Anda di halaman 1dari 4

Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah

lumrah manusia dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat


dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke
depan dengan tidak berlengah-lengah.. Saya bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan ibu bapa perlulah bertanggungjawab
untuk mewujudkan masa depan yang cerah kepada anak-anak
mereka. Pada masa ini, sikap boros dan suka berbelanja sesuka hati
oleh remaja memang sering dipertikaikan oleh segenap lapisan
masyarakat. Anak-anak suka menghabiskan wang belanja untuk
membeli barangan yang tidak akan mendatangkan sebarang faedah
kepada mereka . Sikap yang negatif ini perlu diatasi dengan segera
supaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang berjimat-cermat.
Ibu bapalah yang memainkan peranan penting untuk menggalakkan
anak-anak agar berjimat-cermat dalam kehidupan seharian.
Sebagai pembuka kata bicara,antara langkahnya ialah ibu bapa
boleh dengan menjadikan amalan menabung sebagai budaya
keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang
paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak.
“Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya
menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama
berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah
dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang
berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa
perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-
anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan
menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-
anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang
perbelanjaan harian sekolah anak-anak.. Jelasnya, ibu bapa perlu
memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis
menjadi tokak”.
Sementelahan itu,langkah seterusnya yang boleh diambil oleh ibu
bapalah ialah menerapkan didikan agama dalam kalangan anak-
anak. Hal ini demikian kerana, setiap agama menuntut umatnya
supaya mempunyai nilai-nilai yang baik termasuklah amalan berjimat
cermat. Maka, anak-anak akan sentiasa bersikap selaras dengan
peribahasa, 'beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis'.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus memberi didikan agama
yang sempurna baik secara formal mahupun secara tidak formal.
Dengan pendidikan agama, anak-anak akan lebih didedahkan dengan
cara-cara membuat perancangan sebelum membeli-belah kerana
'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'. Malahnan,
anak-anak akan berbelanja mengikut kemampuan dan tidak bersikap
boros yang dianggap sebagai amalan syaitan dalam sesetengah
agama. Deduksinya, didikan agama harus diterapkan dalam sanubari
anak-anak bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara
berhemat.
Tidak ketinggalan juga ,langkah selanjutnya ialah ibu bapa turut perlu
memberi bimbingan dan nasihat kepada anak-anak ketika berbelanja
sebagai usaha menyemai amaln berjimat cermat. Malahan, hal ini
perlu dilakukan apabila anak-anak masih kecil lagi bak kata pepatah
'melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Sehubungan dengan itu,
ibu bapa harus mendedahkan anak-anak kepada cara membeli-belah
secara bijak. Hal ini demikian kerana, harga sesuatu barang berbeza-
beza mengikut lokaliti tempat. Contohnya, harga barangan di kedai
kecil jauh lebih murah berbanding dengan kompleks beli-belah
bertaraf lima bintang. Selain itu, ibu bapa harus membimbing anak-
anak supaya membeli produk yang bermutu dan harganya
berpatutan. Dengan demikian, anak-anak yang setampuk darah,
setahun jagung dapat mengadaptasi amalan berjimat cermat semasa
berbelanja di samping dapat mengelak diri daripada diseleweng oleh
para peniaga.
Selaras dengan itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana
dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan
gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya,
jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling
senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Kadangkala,
terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot
dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"
orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat
sebenarnya mereka tidak berkemampuan. Mereka inilah yang
berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa
yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka
dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses
penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.
Dari adpek perbicaraan yang lain,langlah yang seterusnya ialah ibu
bapa haruslah ibu bapa perlu memupuk amalan berjimat cermat
semasa berbelanja dengan memberi kesedaran kepada anak-anak.
Hal ini demikian keran, menurut pakar psikologi, anak-anak yang
masih muda tidak boleh dipaksa bagi mengamalkan sesuatu amaln.
Sebaliknya, anak-anak perlu diberi kesedaran bahawa betapa
pentingnya amalan berjimat cermat dalam diri seseorang. Malahan,
anak-anak perlu didedahkan kepada kesan-kesan buruk jika
seseorang itu bersikap boros ketika berbelanja. Secara langsung,
anak-anak dapat mengetahui cara-cara membeli barangan secara
berhemat kerana 'hanya jauhari yang mengenal manikam'. Di
samping itu, anak-anak dapat memastikan kehidupan yang bahagia
dan tidak akan berhutang keliling pinggan. Tegasnya, ibu bapa harus
memberi mesej yang jelas kepada anak-anak melalui kesedaran
berbelanja secara berhemat.
Secara konklusinya, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memang
memainkan tanggungjawab yang sangat penting dalam mewujudkan
anak-anak yang berjimat-cermat dalam kehidupan seharian mereka.
Anak-anak juga harus mengambil inisiatif sendiri untuk menjadi
seorang yang berjimat-cermat dan tidak boros dalam berbelanja.
Melalui tunjuk ajar ibu bapa yang efektif, sudah tentu negara kita
dapat mewujudkan generasi yang berjimat-cermat pada masa yang
akan datang.Khalid Gibran ada berkata bahawa perjalanan yang
berbatu-batu jauhnya,dimulai dengan selangkah .Hal ini akan
menyebabkan generasi negara kita sentiasa dipuji dan disegani oleh
pelbagai lapisan masyarakat. Bak kata peribahasa berjimat-cermat
amalan mulia.Serangkai kata bertuah,pemuda harapan
bangsa,pemudi tiang negara harus dihayati.

Anda mungkin juga menyukai