Anda di halaman 1dari 20

No Perkara Muka surat

1 Prakata 1

2 Pengenalan 2

3 Jumlah korban di Syria (Mac 2011 – Mac 2015) 3

4 Jumlah tahanan di Syria (Mac 2011 – Mac 2015) 5

5 Kesan krisis terbesar: Pelarian Syria 7

6 Kekejaman regim Bashar al-Assad 10

7 Kenyataan Media Gabungan Selamatkan Syria (GSS) 15

8 Rujukan 17
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1946, dan telah diperintah
oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah
memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang
telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang
diperintah oleh keluarga diktator dan kuku besi sehingga hari ini.

Revolusi Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 merupakan kemuncak


kemarahan rakyat yang terpendam selama ini. Rakyat Syria telah lama
ditindas dan dinafikan hak untuk bersuara bahkan beberapa siri
pembunuhan terancang berlaku sepanjang tempoh pemerintahan Hafeez al-
Assad dan anaknya Basyar.

Laporan ringkas ini akan membawa kita melihat 4 tahun Revolusi Syria (Mac
2011 – Mac 2015).

1
Pengenalan

Permulaan revolusi Syria menurut Syeikh Khalid Hasan Hendawi (Pembantu


Khas kepada Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf al-
Qardhawi) bermula apabila sekumpulan 10 orang kanak-kanak di daerah
Hauran, Dar’a telah menconteng dinding sekolah mereka dengan kata-kata,
“Rakyat mahu sistem dijatuhkan”. Lantas kesemua mereka ditangkap dan
dipenjarakan.

Kanak-kanak ini didera dengan dicabut kuku kaki dan tangan mereka dan
apabila ibu bapa kanak-kanak ini menemui pasukan keselamatan untuk
menemui anak-anak mereka pasukan keselamatan menjawab,

“Kamu mesti melupakan anak-anak kamu dan anggaplah mereka telah mati.
Jika kamu tidak mahu menerima kenyataan ini kami boleh menikahi wanita-
wanita kamu bagi mendapatkan anak-anak yang baru”

Lantas keesokkan harinya pada 15 Mac 2011 kira-kira 1, 000 orang rakyat
Syria melakukan bantahan secara aman di jalanan di sekitar Hauran dan
tentera kerajaan meleraikan mereka dengan menembak melalui udara
sehingga mengorbankan 14 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Begitulah permulaan kepada revolusi Syria dan berlarutan sehingga ke hari


ini. 4 tahun krisis di Syria telah mencatatkan pelbagai episod luka kepada
rakyat awam Syria yang tersepit diantara konflik pelbagai pihak. Jumlah
korban dan kemusnahan harta benda di pelbagai sektor meningkat setiap
hari dan antara kumpulan yang menerima kesan paling menyayat hari adalah
kanak-kanak di Syria.

2
Jumlah korban di Syria (Mac 2011 – Mac 2015)

Jumlah kematian semenjak revolusi Syria berbeza diantara kumpulan aktivis


kemanusiaan pro-Bashar dan pro-revolusi tetapi laporan dari Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 15 Januari 2015 menyatakan kira-kira
220,000 orang terkorban. Angka-angka ini berbeza kerana kesulitan untuk
melakukan pengesahan dan dokumentasi dikawasan perang dan kita
percaya jumlah kematian melebihi dari jumlah ini.

Walaubagaimanapun, kami mengambil beberapa contoh laporan dari NGO


seperti Violation Documentation Center in Syria yang merekodkan setiap
kematian dikalangan rakyat Syria berserta dengan nama dan daerahnya.

Berikut merupakan data yang terkini:

3
Pecahan mengikut wilayah:

1. Damascus - 7339

2. Damascus Suburbs – 26, 048

3. Homs – 14, 446

4. Dar’a – 10,846

5. Idlib – 12,386

6. Aleppo – 22,285

7. Deir Ezzor – 6,809

8. Raqqa – 1,495

9. Sweida -86

10.Hama – 7,570

11.Lattakia – 1,046

12.Tartous - 363

13.Hasakeh - 870

14.Quneitra – 867

Pecahan angka korban mengikut kategori:

1. Kanak-Kanak (Lelaki) – 9, 209

2. Kanak –Kanak (Perempuan) – 4, 248

3. Dewasa (Lelaki) – 91, 493

4. Dewasa (Wanita) – 8, 291

5. Orang awam – 81, 022

6. Bukan orang awam – 32, 219

4
Jumlah tahanan di Syria (Mac 2011 – Mac 2015)

Pecahan mengikut wilayah:

1. Damascus - 7886

2. Damascus Suburbs – 19031

3. Homs – 19031

4. Dar’a – 2917

5. Idlib – 10003

6. Aleppo – 2924

7. Deir Ezzor – 2062

8. Raqqa – 1308

9. Sweida -774

5
10.Hama – 5191

11.Lattakia – 1480

12.Tartous - 1301

13.Hasakeh - 746

14.Quneitra – 316

15.Lain-lain – 3189

Pecahan tahanan mengikut kategori:

1. Kanak-Kanak (Lelaki) – 1340

2. Kanak –Kanak (Perempuan) – 70

3. Dewasa (Lelaki) – 57, 528

4. Dewasa (Wanita) – 1749

Kisah Tahanan Wanita: Rihab Mohamad

Rihab Mohamad berasal dari Homs dan sebelum bermula krisis Syria beliau
menuntut di tahun ke-3 di Universiti Damsyik dalam jurusan kejuruteraan
awam.

Pada 16 Jan 2013 beliau telah ditangkap oleh Unit Perisikan Khas Regim
Bashar dan diseksa ketika didalam tahanan sehingga mati pada 15 Februari
2013.

Tahukah anda mengapa beliau ditangkap dan diseksa sebegitu rupa? Kerana
selepas bermula revolusi Syria pada 2011, Rihab melakukan program
membantu keluarga pelarian Syria yang miskin dan sesi khas membantu
keluarga syuhada'.

6
Kesan krisis terbesar: Pelarian Syria

Menurut laporan NGO antarabangsa, International Rescue Committee (IRC),


krisis kemanusiaan di Syria adalah terburuk dalam sejarah duna selepas
Perang Dunia Kedua (WWII) kerana kemusnahan jiwa dan harta benda yang
tidak tertaksir dan terkira banyaknya.

Antara perkara utama yang menjadi tumpuan NGO-NGO antarabangsa adalah


nasib pelarian di dalam Syria dan pelarian Syria di luar Syria. Berikut
merupakan data terkini daripada OCHA (United Nations Office for the
Coordination of Humanitarian Affairs):

1) Rakyat Syria yang memerlukan bantuan kemanusiaan: 12.2 Juta orang

2) Pelarian Syria (Mac 2012 – Mac 2015): 3.9 Juta orang

3) Pelarian didalam Syria (Jan 2013 – Mac 2015): 7.6 Juta orang

4) kanak-kanak memerlukan bantuan segera (Mac 2011 – Mac 2015): 5.6


Juta orang

Pelarian Syria kebanyakkan melarikan diri dan tinggal di negara-negara


berdekatan Syria seperti Lubnan, Turki, Jordan, dan Mesir. Berikut
merupakan taburan pelarian Syria di negara berhampiran:

7
Taburan Kem-Kem Pelarian Syria di Turki

Taburan Kem-Kem Pelarian Syria di Lubnan

8
Taburan Kem-Kem Pelarian Syria di Jordan

Taburan Kem-Kem Pelarian di dalam Syria

9
Kekejaman regim Bashar al-Assad

Kekejaman regim Bashar kepada rakyat Syria telah bermula semenjak


menjadi presiden pada tahun 2000 dan beliau dibantu oleh adiknya Maher
al-Assad yang terkenal dengan kezalimannya.

Antara peristiwa berdarah yang mereka lakukan adalah:

1) Tragedi berdarah Qamisyli pertama (12 Februari 2004)

2) Tragedi berdarah Hasakah (2004)

3) Tragedi berdarah Qamisyli kedua (20 Mac 2008)

4) Tragedi berdarah penjara Soydana (5 Julai 2008)

Sejak bermula revolusi Syria, kekejaman dan kebinatangan regim Bashar


semakin menjadi-jadi walaupun seluruh dunia menyaksikan dan menentang
tindakannya bahkan beberapa strategi dan cara pembunuhan kejam yang
dilakukan oleh regim Bashar dan perkara ini telah direkodkan oleh pelbagai
pertubuhan hak asasi manusia. Antara cara pembunuhan regim Bashar
adalah:

1) Penggunaan senjata kimia (Gas Sarin)

Tragedi di Ghouta pada 21 Ogos 2013 telah mengorbankan sejumlah


1,729 orang dan mencederakan 3,600 yang lain.

Pasukan Penyiasat dari UN juga selepas melakukan penyiasatan di


lapangan telah mengesahkan penggunaan Gas Sarin di kawasan
terbabit pada hari serangan oleh tentera Regim.

Berikut merupakan beberapa gambar berkenaan serangan tersebut:

10
11
2) Penggunaan Barrel Bomb

Penggunaan Barrel Bomb seberat kira-kira 900 kg telah


mengorbankan sejumlah 20,325 nyawa dan mencederakan 102,000
orang. Sepanjang 1 Oktober 2012 – 20 Februari 2015, 5150 butir
barrel bom telah digugurkan.

12
3) Penyeksaan tahanan

Menurut Dr Rami Abdel Rahman, Ketua The Syrian Observatory for


Human Rights seramai 12, 751 orang Syria, termasuk 108 kanak-
kanak, telah diseksa sehingga mati di penjara kerajaan sejak revolusi
Syria pada Mac 2011.

Laporan dari SOHR juga menyatakan ada dikalangan ahli keluarga


dipaksa untuk menandatangani kenyataan bahawa ahli keluarga
mereka mati kerana dibunuh oleh pemberontak kerajaan.

Disamping itu juga, seramai 20, 000 tahanan telah ‘hilang’ di penjara
kerajaan dan nasib mereka tidak diketahui sehingga ke hari ini.

13
4) Membakar rakyat hidup-hidup

Beberapa laporan kemanusiaan berkenaan tindakan tentera kerajaan


membakar rakyat awam hidup-hidup:

• 28 Januari 2012: Kumpulan pengganas regim membunuh


sebuah keluarga (4 orang: 3 kanak-kanak dan 1 wanita) dengan
membakar mereka hidup-hidup di dalam rumah mereka di
Latakia.

• 3 September 2012: Tentera kerajaan mengepung sebuah


rumah di kejiranan al-Farrayeh di Hama kerana menurut
mereka terdapat maklumat adanya pemberontak didalam
rumah tersebut. Mereka telah membakar rumah tersebut dan
telah mengorbankan 27 nyawa.

Ref: Report – Executions by burning (A practice by Syrian Government


Forces) Feb 2015 – Syrian Networks for Human Rights

14
18 Mac 2015 yang lepas menandakan genapnya 4 tahun tragedi
kemanusiaan yang berlaku di Syria. Namun sehingga kini, kuasa-kuasa besar
dunia seakan terus memberikan lampu hijau kepada pembantaian rakyat
Syria saban hari malah masyarakat dunia pula seakan-akan tidak mampu
bersuara lantang mempertahankan nasib saudara-saudara kita di sana.

Gabungan Selamatkan Syria (GSS) berpendapat bahawa krisis yang


berlanjutan semenjak 2011 ini merupakan satu kegagalan dunia
kemanusiaan dalam menghadapi krisis yang kedua terburuk selepas tragedi
Rwanda. Angka kematian yang mencecah 210,000 seperti yang dilaporkan
oleh PBB jelas bukan satu angka yang wajar dibiarkan tanpa sebarang
tindakan proaktif. PBB juga turut menganggarkan jumlah bantuan yang
diperlukan oleh rakyat Syria adalah sebanyak USD8.4 billion untuk tahun
2015 ini dengan jumlah mereka yang perlu dibantu adalah seramai 10.8 juta
orang.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh Syrian Centre for Policy Research
(SCPR) menyatakan populasi Syria kini berkurang daripada 20.87 juta orang
pada 2010 kepada 17.65 juta pada akhir tahun 2014. Hampir separuh
daripada populasi tersebut telah meninggalkan rumah mereka dan sejumlah
6.8 juta dan 3.33 juta masing-masing kini menjadi pelarian di dalam Negara
(Internally Displaced Person) dan pelarian di Negara berjiran.

Justeru, Gabungan Selamatkan Syria ingin menyatakan bahawa :

15
1. Pemerintahan Rejim Bashar Assad perlu menghentikan serangan ke
atas orang awam yang tidak berdosa dan memberi jaminan
keselamatan dan ruang kepada badan kemanusiaan antarabangsa
untuk menghantar bantuan ke kawasan-kawasan yang sukar.

2. Kerajaan Malaysia perlu menggunakan posisi Negara di dalam Majlis


Keselamatan PBB untuk mengusulkan genjatan senjata di Syria.

3. Kerajaan Malaysia perlu untuk mengangkat satu usul khas 4 tahun


tragedi kemanusiaan Syria di dalam parlimen.

4. Masyarakat Malaysia harus terus menyokong usaha-usaha bantuan


kemanusiaan yang dilakukan oleh setiap badan NGO yang berada di
dalam GSS.

GSS menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus berdoa agar konflik di Syria
ini akan segera berakhir dan kami menyatakan komitmen untuk terus
membantu rakyat Syria di Syria dan juga mereka yang mendapatkan
perlindungan Negara-negara jiran termasuk yang berada di Malaysia melalui
sokongan yang diberikan oleh kerajaan dan juga masyarakat Malaysia yang
prihatin. Sebarang maklumat mengenai perkembangan konflik di Syria boleh
diperolehi dengan menggunakan pencarian #Malaysia4Syria di media-
media sosial.

Terima kasih.

Senarai NGO GSS:

1. Malaysia Life Line for Syria (MLLFS)

2. i4Syria (i4S)

3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

4. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

5. Syria Care Malaysia (SC)

6. Green Project

7. Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSA)

8. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

9. Palestine Reconstruction Team (PRT)

10. Munsyid Malaysia


16
Rujukan

1. Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Krisis Syria dan Mauqif Ulama. 2012.


Pustaka Cahaya Kasturi.

2. IHH. Syrian Crisis in its Third Year (Field Report). 2013. IHH.

3. CARE. Syrian Refugees in Urban Jordan. 2013. CARE Jordan.

4. Nick Martlew. Hunger in a War Zone - The Growing Crisis behind the
Syria Conflict. 2014. Save the Children.

5. Martin Hartbergw, Dominic Bowen and Daniel Gorevan. Failing Syria.


2015. Save the Children.

6. Elise Baker. Doctors in the Crosshairs: Four Years of Attacks on Health


Care in Syria. 2015. Physicians for Human Rights.

17

Anda mungkin juga menyukai