Anda di halaman 1dari 22

1.

PENDAHULUAN

Saya merupakan seorang guru pelatih major sains di sebuah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan yang sedang menjalani latihan praktikum selama tiga bulan di Sekolah
Kebangsaan Berangan 2. Sepanjang saya menjalani latihan praktikum saya telah
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berorientasikan inkuari penemuan. Apabila
saya membuat refleksi kembali terhadap sesi PdP yang telah berlangsung, saya mendapati
terdapat kekurangan dalam kaedah inkuari penemuan yang saya jalankan sewaktu PdP
berlangsung.
Secara literalnya, kelemahan yang saya kenal pasti menjadi punca teknik inkuari
penemuan yang dijalankan tidak menepati kaedah pembelajaran sains yang sebenar ialah
kekurangan dari strategi penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
membimbing murid kearah inkuari penemuan yang betul semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sains. Pada pendapat saya KBAT merupakan medium yang paling utama dalam
membimbing murid membuat belajar secara inkuari penemuan selaras dengan definisi inkuari
penemuan ; Gulo (2002) menyatakan strategi inkuiri bererti suatu rangkaian kegiatan belajar
yang melibatkan secara maksimum kemampuan pelajar untuk mencari dan menyelidik secara
sistematik, kreatif dan kritis, logik, dan analitik sehingga mereka dapat merumuskan sendiri
penemuannya dengan yakin diri.
2. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Berdasarkan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang lepas, saya mendapati bahawa
PdP yang berlangsung bagi mata pelajaran Sains di sekolah ini berjalan dengan baik dan
lancar. Aktiviti berorientasikan inkuari penemuan sangat menyeronokkan namun teknik
penyoalan soalan aras tinggi yang saya gunakan untuk menerapkan KBAT tidak dapat
memberikan pengalaman belajar inkuari penemuan secara holistic terhadap murid.
Sebagai contoh, semasa sesi PdP tajuk Litar Bersiri dan Selari yang lalu, saya telah
menyuruh murid menjawab soalan berstruktur Kemahiran Aras Tinggi sebagai pengukuhan.
Umumnya, soalan ini melibatkan kemahiran aras tinggi iaitu di peringkat sintesis dan
penilaian berdasarkan Taksonomi Bloom. Rata-rata murid memberikan respon negative
terhadap soalan yang saya berikan kerana mereka berpendapat soalan tersebut sangat susah
untuk dijawab. Murid dilihat lemah dalam menjawab persoalan tersebut dengan baik dan ada
segelintir daripada mereka gagal untuk menjawab soalan yang .
Implikasi terhadap PdP pula ialah, pelajar menghadapi masalah dalam memahami
konsep sains dengan betul. Hal ini akan membawa kepada kegagalan murid membina konsep
serta idea pembelajaran dalam belajar sains secara inkuari penemuan. Menerusi pemerhatian
semasa perbincangan kumpulan yang diadakan , didapati pelajar lemah tersisih dan tidak
menunjukkan minat dalam PdP kerana mereka gagal mengaplikasi, mengaanalisis, menaakul,
sintesis dan membuat penilaian tugasan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Hal
ini begitu merungsingkan saya kerana objektif pembelajaran gagal dicapai sepenuhnya.
Selain itu, saya juga tidak dapat mengukur adakah amalan pengajaran saya sebelum ini
tidak mementingkan kemahiran berfikir aras tinggi yang gagal membantu murid untuk
menjawab persoalan yang melibatkan aras kognitif tinggi. Sekiranya terdapat segelintir
pelajar yang gagal menjawab persoalan melibatkan aras kognitif yang tinggi, keadaan ini
sedikit sebanyak akan mengganggu aktiviti perbincangan berkumpulan.
Oleh itu pemikiran aras tinggi ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami(Nordin Tahir
PIPP) dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran berorientasikan inkuari penemuan
yang sebenar, penerapan KBAT dalam mengintegrasikan pengajaran aras tinggi dalam
kurikulum sekolah perlulah menggunakan strategi yang sesuai dan efektif. Justeru, saya
berpendapat untuk memastikan orientasi inkuari penemuan yang betul, saya perlu mengubah
amalan pengajaran di dalam kelas. Saya melihat intervensi terbaik dalam orientasi inkuari
penemuan yang betul adalah dengan menggunakan teknik penyoalan KBAT.
3. FOKUS KAJIAN

Isu yang akan dititik beratkan dalam kajian tindakan ini adalah amalan guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara punca masalah yang telah dikenal pasti adalah
amalan guru yang kurang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
kalangan pelajar sekolah rendah. Guru-guru sains sekolah rendah cenderung mengaplikasikan
Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan hal ini membawa kepada inkuari penemuan
yang tidak holistic.
Secara umumnya, focus kajian saya ialah teknik penyoalan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam inkuari penemuan Sains. Pada dasarnya, kajian tindakan yang akan
saya jalankan ini berfokuskan kepada bagaimana teknik penyoalan KBAT dapat membantu
murid membuat inkuari penemuan Sains dengan betul.
Semasa menjalani latihan praktikum, saya telah meminta guru pembimbing untuk
melakukan cerapan terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. Beliau duduk di belakang
bilik darjah bagi memudahkan pemantauan. Berdasarkan catatan refleksi guru pembimbing,
saya mendapati saya perlu membaiki cara saya mengajukan soalan berbentuk KBAT
dalam membimbing murid kearah inkuari penemuan. Guru pembimbing menyatakan
bahawa soalan berbentuk KBAT yang saya ajukan tidak dapat menghubungkan fakta dengan
konsep sains dengan tepat.

Stategi pengajaran dan pembelajaran yang guru gunakan sangat menarik.


Aktiviti juga dapat menarik minat murid. Namun guru perlulah pandai dalam
mengajukan soalan berbentuk KBAT supaya wujud perkaitan antara fakta dan konep
sains yang mana murid boleh membuat penemuan sendiri berdasarkan soalan yang
diajukan.

Berdasarkan komen oleh guru pembimbing di atas, saya perlu memastikan soalan yang
diajukan mempunyai kesinambungan agar murid dapat membuat inkuari penemuan dengan
sendiri. Teknik penyoalan yang baik serta menerapkan unsur KBAT dapat membimbing
murid untuk menjana idea serta berfikir secara kritis dan kreatif dalam membina pengetahuan
baru.
Dalam pengajaran konsep sains, guru perlu mengubah tanggapan bahawa murid tidak
sewajarnya di dedahkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi kerana hanya melalui
pemikiran KBAT murid-murid berupaya manaakul, menjana idea, menganalisis, membuat
sintesis dan berfikiran kreatif dengan sendirinya tanpa mempunyai batasan dalam mencari
jawapan kepada persoalan yang timbul semasa proses inkuari penemuan.
Menurut Fisher(1990) yang beranggapan berfikir kritis menggambarkan
bagaimanakah sesuatu perkara difikirkan oleh seseorang. Belajar untuk berfikir kritis
bermakna seseorang akan mempelajari bagaimana untuk menyoal dan apakah bentuk soalan
yang ditanyakan. Selain itu, menurut Som dan Mohamad Dahalan (1998), kemahiran berfikir
secara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan seseorang menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kesahan dan
mengenalpasti kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan
menggunakan alasan atau bukti yang munasabah.
Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengubah amalan guru daripada
teknik penyoalan lisan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) kepada teknik penyoalan
lisan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam membimbing murid kearah inkuari
penemuan. Guru perlu mempunyai kemahiran dalam membangunkan pemikiran pelajar dan
bukannya berfokus kepada pemindahan maklumat semata-mata. Justeru, peranan guru ialah
untuk mewujudkan peluang untuk murid berfikir, melatih proses berfikir melalui
pembelajaran inkuari penemuan.
Guru mestilah melaksanakan pendekatan pemindahan maklumat dalam mengajar
KBAT di mana mereka memberikan langkah-langkah yang jelas dalam membimbing murid
menyelesaikan permasalahan (Sapora Sipon,2001). Selain itu, guru perlu menerapkan teknik
penyoalan Sokratik yang dapat menggalakkan pemikiran bebas dalam meneroka sesuatu ilmu.
Teknik penyoalan Sokratik juga dapat meningkatkan pemikiran metakognitif murid bagi
melahirkan murid yang berkemahiran aras tinggi dalam sains.
Kajian ini dilaksanakan bagi mengubah amalan pengajaran guru kearah melahirkan
murid yang dapat membuat inkuari penemuan sendiri melalui teknik penyoalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi.

i. Kebolehtadbiran
Dalam menjalankan kajian berkaitan KBAT saya berpendapat bahawa focus kajian
iaitu amalan guru dalam PdP secara tradisional dapat diatasi dengan mengubah
amalan guru kepada kaedah inkuari penemuan melalui teknik penyoalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kriteria kebolehtadbiran dipatuhi dalam kajian saya
apabila saya boleh melaksanakan kajian ini di sekolah. Sebagai seorang guru, wajar
bagi saya membimbing murid belajar secara inkuari penemuan melalui teknik
penyoalan KBAT. KBAT merupakan komponen utama dalam kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Umumnya, KBAT melibatkan empat aras tertinggi dalam
Taksonomi Bloom iaitu, aplikasi, sintesis, analisis dan penilaian. Oleh itu, inkuari
penemuan yang dijalankan mestilah mempunyai unsur teknk penyoalan berbentuk
KBAT. Saya juga berpengetahuan dalam kaedah pengumpulan data seperti temu bual
separa berstruktur, soala selidik sertapemerhatian dan yakin bahawa subjek
kajianmampu menunjukkan perubahan tingkah laku selepas intervensi dijalankan.
Justeru, kajian yang akan dijalankan dilihat mempu dipraktikkan disekolah ini.

ii. Kepentingan
Secara literalnya kajian ini dilihat penting dalam mengubah amalan pengajaran guru
secara tradisional kepada kaedah inkuari penemuan menggunakan teknik penyoalan
KBAT. Dalam pembelajaran murid perlu menjadi pemikir aktif dan tidak hanya
bergantung kepada guru sahaja untuk mendapatkan ilmu. Kajian ini amat penting
bagi jangka masa yang panjang dalam melahirkan murid yang mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi dalam subjek sains. Sekiranya guru gagal
membimbing murid kearah kemahiran berfikir,masalah akan timbul dalam proses
pembelajaran melalui inkuari penemuan. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk
menyelesaikan masalah yang membelenggu pelajar pada era ini yang kurang
didedahkan dengan KBAT bagi mengelakkan kepincangan dalam proses
pembelajaran inkuari penemuan. Ini bermakna, jika muri tidak didedahkan dengan
soalan-soalan aplikasi, sintesis, analisis dan penilaian mereka akan mengalami
kesukaran dalam memahami konsep sains dan menyesuaikannya dengan reality
kehidupan seharian pelajar. Amalan ini dipercayai mampu membantu murid tahun 5
yang lemah dalam membuat tafsiran serta menjana idea dalam pembelajaran subjek
sains.

iii. Kebolehgunaan
Tidak dapat dinafikan bahawa KBAT menjadi teraju utama dalam menghasilkan
modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke 21
agar negara mampu bersaing di persada dunia. Kaedah ini berkesan kepada semua
murid yang berbeza tahap kognitif kerana ianya menggalakkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Pemikiran kreatif dan kritis ialah pemikiran sebagai suatu
proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks
(George,1970). Ianya juga dikenali sebagai pemikiran divergen. Dalam proses
pemikiran divergen, pelajar tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan ataua
pengalaman sedia ada , tetapi berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari idea
baru yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai pelbagai jawapan.
Oleh itu, pemikiran divergen ini dikenali sebagai pemikiran lateral atau mendatar,
atau pemikiran bercapah. Umumnya, pemikiran divergen ini menggunakan
pemikiran intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan
pelbagai cara yang unik dan luar biasa. Hasil pembelajran inkuari penemuan
menggunakan teknik penyoalan KBAT boleh digabungjalinkan dengan subjek lain
juga.

iv. Kawalan
Masalah kegagalan murid untuk membuat inkuari penemuan sendiri secara betul
biasa berlaku sekiranya teknik penyoalan KBAT yang digunakan kurang sesuai.
Justeru, kajian dijalankan bagi membantu murid dalam membina konsep sains
melalui inkuari penemuan menggunakan teknik penyoalan KBAT. Focus kajian ini
berada dalam kawalan saya yang mana kajian ini akan dijalankan dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Saya telah menetapkan untuk melakukan pengajaran subjek
sains dan kaedah pemerhatian. dari segi penglibatan murid pula, saya akan
memastikan murid memberikan komitmen sepenuhnya. Kawalan terhadap
perancangan kajian ini akan saya lakukan dari segi pemantauan dan pemerhatian.

v. Kolaborasi
Dalam proses pelaksanaan kajian ini, saya mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar
daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Mereka telah memberikan
sokongan penuh kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, saya juga
telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah agar membenarkan saya melakukan
kajian terhadap murid serta guru secara khusus terhadap teknik penyoalan KBAT
dalam membimbing inkuari penemuan yang betul. Rakan sejawat saya turut
membantu dalam memberikan pandangan bernas serta proses pengumpulan data.
Kajian ini boleh diguna pakai oleh banyak pihak di sekolah yang terlibat agar dapat
memperbaiki atau menambah baik pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah.
Sememangnya kajian ini dapat membina satu hubungan baik antara saya sebagai
pengkaji dengan organisasi sekolah.
vi. Kerelevenan kepada sekolah
Saya berpendapat bahawa teknik penyoalan KBAT dalam membimbing murid
kearah inkuari penemuan dalam subjek sains sangat releven kepada sekolah.
Kajian ini dilakukan setelah meneliti dan melihat kepentingannya dari aspek
akademik dan kurikulum. Secara literalnya, hasil dapatan kajian ini adalah untuk
membantu murid dalam pembelajaran secara inkuari penemuan. Peningkatan
prestasi kurikulum akan dapat dicapai apabila murid bermotivasi dan seronok
dengan pembelajaran mereka. Perkara ini disokong oleh pendapat Stein dan Lane
(1996):

“Stein and Lane (1996) describe HOT as ‘the use of complex, non-algorithmic
thinking to solve a task in which there is not a predictable well-rehearsed
approach or pathway explicitly suggested by the task, task instruction, or a
work out example.”

Secara umumnya, KBAT adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak dan gagasan.
4. OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

OBJEKTIF UMUM

Objektif kajian saya adalah untuk mengkaji sejauh mana amalan teknik penyoalan KBAT
dapat membimbing murid kearah inkuari penemuan yang betul.

OBJEKTIF KUSUS

Objektif khusus kajian saya adalah seperti berikut:


i. Mengenalpasti sama ada amalan teknik penyoalan KBAT dapat membimbing murid
membuat inkuari penemuan dengan betul.
ii. Mengenalpasti kesan terhadap hasil tindakan amalan guru dalam membimbing murid
kearah inkuari penemuan
iii. Mengnalpasti keberkesanan KBAT dalam membantu murid menyelesaikan
permasalahan kajian.

PERSOALAN KAJIAN:
1. Bagaimanakah teknik penyoalan KBAT dapat membantu murid dalam proses
pembelajaran inkuari penemuan?
2. Apakah impak terhadap hasil tindakan amalan guru dalam membimbing murid kea rah
inkuari penemuan.
3. Sejauh manakah teknik penyoalan KBAT dapat membantu murid dalam
menyelesaikan permasalahan harian.
5. KUMPULAN SASARAN

Menurut Chua (2006), persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur persampelan di


mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden. Oleh
yang demikian, kajian tindakan ini melibarkan 32 orang murid iaitu 10 orang murid lelaki dan
12 orang murid perempuan Tahun 5 Bestari. Kelas 5 Bestari merupakan kelas pertama.
Menurut guru sains kelas tersebut, sebahagian besar daripada murid tahun 5 Bestari
merupakan murid yang sederhana cemerlang dari segi akademik. Ini bermakna, tahap kognitif
murid juga adalah sederhana dan tidak tinggi. Hal ini mungkin disebabakan kurangnya
pendedahan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi kepada pelajar.

6. PELAKSANAAN KAJIAN
Jadual 5 di bawah adalah jadual perancangan langkah-langkah untuk
menjalankan penyelidikan ini;
Kaedah I Teknik Penyoalan KBAT dalam membimbing nurid kearah inkuari
penemuan
Cara pelaksanaan Langkah 1
Murid akan diberikan rangsangan berkaitan tajuk yang akan di
ajar. Contoh rangsangan adalah simulasi, video, penyataan masalah,
gambar.

Langkah 2
Murid akan disoal menggunakan teknik penyoalan KBAR bagi
mencetuskan konsep sains

Langkah 3
Murid akan disoal menggunakan teknik penyoalan KBAT yang
meliputi aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian bagi
membentuk konsep sains

Langkah 4
Murid membuat penemuan sendiri berdasarkan konsep sains yang
difahami
6.1 PERANCANGAN LANGKAH TINDAKAN (MODEL)

Kajian ini dijalanakan mengikut model penyelidikan tindakan yang dikemukakan oleh
Kemmis dan Mc Taggart (1988). Konsep penyelidikan yang diutarakan ialah berasaskan
kepada konsep Lewin. Namun, saya mengintegrasikan penyelidikan pendidikan di dalam
model ini. Kajain pendidikan adalah satu proses yang berterusan tetapi terdapat gelungan-
gelungan refleksi kendiri dalam perkembangan kajian. Langkah kajian perancangan, tindakan,
pemerhatian, refleksi dan semak semula perancangan sebagai asas kepada penyelesaian
masalah sendiri.
Pelan tindakan : Kitaran 1

REFLEKSI
MEMERHATI • Murid lemah dalam
• Murid dapat membuat pembelajaran
inkuari penemuan dengan berorientasikan inkuari
betul penemuan

BERTINDAK MERANCANG
• Intervensi menggunakan • Guru menggalakkan dan
teknik penyoalan KBAT membimbing murid
melibatkan aras aplikasi belajar secara inkuari
dan analisis penemuan dengan
mempelbagaikan soalan
terbuka
Pelan tindakan : Kitaran 2

REFLEKSI
MEMERHATI • Sesetengah murid tidak
• Murid berjaya dibimbing menunjukkan minat semasa
untuk membuat inkuari pembelajaran secara
penemuan secara betul inkuari penemuan
berdasarkan konsep sains
yang difahami

BERTINDAK MERANCANG
• Intervensi menggunakan • Guru menggalakkan dan
teknik penyoalan KBAT membimbing murid untuk
melibatkan aras sintesis dan menjawab soalan
penilaian sahaja. kemahiran berfikir aras
tinggi secara lisan
AKTIVITI TINDAKAN PDP

Amalan teknik penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diaplikasikan di


peringkat aplikasi idea semasa pengajaran Sains. Amalan pengajaran menggunakan kaedah
penyoalan pemikiran aras tinggi ini digunakan ke atas kelas 5 Bestari. Pada permulaan saya
membimbing murid menjawab soalan KBAR yang melibatkan aras pengetahuan, kefahaman,
dan aplikasi di dalam Taksonomi Bloom di mana murid di soal soalan yang mudah.
Seterusnya, saya membimbing murid menjawab soalan KBAT untuk merangsang pemikiran
kreatif dan kritis dalam membuat inkuari penemuan. Umumnya, soalan kemahiran aras tinggi
melibatkan aras sintesis,analisis dan penilaian dalam Taksonomi Bloom. Kajian ini
memerlukan suatu perancangan tindakan dan cara pelaksanaan yang tertatur, terancang dan
sistematik. Saya telah memilih untuk menggunakan Model Kemmis & Mc Taggart dalam
kajian ini.
6.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan tiga instrument iaitu soal selidik,
temubual separa berstruktur dan pemerhatian d a l a m p r o s e s p e n g u m p u l a n d a t a .

Soal Selidik
Soal selidik merupakan satu instrumen untuk mengumpulkan data secara formal. Soal selidik
perlu memenuhi objektif atau soalan yang hendak dikaji, soal selidik telah dijalankan keatas
semua responden. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian bahagian A dan bahagian B.
bahagian A mengandungi maklumat peribadi responden seperti jantina dan latar belakang
keluarga. Bahagian B pula mengandungi 10 item soal selidik yang telah dirangka mengikut
criteria yang telah ditetapkan untuk meninjau impak amalan guru terhadap penggunaan teknik
penyoalan KBAT dalam membimbing inkuari penemuan. Responden mempunyai pilihan
jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi setiap item. Instrumen ini digunakan bagi menjawab
persoalan kajian pertama.

Temu bual Separa Berstruktur


Temu bual berstruktur ini akan digunakan untuk mengesahkan data yang diperolehi daripada
soal selidik. Temubual ini merupaka penyelidikan kualitatif. . Di dalam temu bual separa
berstruktur, urutan soalan, cara soalan diaju dan bentuk soalan boleh berubah-ubah,
bergantung kepada reaksi dan tindak balas yang diberi oleh peserta penyelidikan (Noraini,
2010). Semasa temubual berlangsung, saya membuat rakaman audio dan video. Tujuannya
adalah untuk memudahkan saya mengekod dan melakukan transkrip ketika menganalisis dan
menginterpretasi data. Seterusnya, kesimpulan akhir terhadap jawapan pelajar akan dibuat
sama ada mereka menerima kaedah penyoalan KBAT atau sebaliknya.

Pemerhatian
Melalui pemerhatian, saya dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pembolehubah-pemboleh ubah yang dikenalpasti. Peranan saya adalah sebagai pemerhati
terhadap perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku responden.
Umumnya, aspek yang dilihat adalah seperti tingkah laku responden di dalam kelas,
perubahan sikap, penglibatan murid, cara mereka menjawab soalan serta penglibatan dalam
perbincangan kumpulan.
Secara literalnya, tujuan data dikumpulkan dengan menggunakan lebih daripada satu
instrument adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan kajian melalui
triangulasi data. Menurut Weirsma (1991) dalam Noraini (2010) triangulasi merupakan
teknik kesahan silang kualitatif yang digunakan untuk menilai atau mentaksir sama ada data
yang diperoleh mencukupi melalui pemusatan (convergence) maklumat ke arah dapatan
umum yang dipersetujui bersama.

Cohen and Manion (2000) define triangulation as an "attempt to map out, or explain
more fully, the richness and complexity of human behavior by studying it from more
than one standpoint.
7. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

a. Jadual pelaksanaan kajian


Jadual dibawah menunkjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian ini

TARIKH CATATAN
BIL. AKTIVITI
PELAKSANAAN
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data
1 20 MAC 2014
awal
2 Menulis proposal kajian 26 MAC 2014

3 Merancang tindakan

4 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian

5 Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian

6 Pelaksanaan ujian pos

7 Refleksi kajian

8 Penulisan laporan kajian

9 Pembentangan dapatan kajian


Carta Gant perancangan pelaksanaan kajian tindakan mengikut minggu

BIL. AKTIVITI M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9

1. Mengenalpasti masalah

2. Membuat rujukan pada internet dan buku

3. Berbincang dengan pensyarah pembimbing

4. Merancang kajian

5. Mengumpul maklumat berkenaan

6. Membuat draf awal kajian tindakan

7. Merancang pelaksanaan kajian tindakan

8. Penulisan kertas cadangan

9. Penyerahan kertas cadangan


b. Kos kajian
Kos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual kos
kajian di bawah.

KUANTITI X HARGA
BIL. JENIS BAHAN JUMLAH KOS
SEUNIT
1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00

2 Printer Cartridge 1 x RM 50.00 RM 50.00

3 Minyak kenderaan 26LX RM 2.10 RM 54.60

4 Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00

5 Buku catatan guru 3 x RM 2.00 RM 6.00

JUMLAH RM 157.60
8. RUJUKAN

Lilia Halim, Mohamad Idris, T. Subahan, M. Meerah & Kamisah Osman. (2006).
Analisis Keperluan Guru-guru Sains Sekolah Rendah dalam Aspek
Pengajaran Sains di Daerah Kota Sedar, Kedah. Jurnal Teknologi, 44(E), 13-
30.

Zamri Mahamod, Nor Razah Lim.(2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan


Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu:Kaedah Pemerhatian.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),51-65.

Nessel, D. D. & Graham, J. M. (2007). Thinking Strategies for student achievement:


improving learning a cross the curriculum, K-12. (2nd . Ed.). Thousand oaks,
Carlifonia: Corwin Press. A SAGE Publication Company.

Rajendran, N. (2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesdiaan guru


mengendalikan proses pengajajaran dan pembelajaran. Kertas kerja dibentang pada
Seminar Projek KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-Wawasan 2001.
Rajendran, N. (2008). Teaching & acquiring higher-order thinking skills: theory &
practice. Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rosnani Hashim & Suhailah Hussein (2003). The teaching of thinking in Malaysia. 1st
E.d. Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia. Samsoo
& Nik Suryani Nik Abd Rahman (2007). Factors Influencing Teachers’
Perceptions on Teaching Thinking: A Case Study in Kuala Lumpur, Malaysia. The
4th International Postgraduate Research Colloquium IPRC Proceedings. International
Islamic University Malaysia

Supramani, S. (2006). Penyoalan guru: pemangkin pemikiran aras tinggi murid. Jurnal
Pendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) (2009): 131-153. Thibeault, J.
(2004). The relationship between student teachers and cooperating teachers
as a foundation for the development of reflective thinking: An exploratory study based
on student teachers’ perceptions (Ph.D. dissertation, McGill University). Diperolehi
Mac 23, 2011, daripada ProQuest Dissertations and Theses.

Tyler, K. M. (2006). A descriptive study of teacher perceptions of self-efficacy and


differentiated classroom behaviors in working with gifted learners in Title I
heterogeneous classrooms (Ph.D. dissertation, The College of William and Mary).
Diperolehi pada Mac 23, 2011, daripada ProQuest Dissertations and Theses.

Yildirim, A. (1994). Promoting student thinking from the practitioners’ point of view:
teachers’ conceptions, attitudes and activities (thinking skills). (Ed. D. dissertation,
Columbia University Teachers’ College). Dissertation Abstracts International. 54,

08.
Chong. (2008). High Order thinking Skills amongst High School Students. Boston: Allyn and
Bacon
Fisher. (2007). Thinking, Strategiesfor developing Higher Order Thinking Skills.CA:Shell
Education
Adimin, D. J. (2012). Pemikiran Peringkat Tinggi. Pemikiran Peringkat Tinggi. Retrieved
from http://drjamiladimin.wordpress.com/2012/11/19/pemikiran peringkat-tinggi/.

Edward, E. (2005). How to acces High Order Thingking Skills in your classroom.
Alexandria;USA: Library Cataloging

Kratwohl.(1994). Assessment of higer order thinking skills. USA: Information Age Publishing

Mooi, L. M. (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan. Kuala


Lumpur:Freemind Horizon Sdn. Bhd

Rosli, S., Kartini, A.B.,Badrul Hisham, A.O., Ahmad Shabudin, Y. (2011). Kajian Tindakan
Untuk PISMP. Perak: IPG Kampus Ipoh Perak