Anda di halaman 1dari 4

MAKLUMAT BACAAN UMUM

AKTIFKAN DIRI & CEGAH OBESITI


PROGRAM KELAB DOKTOR MUDA
UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN NEGERI PERAK
_________________________________________________________

Bulan: Julai

PENGENALAN

Senaman adalah aktiviti fizikal yang terancang dan berualng-ulang bagi


meningkatkan tahap kecergasan fizikal seperti berbasikal, bermain
futsal, dan senamrobik.

Aktiviti Fizikal ialah sebarang pergerakan yang melibatkan otot-otot


tubuh badan yang dapat membakar kalori secara berlebihan seperti
mencuci kereta, menaiki tangga dan mengemas rumah.

PERKARA-PERKARA YANG DIBERI PENEKANAN SEBELUM,


SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI

Pakaian Yang Sesuai


 Pakai pakaian yang selesa, tidak ketat dan tidak menyekat
pergerakan badan.
 Pakai pakaian dari fabrik kapas yang dapat menyerap dan menyejat
peluh.
 Elakkan memakai jaket kerana ianya boleh memerangkap peluh dan
mendatangkan ketidak selesaan kepada tubuh.

Kasut Sukan Yang Sesuai


 Pilih kasut yang selesa dan padan dengan saiz kaki.
 Waktu yang sesuai untuk membeli kasut ialaj pada waktu petang
setelah seharian bergerak.
 Cuba 4 atau 5 pasang kasut. Pakai dan ikat talinya sepadat yang
boleh. Cuba berjalan 20 hingga 30 langkah. Pastikan ibu jari kaki
dapat digerakkan dengan bebas.
 Harus ada ruang seluas satu setengah ibu jari tangan, antara ibu jari
kaki dengan bahagaian dalam kasut.
 Pegang kasut di bahagian tapak kaki dan cuba lipatkan, kasut yang
baik dan sesuai untuk berjogging atau berjalan mesti boleh
dilenturkan.
 Pastikan buku lali kaki tidak termasuk di dalam kasut.

BERINGAT UNTUK SIHAT


 Hadkan aktiviti sedntari seperti contoh menonton televisyen dan
bermaian permainan komputer.
 Lakukan aktiviti senaman dan fizikal sekurang-kurangnya 5 kali
seminggu untuk meningkatkan kelenturan, kekuatan dan ketahanan
otot.
 Lakukan aktiviti berintensiti sederhana selama 30 minit sehari seperti
berbasikal, berenang, bermain bola sepak, bermain badminton dan
mendaki gunung.
 Sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal dan senaman agar kekal
sihat.
APAKAH ITU OBESITI?

Obesiti berpunca dari pengumpulan lemak yang berlebihan dalam tubuh


badan seseorang akibat ketidakseimbangan tenaga. Ianya berlaku
apabila kadar pengambilan kalori melebihi kadar pembakaran kalori.

FAKTOR PENYEBAB OBESITI


Faktor Tingkah Laku
 Makan makanan ringan, makanan segera, manis, berlemak dan
berminyak.
 Minum minuman tinggi gula dan berkarbonat.
 Tidak aktif dan kurang bergerak (sedentari).

Faktor Bukan Tingkah Laku


 Genetik.
 Ketidakseimbangan hormon.

CARA – CARA MENANGANI OBESITI


 Makan pelbagai jenis makanan seperti bijirin penuh, kekacang, ikan,
ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.
 Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek.
 Sediakan makanan dengan cara kukus, panggang, bakar atau rebus.
 Lakukan aktiviti fizikal dan senaman setiap hari
 Elakkan pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan makanan
segera.
KOMPLIKASI OBESITI
Obesiti meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti:
 Penyakit jantung
 Darah tinggi
 Kencing manis
 Kanser
 Dan banyak lagi.

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT


 Lakukan aktiviti fizikal 30 minit, 5 kali seminggu.
 Amalkan pemakanan yang sihat.
 Tangani stres dengan bijak.
 Hentikan tabiat merokok atau jangan mula merokok.
 Sihat tanpa alkohol.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.infosihat.gov.my,


www.myhealth.gov.my atau layari laman Facebook: KelabDoktorMuda
untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai
AKTIFKAN DIRI & CEGAH OBESITI

Disediakan oleh: Unit Pendidikan Kesihatan Negeri Perak