Anda di halaman 1dari 3

TUJUH PEMUDA YANG BERIMAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Terima kasih peneraju acara


Barisan hakim yang adil lagi saksama
Tujuh pemuda yang beriman tajuk saya
Ambillah iktibar panduan bersama

Siapakah Tujuh pemuda yang beriman?

Kisah tujuh pemuda yang beriman amat masyhur dengan gelaran ashabul
kahfi. Mereka ini dikatakan melarikan diri daripada raja mereka yang amat
zalim dan menganggap dirinya ialah Tuhan. Oleh kerana kepenatan, mereka
tertidur di dalam gua selama 309 tahun.

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 11 yang berbunyi;

‫عد ًَ۬دا‬ َ ‫س ِن‬


َ ‫ين‬ ِ ‫علَ ٰٓى َءا َذا ِن ِهمۡ ِفى ۡٱلك َۡه‬
ِ ‫ف‬ َ َ‫ف‬
َ ‫ض َر ۡبنَا‬
“Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu, bertahun-
tahun”

(pantun)

Ashabul Kahfi amat beriman


Setia kepada Allah yang Esa
Raja yang zalim mengaku Tuhan
Memburu mereka dengan kejamnya

Ya Kawan Kawan,

Al-Quran dan Hadis panduan kita semua untuk menjadi muslim beriman. Kisah
Kassim Ahmad menggemparkan media massa apabila mempertikaikan hadis
bahkan menolaknya.

1 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK BUKIT RIDAN | MTQ 2014


(syair)

Tujuh pemuda terasa derita


Sehingga terjumpa sebuah gua
Mereka tertidur tersangatlah lama
Allah perintahkan mereka dijaga

Firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi potongan ayat 18 yang berbunyi :

ً۬ ً۬
ۖ‫ِّش َِما ِِل‬ ِ ‫سبُ ُہمۡ أ َ ۡيقَاظا َوهُمۡ ُرقُودۚ َونُقَ ِلبُ ُهمۡ َذاَتَ ۡٱليَ ِِم‬
ِ ‫ين َو َذاَتَ ٱل‬ َ ‫َوت َ ۡح‬
ً۬
ۚ‫سط ذ َِراع َۡي ِه بِ ۡٱل َو ِصي ِد‬ ِ ‫َوك َۡلبُ ُهم بَـ‬
"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan
mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka
tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat
pintu gua.

Selama mereka tidur, Allah Taala telah memerintahkan agar malaikat menjaga
jasad mereka agar sentiasa terpelihara dari diancam gangguan dan pengikut
raja.

Wahai sahabatku sekalian,

Kejadian seorang makmum yang meninggal ketika sedang solat di Masjid


Beijing, Rantau Panjang, Kelantan amat menginsafkan kita semua.
Sesungguhnya Allah amat menyayangi hambanya yang beriman.

Hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun silih berganti, maka, ditakdirkan
Allah tujuh pemuda itu akhirnya dibangunkan dari tidurnya.

(nasyid ~ Rabbani – intro Pergi tak kembali)

Setelah lama beradu di gua


Terbangun mereka akhirnya
Mulai terasa lapar dan dahaga
Dihantar seorang pemuda ke kota

Dengan kuasa Allah, maka bangunlah tujuh pemuda itu dari tidur yang beratus
tahun. Allah jadikan mereka rasa lapar dan dahaga. Berbekalkan sejumlah
wang perak maka pergilah salah seorang dari pemuda itu untuk membeli
bekalan makanan di dalam kota.

2 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK BUKIT RIDAN | MTQ 2014


Sesuai dengan firman Allah potongan ayat 19 surah al-Kahfi :

ُ ‫ظ ۡر أَيُّ َہآ أ َ ۡزكَى َط َع ً۬اِما فَ ۡل َي ۡأ ِت‬


‫ڪم ِب ِر ۡز ً۬ق‬ ُ ‫ڪم ِب َو ِرقِكُمۡ َهـ ِذ ِهۦۤ ِإلَى ۡٱل َِمدِينَ ِة فَ ۡل َين‬
ُ ‫فَ ۡٱب َعث ُ ٰٓواْ أ َ َح َد‬
‫ط ۡف َو ََل يُ ِّۡش ِع َر َّن بِڪُمۡ أ َ َحدا‬ َّ َ‫ِِم ۡنهُ َو ۡليَتَل‬
Yang bermaksud : “maka suruhlah salah seorang diantara kamu pergi ke kota
dengan membawa perakmu ini, kemudian biarlah dia memilih mana-mana
jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian
hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan
hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di
bandar dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun
menyedari akan hal kamu.

Ya kawan-kawan,
Hendaklah kita sentiasa bertolak ansur dan berlemah lembut ketika
berurusniaga. Peristiwa seorang pemuda yang dipotong tangannya ketika
menuntut hutang di Sadong Jaya, Sarawak pada awal tahun ini menjadi
teladan kita semua.

Ketika pemuda itu membuat bayaran, penjual makanan berasa amat hairan
melihat wang perak yang diberikan.

Harta hanya hiasan dunia


Zakat bagi mereka yang berada
Janganlah tamak dan haloba
Kisah Qarun di telan bumi teladan semua

Syukran,

Wabillahi taufiq walhidaayah


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

3 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK BUKIT RIDAN | MTQ 2014

Anda mungkin juga menyukai