambi Sulaiman di dalam Rumah Tuhan. Oleh itu orang Yahudi
datang berkumpul di sekeliling Jesus. Mereka bertanya, “Berapa lamakah guru mahu
membiarkan kami ragu-ragu? Katakanlah dengan terus terang. Adakah guru Penyelamat yang
diutus oleh Allah?”. Jesus menjawab, “Aku sudah memberitahu kamu, tetapi kamu tidak mahu
percaya. Perbuatan yang aku lakukan dengan kuasa Bapaku memberikan kesaksian tentang
Aku. Kamu tidak mahu percaya kerana kamu bukan domba-dombaku. Domba-dombaku
mendengar suaraku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut aku. Aku memberi mereka
hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas
mereka dari tanganku. Apa yang diberikan oleh Bapaku kepadaku lebih besar daripada segala-
galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa. Bapa dan aku
satu”.”
Yohanes 10:23-30
Dalam ketuhanan? Dalam Triniti? Tidak! Mereka adalah satu dalam MATLAMAT. Seperti
mana tiada siapa dapat merampas mereka dari tangan Jesus, tiada siapa dapat merampas mereka
dari tangan Tuhan.
52
Mahukan lebih bukti?
“Aku berdoa bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk semua orang yang percaya
kepadaku melalui perkhabaran mereka. Ya Bapa, aku berdoa supaya mereka semua menjadi
satu, sebagaimana Engkau bersatu denganku, dan aku denganMu. Semoga mereka menjadi
satu dengan kita supaya dunia percaya bahawa Engkau mengutus aku. Aku memberi mereka
kemuliaan yang Engkau berikan kepadaku, supaya mereka menjadi satu, seperti Engkau dan
aku satu juga”
Yohanes 17:20-22
Adakah semua manusia sebahagian daripada “Triniti”? Apabila kita membaca Bible secara
menyeluruh, bukan sebahagiannya sahaja, kita akan dapat melihat kebenaran dan bahawa Bible
tidak mengajar “Triniti” yang didokong oleh Gereja; Jesus (a.s.) hanya mengajarkan kita apa
yang Tuhan maklumkan kita beliau telah ajarkan, iaitu keesaan Tuhan.
“Kamu tahu bahawa tubuh kamu itu anggota tubuh Kristus. Oleh itu, bolehkah aku mengambil
anggota tubuh Kristus lalu menjadikannya anggota tubuh seorang pelacur? Sekali-kali tidak!
Atau mungkinkah kamu tidak tahu bahawa seseorang yang bersetubuh dengan pelacur, menjadi
satu dengan pelacur itu? Di dalam Alkitab tertulis dengan jelas, “Kedua-duanya menjadi
satu”. Tetapi seseorang yang menyatukan diri dengan Tuhan, roh orang itu menjadi satu
dengan roh Tuhan.”
1 Korintus 6:15-17
Dan, “Dia telah mengurniai kita berkat-berkat yang sangat baik dan berjaga yang
dijanjikanNya. Dengan berkat-berkat itu kamu terlepas daripada keinginan jahat yang
membinasakan, yang terdapat di dunia ini, dan kamu menerima sifat Allah sendiri.”
2 Petrus 1:4
Juga, “dan satu Allah, Bapa semua orang, Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui
semua orang, dan tinggal di dalam semua orang”
Efesus 4:6
Dan,
“Kristus bagaikan tubuh manusia, yang mempunyai banyak anggota. Tubuh itu satu tetapi
terdiri daripada banyak anggota. Demikian juga kita semua, baik orang Yahudi mahu pun
orang bukan Yahudi, baik hamba mahu pun orang bebas; kita semua sudah dibaptis oleh Roh
yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh. Allah sudah mencurahkan Roh yang sama itu
kepada kita. Aku berkata demikian kerana tubuh tidak terdiri daripada satu anggota sahaja
melainkan banyak anggotanya.”
1 Korintus 12:12-14
53
Apabila kita membaca ayat-ayat di atas dan memahami ajaran yang ingin Paul sampaikan, kita
akan memahami ayat-ayat seperti:
“Hanya ada satu tubuh dan satu Roh, begitu juga kamu dipanggil oleh Allah untuk satu
harapan.”
Efesus 4:4
“St. Paul” memperkatakan tentang kesatuan Kristian, bukan kemajmukan tuhan-tuhan yang
digabungkan ke dalam satu jasad. Kita akan lihat nanti bahawa beliau sama sekali tidak sedar ke
mana akhirnya ajarannya dibawa, dan bagaimana beberapa dekad kemudian ajaran-ajarannya
menjadi dasar yang membenihkan doktrin “Triniti”.
Untuk perbincangan lanjut isu ini, sila baca bahagian 1.2.3.2 dan 1.2.3.23. Sekali lagi, kita
kemas kini jadual kita.
“Berfirmanlah Allah, “Baiklah Kami menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kami,
supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak
dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi”.”
Dalam ayat ini dan ayat-ayat lain di dalam Bible, Tuhan merujuk kepada dirinya sebagai
“Kami”. Adakah penggunaan “Kami” membuktikan bahawa Tuhan bukan satu entiti, tetapi
adalah “Triniti”?
54
Untuk menjawab soalan ini, sila rujuk Bab 14 yang membincangkan penggunaan ganti nama
majmuk untuk Tuhan di dalam Bible dan Qur’an. Juga sila baca nombor 1 di bahagian 1.2.2.6.
“Filipus berkata kepada Jesus, “Ya Tuhan14, tunjukkanlah Bapa kepada kami, supaya kami
puas”. Tetapi Jesus menjawab, “Sudah lama aku bersama-sama kamu semua, dan kamu belum
mengenal aku juga, Filipus? Orang yang sudah melihat aku sudah melihat Bapa. Mengapa
kamu berkata, ‘Tunjukkanlah Bapa kepada kami’?””
Yohanes 14:8-9
Filipus ingin melihat Tuhan dengan matanya sendiri, tetapi ini adalah mustahil kerana tiada
siapa yang boleh berbuat demikian. Bible mengatakan:
Yohanes 1:18
55
1 Yohanes 4:12
“Bapa yang mengutus aku pun memberikan kesaksian tentang diriku. Kamu belum pernah
mendengar suaraNya atau melihat mukaNya.”
Yohanes 5:37
Tetapi mereka mendengar suara Jesus dan melihat beliau berdiri di hadapan mereka! Jesus
hanyalah mengatakan bahawa amalnya dan mukjizatnya mencukupi sebagai bukti kewujudan
Tuhan tanpa memerlukan Tuhan menjelmakan diriNya kepada mereka yang ragu-ragu. Ini
adalah sama seperti:
1. Yohanes 8:19 ““Bapamu itu di mana?”, tanya mereka. Jesus menjawab, “Kamu tidak
mengenal aku atau pun Bapaku. Jika kamu mengenal Aku, kamu pasti mengenal Bapaku
juga”.“.
2. Yohanes 12:44 “Sesiapa yang percaya kepadaku bukan sahaja percaya kepadaku, tetapi
juga kepada Dia yang mengutus Aku”.“.
3. Yohanes 15:23 “Sesiapa yang membenci aku membenci Bapaku juga“.
4. Matius 10:40-41 “Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut aku juga; dan sesiapa
yang menyambut aku, menyambut Dia yang mengutus aku. Sesiapa yang menyambut
seorang pesuruh Allah kerana dia pesuruh Allah akan menerima pahala seorang
pesuruh Allah. Sesiapa yang menyambut seorang baik kerana orang itu baik akan
menerima pahala seorang baik“.
5. Hakim-hakim 13:20-22 “Sedang nyala api itu naik ke langit dari mezbah, maka naiklah
malaikat TUHAN dalam nyala api mezbah itu. Ketika Manoah dan isterinya melihat hal
ini, sujudlah mereka dengan mukanya sampai ke tanah. Sejak itu malaikat TUHAN tidak
lagi menampakkan diri kepada Manoah dan isterinya. Maka tahulah Manoah bahawa
Dia itu malaikat TUHAN. Berkatalah Manoah kepada isterinya, “Kita pasti mati, sebab
kita telah melihat Allah”.“.
Jika kita mahu bertegas mengatakan bahawa apabila Filipus melihat Jesus (a.s.) beliau
sebenarnya telah melihat Tuhan secara fizikal, iaitu “Bapa” kerana Jesus adalah bapa dan
kedua-duanya satu Triniti, dan Jesus adalah “penjelmaan” Tuhan, maka ini akan memaksa kita
membuat kesimpulan bahawa Yohanes 1:18, Yohanes 4:12 Yohanes 5:37 dan lain-lain adalah
palsu.
Adakah Filipus satu-satunya orang yang pernah “melihat bapa”? Ayat berikut mengatakan:
“Hal ini tidak bererti bahawa orang sudah melihat Bapa. Hanya dia yang datang daripada
Allah sudah melihat Bapa.”
Yohanes 6:46
Siapakah yang “yang datang daripada Allah” dan telah melihat “Bapa”? Kita tanyakan Bible:
“Orang yang berasal daripada Allah mendengar firman Allah. Tetapi kamu bukan daripada
Allah, itulah sebabnya kamu tidak mahu mendengar firmanNya.”
Yohanes 8:47
56
Dan,
“Sahabat yang aku kasihi, janganlah tiru apa yang buruk, tapi tirulah apa yang baik. Sesiapa
berbuat baik, dia milik Allah. Sesiapa berbuat jahat, dia belum mengenal Allah.”
Yohanes 1:11
Adakah semua orang yang beramal balik telah melihat Tuhan secara fizikal?
“Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dialah Yang Maha Halus lagi Maha
Mengetahui.”
“Dan tatkala Musa datang pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman
(langsung) kepadanya, berkatalah Musa: “Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku
agar aku dapat Melihat Engkau”. Tuhan berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sanggup
melihatKu, tetapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya, nescaya kamu dapat
melihatKu. Tatkala TuhanNya nampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu
hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali dia berkata:
“Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan aku orang yang pertama-tama beriman”.”
57
“Akulah jalan untuk mengenal Allah… Tidak seorang pun yang dapat datang kepada Bapa
kecuali melalui aku.”
Sesetengah orang berpendapat ayat ini mengesahkan Triniti. Walaupun saya tidak nampak
bagaimana ayat ini merujuk kepada Triniti sama ada secara jelas mahu pun tersirat, ayat ini
dikaji kerana kepopularitianya.
Agak ramai penganut-penganut Kristian yang menafsirkan ayat ini sebagai menyatakan bahawa
Jesus adalah Tuhan dan tiada sesiapa yang boleh memasuki syurga jika tidak menyembah Jesus.
Atas sebab ini, ayat ini sepatutnya dibincangkan di bahagian 1.2.3 (Anak Tuhan), tetapi oleh
kerana ia kerap ditimbulkan semasa membincangkan Triniti adalah lebih sesuai untuk
membincangkannya di sini.
Persepsi popular bahawa ayat ini memerintahkan kita menyembah Jesus jika mahu
diselamatkan bukannya maksud ayat ini. Bagaimanapun, untuk mengesahkannya, kita perlu
mengkaji konteks ayat ini.
Jika kita berpatah balik dan membaca dari mula bab ini, kita dapati Jesus berkata:
“Di dalam rumah Bapaku terdapat banyak tempat kediaman, dan aku akan pergi menyediakan
satu tempat kediaman untuk kamu.”
Yohanes 14:2
Kenyataan di atas agak jelas. Ianya bertepatan dengan ajaran Qur’an. Qur’an memaklumkan
kita bahawa Tuhan mengutuskan nabi-nabi kepada semua kaum dan bangsa. Kita dimaklumkan
bahawa ajaran asas yang disampaikan kepada setiap bangsa adalah sama: “Sembahlah Tuhan
sahaja dan bukan yang lain daripadaNya”. Perincian penyembahan ini mungkin berbeza di
antara sesuatu bangsa menurut kebijaksanaan Tuhan dan tahap pengetahuan sesuatu bangsa.
Telah dijelaskan kepada setiap nabi bahawa beliau hanya berdakwah kepada bangsanya sahaja.
Nabi-nabi ini menjelaskan kepada bangsa masing-masing bahawa jika mereka mematuhinya,
mereka akan menerima ganjaran daripada Tuhan. Tuhan tidak mempertanggungjawapkan
mereka atas perbuatan orang lain. Ini berterusan sehinggalah utusan Tuhan yang terakhir, iaitu
Muhammad (s.a.w.), diutus kepada seluruh manusia sebagai penutup nabi-nabi.
“Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita
gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun, melainkan telah ada
padanya seorang pemberi peringatan.”
“Dan sesungguhnya, Kami telah mengutuskan rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyeru):
“Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut…””
58
rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-
rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada
Musa secara langsung. (Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan
pemberi peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah rasul-rasul
itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
“ (Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya
(nabi atau kitab)”
“Maka bagaimanakah nanti, apabila Kami datangkan seorang saksi (rasul) daripada setiap
umat dan Kami datangkan Kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu?”
“Dan terang-benderanglah bumi (padang mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya; dan
diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para nabi dan
saksi-saksi dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak
dirugikan.”
“Dan (ingatlah) akan hari ketika Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas
mereka daripada mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi ke
atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Qur’an) untuk
menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang
yang berserah diri. </I
>”
Al-Qur’an, Al-Nahl (16):89
Ini adalah apa yang dikatakan oleh Jesus. Beliau mengatakan bahawa terdapat “banyak” bilik-
bilik di dalam mahligai Tuhan, Jesus diutus untuk memimpin satu daripadanya. Bilik-bilik lain
disediakan untuk bangsa-bangsa lain jika mereka mematuhi nabi-nabi mereka. Bagaimanapun,
Jesus memberitahu pengikut-pengikutnya bahawa mereka tidak perlu bimbang mengenai bilik-
bilik lain. Sesiapa di antara mereka yang ingin memasuki bilik yang telah dikhususkan untuk
mereka boleh berbuat demikian jika mereka mengikuti ajaran Jesus dan mematuhi perintahnya.
Maka Jesus mengesahkan bahawa beliau akan menyediakan “satu” mahligai dan bukan
“semua” mahligai di dalam “rumah Bapanya”.
Selanjutnya, ayat tersebut dengan jelas menyatakan bahawa Jesus adalah “JALAN” ke
mahligai. Beliau tidak mengatakan bahawa beliau adalah “DESTINASI”, yang mana jika beliau
adalah Tuhan maka beliau adalah destinasi semua penyembahan dan doa. Apa lagi yang boleh
kita jangkakan daripada seorang nabi selain daripada mengatakan bahawa “Aku adalah ‘jalan’
kepada rahmat Tuhan“? Ini adalah tugasnya. Ini adalah apa yang dilakukan oleh seorang nabi.
Ini adalah sebab beliau dipilih oleh Tuhan; untuk membimbing kepada rahmat Tuhan.
Sesungguhnya, ini disahkan oleh Yohanes 10:9 apabila Jesus mengatakan beliau adalah “pintu”
kepada “padang rumput”. Dengan kata lain, beliau adalah “nabi” yang membimbing kaumnya
59
ke “syurga” (lihat juga Yohanes 12:44). Sekali lagi, ini adalah ajaran Islam. Sesungguhnya, 600
tahun kemudian, Tuhan telah memerintahkan nabi Muhammad (s.a.w.) untuk memberitahu
manusia.
“Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
“Tidak semua yang memanggil aku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan’, akan menikmati pemerintahan
Allah, tetapi hanya orang yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga”
Matius 7:21
““Kemudian Jesus berkata kepada Tomas, “Letakkan jarimu di sini dan lihatlah tanganku.
Hulurkan tanganmu dan letakkanlah pada rusukku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi
percayalah!”. Tomas berkata kepada Jesus, “Ya Allahku, ya Tuhanku”.”
Apabila mendengar ayat ini, saya sekali lagi menyangka saya telah menemui ayat yang saya
cari. Akhirnya saya telah menemui ayat yang dengan jelas mengatakan bahawa Jesus “adalah”
Tuhan. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, setelah mengkaji pustaka teologi Kristian, saya
60
dapati bahawa makna sebenar ayat ini adalah berlainan daripada maksud yang difahami secara
sepintas lalu.
Paling baik pun, ini adalah contoh pengesahan “tersirat” “Dualiti”. Ini adalah kerana ayat ini
kelihatannya menunjukkan bahawa Tomas menyangka Jesus adalah Tuhan. Kata-kata tersebut
adalah kata-kata Tomas, bukannya Jesus. Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah
menafsirkan ayat ini sebagai membawa maksud bahawa Jesus adalah Tuhan.
Pertamanya, ungkapan ‘Tomas menjawab’ agak mengelirukan kerana di dalam ayat sebelum
ini, Tomas tidak diajukan soalan. Kata-kata Tomas lebih tepat dirujuk sebagai ‘ledakan’ atau
‘kata seruan’. Sesungguhnya, inilah sebabnya dalam kebanyakan terjemahan Bible (kecuali
Versi King James), ayat ini diakhiri dengan tanda seruan seperti berikut: “Tomas berkata
kepada Jesus, “Ya Tuhanku, Ya Allahku!””
Sarjana-sarjana Kristian seperti Theodore dari Mopsuestia (350-428), iaitu Biskop Mopsuestia,
menafsirkan bahawa ayat ini tidak ditujukan kepada Jesus, sebaliknya kepada Tuhan “Bapa”.
Oleh itu, ia adalah serupa seperti kata seruan moden “Oh Tuhan!” atau “Ya Allah!”. Dengan
kata lain, ledakan ini menunjukkan rasa terkejut atau tidak percaya, bukannya pengesahan
bahawa Jesus adalah Tuhan “Bapa”.
Kedua, perkataan yang diterjemah sebagai “Tuhan” di dalam ayat ini adalah perkataan Greek
“Ho theos” (Tuhan), dan bukannya “theos” (tuhan). Bagaimanapun, saya menemui satu fakta
yang menarik apabila mengkaji sejarah ayat ini di dalam manuskrip-manuskrip purba yang
menjadi sumber Bible moden, iaitu bahawa manuskrip-manuskrip Biblikal purba juga tidak
sependapat mengenai perkataan yang tepat. Contohnya, Codex Bezae (atau Codex D) adalah
manuskrip abad ke lima yang mengandungi teks-teks Gospel-gospel dan Kisah Rasul-rasul
dalam bahasa Greek dan Latin, yang dijumpai pada abad ke enam belas oleh Theodore Beza di
biara di Lyon.
Pendahulu kepada Codex Bezae dan manuskrip-manuskrip gereja yang lain tidak mengandungi
kata sandang “Ho” (“THE” [15]) (“The Orthodox Corruption of Scripture“, Bart D. Ehrman,
m.s. 266). Ini bermakna bahawa ayat ini dalam bentuk asalnya, jika boleh difahami ditujukan
kepada Jesus, hanyalah mengatakan beliau adalah “tuhan” dan bukannya “Tuhan Yang Maha
Berkuasa”. Oleh itu, maknanya adalah sama seperti bila mana nabi Musa digambarkan sebagai
“tuhan” dalam Keluaran 7:1 (atau apabila bangsa Yahudi digambarkan sebagai “tuhan-tuhan” di
dalam Mazmur 82:6, atau apabila iblis digambarkan sebagai “tuhan” di dalam 2 Korintus 4:4).
Ini menyebabkan kata seruan Tomas, jika benar ditujukan kepada Jesus, sebagai “Tuan ku
tuhan!“.
Bagi umat Islam, persoalan ini mudah. Qur’an dengan jelas mengatakan Tuhan tidak
membiarkan Jesus kepada kaum Yahudi untuk disalib, sebaliknya “kelihatan kepada mereka
seolah-olah itu yang berlaku“. Oleh itu, bagi seorang Muslim, dakwaan bahawa Jesus telah
datang kepada Tomas dan memintanya menjadi saksi akan tanda pakuan pada tangannya dan
lembing pada sisinya adalah contoh yang nyata bahawa ini adalah satu pemalsuan yang
ditambah kemudian. Bagaimanapun, oleh kerana kepercayaan seorang Muslim mengenai hal ini
tidak dianggap sebagai bukti yang nyata dan tidak berat sebelah, maka kita perlu menggunakan
sedikit logik untuk sampai ke hal yang sebenarnya.
Oleh kerana kita telah dapati bahawa terdapat perselisihan di antara manuskrip-manuskrip
Biblikal purba sendiri mengenai apa yang sebenarnya dikatakan oleh Tomas, izinkan saya
mengajukan satu soalan yang mudah. Sila ambil sebatang pensel dan sehelai kertas dan berhenti
membaca buku ini buat seketika. Menggunakan perkataan anda sendiri, tuliskan dengan setepat
mungkin apakah kesimpulan yang boleh anda buat daripada ledakan Tomas dalam tidak lebih
61
20 perkataan. Fikirkan dengan teliti dan tuliskannya seolah-olah nyawa anda dan penyelamatan
ribuan generasi bergantung kepada apa yang anda tuliskan. Tuliskan dengan jelas dan tepat.
Anda telah selesai? Baiklah, kita teruskan.
Kita akan bandingkan apa yang anda tulis dengan apa yang ditulis oleh pengarang asal gospel
ini apabila berhadapan dengan syarat-syarat yang sama seperti yang saya kenakan terhadap
anda. Jika kita teruskan membaca Gospel Yohanes, kita akan menemui perbualan di antara
Jesus dan Tomas yang diceritakan oleh “Yohanes” yang telah menulis:
“Banyak lagi mukjizat yang dilakukan oleh Jesus di hadapan pengikut-pengikutnya, tetapi tidak
ditulis di dalam kitab ini. Tetapi semuanya ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Jesus Anak
Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan kerana kamu percaya kepadanya, kamu boleh
beroleh hidup sejati.”
Yohanes 20:30-31
Jika pengarang Yohanes mengiktiraf kata-kata Tomas sebagai pengakuan bahawa “Jesus adalah
Tuhan”, dan jika beliau telah menafsirkan sikap berdiam diri Jesus sebagai persetujuan senyap
ke atas pengakuan ini, maka Yohanes akan menulis, “supaya kamu percaya bahawa Jesus
Tuhan Yang Maha Berkuasa“, dan bukannya “supaya kamu percaya bahawa Jesus adalah
Penyelamat…” (untuk penerangan istilah “anak Tuhan” dan “Kristus”, sila baca bahagian
1.2.3.2 dan 1.2.3.8).
Untuk menjelaskan lagi hal ini, perlu diingat bahawa sarjana-sarjana Kristian mengatakan
bahawa hawari-hawari tidak benar-benar faham siapa Jesus “sebenarnya” sehinggalah selepas
kebangkitan semula. Contohnya, Tom Harpur berkata:
“Sesungguhnya, jika anda membaca keseluruhan Gospel Markus dengan teliti, anda akan
dapati bahawa hawari-hawari tidak menyedari akan ketuhanan yang disandarkan kepada
Jesus. Mereka yang sepatutnya dapat melihat melepasi “samaran”tersebut kadangkala
digambarkan sebagai bodoh atau tolol… Sesungguhnya, sesetengah sarjana berpendapat
Markus sengaja merendahkan hawari-hawari kerana beliau sedar wujudnya satu masalah yang
serius. Jika benar Jesus adalah Anak Tuhan dalam erti kata ortodoks, bagaimanakah mungkin
sahabat-sahabatnya yang rapat – yang menyaksikan mukjizat-mukjizatnya dan menerima
ajaran-ajarannya yang terperinci – tidak tahu siapa beliau sebenarnya sehinggalah selepas
kebangkitan semula?”
Dengan kata lain, para hawari telah menghabiskan masa bertahun-tahun bersama Jesus, berguru
dengannya, mematuhinya dan menyampaikan ajarannya. Tiba-tiba beliau dikatakan telah
ditangkap, disalib, ditanam dan seterusnya dibangkitkan semula. Tomas melihat beliau, dan
menurut pengakuan “Yohanes”, beliau menyedari bahawa Jesus adalah “Tuhan Bapa” yang
62
telah turun ke bumi untuk bersama-sama kita. Maka pada jangkaan kita, apakah perkara paling
mustahak dan kritikal daripada pandangan “Yohanes”? Nyata sekali bahawa sepatutnya adalah
penekanan “fakta” bahawa “Jesus adalah ‘penjelmaan’ Tuhan Yang Maha Berkuasa”! Tidakkah
ini munasabah?
Jadi mengapakah pengarang ini mengabaikan begitu sahaja fakta yang teramat sangat penting
ini, dan memilih untuk menggambarkan Jesus menggunakan istilah yang lemah, iaitu “anak
tuhan” dan “Penyelamat/Kristus” (lihat bahagian 1.2.3.2 dan 1.2.3.8)? Adakah pengarang buku
ini tidak dapat melihat kaitan yang telah kita lihat? Adakah pengarang “Yohanes” kurang faham
tulisannya berbanding kita? Fikiranlah.
Tambahan lagi, sesetengah sarjana Kristian percaya bahawa episod “Tomas yang ragu” dan
“penambahan” terkemudian. “Lima Gospel” menandakan ayat ini sebagai pemalsuan dan bukan
kata-kata Jesus (a.s.).
Terdapat beberapa ayat-ayat lain yang boleh dibentangkan sebagai perbandingan tetapi yang
telah dipetik sebentar tadi adalah yang terkuat dan paling kerap dipetik. Ayat-ayat lain akan
dibincangkan di bahagian 1.2.3 memandangkan ia lebih berkait dengan ketuhanan Jesus atau
dakwaan bahawa beliau adalah anak fizikal/anak yang dizuriatkan oleh Tuhan.
Seperti mana yang dapat kita lihat daripada jadual di atas, tiada satu pun pernyataan, sama ada
jelas atau tersirat, di dalam Bible yang mengesahkan “Triniti”. Sesungguhnya, inilah sebabnya
ayat 1 Yohanes 5:7 telah ditambah ke dalam Bible kerana tanpa pemalsuan ini tiada sebarang
bukti bahawa Tuhan adalah Triniti. Dalam kes ini, kita terpaksa menerima dakwaan Gereja
bulat-bulat.
Bagaimanapun, dengan rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa, pemalsuan ini tidak didedahkan
oleh seorang Muslim, tidak oleh seorang Kristian liberal, tidak juga oleh seorang Kristian
konservatif, tetapi didedahkan oleh tiga puluh dua sarjana biblikal konservatif yang terunggul
63
dengan disokong oleh lima puluh lima mazhab Kristian yang bekerjasama. Tidak kira gereja
atau mazhab mana yang anda ikuti, kemungkinan besarnya ia adalah salah satu daripada
jawatankuasa yang menyusun Bible RSV, dan di antara perubahan yang dibuat adalah
membuang 1 Yohanes 5:7 kerana ia adalah palsu.
Tidakkah ganjil bahawa Tuhan tidak memasukkan walau satu pun ayat di dalam Bible yang
mengatakan “Aku adalah tiga tuhan di dalam satu“?
Tidakkah ganjil bahawa kita terpaksa mencari dan memilih rujukan-rujukan tersirat mengenai
“Dualiti” dan cuba membina sifat sebenar Tuhan?
Mengapakah Tuhan merasakan perlu untuk mengulang dengan jelas bahawa Dia adalah SATU
sepanjang Bible, tetapi apabila tiba masanya untuk menyatakan dengan jelas bahawa Dia adalah
TIGA, tiba-tiba kita terpaksa menggunakan daya fikiran kita untuk “memerhati” atau “membuat
kesimpulan” bahawa Dia “semestinya” adalah “Triniti”?
Kenapakah hal ini tidak dijelaskan semasa zaman nabi Nuh (a.s.) atau Ibrahim (a.s.) atau Musa
(a.s.)? Kenapakah kita tidak dapat menemui seorang Yahudi pun yang menyembah “triniti”?
“Doktrin triniti telah dikaitkan dengan berbagai aspek pewahyuan Perjanjian Lama, yang
terpenting adalah pembayang bahawa kemajmukan di dalam Tuhan dan pembayang tentang
ketuhanan dan sifat tersendiri Roh Tuhan dan Al-Masih. Sokongan aspek-aspek ini di dalam
pewahyuan Perjanjian Lama terhadap doktrin triniti Kristian telah dibesar-besarkan,
terutamanya apa yang dikatakan sebagai tanda mengenai kemajmukan Tuhan. Perkataan
“kami” dalam “Kami menjadikan manusia dalam gambar dan rupa Kami” (Kej. 1:26; c.f.
3:22, 11:6-7) merujuk kepada ‘anak-anak Tuhan’ atau ‘tuhan’ yang lebih rendah tarafnya yang
disebut di tempat lain (6:1-4, Ayub 1:6; Maz. 29:1), di sini dilihat sebagai satu majlis suci
berkisar sekitar satu Tuhan (c.f. Maz 82:1). Dalam penggunaan terkemudian, istilah-istilah
yang digunakan mungkin ‘malaikat’.”
“The Edermans Bible Dictionary“, disunting oleh A.C. Myers, m.s. 1019
Saya sedar bahawa masih banyak persoalan yang belum dijawab. Tolonglah bersabar, dengan
izin Allah, gambaran yang lebih jelas akan diperolehi dalam bahagian 1.2.3 dan 1.2.4.
“Orang Yahudi di situ menjawab, “Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang
baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu
menjadikan dirimu Allah!”.”
“Kata-katanya membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh dia. Bukan
sahaja dia melanggar hukum hari Sabat, tetapi dia berkata bahawa Allah itu Bapanya. Hal ini
bererti dia menyamakan dirinya dengan Allah.”
Ayat pertama adalah sambungan ayat yang telah kita kaji sebelum ini. Bagaimanapun,
disebabkan kemasyhurannya, ia dibincangkan secara berasingan.
64
Apabila seseorang memetik ayat-ayat seperti di atas untuk membuktikan bahawa Jesus adalah
Tuhan, ia biasanya diikuti oleh pengisytiharan bahawa Jesus (a.s.) “semestinya” telah mengaku
dirinya Tuhan. Mereka berhujah bahawa jika tidak bagaimana mungkin musuh-musuhnya
menuduhnya atas kesalahan kufur? Jika musuh-musuhnya menuduh beliau mengucapkannya,
tuduhan tersebut pastilah benar.
Masalahnya dengan hujah ini adalah mereka ini mempunyai tujuan tersendiri dalam menuduh
Jesus (a.s.) dengan sebarang tuduhan yang akan menjauhkan orang ramai daripadanya. Beliau
telah menjadi seorang hero dan terlalu ramai orang yang menyokongnya. Mereka perlu
menimbulkan satu “skandal” untuk mengawal keadaan tersebut.
Di dalam sebarang mahkamah di Amerika, terdapat apa yang dikatakan “saksi belot“. Saksi
belot adalah saksi pendakwa yang akan beroleh manfaat jika yang didakwa kalah dalam
perbicaraan. Atas sebab ini, keterangan saksi ini tidak diberikan pemberat yang sama seperti
saksi-saksi yang objektif dan tidak berat sebelah.
Sesungguhnya, jika kita mahu menerima dakwaan mereka ini bahawa Jesus mengaku dirinya
Tuhan semata-mata kerana mereka mendakwa beliau telah mengatakannya, maka kita perlu
bersikap konsisten dan percaya semua yang mereka katakan tentang beliau. Contohnya, mereka
mengatakan bahawa beliau adalah seorang pelahap dan kaki botol di dalam Matius 11:19.
Mereka berkata bahawa beliau bersubahat dengan syaitan di dalam Markus 3:22. Di dalam
Yohanes 8:48, mereka mendakwa beliau adalah seorang Samaria yang dirasuk iblis. Mereka
tegas mengatakan bahawa beliau telah gila dalam Markus 3:21. Begitu juga, mereka
mengatakan bahawa Yohanes, Pembaptis mempunyai iblis (Matius 11:18) dan lain-lain.
Adakah semua dakwaan ini benar? Sila baca bahagian 6.3 (no. 9) untuk perbincangan lanjut isu
ini.
Kita perlu bertanya mengapakah mereka mahu mengadakan dakwaan palsu yang tidak
munasabah terhadap nabi-nabi mereka? Sebabnya adalah jika mereka boleh menegakkan satu
daripada dakwaan-dakwaan mereka, maka mereka boleh mendapatkan satu alasan yang sah
untuk menghukum nabi-nabi Tuhan tanpa menimbulkan huru-hara, menjadikan mereka syahid,
dan tanpa membangkitkan tentangan ke atas penyelewengan mereka (Matius 23). Jika kita
membaca Bible, kita akan dapati bahawa ia penuh dengan berbagai tuduhan. Jika sesuatu
tuduhan tidak dapat ditegakkan, mereka akan mencuba tuduhan lain, dan seterusnya.
65
1.2.2.13 Suatu analisa logik
Pada permulaan analisa kita, kita telah lihat bahawa Jesus telah memerintahkan kita “kasihilah
Tuhan kamu… dengan seluruh akal” Markus 12:30. Kita juga telah diajar bahawa “Allah
adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan” 1 Korintus 14:33.
Maka, jika Tuhan tidak bersifat mengelirukan, maka tidaklah perlu untuk mengarahkan kita
untuk hanya “beriman” kepada Triniti” kerana ianya adalah suatu “misteri”. Bukankah itu adil?
Bukankah itu apa yang Bible dan Jesus sendiri katakan? Maka mari kita gunakan akal kita dan
bertanya. Marilah kita bertanyakan soalan-soalan supaya kita dapat mengakui bahawa kita
benar-benar telah mencintai Tuhan “dengan seluruh akal“.
Kebanyakan penganut-penganut Kristian hari ini telah diajar bahawa semua manusia mewarisi
dosa disebabkan oleh Adam.
“Oleh itu, sebagaimana umat manusia dihukum kerana dosa satu orang; dengan cara yang
sama semua orang dibebaskan daripada kesalahan dan diberi hidup, kerana perbuatan satu
orang yang melakukan kehendak Allah.”
Rom 5:18
Dosa tersebut terlalu besar sehingga ia tidak boleh diampunkan secara biasa. Amat besarnya
dosa ini sehingga Tuhan tidak boleh hanya mengatakan, “Kamu semua diampunkan”. Begitu
besarnya dosa ini sehinggakan mengorbankan seorang manusia yang bersih daripada dosa tidak
mencukupi. Begitu besarnya dosa ini sehingga memerlukan Tuhan Yang Maha Berkuasa
menawarkan satu-satunya ZuriatNya sebagai korban untuk membersihkan dosa manusia.
66
Satu-satunya cara untuk Tuhan mengampunkan manusia adalah dengan menyerahkan anaknya
kepada musuh-musuh beliau supaya mereka boleh memukulnya, meludahnya, menyebatnya,
menelanjangkannya, melukakannya, memalukannya, menggantungnya pada batang salib, dan
akhirnya membunuhnya. Dengan cara ini, akhirnya Tuhan dapat menganugerahkan kita
keampunan yang Dia amat ingin berikan kepada kita (1 Korintus 15:3 “Kristus mati untuk dosa-
dosa kita“, Rom 5:6 “Kristus mati untuk menyelamatkan orang yang jahat” dan lain-lain).
Bagaimanapun, timbul beberapa masalah apabila kita meneliti gambaran ini. Contohnya, jika
Jesus (a.s.) adalah sebahagian daripada ketuhanan Triniti yang terdiri daripada intipati Tuhan
Yang Maha Berkuasa, dan jika Tuhan ini adalah SATU Tuhan dan bukan TIGA tuhan, dan jika
Jesus (a.s.) mati di batang salib, maka apakah yang berlaku kepada Tuhan Yang Maha
Berkuasa? Adakah Triniti juga mati, atau adakah sepertiga daripada triniti dicantas, kemudian
diseksa, dibunuh dan dihantar ke neraka selama tiga hari, manakala baki dua pertiga (daripada
Tuhan?) tinggal dalam bentuk yang tidak lengkap di suatu tempat lain? Siapakah yang
memelihara langit dan bumi semasa semua ini berlaku? Triniti yang cacat? Tiada sesiapa?
Jika saya terdiri daripada hati, akal dan roh, dan salah satu daripadanya mati, apakah yang
berlaku kepada bahagian-bahagian lain? Adakah mereka SATU atau TIGA? Jika Tuhan Jesus
dan Roh Suci adalah tiga nama untuk kewujudan yang sama (takrifan “Triniti” di dalam Yesaya
43:10-11 dan banyak ayat-ayat lain), dan bukannya tiga tuhan yang berlainan, maka “kematian
Jesus” adalah juga “kematian Tuhan Bapa”, yang juga “kematian Roh Suci”.
Sesetengah golongan menyanggah dan mengatakan bahawa bukan Jesus “per se” yang mati,
tetapi adalah “bentuk manusianya”. Bentuk “ketuhanannya” tidak terjejas. Hal ini dibandingkan
seperti seseorang menanggalkan kotnya. Ini menimbulkan dilema kerana ini memberikan kita
satu daripada dua kes, sama ada:
1. Jesus (a.s.) “sendiri” TIDAK mati, tetapi hanya menanggalkan jasad keduniaannya, dan
dalam kes ini persoalan yang perlu kita tanya adalah apakah pengorbanan agung yang
dilakukan dengan menanggalkan kulit luaran ini? Bukankah sebentar tadi kita telah
bersetuju bahawa mengorbankan seorang manusia yang bersih daripada dosa tidak
memadai untuk menghapuskan dosa-dosa manusia? Bukankah kita telah setuju bahawa
seorang “TUHAN” yang bersih daripada dosa mesti mati? Bagaimana pula perbuatan
Jesus menanggalkan kulit luarannya yang bukan dirinya yang sebenar menjadi satu
pengorbanan besar untuk menebus dosa semua manusia? Apakah bezanya daripada
mengorbankan seorang manusia biasa? Adakah kematian kulit luaran Jesus dapat
menebus dosa-dosa manusia? Bolehkah Jesus mengadakan seribu lagi kulit manusia
untuk dirinya? Adakah dengan menanggalkan kulit ini merupakan “pengorbanan
mutlak” untuk dosa-dosa manusia?
Atau,
2. Jesus (a.s.) “sendiri” mati, di mana dalam kes ini, oleh kerana beliau didakwa sebagai
sebahagian daripada “Triniti” dan “Triniti” didakwa sebagai SATU Tuhan, bukannya
tiga (seperti yang dinyatakan oleh Yesaya 43:10-11, Ula. 4:35, 1 Raja-raja 8:60, Yesaya
45:5 dan banyak ayat-ayat lain), maka Tuhan Jesus dan Roh Suci semuanya telah mati
kerana mereka adalah “intipati yang sama”. Selanjutnya, jika ketiga-tiganya benar-benar
SATU Tuhan, maka kematian satu Tuhan ini menyanggah banyak ayat-ayat seperti
contohnya:
67
“Tetapi TUHAN adalah Allah yang benar, Dialah Allah yang hidup dan Raja
yang kekal.”
Jeremiah 10:10
Tambahan lagi, jika pemberi nyawa telah mati, siapakah yang menghidupkanNya
kembali? Satu-satunya cara untuk keluar daripada dilema ini adalah menerima
kenyataan bahawa Jesus (a.s.) bukan Tuhan, tetapi hanyalah utusan Tuhan.
“Lalu Jesus berseru dengan lantang, “Ya Bapa, aku serahkan diriku ke dalam
tanganmu!”. Setelah berkata demikian, dia pun meninggal.”
Lukas 23:46
Apabila seseorang meninggal dunia, mereka mengadap Tuhan mereka untuk diadili. Jika Jesus
adalah sebahagian daripada Triniti seperti yang didakwa, dan Triniti adalah hanya SATU Tuhan
(seperti yang dinyatakan oleh ayat-ayat di atas), maka Jesus telah bersama Tuhan di dalam
Triniti sebelum kematiannya. Hanya selepas kematiannya beliau didakwa telah meninggalkan
Tuhan, mati dan pergi ke neraka selama tiga hari.
Sebaliknya, ayat ini menyampaikan cerita yang berbeza. Ia mendakwa bahawa intipati Jesus
berada di tempat lain, tidak bersama Tuhan semasa beliau berada di bumi (jika tidak, beliau
tidak perlu pergi kepadaNya) dan hanya kini akan pergi kepada Tuhan. Sila baca Yohanes
17:11 “… Sekarang aku datang kepadaMu” dan Yohanes 17:13 “Dan sekarang aku datang
kepadaMu” dan lain-lain.
Apa yang menyedihkan adalah kebanyakan penganut-penganut Kristian telah diajar untuk tidak
mengendahkan hal-hal ini dengan sebab “ianya tidak dapat difahami, itulah sebabnya ia
semestinya benar”, atau “percaya sahajalah atau anda akan kehilangan roh anda”. Apakah kita
telah lupa bahawa “Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan” 1
Korintus 14:33? Apakah kita telah lupa bahawa “kasihilah Tuhan kamu… dengan seluruh akal”
Markus 12:30?
Ramai mubaligh-mubaligh yang cuba membuktikan bahawa Tuhan adalah “tiga” dengan
membuat perbandingan antara Tuhan dan makhlukNya. Mereka berkata, “Terdapat tiga ahli
dalam satu keluarga; bapa, ibu dan anak. Terdapat tiga keadaan air; ais, air dan wap dan
sebagainya. Nampak tak? Tuhan adalah tiga!”
Jika inilah contohnya, maka kita juga perlu perhatikan bahawa “setiap orang hanya ada satu
nyawa. Hanya ada satu matahari, hanya ada satu bumi. Setiap orang hanya ada satu hati dan
satu akal” dan seterusnya.
Begitu juga, “Kita ada dua mata. Kita ada dua telinga. Setiap hari terbahagi kepada dua
bahagian, malam dan siang”, dan sebagainya.
68
Contoh-contoh demikian adalah contoh yang semborono. Contoh-contoh begini boleh
dipanjangkan tidak terkira. Kita boleh berkata, “Ada empat musim setiap tahun, ada lima jari
pada setiap tangan. Tuhan hanya membenarkan bangsa Yahudi bekerja enam hari seminggu.
Terdapat tujuh hari dalam seminggu… Nampak gambarannya?
Tuhan Yang Maha Berkuasa dikatakan “menzuriatkan” Jesus (a.s.). Dia didakwa adalah “bapa”
kepada Jesus. Semestinya seorang bapa wujud sebelum “menzuriatkan” anaknya (tidak kira
bagaimana anda mahu menakrifkan “zuriat”). Sebelum Jesus (a.s.) wujud, adalah “Triniti”
wujud sebagai “Dualiti”? Adalah Tuhan lengkap? Cuba terangkan ayat Yesaya 43:10-11. Jika
Jesus (a.s.) telah “dizuriatkan” maka beliau tidak abadi, tetapi takrifan Triniti yang mula-mula
diberikan secara rasmi pada tahun 325 Masihi memerlukan Tuhan dan Jesus (a.s.) “sama-
abadi”.
Jika Jesus adalah satu wajah “Triniti” dan Triniti adalah satu tuhan, bukannya banyak tuhan,
maka sesiapa yang melihat Jesus telah melihat Tuhan. Bagaimanapun, Yohanes 1:18
mengatakan:
Kita telah membaca Athanasian Creed (Nicean Creed) bahawa “Tuhan” adalah “Triniti” yang
terdiri daripada “Bapa”, “Anak” dan “Roh Suci”. Kita juga telah membaca bahawa Tuhan
bukan tiga tuhan tetapi satu Tuhan. Jika demikianlah halnya, maka sesiapa yang telah melihat
Jesus telah melihat “Tuhan”. Tetapi Bible telah memberitahu ini tidak mungkin berlaku.
“Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-
malaikat di syurga atau pun Anak; hanya Bapa yang tahu.”
Markus 13:32
Bukankah beliau sebahagian daripada Tuhan? Bukankah “Triniti” SATU tuhan?Hakikat bahawa
satu “personaliti” Tuhan mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh “dua pertiga” yang lain
menandakan bahawa mereka adalah kewujudan yang berbeza, dan bukannya tiga wajah bagi
satu kewujudan.
Banyak persoalan-persoalan yang timbul mengenai Triniti yang tidak masuk akal. Apabila
seseorang mencintai Tuhan “dengan seluruh akal” dan beliau “Pertimbangkanlah semuanya;
ikutlah yang baik“, bukankah mereka berhadapan dengan banyak percanggahan-percanggahan
mengenai “Triniti”? Saya bercakap mengenai logik berkenaan Jesus (a.s.), bukannya iman buta.
Jesus menggesa kita agar menggunakan akal kita, tetapi kita lebih suka menuruti mereka yang
meminta kita beriman buta. Jesus memberitahu kita:
“Sesiapa mengasihi aku akan mentaati ajaranku. Bapaku akan mengasihi dia. Bapaku dan aku
akan datang kepada orang itu dan tinggal dengan dia.”
Yohanes 14:23
Malangnya, orang yang mendakwa amat mencintai beliau kini mengajar kita bahawa untuk
mencintai Jesus, kita perlu mengabaikan semua ajaran-ajarannya kepada pengikut-pengikutnya,
69
dan menuruti orang lain yang dapat menerangkan maksud ajarannya dengan lebih baik
berbanding beliau. Akibatnya, kata-kata Jesus telah diabaikan terus.
“Katakanlah: “Hai Ahli Kitab. Janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan
cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang
yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan
kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus”.”
Jika saya mempunyai tiga gumpalan tanah liat dan saya bentukkan mereka menjadi satu bola,
mereka telah menjadi SATU, tetapi kini adalah mustahil bagi saya mendapatkan tiga gumpalan
asal.
Jika saya mempunyai tiga biji bata dan saya susun ketiga-tiganya menegak, saya boleh pisahkan
ketiga-tiganya, tetapi saya tidak boleh katakan bahawa tiga bata tadi adalah SATU bata.
Perbandingan yang biasa diberikan oleh gereja mengenai “Triniti” adalah tiga bentuk air, iaitu
ais, cecair dan wap. Mereka mengatakan bahawa sebagaimana air mempunyai tiga “keadaan”
atau “bentuk”, begitu juga Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah satu, tetapi mempunyai tiga
keadaan.
Sepintas lalu, hujah ini kelihatan meyakinkan. Maka mari kita rujuk ayat-ayat di dalam Bible
untuk menguji sama ada ia boleh bertahan dan disahkan oleh Bible. Dengan kata lain, kita mahu
lihat sama ada Bible sendiri mengesahkan gambaran yang sedemikian mengenai Tuhan. Dengan
cara ini, barulah kita akan menerima atau menolak perbandingan ini.
Jika saya ada secawan air yang boleh menjadi wap, cecair atau ais, maka adalah mustahil untuk
saya meminum “cecair” sedangkan “ais” dan “wap” ditinggalkan di dalam cawan. Adalah tidak
mungkin untuk “cecair” menggesa “ais” untuk menyelamatkannya daripada diminum dan pada
masa yang sama ais berada pada jarak yang selamat dan tidak diminum. Ini adalah logik yang
mudah. Begitu juga, jika Tuhan, Jesus dan Roh Suci adalah tiga “personaliti” atau tiga
“keadaan” bagi satu kewujudan, iaitu Tuhan Yang Maha Berkuasa, maka adalah tidak mungkin
untuk satu “personaliti” Tuhan MATI sementara YANG DUA LAGI TINGGAL DALAM
KEADAAN SELAMAT DARIPADA KEMATIAN (Markus 15:37, Yohanes 19:33, Rom 5:6
dan lain-lain).
Seperti mana yang telah dilihat di bahagian sebelum ini, ada yang cuba menyelesaikan dilema
ini dengan mendakwa bahawa Jesus (a.s.) sebenarnya tidak mati, sebaliknya hanya
menanggalkan kulit “dunianya”. Intipati beliau sebenarnya tidak mati dibunuh. Dalam kes ini
kita perlu bertanya: di manakah pengorbanan terbesar tersebut? Jika seseorang mempunyai lima
ribu kot, dan beliau menanggalkannya, mencampakkannya de dalam api dan kemudian
memakai kot lain lalu berkata: “Saya melakukan ini sebagai pengorbanan mutlak untukmu”,
adakah ini benar-benar pengorbanan mutlak jika beliau boleh mencipta seribu lagi “kulit” untuk
menggantikan apa yang ditanggalkan?
Adakah menanggalkan kot beliau dan memakai kot lain tiga hari kemudian “menebus” semua
dosa-dosa “manusia yang cenderung kepada kejahatan dan berdosa” sejak permulaan masa?
“Inilah perintah yang paling utama…, Kasihilah Tuhan Allah… dengan seluruh akal” Markus
12:30.
70
Terdapat banyak situasi-situasi lain di dalam Bible yang menyanggah perbandingan ini dan
teori “tiga” tuhan. Contohnya:
Adakah boleh diterima akal untuk membayangkan bentuk “ais” di dalam satu baldi menyembah
dirinya yang berada dalam bentuk “wap” (contohnya, Lukas 6:12). Seterusnya, adakah air
membuat keputusan untuk “menzuriatkan” untuk dirinya satu lagi personaliti, iaitu “ais” dan
kemudian menambah personaliti ketiga, iaitu “wap”? Adakah Tuhan asalnya adalah satu
personaliti dan kemudian “menzuriatkan” untuk diriNya beberapa personaliti untuk
menemankanNya?
Adakah Dia berbicara kepada personaliti-personalitinya yang lain dan menggesa mereka
diselamatkan (Matius 27:46)? Adakah Dia mengorbankan salah satu personalitiNya untuk
“menyelamatkan” manusia? Adakah sebahagian personalitinya mengetahui sesuatu yang tidak
diketahui oleh personaliti-personalitinya yang lain (Markus 13:32)? Adakah sebahagian
personalitinya lebih berkuasa daripada personaliti yang lain (Lukas 24:41-44)? Adakah ini yang
tergambar di fikiran kita mengenai Tuhan?
Bagaimanakah kita mahu mengadapnya pada hari pengadilan dan menjawab segala dakwaan-
dakwaan kita mengenaiNya?
Untuk melihat betapa karutnya teori “ais, air dan wap” ini, mari kita lihat perbandingan berikut
[16]:
Andaikan Joe adalah seorang siswa yang juga berkhidmat dalam tentera. Dalam kes ini, kita
boleh mengatakan bahawa Joe mempunyai dua keperibadian, keperibadian seorang “pelajar”
dan keperibadian seorang “tentera”. Bolehkah kita bayangkan “Joe si pelajar” merendahkan
dirinya kepada “Joe si tentera” dan merayu agar “Joe si tentera” mengasihani dirinya sementara
“Joe si tentera” yang berada berhampiran menerima rayuan tersebut dan menimbangkan sama
ada mahu menerima rayuan tersebut (Matius 26:39)?
Selanjutnya, jika seorang pembunuh menyerang “Joe si pelajar” semasa beliau berada di
universiti, bolehkah kita bayangkan beliau bergegas ke telefon dan merayu agar “Joe si tentera”
segera datang untuk menyelamatkannya? Bolehkan diterima akal bahawa “Joe si tentera” tidak
menghiraukan rayuan ini dan dengan itu “Joe si pelajar” terbunuh di universiti sedangkan “Joe
si tentera”yang berada di markas tentera selamat dan tidak tercedera?
Selanjutnya, menurut Bible, Tuhan dan Jesus dikatakan tidak setara daripada segi ilmu mahu
pun kuasa (Markus 13:32, Yohanes 14:28 dan sebagainya). Maka dalam perbandingan di atas,
adakah munasabah untuk mengatakan bahawa “Joe si tentera” lebih gagah daripada “Joe si
pelajar”, atau bahawa “Joe si pelajar” lebih bijak daripada “Joe si tentera”?
Apabila kita dikemukakan dengan teori-teori atau “penjelasan” mengenai “Triniti” adalah
penting untuk kita mengkajinya dengan teliti dan merujuk kepada Bible dan mengujinya dengan
teliti sebelum menerimanya. Alasan bahawa sesuatu tidak boleh dijelaskan atau dibuktikan
sama sekali tidak dapat diterima. Bible sendiri tidak memerintahkan saya untuk beriman buta,
tetapi inilah yang diarahkan oleh gereja. Ini adalah perintah PERTAMA sekali (Markus 12:30).
Sesungguhnya, Bible telah mengajar kita “Allah adalah Allah yang suka kepada ketertiban,
bukan kekeliruan” 1 Korintus 14:33.
71
“Sekarang tentang persoalan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala:
Kita tahu bahawa berhala menggambarkan sesuatu yang tidak wujud. Kita juga tahu bahawa
Allah hanya satu, iaitu Bapa; tidak ada yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan
tuhan, baik di syurga mahu pun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang
menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan hanya satu juga, iaitu Jesus
Kristus. Melalui dia segala sesuatu diciptakan, dan kerana dialah kita hidup.”
1 Korintus 8:4-6
Nah, dalam hitam putih! Hawari-hawari hanya tahu akan keesaan Tuhan. Tetapi, siapakah
Tuhan tersebut?
Adakah mereka berkata “satu Tuhan, iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci”? Tidak!
Kepada mereka yang cuba mengada-adakan “makna tersembunyi” ke dalam kata-kata hawari-
hawari, atau cuba mengatakan rujukan kepada Jesus sebagai “tuhan” bermakna beliau juga
Tuhan, sila baca bahagian 1.2.3.9. Juga sila baca ayat-ayat yang serupa:
“Dengan demikian kau semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuan kita Jesus Kristus.”
Rom 15:6
“Kepada Timothy, anakku yang sah di dalam iman: kasih kurnia, rahmat dan damai sejahtera
dari Allah Bapa dan Jesus Kristus, Tuan kita, menyertai engkau.”
1 Timothy 1:2
… dan lain-lain.
Jadi, dari manakah para hawari tahu bahawa Tuhan adalah satu dan Jesus (a.s.) hanyalah utusan
Tuhan? Daripada Jesus sendiri. Jesus berkata:
“Jika orang mengenal Engkau, satu-satuNya Allah yang benar, dan mengenal Jesus Kristus
yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.”
Yohanes 17:3
“Tetapi Jesus berkata kepadanya, “Jangan pegang aku, kerana aku belum lagi kembali kepada
Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikutku dan beritahu mereka bahawa sekarang aku sedang
kembali kepada Bapaku dan Bapa mereka, kepada Allahku dan Allah mereka.”
72
Yohanes 20:17
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih
putera Maryam”, padahal Al-Masih sendiri berkata: “Hai Bani Israel, sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah
mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tiadalah bagi orang-orang
zalim itu seorang penolong pun.”
Di dalam “The New Catholic Encyclopedia” (yang dianugerahkan Nihil Obstat dan
Imprimatur yang membawa pengiktirafan rasmi) kita mendapat gambaran bagaimana konsep
Triniti hanya diperkenalkan ke dalam agama Kristian hampir 400 tahun setelah pemergian Jesus
(a.s.):
“… Selepas pertengahan abad ke dua puluh, adalah sukar untuk memberikan pemerian yang
jelas, objektif dan langsung mengenai wahyu, evolusi doktrin dan huraian teologikal mengenai
Misteri triniti. Perbincangan di antara golongan Trinitari, Roman Katolik, serta pihak-pihak
lain memberikan gambaran yang samar. Dua perkara telah berlaku. Para pentafsir dan ahli-
ahli teologi Biblikal, termasuk semakin ramai penganut-penganut Katolik, yang mengakui
bahawa seseorang tidak boleh berbincang mengenai Trinitarinisma di dalam Perjanjian Baru
tanpa pengetahuan yang mendalam. Ahli-ahli sejarah dogma dan ahli-ahli teologi stematik
juga mengakui bahawa apabila seseorang memperkatakan mengenai Trinitarisma secara
menyeluruh, beliau telah beranjak daripada zaman asal Kristian kepada lebih kurang suku
terakhir abad ke empat. Hanya pada masa itu, apa yang dikatakan dogma Trinitarinisma yang
muktamad iaitu “satu Tuhan di dalam tiga Orang” diasimilasikan sepenuhnya ke dalam
kehidupan dan pemikiran Kristian…Ia adalah hasil daripada perkembangan doktrin selama
tiga abad .” (Penekanan ditambah)
Mereka mengakuinya! Sepanjang hayat hawari-hawari Jesus, mereka tidak pernah mendengar
mengenai “Triniti”.
Adakah Jesus telah meninggalkan pengikut-pengikutnya yang terapat dan amat disayanginya
dalam keadaan yang teramat keliru sehingga mereka tidak pernah menyedari sifat “sebenar”
Tuhan? Adakah beliau telah meninggalkan mereka dalam kegelapan sehingga mereka, anak-
anak mereka dan cucu-cucu mereka tidak mengetahui sifat “sebenar” Tuhan yang mereka
sembah? Adakah kita mahu menuduh bahawa Jesus begitu tidak kompeten dalam menjalankan
tugasnya sehinggakan beliau meninggalkan pengikut-pengikutnya dalam keadaan bercelaru
sehingga mereka mengambil masa tiga abad setelah pemergiannya sebelum mereka akhirnya
mendapat gambaran sebenar sifat Tuhan yang mereka sembah?
Kenapakah Jesus tidak pernah, walau sekali pun, mengatakan: “Tuhan, Roh Suci dan aku
adalah tiga Orang dalam satu Triniti. Sembahlah kami sebagai satu.“? Jika beliau membuat
hanya satu pernyataan yang jelas begini, beliau dapat mengelakkan dunia Kristian daripada
perselisihan, perpecahan dan permusuhan yang sengit selama berabad-abad.
Di dalam “The Dictionary of the Bible” yang dianugerahkan mohor Nihil Obstat dan
Imprimatur dan Imprimi Potest (mohor pengiktirafan rasmi Gereja), kita dapati:
“Triniti Tuhan ditakrifkan oleh Gereja sebagai kepercayaan bahawa Tuhan adalah tiga orang
yang wujud dalam satu sifat. Kepercayaan ini hanya muncul pada abad keempat dan kelima
selepas Masihi, dan oleh itu, bukanlah kepercayaan biblikal yang jelas dan formal.”
Dan juga:
“Menurut doktrin Kristian ortodoks, Tuhan adalah satu sifat dalam tiga orang: Bapa, Anak dan
Roh Suci. Tidak satu pun di antara mereka yang mendahului dan mencipta yang lain atau lebih
berkuasa dan lebih mulia kedudukannya. Dalam istilah teologikal yang tepat, mereka adalah
satu sifat (atau intipati), sama-abadi dan setara. Doktrin ini tidak terdapat di dalam Kitab…
Doktrin ortodoks Triniti dikembangkan perlahan-lahan dalam tempoh masa tiga abad atau
lebih… Maka bukanlah mengejutkan bahawa persoalan sama-abadi dan setara ketiga-tiga
tuhan adalah hal teologikal yang diperselisihkan, dan oleh itu, kerap dibincangkan dalam
konteks bidaah. Dalam tahun 381, biskop-biskop bersidang di Konstantinopal dan
mengemukakan doktrin ortodoks yang muktamad.”
“Oleh kerana Triniti adalah bahagian doktrin Kristian terkemudian yang penting, adalah
ketara bahawa istilah ini tidak muncul di dalam Perjanjian Baru. Begitu juga, konsep tiga
rakan yang setara di dalam Tuhan yang didapati di dalam fahaman terkemudian tidak dapat
dikesan dengan jelas di dalam hukum gereja… sedangkan pengarang-pengarang Perjanjian
Baru memperkatakan mengenai Tuhan, Jesus dan Roh setiapnya dengan panjang lebar, tiada
pengarang Perjanjian Baru yang menerangkan secara terperinci hubungan di antara ketiga-
tiganya seperti yang dilakukan oleh pengarang-pengarang Kristian terkemudian.”
“The Oxford Companion to the Bible“, B. Metzger dan M. Coogan, m.s. 782
“Di dalam Perjanjian Lama, keesaan Tuhan disahkan dengan jelas. Fahaman Yahudi yang
diulang di saumaah17 hari ini adalah “Dengarlah, hai orang Israel: Tuhan itu Allah kita,
Tuhan itu esa!” (Ula 6:4). Ini adalah kepercayaan penganut-penganut awal Kristian seperti
mana yang ditulis oleh Paul, “Satu Allah dan Bapa dari semua, Allah yang di atas semua dan
oleh semua dan di dalam semua” (Efe 4:6). Tetapi lama-kelamaan beberapa penambahan dan
pengubahsuaian ke atas fahaman ini dirasakan perlu. Penganut-penganut Kristian diyakinkan
akan ketuhanan Jesus Kristus, dan kemudiannya ketuhanan Roh Suci, dan mereka dipaksa
untuk mempercayainya bersama kepercayaan mereka akan keesaan Tuhan. Selama beberapa
74
tahun, masalah ini dibincangkan dan banyak penjelasan cuba dikemukakan. Salah satunya
dikemukakan oleh Sabellius dan menjadi agak popular, adalah bahawa Kristus dan Roh Suci
adalah manifestasi berulang Tuhan, tetapi akhirnya fahaman yang diterima adalah bahawa
perkataan Bapa, Anak dan Roh mengisytiharkan perbezaan luaran Tuhan. Yakni, penjelmaan
Triniti diperlihatkan sebagai suatu kesatuan Tiga kewujudan. Dengan kata lain, Kristus dan
Roh Suci sama-abadi dengan Bapa. Inilah kepercayaan dunia Kristian hari ini, kecuali
golongan Unitari.”
Mengagumkan! Meskipun beliau percayakan doktrin triniti, Wilkin sendiri mengakui bahawa
doktrin tersebut tidak dapat dicari di dalam Bible, bahawa hawari-hawari Jesus tidak mengajar
doktrin ini, dan mereka yang menerimanya tidak memperolehnya daripada Bible, sebaliknya
mereka bermula dengan konsep-konsep pra-anggap mereka sendiri dan berusaha sedaya-upaya
untuk membuatkan Bible mengesahkan pra-anggapan mereka, dan akhirnya doktrin ini
“diterima” oleh Gereja selepas bertahun-tahun melalui tentangan, ujian, kerana ahli-ahlinya
telah “diyakinkan sepenuhnya akan ketuhanan Jesus Kristus, dan kemudian, ketuhanan Roh
Suci”.
Semasa hayat Jesus di bumi, Judaisma adalah agama monotestik tulen, yang dikelilingi oleh
berbagai-bagai kepercayaan “triniti” bangsa-bangsa Greek, Rom, Babilonia dan Mesir di
sekelilingnya (lihat bab 3). Jadi, mengapakah Jesus membiarkan generasi-generasi awal selepas
beliau berada dalam keadaan jahil dan berpecah, untuk hidup dan mati tanpa mengetahui
tentang “triniti”, dan hanya memilih untuk memaklumkan penulis-penulis rukun dan ahli
falsafah neo-platonik pada abad keempat Masihi?
“Di dalam doktrin Kristian, kesatuan Bapa, Anak dan Roh Suci sebagai tiga orang di dalam
Tuhan, tidak wujud perkataan Triniti, doktrin tersebut juga tidak disebut secara jelas di dalam
Perjanjian Baru… Pada tahun 325, Majlis Nicea menyatakan bahawa formula terpenting
doktrin tersebut adalah pengakuan bahawa Anak adalah “adalah daripada sifat [homoousios]
yang sama seperti Bapa”,walaupun ia hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai Roh Suci.
Dalam tempoh setengah abad berikutnya,Athanasius mempertahankan dan memperhalusi
formula Nicea, dan pada penghujung abad keempat, di bawah pimpinan Basil dari Caesarea,
Gregory dari Nyssa dan Gregory dari Nazianzus (iaitu Bapa-bapa Cappadocia), doktrin Triniti
telah berada dalam bentuk yang kekal hingga hari ini.”
Kita akhiri bahagian ini dengan satu contoh yang amat meyakinkan yang dikemukakan oleh
seorang sarjana British, iaitu Richard Porson. Pada suatu hari, Porson dan seorang rakan
Trinitari sedang membincangkan “Triniti” apabila sebuah kereta kuda mengandungi tiga orang
melintas di hadapan mereka. “Itu”, kata rakan Porson, “adalah ilustrasi Triniti.”. Porson
menjawab, “Tidak, anda perlu tunjukkan saya satu orang di dalam tiga kereta kuda, jika anda
boleh berbuat demikian.”.
Untuk perbincangan mengenai sejarah bagaimana doktrin ini berkembang, sila baca bahagian
1.2.5. Tetapi, mula-mula:
75
“Dan kepunyaanNyalah segala yang di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang di
sisiNya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembahnya dan tiada (pula) merasa
letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada hentinya. Apakah mereka mengambil
tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)? Sekiranya ada tuhan-
tuhan di langit dan di bumi selain Allah, tentulah kedua-duanya telah rosak binasa. Maka
Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. Dia tidak ditanya
tentang apa yang diperbuatnya, dan mereka yang akan ditanyai. Apakah mereka mengambil
tuhan-tuhan selainNya? Katakanlah: “Unjukkanlah hujahmu!” (Al-Qur’an) ini adalah
peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan peringatan bagi orang-orang yang
sebelumku. Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang hak, kerana itu mereka
berpaling. Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami
wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tiada tuhan selain Aku, maka sembahlah olehmu
sekalian akan Aku”. Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil
(mempunyai) anak”, Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) hanyalah hamba-
hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahuluinya dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah-perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu di hadapan mereka dan
yang di belakang mereka,dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang
diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepadaNya. Dan barang siapa di
antara mereka mengatakan: “Sesungguhnya aku adalah tuhan selain Allah”, maka orang itu
kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan balasan kepada orang-orang
zalim.”
Umat Islam tidak berselisih pendapat dengan penganut-penganut Kristian akan hakikat bahawa
Jesus (a.s.) dilahirkan dengan cara yang luar biasa, tanpa seorang manusia sebagai bapa.
Perselisihannya adalah mengenai dakwaan Kristian bahawa Jesus (a.s.) mesti mempunyai bapa.
Golongan Trinitari percaya bahawa jika beliau tidak mempunyai seorang bapa manusia, maka
bapanya mestilah Tuhan. Umat Islam percaya bahawa beliau tidak mempunyai bapa sama-
sekali, dan inilah initipati keajaiban kelahirannya.
“Sesungguhnya misal penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah
menciptakan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, “Jadilah” (seorang
manusia), maka jadilah ia.”
“Mereka berkata: “Allah mempunyai anak”. Maha Suci Allah; Dialah Yang Maha Kaya,
kepunyaanNyalah apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu tidak mempunyai hujah
tentang ini. Pantaskah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.”
“Al-Masih putera Maryam hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu
sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya adalah seorang yang sangat benar, kedua-duanya
76
biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana kami menjelaskan kepada mereka tanda-
tanda kekuasaan Kami, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling,”
“Jika orang mengenal Engkau, satu-satuNya Allah yang benar, dan mengenal Jesus Kristus
yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.”
Yohanes 17:3
Jelas sekali Jesus (a.s.) sedang memperkatakan mengenai suatu entiti yang lain daripada dirinya
dan memberitahu mengenai entiti tersebut bahawa Dia SAHAJALAH satu-satunya Tuhan.
Adalah Jesus (a.s.) tidak berupaya mengatakan, “Aku adalah Tuhan yang benar”, atau, “Kami
adalah Tuhan yang benar”, jika itulah maksud beliau? Nampakkah perbezaannya?
“Perkembangan terpenting sejak 1986 mengenai hal ini adalah penemuan gelaran “Anak
Tuhan” dalam salah satu manuskrip papirus Qumran (Skrol Laut Mati) yang digunakan
terhadap seseorang selain daripada Jesus… ini hanya menguatkan lagi hujah bahawa gelaran
Anak Tuhan di dalam masyarakat Yahudi pada abad pertama sama sekali tidak sama seperti
serupa dengan Tuhan sendiri.”
(Sila baca Bab 7 untuk perbincangan lanjut mengenai Skrol Laut Mati).
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Masih
putera Maryam” padahal Al-Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israel, sembahlah Allah
Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah
mengharamkan syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu
seorang penolong pun.”
Merujuk kepada komen kedua Encik J bahawa beliau tidak “membayangkan” apa-apa, Qur’an
dengan jelas menyatakan bahawa Tuhan telah “mencipta” Jesus. Mari kita petik daripada kamus
Webster’s apa yang dimaksudkan dengan “membayangkan” perkataan “begotten” (dizuriatkan):
“menjadi bapa, menghasilkan sesuatu sebagai kesan daripada pertumbuhan“. Umat Islam
berpendapat bahawa menyandarkan sedemikian kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah
suatu kejian.
77
1.2.3.1 Biskop Gereja England mengisytiharkan bahawa Jesus bukan Tuhan
Umat Islam bukanlah satu-satunya golongan yang percaya bahawa Jesus (a.s.) adalah manusia
dan bukannya Tuhan. Bangsa Yahudi juga mempercayai perkara yang sama. Begitu juga
penganut-penganut terawal Kristian seperti golongan Ebonit, Cerinthia, Basilidia, Capocrations
dan Hypisistaria. Golongan Airan, Paulicia dan Goth juga menerima Jesus (a.s.) sebagai
seorang nabi. Malahan, dalam era moden juga terdapat gereja-gereja di Asia, Afrika, gereja-
gereja Unitari, Jehovah’s Witness dan majoriti Biskop Gereja England pada hari ini yang tidak
menyembah Jesus (a.s.) sebagai Tuhan.
Di dalam sebuah akhbar British, iaitu Daily News, di bawah tajuk “Shock survey of Anglican
Bishops“, kita dapati:
Tetapi apakah utusan Tuhan? Bukankah beliau seorang “agen Tuhan yang tinggi
kedudukannya”? Sesungguhnya inilah yang telah Tuhan sendiri maklumkan kepada kita di
dalam Qur’an 1400 tahun yang lalu, dan apa yang disahkan oleh Jesus sendiri di dalam Bible.
“Jika orang mengenal Engkau, satu-satuNya Allah yang benar, dan mengenal Jesus Kristus
yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.”
Yohanes 17:3
Amat mengejutkan, bukan? Semakin masa berlalu, semakin ramai ilmuan-ilmuan masyarakat
Kristian yang mulai menyedari hal sebenar dan menjadi semakin hampir kepada Islam.
Kenyataan-kenyataan di atas bukannya datang daripada penganut-penganut Islam. Mereka
bukan penganut Kristian “liberal”. Mereka adalah daripada kalangan yang paling berilmu dan
amat dihormati di kalangan Gereja England.
Mereka telah mengabdikan seluruh hidup mereka untuk mengkaji agama Jesus dan kajian
mereka telah membawa mereka kepada kebenaran yang telah Tuhan wahyukan dalam Qur’an
1400 tahun lalu: Jesus bukan Tuhan. Tuhan bukan Triniti. Dan cerita-cerita mengenai
pendakwahan Jesus di dalam Bible telah banyak diubah suai oleh tangan-tangan manusia.
Rev. Prof. David Jenkins, biskop pada kedudukan keempat tertinggi dalam Gereja England dan
merupakan Biskop Durham, mengakui perkara berikut:
“ [beberapa peristiwa semasa misi awal Jesus] tidak sepenuhnya benar sebaliknya telah
ditambah oleh penganut-penganut Kristian yang awal untuk menunjukkan keyakinan mereka
terhadapnya sebagai Al-Masih.”
78
“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai Isa (Jesus) putera Maryam, adakah kamu
mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?”. Isa
menjawab: ‘Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku
(mengatakan)nya. Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah
mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa
yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-
ghaib. Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan
kepadaku (mengatakan)nya iaitu: “Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu”, dan adalah aku
menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau
wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan
segala sesuatu’.”
“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al-Kitab, hikmah dan
kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-
penyembahku, bukan penyembah Allah”. Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi
orang rabbani kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu selalu
mempelajarinya”.”
Menurut Heinz Zahrnt, Gereja telah “menyandarkan kata-kata yang tidak pernah Jesus
ucapkan kepadanya dan menyandarkan kepadanya amalan-amalan yang tidak pernah beliau
lakukan“. Salah seorang yang telah menunjukkan bahawa kebanyakan daripada apa yang
dikatakan oleh gereja mengenai Jesus adalah tidak berasas adalah Rudolph Augustein dalam
bukunya “Jesus the Son of Man“. Satu lagi kajian menyeluruh mengenai hal ini didapati dalam
buku “The Myth of God Incarnate” yang ditulis oleh tujuh sarjana teologi di England pada
tahun 1977 dan disunting oleh John Hick.
Kesimpulan mereka adalah bahawa Jesus, “adalah seorang manusia yang dilantik oleh Tuhan
untuk suatu peranan dalam perancangan tuhan, dan… konsep bahawa beliau adalah
penjelmaan Tuhan timbul kemudian… adalah suatu cara mitologikal atau indah untuk
menyatakan peri pentingnya beliau kepada kita“. Juga sila rujuk buku John Mackiman
Robertson bertajuk “Christianity and Mythology“, dan buku T.W. Doane bertajuk “The Bible
Myths and Their Parallel in Other Religions” (ringkasan buku-buku ini boleh diperolehi dalam
buku M.F. Ansarei bertajuk “Islam & Christianity in the Modern World“).
Adakah terdapat sebarang pengesahan akan hal ini di dalam Bible? Ada! Jika kita membaca
Bible, kita dapati bahawa lama selepas pemergian Jesus, pengikut-pengikutnya yang setia terus
“Tiap-tiap hari mereka berkumpul di Rumah Tuhan” (Kisah Rasul-rasul 2:46). Jika Jesus benar-
benar mengajar mereka bahawa beliau adalah Tuhan; dan jika benar Jesus telah memerintahkan
79
mereka untuk meninggalkan rukun-rukun, adalah sukar untuk dipercayai bahawa mereka
melanggar perintahnya dan terus bersembahyang di saumaah Yahudi setiap hari, apatah lagi di
Rumah Tuhan. Adalah mustahil bahawa kaum Yahudi akan membiarkan sahaja mereka berbuat
demikian jika mereka mengajar bahawa peraturan-peraturan Musa telah dimansuhkan dan
bahawa Jesus adalah Tuhan.
Bolehkah seorang penganut Kristian yang beriman akan Triniti membayangkan bahawa kaum
Yahudi dalam saumaah ortodoks akan membiarkan seseorang mengeluarkan salib dan
menyembah Jesus, serta mengajar orang ramai untuk menyembah Jesus dan meninggalkan
rukun-rukun di dalam saumaah mereka? Tiada yang lebih mengarut daripada mengatakan
bahawa mereka tidak membantah apabila seseorang berbuat demikian di saumaah mereka yang
paling suci setiap hari. Ini adalah bukti yang menyokong Qur’an bahawa Jesus hanya menyeru
pengikut-pengikutnya meneruskan agama Musa dan tidak sama sekali membatalkan terus atau
menghapuskan undang-undang tersebut.
1. “Sebab itu ketahuilah pada hari ini dan camkanlah, bahawa Tuhanlah Allah yang di
langit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain” Ulangan 4:39.
2. “Jangan ada padamu tuhan lain dihadapanKu” Keluaran 20:3.
3. “Sebab janganlah engkau sujud menyembah tuhan lain, kerana TUHAN, yang namaNya
cemburuan, adakah Tuhan yang cemburu” Keluaran 34:14.
4. ““Kamu inilah saksi-saksiKu”, demikianlah firman TUHAN, “dan hambaku yang telah
Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepadaKu dan mengerti, bahawa Aku tetap Dia.
Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi. Aku,
Akulah TUHAN dan tidak ada juru selamat selain daripadaKu” Yesaya 43:10-11.
5. “Beginilah firman TUHAN, Raja dan Penebus Israel, TUHAN semesta alam: “Akulah
yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak ada Allah selain daripadaKu”
Yesaya 44:6.
6. “Supaya orang tahu dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, bahawa tidak ada
yang lain di luar Aku. Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain” Yesaya 45:6.
7. “Sebab beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit, Dialah Allah, yang
membentuk bumi dan menjadikannya dan menegakkannya, dan Dia menciptakannya
bukan supaya kosong, tetapi Dia membentuknya untuk didiami: “Akulah TUHAN dan
tidak ada yang lain”.” Yesaya 45:18.
8. “Berpalinglah kepadaKu dan biarkanlah dirimu diselamatkan, hai hujung-hujung bumi!
Sebab Akulah Allah dan tidak ada yang lain” Yesaya 45:22.
Sekarang kita patut bertanya diri sendiri: Jika tiada tuhan sebelum atau selepas Tuhan Yang
Maha Berkuasa, maka bagaimanakah Jesus (a.s.) “dizuriatkan” sebagai tuhan? Jawapannya
ialah: beliau tidak dizuriatkan. Beliau adalah manusia biasa, bukannya tuhan. Kita telah pun
mendapat pengakuan kebanyakan daripada Biskop Gereja England hari ini yang
mempertahankan kebenaran asas ini. Jika kita mahukan pengakuan daripada saksi-saksi yang
boleh dipercayai, maka berapa ramaikah lagi saksi yang lebih boleh dipercayai yang boleh kita
perolehi di kalangan penganut Kristian yang berilmu dan dihormati daripada Gereja England?
Bible hanya mengajar bahawa Jesus adalah Tuhan dan Tuhan adalah Triniti kepada mereka
yang tidak mengetahui perincian dalaman dan sejarah sebenar Gereja seperti mana yang
diketahui oleh mereka yang di atas. Tetapi marilah kita teruskan kajian ke atas ayat-ayat Bible
supaya kita dapat melihat sebahagian kecil bukti-bukti yang telah menunjukkan hal yang
sebenar kepada mereka ini.
80
1.2.3.2 Berapa ramaikah “Anak” Tuhan?
Ramai yang berkata, “Tetapi Bible dengan jelas mengatakan bahawa Jesus adalah Anak Tuhan.
Mengapakah anda mengatakan Jesus bukanlah satu-satunya anak Tuhan sedangkan Jesus
sendiri mengakuinya, dalam hitam putih, di dalam Bible?“. Sebagaimana yang telah
dibincangkan di dalam bahagian terdahulu, kita perlu memahami bahasa bangsa tersebut,
bahasa bangsa Yahudi yang beliau tuturkan. Mari kita lihat bagaimana mereka memahami
pengisytiharan ini.
Kita mulakan dengan bertanya: berapa ramaikah anak-anak Tuhan Yang Maha Berkuasa yang
disebut di dalam Bible?
1. Yaakob adalah anak Tuhan dan adalah anak sulung: “Israel adalah anakKu, anakKu
yang sulung” Keluaran 4:22.
2. Sulaiman adalah anak Tuhan: “Dialah yang akan mendirikan rumah bagi namaKu dan
Aku akan mengukuhkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya. Aku akan menjadi
Bapanya, dan dia akan menjadi anakku” 2 Samuel 7:13-14.
3. Efraim adalah anak sulung Tuhan: “sebab aku telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah
anak sulungKu” Jeremiah 31:9 (Siapakah anak sulung Tuhan? Israel atau Efraim?).
4. Adam adalah anak Tuhan: “Adam adalah anak Allah” Lukas 3:38
5. Manusia biasa (anda dan saya) adalah anak tuhan:
Ulangan 14:1
Rom 8:14
“Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepadaNya, mereka
diberiNya hak menjadi anak Allah.”
Yohanes 1:12
Filipi 2:15
“Ketahuilah bahawa Allah Bapa amat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita
sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah… Kita sekarang anak-anak
Allah…”
1 Yohanes 3:1-2
“Pada waktu bintang fajar bersorak bersama-sama, dan semua anak Allah
bersorak-sorai”
81
Ayub 38:7
“Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap TUHAN dan di antara
mereka datang juga Iblis untuk menghadap TUHAN.”
Ayub 2:1
“Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap TUHAN dan di antara
mereka datanglah juga Iblis.”
Ayub 1:6
Kejadian 6:4
Kejadian 6:2
Seperti mana yang dapat kita lihat, penggunaan istilah “anak Tuhan” untuk merujuk kepada
manusia biasa bukanlah amalan luar biasa di kalangan kaum Jesus.
“Raja bertitah, “Aku akan mengumumkan apa yang dinyatakan oleh TUHAN. Dia berfirman
kepadaku, ‘Engkaulah anakKu; pada hari ini aku menjadi Bapamu’.”
“Orang yang mendengar firman Allah serta mentaatinya, merekalah ibu dan saudara-
saudaraku”
Lukas 8:21
“Sesiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelakiku, saudara perempuanku, dan
ibuku”
Markus 3:35
Sesungguhnya, terdapat gelaran-gelaran yang lebih tinggi terhadap bangsa Yahudi di dalam
Bible, dan inilah sifat yang Jesus (a.s.) gunakan terhadap mereka. Apabila beberapa orang
Yahudi mahu merejam Jesus (a.s.) dengan batu, beliau mempertahankan dirinya dengan
berkata:
82
“Orang Yahudi di situ menjawab, “Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang
baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu
menjadikan dirimu Allah!”. Jesus berkata kepada mereka, “Tidakkah tertulis dalam Taurat
kamu: Allah berfirman, ‘Kamu ilahi’? Kita tahu bahawa apa yang tertulis di dalam Alkitab
berlaku untuk selama-lamanya. Allah menyebut orang yang menerima firmanNya sebagai
ilahi”.”
Yohanes 10:33-35
(Beliau merujuk kepada Mazmur 82:6 “Aku berkata bahawa kamu ilahi, bahawa kamu semua
anak Yang Maha Tinggi”.)
Ramai di kalangan ahli Gereja merujuk kepada Yohanes 10:33 sebagai usaha untuk
membuktikan dakwaan bahawa beliau adalah “anak Tuhan”. Bagaimanapun, mereka berhenti di
sini dan tidak memetik jawapan Jesus dalam ayat berikutnya (dipetik di atas). Dalam hal ini,
kita meminta mereka yang mengatakan bahawa Jesus secara harfiah telah mendakwa dirinya
sebagai “anak Tuhan” untuk menggunakan piawaian yang sama kepada keseluruhan petikan
dan juga mendakwa bahawa bangsa Yahudi juga adalah “tuhan-tuhan fizikal”. Satu-satunya
cara untuk mendakwa bahawa Jesus (a.s.) adalah anak Tuhan, secara harfiah, sedangkan bangsa
Yahudi tidak, adalah dengan mendakwa bahawa Jesus telah memetik Mazmur 82:6 di luar
konteksnya. Sesuatu yang tidak mungkin beliau lakukan.
Sebagaimana yang kita lihat daripada ayat-ayat ini dan banyak lagi ayat-ayat lain sepertinya,
dalam bahasa bangsa Yahudi “anak Tuhan” adalah istilah biasa yang digunakan untuk merujuk
kepada seorang hamba Tuhan yang patuh. Sama ada penterjemah dan penyunting memilih
untuk menulis “Anak Tuhan” (huruf besar A) apabila merujuk kepada Jesus dan “anak Tuhan”
(huruf kecil a) apabila merujuk kepada orang lain tidak menjejaskan maksudnya di dalam
bahasa asal, kedua-duanya adalah sama. Dapatkah kita lihat apa yang mendorong mereka yang
berilmu di kalangan Gereja England untuk melihat hal sebenarnya? Mari kita teruskan.
“Semasa hayatnya di bumi, Jesus dipanggil rabai [18]dan dianggap sebagai nabi. Beberapa
kata-katanya juga meletakkan beliau sebagai seorang yang bijaksana. Gelaran hormat kepada
seorang rabai adalah “Tuan-ku” [19]. Sebelum Easter, pengikut-pengikutnya yang kagum
dengan kepimpinannya meletakkan makna yang lebih apabila mereka memanggilnya “Tuan-
ku”… Adalah tidak mungkin bahawa gelaran “anak Daud” yang diberikan kepadanya
diterimanya semasa tempoh beliau berdakwah. “Anak Tuhan” yang merupakan gelaran kepada
raja-raja Ibrani (Mazmur 2:7) mula digunakan semasa gereja pos-Easter sebagai gelaran yang
setara dengan Al-Masih dan tidak mempunyai sebarang konotasi metafizikal (Rom 1:4). Jesus
sedar akan hubungan ketaatan yang unik dengan Tuhan, tetapi tidak dapat dipastikan sama
ada bahasa Bapa/Anak (Markus 18:32, Mat. 11:25-27 par., Yohanes passim) dapat dijejak
kembali kepada Jesus sendiri”
Kelihatannya hanya terdapat dua tempat di dalam Bible di mana Jesus (a.s.) merujuk kepada
dirinya sebagai “anak Tuhan”, iaitu Yohanes Bab 5 dan 11. Di dalam “The Dictionary of the
Bible“, Hastings berkata: “Sama ada Jesus menggunakan gelaran tersebut untuk dirinya adalah
diragukan“. Kita telah pun melihat apa maksud gelaran ini. Bagaimanapun, Jesus dirujuk sebagi
“anak Manusia” (bermaksud “manusia”) sebanyak 81 kali di dalam Bible. Gospel Barnabas
memaklumkan kita bahawa Jesus (a.s.) tahu bahawa manusia akan menjadikannya Tuhan
83
selepas pemergiannya dan memberi amaran keras kepada pengikut-pengikutnya supaya tidak
terlibat dengan golongan tersebut.
Jesus bukan anak seorang lelaki manusia (menurut Bible dan Qur’an). Tetapi, mengapakah kita
sering mendapati beliau sering menyebut, “Aku adalah anak manusia” (contoh: Mat. 17:12,
Markus 8:38, Lukas 9:56). Kenapa? Kerana dalam bahasa orang Yahudi, ini bermaksud “aku
adalah manusia biasa”.
Apakah yang cuba beliau sampaikan kepada kita dengan sentiasa mengulang dan menekankan
sepanjang Perjanjian Baru “aku adalah manusia”, “aku adalah manusia”, “aku adalah manusia”.
Apa yang beliau nampak akan berlaku? Fikirkanlah!
Adakah penganut Kristian menekankan aspek ini tentang Jesus? Perkataan Greek dalam
Perjanjian Baru yang diterjemah kepada “anak” adalah “pias” dan “paida” yang bermakna
“orang suruhan”, atau “anak dalam erti kata orang suruhan”. Perkataan-perkataan ini
diterjemahkan kepada “anak” apabila merujuk kepada Jesus dan “orang suruhan” apabila
merujuk kepada orang lain dalam sesetengah terjemahan Bible (lihat di bawah). Kita telah mula
nampak bahawa salah satu sebab dasar mengapa Jesus (a.s.) dianggap Tuhan adalah kerana
terjemahan yang tidak tepat yang berleluasa. Juga terdapat lebih banyak contoh-contoh di dalam
buku ini.
Islam mengajar bahawa Jesus (a.s.) adalah manusia, bukan tuhan. Jesus (a.s.) selalu
menekankan hal ini kepada pengikut-pengikutnya sepanjang tempoh beliau berdakwah. Gospel
Barnabas juga mengesahkan fakta ini. Sekali lagi Encyclopedia Grolier mengatakan:
“… Yang paling bermasalah adalah gelaran “Anak Manusia”. Ini adalah satu-satunya gelaran
yang digunakan berulang kali oleh Jesus terhadap dirinya, dan tiada bukti yang nyata bahawa
ia adalah gelaran yang tinggi/agung oleh gereja Post-Easter. Oleh itu, ia dianggap tulen oleh
ramai pihak kerana ia melepasi ciri-ciri ketaksamaan”
Di dalam “The Dictionary of the Bible” yang dianugerahkan Nihil Obstat, Imprimatur dan
Imprimi Potest (mohor rasmi kelulusan Gereja), kita dapati:
“ [gelaran “anak manusia”] adalah gelaran mesianik, yang wujud 70 kali di dalam Sypnotics,
12 kali di dalam Yohanes. Apa yang menakjubkan ialah bukan sahaja ungkapan ini tidak wujud
di dalam surat-surat, malahan di dalam Gospel-gospel, ia hanya digunakan oleh Jesus. Bagi
kebanyakan sarjana, ini adalah bukti bahawa gelaran ini adalah tulen untuk diri Jesus, dan
pembuangannya di luar Gospel bukan sahaja disebabkan oleh ciri-ciri Semitiknya yang
menjadikannya asing kepada masyarakat Helenistik (Greek), tetapi adalah tanda akan
keasliannya”
Adakah Jesus (a.s.) anak Tuhan kerana beliau memanggil Tuhan “Bapa”? Apakah panggilan
penganut-penganut Kristian terhadapNya? Apakah kata Jesus sendiri berkenaan hal ini?
Matius 5:45
84
“Kamu harus sempurna seperti mana Bapa kamu di syurga sempurna”
Matius 5:48
dan, “Aku akan menjadi Bapa kamu, dan kamu akan menjadi anak-anakKu lelaki dan
perempuan, demikianlah firman Tuhan Yang Maha Berkuasa”
2 Korintus 6:18
dan lain-lain.
Terdapat banyak ayat-ayat seperti ini di dalam Bible. Untuk memahami apa yang dimaksudkan
dengan “Bapa”, kita hanya perlu membaca Yohanes 8:42:
“Jesus berkata kepada mereka, “Seandainya Allah benar-benar Bapa kamu, tentu kamu akan
mengasihi aku kerana aku datang daripada Allah. Aku tidak datang dengan kehendakku
sendiri, tetapi Dialah yang mengutus aku”.”
Maka kecintaan terhadap Tuhan dan nabi-nabiNya menjadikan Tuhan “bapa” kepada seseorang.
Begitu juga,
“Jesus berkata kepada mereka, “Seandainya Allah benar-benar Bapa kamu, sudah tentu kamu
mengasihi aku kerana aku datang dari Allah. Aku tidak datang dengan kehendakku sendiri
tetapi Dialah yang mengutus Aku.”
Yohanes 8:44
Maka kasih terhadap Tuhan dan nabi-nabiNyalah yang menjadikan Tuhan “Bapa” seseorang.
Begitu juga:
“Bapa kamu iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu.”
Yohanes 8:44
Nyata sekali kedua-dua Syaitan dan Tuhan bukannya bapa fizikal mereka. Istilah “Bapa” pada
zaman tersebut digunakan oleh bangsa Yahudi dengan maksud yang sama seperti penganut
Kristian menggunakan perkataan “bapa” untuk memanggil seorang paderi. Maknanya juga tidak
boleh diambil secara harfiah. Jika tidak, Bible akan menjadi saksi bahawa setiap orang yang
beriman dengan Jesus (a.s.) adalah anak ‘fizikal’ Tuhan.
Selanjutnya, sila ambil perhatian bahawa Yusuf digelar “bapa” kepada Firaun dalam Kejadian
45:8, dan Ayub digelar “bapa” golongan miskin di dalam Ayub 29:16. Setelah membaca ayat-
ayat ini, kita dapat memahami bagaimana kaum Yahudi menggunakan perkataan “Bapa” untuk
merujuk kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
85
Adakah Jesus anak Tuhan kerana beliau menghidupkan yang mati? Jika begitu, bagaimana pula
dengan Ezekiel yang dikatakan telah menghidupkan lebih ramai orang mati daripada Jesus?
Ezekiel dikatakan telah menghidupkan semula semua penduduk sebuah bandar yang telah mati
(Ezekiel 37:1-9).
Jika kita mencari kuasa-kuasa Tuhan dan mukjizat sebagai bukti ketuhanan, bagaimana pula
dengan Joshua yang dikatakan telah menghentikan matahari dan bulan selama satu hari (Joshua
10:12-13). Adakah sesiapa selain daripada Tuhan Yang Maha Berkuasa yang dapat
melakukannya?
Elijah dikatakan telah menghidupkan yang mati, membuat semangkuk tepung dan sejag minyak
yang tidak putus bekalannya selama beberapa hari (1 Raja-raja 17:22, 14).
Ini belum lagi mengambil kira Musa (a.s.) dan mukjizat-mukjizatnya yang banyak. Beliau
memisahkan laut, menukar tongkatnya kepada ular, menukarkan air kepada darah dan
sebagainya.
Dan seterusnya….
Malahan Jesus (a.s.) sendiri memberitahu kita bahawa mukjizat tidak membuktikan apa-apa.
“Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan
keajaiban untuk menipu orang, Malah umat pilihan Allah pun tertipu.”
Matius 24:24
Jadi, Kristus palsu boleh menunjukkan berbagai keajaiban dan mukjizat yang menakjubkan
sehingga yang paling berilmu pun boleh tertipu.
Jesus mempunyai permulaan (penzuriatan) dan penghujung (“dan dia pun meninggal”).
Bagaimanapun, Melkisedek dikatakan tiada mula dan akhir hayatnya, tetapi telah “dijadikan
seperti Anak Tuhan”!
“Imam Melkisedek adalah raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Ketika Ibrahim balik
dari peperangan mengalahkan empat orang raja, Melkisedek menjumpainya dan
memberkatinya. Lalu Ibrahim memberikannya se per sepuluh daripada apa yang dirampasnya.
(Pertama sekali, nama Melkisedek bermakna “Raja Keadilan”. Oleh sebab dia raja Salem,
namanya juga bermakna “Raja Kesejahteraan”). Tanpa bapa, tanpa ibu, tanpa nenek moyang,
tiada kelahiran dan tiada kematian Dia seperti Anak Allah; dia menjadi imam selama-lamanya.
Lihatlah betapa tinggi kedudukan Melkisedek. Ibrahim, bapa bangsa kita, memberinya se per
sepuluh daripada segala yang didapatinya daripada peperangan itu.”
Ibrani 7:1-4
Sulaiman dikatakan telah bersama Tuhan sejak permulaan masa sebelum makhluk-makhluk lain
dicipta (Mazmur 8:22-31).
86
Adakah Jesus (a.s.) tuhan kerana beliau melakukan mukjizat menggunakan kuasanya sendiri
sedangkan yang lain-lain memerlukan Tuhan melakukannya bagi pihak mereka? Mari kita baca:
1. Matius 28:18 “Jesus menghampiri mereka lalu berkata, “Aku telah diberi segala kuasa
di syurga dan di bumi”.“.
2. Matius 9:8 “Apabila orang di situ nampak kejadian itu, mereka ketakutan dan memuji
Allah kerana Allah sudah memberi kuasa yang begitu besar kepada manusia“.
3. Lukas 11:20 “Aku mengusir roh jahat dengan kuasa Allah“.
4. Yohanes 10:32 “Tetapi Jesus berkata kepada mereka, “Banyak perbuatan baik sudah
aku lakukan untuk kamu dengan kuasa Bapaku“.
5. Matius 12:28 “Roh Suci memberi aku kuasa untuk mengusir roh jahat“.
6. Yohanes 5:30 “Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri. Aku
menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu aku adil kerana
aku tidak menurut kehendak aku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus aku“.
7. Yohanes 10:25 “Perbuatan yang aku lakukan dengan kuasa Bapaku“.
8. Yohanes 8:28-29 “… Tiada sesuatu apa pun yang kulakukan dengan kehendak aku
sendiri. Aku hanya mengatakan apa yang diarahkan oleh Bapaku. Dia yang mengutusku
bersama-sama aku. Dia tidak pernah membiarkan aku sendirian, kerana aku sentiasa
melakukan apa yang menyenangkan hatinya“.
9. Kisah Rasul-rasul 2:22 “Saudara-saudara orang Israel! Dengarlah kata saya ini; Jesus
dari Nasaret, seorang manusia sudah diberi tugas oleh Allah. Hal ini dinyatakan
melalui mukjizat yang dilakukan Allah melalui dia. Saudara-saudara mengetahui hal
itu…“.
Maka kita lihat bahawa bertahun-tahun selepas pemergian Jesus, hawari Jesus (a.s.) sendiri,
Petrus “Batu yang Kuat” [20], lama selepas pemergiannya bersaksi bahawa bukannya Jesus
yang “Tuhan, iaitu Anak Tuhan, yang melakukan mukjizat melalui Kuasanya“, sebaliknya
beliau mengakui secara terbuka di hadapan semua yang hadir bahawa Jesus adalah manusia.
Beliau seterusnya memastikan bahawa orang ramai tidak terkeliru dengan mukjizat-mukjizat
Jesus dan menyangka beliau bukan manusia dengan menekankan bahawa bukan Jesus yang
melakukan mukjizat, tetapi seperti mana dalam nabi-nabi lain sebelumnya, Tuhanlah yang
sebenarnya mengizinkan mukjizat-mukjizat tersebut, dan nabi-nabi Tuhan hanyalah alat yang
digunakan untuk melakukan mukjizat-mukjizatNya.
Dengan kata lain, perkara pokok yang Petrus ingin sampaikan kepada orang ramai adalah
supaya mereka ingat bahawa seperti mana Musa memisahkan laut tidak menjadikan beliau
Tuhan atau anak Tuhan, dan seperti mana Elisha menghidupkan yang mati tidak menjadikannya
Tuhan atau anak Tuhan, begitulah juga halnya dengan Jesus.
Apakah matlamat di sebalik mukjizat-mukjizat ini? Di dalam Yohanes 11:42, kita dapati
bahawa sejurus sebelum Jesus menghidupkan semula Lazarus, beliau memastikan orang ramai
tidak salah faham tentang apa yang akan beliau lakukan, atau kenapa beliau melakukannya.
Jadi, beliau mengumumkan bahawa seperti mana nabi-nabi yang terdahulu, beliau dikurniakan
mukjizat untuk membuktikan bahawa Tuhan telah mengutuskannya dan beliau benar-benar
seorang nabi:
“Aku tahu bahawa Engkau sentiasa mendengar permintaanku. Aku berkata demikian untuk
semua orang di sini, supaya mereka percaya bahawa Engkaulah yang mengutus aku.”
Yohanes 11:42
87
1.2.3.5 Kerana beliau dipenuhi oleh Roh Suci?
Adakah Jesus (a.s.) anak Tuhan kerana beliau dipenuhi oleh Roh Suci? Kita dapati:
Adakah Jesus tuhan kerana beliau dipenuhi oleh Roh Suci semenjak dalam kandungan ibunya?
Jika begitu, maka Yohanes Pembaptis juga tuhan, seperti yang didakwa oleh Lukas 1:13-15.
2 Korintus 4:4
Sudah tentu ini bermakna Jesus adalah Tuhan. Bagaimanapun, kita juga dapati:
“Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambarNya, menurut gambar Allah
diciptakanNya dia; lelaki dan perempuan diciptakanNya mereka.”
Kejadian 1:27
“Jesus berkata, “Kamu datang dari bawah, tetapi aku datang dari atas. Kamu berasal dari
dunia ini; aku tidak berasal dari dunia ini”.”
Yohanes 8:23
“Aku menyampaikan firmanMu kepada mereka, lalu dunia membenci mereka kerana mereka
bukan dari dunia ini, sebagaimana aku pun bukan dari dunia ini.”
Yohanes 17:14
“Sebagaimana aku bukan dari dunia ini, mereka pun bukan dari dunia ini.”
Yohanes 17:16
88
Terdapat banyak lagi contoh-contoh seperti ini.
Ramai yang percaya bahawa Al-Masih (dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk Al-Masih
adalah “Messiah“) adalah istilah mistik Bible yang telah dikhususkan sebagai setara dengan
“Anak tunggal yang dizuriatkan“. Atas sebab ini, apabila mereka melihat Bible merujuk kepada
Jesus sebagai “Al-Masih”, mereka dengan serta-merta menterjemahkannya kepada “Anak
Tuhan”. Untuk menjelaskan silap faham ini, kita perlu menakrifkan makna sebenar Al-Masih
dan melihat penggunaan sebenarnya di dalam Bible.
Perkataan “Messiah” adalah versi Bahasa Inggeris untuk perkataan Ibrani “mashiyach” {maw-
shee’-akh}. Maknanya secara harfiah dalam bahasa Ibrani adalah “diurapi“. Pada zaman
sekarang, telah menjadi adat bagi mereka yang dilantik memegang jawatan tinggi (contohnya,
Presiden Amerika Syarikat, hakim Mahkamah Tinggi dan lain-lain) untuk menghadiri suatu
upacara di mana mereka dilantik ke jawatan tersebut. Semasa upacara ini, acara tertentu
dilaksanakan, seperti mengangkat sumpah. Hanya setelah upacara tersebut selesai, baharulah
orang tersebut dianggap telah dilantik secara rasmi.
Begitu juga, pada masa dahulu adalah menjadi kebiasaan orang Yahudi untuk “mengurapi”
mereka yang memegang jawatan yang tinggi. Jika kita membaca Bible, kita akan dapati bahawa
setiap paderi dan raja Israel telah di “urap” sebagai menandakan pelantikan mereka.
Selanjutnya, kita dapati bahawa bukanlah perkara luar biasa untuk meng”urapi” objek yang
tidak bernyawa, atau penyembah berhala. Contohnya:
Sulaiman: “Iman Zadok telah membawa tabung tanduk berisi minyak dari dalam khemah, lalu
diurapinya Sulaiman. Kemudian sangkakala ditiup, dah seluruh rakyat berseru, “Hidup Raja
Sulaiman!”.”
1 Raja-raja 1:39
Daud: “Samuel mengambil tabung tanduk yang berisi minyak itu dan mengurapi Daud di
tengah-tengah saudara-saudaranya. Sejak hari itu dan seterusnya berkuasalah Roh TUHAN
atas Daud. Lalu berangkatlah Samuel menuju Ramah.”
1 Samuel 16:13
Paderi-paderi Yahudi: “Maka jika yang berbuat dosa itu imam yang diurapi, sehingga
bangsanya turut bersalah, haruslah ia mempersembahkan kepada TUHAN kerana dosa yang
telah diperbuatnya itu, seekor lembu jantan muda yang tidak bercela sebagi korban penghapus
dosa.”
Imamat 4:3
Koresh, penyembah berhala: “Beginilah firman TUHAN: “Inilah firmanKu kepada orang yang
Kuurapi, kepada Koresh yang tangan kanannya Kupegang supaya Aku menundukkan bangsa-
bangsa di depannya dan melucuti raja-raja, supaya Aku membuka pintu-pintu di depannya dan
supaya pintu-pintu gerbang tidak tinggal tertutup”.”
Yesaya 45:1
89
Tugu: “Akulah Allah yang di Betel itu, di mana engkau mengurapi tugu, dan di mana engkau
bernazar kepadaKu; maka sekarang, bersiaplah engkau, pergilah dari negeri ini dan pulanglah
ke negeri sanak saudaramu.”
Kejadian 31:13
Khemah Suci: “Musa mengambil minyak urapan, lalu diurapinya Khemah Suci serta segala
yang ada di dalamnya dan dikuduskan semuanya.”
Imamat 8:10
Kerub: “Kuberikan tempatmu dekat kerub yang diurapi, di gunung kudus Allah engkau berada
dan berjalan-jalan di tengah batu-batu yang bercahaya-cahaya.”
Ezekiel 28:14
Orang sakit: “Mereka mengusir roh jahat, mengurapi minyak zaitun pada orang sakit, dan
menyembuhkan mereka.”
Markus 6:13
Jesus mengurapi orang buta: “Setelah Jesus berkata demikian, dia meludah ke tanah dan meliat
tanah dengan ludahnya. Kemudian dia mengurapi tanah itu pada mata orang itu.”
Yohanes 9:6
Apabila perkataan ini diterjemah kepada bahasa Greek purba, perkataan-perkataan yang
digunakan adalah “Messias” {mes-see’-as} dan “Christos” {kris-tos’} (lihat Yohanes 1:41,
4:25). Sesungguhnya, daripada sinilah diperolehi perkataan “Christ”, ia asalnya diterbitkan
daripada perkataan Greek untuk “urap”. Sememangnya Jesus telah “dikristenkan”, atau
“diurap”, atau “dibaptis” oleh Yohanes Pembaptis sebelum beliau berdakwah seperti yang
dilihat dalam Matius 3:16, dan ayat-ayat lain.
Ini tidaklah bermakna bahawa hanya kerana perkataan “Messiah” telah digunakan kepada ramai
yang lain, maka ia bukan gelaran khusus untuk Jesus. Ini hanya menunjukkan bahawa gelaran
ini tidak membawa kepada kedudukan “Anak Tuhan”.
Sebagai contoh, semua nabi-nabi Tuhan adalah “sahabat-sahabat Tuhan”, tetapi hanya nabi
Ibrahim menerima gelaran ini sebagai gelaran khusus untuk beliau (Yakobus 2:23). Begitu juga,
semua nabi-nabi Tuhan pada zaman Israel purba adalah nabi-nabi yang diurap, bagaimanapun,
gelaran ini adalah gelaran rasmi yang khusus untuk Jesus sahaja. Hal ini disahkan oleh Qur’an:
Sesungguhnya, nabi Ibrahim digelar oleh umat Islam “Khaleel-ullah” (Sahabat Tuhan), dan
Nabi Musa digelar “Kaleem-ullah” (Yang Berbicara dengan Tuhan). Bagaimanapun, hanya
90
kerana nabi Ibrahim adalah “Sahabat Tuhan” tidak bermakna nabi-nabi lain (Nuh, Musa dan
lain-lain) adalah “musuh-musuh Tuhan”.
Begitu juga, hanya kerana Jesus (a.s.) adalah “firman” daripada Tuhan dan “roh” daripadaNya
tidak bermakna beliau adalah “sebahagian daripada” Tuhan, mahu pun gelaran tersebut khusus
untuknya. Contohnya, di dalam Qur’an kita dapati:
“Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh
(ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”
Al-Qur’an, Al-Hijr(15):29
Maksud sebenarnya adalah Tuhan memilih tempat-tempat ini dengan mengaitkannya dengan
namaNya. Tuhan menganugerahkan gelaran tersebut kepada sesiapa yang Dia mahu untuk
menganugerahkan rahmatNya ke atas makhlukNya berdasarkan ketakwaan dan pengabdian
yang ditunjukkan oleh makhlukNya. Dedikasi Jesus (a.s.) yang tidak berbelah bagi dan
ketakwaannya terhadap Penciptanya dibalas oleh Tuhan dengan cara mengaitkan roh Jesus
dengan namaNya.
Begitu juga, merujuk kepada Jesus sebagai “firman” daripada Tuhan tidak bermakna Jesus
adalah “sebahagian daripada” Tuhan. Contohnya, di banyak tempat di dalam Bible, Tuhan
merujuk kepada “firman”Nya. Contoh:
“Harun akan dikumpulkan kepada kaum leluhurnya, sebab dia tidak akan masuk ke negeri yang
Kuberikan kepada orang Israel, kerana kamu berdua telah menderhaka kepada firmanKu dekat
mata air Meriba”
Bilangan 20:24
Adakah “firmanKu” di sini bermakna Jesus? Terdapat banyak contoh-contoh lain sepertinya.
Adakah Jesus Tuhan kerana orang memanggilnya “Tuan-ku” [21]? Tidak menurut Bible. Di
dalam Bible kita dapati ini adalah amalan biasa terhadap ramai yang lain selain Jesus.
Contohnya:
91
Nabi Ibrahim:
“Jadi tertawalah Sarah dalam hatinya, katanya: “Akan berahikah aku, setelah aku sudah layu,
sedangkan tuan-ku sudah tua?””
Kejadian 18:12
Esau:
“Dia memerintahkan kepada mereka, “Beginilah kamu katakan kepada tuan-ku,kepada Esau:
Beginilah kata hambamu Yaakob: Aku telah tinggal pada Laban sebagai orang asing dan diam
di situ selama ini”
Kejadian 32:4
Yusuf:
“Dan kami menjawab tuan-ku: Kami masih mempunyai ayah yang tua dan masih ada anaknya
yang muda, yang lahir pada masa tuanya, abangnya telah mati, hanya dia sendirilah yang
tinggal dari mereka yang seibu, sebab itu ayahnya sangat mengasihinya.”
Kejadian 44:20
Daud:
“Dia sujud pada kaki Daud serta berkata: “Aku sajalah, ya tuan-ku, yang menanggung
kesalahan itu. Izinkanlah hambamu ini berbicara kepadamu, dan dengarkanlah perkataan
hambamu ini.”
1 Samuel 25:24
…. dan lain-lain.
“Allah sangat mengasihi orang yang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak zuriatnya
yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada anak itu tidak binasa tetapi beroleh
hidup sejati dan kekal”
Yohanes 3:16
Ayat di atas adalah “terjemahan” King James ke atas Yohanes 3:16. Sekiranya kita membuka
Bible Revised Standard Version, kita dapati ayat yang sama kini diterjemah sebagai:
“Allah sangat mengasihi orang yang di dunia ini sehingga Dia memberikan anak tunggalnya”
Apa yang berlaku di sini? RSV adalah hasil kerja 32 sarjana Biblikal Kristian yang terunggul
dan disokong oleh kerjasama 55 mazhab Kristian. Mereka menghasilkan RSV dalam usaha
untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang “banyak” dan “serius” yang mereka temui
dalam Bible King James. Jadi mengapakah mereka menghapuskan perkataan “zuriat” daripada
asas ajaran Kristian ini? Sebabnya adalah mereka telah mengambil keputusan untuk berlaku
jujur apabila menterjemahkan ayat ini.
92
Istilah Greek “zuriat” dalam bahasa Greek purba adalah “gennao” {ghen-nah’-o} seperti yang
didapati dalam Matius 1:2, misalnya. Bagaimanapun, dalam ayat yang dibincangkan, perkataan
yang digunakan bukan “gennao” tetapi “monogenes” {mon-og-en-ace’}.
“Monogenes” adalah perkataan Greek yang membawa maksud “unik” dan bukannya “zuriat”.
Oleh itu, terjemahan sebenar ayat ini adalah “anakNya yang unik”.
Sesungguhnya, beberapa terjemahan Bible lain yang lebih jujur, seperti Perjanjian Baru oleh
Goodspeed dan J.M. Powis Smith (diterbitkan semenjak 1923), memberikan terjemahan yang
serupa dengan RSV. Bagaimanapun, “berlaku jujur” seperti ini biasanya tidak diberikan
sambutan yang hangat kerana ia memaksa pembaca berhadapan dengan fakta bahawa
kebanyakan daripada apa yang “diterjemahkan” oleh penterjemah-penterjemah KJV sebenarnya
bukan sebahagian daripada Bible.
Dalam bahagian-bahagian sebelum ini, kita telah melihat bukti-bukti bahawa Bible menjadi
saksi bahawa Tuhan mempunyai ramai “anak-anak”. Maka, apakah yang dimaksudkan oleh
Bible dengan “satu-satunya anak” atau “anak yang unik” apabila merujuk kepada Jesus? Ia
bermakna bahawa, apa yang dikatakan oleh Bible dan disahkan oleh Qur’an, adalah bahawa
Jesus adalah “unik” kerana beliau dilahirkan oleh seorang wanita manusia tanpa bapa. Tuhan
hanya berfirman “Jadilah!”, dan beliau pun menjadi manusia.
1.2.3.11 Bagaimana pula dengan “seorang anak telah lahir untuk kita”?
“Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang
pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah
yang perkasa, Bapa yang kekal, Putera Kedamaian”
Yesaya 9:6
Apabila seseorang membaca ayat Yesaya ini, beliau dengan serta-merta dapat melihat dengan
jelas ramalan bahawa Tuhan akan datang ke bumi dalam bentuk seorang anak manusia.
Bukankah itu maksud ayat ini? Tidakkah ia mengatakan bahawa Jesus adalah “penjelmaan”
Tuhan di bumi? Sebenarnya tidak. Kita kaji ayat ini bersama-sama.
Pertamanya, adalah penting apabila mengenakan ramalan ke atas seseorang untuk tidak memilih
secara selektif dan memilih ungkapan tertentu daripada ramalan tersebut dan mengabaikan yang
selebihnya. Dalam ramalan ini kita dapati bahawa ketetapan pertama mengenai orang ini adalah
beliau akan menanggung beban sebuah kerajaan di atas bahunya [22]. Sebaliknya, seperti mana
yang diketahui umum, sepanjang hayatnya Jesus (a.s.) tidak pernah membentuk sebuah
kerajaan, atau menjadi ketua negara. Sebaliknya, kita dapati beliau mengatakan secara jelas di
dalam Bible:
1. Yohanes 18:36 “Jesus berkata, “Pemerintahanku bukan dari dunia ini. Jika
pemerintahanku dari dunia ini, semua orangku akan melawan supaya aku tidak diserah
kepada penguasa-penguasa Yahudi. Tidak, pemerintahanku bukan dari dunia ini!”.”
2. Matius 22:21 “Oleh itu Jesus berkata kepada mereka, “Jika demikian, berikan kepada
Kaisar apa yang menjadi milik Kaisar, dan berikan kepada Allah apa yang menjadi
milik Allah”.”
93
Jadi menurut Bible, Jesus tidak pernah cuba untuk menubuhkan sebuah kerajaan, atau pun
mencabar kekuasaan maharaja penyembah berhala, Kaisar, ke atasnya dan pengikut-
pengikutnya. Jika seseorang cuba berhujah bahawa perintah Jesus merujuk kepada kerajaan
“kerohanian” di akhirat, maka kita perlu bertanya sama ada kerajaan akhirat adalah tempatnya
untuk kerajaan, raja-raja, undang-undang, dan peraturan?
Kedua, apabila kita amati perkataan “Allah yang Perkasa” kita akan dapati satu fakta yang
menarik. Atas sesuatu sebab, perkataan yang digunakan bukan “Allah Yang Maha Perkasa”,
sebaliknya “Allah yang Perkasa”. Pastinya ini membuatkan seseorang ingin tahu apa yang
sebenarnya dikatakan oleh teks Ibrani asal. Maka saya telah mengkajinya.
Perkataan “Perkasa” yang digunakan secara eksklusif untuk Tuhan di dalam Perjanjian Lama
adalah perkataan Ibrani “Shadday” {shad-dah’-ee}. Tetapi, bukan perkataan ini yang digunakan
dalam ayat tersebut. Perkataan Ibrani yang digunakan di dalam ayat ini adalah “Gibbowr” yang
bermaksud “perkasa” dan bukannya “Maha Perkasa”. Perbezaan ini mungkin kelihatan remeh
dan tidak bermakna, tetapi kepada orang Yahudi, perbezaannya amat besar. Saya akan huraikan.
Di dalam kamus yang terkenal, “Hebrew and Caldee Dictionary” oleh James Strong, perkataan
“gibbowr” {ghib-bore’} diterjemah sebagai perwira, penzalim:- juara, ketua, cemerlang,
raksasa, manusia, perkasa (manusia, satu), kuat (manusia), berani. Sebaliknya, perkataan
“Shadday” {shad-dah’-ee} diterjemah sebagai Perkasa:- Perkasa.
Perkataan yang diterjemah sebagai “Tuhan” di sini adalah perkataan Ibrani “El” {ale}, yang di
samping digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Perkasa di dalam Bible, juga
digunakan untuk merujuk kepada manusia yang gagah, iblis, malaikat dan berhala. Seperti mana
yang telah kita lihat di bahagian sebelum ini, adalah menjadi kebiasaan di dalam Bible untuk
menggunakan perkataan “tuhan” untuk membawa maksud sesuatu yang berkuasa atau
berautoriti. Beberapa contoh adalah:
“Aku berkata bahawa kamu ilahi, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi”
Mazmur 82:6
dan, “Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: “Lihat, Aku mengangkat engkau sebagai tuhan bagi
Firaun”
Keluaran 7:1
begitu juga, “Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup”
2 Korintus 4:4
Apabila membaca ayat-ayat ini, kita mulai faham sebab mengapa Yesaya 9:6 merujuk kepada
“Tuhan yang perkasa” dan bukan “Tuhan Yang Maha Perkasa”. Jika pengarangnya benar-benar
mahu menyampaikan bahawa orang ini adalah “penjelmaan” Tuhan Yang Maha Perkasa yang
akan turun ke bumi dalam bentuk manusia untuk bergaul dengan kita dan mati di batang salib,
maka mengapakah pengarang ini memilih untuk “mencairkan” penyataannya dengan merujuk
kepada beliau menggunakan istilah biasa yang digunakan untuk manusia, iblis, berhala dan
malaikat, dan tidak menggunakan istilah yang dikhususkan untuk Tuhan Yang Maha Perkasa?
94
Akhir sekali, perhatikan istilah “bapa yang kekal”. Di dalam Bible, istilah “kekal” atau “selama-
lamanya” kerap kali digunakan sebagai istilah kiasan dan tidak membawa maksud harfiahnya,
sebagai contoh:
1. “dan hambaKu Daud menjadi raja mereka untuk selama-lamanya” Ezekiel 37:25, dan
2. “Raja bergembira, ya TUHAN, kerana Engkau menguatkan dia; raja bersukacita
kerana kemenangan yang Engkau berikan padanya. Engkau telah memenuhi segala
hasrat hatinya; Engkau telah mengabulkan permintaannya. Engkau datang kepadanya
dengan berkat yang melimpah, dan mengenakan mahkota emas di atas kepalanya. Dia
meminta hidup, dan Engkau pun memberikan hidup kepadanya, bahkan umur panjang
untuk selama-lamanya” Mazmur 21:1-4
… dan lain-lain.
Begitu juga istilah “bapa”. Ia tidak semestinya membawa maksud “Bapa Syurga” (Tuhan), atau
bapa biologikal. Kita lihat contoh-contoh berikut:
dan lain-lain.
Maka sebagaimana Daud adalah “putera yang kekal”, begitu juga orang ini digelar “bapa yang
kekal”. Ini adalah bahasa bangsa Yahudi. Beginilah ia sepatutnya difahami. Kita tidak boleh
menafsirkan sesuatu ayat tanpa mengambil kira budaya, adat dan konstruk lisan bangsa yang
menulis ayat-ayat ini. Kita mesti berhati-hati apabila “menterjemah” ayat-ayat ini untuk
memastikan penterjemahan dilakukan seperti mana yang dimaksudkan oleh pengarangnya dan
seperti mana yang difahami oleh bangsanya.
Saya yakin bahawa orang zaman sekarang akan merasa marah jika beliau menulis mengenai
rakannya “You are an angel and a prince” [23], dan beberapa abad kemudian, seorang yang
bertutur dalam bahasa Jepun berkata: “Lihat! Pengarang ini adalah saksi bahawa rakannya
adalah makhluk yang bersayap yang telah turun ke bumi dan menjadi kerabat diraja. Beliau
telah menyatakannya dengan jelas di sini!“.
Adakah saya bermaksud untuk memutar belit ayat ini dan memanipulasi maknanya? Jauh
sekali. Ramai sarjana-sarjana Kristian telah mengetahui dan mengakui makna sebenar ayat ini
dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris dengan betul, tetapi terjemahan mereka
tidak disambut baik dan, oleh itu, mereka tidak menerima publisiti yang sama seperti
terjemahan seumpama Versi King James. Contohnya, J.M. Pavis Smith di dalam “The Complete
Bible, An American Translation“, memetik ayat yang sama seperti berikut”
“Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang
pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebut orang, dan gelarannya adalah:
‘penasihat yang mengagumkan, wira tuhan, bapa sepanjang zaman, putera yang sukakan
kedamaian’”
95
“The Complete Bible, An American Translation“, Yesaya 9:6
Dan lagi, jika kita membaca terjemahan seorang lagi Kristian, contohnya Dr James Moffat, kita
akan dapati bahawa terjemahannya di dalam “The Holy Bible Containing the Old and New
Testaments” berbunyi:
“Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang
pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebut orang, dan gelarannya adalah:
‘penasihat yang mengagumkan, wira tuhan, bapa sepanjang zaman, putera yang sukakan
kedamaian’”
“The Holy Bible Containing the Old and New Testaments“, Yesaya 9:6
Jika pengikut-pengikut Jesus (a.s.) menganggap Tuhan sebagai “Bapa” mereka, bagaimanakah
tanggapan mereka terhadap Jesus? Untuk menjawab soalan ini kita lihat ayat-ayat berikut:
“Dia berniat untuk membunuhnya tetapi dia takut akan orang Yahudi kerana mereka
menganggapnya nabi”
““Dia Jesus, nabi dari Naserat di Galilea”, jawab orang ramai yang mengiringi Jesus.”
Matius 21:11
“Oleh itu mereka cuba menangkap Jesus. Tetapi mereka takut akan orang ramai yang
menganggap Jesus sebagai nabi”
Matius 21:46
““Apakah yang telah berlaku?”, tanya Jesus. “Perkara-perkara yang telah berlaku kepada
Jesus, orang Nasaret itu”, jawab mereka. “Dia seorang nabi di sisi Allah dan di mata semua
orang”.”
Lukas 24:19
Yohanes 4:19
“Apabila orang ramai melihat mukjizat yang dilakukan oleh Jesus, mereka berkata,
“Sesungguhnya dia nabi, yang diharapkan datang ke dunia”.”
Yohanes 6:14
“Beberapa orang yang mendengar kata-kata Jesus berkata, “Orang ini pasti nabi itu”.”
96
Yohanes 7:40
“Semua orang takut lalu memuji Allah. Mereka berkata, “Seorang nabi yang besar telah
datang di antara kita! Allah sudah datang untuk menyelamatkan umatNya!”.”
Lukas 7:16
“Oleh itu orang Farisi di situ bertanya lagi kepadanya, “Kamu berkata dia mencelikkan matamu.
Baiklah, apakah pendapatmu tentang dia?”. “Dia nabi“, jawabnya.”
Yohanes 9:17
“Meskipun demikian aku harus meneruskan perjalanan hari ini, esok dan lusa, kerana tidak
semestinya seorang nabi dibunuh di tempat lain kecuali di Jerusalam.”
Lukas 13:33
“Jesus berkata lagi, “Ketahuilah, seorang nabi tidak pernah dihormati di kampung
halamannya sendiri”
“Dan (ingatlah) ketika Isa (Jesus) putera Maryam berkata: “Hai Bani Israel, sesungguhnya
aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab yang turun sebelumku, iaitu Taurat”
Di dalam Bible, kita dapati, “Allah bukanlah manusia, sehingga Dia berdusta, bukan anak
manusia, sehingga Dia menyesal. Masakan Dia berfirman dan tidak melakukannya, atau
berbicara dan tidak menepatinya?“, Bilangan 23:19.
97
3. Lukas 6:12 “Pada masa itu Jesus naik ke bukit untuk berdoa. Di situ dia berdoa kepada
Allah semalam-malaman.“.
4. Lukas 22:44 “Kerana berat penderitaannya, Jesus semakin tekun berdoa, sehingga
peluh seperti darah menitik ke tanah“.
5. Matius 26:39 “Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya
Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaku! Tetapi janganlah turut
kehendakku melainkan kehendak Bapa sahaja”.”
6. Ibrani 5:7 “Semasa Jesus hidup di bumi ini, dia memohon dengan seruan dan tangisan
kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan dia dari kematian. Oleh kerana Jesus
merendah diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaannya.“.
Ayat-ayat di atas tidak menceritakan bahawa Jesus (a.s.) “bertafakur”, “mengantarai”, atau
“berunding”, tetapi BERDOA. Tetapi berdoa kepada siapa? Kepada dirinya? Personalitinya
yang lain? Bukankah Jesus “intipati yang sama” dengan Tuhan, dan semuanya adalah satu
Triniti? Jika Jesus dan Tuhan bukan daripada “intipati yang sama” maka ini bermakna wujud
lebih daripada satu Tuhan, maka dengan ini kita telah bercanggah ayat, demi ayat, demi ayat
Bible yang jelas, yang kesemuanya menekankan bahawa sejak dulu dan selamanya hanya ada
satu Tuhan.
Selanjutnya, Bible berulang-ulang kali menceritakan yang Jesus (a.s.) dan hawari-hawarinya
“sujud dan berdoa”, yang mana inilah caranya umat Islam bersembahyang hari ini (lihat
bahagian 5.6). Mereka bersembahyang seperti mana Jesus bersembahyang. Pernahkah anda
melihat seorang Kristian “sujud” dan menyembah Tuhan seperti mana Jesus (a.s.), Muhammad
(s.a.w.), dan semua umat Islam bersembahyang?
Fikirkanlah – apabila kita dimaklumkan bahawa Jesus berada di taman merayu dengan
bersungguh-sungguh kepada Tuhan untuk menyelamatkannya dengan berkata “jauhkanlah
cawan penderitaan ini daripadaku” dan “Tuhanku, tuhanku, mengapakah kau
meninggalkanku?” dan lain-lain, maka:
Tuhan telah memberikan jawapan di dalam Qur’an lebih 1400 tahun lalu. FirmanNya:
98
“Dan di antara orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya kami adalah orang-orang
Kristian”, ada yang telah Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan
sebahagian daripada apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami
timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari Kiamat. Dan kelak Allah
akan memberitakan kepada mereka apa yang selalu mereka kerjakan. Hai Ahli Kitab,
sesungguhnya telah datang kepadamu rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak daripada isi
Al-Kitab yang kamu sembunyikan dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah
datang kepadamu cahaya daripada Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah
Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan
(dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu daripada gelap gelita kepada
cahaya yang terang-benderang dengan seizinNya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang
lurus. Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah itu adalah
Isa (Jesus) putera Maryam”. Katakanlah: “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang
kehendak Allah jika Dia hendak membinasakan Al-Masih putera Maryam itu berserta ibunya
dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?” Kepunyaan Allah-lah kerajaan
langit dan bumi dana pa yang ada di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang
dikehendakinya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Orang-orang Yahudi dan Kristian
mengatakan: “Kami adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya”. Katakanlah: “Maka
mengapa Allah menyeksa kamu kerana dosa-dosamu?”. Kamu adalah manusia biasa di antara
orang-orang yang diciptakanNya. Dia mengampuni sesiapa yang dikehendakiNya. Dan
kepunyaan Allah-lah segala kerajaan antara keduanya. Dan kepada Allah kembali (segala
sesuatu). Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan
(syariat Kami) kepadamu ketika terputus rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “Tidak ada
datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira mahu pun seorang pemberi
peringatan”. Sesungguhnya, telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi
peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Seluruh manusia adalah hamba kepada Tuhan. Jika seorang lelaki memiliki seorang lelaki lain,
maka orang tersebut adalah hambanya. Jelas sekali bahawa taraf hamba ini dianggap lebih
rendah daripada anak tuannya (atau tuannya). Biasanya, kita tidak akan menemui orang yang
berkata kepada anak-anaknya (atau kepada dirinya sendiri): “Ke mari hambaku”, atau “pergi ke
sana hambaku”. Mari kita bandingkan keadaan ini dengan cara Tuhan berfirman kepada Jesus
(a.s.):
Perkataan Greek asal yang digunakan adalah “pias” atau “paida” yang bermaksud: “hamba,
anak, anak lelaki, orang suruhan”. Beberapa terjemahan Bible, seperti versi King James yang
popular, telah menterjemahkan perkataan ini sebagai “Anak” apabila ia merujuk kepada Jesus
(a.s.) and “hamba” apabila merujuk kepada orang lain, manakala terjemahan Bible yang lebih
terkini seperti RSV menterjemahkannya secara jujur sebagai “hamba”.
99
Seperti yang akan kita lihat di dalam bab-bab selepas ini, RSV disusun oleh tiga puluh dua
sarjana-sarjana Kristian yang terunggul dengan disokong oleh kerjasama 50 mazhab Kristian
daripada manuskrip-manuskrip purba “ter”tua yang wujud hari ini. Tidak kira mana-mana
gereja atau mazhab yang anda pilih, kemungkinan besarnya gereja tersebut telah mengambil
bahagian dalam pembetulan Versi King James yang menghasilkan RSV.
Sesungguhnya hakikat ini disahkan oleh Jesus di mana di dalam kedua-dua Bible dan juga
Qur’an, beliau bersaksi bahawa seperti mana semua Muslim yang taat, beliau hanyalah hamba
kepada Tuhan. Beliau bersabda:
“Aku tidak berkata-kata menurut kemahuanku sendiri kerana Bapa yang mengutus aku
memerintahkan aku apa yang harus disampaikan. Aku tahu bahawa perintahNya itu membawa
kehidupan yang sejati dan kekal.”
Yohanes 12:49-50
“Al-Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan)
malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah). Barang siapa yang enggan dari
menyembahNya dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua
kepadaNya. Ada pun orang-orang yang beriman dan berbuat amal soleh, maka Allah akan
menyempurnakan pahala mereka dengan menambah untuk mereka sebahagian daripada
kurniaNya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan
menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri
mereka pelindung dan penolong selain daripada Allah.”
Perkataan yang sama, iaitu”pias”, disandarkan kepada Yaakob (Israel) di dalam Lukas 1:54 dan
diterjemahkan sebagai “hamba”:
Ia juga disandarkan kepada Raja Daud di dalam Lukas 1:69, dan sekali lagi, ia diterjemahkan
sebagai “hamba”:
Bagaimanapun, apabila disandarkan kepada Jesus (contohnya Kisah Rasul-rasul 3:13, Kisah
Rasul-rasul 4:27), MAKA ia diterjemahkan sebagai “Anak” (lihat bagaimana ia tidak hanya
diterjemah sebagai “anak” tetapi “Anak”). Kenapa double standard ini? Kenapa kaedah
penterjemahan yang tidak jujur ini digunakan?
“Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al-
Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian daripada Al-Kitab, padahal ia
bukan daripada Al-Kitab dan mereka mengatakan: “Ia dari sisi Allah”, padahal ia bukan dari
sisi Allah. Mereka berdusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.”
100
Al-Qur’an, Al-Imran (3):78
“Tetapi Jesus berkata kepadanya… bahawa sekarang aku sedang kembali kepada Bapaku dan
Bapa mereka, kepada Allahku dan Allah mereka.”
Tuhan bukan sahaja bapa kepada Jesus, tetapi Dia juga adalah TUHAN untuk dirinya. Fikirkan
hal ini dengan teliti. Perhatikan juga bagaimana Jesus menyamakan dirinya dan manusia lain
dalam hal ini, dan tidak menyamakan dirinya dengan Tuhan. Beliau cuba untuk menyatakan
dengan sejelas mungkin bahawa beliau adalah seperti KITA, dan bahawa beliau bukan tuhan.
Mengapakah beliau tidak berkata “aku sedang kembali kepada Bapaku dan Bapa mereka“…
dan berhenti di situ!?
Kenapakah Jesus merasakan perlu untuk menambah “…kepada Allahku dan Allah mereka“.
Apakah maklumat tambahan yang ingin beliau sampaikan kepada kita dengan huraian ini.
Fikirkanlah dengan teliti.
Sila baca juga 2 Korintus 11:31, Efesus 1:3, Efesus 1:17 dan Petrus 1:3 untuk melihat
pengesahan bahawa Jesus mempunyai Tuhan.
““Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-
Masih putera Maryam”, padahal Al-Masih sendiri berkata: “Hai Bani Israel, sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah
mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tiadalah bagi orang-orang
zalim itu seorang penolong pun.”
Baiklah, jika Jesus dan Tuhan adalah dua tuhan yang berbeza dan satunya adalah lebih besar
daripada yang satu lagi (“Bapa lebih besar daripada aku” Yohanes 14:28), maka ini
bercanggah dengan ayat-ayat seperti Yesaya 43:10-11 dan takrif “Triniti” sendiri (lihat
bahagian 2.2.5) yang mana terdapat perkataan “…. setara” di dalamnya (lihat bahagian 2.2.8).
Bagaimanapun, jika mereka bukan dua tuhan yang berbeza, tetapi SATU tuhan, seperti yang
didakwa oleh semua Trinitari (seperti Encik J), maka adakah Jesus (a.s.) berdoa kepada dirinya?
Contohnya, adakah fikirannya berdoa kepada rohnya? Mengapa?
Matius 11:11 “Ketahuilah, daripada kalangan manusia yang dilahirkan oleh wanita tiada yang
lebih besar daripada Yohanes Pembaptis“. Walaupun Jesus? Jesus(a.s.) dilahirkan oleh seorang
wanita.
101
Ayub 25:24 “Bagaimana manusia benar di hadapan Allah, dan bagaimana orang yang
dilahirkan perempuan itu bersih“. Sekali lagi, Jesus (a.s.) dilahirkan oleh seorang wanita.
Adakah ayat ini merangkumi beliau? Umat Islam tidak bersetuju dengan pendapat ini.
Lukas 2:52
dan, “Tetapi meskipun Jesus Anak Allah, dia belajar menjadi taat melalui penderitaannya.”
Ibrani 5:8
Jika Jesus adalah Tuhan, dan tidak wujud dua tuhan yang berbeza, maka adakah pada mulanya
Tuhan adalah jahil dan ganas, dan kemudiannya menjadi bijaksana dan terhormat? Adakah
Tuhan perlu belajar? Adakah pada mulanya Tuhan bersikap ganas dan kemudiannya bersikap
mulia? Adakah Tuhan perlu belajar untuk taat kepada Tuhan? Adakah Tuhan semakin
menyenangkan hatiNya? Jika hanya wujud satu Tuhan, dan tuhan ini adalah “Triniti” dengan
tiga wajah: Tuhan, Jesus dan Roh Suci (seperti yang dinyatakan oleh Yesaya 43:10-11 dan
banyak ayat-ayat lain), maka adakah Jesus belajar untuk mentaati sudut lain personalitinya?
Jika Tuhan Jesus dan roh suci adalah SATU Tuhan seperti yang kerap dinyatakan, dan jika
Tuhan melepaskan sebahagian daripada sifat-sifat ketuhananNya dan menjadi manusia, adakah
Dia juga melepaskan ilmu pengetahuannya dan menjadi jahil, melepaskan sifat mulianya dan
menjadi ganas? Adakah dia perlu membina semula ilmu pengetahuanNya dan sifat muliaNya?
Ini juga menimbulkan satu persoalan yang menarik.
Jika Jesus (a.s.) boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan lain, dan dengan cara itu
meningkatkan (a) kebijaksanaannya, (b) kemuliaannya, (c) rasa kasih Tuhan terhadapnya, dan
(d) rasa kasih terhadap manusia, maka ini bermakna beliau bukanlah Tuhan sama sekali, kerana
salah satu sifat Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah Dia tidak berubah keadaan atau pun bentuk:
“Bahawa sanya Aku, TUHAN, tidak berubah, dan kamu, bani Yaakob, tidak akan lenyap.”
Maleakhi 3:6
Apa lagi yang dapat kita pelajari daripada Bible? Sila baca ayat berikut:
“Jesus yang tuan-tuan salibkan sudah dibangkitkan dari kematian oleh Allah yang disembah
nenek-moyang kita. Allah mengangkatnya ke tempat yang berkuasa di sebelah kananNya, untuk
menjadi Putera dan Penyelamat, supaya umat Israel mendapat peluang bertaubat dan beroleh
pengampunan dosa.”
102
Jika Jesus (a.s.) adalah Tuhan, maka adakah menjadikannya “putera” atau “penyelamat”
meninggikan martabatnya? Adakah Tuhan “meninggikan martabatnya” daripada “hanya”
Tuhan kepada satu martabat baru sebagai “putera” atau “penyelamat”?
“Sesungguhnya jika anda membaca keseluruhan Gospel Markus dengan teliti anda akan
mendapati bahawa para hawari tidak tahu menahu tentang ketuhanan yang disandarkan
kepada Jesus. Mereka yang sepatutnya golongan yang paling berupaya melihat melampaui
‘samaran’ ini digambarkan sebagai lembap dan amat bodoh… Sesungguhnya beberapa
sarjana berpendapat bahawa Markus sengaja memberikan gambaran yang buruk mengenai
para hawari kerana beliau sedar akan satu masalah yang serius. Jika Jesus adalah anak Tuhan
dalam erti kata yang ortodoks, bagaimanakah mungkin sahabat-sahabatnya yang rapat – yang
menyaksikan semua mukjizatnya dan menerima ajaran-ajarannya yang terperinci – tidak
pernah sedar siapa beliau sebenarnya sehinggalah selepas kebangkitan semula?”
“For Christ’s Sake“, m.s. 59
Perlu diingat bahawa kebanyakan sarjana Kristian hari ini mengakui bahawa pengarang-
pengarang Gospel Matius dan Gospel Lukas menggunakan Gospel Markus sebagai sumber
untuk mendapatkan bahan tulisan mereka.
“… bahawa mubaligh ini menggunakan Markus tidak dapat dipertikaikan. Ia adalah salah satu
daripada sumber utama, dan secara umumnya dipercayai telah membekalkan rangka untuk
gospelnya… Lukas menggunakan Markus dengan menyeluruh sebagai sumbernya meskipun
terdapat penambahan dan perubahan. Mereka menjustifikasikan perbuatan di mana para
pengulas gospel merasakan perlu untuk mengatakan bahawa pengisahan oleh Lukas adalah
‘penyuntingan’ atau sebagai ‘revisi yang radikal ke atas Markus’..”
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible“, Jilid 3, m.s. 184, Abingdon Press
Pengarang-pengarang yang sama juga telah mengulas seperti berikut mengenai Gospel Matius:
“… Matius adalah gospel yang pertama menurut turutan tradisional. Tetapi turutan ini tidak
semestinya turutan kronologi, dan terdapat sebab yang baik kenapa Matius difikirkan adalah
gospel yang terkemudian. Kebiasaannya, yang terkemudian diletakkan di hadapan dan
kebiasaan yang diterima ramai ini dikekalkan dengan meletakkan Matius sebagai gospel
pertama di dalam PB. Namun adalah amat pasti bahawa Matius ditulis kemudian daripada
Markus, yang mana seperti Lukas…. Berdasarkan bukti dalaman, terdapat kebarangkalian
umum bahawa susunan gospel-gospel adalah Markus, Matius, Lukas, Yohanes. Dan
kemungkinan ini telah disahkan secara arkeologi..”
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible“, Jilid 3, m.s. 302, Abingdon Press
Di dalam Encyclopedia Grolier’s, di bawah tajuk “Mark, Gospel according to“, kita dapati:
103
“Markus adalah Gospel kedua di dalam Bible di bahagian Perjanjian Baru. Ia adalah yang
terawal dan terpendek di antara keempat-empat Gospel… Kebanyakan bahan-bahan di dalam
Markus diulang di dalam Matius dan Lukas, dan menyebabkan kebanyakan sarjana-sarjana
terkemuka membuat kesimpulan bahawa Markus adalah yang mula-mula ditulis dan
kemudiannya digunakan oleh pengarang-pengarang lain”
Bagaimana pula pandangan Islam mengenai hal ini? Islam mengajar bahawa Tuhan tidak perlu
merendahkan diriNya untuk menunjukkan rasa kasih dan belas kasihannya, sebaliknya, Dia
mengekalkan kemuliaan, keagungan dan kedaulatanNya, dan kemudiannya mengangkat darjat
manusia:
“… nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.”
“Barang siapa menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya.
KepadaNyalah naik pernyataan-pernyataanNya yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya.
Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras. Dan rencana
jahat mereka akan hancur.”
Al-Qur’an, Faathir(35):10
1.2.3.20 Tetapi beliau semestinya Tuhan, atau kita tidak dapat diselamatkan
Tetapi Gereja memaklumkan kita bahawa Jesus (a.s.) perlulah anak Tuhan dan mati di batang
salib sebagai pengorbanan muktamad untuk menebus dosa asal, jika tidak kita semua akan ke
neraka. Seperti mana yang diajarkan oleh Paul, “dosa hanya dapat diampunkan jika ada
penumpahan darah” Ibrani 9:22. Mari kita kaji dakwaan Paul.
Jika dosa seorang manusia menyebabkan seluruh manusia berdosa seperti yang didakwa oleh
Rom 5:12, maka:
1. Ini bermakna semua bayi adalah berdosa semenjak dilahirkan dan hanya selamat jika
kemudiannya mereka “menerima pengorbanan Tuhan mereka dan dibaptiskan”. Yang
lainnya kekal tercemar oleh dosa asal dan akan binasa. Sehingga baru-baru ini, bayi-bayi
yang tidak dibaptiskan tidak dikebumikan di tanah yang ditahbiskan kerana mereka
dipercayai telah mati dalam dosa asal. Saint Augustine dipetik sebagai berkata:
“Tiada sesiapa yang suci, biar pun beliau hidup hanya sehari”
104
“Jesus berkata kepada pengikut-pengikutnya, “Biarlah kanak-kanak itu datang
kepadaku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati
Pemerintahan Allah”.”
Maka Jesus sendiri telah mengatakan bahawa bayi dilahirkan tanpa dosa dan layak ke
syurga tanpa sebarang soal jawab. Dengan kata lain, tiada sesiapa pun yang tercemar
oleh dosa asal. Sekali lagi, ini adalah ajaran Islam. Islam mengajar bahawa anda
ditakdirkan selamat sejak lahir. Inilah ganjaran anda melainkan anda enggan
menerimanya dan berkeras mahu mengingkari Tuhan.
2. Nabi-nabi yang terdahulu (Musa, Ibrahim, Yaakob, Nuh, dan lain-lain) dan kaumnya
terhukum untuk tidak penerima penyelamatan yang sebenar hanya kerana Jesus, yang
didakwa “Anak Tuhan”, tiba lewat dan tidak sempat menyelamatkan mereka. Dengan
kata lain, mereka dipaksa menanggung dosa (oleh Adam, 1 Korintus 15:22) dan mereka
dinafikan peluang untuk menebus dosa (disebabkan kemunculan Jesus selepas kematian
mereka, Galatia 2:16). Paul berkata:
Rom 5:14
“Jika Ibrahim sudah diterima oleh Allah sebagai orang yang telah berbaik
semula denganNya kerana hal-hal yang dilakukan oleh Ibrahim, maka Ibrahim
boleh berbangga. Tetapi dia tidak dapat berbangga di sisi Allah.”
Rom 4:2
Kalaulah Jesus tiba sebaik sahaja Adam melakukan dosa, dan bukannya beberapa ribu
generasi kemudian, maka mungkin generasi-generasi ini dapat diselamatkan (seperti
generasi sekarang).
Pernahkah Ibrahim atau mana-mana nabi lain mengajar tentang “penyaliban”? Adakah
mereka mengajar tentang “Triniti”? Saya mahukan jawapan yang jelas dan muktamad,
bukannya tafsiran peribadi terhadap ayat-ayat, atau “makna tersembunyi” ayat-ayat
tersebut. Jika anda tidak pasti, mengapa tidak tanyakan kepada bangsa Yahudi yang
dikatakan telah menyampaikan dua pertiga daripada kandungan Bible dengan tepat
kepada kita? Adakah di kalangan mereka yang pernah menyembah Triniti? Kebanyakan
orang tidak terfikir akan hal ini. Asalkan mereka akan ke syurga, mengapa perlu peduli
apa yang akan terjadi kepada orang lain?
3. Apakah hak utusan-utusan Tuhan untuk menipu kaum mereka dan memberitahu mereka
bahawa mereka akan menerima penyelamatan abadi dan penebusan dosa hanya jika
105
mereka mematuhi hukum-hukum? Apakah hak mereka untuk mengajar semua hukum-
hukum ini, dan mengarahkan agar Sabat24 dipatuhi, dan melalui berbagai kepayahan,
jika semua amal mereka tidak bernilai, dan keimanan akan pengorbanan Jesus yang
hanya berlaku ribuan tahun kemudian adalah satu-satunya jalan selamat, atau seperti
mana yang dikatakan oleh Paul.
“Meskipun demikian kamu tahu bahawa orang berbaik semula dengan Allah
kerana percaya kepada Jesus Kristus, bukan kerana mengikut Taurat…”
Galatia 2:16
4. Jelaskan Ezekiel 18:19-20 “Tetapi kamu berkata: Mengapa anak tidak turut
menanggung kesalahan ayahnya? Kerana anak itu melakukan keadilan dan kebenaran,
melakukan semua ketetapanKu dengan setia, maka dia pasti hidup. Orang yang berbuat
dosa itu yang harus mati. Anak tidak akan turut menanggung kesalahan ayahnya dan
ayah tidak akan turut menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima
berkat kebenarannya, dan kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya.“. Ayat ini
diturunkan lama sebelum kelahiran Paul dan dakwaannya mengenai “dosa asal” dan
“penebusan dosa”. Ayat ini dengan jelas mengatakan bahawa semua manusia tidak
dipertanggungjawapkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa akan dosa Adam.
“Janganlah ayah dihukum mati kerana anaknya, janganlah juga anak dihukum
mati kerana ayahnya; setiap orang harus dihukum mati kerana dosanya
sendiri.”
Ulangan 24:16
“Pada waktu itu orang tidak akan berkata lagi: Ayah-ayah makan buah mentah,
dan gigi anak-anaknya menjadi ngilu, melainkan: Setiap orang akan mati
kerana kesalahannya sendiri; setiap manusia yang makan buah mentah, giginya
sendiri menjadi ngilu.”
Jeremiah 31:29-30
“Maka datanglah firman TUHAN kepadaku: “Ada apa dengan kamu, sehingga
kamu mengucapkan kata sindiran di tanah Israel: Ayah-ayah makan buah
mentah dan gigi anak-anaknya menjadi ngilu? Demi Aku yang hidup,
demikianlah firman Tuhan ALLAH, kamu tidak akan mengucapkan kata sindiran
ini lagi di Israel. Sesungguh, semua jiwa Aku punya! Baik jiwa ayah mahu pun
jiwa anak Aku punya! Dan orang yang berbuat dosa itu yang harus mati. Kalau
seseorang adalah orang benar dan dia melakukan keadilan dan kebenaran, dan
dia tidak makan daging persembahan di atas gunung atau tidak melihat kepada
berhala-berhala kaum Israel, tidak mencemari isteri sesamanya dan tidak
menghampiri perempuan waktu bercemar kain, tidak menindas orang lain, dia
mengembalikan gadaian orang, tidak merampas apa-apa, memberi makan orang
lapar, memberi pakaian kepada orang telanjang, tidak memungut bunga wang
atau mengambil riba, menjauhkan diri daripada kecurangan, melakukan hukum
yang benar di antara manusia dengan manusia, hidup menurut ketetapanKu dan
tetap mengikut peraturanKu dengan berlaku setia – dialah orang yang benar,
dan dia pasti hidup, demikian firman Tuhan ALLAH.”
106
Ezekial 18:1-9
Bilangan 35:33
5. Yesaya 43:11 “Aku, Akulah TUHAN dan tidak ada penyelamat selain daripadaKu.”.
Bagaimana mungkin Jesus adalah penyelamat jika Tuhan sendiri menafikan hal ini?
Ingat, kita telah mencampak doktrin “Triniti“.
“… bahawa sanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah dan tidak
ada yang seperti Aku.”
Yesaya 46:9
Ulangan 4:35
“Lihatlah sekarang, bahawa Aku, Akulah Dia. Tidak ada Allah kecuali Aku.”
Ulangan 32:39
“supaya segala bangsa di bumi tahu, bahawa Tuhanlah Allah, dan tidak ada
yang lain”
1 Raja-raja 8:60
“Adakah Allah selain daripadaKu? Tidak ada Gunung Batu yang lain, tidak ada
Kukenal.”
Yesaya 44:8
“Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain; kecuali Aku tidak ada Allah, Aku telah
mempersenjatai engkau, sekali pun engkau tidak mengenal Aku.”
Yesaya 45:5
“Tidak ada yang lain, tidak ada Allah selain daripadaKu! Allah yang adil dan
Juruselamat, tidak ada yang lain kecuali Aku.”
Yesaya 45:21
Yesaya 45:22
107
6. “Sesiapa mengasihi aku akan mentaati ajaranku. Bapaku akan mengasihi dia. Bapaku
dan aku akan datang kepada orang itu dan tinggal dengan dia.” Yohanes 14:23. “Jika
kamu mentaati perintahKu, aku akan tetap mengasihi kamu seperti Bapa tetap
mengasihi aku kerana aku mentaati perintahnya.” Yohanes 15:10.
“Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Jesus. Dia bertanya, “Guru,
perbuatan baik apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup yang
sejati dan kekal?”. Jesus menjawab, “Mengapakah engkau bertanya kepadaku
tentang apa yang baik? Hanya Allah yang baik. Taatilah hukum Allah jika kamu
hendak beroleh hidup sejati dan kekal”. “Hukum yang mana?”, tanya orang itu.
Jesus menjawab, “Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan
memberi kesaksian palsu; hormati ibu bapamu; dan hormatilah sesama manusia
seperti kamu mengasihi dirimu sendiri”. “Semua hukum ini telah saya taati”,
jawab orang muda itu. “Adakah lagi yang harus saya lakukan?”. Jesus berkata
kepadanya, “Jika kamu hendak menjadi sempurna, pergilah jual segala yang
kamu miliki, dan berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan
beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah aku”.”
Matius 19:16-21
Malahan, Jesus (a.s.) menafikan bahawa beliau adalah “baik”. Ini adalah sifat seorang
MANUSIA. Apabila anda memuji seorang manusia, dan orang ini merendah diri, beliau
akan berkata: “Mengapakah anda memuji saya? Saya bukanlah seorang yang baik. Saya
hanya manusia yang hina.“. Ini adalah sikap seorang yang baik. Ini adalah caranya
merendah diri di hadapan Tuhan. Bagaimanapun, jika Jesus (a.s.) adalah Tuhan, maka
beliau mesti mendakwa bahawa beliau baik. Ini adalah kerana Tuhan adalah sumber
muktamad segala kebaikan. Jika Tuhan mendakwa diriNya tidak baik, maka Dia adalah
penipu, yang mana ini adalah mustahil.
Seterusnya, Jesus tidak menyentuh langsung mengenai dosa asal atau penebusan dosa.
Beliau tidak memberitahu orang ini bahawa, “Meskipun demikian kamu tahu bahawa
orang berbaik semula dengan Allah kerana percaya kepada Jesus Kristus, bukan kerana
mengikut Taurat“. Sebaliknya, beliau memberitahu bahawa mematuhi hukum-hukum
dan menjual harta seseorang adalah jalan kepada kesempurnaan. Dosa asal tidak disebut.
Penyaliban tidak disebut. Iman tanpa amal tidak disebut. Seperti yang telah kita lihat di
bahagian 1.2.5 hingga 1.2.7 (dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut selepas ini),
semua kepercayaan-kepercayaan ini adalah kepercayaan-kepercayaan Paul, bukannya
Jesus.
Paul, seorang murid kepada seorang hawari Jesus bernama Barnabas, telah dipetik
berkata bahawa undang-undang Musa adalah tidak bernilai. Hanya keimanan akan
penyaliban yang diperlukan.
“Meskipun demikian kamu tahu bahawa orang berbaik semula dengan Allah
kerana percaya kepada Jesus Kristus, bukan kerana mengikut Taurat”
Galatia 2:16
108
“Kesimpulannya begini: seseorang berbaik semula dengan Allah, kerana dia
percaya kepada Jesus Kristus, dan bukan kerana dia melakukan apa yang
diwajibkan oleh Taurat”
Rom 3:28
Ibrani 8:13
“Orang yang percaya dan dibaptis akan selamat, tetapi orang yang tidak
percaya akan dihukum.”
Markus 16:16
Mazmur 19:7
Matius 5:18-19
“Tetapi lebih mudah bagi langit dan bumi ini lenyap daripada satu titik pun
dalam Taurat ditiadakan.”
Lukas 16:17
109
“Saudara-saudaraku! Tidak ada gunanya seorang berkata, “Saya beriman”,
jika perbuatannya tidak membuktikan imannya. Iman semacam itu tidak dapat
menyelamatkannya. Andaikan seorang saudara lelaki atau seorang saudara
perempuan memerlukan pakaian dan tidak mempunyai cukup makanan. Tidak
ada gunanya kamu berkata kepadanya, “Allah memberkati kamu! Pakailah baju
panas dan makanlah secukupnya!” – jika kamu tidak memberi keperluan sehari-
hari kepadanya. Demikian jugalah dengan iman. Jika iman tidak dinyatakan
dengan perbuatan, iman itu sia-sia! Mungkin ada orang berkata, “Ada orang
yang mempunyai iman, dan ada pula yang mengamalkan perbuatan baik”. Aku
akan menjawab, “Tunjukkanlah seorang yang mempunyai iman tetapi tidak
mengamalkan perbuatan baik, lalu dengan perbuatanku yang baik aku akan
menunjukkan yang aku beriman”. Kamu percaya bahawa Allah hanya satu.
Bagus! Roh-roh jahat pun percaya akan hal itu dan gementar kerana takut.
Alangkah bodohnya kamu! Adakah perlu dibuktikan bahawa iman tanpa amal
baik itu sia-sia?”
Yakobus 2:14-20
Maka soalannya sekarang adalah: kata-kata siapa yang lebih utama kepada kita, Jesus
atau Paul? Kedua-dua Jesus dan Yakobus berkata “berimanlah kepada Tuhan dan
patuhi hukum-hukumnya dan kamu akan selamat“. Sebaliknya, Paul berkata “Lupakan
hukum-hukum, hanya beriman dengan kematian Jesus!“. Siapakah yang kita percayai,
Jesus atau Paul?
Apabila Tuhan Yang Maha Berkuasa menurunkan Al-Qur’an untuk “menjadi saksi” ke
atas kitab-kitab sebelumnya dan untuk “membetulkan” perubahan-perubahan yang telah
dilakukan selama berabad-abad, Dia juga memberikan kita jalan yang selamat. Apa yang
menghairankan adalah di dalam Qur’an, kita temui pengesahan ke atas ajaran Jesus dan
Yakobus:
“Bagi sesiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik dia lelaki mahupun
wanita sedang dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga
dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun”
“Dan barang siapa mengerjakan amal-amal yang soleh dan ia dalam keadaan
beriman, maka ia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya)
dan tidak (pula) akan pengurangan haknya”
110
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi
kebenaran.”
Jesus (a.s.) sendiri tidak pernah berkata, “Berimanlah dengan pengorbananku di batang
salib dan kamu akan terselamat”. Beliau tidak berkata kepada orang muda tersebut,
“Kamu amat kotor serta penuh dengan dosa dan tidak mungkin memasuki syurga
kecuali ditebus dengan darahku dan kau beriman dengan pengorbananku”. Beliau hanya
mengulang “patuhi hukum-hukum” dan tiada yang lain. Jika Jesus (a.s.) telah disediakan
untuk mengorbankan dirinya sejak permulaan masa, maka mengapakah beliau tidak
memaklumkan hal ini kepada pemuda tadi? Walaupun pemuda tersebut mendesak untuk
sesuatu yang lebih, Jesus hanya mengatakan bahawa untuk menjadi “SEMPURNA“, dia
perlu menjual semua hartanya. Beliau tidak menyebut langsung tentang penyalibannya,
dosa asal, atau penebusan dosa.
Tidakkah perbuatan Jesus (a.s.) ini agak kejam jika dakwaan Paul bahawa “Meskipun
demikian kamu tahu bahawa orang berbaik semula dengan Allah kerana percaya
kepada Jesus Kristus, bukan kerana mengikut Taurat” adalah benar? Kita tidak tahu bila
atau bagaimana pemuda tersebut meninggal dunia. Namun jika diandaikan beliau
meninggal keesokan harinya, selepas menerima perintah ini dari mulut Jesus sendiri,
adakah beliau ditakdirkan akan ke neraka memandangkan beliau tidak beriman akan
Triniti, dosa asal, penyaliban atau penebusan dosa walaupun beliau mematuhi perintah
Jesus dengan taat?
Jika seluruh tugas Jesus (a.s.) adalah untuk mati di batang salib sebagai menebus “dosa
Adam”, dan jika ini adalah sebab asas beliau diutuskan, tidakkah munasabah untuk kita
menjangkakan bahawa beliau akan mengulang hakikat ini kepada pengikut-pengikutnya
siang malam? Tidakkah kita tidak menjangkakan yang beliau tidak akan bercakap
mengenai perkara lain? Tidakkah kita menjangkakan yang siang malam beliau akan
mengajar bahawa semua hukum-hukum akan dibuang begitu sahaja (Galatia 3:13) dan
keimanan terhadap penyalibannya yang akan berlaku adalah satu-satunya keimanan
yang diperlukan (Rom 3:28)?
Tidakkah kita menjangkakan yang Jesus (a.s.) akan mengulang ajaran-ajaran yang diajar
oleh Paul yang tidak pernah bertemu Jesus sepanjang hayatnya, tetapi mendakwa Jesus
(a.s.) telah mengajarkan hal-hal ini kepadanya melalui “visi”? Tidakkah kita
menjangkakan bahawa Jesus akan memberitahu setiap orang yang beliau temui,
“Hukum-hukum adalah tidak bernilai. Aku akan mati disalib tidak lama lagi.
Berimanlah akan pengorbananku dan kamu akan terselamat.”? Tidakkah ini boleh
diterima akal dengan mudah? Bolehkah kita temui penyataan yang jelas daripada Jesus
di mana-mana di dalam Bible?
7. Di dalam Bible kita dapati bahawa Jesus mengajar pengikut-pengikutnya untuk berdoa
kepada Tuhan seperti berikut:
Matius 6:12
111
Juga, “Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang
yang bersalah terhadap kami.”
Lukas 11:4
Jesus menyuruh kita berdoa kepada Tuhan supaya Dia mengampunkan dosa-dosa kita.
Tetapi bagaimanakah beliau mahu Tuhan mengampunkan dosa-dosa kita? Dengan
mengorbankan darah seorang tuhan yang bersih daripada dosa? Tidak! Bukan itu yang
beliau katakan. Sebaliknya, beliau mengajar kita supaya meminta Tuhan
mengampunkan dosa kita “seperti kamu sudah mengampuni orang yang bersalah
terhadap kami“. Oleh yang demikian, kita perlu bertanya, jika seseorang berhutang
dengan kita dan kita mahu menghalalkan hutang tersebut, apa yang kita lakukan?
Oleh itu, adakah Jesus mengajar kita untuk berdoa kepada Tuhan supaya Tuhan
berfirman:
Adam (a.s.) telah menerima wahyu daripada Tuhan yang menunjukkan kepadanya cara
untuk bertaubat lalu beliau bertaubat. Tuhan Yang Maha Berkuasa tidak menetapkan
kematian yang mengerikan dan menyeksakan ke atas “anak tunggalNya”, atau sebarang
syarat lain. Dia telah menerima taubat Adam. Ini adalah belas kasihan yang sebenar-
benarnya.
Tom Harpur, bekas profesor dalam bidang Perjanjian Baru dan pengarang “For Christ’s
Sake” dan seorang paderi Gereja England menulis:
“Mungkin saya kurang beriman atau tiada gerak hati, tetapi saya tahu yang
bukan saya seorang yang mendapati yang ide bahawa Jesus mati sebagai
112
menebus dosa semua manusia adalah membingungkan dan keji dari segi moral.
Sepanjang pengetahuan saya Jesus tidak pernah berkata apa-apa yang
membayangkan bahawa keampunan daripada Tuhan hanya diperolehi ‘selepas’
atau ‘disebabkan’ penyaliban.”
“Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya
dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri, dan barang siapa yang sesat
maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang
yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan
mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.”
“Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika
seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosa itu
tidaklah akan dipikulkan untuknya sedikit pun meskipun (yang dipanggil itu)
kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-
orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekali pun) mereka tidak melihatNya
dan mereka mendirikan sembahyang. Dan barang siapa yang mensucikan
dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan
kepada Allah-lah kembali(mu).”
“Maka apakah aku melihat orang yang berpaling? Serta memberi sedikit dan
tidak mahu memberi lagi? Apakah dia mempunyai pengetahuan tentang yang
ghaib sehingga dia mengetahui (apa yang dikatakan)? Ataukah belum
diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran-lembaran Musa? Dan
lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji? (Iaitu)
bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah
diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan
(kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang
paling sempurna, dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan segala
sesuatu, dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis, dan bahawasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan.”
Seorang pemuda Kristian dari Kanada memetik Yohanes 3:14-15 untuk membuktikan bahawa
Jesus (a.s.) telah meninggal dan dibangkitkan semula. Ayat tersebut adalah:
“Sebagaimana ular gangsa ditinggalkan oleh Musa pada sebatang kayu di padang gurun,
begitu jugalah Anak Manusia harus ditinggalkan, supaya semua orang yang percaya kepada
Anak Manusia beroleh hidup sejati dan kekal.” [25]
113
Jika kita mahu membuat kesimpulan bahawa tindakan Tuhan mengangkat seseorang adalah
tanda bahawa orang tersebut adalah Tuhan, maka kita perlu persoalkan bagaimana mahu
menafsirkan hakikat bahawa Tuhan juga mengangkat Elijah (2 Raja-raja 2:11) dan Enoch
(Kejadian 5:24), yang mana menurut ijmak sarjana-sarjana Kristian, kedua-duanya tidak mati
secara semula jadi, sebaliknya telah “diangkat” atau “diambil” oleh Tuhan disebabkan
ketakwaan, kejujuran serta kerana mereka “berjalan dengan Tuhan”.
Selanjutnya, sesiapa juga yang membaca ayat di atas dengan teliti akan dapat melihat bahawa ia
tidak menyebut tentang “penyaliban” atau “kebangkitan semula”. Ia juga tidak menyebut
tentang “dosa asal” atau “penebusan dosa”. Ia juga tidak menyebut “Anak Tuhan”. Jadi, apakah
yang ia katakan? Ia mengatakan apa yang dikatakan oleh umat Islam: bahawa Jesus (a.s.) tidak
ditinggalkan oleh Tuhan kepada kaum Yahudi, sebaliknya diangkat oleh Tuhan!
“Dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa (Jesus)
putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula)
menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi
mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa benar-
benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu,. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang
siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti pra-sangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin
bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi Allah telah mengangkat Isa kepadanya. Dan
adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Ini jugalah yang diceritakan oleh “Gospel Barnabas”. Jika anda membaca Gospel Barnabas
(lihat Bab 7), anda dapati bahawa ketika Jesus didakwa telah disalib, semua pengikutnya yang
beriman menangis di jalanan dan mulai timbul di kalangan mereka keraguan yang serius akan
kebenaran dan kenabiannya. Mereka berkata, “Jesus berkata bahawa beliau tidak akan mati
sehinggalah telah hampir hari kiamat. Kini beliau telah disalib oleh musuh-musuhnya. Adakah
beliau seorang penipu?” (umat Islam juga percaya bahawa Jesus (a.s.) akan kembali ke bumi
ketika hampir hari Kiamat dan akan membimbing manusia ke jalan Tuhan – ajaran Islam).
Seterusnya Gospel ini menceritakan bagaimana Jesus (a.s.) kembali beberapa hari kemudian
disertai oleh empat orang malaikat ke rumah ibunya, Maryam (a.s.), dan disaksikan oleh para
hawari. Beliau menceritakan bagaimana beliau telah diselamatkan oleh Tuhan daripada kaum
Yahudi, dan bagaimana Tuhan menjadikan wajah Judas mirip wajahnya serta mengambil
tempatnya. Beliau memberitahu mereka bahawa mereka yang yakin dengannya mesti percaya
semua yang telah beliau ajarkan adalah benar. Jika mereka percaya bahawa beliau telah
diangkat oleh Tuhan dan tidak diserahkan kepada kaum Yahudi untuk disalib, maka mereka
akan beroleh kehidupan yang abadi. Bukankah ini yang dikatakan oleh ayat ini. Sila baca
bahagian 5.10, 5.16 dan Bab 7.
1.2.3.22 Tetapi beliau semestinya Tuhan kerana beliau adalah waris keagungan
Tuhan
Terdapat ahli-ahli Gereja yang mengatakan bahawa Jesus adalah “waris” Tuhan dan
“dimuliakan oleh Tuhan” atas kematiannya dengan kemuliaan yang abadi dan keagungan
Tuhan. Untuk membuktikan hal ini, mereka memetik ayat-ayat berikut:
114
“Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui anakNya. Melalui
anakNya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa anakNya
inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya.”
Ibrani 1:2
atau,
“Ya Bapa, muliakanlah aku sekarang dengan kemuliaan yang aku miliki bersama-samaMu
sebelum dunia ini dijadikan.”
Yohanes 17:5
Mereka akan mengatakan “Semestinya anda dapat melihat dengan jelas yang ini menjadikan
Jesus Tuhan, dan dengan itu, mereka mestilah disatukan dalam triniti. Anda buta jika anda
tidak dapat melihat fakta yang jelas ini“. Kenapakah mereka tidak memberitahu kita bahawa
Bible juga berkata:
“Roh Allah bersama dengan roh kita menyatakan kita adalah anak-anak Allah. Kerana kita
anak-anak Allah, kita akan menerima berkat-berkat yang disediakan oleh Allah untuk umatNya.
Bersama dengan Kristus, kita juga akan menerima segala yang sudah disediakan oleh Allah
untuk dia, kerana jika kita menderita bersama-sama Kristus, kita juga akan mendapat
kemuliaannya.”
Rom 8:16-17
“Jesus membolehkan kita mengalami rahmat Allah, kerana kita percaya kepada Jesus dan
sekarang kita menghayati rahmat itu. Oleh itu, kita membanggakan harapan untuk beroleh
bahagian dalam kemuliaan Allah.”
Rom 5:2
“Jesus menyucikan manusia daripada dosa mereka. Dia dan mereka yang disucikannya
mempunyai satu Bapa. Itulah sebabnya Jesus tidak malu mengakui mereka sebagai saudara-
saudaranya.”
Ibrani 2:11
1.2.3.23 Tetapi dia semestinya Tuhan, kerana dia disalib atas tuduhan kufur
Terdapat ahli-ahli Gereja yang cuba membuktikan Jesus (a.s.) adalah Tuhan dengan memetik
contoh Yohanes 10, seperti yang telah dilihat di bahagian 1.2.2.7 dan 1.2.3.2, dan inilah
sebabnya kaum Yahudi menyalib beliau. Bagaimanapun, seperti yang dilihat di bahagian
tersebut, beliau tidak pernah mengatakan apa yang mereka dakwa beliau katakan, dan ini
bukanlah sebab mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu membunuhnya. Ia hanyalah salah
satu daripada alasan-alasan yang mereka adakan untuk menyembunyikan sebab sebenar dan
menghalalkan hukuman bunuh tersebut. Sebab sebenarnya adalah beliau adalah Al-Masih yang
dijanjikan Tuhan, dan mereka tidak mahukan Al-Masih yang datang menegur kesalahan dan
115
penyelewengan mereka, serta cuba membetulkan kesalahan mereka sebelum Tuhan
menghukum mereka.
Sebaliknya, mereka mahukan Al-Masih yang datang dan mengatakan betapa baiknya dan
bertakwanya mereka sebagai bangsa yang dipilih oleh Tuhan, dan yang akan memimpin mereka
kepada kemenangan muktamad ke atas semua bangsa-bangsa lain di dunia. Maka mereka
menolaknya, seperti mana enam abad kemudian mereka juga menolak “Al-Masih kedua” yang
telah dijanjikan, yang mana mereka sanggup mengembara ke gurun Arab yang gersang untuk
menunggu “Al-Masih” ini (lihat Bab 6, 7 dan 10). Kita dapati pengesahan ini di dalam Bible:
“Ibu bapanya berkata demikian kerana mereka takut akan para penguasa Yahudi. Para
penguasa itu sudah bersepakat bahawa sesiapa yang mengakui Jesus sebagai Penyelamat yang
diutus oleh Allah akan tidak dibenarkan masuk ke rumah ibadat.”
“Beberapa penduduk Jerusalam berkata, “Bukankah dia ini yang dicari-cari oleh penguasa
kita untuk dibunuh? Lihatlah, dia berkata-kata di hadapan umum, tetapi penguasa kita tidak
berkata apa-apa kepadanya. Mungkinkah mereka sudah tahu bahawa dia Penyelamat yang
diutus oleh Allah?”.”
“Barang siapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya.
KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh yang dinaikkannya. Dan
orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras. Dan rencana jahat
mereka akan hancur.”
“Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa Allah lalai daripada apa yang diperbuat
oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai
hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak. Mereka datang bergegas-gegas memenuhi
panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati
mereka kosong. Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu
itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Tuhan kami,
beri tangguhlah kami walaupun dalam waktu yang sedikit, nescaya kami akan mematuhi seruan
Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul.”. (Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah
bersumpah dahulu bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?”. Dan kamu telah berdiam di
tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan telah nyata
bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu
beberapa perumpamaan. Dan sesungguhnya mereka telah membuat makar yang besar padahal
di sisi Allah-lah (balasan) makar mereka itu sehingga gunung-gunung dapat lenyap
kerananya.”
“Maka tatkala Isa (Jesus) mengetahui keengkaran dari mereka (Bani Israel) berkatalah dia:
“Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?”. Para hawari
menjawab: “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan
saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menyerah diri. Ya Tuhan
kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul,
kerana itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang
116
keesaan Allah)”. Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya
mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai
Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu
kepadaKu serta membersihkan kamu daripada orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-
orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya
kepada Akulah kembalimu lalu aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu
berselisih padanya”.”
“Mengapa kamu memanggil aku, ‘Tuhan, Tuhan’ [26], tetapi tidak menurut kata-kataku?“
Lukas 6:46
Islam mengajar bahawa seorang Muslim diberikan ganjaran untuk setiap kepayahan yang
dilaluinya dengan sabar semasa hayatnya, dan bahawa setiap kepayahan yang ditanggung
dengan sabar akan digunakan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa untuk mengampunkan dosa-
dosanya. Perkara remeh seperti tercucuk duri juga diambil kira untuk tujuan ini. Apatah lagi
kepayahan yang ditanggung oleh seorang yang lumpuh. Ganjaran yang diperolehinya mungkin
dapat mengampunkan semua dosa-dosanya.
Jika agama Kristian percaya bahawa pengampunan dosa adalah tanda ketuhanan, maka apakah
yang dapat kita katakan mengenai jutaan paderi-paderi Kristian sepanjang 2000 tahun yang lalu
yang secara terbuka telah menerima “pengakuan” orang ramai dan “mengampunkan” dosa-dosa
mereka? Adakah mereka ini anak-anak Tuhan dan sebahagian daripada Triniti? Adakah mereka
menelefon Tuhan dan meminta kebenaranNya untuk mengampukan setiap seorang yang datang
untuk pengampunan, atau adakah mereka mempunyai “kuasa untuk mengampunkan dosa”?
Di muka surat 44 “The Five Gosples” yang ditulis oleh 24 sarjana Kristian dari universiti-
universiti terunggul di Amerika dan Kanada kita dapati:
“Cerita mengenai Jesus menyembuhkan seorang yang lumpuh ditemui dalam keempat-empat
gospel. Versi Yohanes (Yohanes 5:1-9) mempunyai perbezaan yang ketara… Kontroversi yang
timbul mengganggu penceritaan penyembuhan tersebut – kisah ini dapat dibaca dengan lancar
jika pembaca mengabaikan ayat 5b-10 (Markus 2) – pengisahan ini tiada di dalam Yohanes…
Berdasarkan bukti ini, sarjana-sarjana biasanya membuat kesimpulan bahawa Markus telah
menyelitkan kisah perselisihan tersebut ke dalam apa yang pada asalnya adalah kisah
pemyembuhan yang ringkas… Jika kata-kata tersebut disandarkan kepada Jesus, ayat 10
mengemukakan dakwaan baru yang kuat bahawa Jesus menganugerahkan kuasa untuk
mengampunkan dosa kepada semua orang… Pada ketika itu, Gereja awal berada dalam proses
117
untuk mendakwa bahawa ia diberi kuasa untuk mengampunkan dosa, dan oleh yang demikian,
mahu mendakwa bahawa kuasa tersebut telah dianugerahkan oleh Jesus sendiri.”
Bagaimanapun, jika hanya untuk seketika kita abaikan semua bukti-bukti di atas, maka kita
akan dapati bahawa dengan berkeras mematuhi Markus 2:1-12 secara melulu akan
mengakibatkan pembatalan kepercayaan dasar Kristian secara mutlak. Untuk buktinya, sila baca
bahagian 5.16.
Di bahagian 1.2.3.2, kita telah membincangkan istilah “Anak Tuhan” dan maksudnya yang
sebenar seperti mana yang difahami oleh mereka pada zaman tersebut. Apa yang kita mahu
adalah perintah daripada Jesus sendiri di mana beliau berkata “Sembahlah aku” seperti mana
firman Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam Yesaya 66:23.
“Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang
untuk sujud menyembah di hadapanKu, firman TUHAN.”
Saya hanya mahu tahu dalam ayat manakah Jesus mengeluarkan perintah yang sama.
Sekali lagi, dakwaan “sebelum Ibrahim dilahirkan, akulah” dalam ayat Yohanes 8:56-59 tidak
sama dengan “Sembahlah Aku!”. Apa pula yang boleh kita katakan mengenai Sulaiman (a.s.)
(Amsal 8:22-31) dan Melkisedek (Ibrani 7:3), yang kononnya telah wujud tidak hanya sebelum
Ibrahim (a.s.), tetapi juga sebelum ciptaan Tuhan yang lain? Bagaimana pula dengan ramai
yang lain yang dikatakan telah diurapi, ditasbihkan atau disucikan sebelum kelahiran mereka
(lihat Maz. 89:20, Yes. 45:1, 61:1, 1 Sam. 24 :5 dan Jer. 1:5)?
Merujuk kepada perbandingan “akulah” di dalam ayat Keluaran 3:14 dengan Yohanes 8:59, sila
perhatikan bahawa dalam Yohanes 9:9, seorang peminta sedekah yang telah disembuhkan oleh
Jesus telah menggunakan perkataan yang sama (“akulah“) untuk merujuk kepada dirinya. Kita
dapati:
“Beberapa orang berkata, “Memang dia”, tetapi yang lain berkata, “Bukan, orang ini hanya
mirip dengan dia”. Tetapi orang itu sendiri berkata, “Akulah (dia)”.”
Yohanes 9:9
Di sini kita dapat melihat penyataan yang jelas daripada peminta sedekah ini bahawa beliau
“membayangkan” bahawa beliau juga adalah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Bukankah ini
caranya “penterjemah” memilih untuk menterjemah dan “menafsirkan” ayat seperti ini?
Perhatikan bahawa perkataan “dia” tidak diucapkan oleh peminta sedekah ini. Apa yang
diucapkannya adalah “akulah“. Beliau menggunakan perkataan yang sama seperti yang
digunakan oleh Jesus. Perkataan demi perkataan. Adakah ini juga menjadikan peminta sedekah
ini “penjelmaan” Tuhan? Juga perhatikan bahawa apabila orang Yahudi meminta peminta
sedekah ini memberitahu identiti orang yang telah menyembuhkannya (Jesus), beliau berkata:
Yohanes 9:17
118
Selanjutnya, sila perhatikan bagaimana “penterjemah” memilih untuk menambah perkataan
“dia” selepas penyataan peminta sedekah tersebut, tetapi mereka memilih untuk tidak berbuat
demikian apabila Jesus mengucapkan kata-kata yang sama.
Dapatkah anda lihat bagaimana, sekali lagi, kita hanya memperolehi pembayang bahawa Jesus
adalah Tuhan? Perhatikan bahawa oleh kerana Jesus tidak pernah sekali pun mengatakan “Aku
adalah Tuhan!” atau “Sembahlah aku!” seperti yang diingini, maka kita dikehendaki
menafsirkan setiap penyataan yang tidak berkaitan sebagai bermakna “Aku adalah Tuhan!”.
Perkataan Greek yang sama eimi {i-mee’} diterjemahkan sebagai “Saya” di dalam Matius
26:22:
“Pengikut-pengikutnya sangat sedih. Seorang demi seorang mula bertanya kepada Jesus,
“Tentu bukan aku yang Tuan maksudkan?”.”
Bagaimanapun, jika kita mahu menterjemahkan perkataan ini sebagai “akulah” apabila Jesus
mengucapkannya, maka kita perlu berlaku jujur dan konsisten dan menterjemahkannya dengan
cara yang sama apabila para hawari mengucapkannya. Dalam kes seperti ini, Matius 26:22
sepatutnya diterjemah seperti berikut:
“Pengikut-pengikutnya sangat sedih. Seorang demi seorang mula bertanya kepada Jesus,
“Tentu bukan akulah yang Tuan maksudkan?””
Maka jika kita mahu mengikuti teknik penterjemahan penterjemah, adakah kita mahu
mendakwa bahawa para hawari Jesus juga Tuhan? Mereka telah mengucapkannya dengan jelas
di sini. Dalam hitam putih, kita dapati mereka bertanya Jesus “Adakah kami Tuhan?”.
Bukankah ini yang mereka “bayangkan”? Adakah kita perlukan “pembayang” untuk wahyu
Tuhan?
dan, “Jesus berkata, “Sesungguhnya aku katakan kepadamu, aku telah wujud sebelum Ibrahim
dilahirkan”.”
“The Complete Bible, an American Translation“, E. Goodspeed dan J.M.P Smith, Yohanes 8:58
Dalam Keluaran 3:4, kita dapati bahawa nabi Musa menggunakan istilah yang sama untuk
dirinya, tetapi anehnya, tiada sesiapa pernah mendakwa bahawa Musa adalah Tuhan, atau
119
bahawa beliau sedang memimik firman Tuhan yang ditemui sepuluh ayat kemudian di dalam
Keluaran. Kita dapati:
“Ketika dilihat TUHAN bahawa Musa menyimpang untuk memeriksanya, berserulah Allah dari
tengah-tengah semak duri itu kepadanya: “Musa, Musa!”, dan dia menjawab, “Akulah di
sini”.”
Keluaran 3:4
Dapatkah anda lihat bagaimana mereka memilih kepercayaan tertentu menerusi penterjemahan
terpilih? Perlu diingat bahawa Jesus (a.s.) tidak bertutur bahasa GREEK. Kalaulah gereja tidak
merasakan perlu untuk membakar semua manuskrip asal Bible di dalam bahasa Ibrani!
Sukar benarkah untuk membawa satu ayat yang jelas seperti Yesaya 66:23 di mana Jesus juga
mengatakan “Sembahlah aku!”? Mengapa kita perlu membuat kesimpulan sendiri? Jika Jesus
adalah Tuhan atau anak Tuhan, maka ini adalah haknya. Bible seharusnya melimpah-ruah
dengan ayat-ayat di mana Jesus dengan jelas memerintahkan pengikut-pengikutnya
menyembahnya, di mana Tuhan dengan jelas memerintahkan manusia untuk menyembah
anakNya, di mana Tuhan dengan jelas mengancam mereka yang enggan menyembah anakNya
dengan api neraka, dan sebagainya.
Bible penuh dengan ayat-ayat seperti ini daripada Tuhan mengenai diriNya, dan daripada Jesus
mengenai Tuhan, tetapi tiada satu pun ayat daripada Jesus mengenai dirinya. Mengapakah
perlu:
1. untuk Tuhan Yang Maha Berkuasa dengan jelas memerintahkan kita menyembahNya,
dan
2. untuk Jesus dengan jelas mengarahkan kita menyembah “Bapa”
Merujuk kepada Yohanes 9:38, “Orang itu menjawab, “Ya Tuhan, saya percaya”. Lalu dia
sujud di hadapan Jesus.“, dan Matius 28:17 “Apabila mereka melihat Jesus, mereka
menyembah Dia“. Perhatikan bahawa dalam kedua-dua kes, perkataan yang diterjemahkan
sebagai “sembah” atau “sujud” adalah perkataan GREEK “prosekunesan” yang diterbitkan
daripada perkataan akar “proskuneo” {pros-ku-neh’-o}.
Maksud perkataan ini secara harfiah adalah (dan saya petik): “mencium, seperti seekor anjing
menjilat tangan tuannya“. Perkataan ini juga mempunyai makna harfiah “tunduk, merangkak,
120
melutut, meniarap“. Sila semak kesejajaran oleh Strong akan makna sebenar perkataan ini.
Adakah perbuatan mencium tangan seseorang sama seperti menyembahnya?
Bagaimanapun, teknik terjemahan ayat secara terpilih untuk menekankan doktrin tertentu ini
tidak hanya dilakukan ke atas dua ayat Yohanes dan Matius di atas sahaja. Sebagai contoh, di
dalam Gospel Matius, “terjemahan” bahasa Inggeris merekodkan bahawa Jesus “disembah”
oleh Majusi yang datang dari Timur (2:11), oleh seorang pemerintah (9:18), oleh orang-orang di
perahu (14:33), oleh wanita Kanaan (15:24), oleh ibu Zabedee (20:20), dan oleh Maria
Magdelena dan beberapa orang lain (28:9).
Memandangkan menyembah sesuatu selain daripada Tuhan adalah dosa, maka pembaca dapat
memahami bahawa Jesus adalah Tuhan kerana beliau membiarkan mereka “menyembahnya”.
Oleh kerana Jesus (a.s.) tidak sekali pun, di seluruh Bible memerintahkan sesiapa, “Sembahlah
aku!” (sedangkan Tuhan berbuat demikian di banyak tempat), maka sekali lagi, kita diberitahu
bahawa Jesus telah “membayangkan” yang beliau mahu orang ramai menyembahnya.
Bagaimanapun, seperti mana yang kita lihat, apa yang pengarang tersebut katakan sebenarnya
dalam ayat-ayat ini adalah orang ramai “merebahkan diri di kaki Jesus“, atau mereka “melutut
di hadapan Jesus“.
Bagaimanakah kita mahu menafsirkan “melutut di hadapan Jesus“? Adakah kita mahu
memahaminya sebagai “bersembahyang” kepadanya? Jauh sekali! Mari kita lihat penjelasan
Bible:
“Ketika Abigail melihat Daud, segeralah dia turun dari atas keldainya, lalu sujud menyembah
di depan Daud dengan mukanya sampai ke tanah. Dia sujud di kaki Daud serta berkata: “Aku
sajalah, ya tuanku, yang menanggung kesalahan itu. Izinkanlah hambamu ini berbicara
kepadamu, dan dengarkanlah perkataan hambamu ini.”
1 Samuel 25:23-24
Apabila Abigail “sujud” di depan raja Daud, adakah beliau “menyembah”nya? Adakah beliau
“berdoa” kepadanya? Apabila beliau memanggilnya “tuan-ku” (perkataan Bahasa Inggerisnya
ialah “my lord” – sila rujuk nota kaki 2), adalah beliau bermaksud bahawa Daud adalah
Tuhannya? Begitu juga:
“Masuklah perempuan itu, lalu tersungkur di depan kaki Elisha dan sujud menyembah dengan
mukanya sampai ke tanah. Kemudian diangkatnyalah anaknya, lalu keluar.”
2 Raja-raja 4:37
“Juga saudara-saudaranya datang sendiri dan sujud di depannya serta berkata: “Kami datang
untuk menjadi budakmu”.”
Kejadian 50:18
“lalu menyeberang dari tempat penyeberangan untuk menyeberangkan keluarga raja dan untuk
melakukan apa yang dipandangnya baik. Maka Simei bin Gera sujud di depan raja, ketika raja
hendak menyeberangi sungai Jordan”
2 Samuel 19:18
121
“Worship” (Penterjemah: perkataan yang digunakan dalam Bible Bahasa Inggeris untuk “sujud”
atau “sembah”) adalah salah satu daripada perkataan Inggeris yang mempunyai dua makna.
Bagi kebanyakan orang, ia membawa maksud “menyembah sesuatu”. Ini adalah makna yang
timbul di fikiran apabila mereka membaca perkataan ini. Tetapi perkataan ini mempunyai
maksud lain. Ia juga bermaksud “menghormati“, “memuliakan“, atau “menyanjung” (sebagai
contoh, rujuk Merriam Webster’s Collegiate Dictionary, edisi kesepuluh).
Makna yang kedua lebih kerap digunakan di England, contohnya, berbanding di Amerika.
Bagaimanapun, makna pertama adalah yang lebih biasa dan makna yang difahami di
kebanyakan negara yang menuturkan Bahasa Inggeris. Begitu pun, di Britain pada masa
sekarang bukanlah perkara luar biasa untuk seseorang memanggil seorang yang terhormat
“Your Worship”.
Apa yang dilakukan oleh penterjemah semasa menterjemahkan perkataan ini ialah mereka telah
menterjemahkan perkataan ini dengan betul secara “teknikal”, tetapi makna sebenarnya telah
hilang.
Akhir sekali, untuk memberikan bukti yang muktamad mengenai hal ini dan menghilangkan
sebarang keraguan pembaca, anda digalakkan untuk mendapatkan senaskah “New English
Bible“. Di dalamnya anda akan temui terjemahan ayat-ayat yang dipetik di atas sebagai:
Juga sila baca terjemahan ayat-ayat ini di dalam “The Complete Bible, an American
Translation” oleh Edward Goodspeed dan J.M. Powis Smith yang diterjemahkan secara jujur.
Sesungguhnya, bukanlah perkara luar biasa untuk mendapati orang ramai “menyembah” nabi-
nabi Tuhan di dalam Bible. Sebagai contoh, raja Babilonia yang menyembah berhala
diceritakan seperti berikut:
Danial 2:46-48
122
Ayat ini, seperti ayat-ayat yang menceritakan nabi Jesus (a.s.) di dalam Bible, menggambarkan
perbuatan “meniarap” atau “menundukkan kepada ke tanah” sebagai tanda hormat. Ia tidak
bermakna bahawa raja tersebut sedang menyembah nabi Danial (a.s.). Apabila seseorang
membaca kisah yang sama di mana orang ramai “sujud ke tanah” di hadapan nabi Jesus (a.s.),
mereka serta-merta berkeras mengatakan Jesus (a.s.) semestinya Tuhan kerana dia membiarkan
mereka “menyembahnya” dan tidak membantahnya. Tetapi, di sini kita dapati contoh seorang
nabi lain yang juga “tidak membantah” “penyembahan” orang lain terhadapnya. Adakah ini
bermakna bahawa nabi Danial juga adalah Tuhan? Tentu sekali tidak. Kita perlu melihat Bible
secara menyeluruh dan mengenakan piawaian yang seragam dalam semua kes untuk sampai
kepada makna sebenar sesuatu perkataan.
Sekali lagi, terjemahan yang di manipulasi untuk meyakinkan pembaca doktrin yang dipilih
telah didedahkan oleh Tuhan di dalam Qur’an.
“Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al-
Kitab supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian daripada Al-Kitab dan mereka
mengatakan: “Ia dari sisi Allah”, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta
terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.”
Encik J berkata: “Adakah Jesus berkata, “Aku adalah Tuhan”? Tidak.” Saya gembira kita
bersetuju. “… kerana itu akan menyebabkan salah faham. Jesus bukan Bapa (seperti yang
mungkin disangka), Jesus adalah Anak.” Apa? Adakah anda mendakwa bahawa Jesus tidak
berupaya untuk memerintahkan hawari-hawarinya “sembahlah Bapa”, dan menambah “… dan
Anak”? Adakah anda mendakwa bahawa orang yang mendengarnya tidak berupaya memahami
bahawa satu adalah bapa dan yang satu lagi adalah anak? Adakah anda mahukan umum percaya
bahawa dua belas orang hawarinya adalah begitu tolol sehingga mereka tidak dapat
membezakan di antara “bapa” dan “anak”?
Apakah dalam bahasanya tiada cara untuk berkata, “Aku bukan Tuhan tetapi adalah anakNya,
sembahlah kami berdua“. Apabila anda mendakwa bahawa Jesus (a.s.) mati di batang salib,
adakah timbul salah faham dan menyangka bahawa Tuhan “Bapa” yang mati di batang salib?
Apabila anda mendakwa bahawa Jesus telah “dizuriatkan” oleh Tuhan, adakah timbul salah
faham bahawa Jesus yang menzuriatkan Bapa? Adakah anda beranggapan bahawa dua belas
orang hawari Jesus yang dipilihnya begitu tolol dan terkebelakang? Ini bukanlah tanggapan
umat Islam terhadap mereka.
Merujuk kepada mukjizat-mukjizat Jesus sebagai bukti ketuhanannya, sila baca ulasan saya
mengenai nabi-nabi lain dan mukjizat-mukjizat mereka (bahagian 2.2.3).
Kelihatannya apa yang anda cuba katakan adalah fakta bahawa Jesus tidak pernah
memerintahkan sesiapa untuk menyembahnya, juga tidak pernah mendakwa dirinya Tuhan,
tetapi terpulang kepada mereka untuk membuat kesimpulan sendiri bahawa ini adalah bukti
bahawa dia mahu mereka menyembahnya? Tuhan mesti memerintahkan kita menyembahNya,
dan Jesus mesti memerintahkan kita menyembah Tuhan, tetapi Jesus (a.s.) menerima
penyembahan “tanpa sebarang celaan” tanpa meminta dirinya disembah?
Mengapakah tidak begini halnya dengan Tuhan sendiri? Mengapakah Tuhan tidak berdiam diri
sahaja (seperti Jesus) dan mengharapkan kita untuk membuat kesimpulan bahawa Dia mahu
123
kita menyembahNya? Kenapakah Tuhan sendiri tidak menerima penyembahan “tanpa sekatan”
sehingga Dia memerintahkannya? Mengapa?
Merujuk kepada ayat-ayat pembuka Yohanes, kita telah membincangkannya dengan terperinci.
Sepanjang hayatnya Jesus (a.s.) tidak pernah memerintahkan sesiapa menyembahnya. Orang
lain yang berbuat demikian. Sebaliknya, bila saja Jesus (a.s.) bercakap tentang penyembahan,
beliau menyandarkannya kepada Tuhan dan tidak pernah untuk dirinya:
Lukas 4:8
Perhatikan perkataan “Dia SAHAJA“. Jesus tidak berkata “KAMI sahaja”, atau “Dia dan Aku
sahaja”. Bagaimanakah beliau boleh mengatakannya dengan lebih jelas? Makna abstrak yang
bagaimanakah yang mahu diada-adakan terhadap ayat ini untuk menunjukkan bahawa maksud
“sebenar” Jesus adalah “sembah kami BERDUA“?
Masalah dengan ramai “pembela” adalah mereka “menafsirkan” perkataan “dia” sebagai
bermaksud “kami” apabila sesuai dengan kehendak mereka, dan sebagai bermaksud “dia”
sahaja apabila sesuai dengan kehendak mereka. Dalam kes-kes seperti Lukas 4:8, mereka
mendakwa bahawa “dia” sebenarnya membawa maksud “kami”. Dapatkah anda lihat coraknya?
1. “Masanya akan tiba, malahan sudah tiba, apabila dengan kuasa Roh Allah orang yang
menyembah Bapa sebagai Allah yang benar, seperti yang dikehendaki olehNya.”
Yohanes 4:23. Perhatikan “menyembah BAPA“, bukannya “menyembah Bapa DAN
ANAK“. Juga perhatikan “olehNYA” bukannya “oleh KAMI” atau “oleh AKU“.
2. “Tidak semua yang memanggil aku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan’, akan menikmati
pemerintahan Allah, tetapi hanya orang yang melakukan kehendak Bapaku yang di
syurga” Matius 7:21.
3. “Jesus menjawab, “Kasihilah Tuhan Alah kamu dengan sepenuh hati, dengan segenab
jiwa dan dengan seluruh akal kamu”.” Matius 22:37.
Anehnya, walaupun Jesus dianggap sebagai “penjelmaan” Tuhan, yang setara dengan Tuhan
dari semua segi, dan ketiga-tiganya adalah “satu” Tuhan, tiada sesiapa pun yang dapat
menjelaskan mengapa Jesus perlu berdoa, apa tah lagi kepada dirinya sendiri:
1. “Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh,
jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaku! Tetapi janganlah turut kehendakku
melainkan kehendak Bapa sahaja”.” Matius 26:39.
2. “Sekali lagi Jesus pergi dan berdoa (kepada aspek lain ‘triun’ dirinya?), “Ya Bapa, jika
cawan penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripadaku, tetapi harus aku minum,
biarlah kehendak Bapa berlaku”.” Matius 26:42.
3. “Sekali lagi Jesus meninggalkan mereka, lalu pergi dan berdoa dengan kata-kata yang
sama untuk kali ketiga” Matius 26:44.
124
4. “Esok paginya, ketika masih subuh, Jesus bangun lalu meninggalkan rumah, dia pergi
ke luar kota, ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa.” Markus 1:35.
5. “Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa supaya jika boleh Dia
tidak usah mengalami saat penderitaan itu.” Markus 14:35.
6. “Sekali lagi Jesus pergi berdoa dan mengucapkan kata-kata yang sama.” Markus 14:39.
7. “Tetapi Jesus pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa” Lukas 5:16.
8. “Kemudian dia pergi lebih jauh sedikit dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan
batu. Dia berlutut dan berdoa” Lukas 22:41-42.
dan lain-lain.
Jika Jesus (a.s.) adalah Tuhan, dan keduanya adalah nama yang berlainan dalam satu “triun”
Tuhan, dan jika ketiga-tiganya adalah “setara, sama-abadi, dan sama-penting”, maka adakah
Jesus berdoa kepada personalitinya yang lain? Mengapa? Mengapakah “penjelmaan” Tuhan
perlu berdoa, merayu, berpeluh, dan merayu kepada intipatinya sendiri? Jika saya mempunyai
seorang bapa dan beberapa orang anak, bolehkah naluri “kebapaan” saya merayu kepada naluri
“keanakan” saya untuk menyelamatkannya daripada bahaya. Mengapa? Untuk tujuan apa?
“Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepadaku, ‘Ya Tuan, ya Tuan, bukankah
dengan nama Tuan kami memberitakan khabar Allah? Bukankah dengan nama Tuan kami
mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?’.”
Matius 7:22
“Dan kamu akan kenal kebenaran, dan kebenaran itu akan membebaskan kamu.“
Yohanes 8:32
Seperti yang kita mulai nampak, manusia telah mengubahsuai teks Bible dengan sewenang-
wenangnya sepanjang zaman. Ini telah mengakibatkan percanggahan yang tidak terkira di
antara ayat-ayat. Ini bermakna bahawa hasil daripada pengubahsuaian berleluasa yang
berterusan, utusan di dalam Bible tidak boleh lagi dipercayai sebagai 100% firman Tuhan yang
asal. Bible sendiri menjadi saksi akan “saksi palsu” yang menyebabkan percanggahan (Markus
14:56). Seterusnya, Encik J berkata, “… dan biasanya ayat-ayat tersebut diambil di luar
konteks.“.
Sila pergi semula ke ayat-ayat seperti “Aku dan bapaku adalah satu”, dan banyak lagi ayat-ayat
lain yang telah kita bincangkan di dua bahagian sebelum ini, dan lihatlah sama ada umat Islam
atau Gereja yang memetik Bible di luar konteks. Sila tunjukkan kepada saya di mana saya telah
berlaku tidak adil dalam membincangkan ayat-ayat tersebut. Jika Bible kekal 100% firman
Tuhan maka adalah mustahil ayat-ayatnya menyanggah satu sama lain, tetapi jika manusia telah
125
sewenang-wenangnya menukar firman Tuhan, maka sesungguhnya ayat-ayat tersebut akan
bercanggah antara satu sama lain:
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al- Qur’an? Kalau kiranya Al-Qur’an itu bukan
dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”
“Ajaran Kristian mengenai Jesus berkisar sekitar tiga fakta: penjelmaan, penyaliban dan
kebangkitan semula.” Adakah kita telah menolak perkara-perkara “Triniti”, “dosa asal”,
“penebusan dosa” dan sebagainya sekarang? Kita telah membuktikannya palsu. “Bukti daripada
Bible atau sumber-sumber lain bahawa salah satu daripada tiga perkara ini tidak benar, dan
tonggak ajaran ini akan roboh.” Sila periksa semula tonggak anda. Tidakkah ia memerlukan
doktrin “Triniti”, “anak yang dizuriatkan Tuhan”, “dosa asal” dan “penebusan dosa” untuk
berdiri tegak?
Anda boleh temui banyak percanggahan yang serius dalam kisah penyaliban dan banyak hal-hal
lain di dalam buku Ahmad Deedat bertajuk “The Choice” dan “Crucifixion or Cruci-fiction“,
serta banyak penerbitan-penerbitan lain (anda boleh lihat contohnya di bahagian 2.1 dan 2.2).
Tetapi seseorang mungkin berkata: “Jika Triniti tidak diwahyukan oleh Tuhan atau Jesus (a.s.),
maka mengapakah penganut Kristian mengimaninya?”. Jawapannya terletak pada majlis Nicea
pada tahun 325 Masihi.
Seperti yang telah kita baca di bahagian 1.2.2.16, di dalam “The New Catholic Encyclopedia”
(yang dianugerahkan mohor rasmi Nihil Obstat dan Imprimatur), memberikan gambaran
bagaimana konsep Triniti tidak diperkenalkan ke dalam agama Kristian sehingga hampir 400
tahun selepas pemergian Jesus (a.s.).
“… Pada pertengahan abad ke dua puluh, adalah sukar untuk memberikan pemerian yang
jelas, objektif dan langsung mengenai wahyu, evolusi doktrin dan huraian teologikal mengenai
Misteri triniti. Perbincangan di antara Trinitari, Roman Katolik, serta pihak-pihak lain
memberikan gambaran yang samar. Dua perkara telah berlaku. Para pentafsir dan ahli-ahli
teologi Biblikal, termasuk penganut-penganut Katolik yang semakin meningkat, mengakui
bahawa seseorang tidak boleh berbincang mengenai Trinitarinisma di dalam Perjanjian Baru
tanpa pengetahuan yang mendalam. Ahli-ahli sejarah dogma dan ahli-ahli teologi stematik
juga mengakui bahawa apabila seseorang memperkatakan mengenai Trinitarianisma secara
menyeluruh, beliau telah beranjak daripada zaman asal Kristian kepada suku terakhir abad ke
empat. Hanya pada masa itu, apa yang dikatakan dogma Trinitarinisma muktamad iaitu “satu
Tuhan di dalam tiga Orang” diasimilasikan sepenuhnya ke dalam kehidupan dan pemikiran
Kristian…Ia adalah hasil daripada perkembangan doktrin selama tiga abad”
Mereka mengakuinya!!! Jesus (a.s.), Yohanes, Matius, Lukas, Markus, semua nabi-nabi,
dan termasuk Paul tidak tahu-menahu mengenai sebarang “Triniti”!!
126
Apakah yang sebenarnya berlaku pada kurun keempat Masihi? Mari kita tanyakan Encik David
F. Wright, seorang pensyarah kanan dalam bidang Sejarah Ekeliastikal di Universiti Edinburgh.
Encik Wright telah menerbitkan kisah perkembangan doktrin “Triniti” dengan terperinci. Kita
dapati:
“… Arius adalah seorang paderi yang bertanggungjawab ke atas Baucalis, salah satu daripada
mukim di Alexandria. Beliau adalah seorang pendakwah yang meyakinkan dan mempunyai
pengikut di kalangan paderi dan zahid, dan telah menyebarkan ajarannya dalam bentuk puisi
dan lagu. Pada sekitar tahun 318 Masihi, beliau berselisih faham dengan Biskop Alexanderia.
Arius mendakwa bahawa hanya Bapa sahaja yang sebenarnya Tuhan; Anak adalah amat
berbeza daripada Bapanya. Anak tidak memiliki sebarang sifat ketuhanan yang abadi, mulia,
bijaksana, mulia dan suci. Beliau tidak wujud sebelum dizuriatkan oleh bapa. Bapa
menghasilkannya sebagai makhluk. Tambahan lagi, sebagai pencipta makhluk lain, anak wujud
‘tanpa perkiraan masa, sebelum semua benda. Pun begitu, beliau tidak berkongsi kewujudan
Tuhan Bapa dan tidak mengenalinya secara menyeluruh.”
Seterusnya, Wright menunjukkan bagaimana sebelum abad ketiga Masihi, yang “tiga” adalah
terpisah dan mempunyai status tersendiri dalam kepercayaan Kristian.
Tertulian (155-220 Masihi), seorang peguam dan paderi sebuah Gereja di Carthage pada abad
ketiga, adalah penganut Kristian pertama yang memperkenalkan perkataan “Triniti” apabila
beliau mengemukakan teori bahawa Anak dan Roh bersama dalam kewujudan Tuhan, tetapi
kesemuanya adalah satu kewujudan dengan sifat Bapa (“Interpreter’s Dictionary of the Bible“,
Jilid 4, m.s. 117).
Lebih kurang pada masa yang sama, dua peristiwa yang berasingan telah menyebabkan
empayar Rom mengiktiraf gereja. Di suatu pihak, Maharaja Constantine, maharaja penyembah
berhala berbangsa Rom, mulai menyedari peningkatan bilangan yang bertukar agama di
kalangan rakyatnya. Mereka ini bukan lagi golongan kecil yang boleh diabaikan oleh empayar,
sebaliknya, kehadiran mereka semakin dirasai, dan perpecahan serta permusuhan di antara
mereka mulai menjadi ancaman serius kepada kestabilan empayar.
Di pihak Kristian pula, pada tahun 318 Masihi, kontroversi mengenai Triniti telah meletus
sekali lagi di antara dua anggota gereja di Alexandria, iaitu di antara Arius yang merupakan
paderi, dengan Alexander yang merupakan biskop beliau. Maharaja Constantine terpaksa
campur tangan. Beliau telah mengutuskan surat kepada Arius dan Alexandria menggesa mereka
mengetepikan perselisihan “remeh” mereka mengenai sifat Tuhan dan “bilangan” Tuhan, dan
sebagainya.
Bagi seseorang yang telah biasa dikelilingi dewa-dewa yang tidak terkira, dewi-dewi, tuhan-
separa, tuhan-manusia, dan penjelmaan tuhan, kebangkitan tuhan dan sebagainya, persoalan
sama ada sesuatu mazhab menyembah satu tuhan, atau tiga tuhan, atau “tiga tuhan di dalam
satu” adalah perkara remeh.
Setelah beberapa cubaan maharaja untuk mendamaikan mereka gagal, akhirnya pada tahun 325
Masihi, baginda mendapati baginda berhadapan dengan dua kontroversi serius yang
membahagikan rakyat Kristiannya: golongan yang mematuhi Paska pada hari Easter, dan
golongan yang mempercayai konsep Triniti. Maharaja Constantine sedar bahawa satu gereja
yang bersatu adalah perlu untuk kerajaan yang teguh. Setelah perundingan gagal menyelesaikan
127
pertelingkahan ini, baginda menubuhkan “Majlis Nicea” untuk menyelesaikan masalah ini, dan
hal-hal lain.
Majlis ini bertemu dan mengundi untuk menentukan sama ada Jesus (a.s.) adalah Tuhan. Arius
berada pada kedudukan yang lemah kerana tidak diberikan kerusi dalam majlis tersebut. Majlis
tersebut mengundi untuk meletakkan Jesus pada kedudukan Tuhan dan mengutuk semua
penganut Kristian yang percaya akan keesaan Tuhan. Semua buka yang ditulis oleh Arius
dibakar dan mereka yang menyembunyikan buku-bukunya dibunuh.
Untuk mengelakkan pengusiran dan pada masa yang sama tetap dengan kepercayaannya, biskop
Eusebius dari Nicomedia dikatakan telah cuba bertolak ansur dengan menambah huruf “i”
kepada perkataan “homoousious” menjadikannya “homoiousious” yang bermaksud “serupa”
atau “seperti” sifat. Bagaimanapun, tidak lama kemudian beliau diusir kerana membenarkan
pengikut-pengikut Arius di dalam gerejanya.
Kita harus ingat bahawa semua ini dilakukan bukan berdasarkan prinsip agama, sebaliknya
berdasarkan keperluan politik. Perbahasan di dalam majlis tersebut mungkin serupa dengan
perbahasan moden di parlimen antara parti Demokrat dan parti Republik. Siapa yang tahu
kempen dan persetujuan apa yang berlangsung di sebalik tabir untuk menukarkan undi
seseorang. Seorang ahli sejarah Katolik berkata:
“Pada permulaan penubuhan majlis tersebut, golongan sederhana yang menyokong pendirian
Arian, yang mana Eusebius dari Nicomedia adalah ahli yang paling berpengaruh, adalah
golongan majoriti, dan sukar untuk “homoousious”mendapatkan sokongan; ia telah
dipaksakan, bukannya diterima. Hosius adalah penyokong kuatnya; begitu juga biskop-biskop
dari Alexandria dan Antioch. Maharaja membayangkan yang baginda menyukai penggunaan
perkataan tersebut. Bagi kebanyakan orang, ini adalah hujah yang utama.”
“… bagi Constantine, majlis tersebut lebih merupakan urusan negara daripada urusan Gereja.
Oleh kerana baginda amat inginkan perselisihan yang menggugat daerah-daerahnya
ditamatkan, baginda tidak begitu risau sama ada mereka menerima Arius atau Alexander,
tetapi beliau amat risau jika golongan majoriti mengambil keputusan yang boleh digunakan
untuk memaksa golongan penentang yang senyap, tidak kira golongan mana yang menang.”
(Petikan di atas diambil dari “Apostacy from the Divine Church” oleh James L. Barker)
Malah terdapat banyak bukti bahawa kebanyakan daripada mereka yang menandatangani dekri
tersebut sebenarnya tidak mempercayainya atau memahaminya, tetapi berpendapat bahawa dari
segi politik, adalah wajar untuk mereka berbuat demikian. Falsafah Neo-Plato digunakan untuk
merumuskan doktrin “Triniti”. Salah seorang daripada yang hadir, iaitu Apuleius, menulis:
“Saya berkecuali dalam diam”, dan menjelaskan “doktrin-doktrin yang menakjubkan dan
doktrin-doktrin Plato tersebut difahami oleh segelintir sahaja dari kalangan yang alim, dan
tidak diketahui langsung oleh setiap yang karut…“.
128
Kebanyakan daripada mereka yang menandatangani dekri tersebut disebabkan tekanan politik
menyedapkan hati mereka dengan berkata “roh tidak terjejas oleh sedikit dakwat“. Dikatakan
bahawa daripada 2030 yang hadir, hanya 318 menerimanya dengan rela hati (“Al-Seerah Al-
Nabawiyya“, Abu Al-Hassan Al-Nadwi, m.s. 306). Mereka kemudiannya meluluskan doktrin
homoousious yang bermaksud: “SETARA, SAMA-ABADI DAN SAMA PENTING” orang
kedua dalam Triniti bersama Bapa. Doktrin ini kemudiannya dikenali sebagai Creed of Nicea.
Setelah kembali ke tempat asal masing-masing baharulah mereka seperti Eusebius dari
Nicomedia, Maris dari Chaledon dan Theognis dari Necaea memberanikan diri memaklumkan
Constantine secara bertulis betapa kesalnya mereka menandatangani rumus Nicea: “Kami telah
melakukan perbuatan yang tidak beriman, wahai putera“, tulis Eusebius dari Nicomedia,
“dengan berlaku kufur kerana takutkan tuanku“.
Bagaimanapun, kerosakan telah berlaku dan kini tiada cara untuk membaikinya. Telah
direkodkan bahawa tiga belas persidangan telah diadakan pada abad ke 4 di mana Arius dan
kepercayaannya telah dikutuk. Sebaliknya, lima belas persidangan menyokongnya. Pada masa
yang sama, tujuh belas persidangan mengeluarkan dekri yang serupa dengan kepercayaan Arian
(“Al-Seerah Al-Nabawiyya“, Abu Al-Hasan Al-Nadwi, m.s. 306).
Hasil daripada majlis ini, Jesus (a.s.) telah dijadikan “Tuhan”. Tidak lama selepas itu, ibunya,
Maryam (a.s.), telah diberikan gelaran “Perawan Abadi”. Tidak lama kemudian, pada tahun 431
Masihi, konsep-konsep ini digabungkan menganugerahkannya gelaran “Theotokos”
(mengandungkan Tuhan). Beginilah caranya beliau kemudiannya dikenali sebagai “Ibu Tuhan”.
Penindasan terhadap bangsa Yahudi kini dijalankan dengan meluas, dan dengannya penghinaan
serta tiada tolak ansur dari pihak Kristian terhadap mereka yang tidak bertukar pegangan kepada
akidah baru. Buku-buku Arius dan penyokongnya diperintahkan supaya dibakar, dan rasa takut
mencengkam mereka yang tidak bersetuju dengan kepercayaan “rasmi” baru Kristian. Berikut
adalah salah satu perisytiharan umum akan hal ini:
“Fahamilah sekarang bahawa dengan statut ini, Novatia, Valentinia, Markionit, Paulinia, anda
yang digelar Cataphrygians… betapa penipuan dan kesia-siaan, betapa banyak kesilapan yang
beracun dan merosakkan, yang tersurat dalam menghasilkan doktrin anda! Kami memberi
amaran kepada anda… Mulai saat ini, jangan seorang pun daripada kamu berjumpa dalam
jemaah. Untuk mengelakkannya, kami memerintahkan supaya kamu dihalang dari rumah
ibadat di mana kau biasanya bertemu… dan rumah-rumah ibadat ini diserahkan kepada
golongan katolik (iaitu gereja rasmi).”
Selepas Persidangan Nicea, persoalan “Triniti” masih tidak selesai. Meskipun terdapat harapan
yang tinggi dari Constantine, Arius dan biskop baru Alexandria yang bernama Athanasius,
mulai berdebat mengenai hal ini pada hal Nicene Creed sedang ditandatangani: mulai hari itu
“Airanisma” menjadi istilah bagi sesiapa yang tidak menerima doktrin Triniti yang baru
ditakrif. Golongan Athanasia tidak dapat menggunakan Kitab untuk menyangkal pendirian
Arius dan Gereja timur bahawa Kristus telah dicipta.
Golongan ini bukan golongan Arian, tetapi bersama-sama kumpulan-kumpulan lain yang tidak
menerima takrifan baru pendokong triniti telah dilonggokkan di bawah kumpulan “Arian” untuk
memberi gambaran bahawa sifat Tuhan yang difahami oleh kumpulan-kumpulan ini adalah baru
atau berasal dari fahaman Arius, yang mana ini adalah tidak benar.
Arius dilatih oleh Lucian dari Antioch, seorang sarjana Kristian terkemuka pada abad keempat
dan adalah seorang syahid dalam penindasan oleh Diocletian. Anak-anak muridnya yang lain
termasuklah Eusebius dari Nocedemia, Menpophantus dari Ephesus, Theognis dari Nicaes,
129
Maris dari Chalcedon, Leontius dari Antioch, Athanasius dari Anarzabus dan Asterius si
Sophist (“History of Dogma“, Jilid iv, Harnack, m.s.3).
Athanasius, biskop yang diberi penghargaan kerana telah merumuskan doktrin ini, mengakui
bahawa lebih banyak beliau menulis tentang hal ini, fikirannya menjadi semakin bercelaru dan
semakin lama beliau semakin tidak dapat menyatakan fikirannya dengan jelas.
Selepas Majlis Chalcedon pada tahun 451, perbahasan mengenai hal ini tidak lagi dibenarkan;
menentang Triniti dianggap sebagai kufur dan dikenakan hukuman berat yang melibatkan
mencacatkan pesalah ke hukuman mati. Penganut Kristian kini menentang satu sama lain,
mencacati dan menyembelih ribuan orang disebabkan kepercayaan yang berbeza.
Sesetengah pihak mungkin membangkang pendapat sarjana-sarjana Kristian yang unggul dan
dihormati ini sebagai suatu kesilapan. Mereka mendakwa bahawa Jesus (a.s.) benar-benar telah
mengajarkan “Triniti” kepada para hawarinya, tetapi dia berbuat demikian secara sulit kepada
mereka sahaja. Kemudiannya, para hawari pula mengajarkan orang lain secara sulit, dan
beberapa abad kemudian, hal ini dijadikan pengetahuan umum. Namun teori ini bukan sahaja
tidak berdasarkan bukti dari Bible, tetapi sebenarnya bercanggah dengan kata-kata Jesus
sendiri:
“Aku sentiasa berkata-kata dengan terus-terang di hadapan umum. Aku selalu mengajar di
rumah ibadat dan di Rumah Tuhan, tempat semua orang Yahudi berkumpul. Tidak pernah aku
berkata apa-apa dengan sembunyi-sembunyi.”
Yohanes 18:20
Penyembahan tuhan matahari bangsa Rom adalah popular di kalangan penyembah berhala
bukan Yahudi pada abad ketiga Masihi, dan abad-abad sebelumnya. Sebagai mana adatnya,
Maharaja Constantine (yang mengepalai Majlis Nicea) dipercayai adalah “manifestasi” atau
“penjelmaan” tuhan matahari Rom ini. Atas sebab ini, untuk mengambil hati Constantine,
Gereja Trinitari telah bertolak-ansur dengan baginda dalam hal-hal berikut:
Mereka mengisytiharkan Krismas jatuh pada 25 Disember, yang mana ini adalah hari
lahir tuhan matahari Rom.
Mereka mengubah hari Sabat daripada hari Sabtu kepada hari Ahad (Dies Soli), iaitu
hari suci untuk tuhan matahari Apollo (lihat Bab 3).
Mereka meminjam lambang tuhan matahari Rom, iaitu salib cahaya, sebagai lambang
agama Kristian. Sebelum ini, lambang rasmi agama Kristian adalah ikan, sebagai simbol
jamuan terakhir (lihat Bab 3).
Mereka memasukkan kebanyakan daripada upacara yang dilangsungkan semasa hari
lahir tuhan matahari ke dalam perayaan-perayaan mereka.
130
“Pemerintahan Constantine menandakan zaman permulaan Kristian daripada suatu agama
kepada sistem politik; dan walaupun dari satu segi sistem tersebut telah jatuh martabatnya
menjadi agama yang menyembah berhala, dari satu segi lain ia telah meningkat kepada
pembangunan mitos Greek lama. Pepatah bahawa apabila dua jisim bertembung, bentuk
kedua-duanya berubah adalah tepat di dalam dunia mekanik dan juga dunia sosial.
Penyembahan berhala diubah bentuk oleh agama Kristian; agama Kristian diubah bentuk oleh
penyembahan berhala. Di dalam kontroversi Trinitari yang mula-mula meletus di Mesir –
Mesir adalah negara yang penuh dengan Triniti – perkara utama yang dibincangkan adalah
penakrifan kedudukan ‘Anak’.“.
“History of the Conflict between Religion and Science“, Prof. John Dapur, m.s. 52-53
“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daun dan Isa (Jesus) putera
Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka
satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya
amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. Kamu melihat kebanyakan daripada mereka
tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir.. Sesungguhnya amat buruklah apa yang
mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan
kekal dalam seksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi dan kepada yang
diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu
menjadi penolong-penolong, tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang
fasik.”
Sejarah berulang. Pada masa lalu Tuhan telah memperingatkan bangsa Yahudi agar tidak
bertolak ansur dalam urusan agama mereka dengan golongan kafir. Bagaimanapun, mereka
melanggar perintahnya dan merasakan sedikit tolak-ansur akan menyumbangkan kepada
“kebaikan yang lebih” dan kesinambungan agama mereka. Perkara ini berulang. Tolak-ansur di
sini, berlebih kurang di sana, maka tidak lama lagi perselisihan akan dapat diselesaikan. Tetapi
apakah akibatnya?
Sesungguhnya inilah sebabnya mengapa utusan Tuhan yang terakhir, Muhammad (s.a.w.) telah
diingatkan supaya tidak bertolak-ansur langsung dalam urusan agama Tuhan tidak kira apa pun
tawaran lumayan daripada golongan penyembah berhala.
“Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis; berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad)
sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar
yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat, siapa di
antara kamu yang gila. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Paling Mengetahui siapa yang
sesat dari jalanNya; dan dialah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk. Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah). Maka
mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula
terhadapmu).”
Banyak lagi kempen-kempen yang dijalankan dengan segera untuk memusnahkan sama sekali
gospel-gospel yang “tidak boleh diterima” oleh Gereja Trinitari sepanjang abad-abad
berikutnya. Salah satu daripada contoh kempen tersebut adalah yang dilancarkan dalam tempoh
131
379-395 Masihi semasa pemerintahan Maharaja Flavius Theodosius yang menganut Kristian, di
mana semua tulisan-tulisan penganut Kristian yang bukan Roman Katolik dimusnahkan.
Kempen yang dilancarkan oleh Maharaja Valentinian III (425-454 Masihi) pula memerintahkan
supaya semua tulisan-tulisan bukan Roman Katolik dimusnahkan. Kempen-kempen seperti ini
adalah perkara biasa dalam abad-abad berikutnya.
Di dalam bukunya, Muhammad Ata’ Ur Rahim memaklumkan kita bahawa Arius telah dikutuk
dan kemudiannya dipencilkan. Jawatan beliau dikembalikan, tetapi beliau dikatakan telah
diracun dan dibunuh oleh biskop Trinitari, Athanasius, pada tahun 336 Masihi. Gereja Trinitari
menganggap kematiannya suatu “keajaiban”. Pengkhianatan Athanasius diketahui oleh majlis
yang ditubuhkan oleh Constantine dan beliau didapati bersalah atas pembunuhan Arius [27].
Athanasius, yang mengisytiharkan Arius sebagai seorang yang kufur, juga didakwa telah
memalsukan surat atas nama Constantine yang menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa
sahaja yang menyimpan hasil tulisan Arius. Constantine menjatuhkan hukuman buang negeri ke
atasnya, tetapi tidak lama selepas kematiannya, beliau diampunkan oleh anak kepada maharaja
tersebut iaitu Constantius II pada tahun 337 [28].
Apa yang ironis adalah Muhammad Ata’ Ur Rahim merekodkan bahawa Constantine akhirnya
menerima kepercayaan Arian, dibaptiskan pada detik-detik terakhir hayatnya pada tahun 337
oleh paderi Arian dan mangkat tidak lama selepas itu. Dengan kata lain, baginda mangkat
sebagai seorang yang beriman akan keesaan Tuhan dan ajaran-ajaran Arian dan bukannya
kepercayaan baru Trinitari yang dianuti oleh mazhab Athanasian.
Teori “tiga Tuhan” ini bukanlah konsep baru, tetapi telah popular pada era awal Kristian.
Terdapat:
1. Triad Mesir yang terdiri daripada Ramses II, Amon-Ra dan Nut;
2. Triad Mesir yang terdiri daripada Horus, Osiris dan Isis;
3. Triad Palymra yang terdiri daripada tuhan bulan, Tuhan Syurga dan tuhan matahari;
4. Triad Babilonia yang terdiri daripada Ishtar, Sin dan Shamash;
5. Triun Mahayana Buddha yang merupakan pengubahan tubuh, keseronokan dan
kebenaran;
6. Triad Hindu yang terdiri daripada Brahma, Vishnu dan Siva.;
Bagaimanapun, diiktiraf umum bahawa “Triniti” yang mempunyai pengaruh terbesar dalam
penakrifan “Triniti” Kristian adalah falsafah seorang ahli falsafah Greek, iaitu Plato. Falsafah
beliau adalah berdasarkan perbezaan-tiga yang terdiri daripada: “Sebab Pertama”, “Alasan” atau
“Logos”, dan “Roh atau Roh Alam” (sila lihat bahagian 1.2.2.6). Edward Gibbon yang
dianggap salah seorang ahli sejarah teragung dunia Barat serta pengarang buku “Decline and
132
Fall of the Roman Empire” yang dianggap karya sastera dan sejarah yang terbaik, menulis di
dalam buku tersebut:
“… Imaginasinya yang indah kadang kala menghidupkan pengabstrakan metafizikal ini; tiga
prinsip asal yang setiap satunya misteri; dan Logos terutamanya adalah sifat terbuka Anak
kepada Bapa yang abadi, Pencipta dan Pentadbir alam.”
Amalan menaikkan taraf seorang manusia ke status tuhan adalah perkara biasa di kalangan
bangsa bukan Yahudi pada zaman tersebut. Contohnya, Julius Caesar diakui oleh bangsa Efesia
sebagai “tuhan yang dijelmakan dan Penyelamat semua manusia“. Akhirnya, kedua-dua bangsa
Greek dan Rom mengakui Caesar sebagai tuhan. Patungnya didirikan di sebuah kuil di Rom
dengan catatan: “Untuk tuhan yang tidak dapat ditakluki“. Seorang lelaki lain yang dinaikkan
taraf kepada status tuhan adalah Augustus Caesar. Beliau diakui sebagai tuhan dan “tuhan
Penyelamat dunia“. Maharaja Constantine dipercayai adalah penjelmaan tuhan matahari Rom
dalam bentuk manusia. Dan berbagai-bagai lagi.
Apakah tidak mungkin bahawa mereka ini, setelah mendengar akan mukjizat-mukjizat Jesus
(a.s.) seperti menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang buta, akan menaikkan taraf
beliau ke status tuhan? Mereka ini hanyalah orang yang berfikiran mudah yang telah biasa
dengan tuhan-manusia yang banyak, dan Jesus (a.s.) telah menjadi legenda di kalangan mereka
ketika beliau masih hidup lagi. Tidaklah menghairankan bahawa mereka tidak mengambil masa
yang lama untuk menjadikan beliau tuhan selepas pemergiannya.
Di dalam Gospel Barnabas, sesungguhnya Jesus sendiri telah meramalkan bahawa manusia
akan menjadikannya tuhan dan mengutuk keras mereka yang berani berbuat demikian (lihat
Bab 7). Bible sendiri menjadi saksi akan fakta bahawa mereka ini amat bersedia untuk
menaikkan taraf bukan sahaja Jesus (a.s.), tetapi juga para hawari Jesus ke kedudukan tuhan
(lihat Kisah Rasul-rasul 14:1-14).
Tambahan pula, konsep kebangkitan semula juga bukanlah konsep baru. Bangsa Greek, seperti
mana penyembah berhala yang lain, menyembah bumi dan mengaitkan kesuburan bumi dengan
kesuburan wanita. Banyak dewi-dewi ibu-bumi timbul daripada kepercayaan ini, seperti
Aphrodite, Hera dan sebagainya. Bersama dewi ibu-bumi ini datang konsep tuhan-manusia
yang biasanya menjadi lambang kitaran tumbuhan dan kitaran matahari.
Dalam kes Osirus, Baal dan Cronus, beliau juga mewakili seorang raja yang telah mangkat yang
disembah sebagai tuhan. Tuhan-manusia ini kerap kali dianggap telah dilahirkan pada sama ada
21 atau 25 Disember yang bersamaan dengan solstis musim sejuk (masa bila mana matahari
“dilahirkan”). Empat puluh hari kemudian, iaitu lebih kurang pada masa Easter, beliau mesti
dibunuh, dimakamkan, dan dibangkitkan semula selepas tiga hari supaya darahnya boleh
membasahi bumi untuk mengekalkan atau memulihkan kesuburan bumi dan untuk
menyelamatkan penyembah-penyembahnya. Ini adalah sebagai tanda kepada mereka yang
beriman bahawa mereka juga akan menikmati kehidupan yang abadi. Tuhan-manusia ini
biasanya dipanggil “Soter” (Penyelamat).
“Soter” ini kadangkala bersendiri, tetapi biasanya adalah “yang ketiga, si penyelamat” atau “si
penyelamat, yang ketiga“. Tuhan-manusia ini akan dikalahkan dan biasanya akan dicencang dan
musuhnya akan menang. Pada masa ini, kehidupan kelihatan pupus dari bumi. Kemudian, orang
ketiga akan datang untuk mengembalikan tuhan yang mati tadi, atau beliau sendiri akan menjadi
133
tuhan yang dihidupkan semula. Beliau akan menewaskan musuh-musuh. Hal ini akan
dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab ketiga.
Untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi bagaimana Farisi yang disuaikan daripada kultus
Mithra mempengaruhi Paul dalam pengubahsuaiannya ke atas agama Jesus, sila baca
“Mohammed A Prophesy Fulfilled” yang ditulis oleh A. Abdul Al-Dahir. Anda juga digalakkan
membaca “Islam and Christianity in the Modern World” oleh Dr Muhammad Ansari, “Bible
Myths and Their Parallels in Other Religions” oleh T.W. Doane, dan “The History of
Christianity in the Light of Modern Knowledge; a collective work” yang diterbitkan oleh
Blackie & Son Limited, 1929.
Adakah perkara-perkara ini seperti biasa didengar? Tidakkah menakjubkan bahawa “rukun-
rukun baru” Paul yang diajarkannya kepada golongan penyembah berhala bukan Yahudi mirip
kepada kepercayaan asal mereka selepas tiga abad, atau adakah Tuhan sengaja membentuk
agamanya supaya mirip kepada agama golongan penyembah berhala bukan Yahudi selepas
pemergian Jesus (a.s.)? Ingati semula kata-kata Paul:
“Aku dibenarkan melakukan segala sesuatu, tetapi aku tidak akan membiarkan sesuatu pun
memperhambakan aku”
1 Korintus 6:12
“Ketika aku mengkhabarkan berita baik kepada orang yang mentaati Taurat Musa, aku berlaku
seperti orang yang terikat kepada Taurat, walaupun sebenarnya aku tidak terikat kepada
Taurat. Aku melakukannya supaya aku dapat memimpin mereka menjadi pengikut Kristus.
Ketika aku mengkhabarkan berita baik kepada orang bukan Yahudi, aku berlaku seperti orang
bukan Yahudi, yang tidak terikat kepada Taurat orang Yahudi… Oleh itu aku menyesuaikan
diri dengan keadaan semua orang, supaya dengan segala cara aku dapat menyelamatkan
beberapa orang daripada mereka.”
1 Korintus 9:20-22
Walaupun “Triniti” dirumuskan oleh Majlis Nicea, konsep “Jesus adalah Tuhan”, atau
“penjelmaan” (yang disebutkan oleh Encik J) tidak dirumuskan sehinggalah selepas
persidangan di Efesus pada tahun 431, dan selepas persidangan di Chalcedone pada tahun 451:
“… Gereja Katolik berada pada kedudukan yang genting, di mana mereka tidak mungkin
mengalah tetapi pada masa yang sama sukar untuk bertahan, bimbang akan kejatuhan;
fahaman mereka yang berbagai-bagai disulitkan lagi oleh teologi mereka yang menghairankan.
Mereka teragak-agak untuk mengisytiharkan bahawa Tuhan sendiri, orang kedua yang setara
dan sama penting dalam triniti telah dimanisfestasi sebagai manusia; bahawa tuhan yang
memenuhi alam ini dikandung di dalam rahim Maryam; bahawa kewujudan abadinya dihadkan
oleh bilangan hari, bulan dan tahun – dalam masa kewujudan manusia; bahawa Yang Maha
Perkasa telah diseksa dan disalib; bahawa sifatNya telah mengalami kesakitan; bahawa
kewujudanNya tidak terkecuali daripada kejahilan; dan bahawa sumber kehidupan mati di
Gunung Cavary. Akibat yang membimbangkan ini disahkan tanpa segan silu oleh Apollinans,
Biskop Laodicia, salah seorang pemimpin gereja.”
“Decline and Fall of the Roman Empire“, VI, Gibbon, m.s. 10.
134
Di bawah tajuk “penjelmaan”, Groliers Encyclopedia mengatakan:
“Penjelmaan bermaksud penjelmaan tuhan dalam bentuk manusia. Ide ini kerap timbul dalam
mitos. Pada zaman purba, orang tertentu, terutamanya raja-raja dan paderi-paderi, kerap kali
dianggap sebagai tuhan. Dalam agama Hindu, Vishnu dipercayai telah melalui sembilan
penjelmaan, atau Avatar. Dalam agama Kristian, penjelmaan adalah dogma utama yang
merujuk kepada kepercayaan bahawa anak Tuhan yang abadi, orang kedua dalam Triniti,
menjadi manusia dalam bentuk Jesus Kristus. Penjelmaan ditakrifkan sebagai doktrin hanya
setelah banyak kesulitan dilalui oleh gereja awal. Majlis Nicea (325) menakrifkan ketuhanan
Kristus yang bertentangan dengan kepercayaan Arian; Majlis Konstantinopal (381)
menakrifkan kemanusiaan penuh penjelmaan Kristus yang bertentangan degan kepercayaan
Apollinarianism; Majlis Efesus (431) menakrifkan kesatuan Kristus yang bertentangan dengan
kepercayaan Nestorianism; dan Majlis Chalcedon (452) menakrifkan dua sifat Kristus, iaitu
tuhan dan manusia, yang bertentangan dengan kepercayaan Eutyches.“.
Perhatikan bahawa Gereja mengambil masa hampir lima ratus tahun selepas pemergian Jesus
untuk membina, menjelaskan dan akhirnya meratifikasi “penjelmaan”. Perhatikan juga bahawa
para hawari, anak-anak mereka, dan cucu-cucu mereka untuk tempoh yang melibatkan puluhan
generasi terlalu jahil untuk nampak kewujudan “penjelmaan”. Pengikut-pengikut Jesus (a.s.)
yang pertama terlalu jahil untuk menyedari “kebenaran” ini. (Untuk perbincangan lanjut topik
ini, sila baca bahagian 5.11).
Bukanlah perkara yang menghairankan bahawa doktrin penjelmaan tidak disebut di dalam
Perjanjian Baru. Sekali lagi, ayat yang mengesahkan dakwaan ini, iaitu 1 Timothy 3:16, dikenal
pasti sebagai suatu pemalsuan ke atas Jesus (a.s.) enam abad selepas pemergiannya.
“Sepanjang masa kontroversi Arian yang berlarutan dan panas, ia tidak menjadi perkara yang
dibahaskan… mereka yang membaca ‘Tuhan dijelmakan dalam bentuk manusia’ berpendapat
ia adalah salah satu teks yang jelas dan bersangkutan dengan hal tersebut.”
“Jesus, Prophet of Islam“, Muhammad Ata’ Ur-Rahim, m.s. 157
“Ungkapan yang keras ini mungkin dijustifikasikan oleh bahasa yang digunakan oleh St. Paul
(ITIM. 3.16), tetapi kita telah tertipu oleh Bible moden. Perkataan “o” (yang mana) telah
diubah kepada “theos” (Tuhan) di Konstantinopal pada permulaan abad keenam: bacaan
sebenar yang dapat di lihat di dalam versi bahasa Latin dan bahasa Siria masih wujud dalam
pemikiran Greek dan juga bapa-bapa Latin; dan penipuan ini, serta penipuan mengenai tiga
saksi oleh St. Yohanes, telah dikesan oleh Sir Isaac Newton.”
Perhatikan bagaimana tidak lama selepas “penjelmaan” diterima secara rasmi, telah dipastikan
bahawa Bible perlu “dibetulkan” dan “diperjelas” supaya pembaca dapat melihat “penjelmaan”
dengan jelas. Apa yang perlu dilakukan ialah mengubah satu perkataan. Maka 1 Timothy 3:16
diubah:
“Tidak seorang pun dapat menafikan betapa mulianya rahsia kepercayaan kita: yang
menampakkan diri dengan rupa manusia, dan dinyatakan benar oleh Roh Allah, serta dilihat
135
oleh para malaikat. Dia diisytiharkan antara bangsa-bangsa, dan dia dipercayai di seluruh
dunia, dan telah diangkat ke syurga.”
“Tidak seorang pun dapat menafikan betapa mulianya rahsia kepercayaan kita: Tuhan
menampakkan diri dengan rupa manusia, dan dinyatakan benar oleh Roh Allah, serta dilihat
oleh para malaikat. Dia diisytiharkan antara bangsa-bangsa, dan dia dipercayai di seluruh
dunia, dan telah diangkat ke syurga”
Mujurlah versi Bible yang terkini dan yang lebih jujur seperti Revised Version Standard (RSV)
kini telah membuang pengubahsuaian tersebut. Masih banyak yang boleh dilakukan, tetapi ini
adalah permulaannya (untuk perbincangan lanjut topik ini, lihat bahagian 2.1).
Malahan cuti Easter adalah bidaah daripada penyembahan berhala yang tidak diamalkan oleh
Jesus (a.s.) dan para hawarinya. Nama Easter diterbitkan daripada pesta musim bunga
penyembah berhala untuk dewi Anglo-Saxon yang dikenali sebagi “Eostre” (Eastre, Ishtar,
Astarte), dan bulan April dikhaskan untuk dewi ini. Banyak amalan yang dilakukan semasa
Easter seperti mewarnakan telur Easter (yang mewakili sinar mentari musim bunga semasa
pesta tersebut) dan arnab Easter (simbol kesuburan), berasal daripada amalan penyembahan
berhala.
Pesta ini diraikan semasa ekuinoks musim bunga (21 Mac), seperti masa “Easter” Kristian. Ia
diraikan untuk mengingati musim bunga dan kemunculan semula matahari. Sekali lagi, Jesus
(a.s.), “Anak”, memperolehi semula kekuatannya dan hidup kembali pada masa yang sama
(lihat Bab 3 untuk keterangan lanjut).
Selepas Majlis Nicea pada 325 Masihi,, pengumuman berikut telah dibuat dengan bangganya:
“Kami juga menyampaikan berita gembira mengenai persetujuan tidak berbelah bahagi semua
pihak mengenai perayaan pesta Easter; sebarang perbezaan telah diselesaikan dengan bantuan
doa anda; supaya semua saudara dari timur yang sebelum ini merayakan pesta ini pada masa
yang sama seperti bangsa Yahudi, akan menurut amalan bangsa Rom dan untuk semua yang
telah merayakan Easter.”
“Tidak terdapat langsung sebarang perintah yang jelas di dalam Perjanjian Baru bahawa
perkahwinan mestilah monogami atau sebarang perintah yang jelas melarang poligami.”
Jesus tidak pernah menegah poligami di dalam PB walaupun ia diamalkan oleh masyarakatnya.
Father Hillman mengemukakan fakta bahawa Gereja Rom mengharamkan poligami supaya
selari dengan budaya Greco-Roman (yang membenarkan hanya seorang isteri yang sah, tetapi
membenarkan gundik dan pelacuran). Beliau memetik St. Augustine:
“Sesungguhnya pada zaman kita, dan untuk menurut budaya Rom, kita tidak lagi dibenarkan
mempunyai lebih daripada seorang isteri.”
136
Gereja-gereja Afrika dan penganut Kristian berbangsa Afrika kerap kali mengingatkan saudara
mereka di Eropah bahawa pengharaman poligami oleh Gereja adalah budaya dan bukannya
perintah agama. Bagaimanapun, pada zaman ini amat sukar ditemui sesiapa yang menyedari
hakikat ini, dan apabila mereka mengutuk budaya lain yang mengamalkan poligami, mereka
melakukannya dengan keras serta menggunakan nama Kristus tanpa mengetahui bahawa
“Kristus” tidak tahu menahu langsung akan sikap “Kristian” masa kini terhadap amalan ini.
Ini adalah hasil daripada sikap tolak-ansur dengan penyembah berhala Rom. Untuk
perbincangan lanjut topik ini, saya mencadangkan buku “Women in Islam Versus Women in the
Judeo-Christian Tradition: The Myth and the Reality” oleh Dr. Sherif Abdel Azeem.
“Undang-undang menjamin hak isteri-isteri, tidak kira sama ada mereka bebas atau abdi; dan
menurut tafsiran Rabai ke atas Lev 2113, paderi tinggi tidak dibenarkan beristeri lebih
daripada satu… Kel. 2110 membenarkan tanggungjawab perkahwinan diserahkan kepada
isteri pertama walaupun beliau adalah gundik yang dibeli… Perbezaan di antara gundik dan
isteri bergantung kepada kedudukan isteri yang lebih tinggi dan kelahiran anak, biasanya
disokong oleh saudara mara yang bersedia untuk membelanya… isteri-isteri adalah
sebahagian daripada harta seorang lelaki dan dalam kes-kes tertentu diwarisi oleh waris-
warisnya, dengan syarat bahawa seseorang tidak boleh mewarisi ibu kandungnya. Adat ini
berterusan di Arab sehinggalah dilarang oleh Koran (bab iv)”
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi pengaruh adat penyembah berhala ke atas agama Kristian
hari ini, sila baca buku “Islam and Christianity in the Modern World” oleh Dr Muhammad
Ansari dan “Bible myths and their parallels in other religions” oleh T.W. Doane.
Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, para penganut Kristian awal adalah Yahudi yang alim.
Pengikut-pengikut Jesus yang awal (termasuk para hawari) mengikuti agama yang sama yang
diikuti oleh Musa (a.s.) dan pengikut-pengikutnya beberapa abad sebelum mereka. Mereka
tidak tahu menahu akan “rukun baru” atau pemansuhan rukun-rukun Musa (a.s.). Mereka telah
diajar oleh Jesus (a.s.) bahawa agamanya adalah pengesahan dan kesinambungan agama bangsa
Yahudi.
“Lima belas biskop pertama di Jerusalam adalah berbangsa Yahudi dan mereka disunatkan;
dan ibadat mereka menyatukan Undang-undang Musa dan Doktrin Kristus”
“Decline and Fall of the Roman Empire“, II, Gibbons, m.s. 119
Seperti mana yang telah dilihat di bahagian-bahagian sebelum ini, sesungguhnya hakikat ini
disahkan di dalam Bible di mana kita dimaklumkan bahawa selepas pemergian Jesus, pengikut-
pengikutnya yang taat terus menghadirkan diri di Rumah Tuhan (saumaah Yahudi yang paling
suci) untuk mengamalkan agama Musa.
“Tiap-tiap hari mereka berkumpul di rumah Tuhan, dan mereka makan bersama di rumah
mereka dengan sukacita dan rendah hati.”
137
“… Petikan-petikan (Bible) di mana Jesus berbicara mengenai Anak Tuhan adalah
penambahan terkemudian… apa yang gereja katakan mengenai beliau. Mendakwa dirinya
tuhan adalah tidak konsisten dengan keseluruhan cara hidupnya yang dapat kita bina semula.
Selama tiga dekad pertama selepas kematian Jesus, agama Kristian terus wujud sebagai satu
mazhab di dalam Judaisma. Selama tiga dekad pertama, kewujudan gereja adalah di dalam
saumaah. Hal ini tidak mungkin berlaku jika mereka (pengikut-pengikut Jesus) telah
mengisytiharkan ketuhanan Jesus secara lantang”
Hal ini juga tidak mungkin berlaku jika mereka telah membatalkan dan memusnahkan undang-
undang Musa, seperti yang dilakukan oleh Paul.
Toland berkata:
“Kita telah tahu ke tahap mana penyamaran dan sifat mudah percaya adalah seiring pada
zaman primitif Gereja Kristian, yang mana kedua-duanya bersedia untuk memalsukan buku-
buku. Kedurjanaan ini kemudiannya meningkat apabila hanya golongan rahiblah satu-satunya
golongan yang mentranskripsi buku-buku dan mereka sahajalah yang menjadi penyimpan
semua buku-buku tersebut, sama ada yang baik atau yang buruk. Dan setelah masa berlalu,
hampir mustahil untuk membezakan di antara sejarah dan dongeng; apa yang benar dan apa
yang silap mengenai sejarah Kristian. Bagaimanakah pengikut-pengikut para hawari dapat
begitu sekali membingungkan ajaran-ajaran guru-guru mereka sehinggakan ajaran-ajaran
palsu disandarkan kepada mereka? Atau jika mereka jahil mengenai perkara-perkara ini sejak
awal lagi, maka bagaimanakah mungkin pengikut-pengikut mereka pula dapat lebih
memahaminya? Dan perhatikan bagaimana buku-buku Apokrifa diletakkan setaraf dengan
buku-buku kanonikal oleh Bapa-bapa, dan buku-buku yang pada mulanya dipetik sebagai Kitab
Suci kini tidak dibenarkan oleh mereka. Saya mengutarakan dua soalan berikut: Mengapakah
buku-buku tulen oleh Clement dari Alexander, Origen, Tertulian dan pengarang-pengarang
lain tidak dianggap sebagai sama sahih? Dan mengapakah penekanan harus diberikan kepada
Bapa-bapa yang tidak hanya bercanggah di antara satu sama lain tetapi mereka sendiri kerap
kali tidak konsisten dalam mengetengahkan fakta-fakta?” (Penekanan ditambah)
“The Nazarenes“, John Toland, m.s. 73 (Dari: “Jesus Prophet of Islam“)
“Mereka akan melarang kamu masuk ke saumaah. Akan tiba masanya sesiapa yang membunuh
kamu menyangka bahawa dengan perbuatan itu dia mengabdi kepada Allah. Mereka akan
melakukan perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa atau pun
aku. Tetapi sekarang aku sudah mengatakan semuanya ini kepada kamu, supaya kamu akan
ingat bahawa aku sudah memberitahu kamu.”
Yohanes 16:2-4
“Berjaga-jagalah, kerana ada orang yang akan menangkap kamu dan membawa kamu ke
mahkamah, dan kamu akan disesah di saumaah mereka. Kamu akan diadili di hadapan
penguasa dan raja kerana kamu pengikutku, sebagai testimoni kepada mereka dan kepada
bangsa bukan Yahudi”
138
Mengapakah orang ramai pada abad-abad seterusnya tidak menentang dan mengembalikan
semula ajaran asal Jesus (a.s.)? Kerana Bible dijadikan hal milik golongan tertentu sahaja.
Orang lain tidak dibenarkan membacanya dan tidak dibenarkan menterjemahkannya ke bahasa
lain. Apabila golongan ini berkuasa pada zaman yang di Barat dikenali sebagai “Zaman Gelap”
(generasi sekarang lebih suka memanggilnya “Zaman Pertengahan”), Bible dikumpulkan oleh
mereka ini dan mereka mendakwa mereka sahajalah yang dapat memahami ajaran-ajarannya.
Terjemahan bahasa Inggeris pertama yang diperakukan dilakukan oleh Encik William Tyndale,
seorang yang dianggap sebagai pakar bahasa Ibrani dan bahasa Greek. Bible King James adalah
berasaskan Bible ini. Beliau telah dibuang negeri pada tahun 1524, dan kemudiannya dikutuk
dan dibakar sampai mati sebagai seorang yang sesat pada bulan Oktober 1536 disebabkan
perbuatannya yang jahat dan munkar kerana berani menterjemah Bible ke dalam bahasa
Inggeris [29].
Dengan bermulanya pemerintahan gereja, bermulalah Pasitan. Pasitan adalah mahkamah gereja
pada zaman pertengahan yang berusaha mengenal pasti dan mendakwa mereka yang sesat.
Prosedurnya amat zalim, Pasitan dipertahankan dengan merujuk kepada amalan-amalan biblikal
dan kepada bapa gereja, iaitu Saint Augustine (354-430 Masihi) yang merupakan tokoh gereja
yang terkenal, yang telah menafsirkan Lukas 14:23 sebagai membenarkan penggunaan paksaan
ke atas mereka yang sesat untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar [30]. Tom Harpur
berkata:
“Kekejaman Perang Salib dan Pasitan adalah sebahagian daripada kisah tragis ini.” [31]
Tetapi, apakah tidak ada di kalangan mereka yang memiliki Bible yang mendedahkan penipuan
yang berlaku. Memang ada. Malangnya, mereka dibunuh atau diseksa sehingga mereka
mengubah pandangan mereka. Buku-buku tulisan mereka juga dibakar. Sebagai contoh, Isaac
de la Peyere adalah salah seorang sarjana yang menemui banyak percanggahan yang serius di
dalam Bible dan menulis mengenainya secara terbuka. Bukunya diharamkan dan dibakar.
Beliau ditahan dan diberitahu bahawa beliau akan dibebaskan jika beliau menarik balik
pendapatnya di hadapan Pope. Bagi mereka yang berminat membaca buku-buku sejarah,
mereka akan temui banyak contoh-contoh seperti ini.
Kempen gereja Trinitari membunuh dan menyeksa semua penganut Kristian yang enggan
bertolak-ansur dengan kepercayaan mereka berterusan selama beberapa abad selepas Triniti
dicipta pada tahun 325 Masihi. Ramai sarjana-sarjana dan pemimpin-pemimpin Kristian Unitari
yang dikutuk, diseksa dan dibakar hidup-hidup. Di antara mereka ini ialah Origen (185-254
Masihi), Lician (meninggal pada tahun 312 Masihi), Arius (250-336 Masihi), Michael Servetus
(1511-1553 Masihi), Francis David (1510-1579 Masihi), Lelio Francesco Sozini (1525-1562
Masihi), Fausto Paolo Sozini (1539-1604 Masihi), John Biddle (1615-1662 Masihi), dan
sebagainya.
Kutukan yang meluas terhadap orang perseorangan sahaja tidak mencukupi, maka seluruh
negara dikutuk dan dibunuh. Satu contoh adalah dekri Suci pada 15 Februari, 568 yang
mengutuk semua penduduk Belanda dan menghukum bunuh mereka sebagai sesat. Tiga juta
lelaki, wanita dan kanak-kanak dihukum bunuh oleh gereja Trinitari. Mengapakah tiada sesiapa
yang menjeritkan “Holocaust” untuk mereka yang malang ini?
“Pada 15 Februari, 1568, fatwa Holly Office menghukum bunuh semua penduduk Belanda atas
kesalahan sesat. Hanya beberapa orang yang dipilih sahaja yang terselamat. Pengisytiharan
oleh raja Sepanyol, Raja Philip II, sepuluh hari kemudian, mengesahkan dekri Pasitan ini, dan
menitahkan supaya hukuman dijalankan dengan segera… Tiga juta orang, lelaki, wanita dan
kanak-kanak di hukum bunuh dalam tiga barisan. Berdasarkan dekri baru ini, tiada sesiapa
139
yang dikecualikan. Golongan atasan dan bawahan diseret ke tempat hukuman setiap hari,
setiap jam. Alva, di dalam satu suratnya kepada Philip II dengan tenang menganggarkan
jumlah mereka yang akan dihukum sebaik sahaja Minggu Suci tamat adalah ‘lapan ratus
orang’.”
Ukiran abad ke enam belas oleh seorang pengukir yang tidak diketahui. Ia menunjukkan
beberapa contoh hukuman yang dilaksanakan semasa era “Zaman Gelap” Kristian. Baris
atas: Hukuman yang dijalankan adalah hukuman bakar, hukuman gantung dan
hukuman dilemaskan. Di bahagian tengah ukiran: mata seorang pesalah dicungkil keluar,
organ-organ dalaman dipotong keluar dan telinga dipotong. Di bahagian hadapan:
seorang lelaki dipatahkan tulangnya (alat hukuman diukir lebih kecil daripada saiz
sebenar). Pesalah tersebut tidak semestinya akan mati, hanya tulang-tulangnya yang
patah. Di bahagian bawah: hukuman rejam, pancung, dan tangan dipotong [32].
“Oleh kerana kaum Nasaret dan Ebonit (Kristian Unitari) telah diakui oleh ahli-ahli sejarah
Gereja sebagai penganut Kristian yang pertama, atau mereka yang beriman dengan Kristus
dari kalangan bangsa Yahudi yang merupakan bangsanya sendiri; beliau hidup dan mati di
kalangan mereka, mereka menyaksikan amalan-amalannya, dan mereka adalah hawari-
hawarinya, maka bagaimanakah mungkin mereka ini adalah golongan pertama yang dikatakan
140
sesat (daripada golongan-golongan sesat yang lain), bagaimanakah mungkin mereka salah
faham akan doktrin dan matlamat Jesus? Bagaimana pula kaum bukan Yahudi yang beriman
dengannya selepas kematiannya melalui pendakwahan orang-orang yang tidak pernah
mengenalinya lebih memahami ajaran-ajarannya, dan dari manakah mereka memperolehi
maklumat yang mereka ada jika tidak daripada golongan Yahudi yang beriman?”
“Jesus, a Prophet of Islam“, Muhammad Ata’ Ur-Rahim
Hanya sekarang, apabila wujud kebebasan sebenar dalam memilih agama, penganut-penganut
Kristian mulai sedar akan hal sebenar melalui gandingan penemuan arkeologi dan kajian ke atas
Bible serta dokumen-dokumen purba. Satu contoh didapati di dalam akhbar Britain, iaitu “Daily
News” bertarikh 25 Jun, 1984 di bawah tajuk “Shock survey of Anglican Bishops“. Kita dapati
bahawa sebuah televisyen Britain telah membuat tinjauan ke atas 31 daripada 39 biskop gereja
England dan mendapati 19 daripada mereka berpendapat bahawa penganut Kristian tidak perlu
percaya bahawa Jesus (a.s.) adalah Tuhan, tetapi hanya “agenNya yang tinggi”.
Anehnya, umat Islam telah dimaklumkan akan hal ini lebih 1400 tahun lalu oleh Tuhan Yang
Maha Berkuasa di dalam Al-Qur’an. Qur’an telah memaklumkan kita bahawa Jesus bukan
Tuhan, mahu pun Anak Tuhan (dalam erti kata ortodoks), tetapi hanyalah seorang hamba yang
taat dan takwa, dan adalah utusan Tuhan. Ini disahkan oleh Jesus (a.s.) sendiri di dalam
Yohanes 17:3: “Jika orang mengenal Engkau, satu-satuNya Allah yang benar, dan mengenal
Jesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.“.
Jesus (a.s.) adalah seorang Yahudi yang alim. Tiada seorang Yahudi pun yang pernah menuding
jari terhadapnya dan bertanya mengapa beliau tidak mematuhi Sabat, atau mengapa beliau
memakan daging babi? Sesungguhnya, para hawari Jesus yang diceritakan telah melanggar
undang-undang ini di dalam PB, bukannya Jesus.
Bible memaklumkan kita bahawa Jesus (a.s.) pergi dengan tidak pernah menjamah daging babi,
tidak pernah melanggar peraturan Sabat, semasa hayatnya perceraian tidak dibenarkan kecuali
dalam kes zina, beliau mematuhi undang-undang Musa dengan ketat. Bagaimanapun, impian
Paul kini telah menghalalkan untuk penganut-penganut Kristian semua perkara yang (menurut
Bible) Jesus pergi dalam keadaan beliau mematuhi semua larangan-larangan tersebut.
Anda tidak akan temui walau seorang paderi atau pendakwah pun yang berkata kepada
penganut Kristian “untuk memasuki syurga, hanya patuhi rukun-rukun” (seperti yang dilakukan
oleh “Tuan”). Kebanyakan daripada penganut Kristian hari ini tidak berpantang memakan
daging babi, juga tidak mematuhi Sabat seperti yang “Tuan” mereka lakukan, dan wafat dalam
mematuhi amalan-amalan ini. Terdapat amat banyak perbezaan di antara penganut-penganut
Kristian hari ini dengan Jesus dan amalan-amalannya.
Umumnya, penganut Kristian hari ini mematuhi rukun-rukun Paul dan mereka yang telah diberi
kuasa untuk membatalkan rukun-rukun Musa dan Jesus, dan tiada penganut Kristian tidak yang
mempersoalkan hal ini. Agama Kristian hari ini sebenarnya dibina di atas dasar bahawa murid-
murid kepada para hawari berkuasa untuk membatalkan rukun-tukun nabi-nabi mereka, sekali
pun peraturan-peraturan tersebut dipatuhi oleh seorang yang didakwa sebagai Anak Tuhan
sendiri.
Mari kita kaji hal ini dengan lebih dekat. Tuhan memerintahkan kaum Yahudi untuk mematuhi
peraturan pemakanan yang ketat. Daripada sinilah munculnya perkataan “kosher” [33].
141
“Kohser” merujuk kepada jenis makanan yang kaum Yahudi dibenarkan makan. Di antara
makanan yang diharamkan oleh Tuhan ke atas kaum Yahudi adalah daging babi.
Atas sebab inilah kita dapati bahawa Jesus (a.s.) menganggap babi sebagai binatang yang kotor
dan jijik sehinggakan bukan sahaja beliau tidak pernah menjamahnya (secara kebetulan, umat
Islam juga tidak pernah menjamah daging babi sepanjang hayat mereka), malahan beliau
menganggapnya begitu rendah sehinggakan binatang ini hanya layak dijadikan tempat buangan
iblis. Di dalam Matius 8:31-32 kita dapati:
“Roh-roh jahat itu memohon kepada Jesus, “Jika engkau hendak memerintah kami keluar,
suruhlah kami masuk ke kawanan babi itu.”. “Pergilah”, kata Jesus. Dengan segera roh-roh
jahat meninggalkan kedua-dua orang itu lalu masuk ke dalam kawanan babi. Semua babi itu
lari ke pinggir jurang, terjun ke dalam tasik lalu tenggelam.”
Bagaimanapun, tidak lama selepas pemergian Jesus, Paul telah menghalalkan daging semua
binatang.
“Jika kamu dijemput makan oleh seorang yang tidak beriman, dan kamu menerima jemputan
itu, maka makanlah makanan yang dihidangkan. Janganlah bertanya apa-apa supaya tidak
mengganggu hati nurani kamu.”
1 Korintus 10:27
Dalam sedetik sahaja, semua pantang-larang yang Jesus patuhi diabaikan begitu sahaja.
Ramai yang percaya bahawa visi Petrus di dalam Kisah Rasul-rasul adalah faktor utama
pemansuhan peraturan dasar kaum Yahudi ini. Sebaliknya, sarjana-sarjana Kristian hari ini
sedar bahawa tulisan-tulisan Paul adalah tulisan tertua di dalam Bible. Ia ditulis sekitar 50-60
Masihi sedangkan keempat-empat Gospel ditulis beberapa dekad kemudian, iaitu sekitar 70-110
Masihi. Yang keduanya, walaupun Kisah Rasul-rasul yang ditulis sekitar 70-90 Masihi
dianggap sebagai tulisan Paul, ia kini dikenal pasti sebagai ditulis oleh orang lain yang
menyokong usaha-usahanya.
Menurut Bible, sepanjang hayatnya Jesus (a.s.) mematuhi rukun-rukun Musa (a.s.) dengan
ketat. Beliau pergi dengan meninggalkan pesanan berikut kepada pengikut-pengikutnya:
“Janganlah menganggap bahawa aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran
nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi aku datang supaya semua ajaran
itu berlaku. Ingatlah! SELAMA LANGIT DAN BUMI MASIH ADA, titik atau huruf terkecil
sekali pundi dalam Taurat tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku.”
Matius 5:17-19
Namun mimpi-mimpi Paul telah memusnahkan semua rukun-rukun. Amat banyak amalan-
amalan Jesus (a.s.) sepanjang hayatnya yang kini diabaikan bukan kerana Jesus (a.s.)
memerintahkan mereka melanggar rukun-rukun, tetapi kerana Paul telah memberitahu mereka
untuk melanggarnya menurut autoriti visi-visi yang beliau terima.
Maka, kesimpulan yang dapat kita buat berdasarkan pandangan semasa mengenai rancangan
besar Jesus adalah seperti berikut:
142
1. Jesus (a.s.) hidup di kalangan kaumnya selama tiga puluh tahun dan menunjukkan
kepada mereka banyak mukjizat-mukjizatnya serta mengajar mereka untuk mematuhi
rukun-rukun Musa, mematuhi Sabat, tidak memakan daging babi, menyunatkan anak-
anak mereka, berpuasa, bersembahyang di dalam saumaah, dan sebagainya. Beliau tidak
hanya bercakap mengenainya, tetapi juga menunjukkan contoh melalui amalan-
amalannya. Bila saja beliau bercakap mengenai mukjizat-mukjizatnya, beliau berkata
bahawa beliau melakukannya melalui “jari Tuhan” dan bahawa beliau “aku sendiri tidak
dapat berbuat apa-apa“.
Bila saja beliau berbicara mengenai ibadat, beliau berkata “sembahlah Bapa” dan bukan
“sembahlah aku”, “sembahlah Triniti” atau “sembahlah kami“. Beliau juga tidak pernah
berkata “Aku adalah tuhan“. Istilah “anak Tuhan” digunakan orang bangsanya selama
beberapa alaf untuk merujuk kepada hamba Tuhan yang patuh dan digunakan di dalam
Bible untuk merujuk kepada ramai nabi-nabi sebelumnya, malah juga kepada orang
biasa. Selanjutnya, kaumnya memahami bahawa Tuhan adalah “Bapa” kepada semua
yang mengasihiNya.
2. Selama tiga abad selepas pemergian Jesus (a.s.), hawari-hawarinya dan pengikut-
pengikutnya (kecuali Paul dan pengikut-pengikutnya) terus mematuhi amalan-amalan
Jesus (a.s.) dan mematuhi undang-undang Musa (a.s.). Mereka beribadat di saumaah-
saumaah kaum Yahudi, mereka mengunjungi Rumah Tuhan setiap hari, dan amalan-
amalan mereka tidak dapat dibezakan daripada kaum Yahudi lain kecuali hakikat
bahawa mereka mengakui bahawa Jesus (a.s.) adalah Al-Masih yang dijanjikan, yang
mana ini tidak diterima (dan masih tidak diterima) oleh kebanyakan kaum Yahudi.
Tidak seorang pun di kalangan mereka ini, termasuk Paul, yang pernah mendengar
perkataan “Triniti”. Jesus (a.s.) telah mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan
sifatnya (dan sifat Tuhan) yang “sebenar” sehinggalah tiga abad selepas pemergiannya.
Beliau telah mengambil keputusan bahawa tiga abad selepas pemergiannya, tibalah
masa untuk kembali ke gereja dan “mengilhamkan” mereka untuk “menyelitkan” ayat-
ayat ke dalam Bible untuk mengesahkan “Triniti” (seperti 1 Yohanes 5:7). Ahli-ahli
sejarah Kristian mendokumenkan bahawa “ilham-ilham” daripada Jesus ini berterusan
sehingga sekurang-kurangnya abad ke lima belas Masihi (lihat di atas). Jesus juga
“mengilhamkan” mereka supaya memusnahkan semua Gospel yang ditulis sebelum ini
yang tidak mengajarkan sifat “sebenar” Jesus sebagai Tuhan.
Selanjutnya beliau telah mengilhamkan gereja untuk memusnahkan sama sekali semua
manuskrip purba yang ditulis dalam bahasa asal Jesus (a.s.), iaitu bahasa Aramaic atau
Ibrani. Beliau “mengilhamkan” mereka bahawa manuskrip-manuskrip Greek dan Latin
sudah memadai. Akhirnya, beliau “mengilhamkan” mereka untuk melancarkan kempen
pasitan untuk “membersihkan” bumi daripada penganut-penganut Kristian Unitari atau
memaksa mereka bertukar pegangan.
143
Galatia 1:13 (juga lihat Kisah Rasul-rasul 7:58-60, 8:1-3)
“Janganlah ayah dihukum mati kerana anaknya, janganlah juga anak dihukum
mati kerana ayahnya; setiap orang harus dihukum mati kerana dosanya
sendiri.”
Ulangan 24:16
“Orang yang berbuat dosa itu yang harus mati. Anak tidak akan turut
menanggung kesalahan ayahnya dan ayah tidak akan turut menanggung
kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat kebenarannya, dan
kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya.”
Ezekiel 18:20
… dan lain-lain.
4. Seterusnya, Paul mendedahkan bahawa Jesus datang kepadanya dalam visi dan
memberitahunya untuk memansuhkan undang-undang Tuhan – undang-undang yang
beliau patuhi sepanjang tiga puluh tahun hayatnya di bumi, dan mengajarkan pengikut-
pengikutnya supaya mematuhi undang-undang tersebut, dan bahawa jika undang-undang
ini “reput“, “pupus“, maka “bala” akan menimpa mereka. Menurut Paul, satu-satunya
yang perlu untuk selamat adalah untuk mengimani dosa asal dan penebusan dosa. Tiada
amalan yang perlu. Inilah satu-satunya amalan yang diperlukan dan ini sahaja sudah
mencukupi.
Bagaimanapun, apabila Jesus berlalu beliau bukan sahaja tidak pernah melanggar
undang-undang Musa, tetapi telah memberitahu kaumnya bahawa “selagi langit dan
bumi masih ada” sesiapa yang berani melanggarnya akan digelar “paling tidak penting
antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah“. Jesus (a.s.) dikatakan telah
disediakan untuk “penebusan dosa” semenjak permulaan masa, tetapi bila saja beliau
ditanya mengenai jalan ke syurga, beliau tidak pernah menyebut mengenai penebusan
dosa, sebaliknya beliau (berulang kali) memberitahu pengikut-pengikutnya untuk
“mematuhi rukun-rukun“. Hanya setelah didesak mengenai jalan ke kesempurnaan,
baharulah beliau mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk menjual harta mereka.
5. Sepanjang hayatnya Jesus tidak pernah merasakan perlu untuk sepatah pun perkataan
yang diilhamkan. Sebaliknya, selepas kewafatannya, beliau mulai muncul di dalam
mimpi dan visi ramai orang, dan mengarahkan mereka untuk menulis atas namanya dan
membimbing mereka. Beliau tidak merasakan perlu untuk membimbing mereka
daripada menulis ayat-ayat yang bercanggah mengenai kisah yang sama (lihat Bab 2)
144
kerana percanggahan-percanggahan ini bermaksud untuk menguatkan lagi iman
penganut Kristian.
6. Oleh kerana satu-satunya jalan untuk selamat adalah dengan menerima pengorbanan
Jesus (a.s.) dan undang-undang Musa tidak bernilai, dan oleh kerana Tuhan tidak
merasakan perlu untuk membenarkan mereka yang lahir sebelum masa Jesus (a.s.),
termasuk ramai nabi-nabi terdahulu daripadanya, untuk memasuki syurga, maka mereka
dibiarkan terus tercemar oleh dosa Adam, dan Dia memberikan mereka undang-undang
dan disiplin yang ketat yang sebenarnya tidak berguna dan tidak mungkin dapat
melepaskan mereka daripada dosa yang mereka warisi. Mereka ini tidak mungkin
diselamatkan. Hanya mereka selepas Jesus (a.s.) akan selamat (Rom 3:28 dll.).
1.2.7 Pengasas agama Kristian yang sebenar, iaitu Paul, mengakui penipuannya
Umat Islam tidak mendakwa bahawa hawari-hawari sebenar Jesus mengubahsuai Bible, tetapi
bahawa mereka yang mendakwa bertindak bagi pihak hawari-hawari yang berbuat demikian. Ini
adalah berdasarkan hakikat bahawa gereja Trinitari merasakan perlu memusnahkan semua
manuskrip-manuskrip Gospel yang ditulis sebelum 325 Masihi setelah mereka memperkenalkan
“Trinti” secara rasmi. Inilah sebabnya kita temui percanggahan yang serius walaupun mengenai
ajaran-ajaran asas.
Contohnya, kita diberitahu bahawa Saul dari Tarsus (St. Paul) adalah pengarang kebanyakan
daripada buku-buku Perjanjian Baru. Beliau dikatakan adalah pengarang Rom, 1 dan 2
Korintus, Galatia, Efesus, Filipus, Kolose, 1 dan 2 Tesalonika, 1 dan 2 Timothy, Titus, Filemon
dan Ibrani. Kita jangkakan yang tokoh utama di dalam Bible yang merupakan pengarang
kebanyakan daripada buku-buku Perjanjian Baru dapat memastikan cerita-ceritanya selari,
sekurang-kurangnya mengenai perkara-perkara dasar seperti bagaimana beliau menjadi seorang
Kristian dan “diselamatkan”. Namun di dalam Bible kita temui pengakuan bersumpah oleh Paul
bahawa beliau telah menipu. Menakjubkan? Mari kita lihat.
Jika kita baca Kisah Rasul-rasul 9:19-29 dan Kisah Rasul-rasul 26:19-21, kita dapati bahawa
Paul sedang sibuk menindas pengikut-pengikut Jesus di Jerusalam, dan mengheret mereka dari
rumah-rumah mereka untuk diseksa, dibunuh, atau dipaksa bertukar pegangan. Tiba-tiba pada
suatu hari beliau mengambil keputusan untuk meluaskan kegiatannya dan menindas mereka di
Damsyik. Untuk tujuan ini, beliau pergi menemui Paderi Besar dan meminta surat kebenaran
untuk tindakannya di Damsyik. Mengapa beliau berbuat demikian memandangkan Paderi Besar
di Jerusalam tidak mempunyai sebarang kuasa di Damsyik masih lagi satu misteri.
Tidak lama selepas beliau meluaskan kegiatan jahatnya di Damsyik, Paul kononnya telah
“melihat jalan Tuhan” dan menerima agama Kristian setelah menjadi musuh ketat penganut-
penganut Kristian dan terkenal dengan penindasannya terhadap mereka. Barnabas (salah
seorang hawari Jesus) kononnya telah memihak kepadanya dan meyakinkan hawari-hawari lain
supaya menerimanya.
Paul menyertai hawari-hawari Jesus dalam pendakwahan mereka dan berdakwah dengan berani
di dalam serta di luar Jerusalam serta di seluruh Judaea. Paul kemudian melantik dirinya sebagai
hawari kedua belas (menggantikan Judas yang dirasuk iblis) seperti yang dilihat di dalam
bukunya, iaitu Rom 1:1, 1 Korintus 1:1 dan sebagainya.
“Setelah dia makan, pulihlah kekuatannya. Saul tinggal beberapa hari bersama pengikut-
pengikut Jesus di Damsyik. Dia terus pergi ke rumah-rumah ibadat dan mula mengisytiharkan
berita bahawa Jesus adalah Anak Tuhan. Semua orang yang mendengar kata-kata Saul
menjadi hairan. Mereka berkata sesama sendiri, “Dialah orang di Jerusalam yang membunuh
semua orang yang menyembah Jesus. Dia datang ke sini untuk menangkap dan membawa
145
pengikut Jesus kepada ketua-ketua imam. Tetapi Saul semakin kuat pengaruhnya. Bukti-bukti
yang dikemukakan bahawa Jesus Penyelamat yang diutus oleh Allah begitu meyakinkan
sehingga orang Yahudi yang tinggal di Damsyik tidak dapat membantah lagi. Beberapa hari
kemudian, orang Yahudi berpakat hendak membunuh Saul. Tetapi rancangan mereka diketahui
oleh Saul. Siang malam mereka menunggu di pintu gerbang kota untuk membunuhnya. Tetapi
pada suatu malam, pengikut-pengikut Saul menurunkan dia dengan sebuah keranjang ke kaki
tembok kota melalui tingkap. Saul pergi ke Jerusalam dan hendak bergabung dengan pengikut-
pengikut Jesus di situ. Tetapi mereka semua takut akan dia, kerana mereka tidak percaya dia
benar-benar telah menjadi pengikut Jesus. Kemudian Barnabas menyambutnya dan
membawanya kepada hawari-hawari. Barnabas memberitahu mereka bahawa Saul telah
melihat Tuhan dalam perjalanan ke Damsyik, dan bahawa Tuhan sudah berkata-kata
kepadanya. Dia juga memberitahu mereka bahawa dengan berani Saul mengajar di Damsyik
dengan nama Jesus. Oleh itu Saul tinggal bersama-sama mereka, dan mengajar dengan berani
di seluruh Jerusalam dengan nama Tuhan. Dia juga berbincang dan berdebat dengan orang
Yahudi yang berbangsa Yunani, dan mereka cuba membunuhnya”
“Tuanku Raja Agripa! Itulah sebabnya hamba sentiasa cuba berusaha untuk mentaati
penglihatan yang hamba terima dari syurga. Hamba memberitahu orang bahawa mereka harus
bertaubat daripada dosa lalu datang kepada Allah, serta melakukan perkara-perkara yang
membuktikan bahawa mereka sudah bertaubat. Hamba mula-mula mengajarkan hal itu di
Damsyik dan Jerusalam, kemudian di seluruh negeri orang Yahudi dan bukan Yahudi. Kerana
hal inilah orang Yahudi menangkap hamba sementara hamba di dalam Rumah Tuhan dan
mereka cuba membunuh hamba.”
“Tetapi oleh sebab rahmatNya, Allah memilih aku sebelum aku dilahirkan dan memanggil aku
untuk mengabdikan diri kepadaNya. Allah menunjukkan AnakNya kepadaku supaya aku dapat
mengkhabarkan berita baik tentang AnakNya kepada orang bukan Yahudi. Pada masa itu aku
tidak meminta nasihat daripada sesiapa pun dengan segera. Aku tidak pergi ke Jerusalam
untuk berjumpa dengan mereka yang telah menjadi hawari terlebih dahulu daripadaku.
Sebaliknya aku segera pergi ke negeri Arab dan kembali ke Damsyik. Hanya selepas tiga tahun
baharulah aku pergi ke Jerusalam untuk melawat Petrus dan tinggal bersamanya selama dua
minggu. Aku tidak berjumpa dengan hawari-hawari lain kecuali Yakobus, saudara Tuhan. Apa
yang aku tulis ini benar. Allah tahu bahawa aku tidak berdusta. Kemudian aku pergi ke
kawasan-kawasan di Siria dan Kilikia. Pada masa itu anggota jemaah di Judea tidak mengenal
aku. Mereka hanya mendengar orang berkata, “Orang yang dahulu menganiayai kami,
sekarang mengkhabarkan kepercayaan yang dahulu mahu dimusnahkan”.”
Galatia 1:15-23
Merujuk kepada dua petikan pertama di atas, Rev. Dr. Davies di dalam buku “The First
Christian” berkata, “Pengakuan-pengakuan ini tidak selari antara satu sama lain, sebaliknya
merosakkan atas sebab lain: mereka menyanggah Paul sendiri di dalam suratnya kepada kaum
Galatia (Bab 1 dan 2).” Rev. Davies menarik perhatian pembaca kepada sumpah Paul: “Aku
tidak berjumpa dengan hawari-hawari lain kecuali Yakobus, saudara Tuhan. Apa yang aku
146
tulis ini benar. Allah tahu bahawa aku tidak berdusta.“, yang mana ini menjadikannya
pengakuan bersumpah. Selanjutnya, beliau berkata:
“Mengenai kisah di dalam Kisah Rasul-rasul, percanggahan ini menjahanamkan. Tidak pernah
ada kempen dakwah di Jerusalam dan daerah Judea (Kisah Rasul-rasul 26:20). Jika Paul tidak
dikenali di kalangan masyarakat Judea seperti yang diakuinya, maka beliau tidak pernah
berdakwah di kalangan mereka. Hakikatnya, beliau tidak pernah menyertai pergerakan
masyarakat Judea, mahu pun cuba untuk menyertainya. Beliau hanya menemui Cephas, dan
saudara Jesus, iaitu Yakobus. Malahan merujuk kepada hawari-hawari lain, belum lagi diambil
kira pengikut-pengikut biasa, beliau mengakui bahawa “Aku tidak berjumpa dengan hawari-
hawari lain”. Walaupun beliau kononnya telah pergi “mengajar dengan berani di seluruh
Jerusalam dengan nama Tuhan”, masyarakat Jerusalam tidak menyedari kehadirannya.
‘Mereka hanya mendengar orang berkata’, katanya, ‘Orang yang dahulu menganiayai kami,
sekarang mengkhabarkan kepercayaan yang dahulu mahu dimusnahkan’; tetapi mereka tidak
pernah mendengar syarahannya di Judea.”
“.. jika mana-mana bahagian Perjanjian Baru adalah tulen, ia adalah surat Paul kepada
masyarakat Galatia. Jika kita tidak dapat berpegang kepada surat ini, kita tidak dapat
berpegang kepada apa-apa dan lebih baiklah kita tamatkan sahaja pencarian kita. Tetapi
hakikatnya kita boleh berpegang kepadanya. Surat kepada masyarakat Galatia adalah
daripada Paul sendiri dan dibuktikan tulen.”
“The First Christians“, A. Powell Davies, Farrar Straus & Cuhady, m.s. 30-31
Menurut kisah di dalam Kisah Rasul-rasul, Paul menerima visinya, lalu beliau berdakwah di
saumaah-saumaah di Damsyik dengan “segera”. Beliau mulai dikenali melalui syarahannya
yang berani yang mengagumkan orang ramai. Beliau membingungkan masyarakat Yahudi di
Damsyik. Beberapa hari kemudian, beberapa orang Yahudi cuba membunuhnya, maka beliau
melarikan diri ke Jerusalam. Beliau bertemu dengan Barnabas yang memperkenalkannya
kepada hawari-hawari lain buat pertama kali. Mereka semuanya gentarkan Paul, tetapi Barnabas
meyakinkan mereka untuk menerimanya. Kini Paul dan semua hawari keluar berdakwah di
dalam dan di luar Jerusalam dengan nama Jesus.
Bagaimanapun, menurut kisah di dalam Galatia, Paul menerima visinya. Beliau TIDAK dengan
serta-merta berbincang dengan “sesiapa pun”, beliau juga tidak pergi ke Jerusalam untuk
berjumpa dengan para hawari, sebaliknya beliau mengembara ke Arab dan kemudian kembali
ke Damsyik. Beliau tidak menceritakan yang beliau berdakwah di tempat-tempat ini. Selepas
sekurang-kurangnya tiga tahun, beliau pergi ke Jerusalam buat pertama kali dan bertemu
dengan Petrus dan Yakobus sahaja, beliau tidak bertemu dengan hawari-hawari lain.
Beliau tinggal bersama-sama mereka selama lima belas hari, dan sekali lagi, tidak menyebut
apa-apa tentang kempen dakwah sama ada bersama semua hawari, beberapa orang daripada
hawari, atau bersendirian. Beliau juga tidak pernah ke Jerusalam sebelum ini dan tidak pernah
berdakwah di sana kerana beliau tidak dikenali oleh masyarakat di situ. Mereka hanya pernah
“mendengar” cerita mengenai beliau telah menjadi penganut Kristian.
147
1. Galatia menceritakan bahawa selepas menerima visinya, Paul “tidak segera” berbincang
dengan “sesiapa pun“; beliau telah mengembara ke Arab dan seterusnya pergi ke
Damsyik. Maka beliau tidak “serta-merta” berdakwah dengan berani di Damsyik seperti
yang diceritakan di dalam Kisah Rasul-rasul (Berapa lamakah masa yang diambil untuk
mengembara dari Damsyik ke Arab dan kembali ke Damsyik? Bolehkah beliau pergi
dan kembali “serta-merta”?
2. Menurut cerita di dalam Galatia, Paul tidak pergi ke Jerusalam, iaitu tempat tinggal para
hawari. Sebaliknya beliau pergi ke Tanah Arab dan kembali ke Damsyik. Selepas TIGA
TAHUN (bukan beberapa hari), beliau pergi ke Jerusalam. Ia dengan jelas mengatakan
“Aku tidak pergi ke Jerusalam untuk berjumpa dengan mereka yang telah menjadi
hawari terlebih dahulu daripadaku“.
3. Menurut cerita di dalam Galatia, sebaik sahaja Paul tiba di Jerusalam beliau bertemu
Petrus dan Yakobus, tetapi tidak bertemu dengan hawari-hawari lain. Tidak mungkin
beliau telah bertemu dengan mana-mana hawari di Jerusalam sebelum ini kerana beliau
mendakwa bahawa sebaik saja menerima visi “Aku tidak pergi ke Jerusalam untuk
berjumpa dengan mereka yang telah menjadi hawari terlebih dahulu daripadaku“.
Sebaliknya, ia menceritakan bahawa kali PERTAMA beliau pergi ke Jerusalam adalah
sekurang-kurangnya “tiga tahun” selepas menerima visi.
Sebaliknya, Kisah Rasul-rasul pula menceritakan bahawa kali pertama beliau bertemu
dengan para hawari adalah beberapa hari selepas menerima visi, di mana beliau telah
bertemu dengan semua hawari. Nyata sekali bahawa ini adalah kali pertama beliau
menemui mereka memandangkan mereka menggeruninya. Perhatikan perkataan
“mereka SEMUA takut akan dia“.
Keadaan ini tidak mungkin berlaku kerana kalau pun Petrus dan Yakobus tidak
menceritakan pada hawari-hawari yang lain bahawa mereka telah menemuinya, maka
sekurang-kurangnya Petrus dan Yakobus tidak akan merasa takut terhadap Paul.
Perhatikan bahawa hanya Barnabas yang menyokong Paul, bukannya Barnabas, Petrus
dan Yakobus.
4. Galatia menceritakan bahawa semasa kali pertama Paul pergi ke Jerusalam, semua
hawari menggeruninya, tetapi Barnabas meyakinkan mereka untuk menerimanya, dan
KESEMUA mereka berganding bahu “di seluruh Jerusalam” berdakwah “dengan
berani” kepada kaum Yahudi. Bagaimanapun, Kisah Rasul-rasul menceritakan bahawa
beliau hanya pergi ke Jerusalam selepas TIGA TAHUN dan semasa kunjungan
PERTAMA ini beliau bertemu Petrus dan Yakobus SAHAJA.
Menurut cerita di dalam Galatia, beliau tidak menyertai Petrus dan Yakobus dalam
kempen dakwah di seluruh Jerusalam, beliau juga tidak mungkin telah berbuat demikian
dengan SEMUA hawari terdahulu daripada ini kerana jika beliau telah berbuat demikian
maka tidak mungkinlah beliau “jemaah di Judea tidak mengenal aku“. Masyarakat di
situ juga tidak mungkin hanya pernah “mendengar” mengenai pertukaran agama beliau,
tetapi haruslah telah juga menyaksikan beliau berdakwah dengan hawari-hawari lain
dengan mata mereka sendiri.
148
Jika pengarang yang mengarang kebanyakan daripada buku-buku Perjanjian Baru tidak dapat
menceritakan kisah “penyelamatan”nya sendiri dengan betul, bagaimanakah mungkin kita dapat
mempercayai beliau mengenai perkara-perkara yang kritikal seperti maksud “sebenar” kata-kata
Jesus, atau mengenai perkara-perkara lain?
Hakikat bahawa Paul tidak pernah bertemu Jesus semasa hayatnya, tidak pernah mengembara
bersamanya, tidak pernah makan bersamanya, mahu pun belajar secara langsung dengannya
dengan sendirinya menjadikan para hawari Jesus sumber panduan pertama bagi pengikut-
pengikut Jesus yang ingin tahu apa yang Jesus ajarkan. Para hawari Jesus juga tidak mempunyai
sejarah menindas pengikut-pengikut Jesus. Satu-satunya sebab mengapa sesiapa juga sanggup
mengabaikan para hawari dan berbicara dengan Paul adalah jika Paul telah menerima visi-visi
suci daripada Jesus.
Para hawari tidak mendakwa mereka menerima visi daripada Jesus, maka jelas sekali bahawa
dakwaan Paul mengatakan dirinya menerima visi suci daripada Jesus amat membantu dalam
menarik pengikut-pengikut Jesus daripada para hawari dan menerima tafsiran beliau mengenai
ajaran Jesus. Paul dengan bangganya mengisytiharkan bahawa beliau tidak perlu belajar
daripada sesiapa, termasuk para hawari, beliau sama sekali tidak bergantung kepada ilmu para
hawari; apa yang beliau perlukan hanyalah visi yang diterimanya:
“Saudara-saudaraku, kamu harus tahu bahawa berita baik yang aku khabarkan itu tidak
berasal daripada manusia. Aku tidak menerima berita itu daripada manusia. Tidak seorang
pun mengajarkannya kepadaku. Jesus Kristus sendirilah yang menyatakan berita baik itu
kepadaku.”
Galatia 1:11-12
Kita akan lihat sebentar lagi bahawa kesan keengganan beliau menerima apa-apa daripada para
hawari adalah beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan-dakwaannya melalui kata-kata Jesus.
Adalah mustahil untuk melihat Paul memetik kata-kata Jesus dalam usaha menyebarkan
doktrinnya, sebaliknya beliau sentiasa merujuk kepada falsafah peribadinya yang berdasarkan
“visi-visinya” dan ilham-ilham yang didakwanya diterima daripada Roh Suci. Jika beliau
berbeza pendapat dengan hawari mengenai sesuatu hal, beliau tidak boleh mendakwa bahawa
beliau tahu mengenai hal tersebut melalui ajaran Jesus memandangkan beliau tidak pernah
bertemu Jesus.
Oleh yang demikian, beliau sentiasa terpaksa menggunakan falsafah dengan meluas dan
mendakwa bahawa Jesus dan Roh Suci telah “mengilhamkannya” falsafah tersebut. Kita akan
lihat sebentar lagi bahawa beliau telah mendakwa bahawa beliau dipilih daripada kalangan
manusia untuk menerima visi-visi yang tidak dianugerahkan kepada para hawari, dan bahawa
ilham yang diterimanya membenarkannya untuk mendapatkan penganut-penganut baru “dengan
apa cara sekali pun“. Beliau juga mendakwa bahawa “segalanya dihalalkan bagiku“.
Pembaca yang teliti akan perasan bahawa terdapat banyak lagi percanggahan di dalam cerita
keinsafan Paul. Contohnya, di dalam Kisah Rasul-rasul 22:9 Paul mendakwa bahawa apabila
beliau bercakap dengan Jesus (a.s.), mereka yang mengembara bersamanya “nampak cahaya“,
tetapi “mereka tidak mendengar suara” manakala di dalam Kisah Rasul-rasul 9:7 mereka yang
bersama Paul dikatakan telah “Orang yang seperjalanan dengan Saul berhenti dan terdiam.
Mereka mendengar suara itu tetapi tidak melihat sesiapa pun“. Jangan percaya saya apa yang
saya katakan, anda hendaklah “buktikan semua perkara“.
149
Ajaran Kristian yang ada hari ini dibina berasaskan dakwaan Paul, orang yang telah mengarang
kebanyakan daripada buku-buku Perjanjian Baru. Beliau dipercayai dengan membuta-tuli
kerana beliau mendakwa telah bertemu Jesus (a.s.) di dalam visi dari syurga, kerana beliau
disokong oleh Barnabas, kerana beliau telah bertemu dan diterima oleh semua hawari, kerana
beliau telah berdakwah dengan berani bersama semua hawari di atas nama Jesus di seluruh
wilayah Judea, dan akibatnya beliau terpaksa melalui penderitaan dan penindasan.
Bagaimanapun, sesiapa saja yang membaca Bible akan mendapati bahawa Paul sendiri
bersumpah dengan nama Tuhan Yang Maha Berkuasa bahawa ini adalah penipuan kerana
masyarakat Judaea tidak pernah melihat wajahnya dan hanya pernah “mendengar” cerita
mengenai keinsafannya. Tambahan pula beliau tidak pernah berjumpa dengan para hawari
kecuali Petrus dan Yakobus. Meskipun berhadapan dengan semua hakikat ini, gereja berkeras
bahawa kita perlu menafsirkan kata-kata Jesus dalam konteks ajaran Paul.
Rev. Davies bukanlah satu-satunya orang yang menyedari masalah yang serius ini. Seorang
bekas paderi, Dan Barker, juga telah menulis dengan terperinci mengenai masalah-masalah
yang wujud berkenaan dengan kisah-kisah mengenai Paul. Artikelnya boleh didapati di dalam
“The Skeptical Review“, 1994, Nombor 1. Artikel tersebut bertajuk “Did Paul’s men hear a
voice?“.
Saya amat mengesyorkan sesiapa yang mahu mencari kebenaran supaya mendapatkan artikel ini
dan membacanya. Barker telah mengkaji teks tersebut daripada sudut pandangan bahasa
Inggeris dan bahasa Greek untuk menunjukkan percanggahan yang amat nyata di antara ayat-
ayat.
Terdapat beberapa contoh-contoh masalah yang lebih asas berhubung dengan jujukan kronologi
peristiwa yang ditemui di dalam PB. Salah satu yang amat nyata telah diterbitkan di dalam “The
Skeptical Review” di Canton, IL. Majalah ini menawarkan hadiah $2000 kepada sesiapa yang
dapat menyusun kisah “kebangkitan semula Jesus” dalam susunan kronologi yang lengkap
dengan mengambil kira semua ayat-ayat di dalam Bible tanpa meninggalkan satu pun
daripadanya. Cabarannya adalah seperti berikut:
Paul menulis,
“Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka berita yang kami khabarkan dan
kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka. Hal itu juga bererti kami berdusta tentang
Allah, kerana kami berkata bahawa Allah sudah membangkitkan Kristus daripada kematian.
Jika memang benar orang mati tidak dibangkitkan, maka Allah tidak membangkitkan Kristus
daripada kematian.”
1 Korintus 15:14-15
Syarat-syarat cabaran ini mudah dan munasabah. Di dalam keempat-empat Gospel, mulakan
membaca kisah pada pagi Easter sehingga ke penghujung buku (iaitu Matius 28, Markus 16,
Lukas 24 dan Yohanes 20-21. Baca juga Kisah Rasul-rasul 1:3-12 dan kisah ini menurut versi
Paul di dalam 1 Korintus 15:3-8). 165 ayat-ayat ini boleh dibaca dalam masa beberapa minit.
Seterusnya, tanpa meninggalkan satu pun daripada ayat-ayat di atas, tuliskan dengan ringkas
susunan kronologi peristiwa yang berlaku bermula daripada kebangkitan semula sehinggalah
Jesus diangkat ke langit: apa peristiwa pertama yang berlaku, peristiwa yang kedua dan
seterusnya; siapa yang berkata apa, bila, dan di mana peristiwa tersebut berlaku. Hantarkannya
150
kepada “The Skeptical Review” di alamat P.O. Box 717, Canton, IL 61520-0717, USA. Jika
sesiapa dapat melakukan ini, beliau akan menerima $2000.
Terdapat banyak lagi contoh-contoh bagaimana Paul secara terbuka dan terang-terangan
melakukan perubahan besar yang dengan jelas bertentangan dengan ajaran Jesus dan hawari-
hawarinya. Satu contoh lain dapat dilihat melalui analisa berikut. Di dalam PL, Tuhan Yang
Maha Berkuasa telah memerintahkan:
“Inilah perjanjianKu yang harus kamu pegang, perjanjian antara Aku dan kamu serta
keturunanmu, iaitu setiap lelaki di antara kamu harus disunat; haruslah dikerat kulit khatanmu
dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu. Anak yang berumur lapan hari
harus disunat, yakni setiap lelaki di antara kamu, turun-temurun: baik yang lahir di rumahmu,
mahu pun yang dibeli dengan wang daripada salah seorang asing, tetapi tidak termasuk
keturunanmu. Orang yang lahir di rumahmu dan orang yang engkau beli dengan wang harus
disunat; maka dalam dagingmulah perjanjianKu itu menjadi perjanjian yang kekal. Dan orang
yang tidak disunat, yakni lelaki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus
dilenyapkan daripada antara orang-orang sebangsanya: dia telah mengengkari perjanjianKu.”
Kejadian 17:10-14
Jadi, menurut PL, Tuhan sendiri telah memaklumkan kita bahawa perjanjiannya hanya akan
dipenuhi melalui amalan bersunat. Sarjana-sarjana Biblikal mengakui kepentingan bersunat
bukan sahaja sekadar amalan lahiriah:
“Ini adalah tandaNya dan bukti bahawa Israel adalah bangsa yang terpilih. Melaluinya
kehidupan seorang lelaki dihubungkan dengan suatu hubungan agung yang darjatnya adalah
kesedaran bahawa ia mesti dipenuhi demi Tuhan.”
Bersunat dianggap amalan yang amat penting dalam Judaisma sehinggakan mereka sanggup
melanggar peraturan Sabat untuk menyunatkan anak mereka jika hari ke lapan selepas kelahiran
anak itu jatuh pada hari Sabtu.
“Musa memberi peraturan bersunat. Oleh itu pada hari Sabat pun kamu mahu menyunat anak
lelaki kamu.”
Yohanes 7:22
Jesus sendiri disunatkan pada hari kelapan seperti mana-mana Yahudi lain yang patuh.
“Sesudah berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat. Dia dinamakan Jesus”
Lukas 2:21
Yohanes Pembaptis juga bersunat (Lukas 1:59). Selepas pemergian Jesus, amalan bersunat
menjadi isu pertelingkahan peribadi di antara Petrus (seorang hawari) yang berkeras bahawa
amalan tersebut hanya untuk kaum Yahudi sahaja dan Paul yang mahu menyebarkannya kepada
kaum bukan Yahudi.
151
“Sebaliknya mereka mengaku bahawa Allah telah menugaskan aku mengkhabarkan berita baik
kepada orang bukan Yahudi, sebagaimana Allah telah menugaskan Petrus mengkhabarkan
berita baik kepada orang Yahudi.”
Galatia 2:7
Paul kemudiannya menceritakan dengan panjang lebar bagaimana pendirian para hawari adalah
salah dan beliau adalah benar, serta bagaimana Barnabas pun sanggup menuruti “sikap berpura-
pura” mereka, dan bagaimana beliau terpaksa menunjukkan hal yang sebenar kepada para
hawari (di dalam King James Bible (KJV), perkataan yang digunakan oleh Paul di dalam
Galatia 2:13 diterjemahkan secara diplomatik sebagai “berselindung”. Bagaimanapun, Bible
RSV yang disusun daripada manuskrip purba yang lebih tua daripada KJV dengan jujur
menterjemahkannya sebagai “sikap berpura-pura”).
Paul kini menyebut Yakobus (yang juga dikenali sebagai Yakobus anak Halilintar atau Yakobus
yang Adil), Petrus (yang bergelar “Batu Yang Kuat”), dan Barnabas (guru dan pembela Paul)
sebagai:
“Aku melihat sikap mereka yang tidak sesuai dengan ajaran berita baik yang benar itu”
Galatia 2:14
Jelas daripada kata-kata Paul di sini bahawa para hawari juga silap. Agak menarik untuk kita
dengar cerita Barnabas mengenai hal ini sekiranya beliau dipilih sebagai “pengarang
kebanyakan buku-buku” Bible, bukannya Paul. Menurut ayat-ayat seperti yang di atas,
kelihatannya seolah-olah para hawari sentiasa memerlukan panduan Paul untuk mengenal
kebenaran.
Untuk mendapatkan cerita Barnabas mengenai hal ini, pendapatnya mengenai Paul, serta apa
yang sebenarnya berlaku di batang salib, sila baca “Gospel Barnabas”, ISBN 0089295-133-1.
Anda boleh mendapatkan buku ini daripada salah satu alamat yang disenaraikan di hujung buku
ini.
Apa yang menarik adalah Paul sendiri tidak begitu pasti mengenai “visi” yang diterimanya:
“Aku harus berbangga meskipun hal itu tidak berfaedah. Tetapi sekarang aku mahu bercakap
tentang penglihatan dan wahyu yang aku terima dari Tuhan. Aku kenal seorang Kristian yang
empat belas tahun yang lalu diangkat ke syurga yang tertinggi. Aku tidak tahu sama ada hal ini
benar-benar berlaku atau hanya satu penglihatan – Allah sahajalah yang tahu. Aku berkata
sekali lagi, aku tahu bahawa orang itu diangkat ke Firdaus. Aku tidak tahu sama ada hal ini
benar-benar berlaku atau hanya satu penglihatan – Allah sahajalah yang tahu. Di situ dia
mendengar perkara-perkara yang haram diungkapkan oleh seorang manusia. Aku hendak
membanggakan orang itu, bukan diriku sendiri. Aku akan membanggakan perkara-perkara
yang menunjukkan kelemahanku sahaja.”
2 Korintus 12:1-5
Paul tidak tahu sama ada orang di dalam “visinya” adalah “benar-benar berlaku“. Visi Paul
juga mengandungi “perkara-perkara yang haram diungkapkan oleh seorang manusia“.
152
Jika saya memberitahu anda yang saya telah melihat seseorang di dalam “visi” dan
mendengarnya mengucapkan “perkara-perkara yang haram diungkapkan oleh seorang
manusia” di dalam visi tersebut, dan orang ini telah mengarahkan supaya saya membatalkan
hukum-hukum yang dipatuhi oleh Jesus sepanjang hayatnya dan yang Jesus telah perintahkan
supaya pengikut-pengikutnya patuhi sehingga ke akhir zaman, maka pada pendapat anda
siapakah yang saya gambarkan? Siapakah yang saya lihat?
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang diturunkan Allah”. Mereka
menjawab: “(Tidak), tetapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapa-bapa kami
mengerjakannya”. Dan apakah mereka (akan mengikuti bapa-bapa mereka) walaupun syaitan
itu menyeru mereka ke dalam seksa api yang menyala-nyala.”
Apa yang tidak kena dengan cerita ini? Kalau pun kita mengabaikan pengakuan bersumpah Paul
bahawa beliau menipu dan menerima kepercayaan yang berdasarkan ilham yang diterima oleh
Paul sebagai suatu benar, kita masih lagi berdepan dengan masalah berikut:
Paul adalah seorang yang mengakui bahawa beliau telah menindas ramai penganut Kristian,
“menyembelih” mereka, dan “memusnahkan” gereja (Galatia 1:13, Kisah Rasul-rasul 8:1-3,
Kisah Rasul-rasul 9:1-2, Kisah Rasul-rasul 9:41, Kisah Rasul-rasul 6:5 dll), adalah seorang
yang tidak pernah bertemu muka dengan Jesus, seorang yang melalui suatu perubahan sikap
daripada seorang penindas dan pembunuh penganut Kristian kepada seorang Kristian yang lebih
sempurna daripada para hawari sendiri. Beliau dipilih oleh roh Jesus untuk menerima “visi”
yang tidak dianugerahkannya kepada hawari-hawarinya yang telah bersamanya semasa
hayatnya (Galatia 1:10-12).
Paul mempunyai reputasi yang amat buruk sebagai penindas penganut Kristian sehinggakan
tiada sesiapa yang mempercayai pengakuannya yang beliau telah menganut agama Kristian.
Hanya setelah Barnabas, seorang hawari yang kata-katanya dituruti oleh hawari-hawari lain,
meyakinkan hawari-hawari lain baharulah mereka dengan berat hati menerimanya.
Kemudiannya Barnabas mengembara ke serata tempat bersama Paul dan beliau mulai dikenali
di kalangan masyarakat Yahudi sebagai seorang yang benar-benar telah insaf.
Setelah Paul dikenali ramai, beliau berselisih faham dengan Barnabas (Kisah Rasul-rasul 15:39,
Galatia 2:13). Mereka berpisah. Paul kini mendakwa bahawa Jesus (a.s.) mahu beliau
melonggarkan agamanya untuk memudahkan mereka yang baru menganut Kristian, dan di
sinilah Paul mulai melakukan perubahan-perubahan yang drastik ke atas agama Jesus (a.s.).
Paul berpendapat visi-visinya mencukupi untuk menyanggah ajaran para hawari dan
menganggap mereka golongan yang suka berpura-pura. Malahan Barnabas yang telah
mengembara bersama Paul, mengajar Paul dan masyarakat Yahudi, yang telah bersedia
menerima pengakuan Paul bahawa beliau telah insaf begitu sahaja, dan yang telah meyakinkan
hawari-hawari lain untuk menerima si penindas ini, dianggap oleh Paul sebagai seorang yang
berpura-pura dan tidak memahami agama Jesus (a.s.) berbanding dirinya. Paul juga percaya
bahawa:
1 Korintus 15:10
153
Maksudnya, para hawari Jesus adalah pemalas belaka sehinggakan Paul bekerja lebih keras
daripada mereka semua. Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan kepada para hawari meskipun
mereka menghabiskan masa bertahun-tahun bersama Jesus (a.s.) dan belajar secara terus
daripada beliau sedangkan Paul yang tidak pernah bertemu Jesus, yang berubah secara
mendadak daripada seorang penindas dan pembunuh kepada seorang Kristian yang lebih
sempurna daripada para hawari.
Alangkah bertuahnya kita kerana Paul menerima “visi” kerana jika tidak pastilah kita disesatkan
oleh para hawari yang pemalas dan bersikap berpura-pura. Untuk mengetahui cerita Barnabas
mengenai hal ini, sila baca “Gospel Barnabas”.
1. Semasa hayatnya di bumi, Jesus (a.s.) memerintahkan manusia supaya mematuhi agama
Musa dengan ketat sehingga ke akhir zaman (Matius 5:18). Beliau memberitahu
pengikut-pengikutnya bahawa mematuhi agama Musa dan menjual harta benda mereka
akan menjadikan mereka “sempurna” (Lukas 18:18-22).
2. Selepas pemergian Jesus, Paul sendiri mengaku telah menindas ramai penganut Kristian
“dengan tidak terperi”, berusaha “menyembelih” mereka, serta “memusnahkan” gereja
(Galatia 1:13-15, Kisah Rasul-rasul 8:1-3, Kisah Rasul-rasul 9:1-2, Kisah Rasul-rasul
9:41m Kisah Rasul-rasul 6:5, Kisah Rasul-rasul 22:4, dll). Paul berasa amat puasa hati
apabila seorang hawari bernama Stefan direjam sampai mati (Kisah Rasul-rasul 22:20).
3. Paul menerima “visi” dan insaf (Kisah Rasul-rasul 22:9, Kisah Rasul-rasul 9:7 dll).
4. Paul tidak pasti apa yang dia nampak di dalam visinya. Visi-visi tersebut juga
mengandungi “perkara-perkara yang haram diungkapkan oleh seorang manusia” (2
Korintus 12:1-5).
5. Paul memberitahu kita bahawa orang di dalam visi-visi yang dilihatnya adalah Jesus
(a.s.). Beliau mendakwa yang beliau menerima ajaran-ajaran “Kristian” daripada visi-
visi ini dan tidak dari sumber-sumber lain, termasuk para hawari. Dengan kata lain,
beliau tidak perlu belajar daripada para hawari. Visi-visi yang diterimanya adalah lebih
tinggi autoritinya daripada apa yang para hawari katakan. Seterusnya, beliau
memberitahu orang ramai bahawa para hawari Jesus sentiasa memerlukan bimbingannya
untuk mengenal kebenaran (Galatia 2:11-13).
6. Paul mendakwa semua perkara telah dihalalkan untuknya dan beliau tidak memerlukan
bimbingan (1 Korintus 6:12). Beliau juga berkata yang beliau akan melakukan apa
sahaja yang perlu untuk mendapatkan pengikut, walau apa pun akibatnya (1 Korintus
9:20-22).
7. Para hawari bertentangan pendapat dengan Paul mengenai “kebenaran” amalan bersunat
yang diperintahkan oleh Tuhan dan hal-hal lain (1 Korintus 7:19, Galatia 2:7 dll).
8. Menurut Paul sikap para hawari “tidak sesuai dengan ajaran berita baik yang benar
itu“, dan mereka pemalas, menyeleweng dan suka berpura-pura (1 Korintus 15:10,
Galatia 2:14, Galatia 2:13).
9. Kebanyakan buku-buku Perjanjian Baru ditulis oleh Paul sendiri. Di dalamnya, Paul
tanpa segan silu mengisytiharkan yang beliau jauh lebih tinggi martabatnya daripada
para hawari Jesus (a.s.) yang menemani Jesus (a.s.) semasa beliau berdakwah dan
mereka memerlukan bimbingannya untuk melihat ajaran Jesus yang “sebenar”, serta
bagaimana para hawari tanpa teragak-agak melantiknya sebagai hawari ke dua belas.
154
Kesimpulan: Jika para hawari yang hidup, berdakwah, makan dan minum bersama-sama Jesus
selama bertahun-tahun adalah pemalas, terseleweng dan suka berpura-pura seperti yang
didakwa oleh Paul; jika mereka tidak nampak ajaran Jesus yang “sebenar” dengan jelas seperti
Paul, dan jika benar Paul yang tidak pernah bersua muka dengan Jesus tetapi adalah pengarang
utama Perjanjian Baru adalah lebih arif mengenai ajaran Jesus berbanding semua hawari
disebabkan “visi-visi” yang diterimanya walaupun beliau tidak pernah merujuk kepada Jesus
mahu pun berguru daripada para hawari, maka mengapakah Jesus perlu mengajarkan undang-
undang Musa kepada semua manusia? Mengapakah beliau sendiri amat mematuhi undang-
undang Musa?
Menurut Paul, gunanya Jesus hanyalah untuk diikat di batang salib. Jesus (a.s.) merasakan perlu
untuk memerintahkan para pengikutnya untuk mematuhi undang-undang Musa dengan ketat.
Beliau juga merasakan perlu untuk mematuhi undang-undang ini sepanjang hayatnya untuk
memberikan kita teladan yang baik. Tidak pernah sekali pun beliau menyebut dengan jelas dosa
asal, penebusan dosa, penyaliban, atau pemansuhan undang-undang Musa. Namun sejurus
selepas pemergian Jesus, Paul menggunakan visi-visi yang kononnya diterimanya untuk
memansuhkan semua ajaran dan amalan Jesus. Beliau tidak perlu berguru daripada para hawari,
beliau hanya perlukan visinya. Sesungguhnya, inilah sebabnya beliau tidak pernah memetik
kata-kata Jesus sebaliknya beliau merujuk kepada falsafahnya sendiri.
Mengapakah Jesus tidak muncul sebaik sahaja Adam melakukan dosa, dengan segera
menimbulkan kemarahan musuh-musuh Tuhan dan membiarkan mereka menyalibnya, dan
menyelesaikan urusan ini dengan segera? Kalau pun Jesus telah mengambil keputusan untuk
menunggu beberapa ribu tahun dan hanya muncul 2000 tahun lalu, mengapakah beliau
mengajarkan agama yang akan dicampakkan beberapa tahun kemudian? Mengapakah beliau
sendiri mematuhi agama tersebut dengan bersungguh-sungguh? Mengapa mengarahkan orang
ramai untuk mematuhi agama ini “selagi langit dan bumi masih ada“? Mengapa mengancam
bahawa sesiapa yang meninggalkan walaupun satu rukun akan digelar “paling tidak penting
antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah“?
Bukankah beliau akan mati untuk dosa semua manusia dan kembali dalam visi-visi yang
eksklusif untuk Paul dan mengarahkannya untuk memansuhkan agama Musa? Bukankah beliau
akan kembali dalam visi-visi Paul dan memerintahkan beliau memaklumkan orang ramai
bahawa “seseorang berbaik semula dengan Allah, kerana dia percaya kepada Jesus Kristus,
dan bukan kerana dia melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat“? Mengapakah Jesus
sendiri tidak mengajarkan doktrin tersebut semasa beliau masih bersama para hawari sebaliknya
menunggu untuk membicarakannya kepada Paul di dalam visi Paul selepas kematiannya?
Para hawari yang dipandang rendah oleh Paul sebagai pemalas, terseleweng dan suka berpura-
pura adalah mereka yang menemani Jesus (a.s.) semasa hayatnya, yang telah mengajar manusia
(termasuk Paul) agama Jesus (a.s.), dan menanggung penindasan ramai pihak (termasuk Paul
sendiri) untuk menyampaikan ajaran tersebut secara menyeluruh seperti yang diajarkan oleh
Jesus kepada mereka.
Gereja Paul (iaitu Gereja Roman Katolik yang kemudiannya melahirkan gereja-gereja lain
seperti Gereja Protestan) kemudiannya secara rasmi menerima doktrin Triniti beberapa abad
selepas pemergian Jesus serta telah mengutuk, menindas dan membunuh ramai penganut
Kristian yang enggan mengubah pegangan mereka kepada pegangan yang diterima oleh Gereja;
ia juga bertanggungjawab ke atas kematian jutaan penganut-penganut Kristian yang tidak
menerima kepercayaan rasmi ini.
155
mengenakan hukuman yang berat ke atas mereka yang menyembunyikan gospel-gospel yang
dilarang. Mereka seperti Athanasius (meninggal pada tahun 373 M) dan Rufinus (meninggal
pada 410 M) menggunakan perkataan “apokrifa” [34] untuk merujuk kepada buku-buku yang
tidak diterima.
Begitu pun, “Gospel Barnabas” [35] (lihat Bab 7) terlepas daripada dimusnahkan dan boleh
didapati hari ini. Ia mengesahkan apa yang telah kami katakan dan apa yang Qur’an katakan
selama berabad-abad. Ia juga menceritakan tindak balas Barnabas terhadap dakwaan-dakwaan
Paul, ceritanya mengenai apa yang sebenarnya berlaku di batang salib serta bagaimana Jesus
(a.s.) sebenarnya tidak dibiarkan Tuhan jatuh ke tangan kaum Yahudi tetapi telah dinaikkan ke
langit oleh Tuhan, dan bagaimana wajah Judas yang mengkhianatinya telah menjadi mirip
wajah Jesus dan mengambil tempatnya. Barnabas telah bersama Jesus (a.s.) dan menjadi saksi
ke atas misi Jesus, bukan Paul.
Kembali kepada cerita tadi… Paul bertelingkah dengan para hawari dan membuat keputusan
bahawa “Tidak penting sama ada orang bersunat atau tidak. Yang penting adalah mentaati
perintah Allah.” 1 Korintus 7:19. Walaupun amalan bersunat diberikan keutamaan yang lebih
tinggi daripada mematuhi Sabat menurut undang-undang Musa dan “undang-undang Tuhan“,
Paul meninggalkan perintah yang paling utama ini kerana beliau merasakan bahawa beliau
masih boleh meneruskan rukun-rukun yang lain walaupun amalan bersunat ini ditinggalkan biar
pun ia bertentangan dengan ajaran-ajaran Jesus dan hawari-hawarinya.
Akhirnya, beliau membuat keputusan bahawa semua perintah-perintah Tuhan melalui Musa
(a.s.) yang dipatuhi oleh Jesus (a.s.) sehinggalah peristiwa penyaliban serta dipatuhi oleh para
hawari telah lapuk dan akan luput, apa yang perlu hanyalah iman. Dengan itu beliau telah
melengkapkan pemansuhan semua yang diajar dan diamalkan oleh Jesus sepanjang hayatnya.
“Kesimpulannya begini: seseorang berbaik semula dengan Allah, kerana dia percaya kepada
Jesus Kristus, dan bukan kerana dia melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat”
Rom 3:23
Beliau membuat keputusan bahawa undang-undang agama Musa (a.s.) (contohnya “jangan
mencuri, jangan membunuh, …” dsb) yang Jesus ajarkan semasa hayatnya adalah “sumpahan”
ke atas mereka dan tidak lagi diperlukan.
“Kristus telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat.”
Galatia 3:13
Seterusnya, beliau mulai menjelaskan makna “sebenar” ajaran-ajaran Jesus dan apa yang
diajarkan oleh Paul adalah apa yang dikenali sebagai agama “Kristian”.
Paul sendiri mengakui bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
pengikut ajarannya:
“Ketika aku mengkhabarkan berita baik kepada orang yang mentaati Taurat Musa, aku berlaku
seperti orang yang terikat kepada Taurat, walaupun sebenarnya aku tidak terikat kepada
Taurat. Aku melakukannya supaya aku dapat memimpin mereka menjadi pengikut Kristus.
Ketika aku mengkhabarkan berita baik kepada orang bukan Yahudi, aku berlaku seperti orang
bukan Yahudi, yang tidak terikat kepada Taurat orang Yahudi.”
156
1 Korintus 9:20
dan, “Oleh itu aku menyesuaikan diri dengan keadaan semua orang, supaya dengan segala
cara aku dapat menyelamatkan beberapa orang daripada mereka.”
1 Korintus 9:22
dan, “… aku dibenarkan melakukan segala sesuatu, tetapi aku tidak berada di bawah kuasa
sesiapa.”
1 Korintus 6:12
Kita telah lihat bagaimana Paul secara terbuka mengakui bahawa ajaran-ajarannya tidak
diperolehi daripada para hawari Jesus, tetapi daripada visi yang tidak Jesus anugerahkan kepada
para hawari (Galatia 1:12 “Aku tidak menerima berita itu daripada manusia. Tidak seorang pun
mengajarkannya kepadaku. Jesus Kristus sendirilah yang menyatakan berita baik itu
kepadaku.“). Jadi menurut Paul, bukan sahaja para hawari pemalas, terseleweng dan suka
berpura-pura, tetapi semua yang mereka pelajari daripada Jesus sebenarnya tidak perlu. Apa
yang mereka pelajari daripada Jesus hanya berguna jika ia selari dengan visi yang diterimanya.
Dengan kata lain, mereka yang perlu belajar daripadanya dan bukan sebaliknya.
Pengikut Jesus (a.s.) yang dihormati, iaitu Barnabas (penyokong dan pelindung Paul), di dalam
pendahuluan di dalam Gospelnya berkata:
“Gospel sebenar Jesus yang digelar Al-Masih, seorang nabi yang baru diutuskan oleh Tuhan ke
bumi menurut gambaran Barnabas, hawarinya. Barnabas adalah hawari kepada Jesus dari
Nasaret yang digelar Al-Masih oleh semua yang inginkan kedamaian dan ketenangan hati di
bumi ini. Yang dikasihi, Tuhan Yang Maha Agung, telah mengutuskan kepada kami rasulNya,
Jesus Penyelamat, yang mengajar belas kasihan dan menunjukkan mukjizat, yang mana ramai
yang telah diperdayakan oleh Syaitan dan berselindung di sebalik ketakwaan telah
menyebarkan ajaran yang amat melanggar keimanan dengan menggelar Jesus sebagai Anak
Tuhan, membatalkan amalan bersunat yang telah diperintahkan Tuhan mesti dipatuhi selama-
lamanya, dan menghalalkan memakan daging yang tidak suci: di antara mereka adalah Paul
yang telah diperdayakan. Aku tidak mengatakan semua ini tanpa rasa sedih. Oleh sebab inilah
aku menuliskan kebenaran yang aku lihat dan dengar, berdasarkan hubungan yang wujud di
antara aku dan Jesus, moga-moga kamu selamat dan tidak diperdaya oleh Syaitan dan lenyap
dalam perhitungan Tuhan. Oleh yang demikian, berjaga-jagalah terhadap sesiapa yang
mengajarkan kamu doktrin baru yang bertentangan daripada apa yang aku tulis supaya kamu
selamat selama-lamanya. Mudah-mudahan Tuhan Yang Agung bersamamu dan memeliharamu
daripada Syaitan dan semua kejahatan.”
Paul sendiri mengakui bahawa terdapat golongan yang menyebarkan Gospel yang berlainan
daripada gospelnya dan mereka dapat menarik orang mengikuti mereka. Beliau tidak
menamakan pesaingya tetapi kita boleh membaca mengenai pesaing-pesaingnya di dua tempat
di mana Paul menggunakan apa yang disifatkan “istilah yang luar biasa” untuk mereka. Yang
pertama adalah:
“Aku hairan terhadap tingkah laku kamu. Allah sudah memanggil kamu atas rahmat Kristus.
Tetapi dalam masa yang demikian singkat, kamu telah meninggalkan dia dan mengikut berita
baik lain yang bukan daripada Allah. Sebenarnya tidak ada berita baik lain. Tetapi aku berkata
demikian kerana ada beberapa orang yang mengelirukan kamu dan memutar belitkan berita
157
baik tentang Kristus. Jika kami, atau pun malaikat dari syurga, mengkhabarkan berita baik
yang berlainan daripada berita baik yang telah kami khabarkan kepada kamu, biarlah orang
itu dihukum oleh Allah! Kami telah mengatakannya dahulu, dan sekarang aku mengatakannya
sekali lagi: Orang yang mengkhabarkan berita baik yang berlainan daripada berita baik yang
telah kamu terima daripada kami, biarlah orang itu dihukum oleh Allah!”
Galatia 1:6-9
“Aku khuatir fikiran kamu akan dirosakkan sehingga kamu tidak lagi setia kepada Kristus. Hal
ini berlaku pada Hawa yang tertipu oleh kelicikan ular. Aku lihat betapa relanya kamu
menyambut sesiapa sahaja yang datang kepada kamu dan mengkhabarkan berita tentang Jesus
yang lain, bukan Jesus yang kami perkenalkan itu. Kamu juga menyambut roh dan berita baik
yang sama sekali berlainan dengan roh Allah dan berita baik yang kamu terima dari kami. Aku
tahu aku tidak lebih rendah daripada orang yang kamu anggap sebagai hawari yang istimewa
itu! Mungkin aku kurang pandai berkata-kata, tetapi pengetahuanku tentang berita baik itu
dalam. Hal ini sudah kami buktikan kepada kamu pada setiap masa dan dalam segala hal.”
2 Korintus 11:3-6
Jelas sekali penentang-penentang Paul ini mengajarkan “Gospel lain” dan “Jesus lain“, mereka
juga beroperasi di kalangan kumpulan sasaran Paul dan mengubah pegangan pengikut-pengikut
Paul meskipun ajaran mereka tidak “mudah” seperti yang diajarkan oleh Paul sebaliknya
memerlukan mereka berusaha untuk ke jalan selamat.
Sebaliknya, beliau memberikan petunjuk mengenai identiti mereka dengan berkata: “…Aku tahu
aku tidak lebih rendah daripada orang yang kamu anggap sebagai hawari yang istimewa itu!”
dan “kami, atau pun malaikat dari syurga” dan “berita baik yang berlainan daripada berita
baik yang telah kami khabarkan.”
Kita telah lihat bahawa sarjana-sarjana Kristian hari ini bersetuju bahawa penganut-penganut
Kristian yang terawal, termasuk hawari-hawari Jesus (a.s.), adalah Unitari dan mengikuti agama
Musa, dan bahawa Triniti tidak diperkenalkan sehinggalah sekitar permulaan abad kedua.
Golongan Unitari ini besar jumlahnya dan tersebar di hampir seluruh Afrika Utara, dan tempat-
tempat lain.
Pada masa ini, seorang yang berbangsa Greek atau Rom yang ingin menganut agama Kristian
dibenarkan memilih aliran “Kristian” mana yang mahu dianutinya – yang diajarkan oleh
Barnabas dan hawari-hawari yang melibatkan disiplin serta undang-undang agama Musa (a.s.)
yang ketat, atau “Perjanjian Baru” Paul yang lebih mudah dan hanya memerlukan penganutnya
“beriman dengan Jesus”. Aliran kedua ini dijadikan lebih menarik buat mereka dengan
memasukkan “Triniti” dan pengubahsuaian-pengubahsuaian lain supaya ia lebih mirip kepada
kepercayaan Rom dan Greek yang melibatkan banyak Tuhan, Tuhan-bapa, Tuhan-anak, Tuhan-
separa, dewi-dewi dll.
158
Di dalam bukunya, “The Nazarenes“, Toland berkata, “… di kalangan bangsa bukan Yahudi,
perasaan benci terhadap bangsa Yahudi begitu berakar umbi sehinggakan jika mereka perlu
melakukan apa sahaja yang menyerupai amalan bangsa Yahudi, biar pun amalan tersebut
munasabah dan perlu, itu sudah cukup untuk membuatkan mereka menolaknya.“. Jika Paul
mahu mengubah pegangan mereka ini, beliau perlu bertolak-ansur, beliau perlu menjadikan
agama Kristian lebih menarik buat mereka, dan ini, telah dilakukannya dan oleh gerejanya.
Salah seorang penganut Kristian Unitari pertama adalah seorang lelaki bernama Irenaeus (130-
200 Masihi). Muhammad Ata’ Ur-Rahim berkata di dalam bukunya “Jesus, Prophet of Islam“,
berkata bahawa beliau adalah salah seorang penganut Kristian pertama yang dibunuh kerana
mempercayai keesaan Tuhan.
Merujuk kepada usaha-usaha yang tidak berkesudahan untuk mengubahsuai Bible, beliau
berkata: “Demi untuk menimbulkan rasa kagum di kalangan mereka yang berfikiran mudah dan
jahil tentang Kitab Kebenaran, mereka mengetengahkan kitab-kitab apokrifa dan palsu yang
tidak terkira banyaknya yang mereka reka sendiri” (Gospel yang kita ada hari ini).
Apabila Gereja Paul berkuasa dan berpengaruh di Rom, penganut-penganut Kristian Unitari ini
dikutuk, ditindas, dan dibunuh secara rasmi. Satu usaha dijalankan untuk menghapuskan
mereka dan buku-buku mereka sama-sekali dengan memaksa mereka menerima Triniti atau
dibunuh sebagai orang yang sesat dan Gospel mereka dibakar. Lebih sejuta penganut-penganut
Kristian Unitari dibunuh kerana enggan mengubah pegangan mereka.
Namun begitu, kepercayaan mereka berterusan hingga ke hari ini. Apabila Islam muncul dan
menyeru kepada satu Tuhan dan kepercayaan kepada Jesus (a.s.) dan mukjizat-mukjizatnya,
para penganut Kristian Unitari ini adalah di antara golongan pertama yang mengenal firman
Tuhan dan menerima Islam.
Penghapusan ajaran-ajaran Jesus (a.s.) dan para hawarinya yang pertama oleh Paul dan
gerejanya adalah begitu teliti sehingga hanya sedikit yang tinggal. Cara Jesus (a.s.) menyapa
pengikut-pengikutnya juga telah lenyap. Sejak zaman dahulu telah menjadi adat nabi-nabi
Tuhan termasuk Musa, Yusuf, Daud, Jesus, malaikat-malaikat dan ramai lagi, termasuk Tuhan
sendiri, menyapa orang-orang yang beriman dengan sapaan “Sejahtera ke atas kamu”. Ini dapat
di lihat di dalam ayat-ayat seperti Kejadian 43:23, Hakim-hakim 6:23, 1 Samuel 25:6, Bilangan
6:26, 1 Samuel 1:17, Lukas 24:36, Yohanes 20:19, Yohanes 20:26, dan terutamanya, Lukas
10:5.
“Apabila kamu masuk ke dalam sebuah rumah, lebih dahulu katakanlah, ‘Semoga sejahteralah
rumah ini’.”
Apakah pendapat sarjana-sarjana tentang Paul? Heinz Zahrnt menggelar Paul “perosak Gospel
Jesus” di dalam “The Jesus Report“, John Lehman, m.s. 127.
159
sehinggakan menyatukan keduanya adalah tidak mungkin.“, di dalam “The Jesus Report“, John
Lehman, m.s. 128.
Schonfield menulis: “Aliran Paul yang terseleweng menjadi asas kepada ajaran Kristian
ortodoks dan Gereja yang sah disisihkan sebagai menyeleweng.“, di dalam “The Jesus Report“,
John Lehman, m.s. 128.
Michael H. Hart di dalam bukunya “The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in
History” meletakkan Muhammad (s.a.w.) di tempat pertama, diikuti oleh Paul, dan Jesus
ditempatkan selepas Paul. Seperti kebanyakan sarjana-sarjana Barat, beliau mengiktiraf Paul
sebagai lebih layak menerima penghormatan untuk “agama Kristian” daripada “Kristus” sendiri.
Di antara pendakwah utama adalah Saint Paul yang meletakkan asas-asas teologi Kristian dan
memainkan peranan utama dalam mengubah agama Kristian daripada satu mazhab di dalam
Judaisma kepada agama dunia. Penganut-penganut asal Kristian adalah berbangsa Yahudi
dan mematuhi peraturan pemakanan serta undang-undang Taurat, dan mahukan penganut
Kristian bukan Yahudi juga berbuat demikian. Paul dan mereka yang lain memilih untuk
menghapuskan peraturan ini lalu menjadikan agama Kristian lebih menarik bagi bangsa bukan
Yahudi.“.
“Jika apabila bercakap mengenai agama Kristian kita memahaminya sebagai kepercayaan
terhadap Kristus sebagai Anak Tuhan yang bukannya manusia biasa, tetapi dalam erti kata
ketuhanan yang agung dan mulia, yang turun dari langit ke bumi, yang menjadi manusia
dengan mengambil bentuk manusia melalui seorang perawan supaya beliau dapat menyemah
dosa manusia dengan darahnya di batang salib, yang dihidupkan kembali dari mati dan
dinaikkan ke tangan kanan Tuhan, yang menjadi Tuhan kaumnya yang mempercayainya, yang
mendengar doa-doa mereka, menjaga dan memimpin mereka, yang akan datang semula dari
langit ke bumi, yang akan menumbangkan semua musuh-musuh Tuhan, dan membawa
bersamanya pengikut-pengikutnya ke rumah yang dibina daripada nur syurga supaya mereka
dimuliakan sepertiNya – jika ini adalah yang dimaksudkan dengan agama Kristian, maka
agama Kristian ini adalah yang diasaskan oleh St. Paul, bukannya oleh Tuhan kita“.
Seperti yang dapat dilihat, maklumat ini bukanlah baru. Ia telah diakui dan didokumenkan
selama beberapa abad. Malahan beberapa abad dahulu pun, memang telah diketahui bahawa apa
yang diajarkan oleh gereja tidak dapat disahkan melalui Bible. Maka satu anjakan dilakukan
daripada mendapatkan ilham daripada Bible kepada mendapatkannya daripada “Pengantin
Jesus”, iaitu Gereja.
Fra Gulgentio, contohnya, pernah ditegur oleh Pope di dalam suratnya yang berbunyi,
“Mengajarkan Kitab adalah meragukan. Sesiapa yang menuruti Kitab dengan teliti akan
memusnahkan fahaman Katolik.“. Di dalam suratnya yang berikut, beliau lebih berterus-terang:
160
“… adalah buku yang mana jika sesiapa berpegang kepadanya akan memusnahkan fahaman
Katolik.“, “Tetradymus“, John Toland (Daripada: “Jesus, the Prophet of Islam“).
Semua ini bermula dengan seorang lelaki, iaitu Paul. Adalah munasabah untuk mengkaji
kehidupan, kepercayaan dan ajaran-ajaran orang ini untuk mengesahkan sama ada dakwaan-
dakwaannya adalah benar. Paul mendakwa bahawa beliau adalah utusan Tuhan dan/atau Jesus.
Kita boleh temui contohnya di dalam Galatia:
“Aku tidak menerima berita itu daripada manusia. Tidak seorang pun mengajarkannya
kepadaku. Jesus Kristus sendirilah yang menyatakan berita baik itu kepadaku. Tentu kamu
telah mendengar tentang kehidupanku dahulu sebagai penganut agama Yahudi. Kamu tahu
bagaimana kejamnya aku menganiaya jemaah Allah, dan dengan segala upaya aku cuba
membinasakan mereka. Aku lebih maju daripada kebanyakan orang Yahudi yang sebaya
denganku dalam hal mengamalkan agama Yahudi. Aku amat taat kepada istiadat nenek moyang
kita. Tetapi oleh sebab rahmatNya, Allah memilih aku sebelum aku dilahirkan dan memanggil
aku untuk mengabdikan diri kepadaNya. Allah menunjukkan AnakNya kepadaku supaya aku
dapat mengkhabarkan berita baik tentang AnakNya kepada orang bukan Yahudi. Pada masa itu
aku tidak meminta nasihat daripada sesiapa pun dengan segera.”
Galatia 1:12-16
Maka jika Paul telah berkata di dalam Bible bahawa beliau adalah nabi, maka beliau adalah
sama ada benar-benar seorang nabi atau seorang nabi palsu. Oleh itu, kita perlu membawa Paul
ke mahkamah untuk memutuskan sama ada memang benar beliau adalah seorang nabi.
Oleh kerana pentingnya hasil perbicaraan ini, adalah amat tidak adil jika kita membiarkan
prasangka peribadi kita mengaburi perbicaraan ini. Atas sebab ini, keadilan memerlukan
seorang hakim yang integriti dan kejujurannya dapat diterima oleh semua pihak. Oleh yang
demikian, hakim dan juri kita hanya terdiri daripada dua orang: Tuhan Yang Maha Berkuasa
dan Jesus.
Selanjutnya, hanya satu barang bukti yang boleh dikemukakan, iaitu Bible. Mari kita hapuskan
rasa persangka daripada hati kita dan biarkan hanya Tuhan dan Jesus menunjukkan kepada kita
apa yang boleh diterima dan apa yang perlu ditolak. Bersetuju? Kita mulakan.
“Apabila seorang nabi berkata demi nama TUHAN dan perkataannya itu tidak terjadi dan tidak
sampai, maka itulah perkataan yang tidak difirmankan TUHAN: dengan terlalu berani nabi itu
telah mengatakannya, maka janganlah gentar kepadanya.”
Ulangan 18:22
“Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan
keajaiban untuk menipu orang, Malah umat pilihan Allah pun tertipu.”
Matius 24:24
161
Seterusnya Jesus (a.s.) berkata:
“Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepadamu dengan rupa domba, tetapi
mereka sebenarnya seperti serigala buas. Kamu akan mengenal mereka dari hasil perbuatan
mereka. Belukar duri tidak menghasilkan buah anggur, dan semak berduri tidak menghasilkan
buah ara. Tetapi pokok yang subur menghasilkan buah yang baik, dan pokok yang tidak subur
menghasilkan buah yang buruk. Pokok yang subur tidak dapat menghasilkan buah yang buruk,
dan pokok yang tidak subur tidak dapat menghasilkan buah yang baik. Setiap pokok yang tidak
menghasilkan buah yang baik ditebang lalu dibakar. Demikianlah kamu akan mengenal nabi
palsu melalui perbuatan mereka. Tidak semua yang memanggil aku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan’,
akan menikmati pemerintahan Allah, tetapi hanya orang yang melakukan kehendak Bapaku
yang di syurga. Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepadaku, “Ya Tuan, ya Tuan,
bukankah dengan nama Tuan kami memberitakan perkhabaran Allah? Bukankah dengan nama
Tuan kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?”. Tetapi aku akan
menjawab, “Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, kamu yang tidak mentaati Allah!”.”
Matius 7:15-23
Berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Tuhan dan utusannya Jesus Kristus (a.s.), kita akan
kemukakan bukti yang merupakan kata-kata Paul di dalam Bible dan biarkan bukti-bukti ini
bersuara sendiri. Untuk tujuan ini, kita akan pecahkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Tuhan dan
Jesus di atas kepada tujuh bahagian, iaitu:
Merujuk kepada ciri yang pertama, kita kemukakan kata-kata Paul di dalam 1 Tesalonika 4:16-
18 yang meramalkan kemunculan kedua Jesus. Paul berkata:
“Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah
dibunyikan, lalu Tuhan (Jesus) sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya pada
Kristus dan telah meninggal dunia akan dihidupkan dahulu. Kemudian kita yang masih hidup
pada masa itu akan diangkat bersama-sama mereka ke awan untuk bertemu Tuhan di angkasa.
Lalu kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya.”
Dalam ramalan ini, Paul memberitahu pengikut-pengikutnya bahawa Jesus akan turun dari
langit pada bila-bila masa sahaja. Paul dan pengikut-pengikutnya akan diangkat ke awan dan
bertemu Jesus di angkasa. Dia memberitahu mereka yang hal ini akan berlaku semasa mereka
masih hidup dan bernafas. Adakah ini telah terjadi? Tidak!
Ini adalah ramalan palsu. Dua ribu tahun telah berlalu dan bukan sahaja beliau dan pengikut-
pengikutnya telah berlalu, tetapi juga telah banyak generasi pengikut-pengikutnya yang telah
berlalu, dan kita masih menunggu ramalan ini menjadi kenyataan.
162
Mari kita kaji ciri kedua. Kita perlu sedar bahawa Paul dan gerejanya yang memberitahu kita
mengenai mukjizat-mukjizat yang kononnya telah dilakukannya, tetapi kita terima sahaja apa
yang dikatakan. Di dalam Kisah Rasul-rasul 27, Paul dikatakan telah diselamatkan daripada
kapal yang sedang karam oleh malaikat. Dalam Kisah Rasul-rasul 28, Paul dikatakan telah
menyembuhkan ramai disentri. Contoh-contoh penyembuhan yang lain terdapat di dalam Kisah
Rasul-rasul 19.
Ramai dikatakan mempercayai beliau disebabkan mukjizat-mukjizatnya. Seperti yang telah kita
lihat, ajaran Paul mengambil masa lebih kurang tiga abad untuk diterima oleh mereka yang
berilmu dan untuk menyelewengkan mereka daripada ajaran asal Jesus, daripada ajaran asal
yang mematuhi undang-undang Musa dan daripada amalan mematuhi undang-undang ini di
saumaah dan Rumah Tuhan seperti yang diamalkan oleh hawari-hawari yang pertama (Kisah
Rasul-rasul 2:46).
“etapi sekarang dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilanNya. Dengan cara itu
Allah menunjukkan yang Dia adil, dan bahawa dia menyatakan semua orang yang percaya
kepada Jesus sebagai orang yang telah berbaik semula dengan Allah. Oleh itu kita tidak
mempunyai apa pun yang dapat kita banggakan! Mengapa demikian? Adakah kerana kita
mentaati Taurat? Tidak, tetapi kerana kita percaya. Kesimpulannya begini: seseorang berbaik
semula dengan Allah, kerana dia percaya kepada Jesus Kristus, dan bukan kerana dia
melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat.”
Rom 3:26-28
Dengan itu Paul telah berjaya menghapuskan undang-undang Musa. Beliau telah memansuhkan
langsung undang-undang Tuhan yang dipegang oleh Musa dan Jesus serta dipatuhi oleh
pengikut-pengikut mereka sehingga akhir zaman (lihat Ula. 6:17-18, Ula. 11:1, Mat. 15:1-15,
Mat. 5:17-20, Mat. 19:16-21 dll.).
Sesungguhnya Yesaya 42:21 mengemukakan ramalan di mana nabi yang akan tiba
mengukuhkan undang-undang Musa, bukan memansuhkannya. Dalam kata lain, Tuhan
berfirman:
“Janganlah kamu menambahi apa yang kuperintahkan kepadamu dan janganlah kamu
menguranginya, dengan demikian kau berpegang kepada perintah Tuhan, Allahmu, yang
kusampaikan kepadamu.”
Ulangan 4:2
“Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekali pun di dalam
Taurat, tidak akan dihapuskan jika semua belum berlaku. Oleh itu, sesiapa melanggar hukum
yang paling tidak penting sekali pun, serta mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu
akan menjadi yang paling tidak penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah.
Sebaliknya, sesiapa mentaati Taurat dan mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan
menjadi penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah.”
Matius 5:18-19
163
Tetapi Paul muncul dan berkata:
“Kristus telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat.”
Galatia 3:13
dan, “Kesimpulannya begini: seseorang berbaik semula dengan Allah, kerana dia percaya
kepada Jesus Kristus, dan bukan kerana dia melakukan apa yang diwajibkan oleh Taurat”
Rom 3:28
“Hal itu berlaku bagi semua orang kerana tidak ada perbezaan di antara orang Yahudi dan
orang Greek. Allah yang satu itu Tuhan semua orang. Dia melimpahkan berkatnya kepada
semua orang yang meminta pertolonganNya. Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan
diselamatkan.”
Rom 10:12-13
Ciri kelima memerlukan Paul meramalkan sesuatu atas nama Jesus. Dan sekali lagi, Paul
berkata:
“Aku tidak menerima berita itu daripada manusia. Tidak seorang pun mengajarkannya
kepadaku. Jesus Kristus sendirilah yang menyatakan berita baik itu kepadaku.”
Galatia 1:12
Maka menurut Paul, semua yang diajarkannya adalah ilham yang datang terus daripada Jesus.
Ciri keenam memerlukan Paul menghalau syaitan dan melakukan perkara-perkara yang ajaib.
Beliau mendakwa telah melakukannya di dalam Kisah Rasul-rasul 19:11-12.
Ini adalah fakta yang diulang dengan bangganya oleh Paul beberapa kali. Jawapan Jesus (a.s.)
adalah:
“Alangkah malangnya bagi kamu, guru Taurat dan Farisi! Kamu munafik! Kamu menyeberangi
lautan dan menjelajah daratan untuk menjadikan seorang memeluk agama kamu. Tetapi
setelah kamu berjaya, kamu menjadikan dia layak menerima hukuman di neraka yang dua kali
banyaknya seperti kamu sendiri!”
164
Matius 23:15
“Sedang beberapa ribu orang berasak-asak sehingga kaki mereka saling terpijak, mula-mula
Jesus berkata kepada para pengikutnya, “Berhati-hatilah dengan ragi golongan Farisi,
maksudku kemunafikan mereka. Apa yang tersembunyi akan dinyatakan dan tiap-tiap rahsia
akan didedahkan. Apa yang kamu ucapkan pada waktu malam akan terdengar pada siang hari
dan apa yang kamu bisikkan di telinga orang di dalam bilik yang tertutup akan diumumkan dari
atas rumah””
Lukas 12:1-3
Jesus telah melabel golongan Farisi sebagai suka berpura-pura dan anak-anak neraka, dan
seperti mana yang beliau ramalkan, sesungguhnya Tuhan telah mendedahkan paya yang mereka
cuba sembunyikan dengan menurunkan Qur’an kepada kita.
Selanjutnya, seperti yang kita tahu, sesungguhnya Jesus tidak mengenali Paul. Malahan, Paul
hanya tahu sedikit sahaja mengenai Jesus sehinggakan beliau hanya memetik kata-kata Jesus
sekali sahaja sepanjang tempoh beliau berdakwah (1 Korintus 11:26). Hanya beberapa daripada
ajaran-ajaran sebenar Jesus yang disebut di dalam Surat-surat Paul, dan ini pun tidak
disandarkan kepada Jesus. Kebanyakan daripadanya adalah syarahan-syarahan yang diketahui
ramai yang berkisar di dalam masyarakat tersebut dan akhirnya dimasukkan ke dalam Suratnya.
Sesungguhnya, Danial 7:25 mengatakan bahawa Penyelamat palsu yang terbesar adalah:
“Dia akan mengucapkan perkataan yang menentang Yang Maha Tinggi, dan akan menganiaya
orang-orang kudus milik Yang Maha Tinggi; dia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum,
dan mereka akan diserahkan ke dalam tangannya selama satu masa dan dua masa dan
setengah masa.”
Walaupun Paul bukan Penyelamat Terakhir yang palsu, dan walaupun umat Islam tidak akan
cuba mendakwa demikian, adalah menarik untuk dilihat bahawa beliau menunjukkan banyak
tanda-tanda buruk seorang nabi palsu. Contohnya, Penyelamat Palsu ITU akan menukarkan
masa dan hukum – seperti mana Paul telah memansuhkan hukum. Penyelamat Palsu itu akan
menentang hukum Tuhan – itulah yang Paul telah lakukan. Contohnya, Bible berkata:
“Taurat TUHAN itu sempurna, menyegarkan jiwa. Perintah TUHAN dapat dipercayai,
memberikan kebijaksanaan kepada yang memerlukannya.”
Mazmur 19:7-8
Dan, “Haruslah engkau mengasihi TUHAN, Allahmu, dan melakukan dengan setia
kewajipanmu terhadapNya dengan sentiasa berpegang pada segala ketetapanNya,
peraturanNya dan perintahNya.”
Ulangan 11:1
Dan, “Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekali pun di
dalam Taurat, tidak akan dihapuskan jika semua belum berlaku. Oleh itu, sesiapa melanggar
hukum yang paling tidak penting sekali pun, serta mengajar orang lain berbuat demikian,
orang itu akan menjadi yang paling tidak penting antara orang yang menikmati Pemerintahan
165
Allah. Sebaliknya, sesiapa mentaati Taurat dan mengajar orang lain berbuat demikian, orang
itu akan menjadi penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah.”
Matius 5:18-19
Sebaliknya, di dalam Rom 7:6, Paul mengatakan bahawa undang-undang telah mati.
Selanjutnya, di dalam Galatia 3:13, beliau berkata bahawa undang-undang adalah satu
sumpahan; beliau mendakwa bahawa sesiapa yang mematuhi undang-undang Tuhan adalah
disumpah. Dan di dalam Ibrani 8:13, beliau mendakwa bahawa perjanjian Tuhan adalah tua,
reput, dan hampir lupus.
Seperti yang dapat kita lihat di atas, Tuhan dan Jesus mengutuk Paul dan ajaran-ajarannya tanpa
sebarang tolak-ansur. Mereka sendiri menjadi saksi terhadapnya dan bida’ahnya yang mereka
tolak dan yang akan dihadapkan sebagai saksi menentangnya pada Hari Pengadilan. Siapakah
juri yang lebih baik dan adil yang boleh kita tampilkan terhadap Paul dan bida’ahnya terhadap
Jesus Kristus dan Tuhan?
“Jesus berkata kepada mereka, “Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. Banyak orang
akan datang dengan namaku dan berkata, ‘Akulah dia!’. Mereka akan menipu banyak orang.”
“Hai anak manusia, bernubuatlah melawan nabi-nabi Israel, bernubuatlah dan katakanlah
kepada mereka yang bernubuat sesuka hatinya saja: Dengarlah firman TUHAN! Beginilah
firman Tuhan ALLAH: Celakalah nabi-nabi yang bebal yang mengikuti bisikan hatinya sendiri
dan yang tidak melihat sesuatu penglihatan. Seperti anjing hutan di tengah-tengah reruntuhan,
begitulah nabi-nabimu, hai Israel! Kamu tidak mempertahankan lubang-lubang pada
tembokmu dan tidak mendirikan tembok sekeliling rumah Israel, supaya mereka dapat tetap
berdiri di dalam peperangan pada hari TUHAN. Penglihatan mereka menipu dan tenungan
mereka adalah bohong; mereka berkata: Demikianlah firman TUHAN, padahal TUHAN tidak
mengutus mereka, dan mereka menanti firman itu digenapiNya. Bukankah penglihatan tipuan
yang kamu lihat dan tenungan bohong yang kamu katakan, kalau kamu berkata: Demikianlah
firman TUHAN, padalah Aku tidak berbicara? Sebab itu, beginilah firman Tuhan ALLAH, oleh
kerana kamu mengatakan kata-kata dusta dan melihat perkara-perkara bohong, maka Aku
akan menjadi lawanmu, demikianlah firman Tuhan ALLAH. Aku akan mengacung tanganKu
melawan nabi-nabi yang melihat perkara-perkara yang menipu dan yang mengucapkan
tenungan-tenungan bohong mereka tidak termasuk perkumpulan umatKu dan tidak akan
tercatat dalam daftar kaum Israel, dan tidak akan masuk lagi di tanah Israel; dan kamu akan
mengetahui bahawa Akulah Tuhan ALLAH.”
Ezekiel 13:2-9
“Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi namaKu perkataan yang
tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu
harus mati.”
Ulangan 18:20
Bagaimanakah Paul meninggal dunia? Menurut kisah yang popular, beliau ditahan di Jerusalam
dan kemudiannya dibawa ke Rom, di mana beliau dihukum bunuh pada 22 Februari, 62M.
166
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah atau yang
berkata: “Telah diwahyukan kepada saya”, padahal tidak ada diwahyukan sesuatu pun
kepadanya, dan orang yang berkata: “Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan
Allah”. Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim
(berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan
tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan
seksaan yang sangat menghinakan kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan)
yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.”
Ramai pendakwah-pendakwah Kristian yang mengikuti teologi Paul amat ingin menyelamatkan
jiran-jiran mereka. Begitu sekali keinginan mereka sehingga mereka tidak dapat memahami
bagaimana jiran-jiran mereka tidak dapat melihat kasih Tuhan yang jelas dan mutlak terhadap
mereka sehinggakan Dia mengorbankan satu-satu anakNya kerana mereka. Untuk menjelaskan
perkara ini kepada jiran-jiran mereka, mereka membuat berbagai perbandingan.
Sebagai contoh, seorang pemuda Kristian dari Kanada pernah menghantar sebuah pamflet
sepanjang enam muka surat ke pusat Islam kami bertajuk “God, Our Heavenly Father“, dengan
tujuan mahu menunjukkan kasih Tuhan terhadap kita. Usahanya amat dihargai dan pesanannya
diterima baik. Malangnya, pamflet tersebut menimbulkan lebih banyak kekeliruan, bukannya
membuktikan hujah beliau.
Pamflet tersebut mengandungi cerita fiksyen pendek mengenai seorang Arab bernama “Akbar”
yang baik akhlak dan budi pekertinya. Pada suatu hari, anaknya melakukan suatu jenayah yang
serius yang boleh dijatuhkan hukuman berat. Pihak berkuasa menjumpai bukti yang berkaitan
jenayah tersebut di rumahnya.
Apabila pihak berkuasa tiba, si ayah mengaku bahawa beliau telah melakukan jenayah tersebut
untuk menyelamatkan anaknya. Pamflet tersebut membuat kesimpulan bahawa seperti mana
kasih ayah tersebut kepada anaknya mendorong beliau mengorbankan dirinya, begitu juga kasih
Tuhan Yang Maha Berkusa mendorongNya mengorbankan Jesus (a.s.).
Pada penghujung cerita tersebut kami menjangkakan contoh di mana Tuhan Yang Maha
Berkuasa, “Bapa”, mengorbankan diriNya supaya Jesus, “Anak”, tidak perlu mati, seperti mana
Akhbar mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan anaknya. Kami menghargai cerita yang
disampaikan, tetapi kami tidak nampak kesamaan di antara keduanya.
Seorang yang baik dan jujur mungkin rela mengorbankan dirinya untuk kebaikan orang yang
disayanginya. Contohnya, apabila seorang ibu melihat anaknya mungkin dilanggar kereta,
kemungkinan besar beliau akan meluru ke hadapan kereta tersebut untuk menyelamatkan
anaknya. Jika beliau membesarkan anak jirannya dan amat menyayangi anak tersebut, mungkin
beliau juga sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan anak jirannya.
Beliau mungkin sanggup meluru ke hadapan kereta tersebut untuk menyelamatkan anak
jirannya. Bagaimanapun, pernahkah anda mendengar cerita mengenai seorang ibu yang apabila
melihat sebuah kereta hampir melanggar anak jirannya, menolak ANAKNYA di hadapan kereta
tersebut untuk menyelamatkan anak jirannya?
Seperti mana yang dikatakan oleh Bible, “Pertimbangkanlah semuanya; ikutlah yang baik” 1
Tesalonika 5:21. “Inilah perintah yang paling utama…, Kasihilah Tuhan Allah… dengan
seluruh akal” Markus 12:30.
167
Saya amat ingin mengemukakan banyak lagi bukti-bukti yang menyokong hal-hal ini, tetapi
dengan izin Tuhan, beberapa contoh ini telah mencukupi. Untuk perbincangan sejarah yang
lebih terperinci mengenai isu-isu di atas yang dikumpulkan daripada hasil tulisan-tulisan gereja
sendiri, saya mensyorkan buku-buku berikut:
Jika anda menghadapi kesukaran mendapatkan buku-buku tersebut, ia boleh diperolehi dari
salah satu alamat-alamat yang disenaraikan di hujung buku ini.
Bagi sebuah kitab yang dikatakan mengandungi 100% firman Tuhan, bilangan percanggahan di
dalamnya amat menghairankan (lihat Bab 2). Hal ini memang disedari dan didokumenkan oleh
sarjana-sarjana Kristian konservatif sejak lama dahulu. Orang awam yang tidak tahu akan hal
ini. Maklumat tersebut ada bagi sesiapa yang ingin mencarinya. Ketidaktekalan sejarah dan
penulisan yang bercanggah diakui pada abad ini dan banyak buku telah ditulis mengenainya.
Bagaimanapun, kajian-kajian mereka biasanya mengandungi satu kekurangan.
Umum biasanya percaya bahawa tiada jalan untuk mendapatkan semula ajaran-ajaran asal Jesus
(a.s.) selepas revisi yang berterusan dan meluas ke atas teks Bible oleh Gereja selama berabad-
abad, serta tindakan Gereja Paulin memusnahkan semua gospel yang bertentangan dengan
kepercayaan mereka. Namun bila mana akal manusia gagal, Tuhan telah campur tangan. Qur’an
telah diturunkan oleh Tuhan yang sama yang telah menurunkan Gospel yang asal kepada Jesus
(a.s.). Ia mengandungi ajaran-ajaran Tuhan yang asal yang tidak berubah. Saya menjemput
semua pembaca untuk mengkaji Qur’an sebagaimana saya telah mengkaji Bible, dan membuat
keputusan sendiri sama ada dakwaan-dakwaan saya berasas.
Dalam analisa sejarah di atas, kita dapati bahawa pada tahun 325M, gereja Trinitari telah
mengemukakan doktrin homoousious yang bermakna: “SETARA, SAMA ABADI, DAN
SAMA PENTING” orang kedua di dalam triniti bersama bapa. Doktrin ini dikenali sebagai
Creed of Nicea.
Seterusnya, mereka juga telah memperkenalkan doktrin “iman buta”. Ini adalah kerana mereka
yang membangunkan doktrin “Triniti” tidak dapat menakrifkannya menggunakan Bible dengan
cara yang tidak dapat disanggah oleh penganut-penganut Kristian Unitari. Pada mulanya
mereka cuba mempertahankan “Triniti” menggunakan logik dan Bible. Ini berterusan untuk
beberapa lama sehingga akhirnya gereja Trinitari menyerah kalah kerana tidak dapat
membuktikan dakwaan mereka menggunakan Bible. Maka mereka mendesak orang ramai
supaya beriman buta.
Sesiapa yang tidak berbuat demikian dan berani mempersoalkan mereka dilabel sebagai
golongan yang sesat dan dibunuh atau diseksa. Berikut adalah beberapa contoh ayat-ayat di
dalam Bible yang menyanggah takrifan mereka.
Setara
168
“…Bapa lebih besar daripada aku”
Yohanes 14:28
Jelas sekali bahawa jika Tuhan lebih besar daripada Jesus (a.s.), maka mereka tidak setara. Kita
juga dapati:
“Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-
malaikat di syurga atau pun Anak; hanya Bapa yang tahu.”
Markus 13:32
Jika Jesus dan Tuhan setara, maka mereka mestilah setara dalam ilmu pengetahuan mereka.
Tetapi seperti yang kita lihat, ilmu pengetahuan Tuhan jauh melebihi Jesus (a.s.).
Lukas 2:52
dan “Tetapi meskipun Jesus Anak Allah, dia belajar menjadi taat melalui penderitaannya.”
Ibrani 5:8
Jika Tuhan dan Jesus setara antara satu sama lain, maka adakah Tuhan juga perlu “bertambah
besar dan bijaksana“? Adakah Tuhan juga perlu belajar untuk patuh? Siapa yang Dia patuhi?
Sudut lain intipatiNya?
Abadi
Tuhan dikatakan telah “menzuriatkan” Jesus (a.s.). Jesus (a.s.) didakwa adalah “Anak” Tuhan.
“Menzuriatkan” adalah kata kerja yang menunjukkan berlakunya perbuatan. Tidak kira
bagaimana anda menakrifkan apa yang Tuhan lakukan untuk “menzuriatkan” Jesus (a.s.),
takrifan tersebut memerlukan Tuhan Yang Maha Berkuasa melakukan sesuatu dan baharulah
Jesus (a.s.) wujud. Sebelum Tuhan melakukannya, Jesus tidak wujud. Selepas Tuhan
melakukannya, Jesus wujud. Oleh yang demikian, bukan sahaja Jesus (a.s.) tidak abadi kerana
terdapat jangka masa (sebelum “penzuriatan”) di mana beliau tidak wujud, tetapi beliau juga
tidak mungkin sama-abadi dengan Tuhan kerana Tuhan telah wujud semasa Jesus belum wujud.
Ini adalah logik yang mudah.
Sama Penting
Baca semula ulasan saya mengenai kesetaraan dan sama-abadi. Seterusnya, ingatkah bahawa
Jesus didakwa telah mati (Markus 15:37, Yohanes 19:30)? Jika Tuhan dan Jesus adalah satu
sifat, maka Tuhan juga telah mati. Maka siapakah yang mentadbir alam? Selanjutnya, ingatlah
bahawa:
“Lalu Jesus berseru dengan lantang, “Ya Bapa, aku serahkan diriku ke dalam tanganmu!”.
Setelah berkata demikian, dia pun meninggal.”
Lukas 23:46
169
Jika Jesus dan Tuhan adalah “satu sifat” maka Jesus tidak perlu menghantar rohnya kepada
Tuhan kerana ia adalah juga roh Tuhan, yang juga adalah Jesus. Ingat:
“Jesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh,
jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaku! Tetapi janganlah turut kehendakku melainkan
kehendak Bapa sahaja”.”
Matius 26:39
Dan, “Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri. Aku menghakimi orang
menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu aku adil kerana aku tidak menurut
kehendak aku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus aku”
Yohanes 5:30
“Sekali lagi Jesus pergi dan berdoa, “Ya Bapa, jika cawan penderitaan ini tidak dapat
dijauhkan daripadaku, tetapi harus aku minum, biarlah kehendak Bapa berlaku””
Matius 26:42
Kedua-dua ayat ini memberitahu kita bahawa Jesus dan Tuhan mempunyai kehendak yang
berbeza dan kehendak Jesus tunduk kepada kehendak Tuhan. Jika Jesus dan Tuhan adalah satu
sifat, maka SATU sifat ini mestilah mempunyai hanya SATU kehendak.
“Setelah Jesus berkata-kata dengan mereka, dia diangkat ke syurga lalu duduk di sebelah
kanan Allah.”
Markus 16:19
“Tetapi setelah segala sesuatu ditaklukkan di bawah pemerintahannya, maka dia sendiri
sebagai Anak akan meletakkan dirinya di bawah kekuasaan Allah, yang menyerahkan segala-
galanya kepadanya. Demikianlah pada akhirnya Allah sendiri yang akan memerintah
semuanya.”
1 Korintus 15:28
Jika Jesus dan Tuhan adalah “satu sifat”, maka bagaimanakah satu sifat ditundukkan kepada
dirinya? Selanjutnya, ingat:
“Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang, “Eli, Eli, lama sabachthani?”,
yang bermaksud, Ya Allahku, ya Allahku, mengapa kau tinggalkan aku?”.”
Matius 27:46
Jika Jesus dan Tuhan adalah satu sifat, maka bagaimanakah SATU sifat meninggalkan dirinya?
Mengapa SATU sifat perlu berdoa kepada dirinya?
“Oleh itu ketahuilah, orang yang berbuat dosa atau pun mengatakan kata-kata kufur akan
diampuni. Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Allah tidak akan diampuni! Sesiapa yang
dengan kata-katanya menentang Anak Manusia dapat diampuni, tetapi sesiapa yang menentang
Roh Allah tidak dapat diampuni, baik sekarang mahu pun di akhirat.”
Matius 12:31-32
Jika Tuhan, Jesus dan Roh Suci adalah “sifat yang sama”, maka mengapakah kekufuran
terhadap Jesus boleh diampunkan sedangkan kekufuran terhadap Roh Suci tidak boleh
diampunkan?
Malah menjelaskan “Triniti” sebagai “misteri” juga tidak dapat diterima akal. Dalam 1 Korintus
14:33 kita dapati “Allah adalah Allah yang suka kepada ketertiban, bukan kepada kekeliruan“.
Maka kekeliruan bukanlah sifatNya.
Kalau pun kita memilih untuk mengabaikan ayat-ayat di atas, kita masih dapati bahawa kita
tidak dapat menerimanya sebagai “misteri”. Contohnya, gereja akan berkata bahawa kita tidak
perlu tahu bagaimana enjin bekerja untuk memandu kereta. Bagaimanapun, hujah ini cacat
kerana saya boleh berusaha untuk belajar mekanik automatif dan faham perincian konsep-
konsepnya.
Sebaliknya, dalam kes Triniti, tiada Trinitari yang mengaku mereka dapat “memahami”nya
sepenuhnya atau dapat menjelaskannya dalam konteks ayat-ayat Bible, yang mana beberapa
ayat-ayat tersebut telah disebutkan di atas. Mereka hanya akan mengatakan ianya adalah suatu
“misteri” dan meminta kita untuk “beriman” meskipun tidak ditemui di mana-mana pun di
dalam Bible yang Tuhan sendiri mengatakan dengan jelas, “Aku adalah triniti, jangan cuba
memahaminya. Berimanlah sahaja.“.
Jika ada ayat demikian, maka sekurang-kurangnya kita boleh katakan bahawa arahan tersebut
datangnya daripada Tuhan (dan bukannya Gereja) dan bahawa dengan berbuat demikian kita
mematuhi perintah Tuhan.
INILAH sebabnya kita diminta beriman buta, dan INILAH sebabnya dua belas juta penganut
Kristian dihukum mati oleh gereja sebagai golongan yang sesat di dalam “Pasitan” Gereja
(“Apology for Muhammad and the Qur’an“, John Davenport).
1.2.9 Kesimpulan
1. “Triniti” tidak disebut di dalam Bible oleh Tuhan, Jesus, Paul, atau sesiapa sahaja.
Gereja Paul (Roman Katolik) mengemukakannya pada sekitar abad keempat Masihi dan
171
ayat-ayat telah “ditambah” ke dalam Bible untuk mengesahkan konsep ini (contohnya 1
Yohanes 5:7 yang telah dibuang oleh Bible-bible baru). Jesus, Matius, Yohanes, Lukas,
Markus dan semua hawari, termasuk Paul, tidak tahu-menahu mengenai “Triniti”.
Sarjana-sarjana Kristian yang unggul (termasuk golongan Roman Katolik) hari ini
mengakuinya sebagai satu hakikat di dalam buku-buku mereka yang paling penting dan
rujukan-rujukan yang diluluskan. Kita telah lihat bagaimana Bible tidak mengandungi
satu ayat pun yang mengesahkan “Triniti” dan satu-satunya sebab kenapa penganut-
penganut Kristian mempercayainya adalah kerana Gereja telah memainkan peranan
“menjelaskan” dan “menerangkan” Bible untuk mereka.
7. Fakta sejarah menunjukkan bahawa ajaran Jesus (a.s.) dikhususkan untuk bangsa
Yahudi sahaja. Ia berubah daripada bentuk asalnya hanya setelah ia disebarkan kepada
172
mereka yang bukan kumpulan sasarannya, iaitu bangsa bukan Yahudi yang menyembah
berhala.
8. Paul adalah pengarang kebanyakan daripada buku-buku Perjanjian Baru. Yang
selebihnya direka oleh pengikut-pengikutnya dan tidak ditulis oleh hawari-hawari Jesus
(a.s.). Bukti yang menyokong dakwaan ini amat banyak di dalam buku-buku tersebut
sendiri. Ajaran Paul di dalam Bible bertentangan sama sekali dengan ajaran Jesus dan
ini termasuklah percanggahan yang jelas walaupun mengenai hal-hal dasar seperti kisah
Paul menganut agama Kristian dan penerimaannya oleh para hawari.
9. Ramai sarjana-sarjana Biblikal sendiri yang mengakui bahawa adalah menjadi amalan
biasa pada masa tersebut untuk menambah dan membuang ayat-ayat di dalam Bible dan
mendakwa bahawa ayat-ayat tersebut adalah kata-kata Jesus (a.s.), firman Tuhan Yang
Maha Berkuasa, dan orang lain tanpa sebarang pengecualian. Mereka mengakui secara
terbuka bahawa kata-kata di dalam Bible tidak diucapkan oleh mereka yang dikatakan
telah mengucapkannya. Kebanyakan daripada kata-kata ini adalah hasil kerja
pengarang-pengarang dan “tanggapan” mereka mengenai apa yang mungkin dikatakan
oleh watak-watak Biblikal.
10. Semua ini didedahkan oleh Tuhan di dalam Qur’an lebih 1400 tahun lalu. Ia telah
disahkan secara bebas oleh Barat dalam abad ini.
11. Semua ini, termasuk ramalan mengenai Muhammad (s.a.w.) di dalam Bible (lihat Bab 6)
dan bukti-bukti pengubahsuaian ke atas Bible mengesahkan dakwaan Qur’an bahawa
manusia telah merubah kitab-kitab Tuhan dengan sewenang-wenangnya, dan oleh itu,
Tuhan perlu mengutuskan ajaranNya yang terakhir, iaitu ajaran Islam, untuk
mengembalikan ajaran asalNya yang telah diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu,
termasuklah nabi Jesus (a.s.).
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang diturunkan Allah”.
Mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami
dapati bapa-bapa kami mengerjakannya”. Dan apakah mereka (akan mengikuti
bapa-bapa mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam seksa api
yang menyala-nyala.”
“Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang lelaki (budak) yang dimiliki oleh
beberapa orang yang berserikat dalam perselisihan dan seorang budak yang
menjadi milik penuh seorang lelaki (sahaja). Adakah kedua-dua budak itu sama
halnya? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).
Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di
hadapan Tuhanmu. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang
membuat dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran ketika datang
kepadanya? Bukankah di neraka Jahannam tersedia tempat tinggal bagi orang-
orang yang kafir? Dan orang yang membawa kebenaran dan membenarkannya,
mereka itulah orang-orang yang bertakwa. Mereka memperoleh apa yang
mereka kehendaki pada sisi Tuhan mereka. Demikianlah balasan orang-orang
yang berbuat baik, agar Allah menutupi (mengampuni) bagi mereka perbuatan
yang paling buruk yang mereka kerjakan dan membalas mereka dengan upah
173
yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. Bukankah Allah
cukup untuk melindungi hamba-hambaNya. Dan mereka mempertakuti kamu
dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah? Dan siapa yang disesatkan
Allah maka tiada seorang pun pemberi petunjuk baginya.”
Notakaki
1. Penterjemah: Kenyataan ini dibuat oleh pengarang buku ini dalam konteks istilah yang
digunakan dalam Bahasa Inggeris. Bible Bahasa Melayu menggunakan juga nama
“Allah” untuk merujuk kepada Tuhan.
2. Penterjemah: Dalam Bible Bahasa Inggeris, perkataan yang diterjemahkan di sini
sebagai Tuhan adalah ‘Lord‘. Perkataan ini boleh diterjemahkan sebagai ‘Tuan’ atau
‘Tuhan’. Di dalam Bible Bahasa Melayu, perkataan ‘Lord’ diterjemahkan sebagai
‘Tuhan’ apabila merujuk kepada Jesus dan sebagai ‘Tuan’ apabila merujuk kepada
orang lain.
3. Kepercayaan mazhab-mazhab Kristian pada tiga abad Masihi yang pertama (dan lama
selepasnya) adalah berbeza dan berbagai-bagai. Mazhab yang berpegang kepada
kepercayaan ini dikenali sebagai “Barbaraniyya”, “Reemitieen” atau “Maryania”. Ayat
Qur’an ini merujuk kepada mazhab ini.
4. Penterjemah: Perkataan yang diterjemahkan sebagai sifat di sini adalah perkataan
Bahasa Inggeris “substance“.
5. Penterjemah: Unitari adalah golongan yang percaya akan keesaan Tuhan.
6. Penterjemah: Trinitari adalah golongan yang percayakan doktrin Triniti.
7. Lihat bahagian 2.1.12.
8. Penterjemah: versi Bahasa Inggeris ialah “the god of this world (the Devil) hath blinded
the minds of them which believe not“. Menggunakan sistem penterjemahan yang
dibincangkan oleh pengarang, ayat ini sepatutnya berbunyi “tuhan yang menguasai
dunia (Iblis) telah menutup fikiran mereka yang tidak beriman“.
9. Penterjemah: Dalam Bahasa Inggeris, kata sandang ‘a‘ merujuk kepada sesuatu objek
secara umum manakala kata sandang ‘the‘ merujuk kepada objek yang spesifik.
10. Penterjemah: bermaksud “Moga berjaya”.
11. Penterjemah: bermaksud “kelakar, periang”
12. Ini berlaku pada Bahasa Ibrani.
13. Mercury adalah tuhan mitos Rom yang merupakan pesuruh tuhan-tuhan lain. Beliau
sendiri adalah tuhan perdagangan, pengembaraan dan kecurian.
14. Rujuk nota kaki (2).
15. Penterjemah: kata sandang ‘the‘ dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada suatu objek
yang spesifik. Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan yang setara dengan perkataan ini.
16. Penterjemah: Saya pernah mendengar satu analogi lain yang menolak analogi “ais air
dan wap” ini. Andaikan terdapat secawan air. Jika air ini disejukkan ke tahap 0oC, maka
air tadi akan bertukar menjadi ais. Jika kita biarkan suhu meningkat ke tahap suhu bilik,
katakan 30oC, maka ais tadi akan bertukar menjadi air semula. Jika kita panaskan air
tersebut ke 100oC, maka air tadi akan bertukar menjadi wap. Dengan kata lain, hanya
satu keadaan yang wujud pada satu-satu masa. Air tidak boleh menjadi ais dan wap pada
174
masa yang sama. Jika kita mahu menerima bahawa ini adalah sifat “Triniti”, maka
bermakna bahawa bila Tuhan Bapa wujud, Anak tidak wujud dan Roh Suci tidak wujud.
Jika Anak wujud, maka Tuhan Bapa dan Roh Suci tidak wujud, dan seterusnya.
17. Penterjemah :saumaah adalah rumah ibadat orang Yahudi.
18. Penterjemah: rabai (rabbi) adalah ketua agama orang Yahudi.
19. Penterjemah: Yang diterjemahkan sebagai “Tuan-ku” di sini adalah “My Lord“. Seperti
yang saya nyatakan di permulaan bab ini, perkataan “Lord” boleh diterjemahkan sebagai
“Tuan” atau “Tuhan”.
20. Dalam Matius 6:18, kita diberitahu bahawa Jesus memberi gelaran “Batu Yang Kuat”
kepada Petrus dan melantiknya sebagai ketua gereja.
21. Penterjemah: Perkataan “my Lord” dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai “tuan-
ku” apabila merujuk kepada orang lain selain Jesus, tetapi diterjemahkan sebagai
“Tuhanku” apabila merujuk kepada Jesus. Mengapa agaknya? Sila rujuk nota kaki 2.
22. Muhammad (s.a.w.) dilahirkan dengan tanda “penutup kenabian” di antara dua bahunya
yang dicari oleh beberapa “ahli kitab”, seperti seorang rahib bernama Bahira, dan
seorang Kristian bernama Salman al-Farisi. Tanda ini dikatakan kelihatan seperti
“butang sebuah khemah kecil”.
23. Penterjemah: terjemahannya secara harfiah adalah “Anda adalah seorang malaikat dan
putera raja”. Maksud sebenar ungkapan ini adalah untuk memuji seseorang yang berhati
mulia.
24. Penterjemah: orang Yahudi diwajibkan mematuhi Sabat, di mana mereka tidak
dibenarkan bekerja pada hari Sabtu. Hari Sabtu dikhususkan untuk beribadat.
25. Penterjemah: Versi Bahasa Inggeris berbunyi: “And as Moses lifted up the serpent in the
wilderness, even so must the Son of man be lifted up: That whosoever believeth in him
should not perish, but have eternal life..“. Perkataan “lifted up” yang bermaksud
“diangkat” diterjemahkan sebagai “ditinggalkan” dalam Bible Bahasa Melayu.
26. Rujuk nota kaki 2. Perkataan yang diterjemah sebagai ‘Tuhan’ di sini adalah perkataan
Bahasa Inggeris ‘Lord‘.
27. “Jesus Prophet of Islam“, Muhammad Ata’ Ur Rahim.
28. “Deschner, Abermals krahte der Hahn“, Stutgart 1962, m.s. 373-401.
29. Pada muka surat 759 “Oxford Companion to the Bible” kita dapati: “dalam satu
perbahasan, penentang [Tyndale] berhujah bahawa penganut Kristian akan lebih
beruntung tanpa undang-undang Tuhan (iaitu kitab) berbanding dengan tanpa undang-
undang Pope… Setelah gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk menerbitkan
terjemahannya di England, Tyndale pergi ke benua Eropah… pada penghujung bulan
Februari 1526, Perjanjian Baru yang lengkap diterbitkan. Lebih kurang sebulan
kemudian, naskah tersebut mulai muncul di England… Cuthbert Tunstall, Biskop
London, telah membeli naksah-naskah tersebut dengan banyak dan membakarnya di
tempat awam. Pada masa ini beliau tinggal di Antwerp, dan terdapat banyak cubaan
untuk mengembalikannya ke England. Beliau dikhianati pada 21 Mei 1535, dan ditahan
oleh agen-agen Raja Charles V dan dibawa ke Vilvorde yang terletak enam batu di
utara Brussels, di mana beliau ditahan di dalam kubu. Pada bulan Ogos, beliau
dibicarakan dan didapati bersalah menyeleweng, dan diserahkan kepada pihak sekular
untuk dihukum. Pada 6 Oktober 1536, beliau dicekik dan dibakar di batang salib…“.
30. Ahli teologi Kristian awal berbeza pendapat mengenai hal peperangan, manakala
sebahagiannya, seperti Origen, menentang peperangan secara terang-terangan;
pengisytiharan Augustine pula menyokong kuat peperangan. Dalam satu surat kepada
Faustus, seorang berbangsa Manichaean yang telah sesat, beliau menulis: “Mengapakah
anda menentang peperangan? Sepatutnya tidak, kerana manusia akan mati juga
akhirnya“. Pendapatnya diterangkan sebagai ringkas seperti berikut: “Sebarang
penentangan terhadap undang-undang Tuhan, dan dengan itu, sebarang penentangan
ke atas doktrin Kristian adalah kesalahan yang seharusnya dikenakan hukuman yang
setimpal… ke atas pihak musuh awam tanpa mengira sama ada mereka adalah tentera
175
atau orang awam. Dengan sokongan hukum agama, wira-wira yang adil dapat
membunuh tanpa bersalah, meskipun yang dibunuh adalah mereka yang tidak bersalah
dari segi moral.” [Russel, “The Just War of the Middle Ages“, Cambridge 1975].
31. Salah satu daripada contoh Perang Salib adalah Christopher Columbus. Ketika beliau
mula-mula tiba di Amerika, beliau “menemui” penduduk tempatan India Amerika dan
mendapati mereka adalah bangsa yang baik hati, berbudi bahasa, peramah dan
menghormati tetamu. Beliau sendiri merekodkan, “Bangsa ini dan bangsa-bangsa lain
yang aku temui di pulau-pulau lain,… semuanya bertelanjang… mereka… amat lurus
dan bermurah hati dengan apa yang mereka miliki sehinggakan sukar untuk seseorang
mempercayainya jika tidak melihat sendiri. Apa saja milik mereka, jika kamu
memintanya, mereka tidak pernah membantah; sebaliknya, mereka mengajak kamu
berkongsi, dan menunjukkan rasa kasih sayang seolah-olah mereka memberikan hati
mereka…“. Disebabkan sifat-sifat ini, Columbus berpendapat bahawa penduduk
tempatan ini “seharusnya boleh menjadi orang suruhan yang baik.. dan mudah untuk
mereka menerima Kristian” kerana orang asli ini memang ditakdirkan oleh Tuhan
“untuk diletakkan di bawah perintah bangsa yang lebih bertamadun dan mulia supaya
mereka boleh mempelajari… mengamalkan akhlak yang lebih baik, budaya yang lebih
baik dan cara hidup yang lebih bertamadun.“. Seterusnya beliau telah mengumumkan
kepada penduduk tempatan dalam bahasa Sepanyol: “Saya berjanji dengan anda
bahawa dengan bantuan Tuhan, kami akan masuk ke negara anda dan akan
melancarkan peperangan ke atas anda dengan berbagai cara dan upaya kami, dan akan
membelenggu anda dengan kepatuhan terhadap Gereja dan Pemerintah. Kami akan
merampas isteri-isteri dan anak-anak anda, dan akan menjadikan mereka hamba
abdi…“.
32. Bagi golongan kaya dan berpengaruh, mencekik mereka sebelum dibakar dianggap
sebagai menunjukkan belas kasihan. Golongan lain terpaksa menanggung seksa apabila
tubuh mereka dibakar. Tidak lama kemudian, berbagai cara baru untuk hukuman bakar
telah dicipta. Ini adalah untuk memastikan kesakitan dan penderitaan yang amat sangat
sebelum kematian. Pada masa ini “Bruloir” telah dicipta. Ia adalah seperti sebuah
ketuhar yang besar di mana pesalah dikurung di dalamnya dan mereka “dipanggang”
sampai mati. Penderitaan yang mereka tanggung tidak dapat dibayangkan. Masa yang
diambil untuk “memasak” pesalah di dalam Bruloir adalah lebih lama berbanding
dengan membakar pesalah. Banyak lagi kaedah-kaedah seksaan dan hukuman yang
direka dalam tempoh beberapa abad. Di antaranya adalah roda yang digunakan untuk
mematahkan semua tulang-tulang, alat mengujut yang mematahkan leher menggunakan
kolar besi, Iron Maiden iaitu alat yang mengandungi paku-paku yang menikam tubuh
pesalah serentak, para yang digunakan untuk menarik tubuh pesalah, boot yang
digunakan untuk menghancurkan kaki pesalah dan seksaan air di mana pesalah diikat
dan dipaksa meminum air sehingga usus mereka pecah, Travail dan lain-lain lagi.
33. Penterjemah: “kosher” merujuk kepada peraturan pemakanan orang Yahudi.
Sebagaimana umat Islam hanya memakan makanan halal, orang Yahudi hanya
memakan makanan kosher.
34. Bermaksud “buku yang tersembunyi”.
35. Umat Islam tidak dibenarkan mengikuti menerima bimbingan mana-mana kitab selain
Qur’an. Mereka juga tidak dibenarkan menerima sebarang gospel sebagai 100% gospel
asli Jesus (a.s.). Bagaimanapun, gospel ini kelihatannya lebih hampir kepada ajaran asal
Jesus berbanding gospel-gospel lain. Gospel ini telah dikecam hebat oleh golongan
ortodoks dengan berbagai kecaman – daripada mendakwa ia adalah hasil kerja penganut
Islam kepada ia dihasilkan oleh penganut Kristian yang murtad. Untuk kajian terperinci
yang menunjukkan bukti bahawa gospel tersebut adalah asli dan adalah sebuah dokumen
purba, sila baca “The Dead Sea Scrolls, the Gospel of Barnabas, and the New
Testament“.
176
Bab 2: Percanggahan-percanggahan di Dalam Bible
“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan
mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini daripada Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh
keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana
apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana apa
yang mereka kerjakan.”
“Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang membenarkan kitab
yang ada pada mereka, sebahagian daripada orang-orang yang diberi kitab (Taurat)
melemparkan kitab Allah ke belakangnya, seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahawa itu
adalah kitab Allah).”
“Janganlah kamu menambahi apa yang Kuperintahkan kepadamu dan janganlah kamu
menguranginya, dengan demikian kau berpegang kepada perintah Tuhan, Allahmu, yang
kusampaikan kepadamu.”
Ulangan 4:2
Saya telah menyusun bab ini di dalam jujukan soalan dan jawapan yang mungkin ditanya oleh
sesiapa yang mencari kebenaran mengenai Tuhan. Kita mulakan.
177
2.1.1 Adakah Jesus (a.s.) sendiri menulis Bible?
Tiada seorang pun sarjana Biblikal yang berwibawa akan mengakui bahawa Bible ditulis sendiri
oleh Jesus. Mereka semuanya bersetuju bahawa Bible telah ditulis pengikut-pengikut Jesus
(a.s.) selepas pemergiannya. Maka, jika pengarang-pengarang Bible adalah selain daripada
Jesus (a.s.), adakah mereka ini dipimpin oleh Jesus atau Roh Suci semasa mencatatkan setiap
patah perkataan yang mereka tulis? Jawapannya adalah tidak. Siapa yang berkata demikian?
Kebanyakan daripada sarjana-sarjana Kristian yang berwibawa berkata demikian. Contohnya:
Dr. W. Graham Scroggie dari Moody Bible Institute, Chicago, sebuah pertubuhan dakwah
Kristian yang terkemuka berkata:
“… Ya, Bible ditulis oleh manusia, walaupun segolongan yang bersemangat menafikannya
tanpa berpandukan kepada ilmu. Buku-buku tersebut adalah dari fikiran manusia, ditulis dalam
bahasa manusia, ditulis oleh tangan manusia dan mempunyai gaya yang bercirikan manusia…”
Seorang lagi sarjana Kristian, iaitu Kenneth Cragg, yang merupakan seorang Biskop Gereja
England di Jerusalam berkata:
“… Tidak begitu dengan Perjanjian Baru… Terdapat peringkasan dan penyuntingan; terdapat
penghasilan semula dan persaksian terpilih. Gospel-gospel lahir daripada pemikiran gereja
yang berada di belakang pengarang-pengarangnya. Mereka menceritakan pengalaman dan
sejarah…”
“Tetapi sekarang, Tuan Teofilus yang terhormat, saya sendiri telah menyelidiki peristiwa itu
daripada permulaannya, maka saya rasa ada baiknya saya menulis satu laporan untuk tuan.”
Lukas 1:3
Maka siapakah pengarang buku-buku Bible? Jelas sekali Gereja tentunya mengenali mereka
dengan baik memandangkan mereka dipercayai telah menerima ilham suci dari Tuhan sendiri.
Tidak begitu? Sebenarnya tidak. Sebagai contoh, perhatikan bahawa setiap Gospel bermula
dengan, “Menurut …” seperti “Gospel Menurut Saint Matius”, “Gospel Menurut Saint
Markus”, “Gospel Menurut Saint Yohanes”.
Kesimpulan yang boleh dibuat orang awam adalah mereka ini adalah pengarang Gospel yang
disandarkan kepada mereka. Bagaimanapun, ini bukanlah halnya. Mengapa?
Sebab tidak satu pun daripada empat ribu salinan manuskrip yang wujud mengandungi
tandatangan pengarangnya. Andaian dibuat bahawa orang tertentu adalah pengarangnya.
Namun penemuan baru telah menyanggah kepercayaan ini. Malahan bukti dalaman juga
menunjukkan bahawa, Matius contohnya, tidak menulis Gospel yang disandarkan kepadanya:
178
“Jesus meninggalkan tempat itu. Ketika dia sedang berjalan, dia (Jesus) nampak seorang
pemungut cukai bernama Matius sedang duduk di tempat memungut cukai. Jesus berkata
padanya, “Ikutlah aku”. Dia (Matius) berdiri lalu mengikut Jesus.”
Matius 9:9
Adakah “Matius” telah menulis ayat di atas mengenai dirinya? Mengapakah Matius tidak
menulis begini, contohnya: “Dia (Jesus) nampak AKU, dan namaku adalah Matius. Aku sedang
duduk di tempat memungut cukai…“, dan sebagainya.
Bukti begini boleh ditemui di banyak tempat di dalam Perjanjian Baru. Memang diakui bahawa
kadang- kala seorang pengarang menulis sebagai orang ketiga, tetapi berdasarkan bukti-bukti
lain yang akan kita lihat di dalam buku ini, terlalu banyak bukti yang menentang hipotesis ini.
Pemerhatian ini tidak terhad kepada Perjanjian Baru sahaja. Terdapat bukti yang serupa bahawa
sekurang-kurangnya bahagian terakhir Ulangan tidak ditulis oleh pengarang yang dipercayai
menulisnya, iaitu nabi Musa (a.s.). Ini dapat dilihat di dalam Ulangan 34:5-10 yang berbunyi:
“Lalu MATILAH Musa… Dan dikuburkanNyalah DIA (Musa)… Musa berumur seratus dua
puluh tahun KETIKA DIA MATI… tidak ada lagi nabi seperti Musa SEJAK ITU di Israel.”
Adakah Musa menulis obituarinya sendiri? Begitu juga Joshua bercerita mengenai kematiannya
dengan terperinci dalam Joshua 24:29-31.
“Dan sesudah peristiwa-peristiwa ini, maka MATILAH Joshua bin Nun, hamba Tuhan itu…
Lalu MEREKA MENGUBURKANNYA… Orang Israel beribadah kepada Tuhan sepanjang
zaman Joshua dan sepanjang zaman para tua-tua yang hidup lebih lama daripada Joshua, dan
yang mengenal segenab perbuatan yang dilakukan Tuhan bagi orang Israel.”
Bukti sebeginilah yang telah mendorong sarjana-sarjana Biblikal untuk mengakui bahawa
kebanyakan buku-buku Bible tidak ditulis oleh pengarang yang dipercayai telah menulisnya.
Contohnya, pengarang-pengarang “Revised Standard Version of the Bible” dengan jujur
mengaku bahawa pengarang Raja-raja “Tidak Diketahui”. Tetapi, jika pengarangnya tidak
diketahui, mengapakah ia disandarkan kepada Tuhan? Bagaimanakah buku ini dikatakan telah
“diwahyukan”?
Selanjutnya, kita dapati bahawa buku Yesaya disandarkan sebagai “Kebanyakannya ditulis oleh
Yesaya. Sebahagiannya mungkin telah ditulis oleh orang lain”. Pengkhutbah: “Pengarang
diragui, tetapi biasanya disandarkan kepada Sulaiman”. Ruth: “Pengarang tidak diketahui
dengan pasti, mungkin Samuel”, dan sebagainya.
Mari kita lihat dengan lebih terperinci satu daripada buku Perjanjian Baru, iaitu “Ibrani”:
“Pengarang Buku Ibrani tidak diketahui. Martin Luther mencadangkan bahawa Apollos adalah
pengarangnya… Tertulian berkata bahawa Ibrani adalah surat yang ditulis oleh Barnabas…
Adolf Harnack dan J. Rendel Harris mengagak bahawa ia ditulis oleh Priscilla (atau Prisca).
William Ramsey mencadangkan yang ia ditulis oleh Philip. Bagaimanapun, kepercayaan yang
telah lama diterima adalah Hawari Paul telah menulis Ibrani… Eusebius percaya bahawa Paul
telah menulisnya, tetapi Origen tidak pasti bahawa Paul adalah pengarangnya.”
Daripada pengenalan “King James Bible“, versi baru dan edisi keenam yang
dikemas kini, “The Hebrew/Greek Key Study“, Red Letter Edition
179
Dan salah satu daripada buku Perjanjian Lama:
2.1.3 Adakah Bible bebas daripada kesilapan 100% dan tidak diubah suai oleh
Gereja?
Meskipun berhadapan dengan hakikat ini, adakah rekod-rekod di dalam Perjanjian Baru tulen
100% sedemikian rupa sehinggakan tiada sebarang pengubahsuaian, sama ada sengaja atau pun
tidak, telah dilakukan oleh Gereja ke atas teks PB? Oleh kerana pendapat saya dalam hal ini
mungkin berat sebelah, maka mari kita tanyakan sarjana-sarjana Kristian sendiri.
“Memang diketahui bahawa Gospel Kristian primitif disebarkan secara lisan dan penceritaan
lisan ini menyebabkan terdapat kelainan cerita dan perbuatan. Adalah juga benar bahawa
apabila rekod Kristian ditulis, ia masih lagi terdedah kepada kelainan lisan secara sengaja dan
tidak sengaja, oleh tangan-tangan juru tulis dan penyunting”
“Begitu pun, hakikatnya adalah setiap buku Perjanjian Baru, kecuali empat Surat oleh St. Paul,
adalah perkara kontroversi pada masa ini, dan sisipan berlaku walaupun di dalam empat Surat
tersebut.”
Dr Lobegott Friedrich Konstantin Von Ticshendorf, salah seorang Kristian konservatif yang
amat tegas membela Triniti dan merupakan salah seorang sarjana Gereja yang terkemuka juga
terpaksa mengakui bahawa:
“banyak ayat-ayat [Perjanjian Baru] telah melalui pengubahsuaian makna yang serius
sehinggakan amat sukar untuk kita memastikan apa yang sebenarnya telah ditulis oleh hawari-
hawari”
“Selain daripada percanggahan yang besar seperti ini, tiada satu ayat pun yang tidak
mengandungi kelainan ungkapan di dalam salinan-salinan [manuskrip purba dari mana Bible
dikumpulkan]. Tiada siapa pun yang boleh mengatakan penambahan atau pembuangan atau
pengubahsuaian ini adalah disebabkan sikap ambil mudah”
180
“Our Bible and the Ancient Manuscripts“, Dr. Frederic Kenyon,
Eyre and Spottiswoode, m.s. 3
Jehovah’s Witness di dalam majalah “AWAKE” bertarikh 8 September 1957 menerbitkan tajuk
berita berikut: “50,000 Errors in the Bible” di mana mereka berkata, “… terdapat lebih kurang
50,000 kesilapan di dalam Bible… kesilapan yang menyusup masuk ke dalam teks Bible…
50,000 kesilapan yang serius“. Bagaimanapun, selepas itu mereka berkata, “… secara
keseluruhannya, Bible adalah tepat.“.
Di sepanjang buku ini anda akan temui banyak petikan-petikan yang serupa daripada sarjana-
sarjana terkemuka dunia Kristian. Apa yang telah dikemukakan mencukupi buat masa ini.
Adakah ini bermakna semua penganut Kristian mengkhianati firman Tuhan? Tentu sekali tidak!
Seperti semua manusia, ada yang baik dan yang buruk di kalangan mereka. Di dalam Qur’an,
penganut Islam diberitahu bahawa secara keseluruhannya, penganut Kristian memiliki banyak
sifat-sifat yang baik dan terpuji. Contohnya, Qur’an berkata:
“… Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang
beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Yang
demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu terdapat pendita-pendita dan rahib-rahib,
(juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. Dan apabila mereka
mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka
mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari
kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka
catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan
kenabian Muhammad s.a.w.”
Dunia Biblikal memiliki koleksi manuskrip-manuskrip Bible purba yang besar. Salinan purba
Bible ini ditulis di tempat yang berbeza di serata dunia dan mempunyai usia yang berbeza. Kita
dimaklumkan bahawa pada masa ini, terdapat sehingga 24,000 salinan Bible purba. Manuskrip-
manuskrip inilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana untuk menghasilkan Bible moden (seperti
KJV, RSV, NIV dsb). Dalam kebanyakan kes, manuskrip yang paling tua dianggap sebagai
yang paling tepat. Bagaimanapun, ini bukanlah peraturan yang diikuti dengan ketat.
Semua versi Bible sebelum versi yang disemak semula pada tahun 1881 bergantung kepada
“salinan-salinan purba” (iaitu salinan yang berumur lima ratus atau enam ratus tahun selepas
Jesus). Mereka yang menyemak Revised Standard Version (RSV) pada tahun 1952 adalah
sarjana-sarjana biblikal pertama yang dapat melihat “salinan tertua” yang berumur lebih kurang
empat ratus tahun selepas Kristus. Adalah munasabah untuk kita membuat kesimpulan bahawa
lebih dekat sesuatu dokumen kepada sumbernya, maka lebih tulenlah dokumen tersebut. Setelah
menemui salinan “tertua” Bible, apakah yang sarjana-sarjana ini pelajari mengenai “King James
Bible” (KJV)? Di dalam pendahuluan RSV 1971, kita dapati:
181
Selanjutnya, mereka berkata:
“… kesilapan ini BEGITU BANYAK DAN SERIUS sehingga memerlukan semakan semula”
Pendahuluan Bible “The New Revised Version” yang diterbitkan oleh Oxford Press berbunyi:
“Namun Versi King James mengandungi kesilapan-kesilapan yang berat. Pada pertengahan
abad kesembilan belas, perkembangan kajian biblikal dan penemuan banyak manuskrip-
manuskrip biblikal yang lebih tua daripada yang digunakan untuk menghasilkan Versi King
James telah mendedahkan dengan jelas kesilapan-kesilapan yang banyak ini sehingga
penyemakan semula perlu dilakukan.”
Siapakah yang berkata demikian? Siapakah mereka yang mendakwa bahawa Bible yang berada
di tangan kebanyakan penganut Kristian hari ini mengandungi “banyak kesilapan yang berat”,
yang begitu “serius” sehingga memerlukan teksnya disemak semula? Kita temui jawapannya di
dalam Bible RSV yang sama. Di dalamnya, penerbitnya (Collins) pada muka surat 10
menyebut:
“Bible ini (RSV) dihasilkan oleh tiga puluh dua sarjana dengan bantuan jawatankuasa
penasihat yang mewakili lima puluh mazhab yang bekerjasama.”
Mari kita lihat pendapat dunia Kristian mengenai sarjana-sarjana ini dan hasil kerja mereka
menyemak Bible (mereka menyemaknya pada tahun 1952 dan sekali lagi pada tahun 1971):
“Versi terbaik yang dihasilkan dalam abad ini” – Akhbar “Church of England”
“Ciri-ciri versi yang disayangi digabungkan dengan terjemahan baru yang tepat.” – “vLife and
Work”
“Yang paling tepat dan hampir kepada yang asal” – “The Times”
Maka jika 32 sarjana-sarjana Kristian yang dihormati dengan disokong oleh lima puluh mazhab
Kristian yang bekerjasama melalui kajian yang teliti terhadap manuskrip-manuskrip yang baru
ditemui mendapati kesilapan-kesilapan yang berat dan serius di dalam Bible KJV, apakah
contoh-contoh “kesilapan” ini? Soalan yang bagus, mari kita lihat:
“Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman, dan Roh Suci – ketiga-tiganya merupakan satu.”
Seperti yang telah dibincangkan dengan terperinci di bahagian 1.2.2.5, ayat ini adalah yang
paling hampir dengan apa yang Gereja namakan Triniti suci. Bagaimanapun, seperti yang
dilihat di bahagian tersebut, asas kepercayaan Kristian ini telah dibuang daripada RSV oleh tiga
puluh dua sarjana Kristian yang terunggul ini dengan disokong oleh lima puluh mazhab Kristian
yang bekerjasama, berdasarkan “manuskrip-manuskrip tertua”. Namun kita dapati bahawa Al-
Qur’an tidak perlu menunggu 2000 tahun untuk mereka ini menemui hakikat ini.
Sesungguhnya, Tuhan telah mewahyukannya kepada kita hampir 1400 tahun lalu:
182
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu
mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa (Jesus) putera
Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang terjadi dengan kalimatNya) yang disampaikanNya
kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah
dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah
(daripada ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa.
Maha Suci Allah daripada mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah
kepunyaannya. Cukuplah Allah untuk menjadi Pemelihara.”
“Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak tunggalNya yang
dizuriatkan supaya setiap orang yang percaya kepada anak itu tidak binasa tetapi beroleh
hidup sejati dan kekal.”
Ayat ini adalah asas ajaran Kristian. Di Amerika, di perlawanan bola pun, anda dapat lihat
orang yang memegang sepanduk berbunyi:
Namun seperti yang dilihat di bahagian 1.2.3.10, penambahan “dizuriatkan” telah dibuang oleh
kebanyakan sarjana Bible yang unggul. Bagaimanapun, sekali lagi manusia tidak perlu
menunggu 2000 tahun untuk mengetahui hal ini kerana di dalam Qur’an, Maryam (19):88-98
kita dapati:
“Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.
Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, hampir-
hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-ganang runtuh, kerana
mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai Anak. Dan tidak layak bagi Tuhan
Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. Tidak ada seorang pun di langit dan di
bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.
Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan
hitungan yang teliti. Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan
sendiri-sendiri. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang
Maha Pemurah akan menanamkan di dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. Maka
sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur’an itu dengan bahasamu, agar kamu dapa
memberi khabar gembira dengan Al-Qur’an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar
kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang. Dan berapa banyak
telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorang pun daripada
mereka atau kamu dengar suara mereka yang samar-samar?”
Matius 17:21, 18:11, 23:14; Markus 7:16, 9:44, 9:46, 11:26, 15:28, 17:36, 23:17; Yohanes
5:4; Kisah Rasul-rasul 8:37, 15:34, 24:7, 28:29; Rom 16:24 dan 1 Yohanes 5:7.
183
Selanjutnya, di dalam NRSV, Markus 16:9-20 dan Yohanes 7:53 – 8:11 juga ditanda sebagai
ayat-ayat yang dipersoalkan kesahihannya kerana tidak ditemui dalam manuskrip purba Bible.
Bible ini juga mempersoalkan kesahihan ayat-ayat berikut pada nota kakinya: Matius 12:47,
21:44; Lukas 22:43, 22:44. Ini menjadikan sejumlah 45 ayat-ayat dibuang atau dipersoalkan
kesahihannya. Selanjutnya, terdapat 156 ayat-ayat lain yang mana sebahagian besar daripada
ayatnya hilang (contoh, Wahyu 1:11 dll).
Sebelum tahun 1952, semua versi Bible menyebut salah satu mukjizat yang dilakukan oleh
Jesus (a.s.) adalah keberangkatannya ke langit. Peristiwa besar ini disebut di dua tempat dalam
PB, iaitu:
“Setelah Jesus berkata-kata dengan mereka, dia diangkat ke syurga lalu duduk di sebelah
kanan Allah.”
Markus 16:19
“Sementara Jesus memberkati mereka, dia terangkat ke syurga lalu meninggalkan mereka.
Mereka sujud menyembahnya, dan balik ke Jerusalam dengan penuh kegembiraan.”
Lukas 24:51-52
Di dalam RSV tahun 1952, Markus 16 tamat pada ayat 8 dan yang selebihnya dicetak dalam
bentuk nota kaki (akan dibincangkan dengan lebih lanjut kemudian). Begitu juga nota kaki yang
mengulas Lukas 24 berbunyi, “Autoriti purba lain tidak mengandungi “dia diangkat ke
syurga““, dan, “Autoriti purba lain tidak mengandungi “menyembahnya““. Maka, kita dapati
ayat Lukas dalam bentuk asalnya berbunyi:
“Sementara Jesus memberkati mereka, dia meninggalkan mereka. Dan mereka balik ke
Jerusalam dengan penuh kegembiraan.”
Lukas 24:51-52 diperolehi dalam bentuknya sekarang selepas “pembetulan yang diilhamkan”
berlangsung selama beberapa abad.
“Pada hari Ahad, ketika hari masih subuh, wanita-wanita itu pergi ke kubur dan membawa
ramuan yang sudah disediakan oleh mereka. Mereka mendapati batu penutup kubur sudah
digulingkan. Lalu mereka masuk ke dalam kubur itu, tetapi tidak mendapati jenazah Tuhan
Jesus. Sementara mereka berdiri di situ dan kehairanan memikirkan hal ini, tiba-tiba dua orang
lelaki yang memakai pakaian yang berkilau-kilauan berdiri di sisi mereka. Kerana ketakutan,
wanita-wanita ini bersujud. Lalu kedua-dua orang itu berkata kepada mereka, “Mengapakah
kamu mencari orang hidup antara orang mati? Dia tidak ada di sini; dia sudah bangkit!
Ingatlah apa yang telah dikatakannya kepada kamu semasa dia berada di Galilea: ‘Anak
Manusia mesti diserahkan kepada orang berdosa, lalu disalibkan, dan bangkit pada hari
ketiga’.”
184
Sekali lagi, merujuk kepada ayat ke-5, nota kakinya berbunyi: “Autoriti purba lain tidak
mengandungi ‘Dia tidak ada di sini, dia sudah bangkit‘“. Juga sila baca baris 16 dan 17 di
bahagian 2.2.
Terdapat terlalu banyak contoh-contoh untuk disenaraikan di sini, namun pembaca digalakkan
mendapatkan senaskah New Revised Standard Version Bible dan membaca keempat-empat
gospel. Anda akan dapati sukar untuk anda temui dua muka surat berturutan yang tidak
mengandungi kata-kata “Autoriti purba lain tidak mengandungi …“, atau, “Autoriti purba lain
menambah …” dsb pada nota kakinya.
Adakah New Revised Standard Version satu-satunya Bible yang membuat pengubahsuaian ini?
Adakah ini hanya melibatkan perbandingan KJV dengan RSV? Tidak sama sekali. Perubahan-
perubahan yang dilakukan ini diiktiraf oleh begitu ramai sarjana-sarjana Kristian sehinggakan
perubahan-perubahan yang sama telah dilakukan ke atas versi-versi Bible moden yang lain,
seperti New International Version (NIV), New American Standard Version (NASV) dan lain-
lain. Anda boleh semak di perpustakaan anda.
Seperti yang kita lihat dalam Bab 1, St. Paul bertanggungjawab melakukan perubahan besar ke
atas agama Jesus (a.s.). Perubahan yang tidak pernah diperintahkan oleh Jesus (a.s.) kepada
sesiapa semasa hayatnya. Selepas pemergiannya, golongan penyembah berhala bukan Yahudi
yang menerima versi “Kristian” yang telah dimudahkan oleh Paul terus mengubahsuai agama
tersebut dan memperkenalkan banyak doktrin-doktrin penyembahan berhala yang telah
diamalkan mereka selama berabad-abad ke dalam agama tersebut.
Di antara doktrin ini adalah konsep “triniti” yang diamalkan dan diterima dengan meluas dalam
kepercayaan menyembah berhala yang diamalkan oleh negara Rom, Greek, Babilonia, dan
Hindu, beberapa abad sebelum ia diterima secara rasmi dan “diiktiraf” pada abad keempat
Masihi. Setelah doktrin ini menerima sokongan rasmi maharaja Rom, iaitu Konstantin yang
merupakan seorang penyembah berhala, suatu kempen membunuh dan menyeksa semua
penganut Kristian yang enggan meninggalkan ajaran-ajaran para hawari dan mengikuti doktrin
Paul yang telah diubah dan dikembangkan telah dilancarkan. Semua Gospel, kecuali yang selari
dengan fahaman Paulin, telah dimusnahkan secara sistematik atau ditulis semula. Rev. Charles
Anderson Scott berkata:
“Terdapat kemungkinan yang besar bahawa tidak satu pun daripada Gospel-gospel Sipnotik
(Matius, Markus dan Lukas) wujud dalam bentuk yang kita ada sekarang sebelum kematian
Paul. Dan jika dokumen-dokumen disusun menurut susunan kronologi yang ketat, Surat Paul
akan mendahului Gospel-gospel Sipnotik.”
“History of Christianity in the Light of Modern Knowledge“, Rev. Charles Anderson Scott, m.s.
338
“Tulisan-tulisan Kristian awal yang kekal terpelihara untuk kita adalah surat-surat hawari
Paul”
185
“Religions in Ancient History“, S.G.F. Brandon, m.s. 228
Pada akhir abad kedua, Dionysius yang merupakan Biskop Corinth berkata:
“Seperti mana saudara inginkan saya menulis surat, saya lakukan, dan surat-surat ini telah
dicemarkan oleh hawari-hawari iblis yang menukarkan sesetengah kandungannya dan
menambah yang lain, kecelakaanlah bagi mereka. Oleh itu, bukanlah perkara yang
menghairankan bahawa ada yang cuba untuk menukarkan tulisan-tulisan suci Tuhan
memandangkan mereka telah pun menukar kerja-kerja lain yang tidak sebandingnya.”
“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan
mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini dari Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh
keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana
apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka kerana apa
yang mereka kerjakan.”
Al-Qur’an, Al-Baqarah (2):79
Victor Tunenensis, seorang Biskop Afrika pada abad keenam, menceritakan di dalam bukunya
“Chronicle” (556 M) bahawa Messala adalah seorang konsul di Kontantinopal (506 M) yang
“menapis dan membetulkan” Gospel-gospel bukan Yahudi yang ditulis oleh mereka yang
dianggap sebagai buta huruf oleh Maharaja Anastasius. Kesannya ialah gospel-gospel berubah
dan menjadi selari dengan agama Kristian abad keenam yang berbeza daripada agama Kristian
pada abad-abad sebelumnya (“The Dead Sea Scrolls, the Gospel of Barnabas, and the New
Testament” oleh M.A. Yuseff, m.s. 81).
“Pembetulan-pembetulan” ini tidak hanya berlaku pada abad-abad pertama selepas pemergian
Kristus. Sir Higgins berkata:
“Tidak dapat dinafikan bahawa rahib-rahib Benedict dari St. Maur, adalah golongan yang
berilmu dan berbakat dalam bahasa Latin dan Greek. Petikan berikut ditemui di dalam buku
Cleland bertajuk ‘Life of Lanfranc, Archibishop of Canterbury’: ‘Setelah Lanfranc, seorang
rahib Benedict dan Ketua Biskop Canterbury, menemui kitab-kitab yang telah diubah suai oleh
penyalin-penyalin yang korup, beliau cuba membetulkannya sendiri, beliau juga cuba
membetulkan tulisan-tulisan bapa-bapa, menurut fahaman ortodoks, secundum fidem
orthodoxam’.”
Dengan kata lain, kitab-kitab Kristian telah ditulis semula supaya selari dengan doktrin-doktrin
pada abad ke sebelas dan kedua belas, malahan tulisan bapa-bapa gereja awal juga telah
“dibetulkan” sebegitu rupa supaya pengubahsuaian yang dilakukan tidak dapat dikesan.
Seterusnya, Sir Higgins berkata:
“Seorang Protestan telah menulis petikan luar biasa berikut: “Kesaksamaan menuntut agar
saya mengakui bahawa golongan ortodoks telah mengubah Gospel di beberapa tempat”.”
186
Beliau selanjutnya telah menunjukkan bagaimana usaha yang bersungguh-sungguh telah
diambil di Konstantinopal, Rom, Canterbury dan dunia Kristian amnya untuk “membetulkan”
Gospel-gospel dan memusnahkan semua manuskrip yang ditulis sebelum zaman tersebut.
“Sesungguhnya Allah itu adalah Isa (Jesus) putera Maryam”. Katakanlah: “Maka siapakah
(gerangan) yang dapat menghalang kehendak Allah jika Dia hendak membinasakan Al-Masih
putera Maryam itu berserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi
kesemuanya?” Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara
keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendakinya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu. Orang-orang Yahudi dan Kristian mengatakan: “Kami adalah anak-anak Allah dan
kekasih-kekasihNya”. Katakanlah: “Maka mengapa Allah menyeksa kamu kerana dosa-
dosamu?”. Kamu adalah manusia biasa di antara orang-orang yang diciptakanNya. Dia
mengampuni sesiapa yang dikehendakiNya. Dan kepunyaan Allah-lah segala kerajaan antara
keduanya. Dan kepada Allah kembali (segala sesuatu). Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah
datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan (syariat Kami) kepadamu ketika terputus rasul-
rasul, agar kamu tidak mengatakan: “Tidak ada datang kepada kami baik seorang pembawa
berita gembira mahu pun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya, telah datang kepadamu
pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
St Augustine, seorang tokoh yang diiktiraf dan dipandang tinggi oleh golongan Protestan dan
Katolik, sendiri mengakui bahawa terdapat doktrin-doktrin rahsia di dalam agama Kristian dan
bahawa:
“Terdapat banyak perkara benar di dalam agama Kristian yang tidak perlu diketahui oleh
golongan yang tidak beradab dan terdapat perkara-perkara yang palsu tetapi perlu dipercayai
oleh golongan yang tidak beradab.”
187
Sir Higgins mengakui:
Malah surat-surat yang disandarkan kepada Paul juga tidak ditulis oleh beliau. Setelah
menjalankan kajian selama bertahun-tahun, golongan Katolik dan Protestan bersetuju bahawa
hanya tujuh daripada tiga belas surat-surat yang disandarkan kepada Paul adalah tulen. Surat-
surat tersebut adalah Rom, 1, 2, Korintus, Galatia, Filipus, Filemon dan 1 Tesalonika.
Pada hari ini, mazhab-mazhab Kristian tiada kata sepakat mengenai apa sebenarnya buku yang
“diilhamkan” oleh Tuhan. Golongan Protestan diajar bahawa terdapat 66 buku yang benar-
benar “diilhamkan” di dalam Bible manakala golongan Katolik diajar bahawa terdapat 73 buku-
buku yang benar-benar “diilhamkan”, ini belum lagi mengambil kira banyak lagi mazhab-
mazhab lain seperti Mormon dan buku-buku “yang lebih baru” dan lain-lain.
Kita akan lihat sebentar lagi bahawa selama beberapa generasi, penganut-penganut Kristian
awal tidak berpegang kepada 66 buku-buku Protestan mahu pun 73 buku-buku Katolik.
Sebaliknya, mereka percaya akan buku-buku yang beberapa generasi kemudian “diiktiraf”
sebagai palsu dan apokrifa oleh generasi yang lebih arif daripada hawari-hawari; buku-buku
yang kemudiannya dimusnahkan oleh Gereja. Perbincangan lanjut mengenai hal ini terdapat di
bahagian 2.4.
Dari manakah datangnya semua Bible ini dan mengapakah sukar untuk menakrifkan apa yang
sebenarnya kata-kata yang “diilhamkan” oleh Tuhan? Seperti yang kita telah lihat, Bible
datangnya daripada “manuskrip-manuskrip purba” (juga dikenali sebagai “MSS” atau
“autoriti”). Dunia Kristian hari ini memiliki hampir 24,000 “manuskrip purba” yang mana
beberapa daripadanya adalah daripada abad keempat selepas Kristus (tetapi bukannya pada
zaman Kristus dan hawari-hawari).
Dengan kata lain, mereka memiliki gospel-gospel dan surat-surat yang wujud pada zaman
golongan Trinitari mengambil alih Gereja Kristian. Semua manuskrip sebelum zaman ini telah
hilang. Semua Bible yang wujud hari ini disusun daripada “manuskrip-manuskrip purba” ini.
Bagaimanapun, sebarang sarjana yang bereputasi akan memberitahu kita bahawa tiada dua
manuskrip purba yang benar-benar sama.
“Dalam sebarang keadaan, tidak satu pun [manuskrip asal buku-buku Bible] wujud hari ini.
Apa yang ada adalah salinan-salinan yang telah dibuat dalam tempoh beberapa abad, atau
lebih tepat lagi, salinan kepada salinan kepada salinan, yang berasal daripada zaman abad
kedua sehingga abad ke enam belas, di mana sejumlah 5,366 daripadanya adalah di dalam
bahasa Greek. Yang menarik adalah tiada dua salinan yang benar-benar sama butir-butirnya,
188
kecuali sebahagian kecil. Tiada siapa yang tahu berapa banyak perbezaan, atau variasi
bacaan, telah berlaku di kalangan manuskrip yang wujud, tetapi bilangannya adalah dalam
lingkungan ratusan ribu.”
Pada amnya, orang ramai pada hari ini percaya bahawa hanya terdapat SATU Bible dan SATU
versi sebarang ayat-ayat di dalam Bible. Seperti yang telah kita lihat, hal ini tidak benar. Semua
Bible yang kita ada hari ini (seperti KJV, NRSV, NASC, NIV dll) adalah hasil daripada
pembuangan dan penambahan daripada berbagai-bagai manuskrip, di mana tidak satu
manuskrip pun dijadikan rujukan muktamad. Terdapat banyak kes di mana satu perenggan yang
wujud di dalam satu “manuskrip purba” tidak ditemui di dalam “manuskrip purba” lain.
Sebagai contoh, Markus 16:8-20 (sebanyak 12 ayat) tidak ditemui di dalam manuskrip-
manuskrip tertua yang wujud hari ini, tetapi muncul di dalam “manuskrip-manuskrip purba”
terkemudian. Terdapat juga kes-kes yang didokumenkan di mana lokasi-lokasi geografi sesuatu
kisah adalah berbeza dari satu manuskrip ke manuskrip lain. Contohnya, di dalam manuskrip
“Samaritan Pentateuch“, Ulangan 27:4 menyebut “gunung Gerizim” manakala di dalam
“manuskrip Ibrani”, ayat yang sama menyebut “gunung Ebal”.
Di dalam Ulangan 27:12-13 kita dapat lihat bahawa ini adalah dua lokasi yang berbeza. Begitu
juga di dalam sesetengah “manuskrip purba”, Lukas 4:44 menyebut “Saumaah Judea” manakala
manuskrip-manuskrip lain menyebut “Saumaah Galilea”. Ini hanyalah sebahagian daripada
contoh perbezaan, satu buku diperlukan untuk memberikan senarai yang lengkap.
Contohnya, Bible RSV yang diterbitkan oleh Oxford Press telah menggunakan sistem di mana
ayat-ayat yang amat diragui diletakkan di dalam kurungan berganda ([[…]]). Terdapat
kemungkinan besar bahawa pembaca biasa tidak menyedari tujuan sebenar kurungan berganda
ini diwujudkan. Contoh ayat-ayat sedemikian adalah “wanita yang ditangkap basah ketika
berzina” dalam Yohanes 7:53-8:11 [1], Markus 16:9-20 (mengenai kebangkitan semula dan
kepulangan Jesus), dan Lukas 23:34 (yang mengesahkan ramalan Yesaya 53:12) dan
sebagainya.
Merujuk kepada Yohanes 8:1-11, pengulas-pengulas Bible berkata di dalam tulisan kecil:
“Autoriti tertua tidak mengandungi 7.53-8.11; autoriti-autoriti lain menambah petikan ini di
sini atau selepas 7.36 atau selepas 21.25 atau selepas Lukas 21.38 dengan variasi teks; ada
yang menandakan teks ini sebagai diragui kesahihannya.”
Anehnya, merujuk kepada Markus 16:9-20, kita diberi pilihan bagaimana kita mahukan Gospel
Markus tamat. Pengulas-pengulas NRSV yang diterbitkan oleh Oxford Press telah memberikan
“penghujung pendek” dan “penghujung panjang”. Maka kita diberi pilihan bagaimana “ilham
Tuhan” yang kita suka. Sekali lagi, pada penghujung Gospel ini pengulas-pengulas telah
menulis di dalam tulisan kecil:
189
“Kebanyakan autoriti purba menamatkan buku itu pada penghujung ayat 8. Satu autoriti
mempunyai penamat yang pendek; yang lain-lainnya mengandungi penamat yang pendek dan
kemudian disambung dengan ayat 9-20. Dalam kebanyakan autoriti, ayat 8 diikuti oleh ayat 9-
20 walaupun di dalam beberapa daripada autoriti ini ayat-ayat ini telah ditandakan sebagai
diragui kesahihannya.”
“Telah dipersetujui bahawa 9-20 bukan sebahagian daripada Mk. yang asal. Ayat-ayat ini tidak
ditemui di dalam MSS tertua, dan sesungguhnya tidak terdapat di dalam naskah-naskah yang
digunakan oleh Mt. dan Lk. MS Armenia abad ke sepuluh menyandarkan ayat-ayat di atas
kepada Aristion, seorang paderi yang disebut oleh Papias (ap. Eus. HE III, xxxix, 12).”
“Sesungguhnya terjemahan St. Markus dalam bahasa Armenia baharu sahaja ditemui, di mana
dua belas ayat terakhir St. Markus disandarkan kepada Ariston yang juga dikenali sebagai
salah seorang Bapa Kristian terawal; dan adalah amat mungkin bahawa tradisi ini adalah
benar.”
“Our Bible and the Ancient Manuscripts“, F. Kenyon, Eyre, Spottiswoode, m.s. 7-8
“Bagaimanapun, terdapat beberapa jenis pengubahan teks yang tidak dapat dikenal pasti
sebabnya melainkan perbuatan sengaja juru tulis. Apabila seorang juru tulis menambah dua
belas ayat di penghujung Gospel Markus, ini tidak dapat dianggap sebagai kesilapan.”
“… Gospel Markus berakhir secara tiba-tiba pada 16.8, dan cubaan awal untuk menambahkan
penamat menunjukkan bahawa ianya dirasakan tidak lengkap. Adalah mungkin bahawa buku
tersebut tidak pernah disiapkan atau ia telah musnah pada peringkat awal. Mungkin juga
pengetahuan kita mengenai Gospel-gospel lain yang menyebabkan kita menjangkakan gospel
ini akan tamat dengan kemunculan Tuan yang telah dibangkitkan semula. Yang pasti, ia tamat
seperti yang sepatutnya bagi Markus – dengan perasaan takut, kegagalan manusia, dan
panggilan untuk menjadi hawari…”
“The Oxford Companion to the Bible“, Bruce Mtzger dan Michael Coogan, m. 496
Meskipun begitu, ayat-ayat ini diperhatikan telah diceritakan dengan berlainan cara oleh
“autoriti-autoriti” yang berbeza. Contohnya, pengulas-pengulas mendakwa bahawa perkataan-
perkataan berikut telah ditambah kepada ayat 14 dalam sesetengah “autoriti purba”:
“dan mereka membela diri mereka dengan berkata, ‘Zaman tanpa undang-undang dan
kekafiran ini adalah di bawah syaitan, yang tidak membiarkan kebenaran dan kuasa Tuhan
untuk mengatasi roh-roh yang tidak suci. Oleh itu, tunjukkanlah kelurusanmu sekarang’ – maka
demikianlah kata mereka kepada Kristus dan Kristus menjawab, ‘Tahun kekuasaan Syaitan
telah dipenuhi, tetapi perkara-perkara buruk lain semakin hampir. Dan bagi mereka yang telah
berdosa akan mati, supaya mereka kembali kepada kebenaran dan tidak lagi berbuat dosa,
supaya mereka mewarisi kerohanian dan kemuliaan yang lurus yang kekal yang ada di
syurga’.”
Dr. Lobegott Friedrich Konstantin Von Tischendorf adalah salah seorang sarjana terunggul
biblikal konservatif pada abad kesembilan belas. Salah satu daripada pencapaiannya yang
190
terbesar adalah penemuan manuskrip biblikal yang tertua iaitu “Codex Sinaiticus” di Saint
Catherine’s Monastery di Gunung Sinai. Ini adalah salah satu daripada manuskrip yang telah
menyebabkan dunia Kristian mengakui perlunya untuk menghasilkan Bible RSV. Salah satu
penemuan daripada kajian ke atas manuskrip abad keempat ini adalah Gospel Markus
sebenarnya tamat pada ayat 16:8 dan bukannya pada ayat 16:20 seperti yang ada pada hari ini.
Dengan kata lain, 12 ayat terakhir (Markus 16:9-16:20) telah “ditambah” oleh Gereja ke dalam
Bible selepas abad keempat. Kesimpulan ini disokong oleh hakikat bahawa bapa-bapa Gereja
awal pada abad kedua Masihi seperti Clement dari Alexandria dan Origen tidak pernah memetik
ayat-ayat tersebut. Seterusnya didapati bahawa 12 ayat tersebut yang mengandungi cerita
“kebangkitan semula Jesus” tidak terdapat di dalam kodeks-kodeks Syriacus, Vaticanus dan
Bobiensis. Asalnya, Gospel Markus tidak menyebut “kebangkitan semula Jesus” (Markus 16:9-
20). Sekurang-kurangnya empat ratus tahun (atau lebih) selepas pemergian Jesus, Gereja,
melalui paderi Ariston, telah menerima “ilham” suci untuk menambah cerita kebangkitan
semula di penghujung Gospel ini dan membiarkan dunia Kristian menyandarkan ayat-ayat yang
ditambah ini kepada “Markus”.
Pengarang “Codex Sinaiticus” tidak meragui bahawa Gospel Markus tamat pada Markus 16:8
dan untuk menekankan hal ini, kita dapati bahawa selepas ayat ini, beliau menamatkan teks ini
dengan catatan “Gospel menurut Markus”. Tischendorf adalah seorang Kristian konservatif
yang amat taat dan oleh itu beliau telah mengetepikan percanggahan ini kerana pada
pendapatnya hakikat bahawa Markus bukan seorang hawari mahu pun seorang saksi akan misi
dakwah Jesus menjadikan cerita beliau tidak penting berbanding dengan hawari-hawari seperti
Matius dan Yohanes. Bagaimanapun, kita akan lihat di bahagian lain di dalam buku ini bahawa
kebanyakan sarjana-sarjana Kristian hari ini mengakui bahawa tulisan-tulisan Paul adalah
tulisan-tulisan Bible yang tertua.
Ini diikuti oleh Gospel Markus, dan telah diakui ramai bahawa Gospel Matius dan Gospel
Lukas ditulis berdasarkan Gospel Markus. Penemuan ini adalah hasil kajian terperinci selama
berabad-abad oleh sarjana-sarjana Kristian dan perinciannya tidak dapat diulang di sini.
Memadai dengan mengatakan bahawa sarjana-sarjana Kristian yang paling disegani hari ini
mengakui hal ini sebagai hakikat yang tidak dipertikaikan.
Pada hari ini penterjemah-penterjemah dan penerbit-penerbit Bible moden mulai bersikap lebih
terbuka dan jujur dengan pembaca-pembaca mereka. Seperti yang kita lihat, walaupun mereka
tidak mengakui secara terbuka bahawa dua belas ayat ini adalah penipuan oleh Gereja dan
bukannya firman Tuhan, sekurang-kurangnya mereka telah mulai memaklumkan pembaca akan
hakikat bahawa terdapat dua versi Gospel Markus dan membiarkan pembaca untuk memilih
salah satu versi.
Persoalannya sekarang adalah, “jika Gereja telah mengubah Gospel Markus, maka adakah
mereka berhenti di situ atau masih ada cerita lain?”. Secara kebetulan, Tischendorf juga
mendapati bahawa Gospel Yohanes telah diubah suai dengan meluas oleh Gereja. Contohnya,
1. Didapati bahawa ayat-ayat bermula daripada Yohanes 7:53 ke 8:11 (cerita mengenai
wanita yang berzina) tidak ditemui di dalam salinan Bible tertua, iaitu kodeks Sinaiticus
dan Vaticanus, yang ada dalam dunia Kristian hari ini.
2. Didapati juga bahawa Yohanes 21:25 adalah penambahan terkemudian, dan bahawa satu
ayat dalam Gospel Lukas (24:12) yang menceritakan mengenai Petrus yang mendapati
bahawa makam Jesus kosong tidak terdapat di dalam manuskrip-manuskrip purba.
191
(Untuk perbincangan lanjut topik ini, sila baca “Secrets of Mount Sinai” oleh James Bentley,
Doubleday, NY, 1985).
Terdapat banyak penemuan Tischendorf mengenai pengubahsuaian yang berterusan dan tidak
henti-henti ke atas teks Bible selama beberapa abad yang telah disahkan oleh sains abad kedua
puluh. Contohnya, kajian ke atas Codex Sinaiticus di bawah cahaya ultra ungu menunjukkan
bahawa Gospel Yohanes asalnya tamat pada ayat 21:24 dan diikuti oleh tulisan kecil yang
berbunyi “Gospel menurut Yohanes”. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, seorang lain yang
telah “diilhamkan” telah memadamkan teks selepas ayat 24 dan menambah teks yang
“diilhamkan”, iaitu Yohanes 21:25 yang kita temui di dalam Bible hari ini.
“Codex Vaticanus” adalah manuskrip purba yang dianggap sama mulia dengan “Codex
Sinaiticus‘ oleh sarjana-sarjana Kristian. Kedua-dua kodeks abad kedua ini dianggap naskah
Bible tertua yang wujud hari ini [2]. Di dalam Codex Vaticanus kita dapati versi Lukas 11:2-4
yang lebih pendek daripada yang terdapat di dalam Codex Sinaiticus. Di dalam versi ini,
“Semoga Engkau memerintah di bumi seperti di syurga” tidak ditemui.
Apabila kita perhatikan fakta ini kita mulai nampak mengapa di dalam Bible Moden “Doa
Tuhan” di dalam Matius 6:9-13 tidak betul-betul sama dengan yang terdapat di dalam Lukas
11:2-4.
Ayat Lukas 24:51 mengandungi cerita Lukas mengenai perpisahan dengan Jesus (a.s.) dan
bagaimana beliau “diangkat ke syurga”. Bagaimanapun, seperti yang telah dilihat sebelum ini,
di dalam Codex Sinaiticus dan manuskrip-manuskrip purba lain, ungkapan “dan diangkat ke
syurga” tidak wujud. Ayat tersebut hanya berbunyi:
C.S.C. Williams berkata bahawa jika bahagian yang tertinggal itu adalah betul,
Beberapa percanggahan lain di antara Codex Sinaiticus dan Bible moden adalah:
192
Kata-kata Jesus di dalam Lukas 9:55-56 tidak wujud.
Teks asal Matius 8:3 yang ditemui di dalam Codex Sinaiticus menceritakan yang
seorang penghidap kusta meminta Jesus menyembuhkannya dan Jesus berkata, “Jesus
dengan marah menghulurkan tangannya lalu menjamah dia dan berkata, “Aku mahu.
Sembuhlah!”.“. Di dalam Bible moden, perkataan “dengan marah” tiada.
Lukas 22:44 di dalam Codex Sinaiticus dan Bible moden mendakwa bahawa seorang
malaikat menjelma di hadapan Jesus dan memperkuatkannya. Anehnya, di dalam Codex
Vaticanus malaikat ini tiada. Jika Jesus adalah “Anak Tuhan” maka adalah amat tidak
munasabah bahawa beliau memerlukan malaikat untuk memperkuatkannya. Ayat ini
tentulah kesilapan juru tulis, bukan?
Kata-kata yang kononnya diucapkan oleh Jesus di batang salib, iaitu “Ya Bapa,
ampunilah mereka. Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka.” (Lukas
23:34), asalnya wujud di dalam Codex Sinaiticus tetapi kemudiannya dipadam oleh
seorang penyunting lain. Berdasarkan tanggapan dan layanan Gereja terhadap bangsa
Yahudi pada zaman pertengahan, bolehkah kita fikirkan sebarang sebab bagaimana ayat
ini mungkin menghalang polisi rasmi Gereja dan “pasitan” mereka?
Yohanes 5:4 tidak wujud di dalam Codex Sinaiticus.
Dalam Bab 9 Markus, perkataan “Di sana ulat tidak dapat mati dan api tidak pernah
padam” tidak wujud.
Dalam Mat. 5:22, ungkapan “tanpa sebab” tidak wujud di dalam Codex Sinaiticus dan
Codex Vaticanus.
Mat. 21:7 di dalam Bible moden berbunyi “Mereka membawa kedua-dua ekor keldai
itu, lalu menggalasi punggung keldai dengan jubah mereka. Kemudian Jesus
menunggangnya“. Di dalam manuskrip-manuskrip asal, ayat ini berbunyi “Mereka
membawa kedua-dua ekor keldai itu, lalu menggalasi punggung keldai dengan jubah
mereka. Kemudian Jesus menunggang mereka“. Bagaimanapun, membayangkan Jesus
duduk di atas dua binatang pada masa yang sama dan diminta menunggang mereka
serentak tidak masuk akal, maka ayat ini diubah kepada “dan Jesus menunggangnya”
(“nya” yang mana satu?). Tidak lama kemudian, terjemahan bahasa Inggeris
mengelakkan masalah ini dengan menterjemahkannya sebagai “di atasnya“.
Matius 10:15 di dalam Bible moden berbunyi “Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya
pada hari penghakiman tanah Sodom dan Gomora akan lebih ringan tanggungannya
dari pada kota itu.“. Bagaimanapun, ungkapan ini tidak ditemui di dalam dua manuskrip
Biblikal tertua kerana ia telah dimasukkan beberapa abad kemudian.
Matius 6:13 yang berbunyi “Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-
lamanya” juga tidak ditemui di dalam dua manuskrip tertua ini atau mana-mana
manuskrip lain.
Matius 27:35 di dalam Bible moden mengandungi “Kemudian askar-askar menyalibnya,
dan membahagi-bahagikan pakaiannya antara mereka dan membuang undi.“. Menurut
Rev. Merrill, petikan ini tidak ditemui di dalam mana-mana manuskrip Biblikal sebelum
abad kesembilan.
Ayat 1 Timothy 3:16 yang asal berbunyi “Tidak seorang pun dapat menafikan mulianya
rahsia kepercayaan kita: yang menampakkan diri dalam rupa manusia“. Ini
kemudiannya telah diubah kepada “Tidak seorang pun dapat menafikan mulianya rahsia
kepercayaan kita: Jesus Kristus menampakkan diri dalam rupa manusia“. Dengan itu
lahirlah doktrin “penjelmaan”.
193
“membiarkan diri mereka melakukan pengubahan di sana sini yang tidak hanya mempengaruhi
lisannya tetapi juga maknanya.” [3]
“tidak mengelakkan diri daripada mengeluarkan sesuatu petikan atau menambah yang baru.”
[4]
Tanpa mengambil kita pengubahsuaian yang berterusan tanpa henti ini, disebabkan usianya
yang tua dan kandungannya yang lengkap, Codex Sinaiticus adalah salah satu manuskrip Bible
yang paling dihormati dan dipandang tinggi. Pun begitu, kita dapati bahawa perbezaan di antara
manuskrip-manuskrip purba Bible dengan Bible moden ini tidak hanya dari segi ratusan ribu
perkataan, ungkapan-ungkapan dan juga perenggan-perenggan lengkap, malah mereka juga
mengandungi Gospel-gospel yang dianggap asli dan “diilhamkan” pada empat abad pertama,
seperti “Surat Barnabas” dan “Pengembala dari Hermas” yang terdapat di dalam Codex
Sinaiticus.
Ini bermakna penyunting-penyunting ini telah memasukkan ke dalam teks Bible moden ayat-
ayat yang tidak ditemui di dalam kebanyakan manuskrip-manuskrip purba dengan mengambil
teks tersebut dari manuskrip-manuskrip terkemudian yang mengandungi ayat-ayat tersebut.
Gospel-gospel yang “selebihnya” dibuang kerana jelas sekali ianya “tidak kanonikal” dan tidak
diterima oleh Gereja ortodoks pada zaman moden mahupun oleh gereja terdahulu.
194
Gambarajah 2-1: 14,800 Pembetulan ke atas hanya satu manuskrip Biblikal
Maka apakah yang mereka lakukan? Mari kita tanyakan Rev. Dr. George L. Robertson. Di
dalam bukunya “Where did we get our Bible?“, beliau menulis:
“Daripada Kitab Suci MSS dalam bahasa Greek yang masih wujud, dikatakan terdapat
beberapa ribu perbezaan… Tiga atau empat daripada manuskrip lama, usang dan tidak
menarik ini mengandungi harta tertua dan paling berharga bagi Gereja Kristian, dan oleh itu
terdapat minat tertentu terhadapnya.”
195
Manuskrip pertama di dalam senarai Rev. Richardson adalah “Codex Vaticanus” yang mana
kata beliau:
“Ini mungkin manuskrip Greek MSS tertua yang diketahui wujud hari ini. Ia dinamakan Codex
‘B’. Pada tahun 1448, Pope Nicholas V membawanya ke Rom di mana ia disimpan sehingga ke
hari ini, dan dikawal rapi oleh pegawai-pegawai paus Perpustakaan Vatikan. Sejarahnya
ringkas: pada tahun 1533, Erasmus mendapat tahu akan kewujudannya, tetapi beliau dan
pengikut-pengikutnya tidak dibenarkan mengkajinya… ia tidak dapat dicapai oleh sarjana-
sarjana sehinggalah pada tahun 1843 apabila Tischendorf, selepas penangguhan selama
beberapa bulan, akhirnya dibenarkan melihatnya selama enam jam. Pada tahun 1844, seorang
lagi pakar bernama de Muralt, dibenarkan melihatnya selama sembilan jam.
Cerita mengenai bagaimana pada tahun 1845 Dr. Tregelles dibenarkan oleh pihak berkuasa
(tanpa mereka sedari) untuk menghafal manuskrip tersebut muka surat demi muka surat adalah
mengagumkan. Dr Tregelles berjaya berbuat demikian. Beliau dibenarkan untuk mengkaji MS
tersebut untuk jangka masa yang lama, tetapi tidak dibenarkan menyentuhnya atau menulis
nota. Sesungguhnya, setiap hari sebelum beliau memasuki bilik di mana dokumen berharga ini
disimpan, poketnya diperiksa dan sebarang pen, kertas atau dakwat akan diambil jika beliau
membawanya. Kebenaran untuk memasuki bilik tersebut diberikan sehinggalah beliau dapat
membawa bersama beliau dan mencatat di pejabatnya variasi utama bacaan teks purba yang
tertua ini. Bagaimanapun, kerap kali berlaku jika pihak berkuasa paus mendapati bahawa
beliau terlalu khusyuk menatap mana-mana bahagian, mereka akan merampas MS tersebut
daripada beliau dan meminta beliau membaca helaian lain.
Akhirnya mereka menyedari bahawa Tregelles telah mencuri teks tersebut dan dunia Biblikal
mengetahui rahsia sejarah MS mereka. Ekoran daripada itu, Pope Pius IX mengarahkan
bahawa dokumen tersebut diambil gambarnya dan diterbitkan; dan lima jilid diterbitkan pada
tahun 1857. Tetapi buku tersebut tidak dihasilkan dengan baik. Pada masa tersebut,
Tischendorf mencuba buat kali ketiga untuk mendapat kebenaran mengkaji dokumen tersebut.
Beliau berjaya dan kemudiannya menerbitkan dua puluh muka surat pertama teks tersebut.
Akhirnya pada tahun 1889-1890, dengan kebenaran paus, keseluruhan teks tersebut
difotografkan dan dihantar melalui faks dan diterbitkan, dan dengan itu salinan kuarto yang
mahal boleh diperolehi oleh perpustakaan-perpustakaan biblikal utama dunia.”
Apa sebenarnya yang dibimbangkan oleh Pope ini? Apakah yang dibimbangkan oleh Vatikan?
Kenapakah mereka begitu takut untuk mendedahkan teks Bible yang paling tua ini kepada
awam? Kenapakah mereka merasakan perlu untuk menyembunyikan salinan firman Tuhan yang
tertua ini di suatu sudut gelap Vatikan dan tidak membenarkan orang luar melihatnya? Kenapa?
Bagaimana pula dengan ribuan manuskrip-manuskrip lain yang sehingga hari ini
disembunyikan di dalam bilik kebal Vatikan tanpa sesiapa pun dalam dunia Kristian dibenarkan
melihat atau mengkajinya?
“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji daripada orang-orang yang telah diberikan kitab
(iaitu): “Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan jangan kamu
menyembunyikannya”, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan
mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka
terima.”
196
“Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampau batas) dengan
cara yang tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-
orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah
menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.”
Yesaya 29:15-16
Dan sekali lagi, seperti mana Codex Sinaiticus, kita dapati bahawa Codex Vaticanus juga telah
diubah suai oleh sekurang-kurangnya dua orang pengarang selepas ia disusun. Seorang
pengarang dianggarkan telah memulakan “pembetulan” tidak lama selepas ia siap dan seorang
lagi telah melakukan “pembetulan” yang kedua pada abad ke sepuluh atau ke sebelas.
Kita telah melihat bahawa selepas abad keempat Masihi, Gereja rasmi adalah gereja Trinitari.
Mereka tidak mengambil masa yang lama untuk mengisytiharkan bahawa semua pendapat dan
doktrin yang bertentangan dengan pendapat dan doktrin mereka adalah sesat dan penentang-
penentang mereka ditindas atau dibunuh. Kebanyakan takrifan Gereja mengenai sifat Tuhan dan
Jesus tidak dapat dibuktikan menggunakan kitab.
Oleh itu, untuk memastikan sebarang tentangan dilenyapkan, Gereja tidak hanya mengarahkan
supaya semua tulisan-tulisan yang bertentangan dengan fahaman mereka dimusnahkan dan
penentang-penentang mereka dibunuh atas kesalahan kufur, mereka juga memastikan semua
kitab diterjemahkan ke bahasa Latin dan disembunyikan daripada orang awam. Tiada sesiapa
pun yang dibenarkan mendapatkan salinan Bible untuk kajian peribadi atau untuk tujuan ibadat.
Jika seseorang mahu mengetahui sesuatu mengenai Tuhan atau kitabNya, beliau perlu pergi ke
Gereja dan dengan rendah diri meminta agar Gereja dengan ihsannya mengajarkan mana-mana
bahagian kitab yang mereka mahu, bila dan bagaimana mereka mahu.
Bagaimanapun dalam kebanyakan keadaan, suatu anjakan dilakukan daripada merujuk kepada
kitab sendiri kepada merujuk kepada “rukun-rukun” yang baharu sahaja ditakrif dan sentiasa
dikemaskini. Gereja akan menakrifkan rukun-rukun ini di dalam majlis rasmi mereka dan
kemudian mengisytiharkannya kepada awam yang jahil bahawa untuk memasuki syurga mereka
hanya perlu selalu menghafal dan melafaz rukun-rukun rasmi ini. Agama menjadi perniagaan
besar di mana Gereja menjual kepada orang ramai tanah di Syurga yang boleh mereka beli sama
ada untuk diri mereka atau untuk sanak-saudara yang telah meninggal dunia. Agama menjadi
amal kosong mencium salib dan cincin Pope, dan Gereja menjadi agen hartanah Syurga.
Dengan itu, kitab tidak lagi digunakan oleh orang awam. Ia bukan lagi milik orang ramai tetapi
telah menjadi milik Gereja yang khusus, untuk mereka perbuat apa yang mereka suka tanpa
perlu menjelaskannya kepada sesiapa dan tiada sesiapa yang tahu tindak tanduk mereka. Inilah
caranya penapisan telah dikenakan oleh Gereja Trinitari ke atas kitab mereka sendiri dan inilah
caranya mereka mendapatkan kebebasan untuk mengubahsuai, membetulkan dan menulis
197
semula kitab mereka pada abad-abad berikutnya untuk “memperjelaskan” doktrin-doktrin
mereka di dalam Bible dan kemudian membetulkan sebarang percanggahan, dan
pengubahsuaiannya tidak putus-putus.
Semua ini berubah pada tahun 1453 apabila Johann Gutenberg mencipta mesin cetak yang
pertama. Buku pertama yang dicetak adalah Bible. Oleh kerana ini adalah proses baru yang
mahal harganya, hanya mereka yang kaya-raya sahaja yang mampu membelinya.
Bagaimanapun, ini telah memulakan rantaian peristiwa yang tidak lama kemudian telah
merampas Bible dari tangan Gereja dan kembali ke tangan orang ramai. Masa selama 1300
tahun berlalu tetapi orang ramai telah mulai nampak cahaya di hujung terowong dan mereka
menyerbu ke arahnya.
Bible yang mulai dicetak adalah salinan teks rasmi yang diiktiraf oleh Gereja. Ini adalah
salinan-salinan yang ‘kotor’, penuh dengan kesilapan yang bukan disebabkan oleh proses
pencetakan, tetapi daripada kandungan teks rasmi sendiri. Gereja Trinitari telah diberikan
kebebasan penuh beberapa abad lalu oleh empayar Rom yang menyembah berhala untuk
memilih mana-mana gospel-gospel dan surat-surat yang mereka suka dan membakar ratusan
yang lain. Mereka telah diberikan kebebasan penuh untuk menyembunyikan kitab mereka
daripada orang ramai sehinggakan mereka boleh membetulkan dan memperjelaskan sebarang
kesilapan dan percanggahan yang mereka temui di dalamnya. Mereka begitu berkuasa sehingga
mereka tidak perlu bertanggungjawab kepada sesiapa.
Ini kemudiannya dikenali sebagai “Zaman Gelap”, di mana raja-raja serta pemerintah-
pemerintah tertakluk kepada kuasa Gereja yang boleh melantik atau memecat mereka mengikut
kemahuan Gereja. Gereja telah memperolehi kuasa mutlak. Kuasa yang tidak terbatas ini
berterusan selama beberapa abad. Meskipun begitu, apabila teks rasmi disebarkan kepada awam
pada abad ke lima belas, ia masih mengandungi banyak percanggahan, kesilapan dan
pertentangan di antara satu buku dengan buku yang lain, atau kadang kala di dalam buku yang
sama. Mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk membaiki doktrin-doktrin utama dan
memasukkan ayat-ayat yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengesahkan doktrin-doktrin
tersebut (untuk melihat contohnya rujuk bahagian 1.2.2.5 dan 1.2.4.3), tetapi masih banyak
percanggahan yang ada dan “pembetulan” ke atas teks juga telah meninggalkan kesan
sampingan yang “remeh” dan “tidak penting” ke atas perincian doktrin-doktrin tersebut.
Pintu telah dirobohkan, cengkaman tapisan telah terungkai dan kos senaskah mulai turun
dengan mendadak. Bagi orang awam, sebarang Bible, walaupun penuh dengan kesilapan adalah
lebih baik daripada tidak memiliki Bible langsung. Akhirnya, selepas lebih seribu tahun mereka
berpeluang untuk membaca, mengkaji dan mengesahkan firman Tuhan. Dengan adanya peluang
untuk mengkaji Bible, timbulnya keinginan sarjana-sarjana terhadap terjemahan yang lebih
tepat tidak dapat dielakkan. Apa yang mereka miliki adalah salinan yang rendah mutunya,
salinan kepada salinan kepada salinan, yang berusia seratus generasi serta yang terdedah kepada
kesilapan penyalin, pengubahsuaian dan pembetulan.
Pencarian terjemahan yang lebih baik bermula, tetapi dunia Biblikal tidak dapat melihat hasil
usaha ini sehinggalah 350 tahun kemudian. Bible yang mula-mula dicetak dihasilkan daripada
salinan manuskrip dalam bahasa Rom biasa, iaitu bahasa Latin. Manuskrip ini adalah salinan
terkemudian daripada teks yang dikenali sebagai “Vulgate”, terjemahan Bible dalam bahasa
Latin yang disediakan oleh bapa Gereja, Jerome (347-420 M). Bible pertama dicetak pada tahun
1455 dan pada tahun 1610 Catholic Douay Bible yang juga berdasarkan terjemahan ke dalam
bahasa Latin oleh Jerome dicetak menggunakan salinan yang berasal sekitar tahun 450 Masihi,
dan ia masih digunakan sehingga ke hari ini.
198
Enam puluh tahun selepas edisi pertama Bible telah dicetak, seorang sarjana Belanda bernama
Erasmus telah mencetak versi Perjanjian Baru di dalam bahasa Greek dalam tahun 1516. Beliau
hanya menggunakan setengah dozen salinan manuskrip abad kedua belas yang diperolehinya
dan salinan terkemudian terjemahan Vulgate yang telah beliau terjemah kembali ke dalam
bahasa Greek. Terjemahan ini dicetak dengan banyak dan telah diterjemah daripada bahasa
Greek kepada bahasa Latin kepada bahasa Greek semula. Edisi rojak ini menghasilkan
campuran teks Greek yang unik yang tidak ditemui dalam sebarang manuskrip Greek yang ada.
Malangnya, teks ini menjadi asas kepada teks yang diterima pakai, iaitu “Textus Receptus” yang
kemudiannya dijadikan asas untuk menghasilkan Bible King James [5]. Sikap memuliakan
Textus Receptus yang tidak berasas dan mendapat “pengiktirafan” Gereja ini telah menghalang
terjemahan yang lebih tepat buat selama beberapa tahun. Pada tahun 1611, raja England, iaitu
Raja James, telah menggunakan Textus Receptus untuk menghasilkan Bible rasmi iaitu “King
James Bible” yang kita ada hari ini [6]. Ia dijadikan asas kebanyakan terjemahan Protestan di
Eropah sehinggalah ke penghujung abad kesembilan belas.
Mengkritik teks yang telah “diiktiraf” oleh Gereja adalah seperti pencabulan. Ia dianggap
sebagai Firman Suci yang datang terus dari mulut Tuhan; mengubahsuai terjemahan ini
dianggap kufur. Sesetengah Gereja dan mazhab masih berpegang kepada sikap ini sehinggalah
ke hari ini walaupun telah dibuktikan bahawa secara kasar ia dianggarkan mengandungi lebih
2000 kesilapan. Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa Gereja-gereja yang
mempertahankan doktrin Triniti biasanya bermati-matian berpegang kepada terjemahan yang
amat tidak tepat ini serta berkeras tidak mahu percaya bahawa ia mengandungi walaupun satu
kesilapan.
Mungkinkah ini ada kaitan dengan hakikat bahawa teks yang “diiktiraf” oleh Gereja ini telah
terdedah kepada pengubahsuaian selama banyak generasi, sama ada secara sengaja atau pun
tidak, yang akhirnya menyebabkan doktrin ini menjadi “lebih jelas” kepada pembaca
berbanding dengan manuskrip-manuskrip asal atau kepada penganut-penganut Kristian yang
pertama?
Gereja tetap dengan pendirian bahawa teks yang diterima adalah suci dan tidak mengandungi
kesilapan dan ini telah menyekat usaha-usaha ramai orang yang cuba mencari teks yang lebih
tepat. Bagi segelintir daripada mereka yang berjaya mencari teks yang lebih tepat, Gereja telah
dapat mengekalkan banyak kawalan dengan membiayai dan menyelia projek-projek mereka.
Dengan itu, mereka ini merasa tertekan di antara kesetiaan terhadap pembiaya mereka dan
kesetiaan kepada Firman Tuhan. Bagaimanapun, beberapa sarjana yang berani telah mendesak
untuk menghasilkan terjemahan yang sebersih dan setepat mungkin. Ini memerlukan mereka
mendapatkan tulisan-tulisan asal dalam rantaian salinan yang paling hampir kepada salinan
terawal yang boleh mereka perolehi. Ribuan sarjana yang berdedikasi telah mengkhususkan
jutaan jam-manusia untuk tugas ini.
Memandangkan tulisan-tulisan asal hawari-hawari pertama dan manuskrip Ibrani yang asal
telah dimusnahkan lama dahulu, usaha besar-besaran telah dijalankan di serata dunia untuk
mengumpulkan apa-apa sahaja salinan yang boleh ditemui tidak kira dalam bahasa apa ia
ditulis. Di antara tahun 1775 dan 1875, lebih banyak manuskrip ditemui oleh mereka seperti
Griesback, Tischendorf dan Tragelles yang telah mengkaji dan menyiasat manuskrip-manuskrip
purba, dan berdasarkan penemuan yang dibuat daripada kajian ke atas salinan-salinan purba
Bible ini, mereka telah melakukan banyak pembetulan ke atas “teks Bible yang diterima” pada
masa itu.
199
Dengan berlalunya masa dan penemuan lebih banyak manuskrip, senarai kesilapan di dalam
“Textus Receptus” rasmi Gereja semakin menggunung. Akhirnya, kesilapan-kesilapan ini
menjadi begitu banyak dan serius sehingga sebarang usaha untuk membetulkan teks ini
dibatalkan dan diakui bahawa adalah perlu untuk menghasilkan terjemahan baru sama sekali.
Pada tahun 1881, usaha ini telah dijalankan oleh Wescott dan Hort. Berbekalkan himpunan
manuskrip-manuskrip yang baru ditemui, mereka telah membangunkan satu sistem untuk
menilai usia dan kekuatan sesuatu manuskrip melalui prosedur penapisan yang terdiri daripada
dua tahap.
Dengan membina pepohon famili untuk setiap kumpulan famili, pendahulu manuskrip yang
lebih tua dikenal pasti: pendahulunya adalah lebih berharga memandangkan ia lebih hampir
kepada manuskrip asal. Malangnya, apabila berhadapan dengan ayat-ayat yang tidak ditemui
dalam manuskrip-manuskrip yang lebih tua mereka tidak membuangnya dan
mengisytiharkannya sebagai penambahan dan pemalsuan, sebaliknya mereka mengambil
keputusan bahawa mana-mana ayat yang tidak terdapat di dalam manuskrip-manuskrip yang
lebih tua akan diambil daripada manuskrip-manuskrip terkemudian, kecuali dalam beberapa kes
yang ekstrem.
Dengan cara menyusuri pepohon tersebut dalam arah menyongsang, bila mana sesuatu teks
tidak ditemui dalam manuskrip terdahulu, ia diambil daripada teks yang terkemudian,
sehinggalah semua bahan yang ada dikumpulkan ke dalam teks komposit dengan memilih teks
tertua yang mengandungi sesuatu teks. Dengan itu, bahan rojak baru dihasilkan yang tidak
diambil daripada manuskrip tertua mahupun menyerupai teks rasmi yang diiktiraf oleh Gereja.
Sedikit kebenaran lebih baik daripada tiada kebenaran langsung.
Setelah sarjana-sarjana ini selesai menghasilkan bahan rojak ini, terjemahan Greek pula
disusun. Apabila terjemahan baru ini dibandingkan dengan “Textus Receptus” yang diterima
secara rasmi oleh Bible King James, dapat dilihat betapa jauhnya teks rasmi yang lama
menyimpang daripada terjemahan baru yang juga hanya separuh benar.
Memandangkan teks baru ini tidak memaksa para sarjana untuk mengakui kebenaran secara
menyeluruh, tetapi hanya sebahagian kecilnya sahaja, maka tidak lama kemudian kebanyakan
daripada mereka mulai mengetepikan teks lama dan mengakui kesahan pengubahsuaian yang
dilakukan ke atas teks baru yang sebenarnya hanya menangani sebahagian kecil daripada
200
kesilapan-kesilapan yang besar dan jelas ke atas teks rasmi yang asal. Teks baru yang telah
dikaji semula ini dinamakan teks “Wescott and Hort” dan menjadi asas yang digunakan untuk
menyusun kebanyakan Bible moden seperti “Revised Standard Version“, “The New
International Version“, “The American Standard Version” dan lain-lain.
Terjemahan-terjemahan yang lebih bersih mulai muncul pada permulaan tahun 1800an dan
doktrin yang disokong oleh Gereja mulai didedahkan dan dikritik. Dengan menggunakan
terjemahan-terjemahan ini dan dengan merujuk semula kepada penyataan-penyataan semua
kitab mengenai sesuatu topik menurut kesejajaran Bible, pola yang lebih jelas mengenai ajaran
sebenar Bible mulai muncul. Apabila doktrin-doktrin tua ini diperiksa, mereka gagal. Di antara
penipuan-penipuan utama oleh Gereja yang didedahkan adalah doktrin Triniti dan hubungan
Jesus (a.s.) dengan Tuhan yang tidak disokong oleh teks Biblikal sebaliknya telah dimasukkan
ke dalam teks melalui manipulasi ke atasnya oleh Gereja dengan menambah ayat-ayat baru dan
melalui terjemahan yang tidak tepat.
Walaupun maklumat ini diperolehi melalui kajian ke atas manuskrip-manuskrip purba oleh
sarjana-sarjana Kristian yang dihormati, pra-sangka yang telah lama wujud sukar untuk
dihapuskan dan banyak mazhab-mazhab Trinitari memilih untuk berpegang kepada teks yang
mengandungi kesilapan yang telah diiktiraf selama berabad-abad daripada menggunakan
terjemahan-terjemahan yang lebih tepat yang tidak menyokong rukun-rukun lama ini. Gereja
telah menghabiskan masa lebih seribu tahun menanamkan doktrin-doktrin ini ke dalam fikiran
orang ramai dan meninggalkan doktrin ini bukanlah mudah.
Selepas 1880an, banyak contoh-contoh manuskrip yang lebih tua mulai ditemui. Dengan adanya
manuskrip-manuskrip ini, keseluruhan proses yang kritikal ini perlu dilakukan semula untuk
mengambil kira bukti-bukti yang baru ditemui. Bagaimanapun, seperti yang kita telah lihat
dalam contoh penterjemahan semula pada tahun 1880an, tidak kira betapa bagus atau tua
sesuatu sumber, keengganan untuk membuang ayat-ayat yang ditambah atau diubah suai dan
memilih ayat-ayat daripada manuskrip-manuskrip yang lebih tua, serta penekanan sarjana-
sarjana semasa ke atas sudut prosedur ‘pemberatan’ telah mengekalkan kebanyakan daripada
ayat-ayat tersebut sebanyak mungkin.
Semua ini berkemungkinan besar menyekat sebarang usaha yang bersungguh-sungguh untuk
menemui kebenaran dan menyambung kerja-kerja terjemahan yang hanya separuh benar. Ini
berlaku terutamanya apabila pihak yang membiayai usaha-usaha ini berat sebelah dan lebih
memihak kepada sesuatu doktrin atau fahaman.
Selepas penerbitan teks Westcott dan Hort, terjemahan-terjemahan lain pula diterbitkan seperti
terjemahan Bernhard dan Weiss pada tahun 1900, dan terjemahan Ebehard Nestle pada tahun
1901 yang hanya menggunakan tiga teks yang telah dipersetujui sebelum ini iaitu teks-teks
Tischendorf, Westcott dan Hort, dan Weiss. Perkembangan selanjutnya berlangsung
menggunakan teks hibrid Nestle ini, dengan memperkenalkan penilaian tambahan
menggunakan manuskrip papiri berasal daripada tahun 200 M yang baru ditemui.
Malangnya, terdapat bukti bahawa teks tersebut juga telah dinilai semula oleh ramai ‘bapa-bapa
Gereja’ [7] (200-700 M) yang amat memihak kepada sesuatu doktrin dan amat tidak bertolak-
ansur terhadap mana-mana mazhab Kristian yang mengkritik pandangan mereka. Oleh itu,
adalah amat tidak sesuai untuk kita memberikan perhatian berat ke atas ulasan-ulasan bapa-bapa
Gereja yang mungkin telah terlibat dalam usaha pengubahsuaian yang telah mencemarkan teks-
teks tersebut. Kesan yang diperolehi bukanlah membersihkan teks tersebut, tetapi mungkin
sebaliknya.
201
Gereja semestinya tidak mengalu-alukan tindak-tanduk mereka didedahkan awam. Namun,
secara amnya mereka berlagak seolah-olah tiada ada apa-apa yang berlaku, terus menggunakan
Bible yang sama dan membayangkan kepada pengikut-pengikut mereka bahawa terjemahan-
terjemahan baru itu adalah Bible yang sama tetapi di dalam bahasa yang moden, atau
memberikan gambaran seolah-olah usaha telah dijalankan untuk menghasilkan terjemahan
dalam bahasa moden yang masih hampir dengan versi yang lama [8].
“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan
mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini daripada Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh
keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana
apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana apa
yang mereka kerjakan. Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api
neraka, kecuali selama beberapa hari sahaja.”. Katakanlah: “Sudahkah kamu menerima janji
dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janjiNya, ataukah kamu hanya mengatakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?. (Bukan demikian) yang benar, barang siapa
berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal
di dalamnya. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga,
mereka kekal di dalamnya.”
“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji daripada orang-orang yang telah diberikan kitab
(iaitu): “Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan jangan kamu
menyembunyikannya”, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan
mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka
terima.”
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al-
Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak
memakan ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka
pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka seksa yang amat pedih.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan seksa dengan
keampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!”
“Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampau batas) dengan
cara yang tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-
orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah
menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.”
202
tindakan Gereja telah menukar taktik. Taktik ini adalah meremehkan pengubahsuaian ini.
Contohnya:
“… sedikit sahaja bahagian-bahagian yang tidak dapat dipastikan dan ini tidak memberi
sebarang kesan ke atas doktrin”
Di dalam buku “The Story of Manuscripts” oleh Rev. George E. Merrill, beliau memetik Prof.
Arnold berkata:
“terdapat tidak lebih daripada 1500 hingga 2000 tempat di mana teks sebenarnya tidak dapat
dipastikan…”
Perhatikan bagaimana Profesor ini mula-mula mendakwa bahawa bilangan “variasi pembacaan”
hanyalah sebahagian kecil daripada bilangan sebenarnya (menurutnya hanya 1500-2000) yang
menurutnya adalah amat kecil. Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana semua ini tidak perlu
diberi perhatian kerana hanya lebih kurang sedozen daripadanya mempunyai kepentingan dari
segi doktrin. Dengan cara ini, dalam satu perenggan sahaja, ribuan penambahan, pembuangan
dan “pembetulan” oleh gereja selama berabad-abad telah dikurangkan kepada hanya sedozen
dan kemudiannya kepada tiada langsung.
Dapatkah anda lihat bagaimana pengubahsuaian teks selama berabad-abad dijelaskan dan
diketepikan dengan mudah dan segera? Bagi mereka ini, jawapannya mudah. Semua
pengubahsuaian ke atas teks adalah “remeh” dan “tidak memberi kesan” [9]. Bagi mereka,
hanya beberapa ribu, atau beberapa puluh ribu kesilapan di dalam “kata-kata yang diilhamkan
oleh Tuhan” adalah boleh diterima. Bagi mereka ini hanyalah persoalan “roh” buku tersebut.
Bagi mereka, sesetengah firman Tuhan tidak begitu penting dan boleh diabaikan. Mari kita lihat
apa kata Jesus (a.s.) mengenai golongan ini [10]:
“Jesus menjawab, “Di dalam al-kitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja,
tetapi juga dengan setiap perkataan yang difirmankan oleh Allah'”.”
Matius 4:4
“untuk membuat engkau mengerti bahawa manusia hidup bukan daripada roti sahaja, tetapi
manusia hidup daripada segala yang diucapkan oleh TUHAN.”
Ulangan 8:3
“Janganlah kamu menambahi apa yang Kuperintahkan kepadamu dan janganlah kamu
menguranginya, dengan demikian kau berpegang kepada perintah Tuhan, Allahmu, yang
kusampaikan kepadamu.”
Ulangan 4:2
Kita boleh lihat persoalan ini begini. Jika saya katakan kepada anda: “Saya mahu memotong
beberapa bahagian kecil daripada tubuh anda. Tidak lebih daripada tiga puluh atau empat
203
puluh kepingan.” Adakah anda akan berkata: “Baiklah. Asalkan anda tidak memotong mana-
mana bahagian yang ‘penting’ atau ‘besar’.“. Bolehkah kita mengambil sikap ini terhadap
kitab Tuhan?
Adakah benar bahawa daripada ribuan kesilapan-kesilapan yang ada, kesemuanya “tidak
menjejaskan doktrin langsung“. Untuk menjawab soalan ini, kita lihat beberapa contoh.
Perhatikan bahawa hanya terdapat dua tempat di dalam Perjanjian Baru yang menyebut Jesus
diangkat ke syurga, iaitu Markus 16:19 dan Lukas 24:51. Seperti yang kita lihat, kedua-dua
ayat ini dipersoalkan kesahihannya di dalam New Revised Standard Version Bible dan juga oleh
terjemahan-terjemahan baru yang berlaku jujur, kecuali KJV.
Merujuk kepada ketiadaan ayat yang menjejaskan penebusan dosa, kita dapati perubahan-
perubahan berikut di dalam Bible yang termoden (berdasarkan manuskrip-manuskrip tertua
yang wujud hari ini):
Kolose 1:14 di dalam KJV berbunyi “Melalui darah AnakNya, Allah membebaskan kita
dan mengampunkan dosa kita“. Versi yang lebih tepat seperti yang didapati di dalam
NASB atau NRSV tidak mengandungi “darah AnakNya“.
Ibrani 1:3 di dalam KJV berbunyi “Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-
gemilang dan dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini
dengan firmanNya yang berkuasa. Setelah dia dengan sendirinya membebaskan
manusia daripada dosa, dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang
Tertinggi.“. Terjemahan-terjemahan yang lebih baru dan tepat telah membuang “dia
dengan sendirinya“.
1 Petrus 4:1 di dalam KJV berbunyi “Kerana Kristus telah menanggung penderitaan
secara jasmani untuk kita…“. Bacaan yang betul seperti yang terdapat di dalam NASB
telah membuang “untuk kita“.
1 Korintus 5:7 di dalam KJV berbunyi “Perayaan Paska kita sudah tersedia, kerana
Kristus, domba Paska kita sudah dikorbankan untuk kita“. Terjemahan yang lebih jujur
tidak mengandungi “untuk kita“.
Penambahan-penambahan lain oleh Gereja yang hanya kini mulai dikenal pasti dan dibuang
oleh sarjana-sarjana Kristian terkemuka hari ini adalah:
TUHAN – dibuang daripada ayat Mat. 13:51, Markus 9:24, Kisah Rasul-rasul 9:6, 2
Kor. 4:10, Gal. 6:17, 2 Tim. 4:1, Titus 1:4.
JESUS – dibuang daripada ayat Mat. 8:29, Mat. 16:20, 2 Kor. 4:6, 2 Kor. 5:18, Kol.
1:28, File. Ayat 6, 1 Petrus 5:14.
KRISTUS – dibuang daripada ayat Lk. Yoh. 4:41; Kisah Rasul-rasul 16:31; Rom. 1:16;
1 Kor. 16:23; 2 Kor. 11:31; Gal. 3:17; Gal. 4:7; 1 Tes. 2:19; 1 Tes. 3:11; 1 Tes. 3:13; 2
Tes. 1:8; Ibr. 3:1; 1 Yoh. 1:7; Wah. 12:17.
JESUS KRISTUS – dibuang daripada ayat 1 Kor. 16:22; Gal. 6:15; Efe. 3:9; 2 Tim.
4:22.
TUHAN JESUS KRISTUS — dibuang daripada ayat Rom 16:24; Efe. 3:14; Kol. 1:2.
ANAK ALLAH – dibuang daripada ayat Yohanes 9:35; Yohanes 6:69.
204
Sedikit demi sedikit, tetapi dengan pasti, sarjana-sarjana Kristian ini mulai mengenal pasti
“pembetulan-pembetulan” yang “tidak ketara” dan “tidak penting” yang telah dilakukan oleh
Gereja ke atas teks Bible selama beberapa abad untuk menjadikan doktrin yang diterima pakai
oleh mereka “jelas” kepada pembaca.
Sesungguhnya kebanyakan sarjana-sarjana Bible yang berilmu amat menyedari dan bersedia
mengakui bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan Bible selama beberapa abad
telah terjerumus ke dalam kecenderungan untuk menyebarkan doktrin yang mereka percayai.
Satu contoh kecenderungan ini melibatkan seorang pelajar mazhab St. Paul bernama Marcion
yang hidup pada awal abad kedua. Marcion menganggap gospel asal Jesus (a.s.) telah
terseleweng akibat kecenderungan hawari-hawari pertama terhadap Judaisma dan bahawa PL
tiada kaitan dengan penganut Kristian.
Menurut Marcion, hanya Saint Paul yang memahami ajaran asal Jesus dengan betul. Beliau
seterusnya mengumpulkan sepuluh surat-surat Paul dan menyunting “Lukas” dengan
membuang semua undang-undang dan rujukan kepada Perjanjian Lama, serta semua kisah yang
merujuk kepada latar belakang Yahudi Jesus.
Pembaca digalakkan menyemak semula ayat-ayat yang ditambah yang telah dibincangkan
dalam bab ini, yang kini diakui oleh sarjana-sarjana konservatif Trinitari sendiri sebagai bukan
sebahagian daripada Bible, sebaliknya adalah teks-teks yang “tidak penting” yang telah
ditambah oleh Gereja beberapa abad kemudian. Perhatikan bagaimana perinciannya tidak
ditemui di dalamnya. Perhatikan bagaimana perhatian penuh telah diberikan kepada ayat-ayat
yang ditambah ini. Perhatikan bagaimana ianya amat “kerohanian”. Apakah ertinya semua ini
kepada kita?
Sila ingat bahawa ini hanyalah beberapa sahaja daripada percanggahan-percanggahan yang
paling jelas. Dalam banyak kes, para penterjemah tidak dapat menentukan makna sebenar
secara saintifik dan tidak berat sebelah. Oleh yang demikian, mereka kelihatannya telah
memilih versi yang diterima pakai oleh kebanyakan daripada “autoriti-autoriti purba”. Saya
pasti tiada sesiapa pun yang menganggap ini sebagai penentuan secara saintifik (contohnya,
mungkin sebahagian kecil versi tersebut ditemui di dalam manuskrip-manuskrip tertua, seperti
yang dilihat di atas). Dalam keadaan-keadaan lain pula mereka mengakui terpaksa
menggunakan penilaian sendiri dalam usaha untuk menyelesaikan percanggahan yang lebih
serius.
Contohnya, di dalam pengenalan “The New Revised Standard Version of the Bible” yang
diterbitkan oleh Oxford Press, kita dapati:
“Kadang-kala terbukti bahawa teks tersebut telah diubah suai dan tiada satu versi pun yang
dapat memberikan pembetulan yang memuaskan. Di sini, kami hanya dapat mengikuti
penilaian terbaik sarjana-sarjana yang kompeten untuk membina semula teks asal.” (penekanan
ditambah)
“Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu rasul Kami, menjelaskan kepadamu
banyak daripada isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan dan banyak (pula yang) dibiarkannya.
Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada Allah, dan kitab yang menerangkan.”
Seperti yang telah kita lihat, ini bukanlah pendapat karut segelintir pembenci Kristian.
Maklumat ini telah dikenal pasti dan diakui oleh dunia Kristian Barat hari ini sehinggakan
205
ensiklopedia mereka sendiri mengesahkannya, dan biar pun tiada sesiapa akan menganggap
ensiklopedia sebagai rujukan rasmi Kristian, ia menggambarkan betapa maklumat ini telah
diterima di Barat hari ini. “Grolier’s Encyclopedia” di bawah tajuk “Jesus Christ” berkata:
“Gospel-gospel menurut Matius, Markus, Lukas dan Yohanes yang merupakan empat buku
pertama di dalam Perjanjian Baru Bible adalah sumber utama mengenai kehidupan Jesus.
Hasil kerja ini adalah saksi utama kepada pegangan masyarakat Kristian awal, namun, harus
digunakan secara kritikal sebagai bukti mengenai sejarah Jesus. Kaedah-kaedah ini
termasuklah sumber, bentuk dan kritikan redaksi… Kaedah-kaedah ini menyediakan ciri-ciri
untuk menapis redaksi dan tradisi dan membina semula utusan dan misi Jesus dalam sejarah…
Penggunaan kaedah-kaedah kritikal yang telah diterangkan menunjukkan bahawa kisah di
dalam gospel asalnya bermula dengan pembaptisan Jesus oleh Yohanes Pembaptis (Mat. 3:13-
17; Markus 1:9-11, Lukas 3:21-22, Yohanes 1:29-34).
“The Five Gospel” adalah buku sepanjang 550 muka surat yang mengandungi terjemahan
Gospel-Gospel Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Ia adalah hasil kajian selama enam tahun
oleh 24 sarjana-sarjana Kristian dari beberapa universiti di Barat. Mereka membuat keputusan
untuk menghasilkan terjemahan Gospel-gospel yang tidak dipengaruhi oleh pegangan peribadi
penterjemah. Telah diputuskan bahawa terjemahan ini akan memberi pembaca gambaran jujur
mengenai apa yang benar-benar dikatakan oleh Jesus. Mereka telah mengimbas teks untuk
mencari kata-kata Jesus (a.s.) dan mengumpul 1,500 indeks kata-katanya. Mereka menguji
kesahihan kata-kata ini satu demi satu untuk melihat sama ada Jesus telah mengucapkannya.
Kemudian mereka menghasilkan terjemahan baru yang diwarnakan untuk menunjukkan kata-
kata Jesus yang sah dan kata-kata yang kurang boleh diyakini sebagai telah diucapkan oleh
Jesus. Kesimpulan mereka (pada muka surat 5) adalah:
“Lapan puluh dua peratus daripada kata-kata yang disandarkan kepada Jesus di dalam gospel-
gospel sebenarnya tidak diucapkan oleh beliau”
“Sarjana-sarjana dan ahli-ahli teologi biblikal telah belajar membezakan di antara Jesus
sebagai watak sejarah dan Kristus agama. Ia adalah pengajaran yang menyakitkan buat kedua-
dua gereja dan para sarjana. Perbezaan di antara dua watak ini adalah perbezaan di antara
watak sejarah yang hidup pada suatu masa tertentu di tempat tertentu… dengan watak yang
diberikan peranan dongeng di mana beliau turun dari langit dan menyelamatkan manusia, dan
semestinya, kembali semula ke sini.”
206
Jika 82% daripada “kata-kata Jesus” di dalam Bible sebenarnya tidak pernah diucapkan oleh
beliau, maka dari manakah ia datang? Beberapa sumber yang dibincangkan oleh mereka adalah:
“Konsep plagiat tidak wujud pada zaman purba. Pengarang-pengarang meniru daripada
mereka yang terdahulu tanpa sebarang pengiktirafan. Golongan bijak pandai menjadi tumpuan
bidalan dan kebijaksanaan. Bagi penganut-penganut Kristian yang pertama, Jesus adalah
seorang legenda bijak pandai; adalah wajar untuk menyandarkan sesuatu yang bijaksana
kepadanya. Bidalan di dalam Markus 2:17 contohnya, dikesan dari sumber-sumber sekular
(contohnya, Pluttarch dan Diogenes)… dan di dalam petikan Markus, Matius menambah satu
ayat yang diambil daripada nabi Hosea (Mat. 9:13).”
Juga:
“Kerap kali pepatah yang keras dilembutkan semasa dalam proses penyebaran untuk
mengubahsuainya kepada keadaan kehidupan seharian…Variasi dalam pepatah yang sukar
kerap kali mendedahkan kepayahan masyarakat Kristian awal menafsirkan atau mengubahsuai
pepatah kepada keadaan mereka… Versi Matius mengenai aforisma “Yang terakhir akan
menjadi yang terdahulu dan orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir” (Mat. 20:16)
dilembutkan di dalam Markus 10:31 kepada “BANYAK orang yang sekarang ini terdahulu
akan menjadi yang terakhir, dan BANYAK yang sekarang ini terakhir akan menjadi yang
terdahulu”.”
“Keyakinan kuat Kristian akhirnya menenggelamkan Jesus: beliau terpaksa mengakui apa yang
penganut-penganut Kristian percayai… Perbezaan di antara bahasa dan sudut pandangan
Kristian dengan sudut pandangan Jesus adalah petunjuk penting kepada suara sebenar Jesus,
bahasa Jesus adalah tersendiri, seperti juga gaya dan perspektif beliau.”
Yang diutarakan di atas adalah sebahagian kecil daripada contoh-contoh bukti yang jelas bahasa
Bible telah diubah suai dan diputar belit. Sehingga ke hari ini ia masih terus disunting,
dibetulkan dan diubah suai. Ini tidaklah bermakna bahawa penganut-penganut Kristian
bukanlah orang-orang yang baik dan jujur dalam mencari kebenaran, tetapi adalah sebaliknya.
Di kalangan mereka adalah di antara manusia yang amat baik dan berakhlak di bumi ini.
Matlamat buku ini hanyalah untuk menunjukkan bahawa fahaman Kristian yang ada hari ini
bukanlah seperti yang diajar oleh Jesus (a.s.) kepada pengikut-pengikutnya dua ribu tahun yang
lalu. Ini adalah apa yang telah ditekankan oleh Qur’an selama lebih seribu empat ratus tahun.
“Hai Ahli Kitab, mengapakah kamu mengengkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui
(kebenarannya). Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang
batil, dan menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahui?”
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam (penyerahan). Tiada
berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada
mereka kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap
ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabnya.”
207
“Mereka itu tidak sama; di antara Ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka
membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud
(bersembahyang).”
“Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa
yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah
hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit.
Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya. Sesungguhnya Allah amat cepat
perhitungannya.”
“Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu
banyak daripada isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan dan banyak (pula yang) dibiarkannya.
Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada Allah, dan kitab yang menerangkan.”
Markus 14:55-59
Sarjana-sarjana Kristian mengetahui, mengakui dan telah mendokumenkan banyak dan berbagai
percanggahan-percanggahan yang ditemui di dalam Bible selama beberapa abad. Percanggahan
ini adalah kesan langsung daripada usaha berterusan dan tidak jemu-jemu untuk membetulkan
dan membaiki Bible untuk menjadikan sesuatu doktrin “jelas” kepada pembaca. Orang ramai
tidak mengetahui mengenai hal ini.
Terdapat banyak bukti sejarah dan penulisan yang terdapat di dalam Bible yang menyokong
kesimpulan ini. Banyak contoh-contoh terperinci telah dikemukakan di sini dan dalam bab-bab
lain di dalam buku ini. Seperti yang telah ditunjukkan, beberapa sarjana-sarjana Kristian
menganggarkan bahawa bilangan kesilapan di dalam Bible adalah sekitar 14,800-50,000 atau
mungkin lebih. Inilah sebabnya mengapa Gereja perlu mendesak orang ramai supaya “beriman
buta”.
Kini telah diakui bahawa Matius bukanlah pengarang buku Matius (contohnya, baca Matius
9:9). Yohanes juga telah diakui sebagai bukan pengarang Yohanes. (contohnya, baca Yohanes
21:24)… dan seterusnya. Sarjana-sarjana Kristian (bukan Muslim) ini sehinggakan telah
berusaha untuk mengenal pasti dokumen-dokumen asal yang digunakan untuk menghasilkan
buku-buku ini, seperti J, P, Y, Q dan sebagainya (lihat bahagian 2.3). Selama beberapa abad,
208
Qur’an telah bersaksi bahawa kitab-kitab Tuhan yang terdahulu telah diubah suai oleh segelintir
manusia yang tidak bertanggungjawab.
Meskipun kini sarjana-sarjana Kristian dan universiti-universiti mereka sendiri mengakui hal ini
sebagai hakikat sejarah, mereka masih tidak mengambil berat untuk memaklumkan orang
ramai. Beberapa daripada sarjana-sarjana Kristian ini, seperti F.F. Bruce, kelihatannya telah
mengaku kalah untuk menyangkal bukti-bukti pengubahsuaian dan kini mengambil jalan
“merohanikan” Bible dan berkata bahawa sesungguhnya ajaran-ajaran Bible adalah berguna
kalau pun kita tidak tahu siapa sebenarnya pengarang-pengarang yang diilhamkan.
Yang lain pula berkeras untuk tidak percaya bahawa ada yang telah mengubah firman Tuhan,
atau bahawa Bible mengandungi sebarang percanggahan tidak kira banyak mana pun bukti yang
dikemukakan. Mereka sama ada:
Pun begitu, mereka tidak berusaha untuk menjelaskan semua percanggahan-percanggahan yang
dikemukakan. Seperti yang telah kita lihat dalam bab sebelum ini, mereka telah mewujudkan
suatu sistem di mana dalam satu perenggan sahaja mereka dapat mengurangkan ribuan
percanggahan kepada “hanya beberapa yang penting”, dan sebelum mengakhiri perenggan
tersebut, “beberapa percanggahan” ini diketepikan sebagai “hanya apa yang kelihatannya
seperti bercanggah”.
Masalahnya adalah dalam banyak kes apabila manusia diberikan pilihan dalam dua perkara,
maka beliau akan memilih yang lebih mudah di antara keduanya, walaupun kadang kala yang
dipilih itu bukannya yang terbaik pada penilaiannya sendiri. Sesungguhnya inilah sebabnya
begitu ramai yang hilang semua wang simpanan mereka kepada pihak yang berkata bahawa
wang tersebut akan dilaburkan untuk perkara “yang pasti membawa keuntungan”, atau yang
menggalakkan mereka membeli loteri.
Kita tidak mengharapkan ladang kita menghasilkan buah tanpa perlu berusaha keras
mengerjakan ladang tersebut selama beberapa bulan. Kita tidak mengharapkan sebuah syarikat
besar bersedia membayar gaji yang lumayan tanpa kita perlu bekerja untuk mereka, tetapi
apabila berhadapan dengan ganjaran muktamad, iaitu syurga Tuhan, kita diberitahu bahawa kita
tidak perlu berusaha untuk ganjaran muktamad ini.
Paul telah menjadikan penyelamatan komoditi yang mudah dalam agama Kristian. Mereka
hanya perlu “beriman”. Amal tidak perlu. Tiada sesiapa yang perlu berusaha untuk
diselamatkan (Rom 3:28 dll). Paul telah membawa “sesuatu yang pasti” dan jalan pintas untuk
selamat. Rukun-rukun yang Jesus (a.s.) sendiri patuhi sepenuhnya dengan taat sehinggalah
peristiwa penyaliban telah dibuang oleh Paul kerana ia telah lapuk, reput, dan hampir pupus
(Ibrani 8:13 dll).
209
(Matius 9:16-21). Hakikat bahawa Jesus (a.s.) sendiri telah mengarahkan pengikut-pengikutnya
untuk mematuhi rukun-rukun selama-lamanya juga telah dilupakan (Matius 5:17-19). Apa yang
mereka perlukan hanyalah “iman”. Mereka telah pun selamat. Undang-undang dan rukun-rukun
hanyalah “tambahan”.
Dalam bab ini saya mengemukakan jadual ini yang mengandungi sebahagian kecil contoh
daripada percanggahan-percanggahan yang banyak dan berbagai di antara ayat-ayat di dalam
Bible. Ini hanyalah beberapa contoh yang mudah dan jelas yang diketahui hari ini. Contoh-
contoh lain yang lebih serius memerlukan perbandingan di antara banyak ayat-ayat (sebagai
contoh, lihat bahagian 5.2, 5.4 dan 5.5), atau memerlukan pengetahuan mengenai sejarah atau
sains.
Pembaca digalakkan mengkaji sendiri contoh-contoh ini dan cuba untuk menganalisa alasan-
alasan yang dikemukakan secara objektif. Tolong jangan menerima sahaja sebarang usaha untuk
menjustifikasi percanggahan-percanggahan ini tanpa menganalisanya dengan teliti terlebih
dahulu. Apabila seseorang memberitahu anda bahawa sesuatu adalah kesilapan juru tulis, maka
ingatlah bahawa penyebar-penyebar Perjanjian Lama pun mendakwa bahawa setiap perkataan
dan setiap huruf telah dikira dengan teliti dan direkodkan dan oleh itu, adalah mustahil terdapat
kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan. Dakwaan ini dengan sendirinya menyanggah
sebarang alasan [11].
Saya telah melihat banyak apa didakwa sebagai ‘keajaiban angka’ dan ‘penemuan kod’ di
dalam Bible. Salah satu dakwaan tersebut yang saya temui baru-baru ini adalah dakwaan
bahawa Taurat sentiasa sah secara statistik sehingga 99.998%. Seorang yang begitu taksub
dengan hal ini adalah Ivan Pannin yang menghabiskan 50 tahun menulis lebih 43,000 muka
surat untuk mengkaji angka Bible dalam usaha untuk membuktikan bahawa Bible mengandungi
keajaiban angka yang merujuk kepada angka tujuh dan sebelas, dan nilai kedudukan huruf-
huruf dan lain-lain.
Pertama sekali, seperti yang diperhatikan oleh Gary Miller, Bible tidak menyatakan hal ini
mempunyai sebarang relevan. Tuhan tidak pernah berfirman: “Perhatikan keajaiban tujuh dan
sebelas“. Kedua, “keajaiban angka” ini dipetik sebagai bukti betapa Bible “dipelihara dengan
rapi”. Begitu pun, Bible mengandungi begitu banyak percanggahan angka (lihat contoh di
dalam jadual ini) yang telah diketepikan oleh sarjana-sarjana yang sama sebagai “kesilapan
penulisan”.
Yang mana sebenarnya? Adakah Bible telah dipelihara dengan begitu sempurna tanpa cacat
cela, atau adakah Bible terdedah kepada “kesilapan penulisan” sedemikian rupa sehingga Bible
sekarang tidak 100% lengkap dan tidak mengandungi firman Tuhan yang tiada kesilapan? Jelas
sekali kita tidak boleh menerima kedua-duanya.
Contohnya, Pannin sendiri telah mengkaji semula Bible berdasarkan ide-idenya. Di tempat-
tempat di mana sesuatu teks tidak menepati teorinya, beliau memilih sesuatu yang bersesuaian
dengan skemanya. Seorang pengarang mengenai “teomatik” mempertahankan bahawa buku
Ibrani ditulis oleh Paul kerana ini bermakna jumlah buku di dalam Paul yang ditulis oleh Paul
adalah empat belas yang merupakan gandaan tujuh. Perhatikan bagaimana teks disesuaikan
dengan teori dan bukan sebaliknya.
Satu lagi kaedah yang digunakan untuk menjelaskan percanggahan-percanggahan yang terdapat
di dalam Bible akibat daripada “pembetulan” selama berabad-abad adalah penjelasan Encik J
mengenai percanggahan di antara Matius 17:13 dan Yohanes 1:21 (dibincangkan di no. 16 di
bawah) iaitu, “Yohanes menjawab soalan tersebut secara terus dan langsung, beliau bukan
Elijah, beliau adalah Yohanes, anak kepada Zakaria… Yohanes tidak berminat untuk
210
menimbulkan spekulasi mengenai dirinya, tetapi menumpukan perhatian terhadap orang yang
beliau telah ditugaskan untuk menyediakan jalan“. Jadi, jika Joe adalah Timbalan Pengetua dan
seseorang bertanya, “Adakah Joe timbalan pengetua?“, dan Pengetua menjawab “Ya.“, maka
adalah wajar bagi Joe untuk berkata, “Saya bukan Timbalan Pengetua.“, kerana beliau sedang
“berbicara dalam konteks beliau adalah Joe” dan beliau mahu “perhatian ditumpukan” kepada
Pengetua?
Adakah ini boleh diterima akal? Hujah mereka yang mempertahankannya dikemukakan dengan
penuh keyakinan sehingga orang ramai tidak kisah untuk menganalisanya atau menyelidik
dengan lebih lanjut. Penerimaan kaum Yahudi terhadap Jesus sebagai Al-Masih bergantung
kepada pengakuan Yohanes bahawa beliau adalah Elias (Markus 9:12). Jika Yohanes tidak
mengakui bahawa beliau adalah Elias, maka seluruh utusan Jesus (a.s.) tidak boleh dipercayai.
Adakah ini caranya Yohanes “menumpukan perhatian” terhadap Jesus?
Sukar dipercayai bahawa Yohanes (a.s.), seorang nabi, sengaja berbohong terutamanya
mengenai perkara yang boleh memansuhkan seluruh ajaran Jesus. Sukar juga dipercayai
bahawa seorang nabi Tuhan menjadi seorang nabi selama beberapa tahun sebelum kedatangan
Jesus (a.s.), memenuhi banyak ramalan, tetapi tidak mengetahui bahawa dirinya adalah utusan
Tuhan serta tidak dimaklumkan oleh Tuhan bahawa beliau telah diutus.
Qur’an memaklumkan kita bahawa jika firman Tuhan diubahsuai oleh manusia maka hal ini
mudah dikesan melalui percanggahan-percanggahan yang terhasil akibat pengubahsuaian
tersebut. Kita dapati:
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an? Kalau kiranya Al-Qur’an itu bukan
dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”
Malahan Bible sendiri memberikan ciri-ciri yang sama untuk mengesan sebarang
pengubahsuaian.
“Banyak saksi memberikan kesaksian palsu tentang Jesus, tetapi kesaksian mereka saling
bertentangan.”
Markus 14:56
Kita telah lihat di dalam bab sebelum ini, dan seterusnya daripada jadual ini bahawa “saksi”
kepada Gospel-gospel di dalam tangan kita hari ini sesungguhnya “tidak sepakat“. Ini adalah
kesan pengubahsuaian oleh banyak tangan. Oleh itu, seperti yang didakwa oleh Qur’an, ini telah
menjadikannya “kesaksian palsu menentang beliau (Jesus)“. Saya berharap anda akan
mendapati contoh-contoh ini menyedarkan dan berguna kepada anda.
Senarainya amat panjang, tetapi contoh-contoh ini diharapkan telah memadai untuk pembaca
melihat apa yang telah menyebabkan ramai sarjana-sarjana Kristian mengakui bukti
pengubahsuaian. Tuhan tidak mewahyukan percanggahan. Segolongan manusia telah
mengubahsuai kata-kata di dalam Bible dan kemudian menyebarkannya kepada manusia
sebagai “kata-kata Tuhan yang tidak mengandungi kesilapan”. “Pembetulan” selama berabad-
abad ke atas Bible untuk mengajukan doktrin-doktrin terpilih telah meninggalkan kesan
sampingan (Ingat: ada sarjana-sarjana Kristian yang mengakui bahawa bilangan “kesilapan”
sebenarnya adalah di antara 14,800 hingga 50,000).
211
Sebarang sarjana Kristian yang terkemuka tidak akan mendakwa bahawa beliau dapat
meyakinkan kebanyakan sarjana-sarjana Bible bahawa kesemua 50,000 kesilapan hanya
kelihatan seperti kesilapan dan bahawa beliau boleh memberikan penjelasan yang logikal untuk
semua kesilapan tersebut, satu demi satu, daripada teks Bible sendiri. Sarjana-sarjana Bible
yang terkemuka yang mempunyai walaupun sedikit pengetahuan mengenai sejarah Gereja dan
pemeliharaan manuskrip Biblikal sedar hal sebenarnya.
Paling-paling pun, mereka hanya akan cuba mendakwa bahawa kesemua 14,800-50,000
kesilapan tersebut adalah “tidak penting” dan “tidak perlu diberi perhatian”, atau bahawa
kesilapan tersebut “tidak menjejaskan ajaran asas”. Kita telah melihat contoh-contohnya dalam
bahagian sebelum ini. Kita diminta memahami bahawa Bible adalah sebuah buku purba dan
“jelasnya” lambat laun kesilapan akan menyusup masuk. Bagaimanapun, ini mengabaikan tiga
isu yang penting.
Pertamanya, kita bukannya memperkatakan mengenai sebarang buku biasa, sebaliknya kita
sedang mencari firman Tuhan yang asal dan tulen, dan Bible berkata:
“Rumput menjadi kering, bunga menjadi layu, tetapi firman Allah kita tetap untuk selama-
lamanya.”
Yesaya 40:8
Maka jika 14,800-50,000 kesilapan telah menyusup masuk ke dalam Bible, maka manakah
firman Tuhan yang tiada kesilapan yang telah dijanjikan untuk kita? Jawapannya ialah Tuhan
telah menurunkannya kepada kita dalam kitabNya yang terakhir, iaitu Qur’an.
“Siapa yang setia dalam perkara kecil, akan setia juga dalam perkara besar. Tetapi siapa yang
tidak jujur dalam perkara kecil, tidak akan jujur dalam perkara besar.”
Maka menurut Jesus (a.s.) sendiri, tidak wujud kesilapan yang “tidak penting” atau kesilapan
penulisan yang “tidak penting”. Ini terutamanya dalam kes “Firman Tuhan”, lebih-lebih lagi
jika dipertimbangkan Yesaya 40:8, atau
“Bagaimanakah kamu berani berkata: Kami bijaksana, dan kami mempunyai Taurat TUHAN?
Sesungguhnya pena palsu penyurat sudah membuatnya jadi bohong?”
Ketiga, jika salah seorang daripada kita ditugaskan untuk memelihara kitab purba kita yang kita
hargai dengan menyalinnya ke dalam salinan baru untuk generasi akan datang, bolehkah kita
bayangkan bahawa kita akan menjadi begitu sambil lewa dan cuai dalam menjalankan tugas kita
sehingga kita menyebabkan, bukannya satu atau dua, tetapi ribuan kesilapan di dalam salinan
baru? Mungkinkah tiada sesiapa yang merasakan perlu untuk menyemak hasil kerja juru tulis
ini? Tiadakah orang atas yang boleh menyemaknya buat kali kedua atau ketiga? Adakah juru
tulis tersebut sendiri tidak menyemaknya?
Untuk mempercayai dakwaan ini bermakna menuduh bahawa gereja tidak acuh dan tidak
bersungguh-sungguh. Tiada sebab lain. Jika kita tidak dapat menjelaskan satu persatu setiap
daripada 14,800-50,000 kesilapan, tidak kira betapa “remeh”, di dalam konteks teks Bible
212
sahaja, maka sama ada kesilapan-kesilapan tersebut disengajakan, atau mereka disebabkan oleh
sikap tidak acuh dan tidak bersungguh-sungguh mereka terhadap kitab mereka yang paling suci
yang mana ini tidak boleh diterima akal.
Untuk perbincangan lanjut, sila baca bahagian 2.1.12 dan 2.1.13, serta buku-buku berikut:
“The Life of Jesus Critically Examined” oleh David Friedrich Strauss, disunting oleh
Peter C. Hodgston dan diterjemah oleh George Elliot.
“The Skeptical Review“, majalah yang diterbitkan di Canton, Illanois oleh sarjana-
sarjana Bible dan bekas paderi-paderi Kristian.
Ulangan 31:24-29
“Bagaimanakah kamu berani berkata: Kami bijaksana, dan kami mempunyai Taurat TUHAN?
Sesungguhnya pena palsu penyurat sudah membuatnya jadi bohong?”
“ (Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati
mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan (Allah) daripada tempat-tempatnya,
dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan
dengannya, dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan daripada mereka
kecuali sedikit di antara mereka, maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka,
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
“Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera
(memperlihatkan) kekafirannya, iaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut
mereka: “Kami telah beriman”, pada hal hati mereka belum beriman, dan (juga) di antara
orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan
213
amat suka mendengar perkataan -perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu;
mereka merubah perkataan-perkataan (Taurat) daripada tempat-tempatnya. Mereka
mengatakan: “Jika diberikan ini (yang telah diubah) kepada kamu, maka terimalah, dan jika
kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah”. Barang siapa yang Allah menghendaki
kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang)
daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati
mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar.”
Selama berabad-abad, satu-satunya buku sejarah yang ada pada penganut Kristian dan bangsa
Yahudi adalah Perjanjian Lama. Jika seseorang ingin tahu apa yang berlaku pada masa lalu,
mereka akan mengkaji Perjanjian Lama untuk mendapatkan jawapannya. Teori-teori baru hidup
dan mati berdasarkan keselarasan mereka terhadap apa yang diajar oleh Perjanjian Lama.
Kemudian percanggahan-percanggahan di dalamnya mulai disedari.
Apabila manusia mulai mengkaji Perjanjian Lama dengan terperinci, dan membandingkan ayat-
ayat yang merujuk kepada topik yang sama untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat
terperinci, mereka mulai menyedari kisah-kisah yang bercanggah mengenai sesuatu hal, dan
juga masalah-masalah lain.
Contohnya, pada abad ke sebelas mereka mulai menyedari bahawa senarai raja-raja Edomit di
dalam Kejadian mengandungi nama 36 raja-raja yang hidup lama selepas kewafatan Musa.
Seterusnya, mereka mulai menyedari bahawa penyataan-penyataan seperti “hingga ke hari ini”
menunjukkan bahawa sesuatu adalah benar, yang mana ini membayangkan bahawa
pengarangnya melihat sesuatu peristiwa melalui kaca mata sejarah dan telah melihat apa yang
mereka lalui.
Selanjutnya, mereka mendapati bahawa pada permulaan ayat-ayat dalam manuskrip Perjanjian
Lama, Ulangan berkata: “Ini adalah kata-kata Musa kepada anak-anak Jesus di seberang
Jordan…..“. Mereka menyedari bahawa ungkapan “di seberang Jordan” merujuk kepada
mereka yang tinggal di seberang sungai Jordan bertentangan dengan pengarang. Namun orang
yang dipercayai mengarangnya, iaitu Musa, tidak pernah tinggal di Israel sepanjang hayatnya.
Juga didapati bahawa di dalam Ulangan 34:5-10, Musa memperkatakan tentang kewafatan
beliau dengan terperinci serta di mana beliau dikebumikan. Musa juga menggelarkan dirinya
orang yang paling rendah diri di dunia dalam Bilangan 12:3 (adakah seorang yang rendah diri
akan mengatakan bahawa beliau adalah yang paling rendah diri di dunia?). Dalam Ulangan
34:10 kita dapati “tidak ada lagi nabi yang bangkit di antara orang Israel seperti Musa“. Ini
membayangkan bahawa si pengarang melihat Musa dalam sejarah lama selepas kewafatan
Musa. Kini, hal-hal seperti ini mulai terbongkar dan percanggahan-percanggahan lain mulai
ditemui.
Pada mulanya, Musa dikatakan telah menulis Pentateuch (lima “Buku-buku Musa”) dan sesiapa
yang menyangkal hal ini dihukum berat atau menerima nasib yang lebih buruk. Bagaimanapun,
penjelasan perlu diberikan apabila hal ini mulai diketahui ramai. Contohnya, penjelasan pertama
yang dikemukakan ke atas ayat-ayat yang merujuk kepada kewafatan Musa adalah bahawa
Musa (a.s.) telah menulis buku-bukunya, tetapi nabi-nabi selepasnya serta juru-juru tulis yang
“diilhamkan” (yang juga dianggap sebagai nabi) kemudiannya telah menambah beberapa baris
di sana sini.
214
Dengan ini, teks tersebut masih kekal sebagai 100% “wahyu” daripada Tuhan. Namun
penjelasan ini tidak dapat bertahan kerana gaya dan ciri-ciri sastera ayat-ayat tersebut adalah
sama keseluruhannya. Sebagai contoh, ayat-ayat yang menceritakan kewafatan dan
pengebumian Musa menunjukkan ciri-ciri sastera yang sama seperti ayat-ayat sebelum dan
selepasnya.
Selepas ini, pendekatan yang diambil adalah menerangkan sebarang dan semua percanggahan
menggunakan abstraksi dan tafsiran yang panjang lebar, atau dengan memperkenalkan kisah-
kisah tambahan yang tiada di dalam teks biblikal. Lebih kurang pada masa ini, penemuan baru
yang mengejutkan telah dibuat. Didapati bahawa cerita-cerita di dalam lima buku-buku Musa
terdiri daripada beregu. Beregu adalah kes di mana satu kisah diceritakan dua kali. Di dalam
Bible terjemahan bahasa Inggeris sekali pun, beregu-beregu ini dapat diperhatikan. Beregu-
beregu ini telah dijalin dengan begitu baik sehingga menjadi satu kisah.
Sebagai contoh, terdapat beregu mengenai penciptaan dunia, perjanjian di antara Tuhan dan
Ibrahim, penamaan Ishak, pengakuan Ibrahim bahawa isterinya Sarah adalah saudara
perempuannya, kisah pengembaraan Yaakob ke Mesapotamia, pendedahan Yaakob di Beth El
dan lain-lain. Dalam kebanyakan kes, beregu-beregu ini sebenarnya bercanggah di antara satu
sama lain. Golongan pembela sekali lagi muncul dengan penjelasan mereka. Mereka mendakwa
bahawa beregu-beregu ini adalah pelengkap antara satu sama lain dan tidak bercanggahan.
Mereka mendakwa bahawa beregu ini bermaksud untuk mengajar kita sesuatu melalui apa yang
“kelihatannya” seperti percanggahan.
Namun penjelasan ini tidak dapat bertahan lama. Ini adalah kerana tidak lama kemudian, telah
didapati bahawa apabila beregu ini dipisahkan kepada dua kisah, kerap kali setiap kisah adalah
selaras daripada segi nama tuhan yang digunakan. Satu kisah sentiasa merujuk kepada Tuhan
dengan nama Yahweh atau Jehovah. Dokumen ini dinamakan “J”. Satu kisah lagi sentiasa
merujuk kepada Tuhan dengan nama Elohiym. Ini dinamakan dokumen “E”. Terdapat berbagai
ciri-ciri sastera lain yang didapati sama untuk salah satu kumpulan. Jelas bahawa seseorang
telah mengambil dua kisah yang berlainan mengenai pendakwahan Musa (a.s.), memotongnya,
dan kemudian menggunakan kepakarannya untuk menjalinkan kedua-duanya sedemikian rupa
sehingga perbuatannya tidak dapat dikesan sehinggalah beberapa abad kemudian.
Satu lagi penemuan yang mengejutkan adalah apabila Perjanjian Lama dikaji dengan teliti oleh
sarjana-sarjana, mereka mendapati bahawa Pentateuch bukannya ditulis daripada dua sumber
dokumen yang utama, sebaliknya daripada EMPAT sumber. Mereka juga mendapati bahawa
sesetengah kisah bukannya ditulis daripada dua kisah, tetapi daripada tiga kisah. Ciri-ciri sastera
tambahan telah dikenal pasti bagi dokumen-dokumen berkenaan. Sumber ketiga ini dipanggil
“P” (untuk paderi) dan sumber keempat dipanggil “D” (untuk Ulangan).
Akhirnya, mereka membuat kesimpulan bahawa empat “buku-buku Musa” yang pertama adalah
hasil penjalinan tiga kisah yang berasingan yang dipanggil J, E dan P, dan buku Ulangan
dihasilkan daripada kisah lain yang dipanggil D. Orang (atau orang-orang) yang mengumpulkan
dan menjalinkan sumber-sumber ini dinamakan “Redaktor”.
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible“, Abingdon Press, Jilid 1, m.s. 756
215
“E (ELOHIS). Adalah salah satu daripada sumber-sumber atau lapisan-lapisan utama kisah di
dalam PENTATEUCH. Istilah ini adalah terbitan perkataan Ibrani untuk ‘Tuhan’… yang
digunakan untuk mewakili sumber ini.”
“J. Adalah salah satu daripada sumber-sumber atau lapisan-lapisan kisah dalam
PENTATEUCH. Simbol ini diterbitkan daripada salah satu nama-nama Tuhan, iaitu Jehovah…
penggunaannya mencirikan sumber ini. Umumnya, ia dianggap sebagai berasal dari Judah,
dan adalah lebih awal daripada E (abad ke sepuluh – kesembilan S.M).”
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible“, Abingdon Press, Jilid 2, m.s. 777
“P. Gelaran kepada apa yang dinamakan sebagai sumber Kepaderian kepada PENTATEUCH.
Sumber ini mengandungi kebanyakan bahan-bahan liturgikal, salasilah, undang-undang, dan
bahan-bahan teknikal yang dihubungkan melalui penceritaan yang minima. Kisah-kisah
Kepaderian ini biasanya bertarikh selepas penawanan, pada sekitar abad ke enam atau ke lima
sebelum Masihi.”
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible“, Abingdon Press, Jilid 3, m.s. 617
“Analisa secara kritikal ke atas Hexateuch [lima ‘buku-buku Musa’ dan buku Joshua] adalah
hasil kajian yang mendalam ke atas dokumen-dokumen tersebut selama lebih seabad oleh
pengkritik-pengkritik terkemuka abad ini. Terdapat kemajuan yang tetap sehinggalah
persetujuan yang ada sekarang tercapai, di mana golongan Yahudi dan penganut-penganut
Kristian, Roman Katolik dan Protestan, sarjana-sarjana Rasionalis dan Mubaligh, Reformed
dan Lutheran, Presbyterian dan Episkopal, Unitari, Metodis dan Baptis semuanya bersetuju.
Analisa ke atas Hexateuch kepada beberapa dokumen asal yang berlainan adalah persoalan
kesusasteraan yang tidak melibatkan persoalan iman. Pada masa ini, sesiapa sahaja yang
membincangkan kesusasteraan Hexateuch menyandarkan harapan kepada kejahilan dan
prasangka orang ramai seolah-olah mereka berada dalam bahaya menghadapi kritikan yang
hebat dan mempertaruhkan nama baik mereka sebagai sarjana. Setahu saya, tidak terdapat
profesor dalam bidang Ibrani di benua Eropah yang menafikan analisa kesusasteraan
Pentateuch kepada empat dokumen utama.”
“Who Wrote the Bible“, Washington Gladden, Boston: Houghton, m.s. 57-58
Siapakah yang dimaksudkan oleh pengarang tersebut dalam kenyataannya “Pada masa ini,
sesiapa sahaja yang membincangkan kesusasteraan Hexateuch menyandarkan harapan kepada
kejahilan dan prasangka orang ramai seolah-olah mereka berada dalam bahaya menghadapi
kritikan yang hebat dan mempertaruhkan nama baik mereka sebagai sarjana“? Beliau merujuk
kepada amalan orang-orang yang menggunakan rumus yang menjual buku-buku mereka dengan
cara memerangkap pembaca ke suatu sudut dan kemudian memberikan mereka hanya satu jalan
untuk menyelamatkan iman mereka.
Contohnya, mereka akan menyatakan sesuatu yang membawa maksud, “Sama ada Bible adalah
100% wahyu, tidak berubah dan firman Tuhan yang tidak dipertikaikan, atau ia adalah
penipuan terbesar yang pernah dikenakan ke atas manusia sejak permulaan masa“. Mereka ini
hanya membenarkan pembaca-pembaca mereka menerima salah satu daripada dua ekstrem.
Kesannya, mereka memberitahu pembaca-pembaca mereka, “sama ada anda menerima setiap
perkataan dan setiap suku kata sebagai kebenaran yang diwahyukan, atau anda menolak Jesus
dan menjadi kafir“.
216
Namun perkara sebenarnya berada di tengah-tengah. Allah Yang Maha Berkuasa berfirman di
dalam Qur’an:
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu
mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.”
Hakikat bahawa kita mengakui yang manusia telah mengubahsuai Bible tidak bermakna bahawa
pada suatu masa Tuhan tidak menurunkan wahyu kepada nabi Musa (a.s.), atau bahawa Dia
tidak menurunkan wahyu kepada nabi Jesus (a.s.). Ia hanya bermakna “Kasihilah Tuhan Allah
kamu… dengan seluruh akal …” Markus 12:30.
Hakikat bahawa kita ingin mengeluarkan kata-kata manusia daripada kitab Tuhan dan hanya
mematuhi firman Tuhan tidak bermakna kita membuang Tuhan atau Jesus. Sebaliknya, sesiapa
sahaja yang tidak sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk memelihara firman Tuhan
daripada diubah suai sesungguhnya telah meninggalkan perintah pertama Tuhan.
“Selama hampir dua alaf, Pentateuch disandarkan kepada Musa sebagai pengarangnya oleh
tradisi Kristian dan juga Yahudi. Walaupun persoalan-persoalan penting timbul mengenai
tulisan beliau, persoalan ini hanya ditimbulkan secara serius pada abad ke lapan belas. Hari
ini, umumnya dipercayai bahawa beliau tidak menulis Pentateuch, tetapi kita akan lihat
bahawa penghasilan buku ini masih diselubungi misteri.”
“Pentateuch (dalam bahasa Greek “penta” bermakna lima, “teuch” bermakna buku) secara
kolektif adalah lima buku pertama di dalam Perjanjian Lama, iaitu Kejadian, Keluaran,
Imamat, Bilangan dan Ulangan. Istilah ini digunakan oleh seorang ahli teologi Kristian, iaitu
Origen, untuk menandakan bahawa orang Yahudi pada zamannya memanggilnya “bahagian
kelima daripada lima Taurat (ajaran)”. Pentateuch adalah terjemahan istilah Ibrani untuk
konsep ini. Taurat adalah tulisan suci Yahudi yang termulia dan paling dicintai. “Lima Buku-
buku Musa”, iaitu nama yang diberikan kepada Pentateuch, digunakan buat pertama kali di
gereja Barat oleh St. Jerome dan ahli teologi Kristian bernama Tyrannius Rufinus.
Musa sebagai pengarang tidak disahkan secara langsung di dalam buku-buku tersebut sendiri,
tetapi telah diterima secara tidak bertulis oleh Kristian ortodoks. Pentateuch mengandungi
berbagai lapisan penulisan teks, yang ketara adalah Yahwis (J, yang merujuk kepada Tuhan
sebagai Jahwe – perkataan modennya adalah Jehovah – atau Yahweh) dan Elohis (E, yang
merujuk kepada Tuhan sebagai Elohiym). Paderi dan reformis Ibrani, iaitu Ezra, yang hasil
217
kerjanya dikaitkan dengan satu lagi komponen tekstual Pentateuch yang dikenali sebagai
lapisan-lapisan Kepaderian (P), telah mendorong pemerhatian ke atas peraturan-peraturan
Pentateuch.”
Mari kita lihat contoh beregu-beregu ini dalam Kejadian 6:5 hingga 8:22. Teks Jehovah (J)
dalam bentuk tulisan biasa, Kepaderian (P) ditebalkan.
Kejadian 6:5: Ketika dilihat TUHAN, bahawa kejahatan manusia besar di bumi dan bahawa
segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan semata-mata,
Kejadian 6:6: maka menyesallah TUHAN, bahawa Dia telah menjadikan manusia di bumi, dan
hal itu memilukan hati-Nya.
Kejadian 6:7: Berfirmanlah TUHAN: “Aku akan menghapuskan manusia yang telah
Kuciptakan itu dari muka bumi, baik manusia mahu pun haiwan dan binatang-binatang melata
dan burung-burung di udara, sebab Aku menyesal, bahawa Aku telah menjadikan mereka.”
Kejadian 6:9: Inilah riwayat Nuh: Nuh adalah seorang yang benar dan tidak bercela di
antara orang-orang sezamannya; dan Nuh itu hidup bergaul dengan Allah.
Kejadian 6:10: Nuh memperanakkan tiga orang laki-laki: Sem, Ham dan Yafet.
Kejadian 6:11: Ada pun bumi itu telah rosak di hadapan Allah dan penuh dengan kekerasan.
Kejadian 6:12: Allah menilik bumi itu dan sungguhlah rosak benar, sebab semua manusia
menjalankan hidup yang rosak di bumi.
Kejadian 6:13: Berfirmanlah Allah kepada Nuh: “Aku telah memutuskan untuk mengakhiri
hidup segala makhluk, sebab bumi telah penuh dengan kekerasan oleh mereka, jadi Aku
akan memusnahkan mereka bersama-sama dengan bumi.
Kejadian 6:14: Buatlah bagimu sebuah bahtera dari kayu gofir; bahtera itu harus kaubuat
berpetak-petak dan harus kau tutup dengan pakal dari luar dan dari dalam.
Kejadian 6:15: Beginilah engkau harus membuat bahtera itu: tiga ratus hasta panjangnya,
lima puluh hasta lebarnya dan tiga puluh hasta tingginya.
Kejadian 6:16: Buatlah atap pada bahtera itu dan selesaikanlah bahtera itu sampai sehasta
dari atas, dan pasanglah pintunya pada lambungnya; buatlah bahtera itu bertingkat bawah,
tengah dan atas.
Kejadian 6:17: Sebab sesungguhnya Aku akan mendatangkan air bah meliputi bumi untuk
memusnahkan segala yang hidup dan bernyawa di kolong langit; segala yang ada di bumi
akan mati binasa.
Kejadian 6:18: Tetapi dengan engkau Aku akan mengadakan perjanjian-Ku, dan engkau
akan masuk ke dalam bahtera itu: engkau bersama-sama dengan anak-anakmu dan isterimu
dan isteri anak-anakmu.
218
Kejadian 6:19: Dan dari segala yang hidup, dari segala makhluk, dari semuanya haruslah
engkau bawa satu pasang ke dalam bahtera itu, supaya terpelihara hidupnya bersama-sama
dengan engkau; jantan dan betina harus kaubawa.
Kejadian 6:20: Dari segala jenis burung dan dari segala jenis haiwan, dari segala jenis
binatang melata di muka bumi, dari semuanya itu harus datang satu pasang kepadamu,
supaya terpelihara hidupnya.
Kejadian 6:21: Dan engkau, bawalah bagimu segala apa yang dapat dimakan; kumpulkanlah
itu padamu untuk menjadi makanan bagimu dan bagi mereka.”
Kejadian 6:22: Lalu Nuh melakukan semuanya itu; tepat seperti yang diperintahkan Allah
kepadanya, demikianlah dilakukannya.
Kejadian 7
Kejadian 7:1: Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Nuh: “Masuklah ke dalam bahtera itu,
engkau dan seisi rumahmu, sebab engkaulah yang Kulihat benar di hadapan-Ku di antara
orang zaman ini.
Kejadian 7:2: Dari segala binatang yang tidak haram haruslah kauambil tujuh pasang, jantan
dan betinanya, tetapi dari binatang yang haram satu pasang, jantan dan betinanya;
Kejadian 7:3: juga dari burung-burung di udara tujuh pasang, jantan dan betina, supaya
terpelihara hidup keturunannya di seluruh bumi.
Kejadian 7:4: Sebab tujuh hari lagi Aku akan menurunkan hujan ke atas bumi empat puluh hari
empat puluh malam lamanya, dan Aku akan menghapuskan dari muka bumi segala yang ada,
yang Kujadikan itu.”
Kejadian 7:5: Lalu Nuh melakukan segala yang diperintahkan TUHAN kepadanya.
Kejadian 7:6: Nuh berumur enam ratus tahun, ketika air bah datang meliputi bumi.
Kejadian 7:7: Masuklah Nuh ke dalam bahtera itu bersama-sama dengan anak-anaknya dan
isterinya dan isteri anak-anaknya kerana air bah itu.
Kejadian 7:8: Dari binatang yang tidak haram dan yang haram, dari burung-burung dan
dari segala yang merayap di muka bumi,
Kejadian 7:9: Datanglah sepasang mendapatkan Nuh ke dalam bahtera itu, jantan dan
betina, seperti yang diperintahkan Allah kepada Nuh.
Kejadian 7:10: Setelah tujuh hari datanglah air bah meliputi bumi.
Kejadian 7:11: Pada waktu umur Nuh enam ratus tahun, pada bulan yang kedua, pada hari
yang ketujuh belas bulan itu, pada hari itulah terbelah segala mata air samudera raya yang
dahsyat dan terbukalah tingkap-tingkap di langit.
Kejadian 7:12: Dan turunlah hujan lebat meliputi bumi empat puluh hari empat puluh malam
lamanya.
219
Kejadian 7:13: Pada hari itu juga masuklah Nuh serta Sem, Ham dan Yafet, anak-anak Nuh,
dan isteri Nuh, dan ketiga isteri anak-anaknya bersama-sama dengan dia, ke dalam bahtera
itu,
Kejadian 7:14: mereka itu dan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala
jenis binatang melata yang merayap di bumi dan segala jenis burung, yakni segala yang
berbulu bersayap;
Kejadian 7:15:dari segala yang hidup dan bernyawa datanglah sepasang mendapatkan Nuh
ke dalam bahtera itu.
Kejadian 7:16: Dan yang masuk itu adalah jantan dan betina dari segala yang hidup, seperti
yang diperintahkan Allah kepada Nuh; lalu TUHAN menutup pintu bahtera itu di belakang
Nuh.
Kejadian 7:17: Empat puluh hari lamanya air bah itu meliputi bumi; air itu naik dan
mengangkat bahtera itu, sehingga melampung tinggi dari bumi.
Kejadian 7:18: Ketika air itu makin bertambah-tambah dan naik dengan hebatnya di atas bumi,
terapung-apunglah bahtera itu di muka air.
Kejadian 7:19: Dan air itu sangat hebatnya bertambah-tambah meliputi bumi, dan
ditutupinyalah segala gunung tinggi di seluruh kolong langit,
Kejadian 7:20: sampai lima belas hasta di atasnya bertambah-tambah air itu, sehingga gunung-
gunung ditutupinya.
Kejadian 7:21: Lalu mati binasalah segala yang hidup, yang bergerak di bumi, burung-
burung, ternak dan binatang liar dan segala binatang merayap, yang berkeriapan di bumi,
serta semua manusia.
Kejadian 7:22: I>Matilah segala yang ada nafas hidup dalam hidungnya, segala yang ada di
darat.
Kejadian 7:23: Demikianlah dihapuskan Allah segala yang ada, segala yang di muka bumi,
baik manusia mahu pun haiwan dan binatang melata dan burung-burung di udara, sehingga
semuanya itu dihapuskan dari atas bumi; hanya Nuh yang tinggal hidup dan semua yang
bersama-sama dengan dia dalam bahtera itu.
Kejadian 7:24: Dan berkuasalah air itu di atas bumi seratus lima puluh hari lamanya.
Kejadian 8
Kejadian 8:1: Maka Allah mengingat Nuh dan segala binatang liar dan segala ternak, yang
bersama-sama dengan dia dalam bahtera itu, dan Allah membuat angin menghembus
melalui bumi, sehingga air itu turun.
Kejadian 8:2: Ditutuplah mata-mata air samudera raya serta tingkap-tingkap di langit dan
berhentilah hujan lebat dari langit,
Kejadian 8:3: dan makin surutlah air itu dari muka bumi. Demikianlah berkurang air itu
sesudah seratus lima puluh hari.
220
Kejadian 8:4: Dalam bulan yang ketujuh, pada hari yang ketujuh belas bulan itu,
terkandaslah bahtera itu pada pergunungan Ararat.
Kejadian 8:5: Sampai bulan yang ke sepuluh makin berkuranglah air itu; dalam bulan yang
ke sepuluh, pada tanggal satu bulan itu, tampaklah puncak-puncak gunung.
Kejadian 8:6: Sesudah lewat empat puluh hari, maka Nuh membuka tingkap yang dibuatnya
pada bahtera itu.
Kejadian 8:7: Lalu ia melepaskan seekor burung gagak; dan burung itu terbang pulang
pergi, sampai air itu menjadi kering dari atas bumi.
Kejadian 8:8: Kemudian dilepaskannya seekor burung merpati untuk melihat, apakah air itu
telah berkurang dari muka bumi.
Kejadian 8:9: Tetapi burung merpati itu tidak mendapat tempat tumpuan kakinya dan
pulanglah ia kembali mendapatkan Nuh ke dalam bahtera itu, kerana di seluruh bumi masih
ada air; lalu Nuh menghulurkan tangannya, ditangkapnya burung itu dan dibawanya masuk ke
dalam bahtera.
Kejadian 8:10: Dia menunggu tujuh hari lagi, kemudian dilepaskannya pula burung merpati itu
dari bahtera;
Kejadian 8:11: menjelang waktu senja pulanglah burung merpati itu mendapatkan Nuh, dan
pada paruhnya dibawanya sehelai daun zaitun yang segar. Dari situlah diketahui Nuh, bahawa
air itu telah berkurang dari atas bumi.
Kejadian 8:12: Selanjutnya ditunggunya pula tujuh hari lagi, kemudian dilepaskannya burung
merpati itu, tetapi burung itu tidak kembali lagi kepadanya.
Kejadian 8:13: Dalam tahun keenam ratus satu, dalam bulan pertama, pada tanggal satu
bulan itu, sudahlah kering air itu dari atas bumi; kemudian Nuh membuka tutup bahtera itu
dan melihat-lihat; ternyatalah muka bumi sudah mulai kering.
Kejadian 8:14: Dalam bulan kedua, pada hari yang kedua puluh tujuh bulan itu, bumi telah
kering.
Kejadian 8:16: “Keluarlah dari bahtera itu, engkau bersama-sama dengan isterimu serta
anak-anakmu dan isteri anak-anakmu;
Kejadian 8:17: segala binatang yang bersama-sama dengan engkau, segala yang hidup:
burung-burung, haiwan dan segala binatang melata yang merayap di bumi, suruhlah keluar
bersama-sama dengan engkau, supaya semuanya itu berkeriapan di bumi serta berkembang
biak dan bertambah banyak di bumi.”
Kejadian 8:18: Lalu keluarlah Nuh bersama-sama dengan anak-anaknya dan isterinya dan
isteri anak-anaknya.
Kejadian 8:19: Segala binatang liar, segala binatang melata dan segala burung, semuanya
yang bergerak di bumi, masing-masing menurut jenisnya, keluarlah juga dari bahtera itu.
221
Kejadian 8:20: Lalu Nuh mendirikan mezbah bagi TUHAN; dari segala binatang yang tidak
haram dan dari segala burung yang tidak haram diambilnyalah beberapa ekor, lalu ia
mempersembahkan korban bakaran di atas mezbah itu.
Kejadian 8:21: Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah TUHAN
dalam hati-Nya: “Aku takkan mengutuk bumi ini lagi kerana manusia, sekalipun yang
ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi
segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.
Kejadian 8:22: Selama bumi masih ada, takkan berhenti-henti musim menabur dan menuai,
dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam.”
Richard Elliot Friedman adalah seorang profesor di University of California, San Diego. Beliau
memperolehi ijazah Doktrat dalam bidang Bible Ibrani dari Harvard University. Beliau adalah
salah seorang sarjana yang telah cuba untuk mengkaji dokumen-dokumen yang menjadi
“sumber” kepada “lima buku-buku Musa” ini secara kritikal untuk menentukan identiti
pengarang-pengarangnya, zaman dokumen-dokumen ini ditulis, sebab setiap kisah ditulis dan
maklumat-maklumat lain.
Di dalam bukunya bertajuk “Who Wrote the Bible?”, Prof. Friedman mengemukakan bukti
yang kukuh bahawa setiap “dokumen sumber” telah ditulis oleh orang atau orang-orang yang
walaupun secara kasar kelihatannya menceritakan kisah yang sama, sebenarnya mereka ingin
mencapai matlamat yang berbeza.
Menurut kajian Prof. Friedman, setiap sumber menekankan keturunan tertentu bangsa Yahudi,
kemuliaan mereka, hak kelahiran mereka, dan hampirnya mereka dengan Tuhan. Kadang kala
ini dilakukan dengan merendahkan keturunan lain. Sebagai contoh, J ditulis oleh mereka dari
keturunan Judah, E ditulis oleh mereka dari keturunan Israel dan P ditulis oleh seorang paderi
dari Keturunan Harun.
Menurut Prof. Friedman, sumber Kepaderian (P) kelihatan amat berminat dengan kisah paderi-
paderi, keturunan mereka, bahawa hanya mereka yang dibenarkan berkorban untuk Tuhan,
kepentingan korban kepada Tuhan, dan yang menghairankan adalah ketiadaan kisah-kisah
mengenai sesiapa sahaja yang bukan daripada keturunan mereka membuat korban yang diterima
oleh Tuhan (sebagai contoh, kisah korban oleh anak-anak lelaki Adam tiada). Ia juga
mengandungi kisah-kisah mengenai bagaimana mereka yang cuba membuat korban kepada
Tuhan tanpa melalui paderi dari keturunan Harun dibunuh oleh Tuhan.
Beliau seterusnya menunjukkan bagaimana di dalam J dan E kita temui penekanan yang serupa
ke atas satu suku Yahudi berbanding yang lain. Sebagai contoh, pada muka surat 64-65 beliau
menunjukkan bagaimana kedua-dua dokumen J dan E cuba memberikan hak kelahiran Yaakob
kepada salah seorang moyang mereka. Beliau juga menunjukkan bagaimana di dalam versi E,
Yusuf diselamatkan oleh saudaranya Ruben (anak sulung Israel), manakala di dalam versi J,
Judah yang menyelamatkan Yusuf. Beliau mengemukakan banyak bukti-bukti lain mengenai
dakwaan ini.
Teks JE banyak membesarkan nabi Musa. Mereka menceritakan bahawa Harun telah membina
lembu emas. Mereka juga menceritakan bahawa Harun dan adiknya, Meriam, telah mengkritik
Musa dan telah ditegur oleh Tuhan sendiri kerana perbuatan ini. Mereka sentiasa mengatakan
yang Tuhan telah berfirman, “dan Tuhan berfirman kepada Musa…“. Sebaliknya, dokumen P
(yang ditulis oleh paderi keturunan Harun) biasanya menyatakan, “dan Tuhan berfirman kepada
Musa dan kepada Harun…“. Di dalam dokumen ini, tongkat yang digunakan oleh Musa untuk
222
melakukan mukjizat-mukjizatnya dipanggil “tongkat Harun”. Di dalam dokumen P, Harun
dikatakan adalah abang sulung kepada Musa.
Juga, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, dokumen P tidak menceritakan mengenai
sebarang korban kepada Tuhan langsung sehinggalah pada bab terakhir Keluaran di mana kita
temui cerita mengenai korban oleh Harun semasa beliau dilantik sebagai paderi. Selepas itu,
semua korban dilakukan oleh Harun dan anak-anak lelakinya. Dengan kata lain, pengarang P
memberi gambaran bahawa korban tidak pernah dilakukan oleh sesiapa selain daripada paderi
keturunan Harun. Terdapat beberapa tempat di dalam dokumen ini yang merendahkan Musa
(a.s.). Mereka menceritakan Musa (a.s.) telah berbuat dosa dan Harun menderita disebabkan
dosa Musa.
Bagaimana pula dengan kandungan Perjanjian Lama yang selebihnya? Adakah buku-buku lain
dalam Perjanjian Lama terpelihara daripada pengubahsuaian semenjak ia mula ditulis dan
benar-benar ditulis oleh pengarang-pengarang yang dipercayai telah menulisnya? Tidak! Sekali
lagi, Grolier’s Encyclopedia memberitahu kita bahawa:
Profesor di Yale, Harold Bloom, adalah pengarang buku “Book of J” yang membuktikan
bahawa pengarang Pentateuch bukan nabi Musa (a.s.), sebaliknya beliau percaya bahawa
Pentateuch, terutamanya kisah-kisah Adam dan Hawa, Nuh, Yusuf, malahan Musa, adalah hasil
kerja seorang wanita yang berkemungkinan adalah keturunan Raja Daud pada abad 10 S.M.
Harold Bloom berkata bahawa “pemplagiat kelas kedua” kemudiannya menghasilkan kitab
daripada skrip-skrip wanita ini.
Prof. Richard Friedman juga mencadangkan bahawa seorang wanita telah menyumbang kepada
penghasilan PL yang kemudiannya telah menjadi sebahagian daripada Bible, tetapi sarjana-
sarjana lain percaya ia adalah hasil kerja sekumpulan sarjana dan tradisi Yahudi.
Seorang sarjana terkemuka Perancis pada abad ke 19, Alfred Loisy berkata:
“Untuk menjelaskan ketuhanan sumber-sumber ini, Papal Commission of Biblical Study telah
mengisytiharkan dalam satu dekri yang tidak dapat dilupakan bahawa Musa mempunyai
setiausaha-setiausaha. Setiausaha-setiausaha Musa! Pastinya ini suatu penemuan yang
menakjubkan!”
“.. [di dalam PL], terlalu banyak sumber-sumber lisan dan bertulis yang telah digabungkan.
Dan banyak daripada tradisi ini telah ditambah kemudian: tangan-tangan yang berlainan telah
mengubahsuainya pada masa yang berbeza, menggabungkan dan menyunting berbagai koleksi
dan buku-buku atau sebahagian buku-buku. Dalam banyak keadaan, orang yang terkemudian
telah membaiki atau menafsirkan teks asal dengan penambahannya sendiri, atau cuba
mengemaskinikannya supaya sesuai dengan zamannya. Sekarang ini, tidak banyak perhatian
diberikan kepada persoalan keaslian yang sebelum ini memainkan peranan yang besar dalam
kajian Perjanjian Lama. Konsep baru telah lahir yang melibatkan mengkaji apakah sebab di
sebalik penambahan-penambahan ini dan untuk memahaminya. Mengapakah redaktor
menyusun bahagian-bahagian seperti yang kita ketahui hari ini – kadang-kala ia begitu sukar
223
difahami dan amat bercanggah sehingga peralihan dan penamatan dapat dilihat dengan
jelas?…”
“The Old Testament, Its Origin and Composition“, oleh Kurt Russel,
diterjemah oleh C.T, Herriot, m.s. 299
Sesungguhnya kita mendapati Jesus (a.s.) sendiri menjadi saksi terhadap bangsa Yahudi di
dalam Bible bahawa mereka telah menukar perintah-perintah dan doktrin-doktrin Tuhan dan
menggantikannya dengan tradisi-tradisi mereka sendiri. Beliau bersabda:
“Kemudian beberapa orang Farisi dan guru Taurat dari Jerusalam datang kepada Jesus dan
bertanya, “Mengapa pengikutmu melanggar peraturan dan adat istiadat nenek moyang kita?
Sebelum makan, mereka tidak membasuh tangan menurut adat!”. Jesus menjawab, “Mengapa
kamu tidak menurut perintah Allah, tetapi menurut ajaranmu sendiri? Allah berfirman,
‘Hormatilah ibu bapamu’, dan, ‘Orang yang mencaci ibu bapa mesti dihukum mati’. Tetapi
kamu mengajarkan: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang seharusnya saya
gunakan untuk menolong ayah dan emak, sudah saya persembahkan kepada Allah’, maka
orang itu tidak perlu menghormati ibu bapanya. Demikianlah kamu meniadakan firman Allah
untuk menurut ajaran kamu sendiri. Kamu munafik! Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi
Yesaya ketika dia bernubuat tentang kamu! Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati
aku dengan kata-kata, tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripadaKu. Sia-sialah mereka
menyembah Aku kerana peraturan manusia diajarkan oleh mereka seolah-olah peraturan itu
hukum Allah!’”
Matius 15:1-9
“Maka berkatalah Jesus kepada orang banyak dan kepada murid-murid-Nya, kata-Nya: “Ahli-
ahli Taurat dan orang-orang Farisi telah menduduki kursi Musa. Sebab itu turutilah dan
lakukanlah segala sesuatu yang mereka ajarkan kepadamu, tetapi janganlah kamu turuti
perbuatan-perbuatan mereka, kerana mereka mengajarkannya tetapi tidak melakukannya.
Mereka mengikat beban-beban berat, lalu meletakkannya di atas bahu orang, tetapi mereka
sendiri tidak mahu menyentuhnya. Semua pekerjaan yang mereka lakukan hanya dimaksud
supaya dilihat orang; mereka memakai tali sembahyang yang lebar dan jumbai yang panjang;
mereka suka duduk di tempat terhormat dalam perjamuan dan di tempat terdepan di rumah
ibadat; mereka suka menerima penghormatan di pasar dan suka dipanggil Rabai. Tetapi kamu,
janganlah kamu disebut Rabai; kerana hanya satu Rabaimu dan kamu semua adalah saudara.
Dan janganlah kamu menyebut siapa pun bapa di bumi ini, kerana hanya satu Bapamu, iaitu
Dia yang di syurga. Janganlah pula kamu disebut pemimpin, kerana hanya satu Pemimpinmu,
iaitu Mesiah. Barang siapa terbesar di antara kamu, hendaklah ia menjadi pelayanmu. Dan
barang siapa meninggikan diri, dia akan direndahkan dan barang siapa merendahkan diri, ia
akan ditinggikan.
Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik,
kerana kamu menutup pintu-pintu Kerajaan Syurga di depan orang. Sebab kamu sendiri tidak
masuk dan kamu merintangi mereka yang berusaha untuk masuk. (Celakalah kamu, hai ahli-
ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik, sebab kamu menelan
rumah janda-janda sedang kamu mengelabui mata orang dengan doa yang panjang-panjang.
Sebab itu kamu pasti akan menerima hukuman yang lebih berat.)
224
Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik,
sebab kamu mengharungi lautan dan menjelajah daratan, untuk mentaubatkan satu orang saja
menjadi penganut agamamu dan sesudah dia bertaubat, kamu menjadikan dia orang neraka,
yang dua kali lebih jahat daripada kamu sendiri.
Celakalah kamu, hai pemimpin-pemimpin buta, yang berkata: Bersumpah demi Bait Suci,
sumpah itu tidak sah; tetapi bersumpah demi emas Bait Suci, sumpah itu mengikat. Hai kamu
orang-orang bodoh dan orang-orang buta, apakah yang lebih penting, emas atau Bait Suci
yang menguduskan emas itu? Bersumpah demi mezbah, sumpah itu tidak sah; tetapi bersumpah
demi persembahan yang ada di atasnya, sumpah itu mengikat.
Hai kamu orang-orang buta, apakah yang lebih penting, persembahan atau mezbah yang
menguduskan persembahan itu? Kerana itu barang siapa bersumpah demi mezbah, dia
bersumpah demi mezbah dan juga demi segala sesuatu yang terletak di atasnya. Dan barang
siapa bersumpah demi Bait Suci, dia bersumpah demi Bait Suci dan juga demi Dia, yang diam
di situ. Dan barang siapa bersumpah demi syurga, dia bersumpah demi takhta Allah dan juga
demi Dia, yang bersemayam di atasnya.
Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik,
sebab persepuluhan dari selasih, adas manis dan jintan kamu bayar, tetapi yang terpenting
dalam hukum Taurat kamu abaikan, iaitu: keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan. Yang satu
harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan. Hai kamu pemimpin-pemimpin buta, nyamuk
kamu tapiskan dari dalam minumanmu, tetapi unta yang di dalamnya kamu telan.
Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik,
sebab cawan dan pinggan kamu bersihkan sebelah luarnya, tetapi sebelah dalamnya penuh
rampasan dan kerakusan. Hai orang Farisi yang buta, bersihkanlah dahulu sebelah dalam
cawan itu, maka sebelah luarnya juga akan bersih.
Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik,
sebab kamu sama seperti kuburan yang dilabur putih, yang sebelah luarnya memang bersih
tampaknya, tetapi yang sebelah dalamnya penuh tulang belulang dan pelbagai jenis kotoran.
Demikian jugalah kamu, di sebelah luar kamu tampaknya benar di mata orang, tetapi di
sebelah dalam kamu penuh kemunafikan dan kedurjanaan.
Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik,
sebab kamu membangun makam nabi-nabi dan memperindah tugu orang-orang soleh dan
berkata: Jika kami hidup di zaman nenek moyang kita, tentulah kami tidak ikut dengan mereka
dalam pembunuhan nabi-nabi itu. Tetapi dengan demikian kamu bersaksi terhadap diri kamu
sendiri, bahawa kamu adalah keturunan pembunuh nabi-nabi itu. Jadi, penuhilah juga takaran
nenek moyangmu!
Hai kamu ular-ular, hai kamu keturunan ular beludak! Bagaimanakah mungkin kamu dapat
meluputkan diri dari hukuman neraka?”
Matius 23:1-33
225
padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun.”. Allah berfirman (dengan
perantaraan Jibrail): “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya. Apabila
Allah hendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: “Jadilah”,
lalu jadilah dia. Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al-Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.
Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israel (yang berkata kepada mereka):
“Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat)
daripada Tuhanmu, iaitu aku membuat untuk kamu daripada tanah sebagai bentuk burung
kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah, dan aku
menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan
aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah; dan aku khabarkan kepadamu apa yang
kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu
adalah suatu tanda bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman. Dan (aku datang kepadamu)
membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian
yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda
(mukjizat) daripada Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang
lurus. Maka tatkala Isa mengetahui keengkaran mereka berkatalah dia: “Siapakah yang akan
menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama Allah)? Para hawari menjawab:
“Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah
bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri. Ya Tuhan kami, kami
telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, kerana itu
masukkanlah kami de dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan
Allah). Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu.
Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (Ingatlah) ketika Allah berfirman”
“Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat
kamu kepadaKu serta membersihkan kamu daripada orang-orang kafir, dan menjadikan orang-
orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya
kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan di antaramu tentang hal-hal yang selalu kamu
berselisih padanya. Adapun orang-orang yang kafir, maka akan Ku seksa mereka dengan seksa
yang sangat keras di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak beroleh penolong. Adapun orang-
orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka Allah akan memberikan kepada
mereka dengan sempurna pahala amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang
zalim. Demikianlah (kisah Isa). Kami membacakannya kepada kamu sebahagian daripada
bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al Qur’an yang penuh hikmah.
Sesungguhnya misal penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah
menciptakan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, “Jadilah” (seorang
manusia), maka jadilah dia. Itulah yang benar, yang datang daripada Tuhanmu, kerana itu
janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Siapa yang membantahmu tentang
kisah Isa sesudah datang ilmu, maka katakanlah: “Marilah kita memanggil anak-anak kami
dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu; kemudian marilah kita
bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-
orang yang dusta.
Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tidak ada Tuhan selain Allah; dan
sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kemudian jika mereka
berpaling (daripada menerima kebenaran), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa
orang-orang yang berbuat kerosakan. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu
kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita
sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula)
226
sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika
mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-
orang yang menyerahkan diri (kepada Allah).”
Masih banyak yang boleh diperkatakan mengenai hal ini, tetapi saya serahkan kepada yang
berminat untuk membaca buku Prof. Friedman dan membuat kesimpulan sendiri. Seribu empat
ratus tahun lalu, ketika mencabar Bible sebagai bukan 100% wahyu daripada Tuhan adalah
kesalahan kufur yang boleh dihukum bunuh, Qur’an telah diturunkan kepada Muhammad
(s.a.w.) oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa dengan dakwaan bahawa “ahli kitab” telah merubah
kitab Tuhan.
Selanjutnya, Muhammad (s.a.w.) telah mengesahkan bahawa beliau telah diutuskan dengan
agama sebenar Tuhan yang juga telah diturunkan kepada Musa (a.s.) dan Jesus (a.s.). Penganut-
penganut Kristian bertindak balas dengan mengatakan bahawa penganut-penganut Islam adalah
gasar yang telah menubuhkan agama mereka dengan meniru agama Kristian (seperti mana
bangsa Yahudi menuduh penganut Kristian telah menyadur Judaisma). Saya menjemput
pembaca untuk mengadili sendiri di mana letaknya kebenaran.
Adakah perkara ini hanya terhad kepada Perjanjian Lama? Tidak! Sarjana-sarjana Kristian hari
ini menggelar Gospel-gospel Matius, Markus dan Lukas sebagai Gospel “Sinoptik” (bermata
satu). Ini adalah kerana gospel-gospel ini kelihatannya diambil daripada satu sumber. Dokumen
yang menjadi sumber ini dinamakan ‘Q’. Kini mereka mulai mengakui bahawa orang-orang
yang dipercayai telah mengarang gospel-gospel ini bukanlah pengarang sebenar (lihat bahagian
2.1 dan 2.2). Begitu juga banyak ayat-ayat di dalam Gospel Yohanes dan juga percanggahan
sejarah yang menunjukkan bahawa Yohanes tidak menulis Gospel Yohanes.
“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu padahal segolongan
daripada mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka
memahaminya sedang mereka mengetahui?”
“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan
mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini daripada Allah”, (dengan maksud) untuk memperoleh
keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana
apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, kerana apa
yang mereka kerjakan.”
227
Anda boleh merujuk kepada buku-buku yang disebutkan di atas untuk perbincangan lanjut.
Ulangan 4:2
Adi ibn Hatim al-Tai’i adalah seorang Kristian yang memeluk Islam semasa zaman Muhammad
(s.a.w.). Suatu hari, ayat daripada Qur’an, Al-Taubah (9):30-31 dibacakan di hadapannya:
“Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair (Ezra) itu putera Allah” dan orang Kristian berkata:
“Al-Masih itu putera Allah”. Demikianlah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka
meniru perkataan orang-orang kafir terdahulu. Dilaknati Allahlah mereka; bagaimana mereka
sampai berpaling? Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai
Tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam padahal
mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan selain Dia. Maha Suci
Allah daripada apa yang mereka persekutukan.“.
Apabila Adi mendengar ayat ini, beliau berkata, “Wahai utusan Allah, kami tidak menyembah
mereka.“. Nabi Muhammad (s.a.w.) menjawab, “Bukankah mereka mengharamkan dan
menghalalkan sesuatu untukmu?” (baginda merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh para
rahib dan rabai kepada diri mereka melalui dakwaan bahawa mereka menerima ilham suci
untuk mengubah undang-undang dan peraturan). Adi menjawab, “Ya” [12]. Muhammad (s.a.w.)
berkata: “Itu bermakna menyembah mereka di samping Allah.“.
Jika anda bertanya kepada seorang Kristian biasa: “Dari manakah datangnya Bible?“, beliau
akan menjawab: “Dari Tuhan!“.
Jika anda bertanya pula: “Bagaimana anda tahu ia dari Tuhan?“, beliau akan menjawab: “Dia
telah mengilhamkannya kepada ramai orang yang telah menuliskannya dan memeliharanya
untuk kami.“.
Jika anda bertanya pula: “Adakah orang-orang yang diilhamkan ini para nabi?“, beliau akan
menjawab: “Tidak, mereka termasuklah nabi-nabi dan orang-orang yang tiada dosa, iaitu
orang-orang kudus“, dan sebagainya.
Jika kita bertanya pula, “Adakah sebarang kemungkinan seseorang yang tidak
bertanggungjawab yang dapat mencapai Bible ini pada masa lalu telah mengubahsuai kitab
ini?”. Beliau akan menjawab: “Sudah tentu tidak! Gereja telah mengatakan bahawa Perjanjian
Lama yang lebih tua pun masih terpelihara dengan begitu rapi sehinggakan mereka menghitung
dan merekodkan setiap perkataan dan setiap huruf di dalamnya. Dengan itu, gereja telah
meyakinkan kita bahawa perkataan-perkataan ini tidak pernah, dan tidak akan, diubahsuai oleh
manusia, walaupun melalui kesilapan yang tidak disengajakan oleh juru tulis.”
228
Kita sambung dengan soalan lain pula: “Adakah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru di
dalam tangan anda hari ini sama seperti yang ada pada hawari-hawari Jesus (a.s.)?“, beliau
akan menjawab: “Sudah tentu! Hanya ada satu Bible sahaja!“.
Secara kasar, ini adalah inti pati perbualan di antara seorang Muslim dan Kristian biasa
mengenai Bible, kandungannya dan pemeliharaannya. Bagaimanapun, jika kita bertanya kepada
sarjana-sarjana mereka soalan-soalan yang sama, kita akan hairan betapa luasnya jurang di
antara jawapan yang diberikan oleh seorang Kristian biasa dengan sarjana-sarjana Kristian
mereka.
Jika kita pergi ke perpustakaan barat dan mencari sejarah Bible seperti yang direkodkan oleh
sarjana-sarjana Kristian yang terunggul selama ini, kita akan dapati bahawa mereka berkata
bahawa buku-buku Perjanjian Baru yang kita miliki hari ini tidak diluluskan secara rasmi ke
dalam “kanon” Perjanjian Baru sebagai buku-buku yang “diwahyukan” sehinggalah beberapa
abad selepas pemergian Jesus. Puluhan generasi penganut-penganut Kristian hidup dan mati
selepas pemergian Jesus (a.s.) tanpa pernah tahu atau melihat “Perjanjian Baru” atau “Bible”
seperti yang kita ada hari ini.
Selepas pemergian Jesus (a.s.), beberapa hawari dan orang-orang lain mulai menulis “gospel”.
Setiap pengarang ini mengembara ke tempat-tempat lain dan diikuti oleh sejumlah orang yang
mengambil gospel pengarang ini sebagai “Bible”. Malah mereka yang tidak bertanggungjawab
juga menulis atau mengubahsuai “gospel” dan mendakwa ia telah diberikan oleh hawari, atau
bahawa mereka sendiri menerima wahyu. Banyak ajaran-ajaran baru dan yang diubahsuai kini
mulai diperkenalkan ke dalam agama Jesus (a.s.). Permusuhan, perasaan benci dan peperangan
mulai meletus di antara kumpulan-kumpulan ini.
Setiap seorang mendakwa bahawa mereka sahaja yang memiliki Gospel “sebenar” Jesus (a.s.)
sedangkan orang lain tidak. Segala macam kepercayaan muncul, daripada yang percaya bahawa
Jesus (a.s.) hanyalah seorang manusia biasa yang diutuskan Tuhan, kepada mereka yang
percaya akan ketuhanan separa Jesus (a.s.), kepada yang mendakwa bahawa Jesus (a.s.) juga
adalah tuhan, kepada mereka yang percaya kepada dua tuhan – satu baik dan satu jahat, dan
kepada mereka yang percaya kepada lebih daripada tiga ratus tuhan. Di sinilah bermulanya
peperangan gospel.
Semua orang mengutuk orang lain. Mazhab-mazhab Kristian bertelagah sesama sendiri. Selama
beberapa abad berikutnya, terdapat banyak perdebatan-perdebatan besar dan majlis-majlis yang
memaksa orang ramai mengikuti sesuatu aliran. Bagaimanapun, pada masa tersebut, tidak ada
mana-mana kumpulan yang cukup kuat untuk menguasai dan mendiamkan kumpulan-kumpulan
lain secara muktamad. Mereka perlukan sekutu yang tidak dapat dikalahkan, seseorang yang
boleh menyokong mereka, seseorang yang boleh memaksa mazhab-mazhab ‘penipu’ lain untuk
mengakui kesilapan mereka dan mengikuti kepercayaan yang ‘betul’, maka mereka mulai cuba
mendapatkan sokongan empayar Rom.
“Agama Kristian pada abad kedua dan ke tiga sentiasa berada dalam keadaan yang berubah-
ubah. Yang pasti, tidak pernah dalam sejarah agama ini ia berada dalam bentuk monolit.
Manifestasinya yang berbagai dalam tempoh tiga ratus tahun yang pertama – sama ada
daripada segi struktur sosial, amalan-amalan agama, atau ideologi – tidak pernah diulang. Ini
tidak pernah diperhatikan dengan lebih jelas dalam mana-mana bidang lain dalam teologi.
Pada abad kedua dan ketiga, terdapat penganut-penganut Kristian yang percayakan hanya
satu Tuhan; yang lain-lain bagaimanapun, mendakwa terdapat dua Tuhan; yang lain-lain pula
mempercayai 30, atau 365, atau lebih banyak tuhan-tuhan.
229
Segolongan penganut Kristian menerima Kitab-kitab Ibrani sebagai wahyu daripada satu
Tuhan yang merupakan milik suci mereka yang beriman; golongan-golongan lain pula
mendakwa bahawa kitab-kitab tersebut diilhamkan oleh tuhan yang jahat. Segolongan Kristian
percaya bahawa Tuhan telah mencipta dunia dan tidak lama lagi akan menebusnya; yang lain
pula berkata Tuhan tidak mencipta dunia dan tidak ada kena mengena dengannya. Segolongan
Kristian percaya bahawa Kristus adalah manusia dan Tuhan; yang lain pula berkata bahawa
beliau adalah manusia, bukan Tuhan; yang lain pula berkata bahawa beliau adalah Tuhan,
bukan manusia; yang lain pula berkeras bahawa beliau adalah manusia yang didiami oleh
Tuhan untuk sementara waktu.
Segolongan Kristian percaya bahawa kematian Kristus telah menyelamatkan dunia; yang lain
mendakwa bahawa kematiannya tidak menyelamatkan dunia; yang lain pula mendakwa beliau
tidak pernah mati. Hanya segelintir daripada teologi yang berbagai ini tidak ditentang, dan
kontroversi yang timbul telah memberi kesan kepada tulisan-tulisan yang ada di berbagai
peringkat… Manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru tidak dihasilkan oleh mesin yang berupaya
mencetaknya tanpa sebarang cacat cela. Ia disalin oleh tangan manusia yang bernyawa yang
terlibat secara mendalam dengan keadaan-keadaan dan kontroversi-kontroversi pada masa
mereka.
Adakah konteks polemik juru tulis telah mempengaruhi cara mereka menulis kitab suci mereka?
Hasil kajian sekarang menunjukkan ia telah mempengaruhi mereka, dan pertelingkahan
teologikal, iaitu pertelingkahan mengenai Kristologi, telah menyebabkan para juru tulis
Kristian mengubah perkataan-perkataan di dalam Kitab supaya ia menyokong polemik mereka.
Para juru tulis telah mengubahsuai manuskrip mereka untuk menjadikannya lebih jelas
‘ortodoks’ dan kurang terdedah kepada ‘penyalahgunaan’ penentang-penentang ortodoks.”
Empayar Rom adalah empayar penyembah berhala, dan ia adalah kuasa besar pada masa
tersebut. Sesiapa yang berjaya mendapatkan bantuannya akan memperolehi sekutu yang tidak
dapat dikalahkan, dan oleh itu, mereka sendiri tidak dapat dikalahkan. Di pihak Rom, Maharaja
Konstantin amat bimbang mengenai bilangan penganut Kristian yang semakin meningkat di
kalangan rakyatnya dan juga mengenai perpecahan di kalangan mereka yang akan memberikan
kesan yang tidak sihat terhadap kestabilan empayarnya.
Kebanyakan daripada mazhab-mazhab yang terpinggir ini mulai pudar dan menjadi tidak
penting, dan persoalannya sekarang adalah di antara mereka yang percaya akan keesaan Tuhan
(golongan Unitari), dan golongan yang percayakan Triniti (golongan Trinitari). Sokongan
empayar Rom berubah-ubah di antara dua pihak ini untuk jangka masa yang lama sehinggalah
golongan Trinitari beroleh sokongan penuh dan menghapuskan golongan Unitari dari muka
bumi.
Selama beberapa abad berikutnya, sedikit demi sedikit mereka telah memilih dan
mengumpulkan gospel-gospel yang “benar-benar telah diwahyukan” ke dalam satu jilid yang
kemudiannya membentuk Perjanjian Baru. Mereka membakar gospel-gospel lain. Banyak
kempen-kempen Pasitan telah dilancarkan dengan meluas. Sesiapa yang didapati memiliki
mana-mana Gospel “palsu” dihukum bunuh dan Gospel tersebut dibakar.
“Fahaman klasik mengenai hubungan di antara ortodoksi dan bidaah dicabar pada tahun 1934
oleh buku Walter Bauer bertajuk “Rechtgl(ubigkeit und Ketzerei im (ltesten Christentum” yang
mungkin merupakan buku terpenting mengenai agama Kristian yang ditulis pada zaman
moden. Bauer berhujah bahawa gereja Kristian awal sebenarnya bukanlah terdiri daripada
230
satu ortodoksi dari mana munculnya beberapa minoriti terseleweng yang bersaing antara satu
sama lain. Sebaliknya, agama Kristian awal terdiri daripada beberapa bentuk yang berbeza, di
mana tidak satu pun di antara mereka mempunyai pengikut-pengikut yang ramai untuk
berkuasa menentang yang lain. Di beberapa kawasan, apa yang kemudiannya dikatakan
sebagai ‘bidaah’ sebenarnya adalah bentuk asal dan satu-satunya bentuk Kristian yang ada.
Begitu juga, ‘bidaah’ yang terbit daripada ajaran asal melalui ide-ide Yahudi dan falsafah
penyembahan berhala tidak wujud. Kepercayaan-kepercayaan yang kemudiannya diterima
sebagai ortodoksi dan dikutuk sebagai bidaah sebenarnya adalah tafsiran-tafsiran agama
Kristian yang bersaing antara satu sama lain, satu daripadanya kemudiannya (tetapi tidak
pada mulanya) dapat berkuasa disebabkan satu kuasa sejarah dan sosial. Hanya setelah satu
kumpulan sosial dapat memaksakan dirinya ke atas dunia Kristian, baharulah pandangan
‘majoriti’ muncul; hanya setelah itu baharulah ‘kepercayaan yang benar’ mewakili pendapat
gereja Kristian secara umum.”
Keadaan ini berterusan selama beberapa abad dan ramai yang didapati bersalah sebagai
terseleweng dan dibakar sampai mati atas berbagai sebab. Yang lain pula dirampas harta dan
tanah mereka dan dipenjara. Penyeksaan jasmani digunakan untuk mendapatkan pengakuan
bersalah yang kemudiannya digunakan sebagai justifikasi untuk menjatuhkan hukuman mati
dibakar. Beberapa kaedah yang digunakan untuk mendapatkan pengakuan bersalah adalah
menegang anggota tangan dan kaki, bakar menggunakan arang, dan strappado. Menafikan
tuduhan tanpa bukti yang menyokong penafian atau keengganan untuk mengaku menyebabkan
hukuman berat seperti hukuman penjara seumur hidup dan harta-benda mereka dirampas.
Bilangan mereka yang menjadi mangsa pasitan adalah terlalu ramai. Beberapa contoh adalah
seperti Giordano Brunao, seorang ahli falsafah, Galileo, Joan of Arc dan pahlawan-pahlawan
keagamaan yang digelar Templars dan ratusan ribu yang lain. Jika golongan Trinitari tidak
dapat membakar orang-orang ini semasa hayat mereka, mayat mereka digali semula dan dibakar
selepas kematian mereka (contohnya John Wycliffe [13]). Akhirnya, lebih dua belas juta orang
dihukum mati oleh pasitan Gereja (“Apology for Muhammad and the Qur’an“, John
Davenport).
Pasitan mencapai kemuncaknya pada sekitar pertengahan abad ke lima belas dalam kempen
besar-besaran dan penindasan kejam yang ditujukan kepada golongan Marranos (yang menukar
agama daripada Judaisma) dan Moriscos (yang menukar agama daripada Islam), yang mana
kebanyakan mereka disyaki berpegang kepada kepercayaan asal mereka secara rahsia. Setelah
segalanya reda, ahli-ahli sejarah dan falsafah mereka yang menang ini menulis buku-buku
sejarah menceritakan bagaimana mereka telah mengalahkan golongan yang jahat, mengalahkan
golongan yang kufur, membakar iblis-iblis, dan ahli-ahli sihir di kayu pancang [14]. Buku-buku
inilah yang mempunyai pengaruh yang paling besar ke atas buku-buku sejarah Barat yang ada
hari ini.
231
Bila saja seorang sarjana Kristian terjumpa hal sebenar dan menulis mengenainya, hasil
kerjanya akan dimusnahkan (contohnya Sir Isaac Newton, Michael Servetus yang berbangsa
Sepanyol dan lain-lain). Dalam semua kes, diakui bahawa tidak perlu untuk menyangkal atau
menafikan bukti pengarang tersebut, sudah memadai dengan mengongkong penentang,
membakar buku-buku mereka, mendapatkan pengakuan dalam keadaan dures, dan menyahkan
mereka daripada masyarakat atau membunuh mereka.
Malah kadang kala Pope sendiri mengakui kepalsuan “Triniti” dan hakikat bahawa ia adalah
penambahan terkemudian oleh manusia. Salah seorang daripadanya adalah Honorius yang dapat
membina kekuatan untuk mengakui hal sebenar dan akibatnya telah dikutuk secara rasmi
selama lapan puluh tahun selepas kematiannya oleh Synod yang diadakan di Istanbul pada
tahun 680 M.
Ada kalanya sikap berdiam diri seseorang adalah pengakuan yang kuat. Seperti yang kita lihat
dalam bab sebelum ini, untuk tempoh lebih seabad, satu-satunya “Kitab” yang digunakan oleh
pengikut-pengikut Yahudi pertama Jesus adalah terjemahan Septuagint Greek (biasanya
dipanggil LXX) daripada Perjanjian Lama Ibrani, “The Law and the Prophets“, dan ditambah
dengan berbagai apokrifa Yahudi dan Sybylline Oracles (150 S.M. hingga 180 M): inilah satu-
satunya “autoriti” yang dirujuk oleh “Bapa-bapa Gereja” awal semasa mengajar agama baru
mereka. Mereka tidak pernah merujuk kepada buku-buku yang kita kenali sebagai Perjanjian
Baru hari ini.
Sewajarnya, jika “sejarah” Gereja Trinitari mengenai Gospel-gospel yang mereka pilih dan apa
yang didakwa sebagai tulisan-tulisan hawari-hawari pertama Jesus yang diwahyukan adalah
benar, maka tulisan-tulisan ini telah diterima sebagai autoritatif pada masa tersebut, dan ia
tentulah menjadi dokumen yang amat berharga dan kuat untuk mengajarkan doktrin mereka.
Tanpa sebarang keraguan, mereka tidak akan memperkatakan hal lain, tetapi mereka akan
sentiasa memetiknya dan merujuknya seperti yang telah mereka lakukan. Tetapi, untuk tempoh
150 tahun, amat sedikit atau tiada langsung apa-apa selain daripada Perjanjian Lama atau
Orakel-orakel ini yang diketahui atau dipetik. Seorang pengkritik terkemuka, Solomon Reinach,
berkata:
“Melainkan Papias yang menceritakan satu kisah oleh Markus, dan satu koleksi kata-kata
Jesus, tiada penulis Kristian bagi separuh pertama abad kedua (iaitu sehingga 150 M) yang
memetik Gospel-gospel atau pengarang-pengarangnya.”
Mari kita berundur sedikit ke masa lampau dan mengkaji bagaimana dan bila buku-buku Bible
yang “diwahyukan” di masukkan ke dalam “kanon” Bible Kristian. Pengenalan ringkas telah
diberikan di bahagian 1.2.5 mengenai bagaimana Gospel-gospel Bible yang ada sekarang
diperkenalkan sebagai “tulen”. Sekarang kita akan melihat beberapa perinciannya secara
sepintas lalu. Yang berikut diperolehi daripada buku “Izhar ul Haqq” dan beberapa rujukan lain.
Pada tahun 325 M di bandar Nicea (moden: Iznik, Turki), satu persidangan besar antara ahli-
ahli teologi Kristian dan ulama-ulama telah diadakan di bawah perintah Maharaja Konstantin
untuk mengkaji dan menakrifkan status Gospel-gospel Kristian yang banyak. Setelah kajian
teliti dijalankan, telah diputuskan bahawa Surat Jude adalah tulen dan boleh dipercayai. Buku-
buku lain di dalam Bible diisytiharkan sebagai diragui. Ini disebutkan secara jelas oleh St.
Jerome di dalam pendahuluan bukunya. St. Jerome adalah seorang sarjana Kristian dan ahli
falsafah yang terkemuka.
232
Beliau dilahirkan pada 240 M dan telah menterjemahkan Bible ke bahasa Latin. Beliau adalah
seorang ahli bibliografi yang terkenal dan telah menulis banyak buku mengenai Bible. Sebelum
tahun 325 M, diketahui bahawa Gospel Barnabas diterima sebagai kanonikal di gereja-gereja di
Alexandria. Melalui tulisan-tulisan Irenaeus, diketahui juga bahawa ia diedarkan pada dua abad
pertama selepas Jesus (a.s.) (“Jesus, Prophet of Islam“). Selepas persidangan ini, empat Gospel
telah dipilih daripada sekurang-kurangnya tiga ratus yang ada dan yang lainnya, termasuk
Gospel Barnabas, telah dimusnahkan. Semua Gospel-gospel yang ditulis dalam bahasa Ibrani
juga diarahkan supaya dimusnahkan.
Pada tahun 364 M, satu lagi persidangan diadakan di Laodicea untuk tujuan yang sama.
Persidangan di antara sarjana-sarjana Kristian dan ahli-ahli teologi ini bukan sahaja
mengesahkan keputusan yang diambil oleh persidangan di Nicea mengenai ketulenan Surat
Jude, tetapi juga mengisytiharkan supaya enam buku-buku berikut ditambah kepada senarai
buku-buku yang tulen dan boleh dipercayai: Buku Eshter, Surat James, Surat Kedua Petrus,
Surat-surat Kedua dan Ketiga Yohanes, dan Surat Paul kepada kaum Ibrani. Keputusan
persidangan ini diumumkan kepada orang ramai. Bagaimanapun, Buku Wahyu tidak
dimasukkan ke dalam senarai buku-buku yang diiktiraf oleh kedua-dua persidangan.
Pada tahun 397, satu lagi persidangan besar yang dinamakan Persidangan Carthage diadakan.
Augustine yang merupakan seorang sarjana Kristian yang dihormati, adalah salah seorang di
antara 126 peserta. Mereka yang hadir mengesahkan keputusan-keputusan dua persidangan
sebelum ini dan juga menambah buku-buku berikut ke dalam senarai buku-buku suci: Buku
Lagu-lagu Sulaiman, Buku Tobit, Buku Baruch, Pengkhutbah, dan Buku Pertama dan Kedua
Maccabees.
Pada masa yang sama, peserta-peserta persidangan ini memutuskan bahawa Buku Baruch
adalah sebahagian daripada Buku Jeremiah kerana Baruch adalah pemangku Jeremiah. Oleh itu,
mereka tidak memasukkan nama buku ini ke dalam senarai yang berasingan.
Selepas itu, tiga lagi persidangan diadakan di Trullo, Florence dan Trent (1545-63). Peserta-
peserta persidangan-persidangan ini mengesahkan keputusan Persidangan Carthage.
Bagaimanapun, dua persidangan yang terakhir menuliskan nama Buku Baruch di senarai yang
berasingan.
Selepas persidangan-persidangan ini, hampir semua buku-buku yang sebelum ini diragui oleh
penganut-penganut Kristian kini telah dimasukkan ke dalam senarai buku-buku yang diiktiraf.
Status buku-buku ini tidak berubah sehinggalah Reformasi Protestan pada abad ke enam belas.
Golongan Protestan menolak keputusan-keputusan persidangan-persidangan tersebut dan
mengisytiharkan bahawa sebenarnya terdapat hanya 66 buku yang sebenarnya “diwahyukan”,
bukannya 73 seperti yang didakwa oleh golongan Katolik. Mereka menolak buku-buku berikut:
Buku Baruch, Buku Tobit, Surat Jude, Lagu-lagu Sulaiman, Pengkhutbah, dan Buku Pertama
dan Kedua Maccabees. Mereka mengeluarkan buku-buku ini daripada senarai buku-buku yang
diiktiraf.
Golongan Protestan juga menolak keputusan terdahulu mengenai beberapa bab daripada Buku
Ester. Buku ini mengandungi 16 bab. Mereka memutuskan bahawa sembilan bab pertama dan
tiga ayat daripada bab sepuluh perlu ditolak. Keputusan mereka adalah berdasarkan enam sebab
berikut:
233
1. Hasil kerja ini dianggap palsu walaupun ia di dalam bahasa asal, iaitu Ibrani dan
Candan, yang kini telah tiada.
2. Bangsa Yahudi tidak mengiktirafnya sebagai buku yang diwahyukan.
3. Semua penganut Kristian tidak mengiktirafnya sebagai boleh dipercayai.
4. Jerome mengatakan bahawa buku-buku ini tidak boleh diharap dan tidak mencukupi
untuk membuktikan dan menyokong doktrin-doktrin.
5. Klaus secara terbuka mengatakan bahawa buku-buku ini dibaca, tetapi bukan di semua
tempat.
6. Eusebius dengan spesifik mengatakan dalam bahagian 22 di dalam bukunya yang
keempat bahawa buku-buku ini telah diubahsuai, terutamanya Buku Kedua Maccabees.
Kini jelas bahawa tindakan mengiktiraf buku-buku asal yang telah tiada dan yang hanya wujud
dalam bentuk terjemahan oleh ribuan ahli-ahli teologi sebagai wahyu suci adalah satu kesilapan.
Keadaan ini menyebabkan pembaca bukan Kristian tidak mempercayai keputusan sebulat suara
oleh kedua-dua sarjana-sarjana Katolik dan Protestan. Pengikut-pengikut agama Katolik masih
lagi mempercayai buku-buku ini, mengikuti pemimpin mereka secara membuta-tuli.
Syarat wajib untuk mempercayai bahawa sesuatu buku adalah buku yang diwahyukan adalah
melalui bukti yang tiada cacat cela bahawa buku tersebut diwahyukan kepada seorang nabi, dan
bahawa ia telah disampaikan kepada kita dengan tepat, dalam susunan yang sama tanpa
sebarang pengubahan, dan melalui rantaian penyampai yang tidak putus. Adalah tidak memadai
menyandarkan sesuatu buku kepada seorang nabi berdasarkan andaian dan tekaan. Kenyataan
yang dibuat oleh satu atau beberapa mazhab tidak boleh diterima dalam hal ini.
Kita telah melihat bagaimana sarjana-sarjana Katolik dan Protestan berbeza pendapat dalam hal
ketulenan beberapa buku. Terdapat banyak lagi buku-buku Bible yang telah ditolak oleh
penganut-penganut Kristian. Ini termasuklah Buku Wahyu, Buku Kejadian, Buku
Pengangkatan, Buku Misteri-misteri, Buku Perjanjian dan Buku Pengakuan yang semuanya
disandarkan kepada nabi Musa. Begitu juga buku keempat Uzair didakwa adalah daripada Nabi
Uzair, dan buku mengenai wahyu Yesaya dan peristiwa Yesaya diangkat ke langit disandarkan
kepadanya.
Di samping Buku Jeremiah, terdapat satu lagi buku yang disandarkan kepadanya. Terdapat
banyak kata-kata yang didakwa adalah dari Nabi Habakkuk. Terdapat banyak lagu-lagu yang
dikatakan adalah dari Nabi Sulaiman. Terdapat lebih daripada 70 buku-buku, selain daripada
yang ada sekarang di dalam Perjanjian Baru, yang disandarkan kepada Jesus, Maryam, hawari-
hawari dan murid-murid mereka. Sekarang ini, terdapat beberapa sarjana-sarjana Kristian yang
cuba membuktikan ketulenan Gospel Thomas sebagai gospel kelima (lihat “The Five Gospels”
yang ditulis oleh lebih 24 sarjana Kristian di universiti-universiti terkemuka di Amerika dan
Kanada).
Penganut-penganut Kristian sekarang mendakwa bahawa buku-buku ini adalah palsu. Gereja
Greek, gereja Katolik dan gereja Protestan sepakat dalam hal ini. Begitu juga, gereja Greek
mendakwa bahawa buku ke tiga Uzair adalah sebahagian daripada Perjanjian Lama dan percaya
bahawa ia ditulis oleh nabi Uzair sedangkan gereja Katolik dan gereja Protestan mendakwa
bahawa ia adalah palsu.
“Proses yang menghasilkan kanon Perjanjian Baru bermula pada abad kedua, berkemungkinan
ia bermula dengan koleksi sepuluh surat-surat Paul. Menjelang penghujung abad tersebut,
Irenaeus mencadangkan supaya autoriti yang unik disandarkan kepada bahagian Kanon yang
dipanggil Gospel-gospel. Penerimaan buku-buku lain berlaku secara beransur-ansur. Gereja di
234
Mesir menggunakan lebih daripada 27 buku-buku daripada yang ada sekarang, dan gereja-
gereja yang menggunakan bahasa Siria menggunakan kurang daripada bilangan tersebut.
Kanon rasmi menjadi persoalan penting semasa abad keempat. Ini terutamanya disebabkan
pengaruh Athanasius, iaitu biskop Alexandria, dan disebabkan Jerome memasukkan 27 buku-
buku tersebut ke dalam Bible versi Latinnya yang dipanggil Vulgate, maka kanon yang ada
sekarang diterima…”
Perhatikan bahawa seperti yang disebutkan di dalam bab sebelum ini, tulisan-tulisan Paul
adalah yang pertama diterima oleh gereja Trinitari. Gospel-gospel lain sama ada diterima atau
dimusnahkan berdasarkan sama ada ia selari dengan ajaran-ajaran Paul.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, Lobegott Friedrich Konstantin Von Tischendorf adalah
salah seorang sarjana Biblikal konservatif yang terkenal pada abad kesembilan belas. Salah satu
pencapaiannya yang terbesar adalah penemuan salah satu manuskrip Biblikal yang tertua, iaitu
“Codex Sinaiticus” daripada rahib-rahib Biara Saint Catherine di Gunung Sinai. Ini adalah
salinan Bible yang tertua yang di dalamnya terkandung dua gospel yang dibuang oleh generasi
yang lebih tahu. Gospel-gospel tersebut adalah “Surat Barnabas” (jangan keliru di antara ini
dengan “Gospel Barnabas“) dan “Pengembala Hermas“.
Hari ini, tidak satu pun daripada dua buku ini terdapat di dalam Bible moden. Telah
dibincangkan di bahagian 1.2 bahawa selepas penemuan ini, banyak “penambahan-
penambahan” oleh gereja telah didedahkan melalui kajian ke atas manuskrip ini. Namun, seperti
mana yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Kristian konservatif tulen sebelumnya, Tischendorf
dapat melakukan 12,000 “pembetulan” ke atas 110,000 baris manuskrip ini sebelum beliau
selesai mentranskripsinya (rujuk “Secrets of Mount Sinai” oleh James Bentley, Doubleday, NY,
1986, m.s. 95).
Di dalam bab satu kita telah melihat bagaimana “St. Paul” telah memusnahkan agama Jesus
(a.s.) berdasarkan autoriti “wahyu” yang konon diterimanya. Kita telah melihat juga bagaimana
ajaran-ajarannya lebih berdasarkan falsafah dan kepercayaan peribadinya daripada cuba untuk
memetik kata-kata atau amalan Jesus (a.s.) sendiri (contohnya, lihat Galatia 2). Kita
kemudiannya melihat bagaimana pengikut-pengikutnya menyembelih semua penganut Kristian
yang tidak meninggalkan ajaran-ajaran hawari-hawari untuk mengikuti ajarannya, dan
bagaimana beliau kemudiannya dijadikan “pengarang” kebanyakan daripada Bible, dan banyak
gospel-gospel tulen telah dibakar dan dilabel sebagai apokrifa oleh pengikut-pengikutnya. Sila
ingat bahawa “St. Paul” dikatakan adalah pengarang Rom, 1 dan 2 Korintus, Galatia, Efesus,
Filipus, Kolose, 1 dan 2 Tesalonika, 1 dan 2 Timothy, Titus, Filemon dan Ibrani.
“Semua bukti membayangkan bahawa kata-kata Jesus adalah autoritif di Gereja sejak mula,
dan ini menjadikan hakikat bahawa amat sedikit perhatian yang diberikan kepada kata-kata
atau hasil kerja Jesus di dalam tulisan-tulisan awal Kristian seperti surat-surat Paul, Surat-
surat terkemudian, Ibrani, dan Wahyu lebih menakjubkan, malah Kisah Rasul-rasul juga tidak
menceritakannya. Papias (ca. 130 M) adalah orang pertama yang menamakan gospel yang
telah ditulis membuktikan hal ini.
Walaupun beliau mempertahankan gospel Markus (Euseb. Hist. III.xxxix, 15-16), dan beliau
sendiri telah menambah satu koleksi tradisi Jesus kepada ‘Interpretation of the Oracles of the
Lord’ yang ditulisnya (Euseb. Hist. III.xxxix.2-3), jelas bahawa beliau lebih suka cerita-cerita
lisan mengenai Jesus, dan gambaran sepintas lalu yang diberikan oleh Eusibius mengenai
Papias, mengenai tradisi Jesus tidak menunjukkan yang beliau bergantung kepada Markus.
Tidak juga petikan-petikan kata-kata Jesus yang kerap dilakukan dalam APOSTOLIC
FATHERS, yang mana kebanyakannya bersifat ‘sinoptik’ dan menunjukkan sejauh mana
kebergantungan ke atas gospel-gospel bertulis.”
235
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible, Supplementary Volume“, m.s. 137
“The Interpreter’s Dictionary of the Bible” mengandungi banyak maklumat mengenai hal ini,
terlalu banyak untuk dikemukakan di sini. Pembaca amat digalakkan untuk mendapatkan
naskah ini dari perpustakaan dan membacanya.
Tarikh yang diterima secara meluas mengenai bila buku-buku Bible dikarang adalah seperti
berikut:
Ketidakpastian mengenai Yakobus 1 dan 2, Petrus, Yohanes dan Jude tidak menghalang ahli-
ahli sejarah daripada menganggar tarikh mereka ditulis (lihat “The Early Church dan the New
Testament“, Irene Allen, 1953). Kita mulai nampak setakat mana agama “Kristian” hari ini
lebih berasaskan ajaran-ajaran dan tulisan-tulisan Paul.
Gospel-gospel yang dipercayai ditulis sebelum tulisan-tulisan Paul sebenarnya ditulis lama
selepas itu. Sekarang sarjana-sarjana Kristian mulai menemui banyak bukti bahawa Gospel-
gospel ini tidak ditulis oleh pengarang-pengarang yang dipercayai menulisnya. Lebih banyak
sarjana-sarjana Kristian mengkaji Bible, lebih jelas kepada mereka bahawa apa yang dipanggil
“Kristian” hari ini lebih layak dipanggil “Paulin”.
Seperti yang dikatakan di bahagian 2.1, walaupun sesebuah buku dikatakan benar-benar
“diwahyukan”, kita masih dapati bahawa Gereja tidak dapat berkata dengan 100% pasti siapa
yang menulis buku yang “diwahyukan” itu. Pengarang Bible RSV, Collins, berkata bahawa
pengarang Raja-raja tidak diketahui, dan bahawa “kebanyakan” daripada Buku Yesaya
“disandarkan kepada Yesaya. Sebahagiannya mungkin ditulis oleh orang lain”.. Pengkhutbah:
“Pengarang diragui, tetapi biasanya disandarkan kepada Sulaiman”. Ruth: “Pengarang tidak
236
diketahui dengan pasti, mungkin Samuel” dan seterusnya. Beginikah caranya seorang yang
tidak berat sebelah menakrifkan “diwahyukan oleh Tuhan”? Anda adili sendiri.
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al-
Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak
memakan ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka
pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka seksa yang amat pedih.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan seksa dengan
keampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!”
Notakaki
1. Pada muka surat 410 bukunya “The Life of Jesus Critically Examined“, David Strauss
berkata: “Bagaimanapun, ketiadaan petikan [Yohanes 8:1-11] di dalam autoriti-autoriti
tertua amat meragukan sehingga [kesahihannya] tidak dapat ditentukan.“.
Pada muka surat 447 “Dictionary of the Bible” oleh John McKenzie (yang
dianugerahkan mohor rasmi pengiktirafan Nihil Obstat, Imprimatur dan Imprimi
Potest) kita dapati, “Petikan mengenai wanita yang berzina (7:53-8:11) diakui ramai
sebagai tidak penting oleh pengkritik. Ia tidak ditemui dalam kebanyakan MSS; serta
tidak dipetik oleh penulis-penulis Greek sebelum abad ke sebelas; gaya penulisannya
tidak seperti Yohanes; dan tidak terdapat di dalam Papyrus Bodmer yang berasal pada
sekitar tahun 200. Dalam sesetengah MSS, ia diletakkan selepas Lk 21:38.” Seterusnya
teks tersebut berkata: “malaikat kolam Bethesda” (5:3b-4) juga tidak terdapat di dalam
MSS terpenting dan di dalam Papyrus Bodmer, dan biasanya dianggap tidak penting.
Terdapat dua kesimpulan (20:30f; 21:24f) yang mencadangkan bahawa 21 bukan
sebahagian daripada Gospel asal…” dsb.
Buku tersebut memberikan contoh-contoh lain dengan terperinci, jauh lebih banyak
daripada yang dapat dikemukakan di sini. Contoh-contohnya merangkumi Yohanes bab
3, 5, 9, 10, 12, 14, 16 dan 18. Pembaca yang berminat boleh merujuk buku ini untuk
maklumat yang lebih terperinci. Perhatikan bahawa walaupun pengarang-pengarang ini
patut dipuji kerana mengatakan yang benar, seperti kebanyakan rakan-rakan sejawat
mereka, mereka amat berhati-hati dan berdiplomasi mengenai perkataan-perkataan yang
mereka gunakan.
2. Sebenarnya terdapat manuskrip-manuskrip Bible lain yang lebih tua daripada dua
manuskrip ini seperti Papyrus Bodmer, tetapi dua manuskrip ini adalah jauh lebih
237
lengkap. Bagaimanapun, dalam semua kes banyak percanggahan ditemui di dalam
semua manuskrip purba Bible apabila dibandingkan dengan Bible moden di mana darjah
percanggahan meningkat dengan usia sesuatu manuskrip. Semua manuskrip-manuskrip
ini menunjukkan bukti pengubahsuaian dan “pembetulan” teks yang meluas oleh ramai
penyunting-penyunting terkemudian, dan sesetengahnya mengandungi Gospel-gospel
tertentu yang dianggap telah “diilhamkan” dalam empat abad pertama, tetapi
kemudiannya telah dikeluarkan daripada Bible oleh Gereja (seperti “Surat Barnabas”
dan “Pengembala dari Hermas” yang kedua-duanya ditemui di dalam Codex Sinaiticus
tetapi tidak dianggap sebagai kanonikal hari ini).
3. “Secrets of Mount Sinai”
4. Ibid
5. Bible-bible lain seperti terjemahan oleh Tyndale (1535), Bishop’s Bible (1568), Young
Literal Translation of the Bible (1898) dan King James II Version (1971) dan The New
King James Version (1982) juga dihasilkan berdasarkan “Textus Receptus“.
6. Lebih tepat lagi, King James Bible yang ada hari ini adalah revisi keempat ke atas teks
yang dihasilkan pada tahun 1611 dan disiapkan pada tahun 1769.
7. Kita telah melihat contoh mengenai pendedahan bagaimana Ariston, salah seorang
“Bapa Gereja”, telah menambahkan 12 ayat terakhir “Markus” ke dalam Gospel yang
ditulis oleh pengarangnya.
8. Seperti Versi “New King James” pada tahun 1982.
9. Sebenarnya, ada golongan yang mengambil pendirian yang lebih fanatik terhadap
terjemahan yang penuh dengan kesilapan ini dengan enggan mengakui satu kesilapan
pun. Mereka ini sehingga menganggap Versi King James amat mulia sehingga mereka
meletakkannya lebih tinggi daripada manuskrip Greek yang asal.
10. Bagi Jesus (a.s.), semua “titik” dan “huruf” undang-undang Tuhan dianggap amat
penting (Mat. 5:18). Tiada yang remeh. Tiada kesilapan yang “tidak memberi kesan”.
11. Sebenarnya, sarjana-sarjana Yahudi berkata bahawa mereka begitu teliti menjaga Taurat
sehingga ke perincian yang terkecil yang melibatkan lebih daripada sekadar mengira dan
merekodkan huruf-huruf dan perkataan-perkataan. Contohnya, kita dimaklumkan
bahawa para juru tulis dilatih untuk menjalankan tugas mereka dengan diberi latihan
dalam bidang undang-undang dan tradisi Yahudi. Mereka mengatakan bahawa Taurat
mesti ditulis di atas kertas kulit kosher khas yang diambil daripada binatang yang makan
mamahan, bahawa juru tulis tidak boleh menggunakan pen yang diperbuat daripada
logam (yang dianggap peralatan peperangan), sebaliknya bulu pelepah yang diambil
daripada ayam belanda kosher mesti digunakan.
Dakwatnya pula mestilah diperbuat daripada campuran kacang khas (seperti yang
didapati di India) dengan damar dan air. Helaian-helaiannya pula mestilah dijahit
bersama menggunakan benang daripada urat dan tendon binatang kosher sedemikian
rupa sehinggakan jahitan tidak boleh kelihatan daripada muka surat Taurat. Juru tulis
tidak dibenarkan menambah apa-apa kepada teks, seperti tanda baca dan tanda tangan,
tidak kira sekecil mana, dan beliau tidak boleh sama sekali menyalin dari ingatan
sebaliknya mesti menyalin daripada naskah Taurat yang sedia ada.
238
Malahan terdapat juga peraturan mengenai pembentukan perkataan-perkataan Ibrani,
contohnya hanya tujuh huruf yang boleh dihias dengan hiasan yang dinamakan Tagin.
Memandangkan terdapatnya peraturan-peraturan dan garis panduan seperti ini, adakah
mungkin bahawa ratusan kesilapan yang terdapat di dalam PL seperti yang telah
didokumenkan oleh begitu ramai sarjana-sarjana Biblikal adalah kesilapan penulisan?
12. Perbuatan ini tidak berakhir pada zaman nabi Muhammad (s.a.w.), sebaliknya
berterusan sehingga ke hari ini dan kita dapat melihatnya berlaku di hadapan mata kita.
Kepada anda yang ingin melihat betapa amalan ini masih berterusan, mereka boleh
melihat, sebagai contoh, banyak rencana-rencana yang diterbitkan baru-baru ini di mana
Gereja mengiktiraf zina dan mengakui bahawa bilangan ahli gereja mereka yang secara
terbuka “hidup di dalam dosa” secara rasmi, seperti mana yang ditulis oleh gereja di
Ireland. Menurut rencana tersebut, mereka mengalah kerana “kebanyakan orang-orang
muda hari ini melakukannya“. Mengekalkan pengikut mereka adalah lebih penting
daripada mematuhi perintah Allah.
Penulis Kristian yang menulis rencana tersebut menyerang balas dengan berkata,
“mungkin jika kebanyakan manusia menjadi pencuri maka Gereja juga akan
membatalkan kutukan Tuhan mengenai perbuatan mencuri?“. Terdapat banyak contoh-
contoh lain bagaimana sehingga ke hari ini Gereja terus mengikuti jalan yang popular
daripada melakukan apa yang Tuhan perintahkan sehingga tahap menukarkan
perintahNya yang jelas. Contoh lain adalah sikap “moden” Gereja yang lembut terhadap
perbuatan liwat dan mereka yang mengamalkannya. Kemanusiaan bersaing dengan
dirinya dan dengan masa untuk melengkapkan segala kejijikan dan kehinaan di atas
nama “moden” dan “kemajuan” dan Gereja amat bersedia untuk akur dan menyerah
kalah. Teruslah menghadiri Gereja dan menyokongnya dan kami tidak kisah apa yang
kamu lakukan selepas kamu pulang. Seseorang perlu menentang kemungkaran
walaupun ini bermakna beliau akan dihina dan dibenci.
Di dalam Islam, ini adalah salah satu tiang kepercayaan. Ini dinamakan “mengajak
kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran”. Sekadar menyerah dan menerima
segalanya sementara dunia di sekeliling kita musnah bukanlah satu pilihan. Seseorang
perlu mempunyai pendirian dan berkata, “Ini adalah mungkar. Kalau pun kamu masih
berkeras mahu terus melakukannya, itu bukanlah sebab untuk kami merelakannya.“.
Moga-moga Allah membimbing kita untuk membuka mata kita dan menganugerahkan
rahmatNya kepada manusia. Ini adalah lebih baik untuk kita, jika kita sedar.
13. Terjemahan Bible ke dalam bahasa Inggeris yang pertama dilakukan oleh John
Wycliffe. Kerana tindakan “jahat” inilah mayatnya digali semula dan dibakar. Pada
muka surat 758 “The Oxford Companion to the Bible“, kita dapati: “Ini adalah
disebabkan pendapat [Wyclife] bahawa gereja boleh diubah jika semua orang tahu
undang-undang gereja, dan bahawa ini memerlukan Bible diterjemah ke dalam bahasa
yang difahami oleh orang ramai… Tidak dapat dipastikan berapa banyak daripada
salah satu versi adalah hasil kerja Wycliffe dan berapa banyak adalah hasil kerja
rakan-rakan sejawatnya, John Purvey dan Nicholas dari Hereford… Pada tahun 1415,
Bible Wyclife telah dikutuk dan dibakar. Purvey dan Nicholas telah dipenjarakan dan
dipaksa menarik balik prinsip mereka; dan pada tahun 1428, mayat Wyclife telah digali
semula dan dibakar…“.
14. Anggaran kasar mengatakan bahawa pembakaran disebabkan “ilmu sihir” sahaja adalah
di sekitar 200,000. Lebih kurang 80% daripada mereka ini adalah wanita. Ini belum
mengambil kira mereka yang dibakar sampai mati kerana tidak menukar kepercayaan
atau kerana sebab-sebab lain. Frank Donavan (di dalam “Never on a Broomstick“)
berkata: “Ramai penulis-penulis moden mendakwa bahawa 9,000,000 orang telah mati
239
semasa menghukum ahli-ahli sihir tetapi tidak memberikan rekod statistik untuk
menyokong anggaran ini. Di suatu sudut lain adalah ‘agakan ilmiah’ oleh R.H. Robbins
dan lain-lain yang mengatakan jumlahnya adalah lebih kurang 200,000. Rekod-rekod
pada zaman tersebut adalah sedikit dan tidak lengkap. Kebanyakan kematian mungkin
tidak direkodkan dan arkib-arkib lain telah hilang bersama masa.”
Ini adalah paganisma yang sama yang Jesus (a.s.) tentang habis-habisan semasa hayatnya untuk
memusnahkannya. Ini akan dibuktikan, dengan izin Tuhan, melalui tulisan-tulisan Kristian
sendiri. Saya akan menunjukkan bagaimana semua amalan-amalan dan kepercayaan-
kepercayaan ini telah lama diterima oleh golongan penyembah berhala beberapa abad sebelum
kemunculan Paul dan “visi-visinya”.
Tanah yang terbentang di antara Sungai Nil dan Sungai Efrat adalah tempat tinggal bangsa
Yahudi selama beberapa abad sebelum kedatangan Jesus (a.s.). Pada zaman ini, tanah tersebut
jatuh di bawah pemerintahan banyak empayar, termasuk Babilonia, Parsi dan Rom, yang mana
semuanya mempunyai hubungan yang meluas dengan budaya-budaya dan kepercayaan-
kepercayaan lain.
Kita akan lihat bahawa agama Jesus (a.s.) telah dikaji semula dan diubahsuai selepas
pemergiannya disebabkan pengaruh semua budaya-budaya dan kepercayaan-kepercayaan ini,
serta bagaimana ia menunjukkan banyak ciri-ciri daripada agama-agama ini, termasuk Buddha,
240
penyembahan yang dilakukan oleh bangsa Rom dan Greek, kepercayaan-kepercayaan Parsi dan
Mesir, di samping Judaisma dan lain-lain.
Maklumat berikut diperolehi daripada buku “Bible Myths and Their Parallels in Other
Religions” oleh T.W. Doane dan “Islam and Christianity in the Modern World” oleh Dr.
Muhammad Ansari.
Gambaran umum kebanyakan penganut Kristian hari ini adalah bahawa perbezaan di antara
Kristian dan paganisma adalah amat besar sehinggakan tiada persamaan di antaranya. Namun
ini adalah amat tidak benar. Lebih berilmu seseorang Kristian mengenai Kristian hari ini, lebih
mereka sedar bahawa ia terhasil daripada usaha berterusan untuk memuaskan hati penyembah
berhala bangsa Rom untuk mendapatkan sokongan mereka.
“Apa yang kini dipanggil AGAMA KRISTIAN telah wujud di kalangan masyarakat purba.
Mereka telah mula memanggil Kristian agama sebenar yang telah wujud sebelum ini.”
“Rasa kasih kita terhadap apa yang lama, penghormatan kita terhadap kebiasaan bapa-bapa
kita, menyebabkan kita berdiam diri di dalam gereja, dan berpegang kepada kain altar, dan
lambang-lambang yang menyebabkan orang-orang Timur tersenyum dan tertanya-tanya
mengapa kita menghantar para mubaligh ke negaranya, sedangkan kita mengasihi agamanya
di dalam agama kita. ”
Salib
Diketahui umum bahawa lambang pertama Kristian adalah ikan. Pada cawan-cawan, cop-cop
dan lampu-lampu upacara, Roh Suci dilambangkan oleh merpati dan Kristus oleh ikan
(mungkin kerana pada masa itu ikan adalah salah satu unsur-unsur jamuan upacara) atau oleh
seorang pengembala yang memikul seekor biri-biri di atas bahunya (daripada Lukas 15:3-7).
Salib tidak digunakan sebagai lambang lama selepas pemergian Jesus. Salah satu sebab
utamanya adalah hakikat bahawa sesiapa yang mati di batang salib dianggap dikutuk oleh
Tuhan (Galatia 3:13).
Pengetahuan sejarah hari ini mengakui hakikat bahawa salib telah digunakan sebagai lambang
agama lama sebelum kemunculan Jesus (a.s.). Ia digunakan di India sebagai lambang Tuhan
Hindu iaitu Agni yang merupakan “cahaya kepada dunia”. Ia diletakkan pada tangan Siva.
Brahma, Vishnu, Krishna, Tvashri, dan Jama. Salib juga digunakan di kalangan penganut
Buddha sejak zaman purba dan oleh pengikut-pengikut Lama di Tibet.
241
Bangsa Mesir purba juga menggunakan salib sebagai lambang agama tuhan-tuhan berhala
mereka. Banyak lukisan-lukisan Mesir menunjukkan mereka memegang salib dalam tangan
mereka. Di antaranya adalah Horus, penyelamat Mesir, dilukis memegang salib di dalam
tangannya. Beliau juga dilukis sebagai seorang bayi di atas pangkuan ibunya dengan salib pada
kerusi yang mereka duduk. Yang paling biasa di antara salib-salib yang biasa digunakan oleh
penyembah berhala Mesir ini adalah CRUX SANTA yang kemudiannya digunakan oleh
Kristian.
Penyelamat Mesir, iaitu Osiris, yang merupakan Tuhan kematian dan alam ghaib, kadang kala
digambarkan memberikan salib kepada manusia biasa sebagai lambang bahawa orang tersebut
telah membuang kehidupan yang fana untuk kehidupan akan datang.
Satu lagi salib telah digali di Ireland. Ia adalah milik kultus tuhan matahari Parsi bernama
“Mithra” dan mempunyai lambang patung yang disalib. Bangsa Greek dan Rom juga
menggunakan salib sebagai lambang agama mereka berabad-abad sebelum penganut-penganut
Kristian berbuat demikian. Ukiran purba di Tessaly mengandungi salib Calvary. Banyak salib-
salib didapati menghiasi makam Raja Midas di Phrygia. Rujukan-rujukan di atas hanyalah
beberapa contoh.
“Triniti”
Mari kita kaji “Triniti” dan akar umbinya dalam penyembahan berhala zaman purba. “Triniti”
Kristian, seperti yang ditakrifkan oleh Rukun Nicea, adalah penggabungan tiga entiti yang
berbeza menjadi satu entiti dan pada masa yang sama masih kekal sebagai tiga entiti. Kita
disuruh untuk bercakap mengenai tiga tuhan sebagai satu tuhan, dan bukannya sebagai tiga
tuhan yang mana ini dianggap sebagai kufur (Yesaya 43:10). Mereka dianggap sama-abadi,
sama penting dan setara.
Bagaimanapun, hanya tuhan pertama yang wujud dengan sendiri. Yang lain berasal
daripadanya. Doktrin falsafah Neo-Platonik ini bukannya berasal dari wahyu Tuhan, tetapi
paganisma purba. Kebanyakan agama-agama purba adalah berdasarkan tiga perbezaan ini.
Tuhan-tuhan biasanya adalah triniti dan terdiri daripada pancaran berterusan ketiga-tiganya.
Di India, kita temui doktrin triniti yang dipanggil “tri-murti” (tiga bentuk) yang terdiri daripada
Brahma, Vishnu dan Siva. Ia adalah kesatuan yang tidak boleh dipisahkan walau pun
mempunyai tiga bentuk. Penyembah-penyembahnya diperintahkan untuk menyembahnya
sebagai satu tuhan.
242
Konsep ini tidak menimbulkan masalah kepada penganut Hindu kerana mereka telah biasa
menyembah tuhan-tuhan dengan badan manusia dan kepala gajah (Ganesh), atau tuhan
berwajah monyet (Hanuman), atau tuhan dengan enam tangan, dan sebagainya. Perlu diingat
bahawa cerita-cerita klasik Hindu telah wujud sekurang-kurangnya pada 500 S.M., dengan
akarnya semenjak 2000 S.M.
Golongan Brahma juga mempunyai triniti. Dalam triniti ini, Varapni, Manjusri, dan
Avalokitesvara membentuk kesatuan suci tiga tuhan dalam satu tuhan yang dipanggil
“Buddha”. Bangsa China dan Jepun juga menyembah Buddha, tetapi mereka memanggilnya
“Fo”. Semasa menyembahnya, mereka berkata, “Fo adalah satu tuhan tetapi dalam tiga bentuk”.
“Orang-orang tempatan yang boleh dipercayai meyakinkan saya bahawa seorang atau dua
mubaligh dalam keghairahan mereka untuk menukar agama golongan bukan Yahudi, telah
berkata bahawa penganut Hindu juga hampir seperti Kristian, kerana Brahma, Vishnu dan
Mahesa (Siva) mereka adalah tidak lain tidak bukan adalah Triniti Kristian. ”
Bangsa Mesir purba juga menyembah triniti. Lambang mereka adalah sayap, bumi dan ular
yang melambangkan sifat-sifat berlainan tuhan mereka.
Bangsa Greek juga mempunyai triniti. Semasa melakukan korban kepada tuhan-tuhan mereka,
mereka akan merenjiskan air suci di altar tiga kali, kemudian mereka merenjiskannya ke atas
orang tiga kali juga. Kemenyan diambil menggunakan tiga jari dan ditaburkan di atas altar tiga
kali. Semua ini dilakukan kerana seorang keramat mengisytiharkan bahawa semua benda-benda
yang suci adalah tiga.
Ingatlah bahawa falsafah mereka (bangsa Greek) mempunyai pengaruh yang besar dalam
menakrifkan sifat “Triniti” Tuhan Kristian. Ini dilakukan melalui tulisan-tulisan ahli falsafah
Greek bernama Plato mengenai “Logo” (“Firman”). Selanjutnya, ingatlah sebab Gospel-gospel
Bible dinamakan “Gospel Greek”: ia ditulis dalam bahasa Greek dan adalah berdasarkan
falsafah mereka (lihat bab satu).
“Hasil kerja Plato telah dikaji dengan teliti oleh Bapa-bapa Gereja, salah seorang daripadanya
dikenali sebagai guru yang agung, yang kemudiannya telah mendidik penyembah berhala
mengenai Kristus, sebagaimana Musa mendidik bangsa Yahudi. Petikan yang masyhur:
“Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada, Firman itu bersama-sama Allah, dan
Firman itu adalah tuhan”, adalah saki-baki daripada karangan penyembah berhala yang
bersandarkan kepada falsafah Plato, dan ditulis oleh Inenaeus. Ia dipetik oleh Amelius,
seorang ahli falsafah pada zaman penyembahan berhala, dan dikaitkan dengan Logos, atau
Mercury [2], Kalimat, adalah testimoni mulia terhormat masyarakat gasar kepada berhala…
Kita kemudiannya melihat gelaran “Kalimat” atau “Logos” diberikan kepada Jesus, ini
sebenarnya adalah satu lagi cebisan penyatuan penyembahan berhala dengan Kristian. Ianya
tidak diiktiraf di dalam Kristian sehinggalah pertengahan abad kedua selepas pemergian Jesus.
Masyarakat penyembah berhala Rom menyembah Triniti. Seorang keramat dikatakan telah
mengumumkan bahawa “Mula-mula Tuhan, kemudian Kalimat, dan bersama mereka Roh”. Di
sini kita lihat dengan jelas pembilangan Tuhan, Logos, dan Roh Suci di zaman Rom purba, di
243
mana kuil-kuil terkemuka di sini – iaitu Jupiter Capitolinus – dikhususkan untuk menyembah
tiga tuhan, di mana ketiga-tiganya disembah. ”
Triniti tidak terhad kepada bangsa-bangsa ini sahaja, bangsa Parsi, Assiria, Fonisia,
Skandinavia, Druid, Siberia, Mexico purba, Peru, dan banyak bangsa-bangsa lain juga
menyembah tuhan berhala “Triniti” (di samping berbagai tuhan-tuhan lain) lama sebelum
persidangan Nicea pada tahun 325 mengiktiraf sifat Tuhan ini secara rasmi.
Krismas
Kita bincangkan pula “hari lahir Jesus”, iaitu hari Krismas. Jesus (a.s.) dianggap telah
dilahirkan pada 25hb. Disember. Bagaimanapun, sarjana-sarjana Kristian tahu bahawa beliau
tidak dilahirkan pada hari tersebut. Memang diketahui bahawa gereja-gereja Kristian pertama
mengadakan hari keraian mereka pada bulan Mei, April, atau Januari. Malah sarjana-sarjana
pada dua abad pertama Masihi berbeza pendapat mengenai bila beliau dilahirkan. Ada yang
percaya beliau dilahirkan dua puluh tahun sebelum tarikh yang diterima. Jadi bagaimanakah
25hb. Disember dipilih sebagai hari lahir Jesus (a.s.)?
“Krismas adalah perayaan hari kelahiran Jesus Kristus yang diraikan pada 25hb. Disember…
Meskipun kepercayaan terhadap Kristus dilahirkan melalui kisah-kisah kelahirannya, gereja
tidak mengadakan perayaan untuk meraikan peristiwa tersebut sehinggalah pada abad ke
empat… semenjak 274, di bawah Maharaja Aurelain, Rom telah mengadakan perayaan untuk
meraikan “Matahari yang Tidak Dapat Dikalahkan” pada 25hb. Disember. Di Gereja Timur,
tarikh 6hb. Januari yang dikaitkan dengan solstis musim sejuk dipilih sebagai hari perayaan.
Bagaimanapun, setelah beberapa lama, Barat telah menambah tarikh Timur sebagai tarikh
perayaan Epifani, dan Timur menambah tarikh Barat yang merayakan Krismas. ”
Siapa lagi yang merayakan 25hb Disember sebagai hari lahir tuhan-tuhan mereka sebelum ia
dipersetujui sebagai tarikh lahir Jesus (a.s.)? Terdapat masyarakat di India yang meraikannya
dengan menghiasi rumah-rumah mereka dengan kalungan bunga dan memberikan hadiah
kepada rakan-rakan mereka pada hari ini. Masyarakat China juga meraikan hari ini dan
menutup kedai-kedai mereka. Tuhan Buddha dipercayai telah dilahirkan pada hari ini apabila
“Roh Suci” turun kepada ibunya yang perawan, iaitu Maya.
Penyelamat agung dan tuhan bangsa Parsi, iaitu Mithra, juga dipercayai telah dilahirkan pada
25hb. Disember – lama sebelum kedatangan Jesus (a.s.). Bangsa Mesir meraikan hari ini
sebagai hari lahir penyelamat agung mereka, iaitu Horus, yang merupakan tuhan cahaya dan
anak kepada “ibu perawan” dan “ratu syurga”, iaitu Isis. Osiris, tuhan kematian dan alam ghaib
di Mesir, adalah anak “perawan suci” yang juga dipercayai telah dilahirkan pada 25hb.
Disember.
Bangsa Greek meraikan 25hb. Disember sebagai hari lahir Hercules, anak kepada tuhan
tertinggi Greek, iaitu Zeus, yang dilahirkan oleh seorang wanita biasa, iaitu Alcmene. Bacchus,
tuhan wain dan temasya bangsa Rom (juga dikenali oleh bangsa Greek sebagai Dionysus) juga
dilahirkan pada hari ini.
Adonis yang dipuja sebagai “tuhan yang mati-dan-hidup” oleh bangsa Greek juga dilahirkan
pada 25hb. Disember. Penyembah-penyembahnya mengadakan perayaan tahunan yang
244
meraikan kematiannya dan kebangkitan semulanya pada pertengahan musim panas. Perayaan
hari kelahirannya direkodkan telah diadakan di gua yang sama di Bethlehem yang didakwa
sebagai tempat kelahiran Jesus (a.s.).
Bangsa Skandinavia merayakan 25hb. Disember sebagai hari lahir tuhan mereka, Freyr, yang
merupakan tuhan tertinggi langit, iaitu Odin.
Bangsa Rom meraikan hari ini sebagai hari lahir tuhan matahari, Natalis Solis Invicti (hari lahir
Sol yang tidak dapat dimusnahkan). Semua bergembira dan kedai-kedai ditutup. Bandar
diterangi dengan lampu-lampu, permainan diadakan, dan mereka bertukar-tukar hadiah, dan
hamba-hamba abdi diberikan kebebasan.
Sila ingat bahawa ini adalah bangsa Rom yang kemudiannya mempengerusikan persidangan
Nice (325 M) yang membawa kepada pengiktirafan rasmi Kristian bahawa “Triniti” adalah sifat
sebenar Tuhan, dan “hakikat” bahawa Jesus juga dilahirkan pada 25hb. Disember.
“Decline and Fall of the Roman Empire“, Jilid ii, Gibbon, m.s. 383
Perayaan Krismas hari ini mengandungi banyak adat-adat penyembahan berhala, seperti
penggunaan holi dan mistletoe, kayu yul dan mangkuk wassail. Pokok Krismas sendiri adalah
aspek perayaan penyembahan berhala yang paling ketara yang kemudiannya dimasukkan ke
dalam upacara gereja. Sarjana-sarjana percaya bahawa perayaan Kristian ini sebahagiannya
berasal daripada upacara yang dijalankan oleh masyarakat Jerman Pra-Kristian dan masyarakat
Celtic untuk merayakan solstis musim sejuk.
Pokok Krismas dihiasi dengan lampu dan hiasan-hiasan lain kerana ia mengekalkan daunnya
hijau sepanjang bulan, yang mana ini dipercayai oleh penyembah-penyembah berhala pra-
Kristian mempunyai kuasa istimewa untuk melindungi daripada kuasa-kuasa alam dan roh-roh
jahat.
Pada penghujung Disember masa siang semakin panjang — kembalinya kepanasan serta
cahaya, dan kuasa-kuasa jahat yang menyebabkan kesejukan dan kegelapan ditumpaskan.
Pokok Krismas berasal daripada apa yang dipanggil pohon syurga yang melambangkan Eden.
Penggunaan pohon Krismas bermula pada awal abad ke tujuh belas di Strasbourg, Perancis, dan
dari sini tersebar sehingga ke Jerman, ke Eropah timur dan Britain, dan dari situ ke Amerika.
Krismas bukanlah satu-satunya perayaan Kristian yang dipinjam daripada paganisma purba dan
dipaksakan ke atas agama Jesus (a.s.). Perayaan-perayaan lain adalah Easter (lihat perinciannya
dalam bab satu), perayaan St. John, Perjamuan Suci, pengumuman perawan, penerimaan
perawan, dan banyak lagi yang lain yang mempunyai akar umbi dalam paganisma purba. Oleh
245
kerana semuanya tidak dapat dibincangkan di sini, pembaca yang berminat diminta merujuk
buku yang diberikan di atas.
“Maka hati-hatilah supaya jangan engkau kena jerat dan mengikuti mereka, setelah mereka
dipunahkan dari hadapanmu, dan supaya jangan engkau menanya-nanya tentang allah mereka
dengan berkata: Bagaimana bangsa-bangsa ini beribadah kepada allah mereka? Aku pun
mahu berlaku begitu. ”
Ulangan 12:30
Ada sebabnya Tuhan memerintahkan sesuatu kepada kita. Hanya kerana kita tidak tahu
kebijaksanaan di sebalik sesuatu larangan tidak bermakna kita bebas melanggar larangan
tersebut. Sesungguhnya, kesanggupan untuk “mengubahsuai” dan “bertolak-ansur” inilah yang
akhirnya menyebabkan hilangnya ajaran Jesus, seperti yang telah kita lihat dalam bab satu.
Seperti yang kita telah lihat, unsur yang sama dalam paganisma adalah penyembahan matahari
sebagai tuhan dan pilihan solstis musim sejuk (25 hb Disember) sebagai hari kelahiran tuhan
mereka. Solstis musim sejuk adalah masa di mana matahari berada pada paras terendah dan
kemudian naik dan “dilahirkan semula”. Kenaikan ini berterusan sehinggalah masa siang dan
malam sama panjang.
Pada ketika ini, tuhan matahari kelihatannya seri dengan “putera kegelapan”. Ini berlaku semasa
ekuinoks musim bunga, atau Easter. Namun keadaan ini tidak bertahan lama, di mana tuhan
matahari menang selepas Easter dan masa siang adalah lebih panjang daripada malam.
Perhatikan bahawa gereja juga menerima “wahyu” bahawa Jesus (a.s.) dilahirkan pada 25hb.
Disember, dan beliau juga “menang menentang putera kegelapan” pada hari Easter seperti mana
tuhan-tuhan Greek dan Rom beberapa abad sebelum itu. Kita akan melihat sepintas lalu
kepercayaan-kepercayaan popular penyembah berhala bukan Yahudi yang kemudiannya
bertanggungjawab menyebarkan agama “Jesus” kepada dunia.
Attis
Berhala Atis adalah anak kepada perawan Nana. Beliau adalah “penyelamat” dan “satu-satunya
anak yang dizuriatkan”. Darahnya dipercayai telah membaharui kesuburan bumi. Oleh itu, ia
adalah lambang keabadian. Dia dipercayai telah mati pada 24hb. Mac dan dibangkitkan semula
tidak lama kemudian. Jamuan suci dan darah baptis adalah ciri-ciri gerejanya.
Beliau dilahirkan oleh seorang perawan dan adalah “penyelamat” di Siria. Beliau mati menebus
dosa manusia dan dilahirkan semula pada musim bunga.
246
Dionysus atau Bacchus
Beliau adalah “satu-satunya anak yang dizuriatkan” oleh Jupiter yang merupakan raja tuhan-
tuhan Rom serta tuhan kehidupan dan kematian (kepada bangsa Greek, bapanya adalah Zues
yang perkasa). Beliau adalah tuhan wain dan temasya. Dionysus mati di tangan bangsa Titan
yang mengoyaknya, memanggang cebisan-cebisan tubuhnya, dan memakannya. Pada ketika ini
Zeus campur tangan dan menyelamatkan beberapa cebisan dan mengarahkan Apollo
menanamnya di Delphi.
Di situ, Dionysus dipercayai telah bangun semula daripada kematian dan beliau berkata kepada
manusia, “Akulah yang membimbingmu; akulah yang melindungimu; dan akulah yang
menyelamatkanmu; Aku adalah Alpha dan Omega.“. Beliau dibunuh untuk menebus
kemanusiaan dan dipanggil “yang dibunuh”, “penanggung dosa” dan “penebus”.
Beliau adalah tuhan matahari bangsa Babilonia. Kisah hidup dan perasaannya amat mirip
dengan kisah Jesus (a.s.) di dalam Gospel-gospel yang ada sekarang. Beliau digelar tuhan
semesta alam. Beliau dibunuh oleh raksasa tetapi dihidupkan kembali. Kematian dan
kebangkitan semulanya dirayakan setiap tahunan sebagai sebahagian daripada ritual kesuburan
kaum Kanaan.
Osiris
Beliau adalah tuhan kematian dan Alam ghaib di Mesir, yang dilahirkan oleh “perawan dunia”
pada 19hb Disember. Dia mengajarkan kelembutan dan kedamaian. Beliau menemui wain dan
jagung. Beliau dikhianati oleh Typhen, dibunuh dan dikerat. Beliau berada di dalam neraka
selama dua atau tiga hari dan tiga malam. Beliau akan mengadili manusia dalam kehidupan
akan datang.
Beliau adalah tuhan matahari Parsi dan adalah anak seorang perawan. Beliau dilahirkan pada
25hb. Disember. Krismas dan Easter adalah di antara dua perayaan terpenting gerejanya.
Penyembah-penyembahnya mengamalkan pembaptisan, pengesahan dan jamuan Eucharist bila
mana mereka akan memakan “tuhan” mereka dalam bentuk roti dan wain.
Krishna
Tuhan Hindu, Krishna, juga mirip kepada kisah Jesus dalam kisah misi dan ketuhanannya.
Beliau adalah penjelmaan tuhan tertinggi, iaitu Vishnu (pemelihara dan pelindung dunia), di
dalam rahim Devaki. Nabi Hindu, iaitu Bala, meramalkan bahawa seorang Penyelamat suci
akan “menjelma daripada keluarga Yasu, dan menyebabkan kelahiran daripada rahim Devaki
(seorang Perawan Suci), dan menyelamatkan bumi yang tertindas oleh dosa dan kesedihan”.
247
sebutir bintang di langit.
Walaupun berdarah raja, beliau dilahirkan di gua. Beliau dipersembahkan hadiah sandal kayu
dan wangian. Ayah angkatnya disuruh melarikan diri dan menyembunyikannya kerana bimbang
dibunuh oleh raja Kansa.
Raja Kansa telah mengarahkan supaya semua bayi lelaki yang dilahirkan pada malam itu
dibunuh. Salah satu mukjizatnya yang terawal adalah menyembuhkan seorang pesakit kusta.
Beliau kemudiannya dibunuh dan ini menyebabkan berlaku gerhana matahari dan satu gelang
hitam terbentuk di sekeliling bulan. Roh-roh dapat dilihat di semua tempat, dan beliau masuk ke
neraka, bangun semula dan naik ke syurga di mana ramai orang menyaksikan kejadian ini.
Beliau akan “muncul untuk kali kedua” pada masa hadapan yang dinantikan oleh pengikut-
pengikutnya. Terdapat banyak lagi persamaan-persamaan dengan apa yang hari ini dikenali
sebagai “Kristian” walau pun agamanya telah wujud beberapa abad sebelum kelahiran Jesus
(a.s.).
Kisah Krishna semasa kecil agak mirip dengan kisah Jesus semasa kecil. Dalam sajak-sajak
agung purba, Krishna hanya dianggap sebagai wira agung sehinggalah sekitar abad keempat
S.M. bila mana beliau dinaikkan taraf kepada seorang tuhan.
Buddha
Kedua-dua buku yang disebut di atas menyusun perbandingan yang terperinci di antara legenda
Jesus (a.s.) dengan Buddha. Persamaan-persamaan di antaranya menakjubkan. T.W. Doane
sehinggakan telah mengkhususkan satu bab, termasuk meletakkan 48 kisah kelahiran mereka
sehingga akhir hayat mereka di bumi bersebelahan.
“Hakikatnya adalah kanon Buddha telah diketahui di Barat sebelum kedatangan Jesus. Hari
ini, hampir tiada ahli Indologi yang menafikan kaitan di antara dua agama penebusan ini.
Kaitannya amat hampir sehinggakan perincian mukjizat-mukjizat yang direkodkan di antara
Buddisma dan Kristian adalah sama. Buddha juga dikatakan telah memberi makan lima ratus
orang menggunakan sebiji roti, telah menyembuhkan pesakit-pesakit kusta dan menyembuhkan
yang buta. ”
Pada tahun 1884 pun, seorang ahli sejarah agama berbangsa Jerman bernama Rudolph Seydel
telah menerbitkan kajian terperinci yang menunjukkan bahawa semua kisah-kisah, mukjizat-
mukjizat dan pepatah-pepatah dalam Bible Kristian mempunyai persamaan dengan gospel
Buddha yang lebih tua.
Pengarang “The Bible Myths” telah memerhatikan bahawa walau pun hari ini Buddha dinaikkan
taraf kepada Tuhan, Doane berkata:
“Tiada sebab untuk percaya bahawa beliau pernah menganggap dirinya lebih tinggi daripada
seorang guru agama, tetapi seperti mana perselisihan-perselisihan moden, terdapat di
kalangan pengikut-pengikutnya golongan yang memanjangkan ajaran-ajarannya lebih
daripada pengasasnya. Mereka tidak puas hati sekadar membesarkan amalan-amalan mulia
gurunya semasa hayat beliau dan telah menaikkan taraf beliau setaraf dengan tuhan-tuhan
mereka dalam tempoh suku abad selepas kematiannya – menyembah sebagai tuhan seseorang
248
yang mereka ketahui hanyalah seorang dermawan yang baik hati, jujur dan mencari
kebenaran. ”
Sekali lagi, ini selaras dengan dakwaan Qur’an bahawa Tuhan telah memilih nabi-nabi daripada
semua bangsa di bumi (tidak hanya kepada bangsa Yahudi) dan mengutuskan mereka kepada
bangsa mereka (dan hanya kepada bangsa mereka) untuk mengembalikan mereka kepada
penyembahan Tuhan semata-mata, dan bahawa selepas pemergian mereka, pengikut-pengikut
mereka tidak berdiam diri sehinggalah mereka telah memusnahkan langsung apa yang telah
diajarkan oleh nabi-nabi mereka sehingga ke tahap menjadikan nabi-nabi objek penyembahan
berhala (rujuk Qur’an, Al-Fathir (35):24).
Adakah ini bermakna Buddha sebenarnya adalah nabi Tuhan? Hanya Tuhan Yang Maha
Berkuasa sahaja yang tahu jawapannya. Namun kelihatannya terdapat kemungkinan bahawa
beliau adalah salah seorang daripada ribuan nabi-nabi yang ajarannya adalah ajaran sebenar
Tuhan yang kemudiannya diubah oleh manusia.
Di dalam bab satu kita telah melihat bahawa sarjana-sarjana Kristian hari ini bersedia mengaku
hakikat bahawa selama tiga dekad pertama Masihi, “Kristian” adalah satu mazhab di dalam
Judaisma dan bahawa lima belas orang Biskop Kristian yang pertama adalah berbangsa Yahudi,
yang telah disunatkan dan beribadat di dalam saumaah Yahudi.
Kita telah melihat bahawa hanya setelah Kristian diperkenalkan kepada bangsa Rom dan agama
Jesus (a.s.) mendapat “bimbingan” rasmi empayar Rom, baharulah kelihatan banyak
“kebenaran-kebenaran” mengenai misi Jesus yang sebelum ini tersembunyi daripada hawari-
hawari pertama Jesus (a.s.).
Kita telah melihat bagaimana “Triniti”, kelahiran Jesus (a.s.) pada 25hb. Disember, perayaan
Easter dan banyak doktrin-doktrin dasar Kristian tidak diiktiraf sebagai “kebenaran”
sehinggalah agama Jesus (a.s.) diterima oleh bangsa yang selama berabad-abad sebelum itu
telah disuapkan dengan doktrin-doktrin “Triniti”, “penyelamat daripada dosa”, “penjelmaan
Yang Perkasa”, “kematian dan kebangkitan semula”, “Krismas dan Easter”, “tiga hari dan tiga
malam di dalam neraka”, “satu-satunya zuriat yang perkasa”, “dibunuh oleh musuh”, dan
banyak hal-hal lain yang kemudiannya “diwahyukan” kepada mereka oleh Tuhan untuk
“dijelaskan” di dalam Bible supaya mereka dapat melihatnya dengan jelas.
Malangnya, setelah semua bukti-bukti terperinci ini dikemukakan oleh sarjana-sarjana Barat
untuk menyokong fakta bahawa semua hal-hal ini adalah amalan penyembahan berhala dan
kepercayaan yang telah wujud berabad-abad sebelum kedatangan Jesus (a.s.), walau pun
dihadapkan dengan semua bukti-bukti ini, golongan ortodoks yang berkeras tetap dapat mencari
jalan keluar. “Hal ini mudah sebenarnya“, jelas mereka, “Amalan-amalan kultus penyembahan
berhala yang banyak dari serata dunia ini tentu telah mengetahui terlebih dahulu akan
kedatangan Jesus dan telah memasukkan kisah hidupnya ke dalam mitologi pagan berabad-
abad sebelum kedatangannya.”
Utusan Allah yang terpilih dan agung, Jesus (a.s.) anak Maryam (a.s.), tidak terlibat dalam
bidaah penyembah berhala ini yang telah dipaksakan ke atasnya selepas pemergiannya oleh
mereka yang tidak gentarkan Tuhan. Beliau adalah utusan Tuhan yang benar dan tidak akan
berani berkata yang sebaliknya. Tuhan adalah esa. Tamat!
Dia tidak boleh dibahagikan dan tidak boleh dipisahkan. Tiada Tuhan melainkan Dia. Dia tiada
anak mahu pun yang setara dengannya. Dia tidak mempertanggungjawapkan manusia ke atas
dosa orang lain, tetapi hanya mempertanggungjawapkan mereka atas ibadat mereka. Dan hanya
Tuhan yang akan mengadili manusia pada Hari Pengadilan.
249
Terdapat banyak persamaan-persamaan lain yang boleh dikemukakan sebagai perbandingan.
Bagaimanapun, saya tidak boleh membincangkannya dengan terperinci di sini, dan oleh itu,
terpulanglah kepada pembaca yang berminat untuk membacanya daripada buku-buku yang
dinyatakan di atas, atau rujuk buku “Mohammad A Prophesy Fulfilled” oleh H. Abdul Al-Dahr.
Notakaki
Saya tidak akan berhujah mengenai isu tempoh dan sama ada Jesus (a.s.) sendiri pernah
mengajarkan konsep ini, sebaliknya saya akan mengemukakan ayat-ayat berikut mengenai
BILA kedatangan kedua Jesus sepatutnya berlaku. Ayat-ayat ini dengan sendirinya jelas, tetapi
ini tidak menghalang sesetengah golongan daripada mereka makna-makna abstrak bagi ayat-
ayat ini.
“Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi
bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik
daripada peredarannya. Kemudian tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Pada masa
itu semua bangsa di bumi akan menangis, ketika melihat Anak Manusia datang di awan dengan
kekuasaan dan kemuliaan yang besar.
Trompet akan dibunyikan dengan kuat dan Anak Manusia akan mengutus malaikat-
malaikatNya ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan Allah dari hujung bumi
ke hujung bumi.
Biarlah pokok ara memberi pelajaran kepada kamu. Apabila dahan-dahannya hijau, lembut
dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. Demikian juga apabila kamu
melihat semua perkara ini, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan segera akan bermula.
Ingatlah! Semua perkara ini akan berlaku sebelum GENERASI ini mati semuanya…”
Matius 24:29-34
250
“Berjaga-jagalah! Semua perkara itu aku katakan kepadamu sebelum berlaku. Selepas masa
kesusahan itu matahari menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang akan
jatuh dari langit dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya. Barulah
Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kuasa besar dan kemuliaan.
Dia akan mengutus malaikat-malaikat ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat
pilihanNya dari hujung bumi ke hujung bumi.
Biarlah pokok ara memberi pelajaran kepada kamu. Apabila dahan-dahannya hijau, lembut
dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. Demikian juga apabila kamu
melihat perkara-perkara ini sudah berlaku, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan
segera akan bermula. Ingatlah! Semua perkara ini akan berlaku sebelum GENERASI ini mati
semuanya…”
Markus 13:23-30
“Tiap-tiap orang akan membencimu kerana kamu pengikutku. Tetapi sesiapa bertahan hingga
akhir akan diselamatkan. Apabila kamu dianiaya di satu bandar, larilah ke bandar lain.
Ketahuilah bahawa Anak Manusia akan datang sebelum kamu dapat menyampaikan ajaranku
DI SEMUA BANDAR DI ISRAEL.”
Matius 10:22-23
Mereka bukan sahaja telah pergi ke semua bandar-bandar Israel, tetapi telah berselerak di serata
bumi dan kita masih menunggu.
“Anak Manusia sudah hampir tiba bersama-sama malaikatnya dengan kemuliaan bapaNya.
Pada masa itu dia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya. Ketahuilah!
BEBERAPA ORANG DI SINI tidak akan meninggal sebelum melihat Anak Manusia datang
sebagai Raja.”
Matius 16:27-28
Adakah sesiapa di antara mereka yang berdiri di sana yang masih hidup ke hari ini? Bukankah
ini satu lagi bukti kecenderungan manusia mengatakan Jesus (a.s.) mengucapkan sesuatu yang
tidak pernah beliau ucapkan? (Juga lihat Wahyu 3:11, Wahyu 22:10, Yakobus 5:8, 1 Tesalonika
4:15-17
Pada mulanya, masyarakat Kristian menanti kemunculan semula Jesus yang pasti. Kita
dimaklumkan bahawa pada abad pertama Masihi, masyarakat Kristian menanti kepulangan
Kristus dalam keagungan dan menubuhkan Kerajaan. Harapan ini dibawa ke abad kedua.
Apabila ia tidak berlaku pada abad kedua, gereja menyusun dirinya sebagai institusi tetap di
bawah pimpinan biskop-biskop.
251
Pun begitu, ini tidak menghalang ramalan-ramalan mengenai “kedatangan kedua”. Beberapa
mazhab Kristian terus mengajarkan kemunculan kedua yang pasti ini adalah Seventh-Day
Adventists, Christadelphians, Jehovah’s Witness dan Plymouth Brethren. Sebagai contoh,
Seventh-Day Adventists percaya bahawa kedatangan kedua Kristus telah hampir. Mereka diajar
hal ini oleh William Miller (1782-1849).
Berdasarkan kajiannya ke atas buku Danial dan buku Wahyu, Miller meramalkan 21hb. Mac
1884 adalah tarikh bila mana Kristus akan kembali ke bumi. Apabila hari ini tiba dan berlalu
tanpa kemunculan Kristus, Miller menukarkan ramalannya kepada 22hb. Oktober, 1844. Tiada
keraguan kali ini.
Pada 22hb. Oktober, 1884, Kristus pasti akan kembali ke bumi dan bumi akan dibersihkan oleh
api sehingga ke alaf baru (pemerintahan yang benar dan kedamaian selama 1000 tahun sebelum
Hari Pengadilan). Apabila tarikh tersebut berlalu tanpa apa-apa berlaku, ramai mengikut
meninggalkannya.
Umat Islam juga percaya akan kemunculan kedua Jesus (a.s.). Bagaimana pun, mereka
dimaklumkan bahawa Jesus (a.s.) tidak dibiarkan oleh Tuhan kepada kaum Yahudi untuk
dibunuh, sebaliknya beliau diangkat ke langit oleh Tuhan dan kelihatan kepada mereka yang
hadir seolah-olah beliau telah disalib (hawari Jesus, Barnabas, memberitahu kita bahawa Judas
si pengkhianat yang telah dibawa untuk disalib).
Umat Islam juga dimaklumkan bahawa beliau tidak akan kembali ke bumi sehinggalah hari
akhirat telah hampir, dan bukannya semasa hayat generasinya seperti yang dinyatakan di atas.
252
Bab 5: Pelbagai
(Sebelum membaca bab ini, pastikan anda telah membaca bahagian 2.3).
“Orang-orang Yahudi dan Kristian mengatakan: “Kami adalah anak-anak Allah dan
kekasih-kekasihNya”. Katakanlah: “Maka mengapa Allah menyeksa kamu kerana dosa-
dosamu?”. Kamu adalah manusia biasa di antara orang-orang yang diciptakanNya. Dia
mengampuni sesiapa yang dikehendakiNya. Dan kepunyaan Allah-lah segala kerajaan
antara keduanya. Dan kepada Allah kembali (segala sesuatu).
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan (syariat
Kami) kepadamu ketika terputus rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “Tidak ada
datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira mahu pun seorang pemberi
peringatan”. Sesungguhnya, telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi
peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.“
Umat Islam percaya bahawa Tuhan tidak seperti apa-apa yang boleh kita bayangkan. Tiada
sesiapa yang dapat melihatnya dan terus hidup. Dia tidak pernah letih. Dia Maha Mengetahui,
Maha Melihat, Maha Berkuasa dan Sempurna. Dia hanya perlu memerintahkan sesuatu dan
perkara tersebut terjadi. Namun bahasa di dalam Bible sekarang tidak menggambarkan Tuhan
dengan istilah yang terhormat.
Kejadian 3:8 “Ketika mereka mendengar bunyi langkah TUHAN Allah yang berjalan-jalan
dalam taman itu pada waktu hari sejuk, bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap
TUHAN Allah di antara pohon-pohonan dalam taman“.
Kejadian 3:9-10 “Tetapi Tuhan ALLAH memanggil manusia itu dan berfirman kepadanya: “Di
manakah engkau?”. Dia menjawab, “Ketika aku mendengar bahawa Engkau ada dalam taman
ini, aku menjadi takut kerana aku telanjang; sebab itu aku bersembunyi”.“(daripada Tuhan?).
Tuhan tidak tahu sama ada Adam memakan dari pohon tersebut atau tidak (tidak maha
mengetahui)
253
1. Baca bahagian 2.3.
2. Andaikan yang anda telah memberikan anak anda kebebasan penuh untuk berbuat apa
sahaja di dalam rumah, dan anda hanya berkata kepadanya, “Jangan bermain dengan
stereo“. Jika beliau kemudiannya berbuat demikian dan membuka stereo tersebut kepada
lima puluh bahagian, dan anda tahu sememangnya beliau yang melakukannya (mungkin
anda ada kamera tersembunyi), adakah anda akan berjalan di serata rumah dan berkata,
“Di manakah kamu bersembunyi? Keluarlah, di mana saja kamu.“, atau adakah anda
akan meluru ke tempat beliau bersembunyi dan menarik telinganya dan menghukumnya
dengan berat?
3. Jika anda tidak tahu di mana beliau bersembunyi, tetapi tahu tanpa sebarang keraguan
apa yang beliau telah lakukan, sebaik sahaja anda menjumpainya, adakah anda akan
bertanya, “Di mana kamu bersembunyi? Adakah kamu yang merosakkan stereo saya“.
Adalah penting untuk memikirkan apa yang logik sebelum cuba mencari makna-makna
abstrak.
Nota: Untuk mendapatkan versi Islam mengenai apa yang terjadi, sila baca bab 15.
Keluaran 31:17 “Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-
lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari
ketujuh Dia berhenti bekerja untuk beristirehat. ”
Perhatikan bagaimana ayat ini tidak mendakwa bahawa Tuhan Yang Maha Perkasa “berhenti
daripada bekerja“, tetapi “berehat“. Ini membayangkan bahawa Tuhan boleh merasa letih dan
Dia tidak Maha Perkasa dan Maha Berkuasa memandangkan Dia perlu “berehat“.
Tuhan tidak menyedari dan/atau tidak sedar abadi (tidak maha mengetahui, maha
melihat, memberi perhatian dan sedar)
Mazmur 44:23 “Bangunlah, ya Tuhan! Mengapakah Engkau tidur? Bangkitlah! Jangan tolak
kami selama-lamanya. ”
Mazmur 78:65 “Akhirnya Tuhan bangun seolah-olah daripada tidur; Dia bersemangat seperti
orang kuat yang sudah minum wain.”
“Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya
dalam enam masa dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan. ”
Al-Qur’an, Qaaf (50):38
“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus
(MakhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di
bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui
254
apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-
apa daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan
bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha
Besar. ”
Yaakob bergelut dengan Tuhan, Tuhan tidak dapat mengalahkan Yaakob, Yaakob
bersemuka dengan Tuhan
“Lalu tinggallah Yaakob seorang diri. Dan seorang lelaki bergelut dengannya sampai fajar
menyingsing. Ketika orang itu melihat bahawa dia tidak dapat mengalahkannya, dia memukul
sendi pangkal paha Yaakob sehingga sendi pangkal paha itu terpelecok ketika dia bergelut
dengan orang itu. Lalu kata orang itu: “Biarlah aku pergi kerana fajar telah mengyingsing”.
Sahut Yaakob: “Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkatiku.
Bertanyalah orang itu kepadanya: “Siapakah namamu?”. Sahutnya, “Yaakob”.
Lalu kata orang itu, “Namamu tidak akan disebutkan lagi Yaakob, tetapi Israel, sebab engkau
telah bergomol melawan Allah dan manusia, dan engkau menang”. Bertanyalah Yaakob:
“Katakanlah juga namamu”. Tetapi sahutnya, “Mengapa engkau menanyakan namaku?” Lalu
diberkatinyalah Yaakob di situ. Yaakob menamakan tempat itu Pniel sebab katanya: “Aku telah
melihat Allah berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong!” ”
Kejadian 32:24-30
Ramai yang mendakwa bahawa Yaakob bergelut dengan malaikat. Adakah ayat tersebut
bunyinya seperti beliau bergelut dengan malaikat? Adakah Yaakob (a.s.) berkata “Saya telah
melihat malaikat Tuhan”?; adakah beliau berkata “Saya telah melihat cahaya Tuhan“?; atau
penyataan lain yang mungkin mempunyai makna abstrak? Tidak! Beliau berkata, “Saya telah
melihat Tuhan“, dan supaya tiada keraguan bagi sesiapa beliau telah menambah “berhadapan
muka“.
Jika Yaakob (a.s.) telah bergelut dengan malaikat, maka mengapakah beliau perlu berkata
“tetapi nyawaku tertolong“? Adakah orang yang nampak malaikat mati? (Bilangan 22:31, 2
Samuel 24:17, 1 Tawarikh 21:16, dan lain-lain).
Jika Yaakob telah melihat wajah seorang malaikat, maka mengapakah beliau menamakan
tempat tersebut “wajah Tuhan” (peni-el), dan bukan “wajah malaikat” (peni-malak)?
Sesungguhnya beginilah St. Augustine dan ramai yang lain memahami ayat ini. Ini
menimbulkan satu lagi soalan. Bagaimanakah kita menyelaraskan ayat ini dengan nombor 25
pada jadual di bahagian 2.2 (mengenai melihat Tuhan)?
Kita telah bertalu-talu disogokkan dengan hakikat bahawa seorang manusia (Yaakob (a.s.))
telah berjaya dalam pergelutan dengan Tuhan Yang Maha Perkasa, tetapi penterjemah-
penterjemah yang kini menyedari kepalsuan kisah ini terus cuba menafsirkan semula ayat ini
dan mengemukakan alasan-alasan baginya. Perhatikan bahawa bukan sekali kita disogokkan
dengan kisah bahawa TUHAN dikalahkan oleh Yaakob, tetapi empat kali:
255
2. “BERHADAPAN MUKA”
3. “dan nyawaku tertolong”
4. “menamakan tempat tersebut ‘Pnial’” (“WAJAH TUHAN”)”
Adakah kita kini perlu percaya bahawa Tuhan bergelut dengan Yaakob (a.s.) sepanjang malam,
Dia mengambil jalan keluar memukul Yaakob (a.s.) di sendi pangkal paha, dan akhirnya masih
dikalahkan oleh Yaakob (“Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak
memberkatiku“)? Apabila seseorang menawan anda dan berkata, “Lakukan apa yang saya
suruh“, adakah beliau telah menang atau kalah?
Na’uzubillah! Maha Tinggi Dia! Perkasa! Mengagumkan! Maha Berkuasa! Tidak Musa mahu
pun Yaakob dapat mendakwa demikian. Tidak juga nabi-nabi Tuhan yang lain. Nabi-nabi yang
agung dan mulia tidak akan berani mendakwa Tuhan adalah seperti punching bag untuk
memuaskan ego mereka.
Perhatikan bagaimana kita digalakkan percaya bahawa tidak memadai untuk hanya sujud
dengan rasa rendah diri terhadap Tuhan dan merayu di dalam doa kita dengan penuh
penyerahan. Sebaliknya, kita perlu menamparNya dan memukulNya hingga jatuh ke tanah dan
kemudian memaksaNya untuk merahmati si pemenang. Tidakkah ini melampau? Tidakkah ini
membuktikan ada tangan yang telah mengubahsuai kitab? Moga-moga Tuhan Yang Maha
Berkuasa mengampuni saya kerana mengulangi kata-kata ini.
Tuhan menyesali perbuatannya, Tuhan tidak dapat melihat masa hadapan, Tuhan tidak
dapat mengubah masa lalu
Kejadian 6:6 “Dan menyesallah TUHAN BAHAWA Dia telah menjadikan manusia di bumi, dan
hal itu memilukan hatiNya. ”
Adalah mustahil untuk menyesali sesuatu kecualilah akibat perbuatan tersebut adalah sesuatu
yang buruk yang tidak dijangkakan dan tidak dapat diubah. Di dalam Webster’s New Dictionay
(1990), perkataan ‘repent‘ (menyesal) ditakrifkan seperti berikut: merasa kesal, bersedih ke atas
sesuatu, berharap untuk melakukan yang sebaliknya atau tidak melakukannya.
1. Tidak dapat melihat masa depan: Jika saya tahu sesuatu dengan pasti bahawa dengan
mengambil sesuatu “tindakan” akan menghasilkan satu “akibat”, maka apabila “akibat”
tersebut berlaku, saya tidak akan menyesal melainkan jika saya telah dipaksa untuk
melakukannya. Ini adalah perbezaan di antara “tidak menyukai” sesuatu dengan
“menyesali” sesuatu.
2. Tidak dapat merubah masa lalu jika Dia mahu: Seperti takrifan Webster’s di atas, untuk
menyesali adalah untuk “berharap untuk melakukan yang sebaliknya atau tidak
melakukannya”. Tetapi jika Tuhan dapat melakukan semua ini, seperti mana yang
dipercayai oleh umat Islam, maka Dia tidak perlu “berharap”. Dia hanya
menghendakinya, dan ia terjadi.
Juga perhatikan bahawa bukan sahaja Tuhan didakwa telah menyesali tindakannya, tetapi juga
telah “merasa pilu”. Webster’s menakrifkan ‘grief‘ (pilu) sebagai kedukaan yang mendalam
disebabkan kehilangan, penderitaan. Maka menurut ayat ini, Tuhan merasa sedih daripada
lubuk hatiNya. Jika salah seorang daripada kita merasakan penyeksaan begini dan diberikan
256
cara untuk mengubah keadaan, adakah kita akan teragak-agak untuk melakukannya. Tuhan
tidak sebegini lemah!
Untuk mendapatkan pandangan Islam mengenai hal ini, rujuk ayat-ayat berikut: Al-Ikhlas
(112):1-4, Qaaf (5):38, Al-Aaraf (7):143, Al-Shurah (24):11-12, Al-An’aam (6):3, Saba (34):27,
Al-Zumar (39):1-7, Al-Hashir (59):21-24, Al-Hadeed (57):1-6.
Ulangan 23:2
“Inilah senarai keturunan Jesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Ibrahim. Daripada
Ibrahim sehingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Jesus adalah seperti berikut: Yaakob,
Yehuda dan saudara-saudaranya, (1) Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), (2)
Hezron, (3) Ram, (4) Aminadab, (5) Nahason, (6) Salmon, (7) Boas (ibunya Rahab), (8) Obed
(ibunya Ruth), (9) Isai, dan (10) Raja Daud”
Matius 1:1-6
Pada waktu perempuan itu hendak bersalin, nyatalah ada anak kembar dalam kandungannya.
Dan ketika dia bersalin, seorang daripada anak itu mengeluarkan tangannya lalu dipegang
oleh bidan, diikatnya dengan benang kirmizi serta berkata: “Inilah yang lebih dahulu keluar”.
Ketika anak itu menarik tangannya kembali, keluarlah saudaranya lelaki, dan bidan itu
berkata, “Alangkah kuatnya engkau menembus keluar”, maka anak itu dinamai Peres. ”
Kejadian 38:24-29
Menurut Perjanjian Lama, moyang Raja Daud, iaitu Peres anak Yehuda, adalah anak luar nikah.
Adakah ini bermakna Raja Daud (a.s.), seorang nabi yang agung dan alim serta moyang kepada
Jesus (a.s.) (menurut Matius 1:1) tidak akan termasuk dalam jemaah Tuhan Allah? Sila ingat
ayat ini apabila anda dimaklumkan bahawa Jesus (a.s.) mewarisi kerajaan Daud (apa yang
diwarisinya?). Ini bukan pendapat Islam mengenai Daud (a.s.) mahu pun Jesus (a.s.). Bukankah
ini bukti pengubahsuaian? Sila baca bahagian 2.3.
257
5.3 Racuni diri kamu atau kamu akan dihukum
Seperti yang telah dinyatakan, agama Jesus (a.s.) seperti yang diajarkannya dalam Bible dari
segi kata-kata dan perbuatan hanyalah kesinambungan, pengesahan, dan pengembalian kepada
ajaran asal nabi Musa (a.s.).
Konsep-konsep terkemudian seperti “dosa asal”, “penebusan dosa” dan lain-lain tidak
diperkenalkan ke dalam ajaran Jesus oleh Jesus sendiri sebaliknya oleh Paul dan pengikut-
pengikutnya. Paul dan pengikut-pengikutnya berjaya “merohanikan” ajaran Jesus dan
membuang semua tanggungjawab daripadanya. Maka ajaran Jesus yang berasaskan iman dan
amal diubah kepada ajaran tanpa amal dan doktrin-doktrin yang sensasi. Untuk membuktikan
hal ini, mari kita lihat contoh kuiz berikut:
Tidakkah ini bermakna bahawa dunia Kristian akan bebas daripada penyakit,
doktor dan hospital? Menurut ayat ini, bukankah semua Kristian yang yakin dan
telah dibaptis dapat melakukan ini jika mereka benar-benar yakin dan akan
diselamatkan? Jika seorang Kristian tidak menunjukkan tanda-tanda ini, adakah
ini bukti bahawa beliau tidak yakin, dan oleh itu tidak akan selamat sebaliknya
dikutuk?
258
“Berfirmanlah TUHAN kepadaku: “Pada hari ini engkau akan berjalan melintasi perbatasan
Moab, yakni Ar, maka engkau sampai dekat bani Amon. Janganlah melawan mereka dan
janganlah menyerang mereka sebab Aku tidak akan memberikan kepadamu apa pun dari negeri
bani Amon itu menjadi milikmu, kerana Aku telah memberikannya kepada bani Lot menjadi
miliknya”.”
Ulangan 2:17-19
“Hanya negeri bani Amon tidak engkau dekati, baik sungai Yabok sepanjang tepinya mahu pun
kota-kota di pergunungan, tepat seperti yang dilarang TUHAN, Allah kita. ”
Ulangan 2:37
Tetapi Joshua menceritakan bagaimana Musa menyerahkan tanah kaum Amon kepada Gad
sebagai pusaka.
“Kepada suku Gad, yakni kepada bani Gad menurut kaum-kaum mereka, telah diberikan Musa
bahagian ini: daerah kepunyaan mereka ialah Yaezer dan segala kota negeri Gilead, serta
setengah negeri orang Amon sampai ke Aroer, yang di sebelah timur Raba”
Joshua 13:24-25
Tuhan sendiri bersumpah tidak akan memberikan Musa (a.s.) walau secebis kecil tanah kaum
Amon, tetapi Musa kini didakwa telah merampasnya (tanpa kebenaran Tuhan?) dan
memberikan separuh daripadanya kepada Gad. Adakah ini kesilapan juru tulis? Adakah ini
perbezaan “ejaan”? Pengubahsuaian selama berabad-abad telah meninggalkan kesan.
Ezekiel 18:20
“Anak-anak Nuh keluar yang keluar dari bahtera ialah Sem, Ham dan Yafet; Ham adalah bapa
Kanaan. Yang tiga inilah anak-anak Nuh, dari mereka inilah tersebar penduduk seluruh bumi.
Nuh menjadi petani; dialah yang mula-mula membuat kebun anggur. Setelah dia minum
anggur, mabuklah dia dan dia telanjang di dalam khemahnya. Maka Ham, bapa Kanaan itu,
melihat aurat ayahnya lalu diceritakannya kepada dua saudaranya di luar.
Sesudah itu Sem dan Yafet mengambil sehelai kain dan membentangkannya pada bahu mereka
berdua lalu mereka berjalan mundur; mereka menutupi aurat ayahnya sambil berpaling muka
sehingga mereka tidak melihat aurat ayahnya. Setelah Nuh sedar daripada mabuknya dan
mendengar apa yang dilakukan oleh anak bongsunya kepadanya, berkatalah dia: “Terkutuklah
Kanaan, hendaklah dia menjadi hamba yang paling hina bagi saudara-saudaranya”.”
259
Kejadian 9:18-25
Jika hanya buat seketika kita mahu percaya bahawa ini adalah asalnya diwahyukan oleh Tuhan
dan bukan penambahan terkemudian oleh manusia, dan kita mahu percaya bahawa Nuh (a.s.)
telah meminum arak sehingga beliau mabuk, pengsan dan telanjang, dan kita mahu meletakkan
kesalahan ini pada Ham, maka mengapakah menyumpah Kanaan (anak kepada Ham), kenapa
tidak terus menyumpah Ham? Juga mengapakah hanya menyumpah seorang daripada empat
anak-anak Ham, dan tidak kesemuanya (lihat gambar rajah di bawah).
Kejadian 10:6
Tambahan pula, Ham tidak mendedahkan bapanya. Beliau terserempak dengan bapanya secara
tidak sengaja. Beliau tidak mungkin tahu yang beliau akan mendapati bapanya telanjang di
dalam khemah. Saudara-saudaranya, Sem dan Japheth, diberitahu oleh Ham mengenai keadaan
bapa mereka. Maka mereka tahu tanpa perlu melihatnya.
Jika keadaan adalah sebaliknya, dan Sem atau Japheth berada dalam keadaan Ham, adakah
mereka akan mengambil tindakan yang berlainan? Adakah ini adil? Jika saya sendiri telah
membakar rumah saya, dan anda menelefon bomba, patutkah saya memilih seorang daripada
anak-anak anda dan menyumpahnya? Kenapa? Bagaimana kita dapat menjustifikasi tindakan
seperti ini?
Satu perkara yang sukar difahami oleh masyarakat Barat hari ini adalah pada masa lalu, malah
di banyak negara-negara Timur sekarang ini, perasaan kesukuan amat tebal. Skandal dalam
sesuatu suku atau kurang hemat salah seorang moyangnya adalah senjata yang tajam bagi
musuh mereka. Jika skandal tersebut disebutkan oleh Tuhan untuk tatapan umum, itu akan
menguatkan lagi tuduhan tersebut (sila baca bahagian 2.3).
Jika saya adalah seorang Yahudi daripada keturunan Sem atau Japhath manakala jiran saya
daripada keturunan Kanaan, saya boleh menghinanya siang malam kerana beliau adalah hamba
yang paling hina kepada saya. Tuhan sendiri telah berfirman demikian.
“Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan
harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak
akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak
(pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. ”
Bagi seorang Muslim, banyak dakwaan-dakwaan yang didapati di dalam Bible mengenai nabi-
nabi Tuhan, malahan mengenai Tuhan sendiri, adalah amat melampau. Sukar untuk mencari
seorang nabi pun yang bukan seorang pemabuk, menyembah berhala, penzina, melakukan
sumbang mahram, pembohong dan sebagainya. Bible melimpah-ruah dengan cerita-cerita
seperti ini.
260
Utusan-utusan Tuhan dijadikan bersalah kerana beberapa kes perzinaan atau yang lebih buruk
lagi. Ibrahim (a.s.) dituduh sebagai penipu atau lebih buruk (Kejadian 12:13). Nuh (a.s.) seorang
pemabuk (Kejadian 9:21). Lut (a.s.) adalah pemabuk dan melakukan sumbang mahram
(Kejadian 12:13). Sulaiman (a.s.) menyembah berhala semasa usia tuanya (1 Raja-raja 4-9);
Raja Daud (a.s.) berzina dengan isteri Uriah dan kemudian membunuh suaminya (2 Samuel
11:3-4, 15-18); anak Daud, iaitu Amon, melakukan sumbang mahram dan memperkosa saudara
tirinya (2 Samuel 13:14);
Harun telah membina berhala (lembu emas) untuk disembah oleh kaum Yahudi (Keluaran 32:1-
4); ini hanyalah beberapa contoh daripada banyak tuduhan-tuduhan yang terdapat di dalam
Bible sekarang. Di bahagian 2.3, kita telah melihat bagaimana pemalsuan-pemalsuan ini
dimasukkan ke dalam kitab Tuhan (lihat juga bahagian 6.8), jadi ia tidak akan dibincangkan di
sini.
Umat Islam percaya bahawa Tuhan melindungi utusan-utusannya daripada melakukan kesilapan
dalam hal-hal agama. Mereka hanya melakukan kesilapan dalam hal-hal kehidupan biasa.
Sebagai contoh, seorang nabi boleh melakukan kesilapan dalam memilih musim untuk
menanam sesuatu tanaman, tetapi beliau tidak akan melakukan kesilapan dalam hal doktrin dan
ibadat. Mengapa?
Kita ambil contoh kesilapan yang paling ringan daripada yang di atas, iaitu berbohong. Jika
seorang nabi diutuskan oleh Tuhan kepada suatu kaum, beliau boleh menjangkakan bahawa
beliau akan menerima tentangan hebat. Mereka akan mengandaikan bahawa beliau adalah
seorang pembohong sehinggalah dibuktikan sebaliknya tanpa sebarang keraguan. Mereka akan
menggelarnya seorang pembohong kalau pun mereka tiada sebarang bukti.
Utusan seorang nabi bergantung hanya kepada kejujurannya. Jika beliau pernah berbohong,
walau pun untuk menyelamatkan nyawanya, maka ini akan membuktikan bahawa beliau
berupaya untuk berbohong dan bahawa beliau telah menetapkan garis panduan mengenai
keadaan di mana beliau boleh berbohong. Ini akan menjejaskan seluruh misinya kerana tiada
sesiapa akan dapat memastikan beliau tidak merasakan yang tujuan menghalalkan cara, dan
bahawa untuk mencapai matlamatnya untuk menjadikan mereka orang yang baik, beliau telah
berbohong atas nama Tuhan.
Lebih teruk lagi jika seseorang minum sehingga mabuk. Arak adalah pintu kepada semua
kejahatan. Jika seseorang telah hilang pertimbangan, beliau dapat melakukan apa sahaja. Lihat
saja tuduhan terhadap Lut [1] (a.s.). Sesiapa yang bersedia untuk minum arak seperti itu pasti
sedar bahawa beliau bertanggungjawab ke atas perbuatannya selepas itu. Tidak memadai
dengan memberi alasan, “Saya sedang mabuk, saya tidak tahu apa yang saya lakukan“. Jika
jiran anda minum hingga mabuk, dan kemudian melanggar ibu anda dengan keretanya, adakah
anda akan berkata, “Itu bukan salah kamu. Kamu sedang mabuk. “? Fikirkan pula tuduhan-
tuduhan lain dan anda akan faham maksud saya. Umat Islam percaya bahawa nabi-nabi Tuhan
tidak mungkin melakukan perbuatan-perbuatan seperti itu.
Umat Islam percaya bahawa apabila Tuhan memilih seorang utusan, Dia memilih yang terbaik
dari kalangan yang terbaik. Dia memilih seseorang yang boleh dijadikan teladan oleh pengikut-
pengikutnya. Mengapakah di dalam Bible, kelihatannya Tuhan mempunyai pertimbangan yang
amat lemah? Jika nabi-nabi saya, yang dipilih oleh Tuhan untuk membimbing dan mengajar
saya adalah mereka yang melakukan dosa, apakah saya tidak boleh berkata, “Apa yang
dilakukan oleh nabi saya, saya juga boleh lakukan. “?
Alasan bahawa Tuhan mahu menunjukkan bahawa manusia tidak terlepas daripada membuat
kesilapan adalah alasan yang lemah. Apabila kita memilih wakil rakyat, adakah kita memilih
261
seseorang yang mempunyai keperibadian yang tidak baik yang kita tahu akan menggunakan
kedudukannya untuk mencuri dan kemudian berkata, “Saya memilihnya untuk membuktikan
bahawa pencuri juga manusia. “, atau adakah kita memilih seseorang yang mempunyai
keperibadian yang paling baik?
Jika orang ini kemudiannya mencuri adakah kita berkata, “Dia hanyalah manusia, kita pun
mungkin melakukan perkara yang sama. “, atau adakah kita berkata, “Pecat dia daripada
jawatannya dan penjarakannya. “? Apabila kerajaan menghantar duta ke negara asing, adakah
mereka memilih seseorang yang mereka tahu akan memalukan negara? Oleh kerana Tuhan tahu
apa yang ada di dalam hati kita (Ulangan 8:2), tidakkah ini bermakna Dia amat berupaya
menilai peribadi seseorang? Nabi-nabi Tuhan adalah manusia, dan oleh itu mereka tidak
sempurna tetapi mereka tidak serendah itu.
Dalam zaman yang serba bebas ini pun, masih ada mereka dengan keperibadian tinggi yang
tidak membiarkan diri mereka menjadi kaki botol. Terdapat rahib-rahib yang menghabiskan
hayat mereka tanpa pasangan, apa tah lagi berzina. Sumbang mahram adalah perkataan yang
begitu hina sehinggakan penjenayah yang paling kejam pun merasa jijik akan perbuatan
tersebut. Adakah contoh tertinggi kita mengenai kemanusiaan merupakan manusia-manusia
yang lebih rendah daripada mereka ini?
Kita lihat pula satu lagi tuduhan terhadap Jesus (a.s.). Dalam Yohanes 2:1-10, kita dapati cerita
mengenai layanan Jesus (a.s.) terhadap ibunya. Dalam ayat ini, Jesus (a.s.) kononnya telah
berkata kepada ibunya:
Yohanes 2:4
“Perempuan, janganlah suruh aku. Saatku belum tiba“? Beginikah seorang Kristian yang baik
bercakap dengan ibunya? Ibu yang mengandungkannya selama sembilan bulan dan
menanggung sakit melahirkannya? Ibu yang berhadapan dengan tuduhan dan penghinaan
mengenai kesuciannya disebabkan oleh kelahirannya? Ibu yang menyusukannya dan
membesarkannya? Inikah caranya hamba Tuhan yang rendah diri menjawab pertanyaan ibunya?
Apakah tiada bahasa lain yang lebih baik yang boleh digunakan daripada bahawa yang
digunakan untuk bercakap dengan wanita penzina di dalam Yohanes 8:10, iaitu “… Perempuan,
siapakah orang yang menuduhmu? “.
Di dalam Qur’an kita temui kisah kelahiran Jesus (a.s.) yang luar biasa di mana kita juga temui
pembelaan daripada tuduhan tersebut:
“Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. Kaumnya
berkata: “Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Hai
saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-
kali bukanlah seorang penzina.”, maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata:
“Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan?”. Berkata Isa
(Jesus): “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab dan Dia menjadikan aku
seorang nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia
memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup, dan
berkat kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan
semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku
meninggal dan pada hari aku dibangkitkan kembali. ”
262
Al-Qur’an, Maryam (19):27-33
Untuk mendapatkan pandangan Islam mengenai nabi-nabi, sila baca ayat-ayat berikut:
Untuk melihat pandangan Islam mengenai utusan Tuhan dalam menghadapi kesusahan, baca
surah Yusuf (12) di mana terdapat cerita mengenai Yusuf dan kesucian serta ketakwaannya
terhadap Tuhan, juga baca Al-An’am (6):84-96.
263
5.7 Seperti sapaan Jesus
Sejak zaman purba, telah menjadi adat nabi-nabi seperti Musa, Yusuf, Daud, Jesus, malaikat-
malaikat dan ramai lagi untuk menyapa golongan beriman dengan sapaan “Sejahtera ke atas
kamu“. Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat berikut:
264
Dan terutamanya:
“Apabila kamu masuk ke dalam sebuah rumah, lebih dahulu katakanlah, ‘Semoga sejahteralah
rumah ini’.”
Lukas 10:5
Bolehkah sesiapa meneka apa ucapan yang Muhammad (s.a.w.) ajarkan pengikut-pengikutnya
ucapkan kepada satu sama lain apabila bertemu atau berpisah? Betul! “Assalamu`alaikum” atau
“Sejahtera ke atas kamu”. Pernahkah anda mendengar seorang Kristian menyapa satu sama lain
dengan sapaan Jesus (a.s.), iaitu “Sejahtera ke atas kamu” apabila bertemu atau berpisah?
II Raja-raja 19 Yesaya 37
1. Segera sesudah raja Hizkia mendengar itu, 1. Segera sesudah raja Hizkia mendengar itu,
dikoyakkannyalah pakaiannya dan dikoyakkannyalah pakaiannya dan
diselubunginyalah badannya dengan kain diselubunginyalah badannya dengan kain
kabung, lalu masuklah ia ke rumah TUHAN. kabung, lalu masuklah ia ke rumah TUHAN.
2. Disuruhnyalah juga Elyakim, kepala istana, 2. Disuruhnyalah juga Elyakim, kepala istana,
Sebna, panitera negara, dan yang (Penterjemah: Sebna, panitera negara, dan yang (Penterjemah:
versi B. Inggeris menggunakan perkataan versi B. Inggeris menggunakan perkataan ‘who’
‘which’ untuk ‘yang’) tua-tua di antara para untuk ‘yang’) tua-tua di antara para imam
imam, dengan berselubungkan kain kabung, dengan berselubungkan kain kabung, kepada
265
kepada nabi Yesaya bin Amos. nabi Yesaya bin Amos.
3. Berkatalah mereka kepadanya: "Beginilah kata 3. Berkatalah mereka kepadanya: "Beginilah kata
Hizkia: Hari ini hari kesesakan, hari hukuman Hizkia: Hari ini hari kesesakan, hari hukuman
dan penistaan; sebab sudah datang waktunya dan penistaan; sebab sudah datang waktunya
untuk melahirkan anak, tetapi tidak ada untuk melahirkan anak, tetapi tidak ada
kekuatan untuk melahirkannya. kekuatan untuk melahirkannya.
4. Mungkin TUHAN, Allahmu, sudah mendengar 4. Mungkin TUHAN, Allahmu, sudah mendengar
segala perkataan juru minuman agung yang perkataan juru minuman agung yang telah
telah diutus oleh raja Asyur, tuannya, untuk diutus oleh raja Asyur, tuannya, untuk mencela
mencela Allah yang hidup; sehingga TUHAN, Allah yang hidup, sehingga TUHAN, Allahmu,
Allahmu, mau memberi hukuman karena mau memberi hukuman karena perkataan-
perkataan-perkataan yang telah didengar-Nya. perkataan yang telah didengar-Nya. Maka
Maka baiklah engkau menaikkan doa untuk sisa baiklah engkau menaikkan doa untuk sisa yang
yang masih tinggal ini!" masih tinggal ini!"
5. Ketika pegawai-pegawai raja Hizkia sampai 5. Ketika pegawai-pegawai raja Hizkia sampai
kepada Yesaya, kepada Yesaya,
6. berkatalah Yesaya kepada mereka: "Beginilah 6. Berkatalah Yesaya kepada mereka: "Beginilah
kamu katakan pada tuanmu: Beginilah firman kamu katakan kepada tuanmu: Beginilah firman
TUHAN: Janganlah engkau takut terhadap TUHAN: Janganlah engkau takut terhadap
perkataan yang kaudengar yang telah perkataan yang kaudengar yang telah
diucapkan oleh (Penterjemah: versi B. Inggeris diucapkan oleh (Penterjemah: versi B. Inggeris
menggunakan perkataan ‘which with’ untuk menggunakan perkataan ‘wherewith’ untuk
‘oleh’) budak-budak raja Asyur untuk ‘oleh’) budak-budak raja Asyur untuk
menghujat Aku. menghujat Aku.
7. Sesungguhnya, Aku akan menyuruh suatu roh 7. Sesungguhnya, Aku akan menyuruh suatu roh
masuk di dalamnya, sehingga ia mendengar masuk di dalamnya, sehingga ia mendengar
suatu kabar dan akan pulang ke negerinya; Aku suatu kabar dan pulang ke negerinya; Aku akan
akan membuat dia mati rebah oleh pedang di membuat dia mati rebah oleh pedang di
negerinya sendiri." negerinya sendiri."
8. Ketika juru minuman agung pulang, 8. Ketika juru minuman agung pulang,
didapatinyalah raja Asyur berperang melawan didapatinyalah raja Asyur berperang melawan
Libna; sebab sudah didengarnya bahwa raja Libna; sebab sudah didengarnya bahwa raja
telah berangkat dari Lakhis. telah berangkat dari Lakhis.
9. Dalam pada itu raja mendengar tentang 9. Dalam pada itu raja mendengar tentang
Tirhaka, raja Etiopia, berita yang demikian: Tirhaka, raja Etiopia, berita yang demikian:
"Sesungguhnya, ia telah keluar berperang "Dia telah keluar berperang melawan engkau,"
melawan engkau," maka disuruhnyalah kembali dan ketika mendengar itu, disuruhnyalah
utusan-utusan kepada Hizkia dengan pesan: utusan-utusan kepada Hizkia dengan pesan:
10. "Beginilah harus kamu katakan kepada Hizkia, 10. "Beginilah harus kamu katakan kepada Hizkia,
raja Yehuda: Janganlah Allahmu yang raja Yehuda: Janganlah Allahmu, yang
kaupercayai itu memperdayakan engkau dengan kaupercayai itu memperdayakan engkau dengan
menjanjikan: Jerusalam tidak akan diserahkan menjanjikan: Jerusalam tidak akan diserahkan
ke tangan raja Asyur. ke tangan raja Asyur.
266
11.Sesungguhnya, engkau ini telah mendengar 11. Sesungguhnya, engkau ini telah mendengar
tentang yang dilakukan raja-raja Asyur kepada tentang yang dilakukan raja-raja Asyur kepada
segala negeri, yakni bahwa mereka telah segala negeri yakni bahwa mereka telah
menumpasnya; masakan engkau ini akan menumpasnya; masakan engkau ini akan
dilepaskan? dilepaskan?
12.Sudahkah para allah dari bangsa-bangsa, yang 12. Sudahkah para allah dari bangsa-bangsa yang
telah dimusnahkan oleh nenek moyangku, dapat telah dimusnahkan oleh nenek moyangku, dapat
melepaskan mereka, yakni Gozan, Haran, Rezef melepaskan mereka, yakni Gozan, Haran, Rezef
dan bani Eden yang di Telasar? dan bani Eden yang di Telasar?
13.Di manakah raja negeri Hamat dan Arpad, raja 13. Di manakah raja negeri Hamat dan Arpad raja
kota Sefarwaim, raja negeri Hena dan Iwa?" kota Sefarwaim, raja negeri Hena dan Iwa?"
14.Hizkia menerima surat itu dari tangan para 14. Hizkia menerima surat itu dari tangan para
utusan, lalu membacanya; kemudian pergilah ia utusan, lalu membacanya; kemudian pergilah ia
ke rumah TUHAN dan membentangkan surat itu ke rumah TUHAN dan membentangkan surat itu
di hadapan TUHAN. di hadapan TUHAN.
15.Hizkia berdoa di hadapan TUHAN dengan 15. Hizkia berdoa di hadapan TUHAN, katanya:
berkata: "Ya TUHAN, Allah Israel, yang
bertakhta di atas kerubim! Hanya Engkau
sendirilah Allah segala kerajaan di bumi;
Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi.
16.Sendengkanlah telinga-Mu, ya TUHAN, dan 16. "Ya TUHAN semesta alam, Allah Israel, yang
dengarlah; bukalah mata-Mu, ya TUHAN, dan bertakhta di atas kerubim! Hanya Engkau
lihatlah; dengarlah perkataan Sanherib yang sendirilah Allah segala kerajaan di bumi;
telah dikirimnya untuk mengaibkan Allah yang Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi.
hidup.
17.Ya TUHAN, memang raja-raja Asyur telah 17. Rendahkanlah telinga-Mu, ya TUHAN, dan
memusnahkan bangsa-bangsa dan negeri-negeri dengarlah; bukalah mata-Mu, ya TUHAN, dan
mereka lihatlah; dengarlah segala perkataan Sanherib
yang telah dikirimnya untuk mencela Allah yang
hidup.
18.dan menaruh para allah mereka ke dalam api, 18. Ya TUHAN, memang raja-raja Asyur telah
sebab mereka bukanlah Allah, hanya buatan memusnahkan semua bangsa dan negeri-negeri
tangan manusia, kayu dan batu; sebab itu dapat mereka
dibinasakan orang.
19.Maka sekarang, ya TUHAN, Allah kami, aku 19. dan menaruh para allah mereka ke dalam api,
merayu kepadamu, selamatkanlah kiranya kami sebab mereka bukanlah Allah, hanya buatan
dari tangannya, supaya segala kerajaan di bumi tangan manusia, kayu dan batu; sebab itu dapat
mengetahui, bahwa hanya Engkau sendirilah dibinasakan orang.
Allah, ya TUHAN."
20.Lalu Yesaya bin Amos menyuruh orang kepada 20. Maka sekarang, ya TUHAN, Allah kami,
Hizkia mengatakan: "Beginilah firman TUHAN, selamatkanlah kami dari tangannya, supaya
Allah Israel: Apa yang telah kau doakan segala kerajaan di bumi mengetahui, bahwa
kepada-Ku mengenai Sanherib, raja Asyur, hanya Engkau sendirilah TUHAN."
telah Kudengar.
21.Inilah firman yang telah diucapkan TUHAN 21. Lalu Yesaya bin Amos menyuruh orang kepada
mengenai dia: Anak dara, yaitu puteri Sion, Hizkia mengatakan: "Beginilah firman TUHAN,
telah menghina engkau, telah mengolok-olokkan Allah Israel: Tentang yang telah kau doakan
engkau; dan puteri Jerusalam telah geleng- kepada-Ku mengenai Sanherib, raja Asyur,
geleng kepala di belakangmu.
22.Siapakah yang engkau cela dan engkau hujat? 22. inilah firman yang telah diucapkan TUHAN
Terhadap siapakah engkau menyaringkan mengenai dia: Anak dara, yaitu puteri Sion,
suaramu, dan memandang dengan sombong? telah menghina engkau, telah mengolok-olokkan
Terhadap Yang Mahakudus Allah Israel! engkau; dan puteri Jerusalam telah geleng-
267
Apa Sebenarnya Kata Jesus?
28. Oleh karena engkau telah mengamuk terhadap 28. Aku tahu, jika engkau bangun atau duduk, jika
Aku, dan kata-kata keangkuhanmu telah naik keluar atau masuk, atau jika engkau mengamuk
sampai ke telinga-Ku, maka Aku akan menaruh terhadap Aku.
kelikir-Ku pada hidungmu dan kekang-Ku pada
bibirmu, dan Aku akan memulangkan engkau
melalui jalan, dari mana engkau datang.
29. Dan inilah yang akan menjadi tanda bagimu, 29. Oleh karena engkau telah mengamuk terhadap
hai Hizkia: Dalam tahun ini orang makan apa Aku, dan kata-kata keangkuhanmu, telah naik
yang tumbuh sendiri (Penterjemah: versi B. sampai ke telinga-Ku, maka Aku akan menaruh
Inggeris menggunakan perkataan ‘of themselves kelikir-Ku pada hidungmu dan kekang-Ku pada
untuk ‘sendiri’), dan dalam tahun yang kedua, bibirmu, dan Aku akan memulangkan engkau
apa yang tumbuh dari tanaman yang pertama, melalui jalan, dari mana engkau datang.
tetapi dalam tahun yang ketiga, menaburlah
kamu, menuai, membuat kebun anggur dan
memakan buahnya.
30. Dan orang-orang yang terluput di antara kaum 30. Dan inilah yang akan menjadi tanda bagimu,
Yehuda, yaitu orang-orang yang masih hai Hizkia: Dalam tahun ini orang makan apa
268
tertinggal, akan berakar pula ke bawah dan yang tumbuh sendiri (Penterjemah: versi B.
menghasilkan buah ke atas. Inggeris menggunakan perkataan ‘of itself’
untuk ‘sendiri’), dan dalam tahun yang kedua,
apa yang tumbuh dari tanaman yang pertama,
tetapi dalam tahun yang ketiga, menaburlah
kamu, menuai, membuat kebun anggur dan
memakan buahnya.
31.Sebab dari Jerusalam akan keluar orang-orang 31. Dan orang-orang yang terluput di antara kaum
yang tertinggal dan dari gunung Sion orang- Yehuda, yaitu orang-orang yang masih
orang yang terluput; giat cemburu TUHAN tertinggal, akan berakar pula ke bawah dan
semesta alam akan melakukan hal ini. menghasilkan buah ke atas.
32.Sebab itu beginilah firman TUHAN mengenai 32. Sebab dari Jerusalam akan keluar orang-orang
raja Asyur: Dia tidak akan masuk ke kota ini yang tertinggal dan dari gunung Sion orang-
dan tidak akan menembakkan panah ke sana; orang yang terluput; giat cemburu TUHAN
juga ia tidak akan mendatanginya dengan semesta alam akan melakukan hal ini.
perisai dan tidak akan menimbun tanah menjadi
tembok untuk mengepungnya.
33.Melalui jalan, dari mana ia datang, ia akan 33. Sebab itu beginilah firman TUHAN mengenai
pulang, tetapi ke kota ini ia tidak akan masuk, raja Asyur: Dia tidak akan masuk ke kota ini
demikianlah firman TUHAN. dan tidak akan menembakkan panah ke sana;
juga ia tidak akan mendatanginya dengan
perisai-perisai dan tidak akan menimbun tanah
menjadi tembok untuk mengepungnya.
34.Dan Aku akan memagari kota ini, untuk 34. Melalui jalan, dari mana ia datang, ia akan
menyelamatkannya, oleh karena Aku dan oleh pulang, tetapi ke kota ini ia tidak akan masuk,
karena Daud, hamba-Ku." demikianlah firman TUHAN.
35.Maka pada malam itu keluarlah Malaikat 35. Dan Aku akan memagari kota ini untuk
TUHAN, lalu dibunuh-Nyalah seratus delapan menyelamatkannya, oleh karena Aku dan oleh
puluh lima ribu orang di dalam perkemahan karena Daud, hamba-Ku."
Asyur. Keesokan harinya pagi-pagi tampaklah,
semuanya bangkai orang-orang mati belaka!
36.Sebab itu berangkatlah Sanherib, raja Asyur, 36. Keluarlah Malaikat TUHAN, lalu dibunuh-
dan pulang, lalu tinggallah ia di Niniwe. Nyalah seratus delapan puluh lima ribu orang
di dalam perkemahan Asyur. Keesokan harinya
pagi-pagi tampaklah, semuanya bangkai orang-
orang mati belaka!
37.Pada suatu kali ketika ia sujud menyembah di 37. Sebab itu berangkatlah Sanherib, raja Asyur
dalam kuil Nisrokh, allahnya, maka Adramelekh dan pulang, lalu tinggallah ia di Niniwe.
dan Sarezer, anak-anaknya, membunuh dia
dengan pedang: dan mereka meloloskan diri ke
tanah Ararat. Kemudian Esarhadon, anaknya,
menjadi raja menggantikan dia.
38. Pada suatu kali ketika ia sujud menyembah di
dalam kuil Nisrokh, allahnya, maka Adramelekh
dan Sarezer, anak-anaknya, membunuh dia
dengan pedang; dan mereka meloloskan diri ke
tanah Ararat: Kemudian Esarhadon, anaknya,
menjadi raja menggantikan dia.
269
5.9 Melkisedek, tuhan yang lebih besar daripada Jesus?
Di dalam Bible kita akan dapati satu lagi tuhan. Namanya adalah Melkisedek (atau
Melchisedec). Beliau mula-mula disebut di dalam Kejadian.
“Melkisedek, raja Salem, membawa roti dan anggur; dia seorang imam Allah yang Maha
Tinggi. Lalu dia memberkati Abram, katanya: “Diberkatilah kiranya Abram oleh Allah Yang
Maha Tinggi, Pencipta langit dan bumi, dan terpujilah Allah Yang Maha Tinggi, yang telah
menyerahkan musuhmu ke tanganmu.”. Lalu Abram memberikan kepadanya se per sepuluh
daripada semuanya. ”
Kejadian 14:18-20
“Imam Melkisedek adalah raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Ketika Ibrahim balik
dari peperangan mengalahkan empat orang raja, Melkisedek menjumpainya dan
memberkatinya. Lalu Ibrahim memberikannya se per sepuluh daripada apa yang dirampasnya.
(Pertama sekali, nama Melkisedek bermakna “Raja Keadilan”. Oleh sebab dia raja Salem,
namanya juga bermakna “Raja Kesejahteraan”). Tanpa bapa, tanpa ibu, tanpa nenek moyang,
tiada kelahiran dan tiada kematian Dia seperti Anak Allah; dia menjadi imam selama-lamanya.
Lihatlah betapa tinggi kedudukan Melkisedek. Ibrahim, bapa bangsa kita, memberinya se per
sepuluh daripada segala yang didapatinya daripada peperangan itu. ”
Ibrani 7:1-4
Adakah ini abang Tuhan? Sepupu Tuhan? Adakah ini Tuhan yang lain? Yang nyata, beliau
mempunyai sifat-sifat ketuhanan. Menurut Bible yang ada pada kita hari ini, Jesus (a.s.)
mempunyai permulaan (“penzuriatan”), dan ada akhir (“dia pun meninggal” Lukas 23:46).
Bagaimanapun, makhluk perkasa ini dikatakan tiada permulaan mahu pun akhir. Dinyatakan
dengan jelas di sini “seperti Anak Allah“. Mengapa mereka tidak menyembahnya? Gereja
mendakwa bahawa Jesus (a.s.) “dizuriatkan” oleh Tuhan. Apakah yang anda maksudkan bila
anda berkata “dizuriatkan”? Apakah yang Tuhan Yang Maha Berkuasa lakukan untuk
“menzuriatkan” Jesus (a.s.)? Tambahan lagi, jika Jesus (a.s.) telah “dizuriatkan” manakala
Melkisedek yang “seperti Anak Allah” tidak dizuriatkan, maka bukankah ini menjadikan Jesus
(a.s.) “anak tuhan” sedangkan Melkisedek adalah tuhan lain tanpa anak mahu pun ibu bapa?
Tidakkah tuhan tanpa ibu bapa lebih besar daripada tuhan yang memerlukan ibu bapa? Di
manakah Melkisedek sekarang?
270
1. Melkisedek setara dengan Anak Tuhan.
2. Melkisedek abadi.
3. Melkisedek, tidak seperti Jesus (a.s.), adalah tuhan yang tersendiri, dan tiada ibu mahu
pun bapa.
4. Melkisedek tidak pernah dilahirkan dan sentiasa wujud, tidak seperti Jesus (a.s.).
5. Melkisedek tidak akan mati tetapi abadi, tidak seperti Jesus (a.s.).
6. Segalanya kecuali Tuhan mempunyai permulaan. Udara, air dan makanan mempunyai
permulaan. Sebaliknya, Melkisedek tidak begitu. Oleh itu, beliau didakwa tidak
memerlukan Tuhan, atau air, makanan, atau udara untuk bernafas.
Tidakkah ini mengarut? Perhatikan bagaimana kebanyakan orang tiada masalah apabila Jesus
(a.s.), seorang manusia, dikatakan adalah tuhan. Mereka bersedia untuk melihat bukti
ketuhanannya biar pun bukti tersebut sebenarnya tiada (lihat bab satu).
Ini kerana ia adalah doktrin gereja Paul yang telah diterima. Tetapi, apabila Bible yang sama
mengatakan dengan jelas bahawa seorang lagi manusia, iaitu Melkisedek, adalah tuhan, maka
mereka bersedia untuk “menafsirkan” ayat ini dalam lima puluh cara yang berlainan dan
menyandarkan segala macam makna-makna abstrak kepadanya untuk menafikan dakwaan
tersebut kerana “tidak mungkin” Melkisedek adalah tuhan. Mengapa?
Kerana gereja tidak menyuruh kita menyembah Melkisedek? Jika Bible kekal sebagai firman
Tuhan, maka mengapakah kita meletakkan arahan manusia (gereja) di atas firman Tuhan?
Sesetengah orang membantah: “Melkisedek adalah watak rekaan“. Ini adalah satu kemungkinan,
maka mari kita kaji alasan ini. Kita baca semula ayat-ayat di atas. Adakah Ibrahim (a.s.) watak
rekaan? Sudah tentu tidak! Maka adakah Ibrahim bertemu dengan khayalannya setelah kembali
daripada “mengalahkan empat raja“? Adakah Ibrahim diberkati oleh watak khayalannya?
Adakah beliau memberikan rampasannya kepada watak khayalannya?
Saya telah berfikir panjang untuk cuba untuk mendapatkan jawapan kepada dilema ini. Banyak
tafsiran-tafsiran yang telah dikemukakan, namun tafsiran-tafsiran tersebut selalunya sama ada
cuba mengetepikan isu tersebut atau berhadapan dengan jawapan, “Sudah tentu maknanya tidak
boleh diambil secara harfiah“, tanpa sebarang penjelasan. Terpulanglah kepada pembaca untuk
“beriman” dan hanya mengambil maknanya secara harfiah jika ia bersangkutan dengan Jesus
(a.s.), tetapi apabila ia bersangkutan dengan orang lain, ia “tidak mungkin” dapat difahami secara
harfiah. Kenapa?
Mudah untuk membuat alasan. Lebih sukar untuk berfikiran terbuka. Ramai yang
berkecenderungan untuk memetik hanya sebahagian daripada perintah-perintah di dalam Bible.
Mereka memetik “Jesus menjawab, “Kasihilah Tuhan Alah kamu dengan sepenuh hati, dengan
segenab jiwa“.” dan berhenti! Bagaimana dengan yang selebihnya? Bagaimana dengan “…
dengan seluruh akal kamu“?
271
Saya tidak tahu bagaimana halnya dengan anda, tetapi keselamatan saya adalah terlalu berharga
untuk saya membiarkan seseorang mengarahkan saya untuk beriman buta terhadap doktrin-
doktrin yang mereka masukkan ke dalam kitab Tuhan, lalu mengakibatkan banyak
percanggahan. Agama Tuhan yang tidak berubah harus bisa meyakinkan saya dalam lima puluh
cara yang berbeza bahawa ia tiada cacat cela dan tidak diubah oleh tangan manusia.
Tidak perlu untuk penyebar-penyebarnya dan “pembetul-pembetulnya” meminta iman buta dan
berterusan mengemukakan alasan sedang mereka sendiri menjadi saksi cubaan berterusan dan
tidak putus-putus gereja untuk “memperbetulkan” dan “menjelaskan” Bible selama berabad-
abad.
Kita mulakan dengan andaian bahawa tiada manusia yang pernah menambah atau membuang
satu perkataan pun daripada Bible dan bertolak dari situ. Sila tumpukan perhatian dan anda akan
lihat bagaimana hanya dengan menggunakan sedikit logik sahaja sudah dapat membuktikan
bahawa Jesus (a.s.) tidak pernah mengucapkannya.
Anda akan dapati sukar untuk menemui seorang Kristian hari ini yang tidak pernah mendengar
mengenai ramalan “tiga hari dan tiga malam”. Dari manakah mereka memperolehinya? Daripada
“Gospel Matius”. Apakah yang dikatakannya? Jika kita membaca Matius 12, kita dapati
bagaimana kaum Yahudi selalu menyusahkan Jesus (a.s.). Mereka sentiasa meraguinya dan
enggan menerimanya. Mereka telah melihat banyak tanda-tanda kenabiannya tetapi berkeras
untuk tidak percaya. Akhirnya, mereka meminta beliau menunjukkan tanda kenabiannya.
Bagaimanakah Jesus (a.s.) dikatakan bertindak balas terhadap permintaan ini? Adakah beliau
menarik perhatian mereka kepada hakikat bahawa beliau telah menyembuhkan pesakit kusta dan
orang buta? Tidak. Adakah beliau menyebut tentang mukjizat menghidupkan orang mati? Tidak.
Adakah beliau menyebut mana-mana daripada mukjizat-mukjizatnya yang banyak? Tidak. Maka
apakah jawapan beliau? Beliau berkata:
“Tetapi Jesus menjawab, “Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta aku
menunjukkan mukjizat? Tidak! Satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu
adalah mukjizat Nabi Yunus. Sebagaimana Yunus tinggal selama tiga hari dan tiga malam di
dalam perut ikan besar, begitu juga Anak Manusia akan tinggal selama tiga hari dan tiga malam
di dalam perut bumi”.”
Matius 12:39-40
272
Bermakna, Jesus telah menyandarkan semua tanda kenabiannya kepada satu perkara. Beliau
memberitahu mereka bahawa “TIADA” tanda akan ditunjukkan kepada mereka “KECUALI”
tanda yang ditunjukkan oleh Yunus. SATU tanda ini SAHAJA akan menentukan siapa yang
benar, beliau atau mereka yang meraguinya. Ini adalah ujian “muktamad” kebenarannya.
Apakah “Good Friday“? Menurut penganut Kristian, Good Friday adalah hari Jesus (a.s.) disalib.
Di dalam Merriam Webster’s Collegiate Dictionary (edisi ke sepuluh), ia ditakrifkan sebagai
“hari Jumaat sebelum hari Easter yang disambut oleh gereja sebagai hari ulang tahun
penyaliban Kristus. “. Ini disahkan oleh Bible:
Markus 15:42
Maka Bible memberitahu kita bahawa Jesus (a.s.) wafat pada hari Jumaat, sejurus sebelum senja.
Menurut Bible, kaum Yahudi telah mengusung Jesus (a.s.) di antara Pontius Pilate dan Harod
berulang-alik dalam cubaan untuk mendapatkan hukuman bersalah dijatuhkan ke atas Jesus dan
hukuman salib dijatuhkan ke atasnya. Setelah beberapa lama berulang-alik, mereka akhirnya
mengikatnya di batang salib. Namun sebaik sahaja mereka telah mengikatnya, mereka tergesa-
gesa mahu menurunkannya dari batang salib tersebut. Mengapa? Kerana mereka percaya bahawa
jika beliau dibiarkan terikat di salib sepanjang malam, dia akan mengotorkan tanah mereka.
“Apabila seseorang berbuat dosa yang sepadan dengan hukuman mati, lalu dia dihukum mati,
kemudian kau gantung dia pada sebuah tiang, maka janganlah mayatnya dibiarkan semalam-
malaman pada tiang itu, tetapi haruslah engkau menguburkan dia pada hari itu juga, sebab
seorang yang digantung terkutuk oleh Allah; janganlah engkau menajiskan tanah yang
diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu. ”
Ulangan 21:22-23
Maka kaum Yahudi merayu Pilate supaya mematahkan kaki-kaki Jesus supaya beliau mati
dengan segera:
“Hari itu hari sebelum hari Sabat. Para penguasa Yahudi tidak mahu mayat orang yang disalib
masih di kayu salib pada hari Sabat, apa lagi hari Sabat yang ini hari perayaan yang khas. Oleh
itu mereka meminta kebenaran Pilate untuk mematahkan kaki orang yang disalibkan dan
menurunkan mayat-mayat itu dari kayu salib. ”
Yohanes 19:31
Lebih kurang pada jam keenam (lebih kurang tengah hari), Jesus dikatakan telah dihadapkan
kepada Pilate (Yohanes 19:4). Menurut Bible (contohnya Yohanes 19:30), Jesus wafat pada lebih
273
kurang pada jam ke sembilan (jam tiga petang). Dalam tempoh tiga jam ini, Jesus dipakaikan
pakaian berwarna ungu dan mahkota daripada duri, dipermainkan, diludah, dimaki dan dipukul,
dan dipaksa membawa batang salib ke tempat di mana beliau dihukum (Yohanes 19:17), salib
tersebut dicacakkan ke tanah, beliau digantung pada salib tersebut, gelarannya ditulis pada salib
tersebut dalam bahasa Ibrani, Greek dan Latin, undian dibuang dan pakaiannya diagihkan, beliau
bercakap dengan salah seorang daripada dua pencuri dan seorang hawari, ramai yang berjalan
melepasinya dan memarahinya, beliau diberi minum dan wafat — semuanya berlaku dalam
tempoh tiga jam, dan kaki-kakinya tidak pernah dipatahkan.
Selepas itu guruh berdentum, gerhana dan gempa bumi berlaku, tabir Bait Suci terbelah dua dari
atas sampai ke bawah, dan orang yang telah mati keluar daripada kubur mereka. Jesus (a.s.)
kemudiannya dilepaskan dan dikapankan dan dimakamkan. Awal pagi Ahad (hari pertama bagi
kaum Yahudi), ketika hari masih gelap Mary Magdelena menziarahi makam tersebut seorang diri
(Markus 16:9, Yohanes 20:1) dan mendapati makamnya terbuka dan Jesus (a.s.) tiada di situ.
Mari kita hitung:
Anda dapat lihat bahawa adalah mustahil untuk mendapatkan jumlah “tiga hari dan tiga malam”.
Dengan andaian bahawa Jesus (a.s.) menunggu sehingga sejurus sebelum ketibaan Mary untuk
meninggalkan makamnya, Bible memberitahu kita bahawa Jesus (a.s.) ditanam selama SATU
hari dan DUA malam. Adakah ramalan ini telah dipenuhi? Adakah SATU-SATUNYA “tanda
kenabian” Jesus telah terbukti?
Selanjutnya, adalah penting untuk diingat bahawa Yunus ditelan hidup-hidup dan tinggal di
dalam perut ikan dalam keadaan hidup selama tiga hari. Mukjizatnya bukan bahawa ikan paus
tersebut telah menelannya, mahu pun bahawa beliau tinggal di dalam perut ikan selama tiga hari
(jika saya menelan sesuap makanan dan ia tinggal di dalam perut saya selama tiga hari, adakah
ini “mukjizat”?).
Mukjizat Yunus adalah bahawa BELIAU TIDAK MATI. Bagi Jesus memenuhi ramalan tersebut,
beliau perlu dimakamkan hidup dan keluar darinya hidup seperti mana Yunus memasuki perut
Yunus dalam keadaan HIDUP dan keluar darinya HIDUP. Mengapakah Jesus memberikan tanda
ini juga beliau akan mati dan dihidupkan semula? Di manakan persamaan dengan mukjizat
Yunus?
274
Seorang pemuda Kristian dari Kanada pernah bertanya kami, “Mengapakah penganut-penganut
Islam meragui bahawa kitab-kitab tersebut mengajar kematian dan kebangkitan semula Jesus?
“.
Sekarang dapatkah anda lihat mengapa penganut-penganut Islam menganggap dakwaan seperti
ini sebagai penambahan terkemudian dan bukannya kata-kata utusan Allah, iaitu Jesus (a.s.),
mahu pun kata-kata hawari-hawarinya? Adakah saya mereka-reka cerita? Bukankah saya telah
memetik daripada Bible yang sama yang dimiliki oleh setiap penganut Kristian? Untuk
perbincangan lanjut, sila rujuk buku Ahmad Deedat bertajuk “Crucifixion or Curci-fiction“.
“Beberapa orang Farisi datang kepada Jesus dan mula bersoal-jawab dengannya. Mereka
hendak memerangkapnya. Mereka meminta Jesus melakukan mukjizat untuk membuktikan dia
datang daripada Allah. Jesus mengeluh lalu menjawab, “Mengapakah orang zaman ini meminta
aku melakukan mukjizat? Tidak! Tanda semacam itu tidak akan diberikan kepada mereka!”. ”
… dan itu sahaja. Tiada disebut mengenai “tiga hari dan tiga malam” atau “tanda Yunus” atau
apa-apa yang lain. Semua ini adalah penambahan terkemudian (sila baca bahagian 2.1 untuk
perbincangan lanjut hal ini).
Paul mendakwa bahawa kitab berkata yang Jesus (a.s.) akan dibangkitkan semula pada hari
ketiga (1 Kor. 15:4). Ini hanyalah dakwaannya. Hakikatnya adalah amat berbeza. Seseorang
boleh mencari di dalam Perjanjian Lama sehingga hari kiamat dan tidak akan menjumpai apa-
apa mengenai Al-Masih yang akan dibangkitkan semula pada hari ketiga. Memang tidak ada.
Untuk perbincangan lanjut, sila baca “The Skeptical Review“, No. 4, 1991, dalam rencana
bertajuk “Why Didn’t They Know? “.
Mengenai tabir Bait Suci yang terbelah dua dan kebangkitan semula orang mati, Tom Harpur
berkata:
“Kisah mengenai orang-orang kudus yang dibangkitkan semula dari makam di sebelah timur
bandar tersebut berdekatan dengan Gunung Olives dan masuk ke Jerusalam juga adalah satu
cubaan untuk memberikan suasana mitos kepada kepercayaan bahawa Jesus adalah “yang
pertama di kalangan mereka yang tidur”. Pastinya peristiwa yang menakjubkan ini, jika benar
berlaku, bukan sahaja akan dicatatkan di dalam Gospel-gospel lain (selain Matius) dan di
dalam surat-surat dalam Perjanjian Baru, tetapi direkodkan juga di dalam sumber-sumber
sejarah Yahudi dan Rom yang lain. Tetapi ia tidak direkodkan. ”
275
Juga menarik untuk diperhatikan bahawa sementara mereka yang bukan hawari (seperti Lukas)
memberikan gambaran terperinci mengenai peristiwa yang menakjubkan dan menggemparkan
ini, Gospel Yohanes yang kononnya ditulis oleh seorang hawari, iaitu Yohanes anak Zebedee,
tidak langsung menyebut sebarang “tabir Bait Suci yang terbelah dua”, atau “kebangkitan semula
orang mati”, atau sebarang gempa bumi, atau gerhana matahari, atau apa-apa peristiwa yang
menakjubkan.
Adakah Yohanes merasakan yang semua peristiwa ini tidak penting dan tidak layak disebut, atau
adakah gereja telah “menokok-tambah” peristiwa penyaliban?
Adakah Yohanes “tidak perasan” yang bumi yang dipijaknya bergegar, atau bahawa matahari
sedang gerhana? Adakah beliau “tidak perasan” yang orang mati telah keluar dari kubur-kubur
mereka?
Selanjutnya, menarik juga diperhatikan bahawa “kesedihan semua makhluk” di atas kematian
seorang tokoh tidak terhad kepada Jesus (a.s.). Tujuh puluh tahun sebelum itu, kematian Julius
Caesar direkodkan telah diiringi oleh peristiwa-peristiwa semula jadi yang menakjubkan dan
serupa, begitu juga kematian beberapa ahli gereja selepas itu (baca semua bab tiga untuk
perbincangan topik ini).
Perbincangan lanjut mengenai kebangkitan semula orang-orang kudus boleh dibaca dalam “The
Skeptical Review“, 1992, No, 1, dalam rencana bertajuk “More about the Resurrected Saints“.
Semasa anak lelaki nabi Muhammad (s.a.w.) yang masih bayi, Ibrahim, meninggal dunia, secara
kebetulan kematiannya berlaku semasa gerhana matahari. Umat Islam pada masa itu berlari
kepadanya dan berkata, “Ini satu keajaiban, matahari pun merasa sedih atas kematian anak
tunggalmu.“. Apabila mendengar kata-kata ini, nabi Muhammad menjawab dengan marah:
“Matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian mana-mana manusia. Mereka hanyalah di
antara tanda-tanda kebesaran Allah. Apabila berlaku gerhana, dirikanlah solat. ”
Seorang sarjana dan paderi, Anselm Turmeda [2], yang kemudiannya memeluk agama Islam
berkata:
“Kisah tragedi yang anda baca diambil sepenuhnya daripada sebuah buku tua. Rekod ini ditulis
oleh seorang ahli sejarah Yahudi semasa Titus menawan dan memusnahkan Jerusalam. Kini kita
melihat ungkapan-ungkapan yang sama di dalam buku Matius. Dengan kata lain, seseorang
telah memasukkannya ke dalam Buku Matius. ”
276
“Sebab itu Tuhan sendirilah yang akan memberikan kepadamu suatu petanda: Sesungguhnya,
seorang perawan mengandung dan akan melahirkan seorang anak lelaki, dan dia akan
menamakannya Imanuel (Tuhan bersama-sama kita). ”
Yesaya 7:14
Umat Islam diperintahkan dalam Qur’an supaya percaya bahawa Jesus (a.s.) adalah seorang nabi
Tuhan yang benar dan taat. Atas sebab ini, umat Islam tiada masalah mempercayai bahawa nabi-
nabi terdahulu telah meramalkan kedatangan Jesus (a.s.) di dalam Perjanjian Lama.
Bagaimanapun, seperti yang telah kita lihat dalam bab dua, selama beberapa abad manusia telah
berterusan merasakan perlu untuk mengubahsuai dan membaiki firman Tuhan. Ini tidak terhad
kepada sekadar menambah, membuang atau mengubah perkataan-perkataan, seperti yang telah
dilihat di dalam bab-bab terdahulu, mereka juga cuba “membuktikan” pengubahsuaian mereka
dengan memetik ayat-ayat lain. Terdapat banyak contoh-contohnya. Satu contoh akan dikaji di
sini.
Apabila paderi-paderi membacakan ayat Yesaya 7:14 kepada pengikut-pengikut mereka, mereka
kemudiannya menjelaskan: “Adakah anda nampak? Nabi Yesaya meramalkan kedatangan
Tuhan sendiri. Imanuel bermakna “Tuhan bersama-sama kita”, maka ini bukan sahaja ramalan
mengenai kedatangan Tuhan, tetapi juga ramalan “penjelmaan” Tuhan Yang Maha Berkuasa
dalam bentuk Jesus.”
Memang benar bahawa Imanuel bermakna “Tuhan bersama-sama kita”. Namun ini adalah
contoh utama betapa mubaligh-mubaligh sentiasa menyandarkan hujah mereka kepada ungkapan
tertentu dan kemudian mengaburi perinciannya.
Perkataan “seorang perawan” (“virgin“) yang kita temui dalam Bible bahasa Inggeris tiada di
dalam teks asal bahasa Ibrani. Perkataan yang digunakan adalah ‘almah {al-maw’} yang
bermakna “wanita muda dalam usia yang boleh dikahwinkan”. Perkataan Ibrani untuk “perawan”
adalah “bthuwlah” {beth-oo-law’} yang mempunyai dua makna: “gadis muda” atau “perawan”.
Para penterjemah telah melakukan kesilapan memilih makna yang kedua. Versi yang lebih baru
dan tepat seperti RSV menterjemahkan ayat tersebut seperti berikut:
“Sebab itu Tuhan sendirilah yang akan memberikan kepadamu suatu petanda: Sesungguhnya,
seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak lelaki, dan dia akan
menamakannya Imanuel”
Sarjana-sarjana Biblikal mencadangkan bahawa ramalan ini adalah berkenaan kelahiran anak
lelaki kedua atau mungkin ketiga Yesaya oleh seorang wanita muda Yahudi. Ia tiada kaitan
dengan Jesus atau kelahiran perawannya.
277
Jika memang benar Jesus (a.s.) yang dimaksudkan oleh ramalan ini, mengapakah beliau tidak
dinamakan “Jesus” dan bukan “Imanuel” seperti yang diramalkan? Perhatikan bahawa ramalan
tersebut mengatakan yang “dia akan MENAMAKANNYA Immanuel“. Ia tidak mengatakan “DIA
adalah Immanuel“. Terdapat perbezaan yang besar di antara mengatakan “Namanya adalah
‘Tuhan bersama kami'” dengan “Dia adalah Tuhan bersama kami”.
“Imanuel” bukanlah satu-satunya nama di dalam PL yang mengandungi perkataan “El” (Tuhan).
Terdapat ratusan nama-nama Ibrani yang mengandungi “El” atau ganti nama lain. Contohnya,
“Ismael” bermakna “Tuhan mendengar”. Adakah deria dengar Tuhan turun ke bumi dan hidup di
kalangan kita dalam bentuk manusia?
Adakah deria dengar Tuhan “dijelmakan” dalam bentuk manusia. “Israel” pula bermakna “putera
Tuhan”, “Elijah” bermakna “Tuhanku adalah Jehovah” dan sebagainya. Seperti yang kita lihat,
adalah kebiasaan orang Yahudi mempunyai nama seperti ini. Tidak seorang pun daripada nabi
Yesaya, raja Ahaz, mahu pun mana-mana Yahudi yang percaya bahawa ramalan tersebut adalah
bahawa Tuhan sendiri akan turun dan hidup di kalangan manusia.
Dalam Kejadian 28:19 kita dapati, “Dia menamakan tempat it Betel (rumah Tuhan) “. Oleh
kerana tempat ini dinamakan “rumah Tuhan“, adalah ini bermakna Tuhan tinggal di dalam
rumah tersebut?
Dalam Kejadian 32:30, kita diberitahu bahawa Yaakob (a.s.) memanggil sebidang tanah “Pni-el”
(Wajah Tuhan). Teks sebenarnya berbunyi, “Yaakob menamakan tempat itu Pniel“. Adakah ini
sama seperti berkata, “Yaakob berkata bahawa tempat ini adalah Pniel“? Adakah tanah tersebut
wajah sebenar Tuhan? Adakah wajah Tuhan “dijelmakan” pada sebidang tanah ini?
Jibril adalah nama malaikat Tuhan yang telah ditafsirkan dalam rujukan-rujukan Biblikal sebagai
mempunyai makna umum “Kekuatan Tuhan”. Maka adakah ini bermakna malaikat Jibril adalah
“penjelmaan” “kekuatan Tuhan”?
“Nama Imanuel mungkin bermakna ‘Tuhan bersama-sama kita’ dalam erti kata ‘Moga-moga
Tuhan membantu kita’. ”
Jesus (a.s.) diberikan nama oleh malaikat Jibril sebelum kelahirannya (Matius 1:21). Beliau tidak
pernah dinamakan “Immanuel”. Raja Ahaz berada dalam bahaya. Musuh-musuhnya semakin
hampir. Inilah masanya bila mana satu janji dibuat untuk menunjukkannya satu tanda, iaitu
seorang wanita yang hamil, bukannya perawan Maryam (a.s.) yang tidak akan muncul
sehinggalah beberapa abad kemudian, selepas beliau telah menjadi debu.
Dapatkah kita lihat bagaimana doktrin penjelmaan Trinitari dipaksakan ke atas ajaran Jesus (a.s.)
dengan cara “menyuaikan” ramalan-ramalan dan mengaburi “perincian-perincian yang remeh”?
Perbincangan lanjut mengenai bagaimana “penjelmaan” dipaksakan ke atas ajaran Jesus
beberapa abad selepas pemergiannya terdapat di bahagian 1.2.5.
278
5.12 Eli, Eli Lama dan Sabachthani
Kedua-dua penganut Islam dan Kristian percaya yang Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah adil
dan mengasihi. Umat Islam percaya bahawa tanda belas kasihan Tuhan adalah Dia
menggandakan amalan baik manusia di antara sepuluh sehingga tujuh ratus kali ganda, atau
mungkin lebih. Dia juga mengira satu amalan jahat sebagai satu amalan jahat, atau Dia
mengampunkan kita. Sebaliknya, Gereja mendakwa bahawa tanda belas kasihan Tuhan adalah
Dia mengorbankan anak tunggalNya untuk menyelamatkan manusia. Mari kita kaji dakwaan ini:
Jika Tuhan Yang Maha Berkuasa mengambil keputusan untuk mengorbankan anak tunggalNya,
maka kita berhadapan dengan salah satu daripada dua kes:
1. Jesus (a.s.) tidak tahu mengenai rancangan ini dan nasib yang telah ditentukan Tuhan
untuknya.
2. Jesus (a.s.) tahu mengenai rancangan ini dan juga nasib yang telah ditentukan Tuhan
untuknya.
Dalam kes pertama, jika Jesus (a.s.) tidak tahu mengenai rancangan Tuhan, maka ini
membayangkan bahawa sama ada Tuhan telah menipu Jesus (a.s.) untuk menerima takdirnya,
atau Tuhan telah memaksa Jesus (a.s.) menerima takdirnya. Dengan kata lain, belas kasihan dan
pengorbanan Jesus memerlukan Tuhan sendiri berlaku zalim, dahagakan darah, dan tidak berhati
perut. Ini, sudah semestinya, amat karut.
Dalam kes kedua, jika Jesus tahu mengenai rancangan ini, maka kita berhadapan dengan tiga
masalah:
1. Jika satu-satunya misi Jesus (a.s.) untuk manusia adalah mati di batang salib,
membebaskan mereka daripada dosa asal, membebaskan mereka daripada undang-
undang Musa (a.s.) dan menyelamatkan mereka, maka mengapakah beliau tidak pernah
menyebut hal ini kepada pengikut-pengikutnya semasa hayatnya? Mengapakah beliau
tidak menghabiskan masa siang dan malam menyogokkan perkara ini ke telinga mereka?
Mengapakah beliau sendiri mematuhi rukun-rukun Musa (a.s.) sepenuhnya dan dengan
taat sehinggalah kematiannya?
Dalam Matius 19:16-21, apabila Jesus (a.s.) ditanya mengenai jalan ke syurga, beliau
masih tidak menyebut mengenai penyaliban mahu pun penebusan dosa atau supaya
“beriman” dengannya? Mengapa, apabila didesak untuk sesuatu yang lebih, beliau masih
tidak menyebut mengenai penyaliban mahu pun penebusan dosa, tetapi hanya berkata
yang sesiapa yang mematuhi rukun-rukun Musa (a.s.) dan menjual harta-bendanya akan
menjadi “sempurna”? Mengapakah beliau tidak berkata, “Berimanlah dengan
penyalibanku dan tinggalkan rukun-rukan dan anda akan ‘sempurna’. “?
279
2. Jika satu-satunya misi Jesus (a.s.) kepada manusia adalah untuk mati di batang salib,
membebaskan mereka daripada dosa asal, membebaskan mereka daripada undang-
undang Musa (a.s.) dan menyelamatkan mereka, maka mengapakah semasa beliau berada
di taman di Gethsemane, beliau merayu Tuhan Yang Maha Berkuasa, “Eli, Eli Lama
sabachthani“, yang bermakna, “Tuhanku, Tuhanku, mengapakah Kau meninggalkanku”
(Matius 27:46)?
3. Jika satu-satunya misi Jesus (a.s.) kepada manusia adalah untuk mati di batang salib,
membebaskan mereka daripada dosa asal, membebaskan mereka daripada undang-
undang Musa (a.s.) dan menyelamatkan mereka, maka mengapakah semasa beliau
bercakap dengan wanita Kanaan dalam Matius 15:22-28, beliau enggan menyembuhkan
anak wanita tersebut atas alasan beliau dihantar hanya untuk kaum Yahudi sahaja “Aku
diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat“?
Menurut kata-kata Jesus dalam ayat ini, misinya adalah untuk bangsa Yahudi sahaja,
maka adalah tidak pantas baginya untuk menyembuhkan seorang wanita bukan Yahudi
kerana katanya, “Tidaklah patut mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya
kepada anjing“. Adakah Jesus mati di salib untuk kaum Yahudi sahaja?
Jika Jesus (a.s.) merasakan tidak pantas baginya untuk menyembuhkan orang yang bukan
Yahudi, maka bagaimanakah kita boleh mendakwa bahawa beliau tahu dan telah
menerima sejak permulaan masa bahawa beliau akan menanggung seksaan, penghinaan
dan akhirnya kematian yang menyeksakan demi untuk memberikan keselamatan abadi
kepada semua manusia?
Adakah Tuhan dan Jesus (a.s.) tidak tahu misi muktamadnya semasa beliau mula-mula
diutuskan? Adakah misinya berubah kemudian? Adakah mereka tidak membuat
keputusan bahawa Jesus (a.s.) perlu mati untuk “dosa asal” sehinggalah ke akhir misi
Jesus?
Sekali lagi, kita dapati kedua-dua pilihan ini karut. Seperti yang telah dibuktikan dalam bab satu,
menggunakan Perjanjian Lama dan Qur’an, manusia tidak mewarisi dosa, Tuhan juga tidak
mempertanggungjawabkan mereka atas dosa orang lain. Tuhan hanya mengadili manusia
menurut perbuatan masing-masing dan mengampunkan banyak daripada kesalahan mereka.
Jesus (a.s.) adalah seorang manusia yang diutuskan oleh Tuhan kepada bangsa Yahudi sahaja
untuk mengembalikan mereka kepada ajaran Musa dan menghapuskan bidaah yang telah
280
menyelinap masuk ke dalam kitab mereka . “Utusan untuk seluruh alam” (Muhammad (s.a.w.))
tidak tiba sehinggalah enam ratus tahun kemudian. Beliau mengajar manusia bahawa Tuhan
Yang Maha Berkuasa mampu melakukan apa sahaja dan keselamatan manusia terletak dalam
tangan mereka sendiri jika mereka menyembahNya seperti yang diperintahkanNya dan meminta
belas kasihanNya.
Mengapakah wanita-wanita yang menziarahi makam merasa takut (Markus 16:8)? Jika benar
Jesus telah memaklumkan mengenai kematiannya dan kebangkitan semulanya terlebih dahulu
maka bukankah mereka sepatutnya merasa amat gembira melihat ramalan ini menjadi
kenyataan? Mengapa mereka perlu merasa takut melihat ramalan Jesus menjadi kenyataan di
hadapan mata mereka?
Bukankah mereka sepatutnya merasa amat gembira? Bukankah Jesus telah mencabar kaum
Yahudi secara terbuka bahawa beliau akan mati dan dibangkitkan semula selepas tiga hari (lihat
bahagian 5.1)? Tidakkah kedua-dua wanita ini sepatutnya telah menjangkakan kebangkitan
semulanya? Bukankah mereka sepatutnya ternanti-nanti kejadian ini dengan penuh debaran?
Jika Jesus dapat mengalahkan kematian dan hidup semula, mengapakah beliau bimbang untuk
bertemu semula dengan kaum Yahudi selepas penyaliban? Terutamanya apabila beliau tidak
akan mati lagi?
“Hal itu demikian kerana kita tahu bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Dia
tidak akan mati lagi; kematian tidak lagi berkuasa atasnya. ”
Rom 6:9
Mengapakah beliau menyamar, menyembunyikan dirinya daripada kaum Yahudi dan Rom, dan
muncul hanya di hadapan hawari-hawari? Pastinya, kejadian ini adalah bukti kekuasaannya dan
memenuhi tujuan penciptaannya seperti yang dikatakan oleh Gereja. Mengapakah hal ini kini
dirahsiakan? Bukankah Bible memberitahu kita bahawa Jesus (a.s.) memberitahu kaum Yahudi
bahawa mereka tidak akan mendapat sebarang bukti melainkan bukti “tiga hari dan tiga malam”
(Matius 12:38-40)?
Bukankah kita diberitahu bahawa ini adalah bukti terbesar? Jika semua ini adalah benar, dan
beliau telah dihidupkan semula, dan kaum Yahudi tidak lagi boleh membunuhnya, mengapakah
beliau bersama-sama hawari-hawarinya tidak bergegas ke tengah-tengah bandar dan menjerit
sekuat-kuat hati, “Inilah bukti cabaranku yang terbesar kepadamu, datang dan lihatlah
sendiri!“.
281
Mengapa lontarkan cabaran tersebut jika beliau tidak mahu muncul dan membuktikan
kebenarannya kepada mereka yang dicabarnya? Mengapakah beliau hanya menunjukkan dirinya
kepada mereka yang tidak perlu diyakinkan? Mengapa beliau tidak menunjukkan dirinya kepada
mereka yang tidak percaya supaya mereka dapat menyedari kesilapan mereka dan diselamatkan?
Bapa-bapa Gereja bergelut dengan masalah ini selama beberapa abad dalam usaha untuk
menjelaskannya. Namun, penjelasan-penjelasan mereka hanyalah tekaan-tekaan atau tafsiran-
tafsiran yang aneh dan tidak masuk akal. Contohnya, pada abad ketiga, paderi Origen (185-254
M) mengulas:
“Kristus mengelak hakim yang mengutuknya, dan musuh-musuhnya supaya mereka tidak
menjadi buta. ”
Yang lain pula mencadangkan bahawa Jesus tidak menunjukkan dirinya kepada mereka yang
dicabar kerana itu akan memaksa mereka untuk percaya!? Atau kerana mereka tidak akan
percaya kalau pun mereka melihatnya, maka tidak ada gunanya. (Bagaimana pula golongan di
atas pagar yang akan percaya jika beliau menunjukkan dirinya kepada umum seperti yang
dijanjikannya?). Semua cubaan-cubaan ini gagal kerana mereka telah mengelak daripada
menangani apa yang menyebabkan masalah ini, iaitu tangan seseorang telah mengubahsuai teks
ini. ……….. Sesuatu untuk difikirkan.
Sebaliknya, jika Jesus (a.s.) adalah seorang manusia yang tidak disalib tetapi telah dilindungi
oleh Tuhan daripada tangan kaum Yahudi, dan jika misi dakwahnya telah sampai ke penghujung,
dan jika beliau perlu bertemu dengan hawari-hawarinya untuk kali terakhir dan menyampaikan
khutbah perpisahan kepada mereka, dan jika kaum Yahudi akan membunuhnya jika ternampak
saja beliau, maka adalah amat munasabah jika beliau menyamar dan mengelak daripada
berjumpa orang ramai.
Apakah alasan untuk beliau menyembunyikan mukjizatnya yang terbesar yang juga
mengesahkan tugasnya dan ramalan-ramalannya daripada kaum Yahudi jika benar beliau telah
mengucapkannya, dan jika semua ini bukan penambahan oleh tangan-tangan yang tidak
bertanggungjawab?
Kita sambung, “Maka sekali lagi, apakah agamanya? “. Jika orang Kristian ini tahu apa yang
terkandung di dalam Bible, beliau akan menjawab, “Judaisma“. “Benar“, jawab kita, “Jesus
282
adalah seorang Yahudi. Beliau menurut agama Musa.” (baca bab satu). Menurut Bible, Jesus
hidup dan mati dengan tidak pernah melanggar satu pun agama Musa. Beliau berpuasa bila mana
mereka berpuasa. Beliau sembahyang seperti mana mereka sembahyang. Beliau mematuhi Sabat
seperti mana yang mereka lakukan.
Beliau tidak pernah menjamah daging babi. Beliau disunatkan seperti mana semua Yahudi yang
patuh, dan beliau mengarahkan pengikut-pengikutnya mematuhi hukum-hukum Tuhan ‘selagi
langit dan bumi masih ada‘ (Matius 5:17-18). Jadi, Jesus adalah seorang Yahudi! Beliau
mengikuti agama Musa (a.s.).
Perkataan “Kristian” tidak direka sehingga lama selepas pemergian Jesus (a.s.). Dalam bab satu,
saya telah menunjukkan betapa semua – daripada Catholic Encyclopedia, dan ramai sarjana-
sarjana Kristian, dan ensaiklopedia-ensaiklopedia Barat, dan banyak lagi sumber-sumber
Kristian lain mengesahkan yang pengasas “Kristian” yang sebenar adalah seorang Yahudi
bernama “Saul dari Tarsus”, atau lebih dikenali sebagai “Saint Paul”.
Menurut Bible, hanya selepas kematian Jesus (a.s.) baharulah agama yang dipatuhinya
dimansuhkan. Ini dilakukan atas perintah “Saint Paul” yang tidak pernah bertemu Jesus, dan
yang mendakwa bahawa beliau menerima “visi” suci daripada hantu Jesus memerintahkannya
untuk membatalkan apa yang Jesus (a.s.) patuhi sepanjang hayatnya dan yang dipatuhi oleh
pengikut-pengikutnya ‘selagi langit dan bumi masih ada’.
Kita tanya pula, “Jika Jesus adalah seorang Yahudi, dari manakah datangnya Judaisma? “.
Sekali lagi, orang tadi akan menjawab “Dari Musa! “. “Jadi, Musa yang memperkenalkan
Judaisma? “, tanya kita. “Sudah tentu. “, jawapnya. Kita tanya pula, “Adakah nabi Ibrahim
seorang Yahudi? “. Sekali lagi, kemungkinan besar orang ini akan menjawab, “Sudah tentu! “.
Kita tanya pula, “Adakah nabi Ibrahim Yahudi yang pertama? Adakah semua nabi-nabi Tuhan
berbangsa Yahudi? “. Beliau akan rasa tidak pasti.
Kita akan menjawab, “Jadi, pernahkah Musa memanggil agamanya ‘Judaisma’? “. Sekali lagi,
jika orang ini tahu kandungan Bible, beliau akan menjawab, “Tidak“. Maka kita sambung, “Dari
manakah datangnya perkataan ‘Yahudi’? “. Jika beliau tidak tahu, kita terangkan bahawa ia
berasal daripada “Yehuda”. Yehuda adalah anak lelaki Yaakob (Israel), yang merupakan anak
kepada Ishak, yang merupakan anak kepada Ibrahim (a.s.).
Jadi, jika bukan Ibrahim (a.s.), mahu pun Musa (a.s.) yang memperkenalkan “Judaisma”, dan ia
dinamakan sempena nama cicit nabi Ibrahim (a.s.), maka adalah munasabah untuk ditanya:
apakah agama nabi Ibrahim (a.s.)? Apakah agama nabi Adam (a.s.)? Secara umum, apakah yang
diajar oleh nabi-nabi daripada Adam (a.s.) sehinggalah Jesus (a.s.)? Qur’an ada jawapannya,
tetapi ia perlu sedikit penjelasan.
Kini kita telah temui asal-usul “Kristian” dan “Judaisma”, maka patutlah kita mencari asal-usul
“Islam”. “Islam” adalah perkataan Arab yang bermaksud “penyerahan kepada Tuhan (semata-
mata)”. Perkataan “Muslim” diterbitkan daripada perkataan ini. “Muslim” bermakna “orang yang
menyerahkan diri kepada Tuhan (semata-mata)”.
283
“Hai Ahli Kitab, mengapa kamu bantah-membantah tentang hal Ibrahim, pada hal Taurat dan
Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir? Beginilah kamu,
kamu ini (sewajarnya) bantah-membantah tentang hal yang kamu ketahui, maka kenapa kamu
bantah-membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui? Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui.
Ibrahim bukan seorang Yahudi dan (bukan) pula seorang Kristian, akan tetapi dia adalah
seorang yang lurus lagi menyerah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia daripada
golongan musyrik. Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang
yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah
adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman. ”
“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjukkan oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, iaitu
agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang
yang musyrik”. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya dan demikian itulah yang
diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah).
”
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah
memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.
(Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orang-
orang Muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi
saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenab manusia, maka dirikanlah
sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah
Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong. ”
“Katakanlah (hai Muslim): “Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami,
dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakob dan anak cucunya, dan apa
yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi daripada
Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk
patuh kepadaNya. ”
284
“Apabila pengikut-pengikut Jesus mendengar kata-katanya, mereka sangat hairan. Mereka
berkata, “Jika demikian, siapakah yang boleh diselamatkan?”. Jesus memandang mereka lalu
berkata, “Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi Allah dapat melakukan semua perkara!”.
Lalu Petrus berkata, “Lihatlah, kami telah meninggalkan segala-galanya dan mengikuti Guru.
Apakah yang akan kami terima daripada Allah?”. Jesus berkata kepada mereka, “Percayalah
bahawa pada masa Anak Manusia duduk di atas takhtaNya yang mulia di dunia baru Allah,
kamu dua belas orang pengikutku juga akan duduk di atas takhta dan memerintah dua belas
suku Israel!
Setiap orang yang sudah meninggalkan rumah, atau saudara lelaki, atau saudara perempuan,
atau ibu bapa, atau anak-anak, atau ladang kerana aku, akan menerima seratus kali ganda apa
yang ditinggalkan, serta beroleh hidup yang sejati dan kekal. Tetapi banyak orang yang
sekarang ini terdahulu akan menjadi yang terakhir, dan yang sekarang ini terakhir akan menjadi
yang terdahulu.”. ”
Matius 19:25-30
Hal ini amat mudah. Di sini Jesus (a.s.) dikatakan sedang bercakap kepada kesemua dua belas
orang hawari-hawarinya dan memberitahu kesemua dua belas orang hawari-hawarinya bahawa
mereka akan duduk di atas dua belas singgahsana untuk mengadili suku-suku Israel pada Hari
Akhirat. Maka munasabah untuk bertanya: siapakah dua belas orang hawari tersebut? Mari kita
tanya kepada Gospel Lukas yang sama dan lihat apa katanya.
“Apabila hari sudah terang, dia memanggil pengikut-pengikutnya lalu memilih dua belas orang
daripada mereka. Jesus menamakan dua belas orang itu hawari. Mereka terdiri daripada Simon
(yang juga disebutnya Petrus), dan adiknya Andreas, Yakobus dan Yohanes, Filipus dan
Bartolomeus, Matius dan Tomas, Yakobus anak Alfeus dan Simon (yang disebut Patriot), Yudas
anak Yakobus dan Judas Iskariot yang kelak menjadi pengkhianat. ”
Lukas 6:13-16
Maka menurut Gospel Lukas, Jesus (a.s.) berjanji kepada si pengkhianat, iaitu Judas, bahawa ada
singgahsana yang disediakan untuknya di syurga. Bukan itu sahaja, tetapi beliau akan duduk di
atas singgahsananya untuk mengadili dua belas suku-suku Israel pada hari itu. Amat jelas
bahawa Judas termasuk dalam dua belas hawari-hawari kerana Jesus berkata, “KAMU dua belas
orang pengikutku… “.
Dengan kata lain, beliau bercakap kepada dua belas orang yang berdiri di hadapannya. Beliau
juga mengatakan “dua belas singgahsana” dengan jelas. Hawari ke dua belas tidak mungkin “St.
Paul” kerana hawari yang melantik dirinya menggantikan Judas ini tidak pernah bertemu dengan
Jesus (a.s.). Maka Paul tidak hadir pada perjumpaan di mana Jesus bercakap kepada hawari-
hawarinya dan memberitahu mereka bahawa “MEREKA” akan mengadili Israel dari dua belas
singgahsana.
285
Sekali lagi, tangan yang mengubahsuai telah meninggalkan bekas.
Kemudian mereka menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar. Jesus melihat
bahawa mereka sangat beriman. Oleh itu dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Anakku,
dosamu sudah diampunkan”. Beberapa orang guru Taurat yang duduk di situ berkata dalam
hati, “Alangkah beraninya dia mengkufuri Allah! Tidak seorang pun boleh mengampunkan dosa
kecuali Allah!”.
Pada ketika itu juga Jesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu dia berkata kepada
mereka, “Mengapa kamu berfikir demikian? Manakah yang lebih mudah: mengatakan ‘Dosamu
sudah diampunkan’, atau ‘Bangunlah, angkat tikarmu dan berjalan’?. Tetapi kepada kamu aku
akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa”.
Lalu Jesus berkata kepada orang lumpuh itu, “‘Bangunlah, angkat tikarmu, dan pulanglah!”. Di
hadapan mereka semua, orang lumpuh itu bangkit, mengangkat tikarnya, dan segera keluar. ”
Markus 2:1-12
Seperti yang dilihat dalam bab satu, apabila Paul muncul dengan ide-ide baru mengenai
bagaimana memperbaiki ajaran Jesus (a.s.), beliau mula membuang perintah-perintah tertentu.
Ini berterusan sehinggalah beliau mengumumkan kononnya autoriti “visinya” telah memadai
untuk membuang terus semua hukum-hukum yang Musa (a.s.) dan Jesus (a.s.) patuhi dengan
ketat sepanjang hidup mereka.
Hakikat bahawa kedua-dua nabi ini diketahui telah menghabiskan hayat mereka memerintahkan
pengikut-pengikut mereka untuk mematuhi undang-undang dan hukum-hukum ini diketepikan
oleh “St. Paul”. Kita dimaklumkan bahawa “visi-visinya” adalah autoriti yang lebih tinggi
daripada perintah Jesus (a.s.) semasa hayatnya.
Setelah Paul selesai membatalkan undang-undang Tuhan yang diturunkan melalui Musa dan
Jesus, serta memudahkan agama tersebut, beliau mulai mendapat ramai pengikut. Ini adalah
kerana “Kristian”nya hanya memerlukan “iman” tanpa sebarang amal (Rom 3:28). Tetapi iman
tanpa amal adalah konsep yang lemah untuk dijadikan pegangan hidup seseorang. Paul
memerlukan peristiwa yang menakjubkan untuk DIPERCAYAI supaya dakwaan-dakwaannya
boleh diterima ramai. Maka lahirlah dosa asal dan penebusan dosa.
286
Paul mendakwa bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dalam keadaan
berdosa dan adalah pewaris “dosa Adam”. Beliau mendakwa bahawa dosa yang diwarisi ini
adalah beban yang amat berat sehinggakan pencipta seluruh langit, bumi, dan pencipta konsep
dosa dan keampunan sendiri, tidak dapat mengampunkannya.
Menurut Paul, ini adalah di luar keupayaan Tuhan. Paul mengajar bahawa satu-satunya cara bagi
pencipta seluruh langit dan bumi dan segala yang berada di antaranya mengampunkan dosa ini
adalah dengan membiarkan “satu-satunya anak yang dizuriatkan” dipukul, dibogelkan, disebat,
dihiris, dihina, dan akhirnya dibunuh dengan cara yang paling menyeksakan yang diketahui oleh
manusia – dengan menggantungnya di batang salib, dan oleh itu menjadi sumpahan ke atas
manusia.
“Kristus telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat. ”
Galatia 3:13
Namun jika kita membaca kata-kata Jesus (a.s.) di dalam Markus 2:9, kita dapati bahawa Jesus
(a.s.) berkata yang untuk memberitahu seseorang bahawa dosanya telah diampunkan adalah lebih
mudah daripada menyembuhkan seorang pesakit lumpuh dan membolehkannya berjalan, dan
oleh kerana Jesus (a.s.) mempunyai kuasa untuk menyembuhkan pesakit lumpuh, maka beliau
menunjukkan kepada kita yang mengampunkan dosa adalah lebih mudah baginya.
Bagaimanapun, kita telah tahu bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa, “Bapa” orang-orang yang
beriman:
“Janganlah panggil sesiapa di duni ini ‘Bapa’ kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang
di syurga. ”
Markus 23:9
Kita juga tahu bahawa kuasa Tuhan Yang Maha Berkuasa lebih berkuasa daripada semua
manusia, termasuk Jesus:
Yohanes 14:28
Akhir sekali, kita tahu bahawa Jesus (a.s.) memperolehi kuasanya daripada Tuhan:
287
Yohanes 5:30
“Saudara-saudara orang Israel! Dengarlah kata saya ini; Jesus dari Nasaret, seorang manusiat
sudah diberi tugas oleh Allah. Hal ini dinyatakan melalui mukjizat yang dilakukan Allah melalui
dia. Saudara-saudara mengetahui hal itu. ”
Maka adalah munasabah bahawa apa yang mudah bagi Jesus (a.s.) adalah remeh dan tidak berat
buat Tuhan Yang Maha Berkuasa sendiri. Maka jika Jesus (a.s.) boleh mengampunkan dosa
semudah mengucapkan “dosa-dosa kamu diampunkan”, maka Tuhan Yang Maha Berkuasa
tentulah berkeupayaan berbuat demikian hanya dengan menghendakinya, tanpa perlu
menuturkan satu perkataan pun. Sesungguhnya, di dalam Bible kita dapati:
“Siapakah Allah seperti Engkau yang mengampuni dosa dan yang memaafkan pelanggaran dari
sisa-sisa milikNya sendiri yang tidak bertahan dalam murkaNya untuk seterusnya, melainkan
berkenan kepada kasih setia? ”
Mikah 7:18
“Tetapi Allah mengasihani umatNya. Dia mengampunkan dosa mereka dan tidak membinasakan
mereka. Kerap kali dia menahan kemarahanNya dan tidak melepaskan kermukaanNya. Dia
ingat bahawa mereka hanya manusia fana, seperti angin yang bertiup lalu hilang. ”
Mazmur 78:38-39
“Aku, Akulah Dia yang menghapus dosa pemberontakanmu oleh kerana Aku sendiri dan Aku
tidak mengingat-ingat dosamu. ”
Yesaya 43:25
Maka bagaimanakah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengampunkan dosa-dosa kita? Adakah Dia
hanya berfirman “kamu diampunkan” kepada mereka yang bertaubat kepadanya atau mestikah
Dia mengorbankan seorang yang tiada dosa sebelum Dia berbuat demikian? Bolehkah Dia
berbuat begini? Untuk mendapatkan jawapannya, kita rujuk kepada Bible:
“Mungkin apabila kaum Yehuda mendengar tentang segala mala petaka yang Aku rancangkan
hendak mendatangkannya kepada mereka, maka mereka masing-masing akan bertaubat dari
tingkah langkahnya yang jahat itu, sehingga Aku mengampuni kesalahan dan dosa mereka. ”
Jeremiah 36:3
288
“Baiklah orang fasik meninggalkan jalannya dan orang jahat meninggalkan rancangannya;
baiklah dia kembali kepada TUHAN, maka Dia akan mengasihaninya, dan kepada Allah kita,
sebab Dia memberi pengampunan dengan limpahnya. ”
Yesaya 55:7
“Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepadamu, dan Engkau mengampunkan
segala kesalahanku.”
Mazmur 32:5
Amsal 16:6
“dan umatKu, yang atasnya namaKu disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajahKu,
lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga dan
mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka. ”
2 Tawarikh 7:14
“Tetapi jika orang fasik bertaubat daripada segala dosa yang dilakukannya dan berpegang pada
segala ketetapanKu serta melakukan keadilan dan kebenaran, dia pasti hidup, dia tidak akan
mati. Segala derhaka yang dibuatnya tidak akan diingat-ingat lagi terhadapnya, dia akan hidup
kerana kebenaran yang dilakukannya. Apakah Aku berkenan kepada kematian orang fasik?
Demikianlah firman Tuhan ALLAH.
Bukankah kepada pertaubatannya supaya dia hidup? Jikalau orang benar berbalik daripada
kebenarannya dan melakukan kecurangan seperti segala kekejian yang dilakukan oleh orang
fasik – apakah dia akan hidup? Segala kebenaran yang dilakukannya tidak akan diingat-ingat
lagi. Dia harus mati kerana dia berubah setia dan kerana dosa yang dilakukannya. Tetapi kamu
berkata: Tindakan Tuhan tidak tepat!
Dengarlah dulu, hai kaum Israel, apakah tindakanKu yang tidak tepat ataukah tindakanmu yang
tidak tepat? Kalau orang benar berbalik daripada kebenarannya dan melakukan kecurangan
sehingga dia mati, dia harus mati kerana kecuranganya yang dilakukannya. Sebaliknya, kalau
orang fasik bertaubat daripada kefasikan yang dilakukannya dan dia melakukan keadilan dan
kebernaran, dia akan menyelamatkan nyawanya. Dia insaf dan bertaubat daripada segala
derhaka yang dibuatnya, dia pasti hidup, dia tidak akan mati.
Tetapi kaum Israel berkata: Tindakan Tuhan yang tidak tepat! Apakah tindakanKu yang tidak
tepat, hai kaum Israel, ataukah tindakanmu yang tidak tepat? Oleh kerana itu, aku akan
menghukum kamu masing-masing menurut tindakannya, hai kaum Israel, demikianlah firman
Tuhan ALLAH. Bertaubatlah dan berpalinglah daripada segala derhakamu, supaya itu jangan
bagimu menjadi batu sandungan, yang menjatuhkan kamu ke dalam kesusahan. ”
289
Ezekiel 18:21-30
Amsal 21:3
“Sebab Aku menyukai kasih setia, dan bukan korban sembelihan, dan menyukai pengenalan
akan Allah, lebih dari pada korban-korban bakaran. ”
Hosea 6:6
“Dengan apakah aku akan pergi menghadap TUHAN dan tunduk menyembah kepada Allah yang
di tempat tinggi? Akan pergikah aku menghadap Dia dengan korban bakaran, dengan anak
lembu berumur setahun? Berkenankah TUHAN kepada ribuan domba jantan, kepada puluhan
ribu curahan minyak? Akan kupersembahkan anak sulungku kerana pelanggaranku dan buah
kandunganku kerana dosaku sendiri?”.
“Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN
daripadamu: selain berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan
Allahmu?”. ”
Mikah 6:6-8
““Untuk apa itu korbanmu yang banyak-banyak?” firman TUHAN; “Aku sudah jemu akan
korban-korban bakaran berupa domba jantan dan akan lemak daripada anak lembu gemukan,
darah lembu jantan dan domba-domba dan kambing jantan tidak Kusukai. Apabila kamu datang
untuk menhadap di hadiratKu, siapakah yang menuntut itu daripadamu, bahawa kamu
menginjak-injak pelataran Bait SuciKu? Jangan lagi membawa persembahanmu yang tidak
sungguh, sebab baunya adalah kejijikan bagiKu.
Kalau kamu merayakan bulan baru dan Sabat atau mengadakan pertemuan-pertemuan, Aku
tidak tahan melihatnya kerana perayaanmu penuh kejahatan. Perayaan-perayaan bulan barumu
dan pertemuan-pertemuanmu yang tetap, Aku benci melihatnya; semuanya itu menjadi beban
bagiku; Aku telah payah menanggungnya.
Apabila kamu menadahkan tanganmu untuk berdoa, Aku akan memalingkan mukaKu, bahkan
sekali pun kamu berkali-kali berdoa, Aku tidak akan mendengarkannya sebab tanganmu penuh
dengan darah. Basuhlah, bersihkanlah dirimu, jauhkanlah perbuatan-perbuatanmu yang jahat
daripada depan mataKu.
Berhentilah berbuat jahat, belajarlah berbuat baik; usahakanlah keadilan, kendalikanlah orang
kejam; belalah hak anak-anak yatim, perjuangkanlah perkara janda-janda! Marilah, baiklah
kita berperkara! – firman TUHAN – sekali pun dosamu merah seperti kirmizi, akan menjadi
putih seperti salju; sekali pun berwarna merah seperti kain kesumba, akan menjadi putih seperti
bulu domba. ”
290
Yesaya 1:11-18
Sesungguhnya inilah ajaran Islam. Di dalam Qur’an, kita dimaklumkan bahawa manusia dicipta
untuk menduduki bumi. Semasa Adam dan Hawa mula-mula dicipta, mereka dibenarkan hidup
di syurga. Bagaimanapun, sebaik sahaja mereka makan daripada pohon yang dilarang, Tuhan
telah menurunkan mereka ke bumi. Sebaik sahaja Adam menyedari kesilapannya, beliau
menyesal, tetapi beliau adalah manusia pertama. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memohon
keampunan Tuhan.
Lalu Tuhan Yang Maha Berkuasa menurunkan wahyu untuk mengajarnya cara untuk memohon
keampunan Tuhan. Adam pun memohon ampun dan Tuhan menerima taubat Adam. Tuhan tidak
memerlukan pengorbanan darah apa-apa yang tiada dosa, atau sebarang pengorbanan. Beliau
hanya mengampunkan dosa Adam. Kisah ini boleh dibaca di dalam Qur’an:
“Dan Kami berfirman: “Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah
makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah
kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim”. Lalu
keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan
Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi
kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan”.
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat [3] daripada Tuhannya, maka Allah menerima
taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman:
“Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang
siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tiada ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula)
mereka bersedih hati”. Ada pun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami,
mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ”
“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-
dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ”
“Rasulullah (s.a.w.) berkata yang Allah telah berfirman: ‘Wahai anak Adam, selagi kamu
berdoa kepadaKu dan mengharapkan keampunanKu atas dosa-dosamu, maka Aku akan
ampunkan. Wahai anak Adam, biar pun dosamu begitu banyak sehingga memenuhi langit, dan
kamu memohon keampunanKu, Aku akan mengampunkan dosamu, itu mudah bagiKu. Wahai
anak Adam, jika kamu menghadap aku dengan dosamu yang memenuhi bumi, sedang kamu tidak
pernah mengkufuri Aku, Aku akan menyambutmu dengan keampunan. ”
291
Diriwayatkan oleh Al-Tirmidhi, Ahmad dan Al-Darimi
melalui Abu Tharr
Notakaki
292
Bab 6: Muhammad di dalam Bible
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati
tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka
mengerjakan yang makruf dan melarang mereka daripada mengerjakan yang mungkar dan
menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang
buruk dan membuang daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada
mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan
mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-
orang yang beruntung.
Katakanlah: “Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, iaitu
Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan selain Dia, Yang
menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi
yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitabNya) dan
ikutilah dia supaya kamu mendapat petunjuk.“
“Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang membenarkan kitab
yang ada pada mereka, sebahagian daripada orang-orang yang diberi kitab (Taurat)
melemparkan kitab Allah ke belakangnya, seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahawa itu
adalah kitab Allah). ”
“ (Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati
mereka keras membatu. Mereka merubah perkataan (Allah) daripada tempat-tempatnya…. ”
Sebelum memulakan bab ini, biarkan saya menjelaskan satu salah faham. Ramai penganut
Kristian mahukan sama ada umat Islam menerima keseluruhan Bible atau menolak keseluruhan
Bible. Oleh itu, kadang kala mereka mendapati sikap seorang Muslim terhadap Bible
mengelirukan. Atas sebab ini, saya akan menjelaskan bagaimana penganut Islam diperintahkan
berhadapan dengan Bible.
Umat Islam dimaklumkan bahawa Tuhan Yang Maha Berkuasa menurunkan “Injil” kepada Jesus
(a.s.). Qur’an juga menerangkan bagaimana manusia kemudiannya telah mengubah Injil ini dan
mengubah ajaran asalnya. Atas sebab ini, Muhammad (s.a.w.) memerintahkan umat Islam
menghormati Bible kerana pada mulanya ia adalah firman Tuhan yang benar.
293
pengubahsuaian yang telah dilakukan oleh manusia ke atas Bible dan untuk mengembalikan
ajaran-ajaran Tuhan melalui bimbingannya. Di dalam Qur’an kita dapati:
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan
apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap
kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah
datang kepadamu… ”
Perkataan sebenar yang digunakan dalam ayat ini adalah perkataan Arab “Muhaimin” yang
bermakna “pembimbing/penjaga/penyelia/pelindung”. Atas sebab ini, Muhammad (s.a.w.)
memerintahkan mereka untuk menerima hanya apa yang disahkan oleh Qur’an dan menolak apa
yang bercanggah dengan Qur’an.
Umat Islam telah merekodkan bahawa “ahli kitab” pada zaman Muhammad (s.a.w.) sedang
menanti ketibaan seorang nabi yang akan tiba tidak lama lagi. Terdapat banyak laporan-laporan
sejarah mengenai hal ini. Kita dimaklumkan bahawa kaum Yahudi di Yathrib (Madinah) sentiasa
mengugut kaum Arab di situ mengenai ketibaannya, dan bahawa mereka akan mengikutinya dan
menyembelih kaum Arab seperti mana kaum A’ad dan Iram disembelih, dan ini adalah sebab
utama mengapa kaum Arab di Yathrib begitu cepat menerima Muhammad (s.a.w.). Untuk
mengalahkan kaum Yahudi. Terdapat banyak kisah-kisah begini, seperti kisah Salman Al-Farisi,
kisah rahib Bahira, kisah Al-Najashi, iaitu raja Etopia dan banyak lagi.
Terdapat banyak ramalan mengenai kedatangan Jesus (a.s.) di dalam Perjanjian Lama. Malah
ramai penganut Kristian yang berkata bahawa Bible telah meramalkan banyak peristiwa yang
berlaku selepas zaman Jesus (a.s.), termasuk mengenai Pope dan Israel. Tidak seperti kaum
Yahudi, umat Islam tidak menentang ramalan-ramalan mengenai kedatangan Jesus (a.s.) kerana
Qur’an telah memerintahkan mereka untuk mempercayainya.
Ayat yang dikemukakan pada permulaan bab ini mengatakan bahawa Qur’an memaklumkan kita
bahawa Taurat dan Injil (Gospel) mengandungi ramalan mengenai Muhammad. Namun jika saya
bertanya kepada penganut Kristian sama ada mereka menemui apa-apa ayat yang menyebut
mengenai Muhammad (s.a.w.), mereka dengan yakin menjawab, “Tidak!”.
Tetapi jika Bible telah meramalkan banyak peristiwa-peristiwa lain, maka kita mesti bertanya:
mengapakah ia tidak menyebut langsung mengenai seorang lelaki yang telah berjaya
meyakinkan jutaan manusia mengenai kelahiran Jesus (a.s.) yang ajaib, mengenai ajarannya,
mengenai ketakwaan dan kesucian ibunya Maryam (a.s.), mengenai mukjizat-mukjizat Jesus
(a.s.), dan hakikat bahawa Jesus (a.s.) adalah salah seorang utusan Tuhan yang teragung?
Tiada satu ramalan pun dalam Perjanjian Lama yang menyebut nama Jesus (a.s.). Al-Masih yang
diterjemahkan kepada Kristus bukanlah satu nama. Ia adalah gambaran, gelaran. Ia bermaksud
“yang diurap”. Malah “Jesus” juga bukanlah nama sebenar Jesus. “Jesus” adalah versi Latin
294
nama Ibrani, iaitu “Yeshua” yang merupakan kependekan daripada “Yehoshua” bermakna
“diselamatkan Tuhan”.
Apabila penganut Kristian mendakwa bahawa sesuatu ayat meramalkan kedatangan Jesus (a.s.),
apa yang mereka lakukan adalah membandingkan gambaran di dalam ayat tersebut kepada Jesus
(a.s.) dan jika ia menepatinya maka mereka mengatakan bahawa ayat itu merujuk kepada Jesus.
Menggunakan sistem yang sama yang digunakan oleh penganut Kristian, saya mendakwa
bahawa sesungguhnya bukan terdapat satu, tetapi lebih SEPULUH ayat-ayat di dalam Bible yang
memperkatakan tentang kedatangan Muhammad (s.a.w.) sebagai utusan Tuhan yang terakhir,
tetapi pengulas-pengulas terdahulu telah tersalah tafsir ayat-ayat tersebut (seperti mana
penganut-penganut Kristian mendakwa kaum Yahudi telah melakukan kesilapan dengan
Perjanjian Lama mengenai ramalan-ramalan kedatangan Jesus (a.s.)).
Di bawah ini, pembaca akan dapat melihat penerangan mengenai sesuatu ayat menggunakan
maknanya yang jelas tanpa menggunakan makna-makna abstrak dan makna-makna metafizikal.
Ayat-ayat ini memperkatakan mengenai peristiwa-peristiwa besar, lokasi-lokasi dan peristiwa-
peristiwa penting dalam sejarah Islam serta ciri-ciri Islam dan Muhammad (s.a.w.).
Ramalan:
“Orang-orang yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti
mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka
menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. ”
Al-Qur’an, Al-Baqarah (2):146
Markus 9:12
(Juga Yohanes 3:23). Mereka belum nampak Elias, maka mereka meragui dakwaan Jesus (a.s.).
Bagaimanapun, Jesus berkata bahawa Elias telah tiba, tetapi mereka tidak mengenalinya. Di
dalam Matius, kita dapati:
295
“Tetapi aku berkata kepadamu, Elias sudah datang dan orang tidak mengenalinya… Barulah
pengikut-pengikut Jesus mengerti bahawa Jesus berkata-kata mengenai Yohanes Pembaptis. ”
Matius 17:12-13
Yohanes, bagaimanapun, menyangkal dakwaan Jesus (a.s.). Ini adalah salah satu daripada “kata-
kata Jesus yang tidak difahami” yang cuba dijelaskan oleh sarjana-sarjana mereka selama
beberapa abad. Kita tinggalkan mereka untuk menyelesaikan masalah ini (masalah ini
diselesaikan oleh Gospel Barnabas. Sila rujuk bab tujuh).
“Para penguasa di Jerusalam mengutuskan imam-imam dan beberapa orang Levi kepada
Yohanes untuk bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?”. Yohanes mengaku dengan terus-terang,
“Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah.”. “Jika demikian, siapakah kamu?”, tanya
mereka, “Adakah kamu Elias?”. “Bukan.”, jawab Yohanes. “Adakah kamu nabi itu?”, tanya
mereka lagi. “Bukan”, jawapnya. ”
Yohanes 1:19-21
Perhatikan bahawa terdapat tiga ramalan yang berlainan di sini: 1) Elias, 2) Jesus, 3) nabi itu.
Kaum Yahudi bukannya menunggu terjadinya dua ramalan, tetapi tiga. Ini dijelaskan lagi dengan
membaca Yohanes:
Yohanes 1:25
Jika “nabi itu” adalah Jesus (a.s.), maka bukankah soalan ketiga dalam kedua-dua ayat di atas
bertindih? Selanjutnya, kita perlu ingat bahawa “nabi itu” bukan mana-mana nabi sebelum
zaman Jesus (a.s.) kerana pada zaman Jesus (a.s.), kaum Yahudi masih menanti kedatangan
ketiga-tiganya. Perhatikan bagaimana jika kita membiarkan Bible bersuara sendiri, tanpa roh
suci atau apa-apa makna luar biasa ke atas ulasannya, atau menjadikan tiga soalan kepada dua,
betapa jelasnya ayat-ayat ini.
296
Untuk lebih bukti-bukti mengenai hal ini, sila baca Bab 7 mengenai ramalan Skrol Laut Mati
mengenai “dua penyelamat” dan bagaimana kaum Yahudi yang menulis skrol-skrol tersebut
serta sedang menanti kedatangan Jesus (a.s.) dengan jelas mengatakan bahawa mereka sedang
menanti bukan seorang, tetapi DUA orang penyelamat, di mana penyelamat pertama kan
diumumkan oleh seorang nabi eskatologikal.
Dan Tuhan telah berfirman: “Oleh kerana bangsa ini datang mendekat dengan mulutnya dan
memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya menjauh daripadaKu, dan ibadahnya
kepadaKu hanyalah perintah manusia yang dihafalkan, maka sebab itu, sesungguhnya Aku akan
melakukan pula hal-hal yang ajaib kepada bangsa ini, keajaiban yang menakjubkan; hikmat
orang-orang yang berhikmat akan hilang, dan kearifan orang-orangnya yang arif akan
bersembunyi.
Bukankah hanya sedikit waktu lagi, Lebanon akan berubah menjadi kebun buah-buahan, dan
kebun buah-buahan itu akan dianggap hutan? Pada waktu itu orang-orang tuli akan mendengar
perkataan-perkataan sebuah kitab, dan lepas daripada kekejaman dan kegelapan mata orang-
orang buta akan melihat. ”
Yesaya 29:11-18
Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah seorang yang buta huruf. Semasa hayatnya beliau tidak pernah
belajar membaca atau menulis. Kisah wahyu pertama adalah seperti berikut: Telah menjadi
kebiasaan Muhammad (s.a.w.) memencilkan dirinya daripada kaumnya dan perbuatan-perbuatan
tidak beradab mereka dan menghabiskan beberapa hari di gua Hira di pergunungan Mekah di
mana beliau akan berdoa kepada Tuhan menurut agama Ibrahim (a.s.).
Selepas beberapa tahun berbuat demikian, dan setelah mencecah usia empat puluh tahun (pada
tahun 610 M), tiba-tiba malaikat Jibril menjelma di hadapannya dan memerintahkannya “Iqra’! ”
(baca). Muhammad (s.a.w.) yang berada dalam ketakutan menyangka bahawa beliau disuruh
297
membaca dan berkata, “Aku buta huruf. “. Sekali lagi malaikat Jibril mengarahkannya, “Iqra’! “.
Muhammad (s.a.w.) sekali lagi menjawab, “Aku buta huruf. “.
Malaikat Jibril memeluknya dengan erat dan memerintahkannya, “Iqra’ dengan nama Tuhanmu
yang mencipta! “. Kini Muhammad (s.a.w.) mengerti bahawa beliau tidak diminta untuk
membaca, tetapi untuk mengulang semula. Beliau mulai mengulang apa yang diucapkan oleh
Jibril, dan Jibril membacakan kepadanya ayat-ayat pertama Qur’an, iaitu permulaan surah Al-
Alaq (96):
“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia)
dengan perantaraan pena. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
Seperti yang disebutkan di atas, perkataan sebenar yang digunakan oleh Jibril kepada
Muhammad (s.a.w.) adalah perkataan Arab “Iqra”. Ia diterbitkan daripada perkataan asal “qara”.
Bagaimanapun, jika kita kembali kepada ayat asal Yesaya 29:11 dalam bahasa Ibrani, kita akan
dapati bahawa perkataan sebenar yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris adalah “Bacalah
ini [saya pinta kamu] ” adalah perkataan Ibrani untuk qara’, {kaw-raw’}. Bukankah kebetulan
yang menakjubkan bahawa teks Ibrani bukan sahaja menggunakan perkataan dengan makna
yang sama, tetapi perkataan yang sama?
Ayat 11 Yesaya memaklumkan kita tentang kitab terakhir (Qur’an) telah diturunkan kepada
nabi-nabi terdahulu, tetapi mereka tidak dapat membacanya. Ia “dimeterai” kepada mereka
kerana ia adalah untuk nabi yang terakhir, dan selagi nabi terakhir ini belum tiba, manusia tidak
dapat “menanggung” ajaran ini (Yohanes 16:13). Ia juga tersembunyi daripada mereka kerana ia
diturunkan dalam bahasa Arab.
“Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui. ”
“Dan jikalau Kami jadikan Al-Qur’an itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab
tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?”. Apakah (patut) Al-
Qur’an dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: “Al-Quran itu
adalah petunjuk dan penawar bagai orang-orang yang beriman. Bagi orang-orang yang tidak
beriman pada telinga mereka ada satu kesumbatan, sedang Al-Qur’an itu satu kegelapan bagi
mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh. ”
Untuk keterangan mengapa bahasa Arab dipilih sebagai bahasa Al-Qur’an, sila baca Bab 13.
298
Sesungguhnya Qur’an diturunkan kepada seorang lelaki yang tidak boleh menulis mahu pun
membaca supaya jelas kepada manusia bahawa ia tidak mungkin ditulis oleh manusia, tetapi ia
datang dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.
“Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al-Qur’an) sesuatu Kitab pun dan kamu tidak
(pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andai kata (kamu pernah membaca dan
menulis), benar-benar ragulah orang-orang yang mengingkari(mu). Sebenarnya Al-Qur’an itu
adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang
mengengkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ”
Seperti yang dapat kita lihat daripada ayat-ayat Yesaya di atas, apabila Nabi Muhammad (s.a.w.)
menerima kitab ini daripada Allah, manusia hanya menyembah Allah dengan kata-kata sahaja
sedangkan hati mereka jauh daripada iman yang sebenar. Mereka telah meninggalkan
kepercayaan sebenar terhadap Tuhan untuk “perintah manusia yang dihafal” (undang-undang
manusia).
Kita telah melihat pengesahannya dalam Bab 1 di mana “St. Paul” berjaya untuk menggantikan
sepenuhnya ajaran Jesus (a.s.) dengan ajarannya sendiri, dan bagaimana kemudian pengikut-
pengikut Paul percaya bahawa mereka boleh memaksa penganut-penganut Kristian yang pertama
untuk menerima gospel-gospel mereka. Kita juga telah melihat bagaimana mereka telah
membakar Gospel-gospel yang diterima sebagai tulen pada abad pertama Masihi dan membunuh
semua Kristian yang tidak “menukar pegangan”.
Akhirnya, kita melihat bagaimana St. Paul berjaya menjadikan agama Jesus (a.s.) tidak lebih
daripada “kata-kata iman” tanpa p