Anda di halaman 1dari 42

BML3043

FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR

ROSLIZA BINTI RAZALI

NOMBOR MATRIK

D20112052413

KUMPULAN

UPSI 05 (A131PJJ)

SEK. REN. KOHORT 3

SEM 1,SESI 2013/2014

AT34J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

DR. NORUL HAIDA BINTI REDUZAN

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

1
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN


1. a) Linguistik. Huraikan tiga cabang Linguistik 3

b) Fonetik dan Fonologi. Definisi dan contoh-contohnya. 5

2. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan 8


bunyi vokal asli dan bunyi konsonan asli.

3. Sistem Ejaan Baharu Malayia-indonesia 1972. Huraikan pola 30


keselarasan vokal ejaan tersebut dan contoh yang sesuai.
4. Bibliografi 42

2
JAWAB 3 SOALAN BERIKUT

1. Apakah yang anada faham tentang :


a) Linguistik. Huraikan tiga cabang Linguistik

Secara mudah dapatlah dikatakan bahawa ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji
bahasa secara ilmiah atau secara saintifik. Dengan demikian, kajian bahasa merupakan satu
kajian yang sama dengan bidang-bidang kajian sains lainnya yang memerlukan pemerhatian
yang teliti dan mendalam. Kajian bahasa memerlukan undang-undang dan syarat-syarat
tertentu berdasarkan teori-teori yang tertentu juga.Hasilnya pula merupakan sesuatu yang
dapat dipertanggungjawabkan . Dengan perkataan lain kajian bahasa mestilah dilakukan
berdasarkan data-data yang menyeluruh dan data-data itu mestilah data-data empirikal dan
dapat dijadikan kenyataan, bukan merupakan data-data yang hanya berupa “bayangan,
pandangan atau anggapan” sahaja. Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten, iaitu
tidak bercanggah di antara satu sama lain.Hasil analisis adalah rumus-rumus yang berupa
peraturan-peraturan bahasa yang boleh diujikajikan dan haruslah ringkas,tepat dan padat
sifatnya.
Linguistik Deskriptif

Linguistik deskriptif adalah ilmu linguistik yang memerikan tentang sesuatu bahasa dari
segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang terdapat
pada waktu itu.Bahan yang diutamakan di dalam kajian ialah lisan atau pertuturan yang
diperolehi daripada penutur jati.Walau bagaimanapun bahan tulisan boleh juga digunakan,
malah ada juga pengkaji-pengkaji linguistik deskriptif yang menjadikan bahasa lisan dan tulisan
sebagai bahan kajian. Yang paling penting bagi pengkaji linguistik deskriptif ini ialah
“memerikan struktur sesuatu bahasa sebagaimana kewujudannya”. Dengan demikian, bagi
mereka, bahasa bukanlah sesuatu yang static tetapi sentiasa berubah mengikut peredaran
masa.
Bidang yang termasuk dalam kajian linguistik deskriptif ialah bidang fonologi (bunyi),
morfologi(pembentukan perkataan) dan sintaksis(ayat). Bidang-bidang ini dikaji secara saintifik
dan hasil daripadanya dirumuskan peraturan-peraturan tertentu yang merupakan rumus atau
undang-undang bahasa itu.

3
Pengkajian bahasa secara deskriptif ini disebut juga sebagai kajian bahasa secara
sinkronik, iaitu kajian mengenai sesuatu bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang
tertentu, dituturkan oleh suatu golongan yang tertentu dan pada masa atau zaman yang
tertentu juga.

Linguistik Historis

Linguistik historis merupakan cabang kajian linguistik yang melihat perkembangan


sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
Linguistik historis meninjau perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan yang
dialami oleh sesuatu bahasa dalam proses penggunaannya yang mengarusi beberapa zaman.
Segala punca, sebab dan akibat yang dialami hasil daripada perubahan dan perkembangan
bahasa itu diselidiki dan direkodkan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku terhadap
bahasa itu. Punca perubahan itu mungkin datangnya dari luar atau dari dalam. Punca dari luar
misalnya kemasukan pengaruh-pengaruh asing ke dalam bahasa itu, sementara perubahan
dan perkembangan yang berpunca dari dalam pula mungkin hasil dari berlakunya perubahan
sikap penutur yang mahu melakukan perubaan secara sengaja terhadap bahasa itu dalam
usaha menjadikan bahasa itu maju dan berkembang sesuai dengan peredaran zaman.
Satu hal yang penting, Di dalam kajian linguistik historis ini ialah kajian tertumpu
kepada lebih dari satu zaman. Walau bagaimanapun, bagi mengasingkan secara rigid akan
tahap sesuatu zaman itu adalah mustahil kerana bahasa itu berubah atau berkembang secara
evolusi bukan secara drastik. Di antara satu zaman dengan zaman yang lainnya tidak ada garis
pemisah yang nyata kerana penggunaan bahasa adalah bertali arus dari suatu ke suatu masa
yang berikutnya.Pemisahan yang dibuat hanyalah semata-mata demi kepentingan kajian.
Dalam bahasa Melayu misalnya,pemisah zaman di dalam perkembangan bahasa, sering
dibuat berdasarkan kepada pengaruh yang mendatang misalnya, peringkat perkembangan
bahasa Melayu pada zaman kerajaan Melaka, sebelum datangnya agama islam, sebelum
penjajahan dan selepas penjajahan, iaitu sejak merdeka hingga sekarang. Di dalam kajian
linguistik historis kajian secara sinkronik adalah penting.Seorang pengkaji mestilah mengkaji
secara terperinci akan keadaan bahasa yang dikajinya itu dalam beberapa zaman atau masa
yang tertentu dan tempat yang tertentu juga. Setelah melakukan kajian secara sinkronik, ia
terpaksa pula meneruskan kajiannya secara diakronik, iaitu membuat perbandingan di antara
beberapa zaman untuk melihat perbezaan,menentukan perubahan dan perkembangan yang

4
berlaku di dalam bahasa tersebut.Perbandingan boleh dibuat dari berbagai-bagai segi misalnya
dari segi fonologi,morfologi,sintaksis,makna,ejaan,system tulisan, dan sebagainya.

Linguistik Komparatif atau Bandingan

Linguistik Komparatif pula adalah satu cabang kajian linguistik yang membuat perbandingan
antara beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan persejarahan. Sebagaimana
kajian linguistik historis,linguistik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek
sebutan, perkataan dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Hasil daripada kajian
perbandingan itu akan disimpulkan adakah bahasa-bahasa yang dikaji itu berasal dari satu
induk atau satu rumpun.Hasil kajian itu juga akan dapat memperlihatkan apakah perubahan-
perubahan yang berlaku terhadap bahasa induk itu tadi sehingga akhirnya muncul beberapa
“bahasa anak” yang dituturkan oleh kumpulan penutur yang berlainan.Daripada beberapa kajian
komparatif yang pernah dilakukan terhadap bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu misalnya,
nyata bahawa bahasa-bahasa seperti bahasa Malaysia, bahasa Indonesia,Jawa,Sunda,
Batak,Tagalog,Bugis,Banjar,Minangkabau dan bahasa-bahasa lain disekitarnya adalah berasal
dari satu induk iaitu bahasa Melayu.

b) Fonetik dan Fonologi. Definisi dan contoh-contohnya. Terangkan matlamat


akhir pengajian Fonetik dan Fonoligi bahasa Melayu.

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya
menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa
mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang
dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan
kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada
disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan
tetapi tidak bertutur.
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna
bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya
terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari
segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang

5
berfungsi dalam sesuatu bahasa. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan
bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan
lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan
jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan
nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu,
bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan
peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

Fonetik

Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai
ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-
hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran,
fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah
Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian
mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan
sebagai alat komunikasi. Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian
Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang
fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat..Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas
(1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui
mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan
memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

Fonologi

Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik
yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ
ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari
tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah
sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa. Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang
mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan
sebutan. Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam

6
sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster‟s College Dictionanry tenth edition
(1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the
history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.

7
2. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan bunyi vokal asli dan
bunyi konsonan asli.

Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa

Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.
Udara yang bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan
mulut atau hidung atau kedua-duanya.Udara yang keluar ituakan mengenai bahagian
gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang
terdapat di dalam apa juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam
pertuturan secara lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang
bermakna.Sebagai contoh, apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang
dituturkan. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.
Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana rajah di bawah:

NOMBOR KETERANGAN RAJAH


1. BIBIR ATAS
2. BIBIR BAWAH
3. GIGI ATAS
4. GIGI BAWAH
5. GUSI
6. LELANGIT KERAS
7. LELANGIT LEMBUT
8. ANAK TEKAK
9. HUJUNG LIDAH
10. HADAPAN LIDAH
11. TENGAH LIDAH
12. BELAKANG LIDAH
13. AKAR LIDAH
14. EPIGLOTOS
15. PITA SUARA
16. RONGGA TEKAK
17. RONGGA HIDUNG

8
18. RONGGA MULUT
19. RAHANG
20. TENGGOROK

RAJAH ORGAN ARTIKULASI

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan
dan diftong.Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga
mulut.Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila
udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut
hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Manakala, golongan kedua ialah bunyi
konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan
sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan
udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. 6 Selain dua golongan utama itu,
terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong.Bunyi diftong terhasil
bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai]
bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]

BUNYI VOKAL

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan.Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri
kelantangan dan kepanjangan. Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic
mengatakan :
“Vokal adalah bunyi bersuara yang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar
berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan,sekatan atau himpitan yang boleh
menimbulkan bunyi-bunyi geseran”.

Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi


bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.Penggetaran pita
suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara
yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.

9
Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
i) Vokal hadapan
ii) Vokal tengah
iii) Vokal belakang

Yunus Maris (1964) berpendapat, terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu,

ə ].

Dari segi tulisan dan penyebutan standard,vokal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis,
tetapi didalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan.Jenis-jenis
vokal itu boleh dilihat melalui carta vokal yang disediakan di bawah :

JENIS VOKAL LAMBANG NAMA VOKAL


Vokal hadapan [i] Vokal hadapan sempit
[e] Vokal hadapan separuh
[ e] sempit
[a] Vokal hadapan separuh luas
Vokal hadapan luas
Vokal tengah [ə] Vokal tengah pendek
[3] Vokal tengah panjang

Vokal belakang [ù] Vokal belakang sempit


[o] Vokal belakang separuh
sempit
Vokal belakang separuh luas

JENIS-JENIS VOKAL BAHASA MELAYU

10
Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal yang terhasil itu ialah lidah, sama ada bahagian
depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah seperti dalam jadual di bawah:

Bahagian lidah yang terlibat Bunyi vokal yang terhasil

Depan lidah Vokal depan


Tengah lidah Vokal tengah
Belakang lidah Vokal belakang

Rajah di bawah inimenunjukkan keratan rentas lidah.Garis-garis melintang menunjukkan


ketinggian lidah.Melalui rajah ini menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal
dihasilkan.

Semasa bunyi vokal dihasilkan;

i. berlaku getaran pada pita suara;

ii. anak tekak dinaikkan;

iii. udara yang keluar dari paru-paru tanpa sebarang halangan atau sekatan, malahan

keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut

iv. bentuk bibir boleh berkeadaan bundar atau leper

11
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis
vokal adalah seperti berikut:

Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam
keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan.Keadaan bibir neutral semasa
menghasilkan vokal tengah.

Vokal Hadapan

Semasa kita menyebut bunyi akhir dalam kata beli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam
mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf
akhir pada perkataan beli, dilambangkan [ i ]. Lambang ini [ i ] ialah lambang fonetik. Manakala
bunyi [ e ] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak
setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [ i ].

Selepas anda membunyikan vokal [ i ], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [ a ].
Anda akan dapat merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana
depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [ a ] adalah bunyi vokal hadapan luas.

12
a. Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh
lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara
dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan
atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Pita suara dirapatkan supaya
udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Bibir berada dalam keadaan terhampar.

Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal kata Tengah Kata Akhir Kata

[ikan] [lipat] [gali]

[ikat] [lihat] [sari]

[ipar] [bila] [cari]

VOKAL HADAPAN SEPARUH SEMPIT

b. Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]

Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [
e ], bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk
menyebutnya, hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ]. Lelangit

13
lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dikeluarkan dari
paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan bergetar. Lihat Rajah 11.2 di
atas. Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ eloʔ ] [ laher ] [ kole ]

[ esa ] [ merah ] [ sate ]

[ elaʔ ] [ sepaʔ ]

c. Vokal Hadapan Separuh Luas [ ɛ ]

Bahagian depan lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan vokal semasa


melafazkan bunyi [ e ]. Lelangit lembut pula terangkat rapat ke belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara bergetar.
Semasa bunyi dilafazkan kedudukan bibir dalam keadaan terhampar.

Vokal Depan Separuh Luas

d. Vokal Hadapan Luas [ a ]

Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit


lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita
suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu.

14
Vokal Hadapan Luas [ a ]

Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ alaƞ ] [ măkan ] [ lala ]

[ ali ] [ saraƞ ] [ papa ]

Vokal Belakang

Vokal belakang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke lelangit lembut.


Kemudian belakang lidah diturunkan satu pertiga ke bawah di bahagian belakang lidah
seperti dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Udara keluar dari paru-paru melalui
rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bibir dibundarkan semasa
menghasilkan bunyi ini.

a. Vokal Belakang Sempit [ u ]

Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak
menyentuhnya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Bibir
berada dalam keadaan bundar.

15
Vokal Belakang Sempit [ u ]

Contoh;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ upah ] [ sulam] [ buku ]

[ ubah ] [ luka ] [ dulu ]

b. Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling
tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah
lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup
rongga hidung sementara pita suara digetarkan.

Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

16
Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ oleh ] [ sogoʔ ] [ solo ]

c. Vokal Belakang Separuh Luas [ ᴐ ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah
lelangit lembut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup
rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
Semasa bunyi ini dilafazkan, bibir berada dalam keadaan bundar.

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ ᴐraƞ ] [ tᴐlak] [ bᴐlᴐt ]

17
d. Vokal Tengah [ ə ]

Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di bahagian bawah
rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut
berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak
untuk menutup rongga hidung. Udara keluar daripada paru-paru tanpa sekatan. Pita
suara bergetar.

Vokal Tengah

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ əmaʔ ] [ səmaʔ ]

18
BUNYI KONSONAN

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan, bunyi-bunyi ini menerima
sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.
Bunyi konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran
suara. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Rujuk
rajah di bawah untuk melihat cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa
Melayu.

Konsonan Bahasa Melayu

Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada konsonan asli dan pinjaman.
Konsonan asli terdiri daripada bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, sisian,
getaran dan bunyi separuh vokal.

19
Konsonan Letupan (Plosif)

Konsonan letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana


daerah sebutan.. Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat.
Apabila udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka terhasillah bunyi
letupan. Bunyi letupan akan berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah.

a. Letupan bibir [ p ], [ b ]

Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir nbawah ke bibir atas dan lelangit
lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru akan tersekat dan
dilepaskan serta-merta. Apabila letupan itu dilakukan dengan pita suara tak bergetar
maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan bibir tak bersuara [ p ]. Contoh, [ parah ], [
rupa ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan bibir
bersuara [ b ]. Contoh, [ baru ], [ biru ], [ habuk ]

Konsonan letupan bibir [p] dan [b]

b. Letupan gusi [ t ], [ d ]

Bunyi konsonan letupan gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan ke gusi atas.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dalam

20
rongga mulut dilepaskan serta-merta pada bahagian hujung lidah dan gusi.Jika pita
suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh, [
dada ], [ nada ], [ tidur ]. Jika pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah
letupan gusi tak bersuara [ t ]. Contoh, [ tanah ], [ mata ]

Konsonan letupan gusi [t] dan [d]

c. Letupan lelangit lembut [ k ], [ g ]

Letupan lelangit lembut dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan
dilepaskan dengan serta-merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut. Bunyi
suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ k ] tak bersuara di mana pita suara
tidak bergetar. Contoh, [ kaki ], [ laku ], [ saku ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi
suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ g ] bersuara. Contoh, [ gaya ], [
pagar ], [ segar ]

21
Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]

d. Letupan pita suara/hentian glotis [ ʔ ]

Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Udara kemudian
terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-merta pada bahagian pita suara. Pita suara
tidak bergetar. Maka terhasillah [ ʔ ]. Contoh, [ pokoʔ ], [ keadaʔ an ]

Konsonan Letusan (Afrikat)

Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya
terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras.
Maka terhasillah fonem [ č ] di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ čawan ],
[ bača ]. Apabila pita suara bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan
lelangit keras bersuara [ ǰ ]. Contoh, [ ǰ alan ], [ baǰ a ]

22
Konsonan letusan [ č ] dan [ ǰ ]

Konsonan Sengauan (Nasal)

Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat
artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk
membuka rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan
rongga mulut. Pita suara akan bergetar.

a. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]

Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka
rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui
rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [
mălu ], [ amăn ].

23
Konsonan Sengauan [m]

b. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]

Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian
keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak,
lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah
konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ năsiʔ ], [ nănăs ].

Konsonan Sengauan [n]

24
c. Konsonan sengauan lelangit keras [ ɲ ]

Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah
dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi
suara yang dihasilkan ialah fonem [ ɲ ]. Contoh perkataan ialah, [ ɲ ala ], [ baɲ ak ].

Konsonan sengauan [ ɲ ]

d. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ]

Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang
lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita
suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ŋ ]. Contoh perkataan ialah, [
ŋaŋa ], [ mɛ ŋail ].

25
Konsonan sengauan [ ŋ ]

Konsonan Geseran (Frikatif)

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui
rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya
keluar melalui rongga mulut.

a. Geseran gigi-gusi tak bersuara [ s ]

Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru bergeser pada sempitan lidah
dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus
udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi
tak bersuara [ s ]. Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ măsa ], [ bas ].

26
Konsonan Geseran [ s ]

b. Geseran glotis tak bersuara [ h ]

Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan.
Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi
suara yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah, [
hawa ], [ măha ]

Konsonan Geseran [ h ]

27
Konsonan Getaran (Tril)

Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut
hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk
menutup rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ].

Konsonan Getaran [ r ]

Konsonan Sisian (Lateral)

Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah
kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi
yang dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ].

Konsonan Sisian [ l ]

28
Konsonan Separuh Vokal

Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam
mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan
separuh jalan sahaja.

a. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]

Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran.
Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan
ialah, [ wayaŋ], [ waŋ ].

Konsonan Separuh Vokal [ w ]

b. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]

Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian
bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras
bersuara [ y ]

29
3. Sistem Ejaan Baharu Malayia-indonesia 1972. Huraikan pola keselarasan vokal
ejaan tersebut dan contoh yang sesuai.

Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang
ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.
Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia itu telah dihadiri
oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin
Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI (Komando
Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.
Dalam rundingan itu beberapa perkara telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam
dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat
kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan
bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa
perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan
tuntutan kemajuannilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai
mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan
lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan.Kesemuanya itu adalah dalam
rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia.
Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama itu ke seluruh
negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio, televisyen serta melalui majalah-majalah,
dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dengan tercapainya
keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua belah pihak itu pada hari ini dalam tahun
1967, maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya adalah
bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya dari kerajaan kedua-dua buah negara.
Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah
dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein,
di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam upacara pelancaran ini ialah
Menteri Pelajaran, Encik Hussein Onn, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji
Sujak b. Rahiman dan Tan Sri Syed Nasir Ismail. Pelancaran penggunaan sistem Ejaan Baharu
ini adalah hasil daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia yang sejak dahulu lagi cita-
citamenyediakan satu sistem ejaan yang sama dengan menggunakan bahasa yang sama dan
memberi faedah kepada kedua-dua negara. Di samping itu, inijuga bertujuan memperbaiki
sistem ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan menyesuaikannya dengan unsur-unsur dan

30
perkembangan-perkembangan yang telah mempengaruhi bahasa Malaysia sejak beratus
tahun.
Sejarah perkembangan tulisan Rumi ini bermula pada tahun 1902, apabila tulisan
Rumi yang pertama telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J. Wilkinson. Sistem ini
kemudiannya diperbaiki oleh Pendita Zaaba dan dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Sistem
ini dijadikan tulisan rasmi sehingga beberapa tahun. Ketika Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga diadakan di Singapura dan Johor Bahru pada tahun 1956 satu sistem ejaan yang
dinamakan Ejaan Kongres telah dibentuk. Malangnya, sistem ini tidak dapat dilaksanakan
kerana terdapat beberapa huruf di dalam sistem ini yang agak sukar untuk diikuti.
Pada tahun 1959 sistem Ejaan Malindo diperkenalkan setelah beberapa rundingan
diadakan antara Malaya dan Indonesia tetapi sistem ini tidak dapat dilaksanakan atas sebab-
sebab tertentu. Kemudiannya pada tahun 1966, Kerajaan telah menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail.
Jawatankuasa ini telah mengadakan siri-siri rundingan baru dengan Indonesia sehingga
tercapai persetujuannya pada 27 Jun 1967 dan ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Bersama
Malaysia/Indonesia. Perlaksanaan sistem ini juga terpaksa ditangguh sehingga bulan Jun 1972,
satu rombongan Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Sujak b. Rahiman telah pergi
ke Indonesia dan mengadakan rundingan dengan Pendita Ejaan Bahasa Indonesia yang
diketuai oleh Ibu Dra. Mulyadi. Kedua-dua pihak akhirnya bersetuju berdasarkan kepada
semangat keputusan 1967.
Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan
penggunaannya. Ejaan baru ini akan bertugas sebagai alat yang akan mengawal
perkembangan serta pertumbuhan bahasa Malaysia selanjutnya di masa depan. Ini adalah satu
kejayaan yang amat besar maknanya bagi masa hadapan kedua-dua bahasa Malaysia-
Indonesia. Dengan adanya sistem ejaan baharu ini, tidak akan timbul lagi masalah sistem ejaan
yang harus diikuti dan digunakan terutama di sekolah-sekolah dan media massa.

PUEBM (1975) telah menetapkan lima perkara dalam ejaan Rumi bahasa Melayu,
iaitu:
(i) Pemakaian huruf:
(a) Senarai abjad Rumi yang dipakai;
(b) Lima huruf vokal a,e,i,o,u dan pola keserasian vokal dalam suku kata pertama dan akhir
tertutup, iaitu vokal u dan i digunakan pada suku kata akhir tertutup jika vokal pada suku kata
bukan akhir bukan o atau u, dengan satu kekecualian yang tidak mematuhi keserasian itu,

31
iaitu dalam ejaan kata pinjaman, sama ada dari Asia atau Barat (misalnya aneh, lakon, pamer,
perabot, tulen, traktor, karbon)
(c) Tiga diftong yang dilambangkan oleh tiga pasangan huruf vokal, iaitu ai, au, dan oi.
(d) Huruf konsonan yang berjumlah 26 termasuk q dan x bagi menulis istilah dan huruf k untuk
melambangkan huruf Jawi Ain dan Hamzah, iaitu b,c,f,g,gh,h,j,k,l,m,n,ng,ny,p,q,r,s,sy,t,v,x,y,z.

(ii) Senarai gugus konsonan untuk mengeja kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan
bahasa asing yang lain dan juga senarai pola persukuan kata bahasa Melayu.
(iii) Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya disesuaikan dengan pedoman ejaan
baharu ini, kecuali jika ada pertimbangan khusus untuk mengekalkannya.
(iv) Kaedah penulisan huruf, iaitu huruf besar yang mempunyai 12 kaedah dan huruf miring
yang mengandungi tiga kaedah ejaan.
(v) Penulisan yang terdiri daripada:
(a) Kata dasar yang dieja terpisah
(b) Kata turunan, iaitu dibentuk daripada imbuhan dengan kata dasar yang dieja secara
bercantum kecuali jika bentuk imbuhan yang dipinjam diletakkan di hadapan huruf besar, maka
dieja dengan sempang (pan-Afrikan, pan-Asian)
(c) Kata gandaan yang dieja menggunakan sempang di antara bentuk yang diganda dan angka
dua tidak boleh digunakan.
(d) Kata ganti singkatan ku, kau, mu dan nya ditulis serangkai dengan perkataan yang
mendahulu atau mengikutinya.
(e) Kata depan di, ke dan dari ditulis terpisah daripada perkataan yang mengikutinya.
(f) Kata panggilan si dan sang dieja terpisah.
(g) Partikel lah, kah, tah dieja berangkai dengan perkataan yang mendahuluinya, manakala pun
dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang pada kelazimannya ditulis bercantum misalnya
adapun, walaupun, bagaimanapun.
(h) Kata gabungan dieja dengan dua cara, iaitu secara terpisah dan secara bercantum. Kata
yang dieja terpisah terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu bentuk rangkai kata umum termasuk
istilah (air hujan, kapal terbang), bentuk parataksis atau rangkai setara (hidup, mati, ibu, bapa),
dan bentuk simpulan bahasa (buah hati, anak emas). Kata yang dieja berangkai pula
terdiri daripada beberapa bentu. Pertama, semua bentuk gabungan yang dieja terpisah apabila
menerima gabungan apabila menerima imbuhan hendaklah ditulis bercantum. Kedua,
gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata yang tersenarai sepenuhnya dalam
daftar ejaan Rumi Bahasa Malaysia tetap dieja sebagai satu perkataan kecuali yang tidak

32
tersenarai, dieja terpisah. Ketiga, gabungan kata yang dieja terpisah apabila digandakan hanya
bahagian pertama kata yang diulang.

Bahagian akhir dalam sistem ejaan adalah yang berkaitan dengan tanda baca. Aspek
yang diperkatakan ialah penggunaan tanda titik, tanda koma, tanda koma bertindih, tanda
sempang, pisah elipsis, tanya, tanda kurung, tanda kurung siku, tanda petik, tanda petik
tunggal, tanda ulang, tanda garis miring dan penyingkat.

Pada tahun 1981, Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia telah diterbitkan dan sentiasa
dikemas kini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia
mempunyai beberapa siri cetakan terbaharu dan juga dikemaskinikan oleh DBP melalui
persetujuan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang sekretariatnya juga ialah DBP. Oleh
itu, dapat dikatakan bahawa perkembangan tulisan bahasa Melayu kini sentiasa dipantau dan
diawasi perkembangannya selari dengan perkembangan ilmu semasa.

Pola Keselarasan Vokal

Keselarasan vokal meliputi perkataan yang berbentuk dua suku kata. Bagi perkataan
yang mengandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanya
wajar bagi dua suku kata yang terkahir. Terdapat lapan belas pola keselarasan huruf
vokal dalam bahasa Melayu yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada
berlakunya kesilapan ejaan.

33
Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu

34
Sebutan Huruf Vokal

Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu. Vokal perlu disebut dengan betul
menurut nilai bunyi individu. Kedudukan vokal dalam perkataan boleh berada sama ada
di awal, di tengah atau di akhir.

a. Huruf a dilafazkan dengan bunyi [ a ] pada mana-mana kedudukannya.


Contoh:
pada [a + da]
berada [be + ra + da]
cabaran [ca + ba + ran]
warganegara [war + ga + ne + ga + ra]

b. Huruf e dilafazkan dengan bunyi [ e ]


Contoh:
elok [e + lok ]
leka [le + ka]
nenek [ne + nek]

c. Huruf e pepet dilafazkan dengan bunyi [ ə ]


Contoh:
emak [ə + măk]
segar [sə + gar]
kelam [kə + lam]

d. Huruf i dilafazkan dengan bunyi [ i ]


Contoh:
ini [i + ni]
putih [pu + tih]
intip [in + tip]

35
e. Huruf o dilafazkan dengan bunyi [ o ]
Contoh:
oleh [o + leh]
bola [bo + la]
sorak [so + rak]

f. Huruf u perlu dilafazkan dengan bunyi [ u ]


Contoh:
ubi [u + bi]
ular [u + lar]
tunjuk [tun + juk]
putus [pu + tus]

Huruf Diftong

Diftong terbentuk apabila dua huruf vokal digunakan dalam pengejaan perkataan.
Contohnya, gabungan vokal ‘a’ dengan huruf ‘u’ dan gabungan vokal ‘o’ dengan huruf ‘i’
menjadi ‘au’ dan ‘oi’. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga huruf diftong iaitu ai, oi dan au.
Huruf-huruf diftong ini biasanya diletakkan di awal, di tengah dan di akhir perkataan.
Kesemua bunyi perlu mengikut ejaan asal iaitu ai, oi, au. Contoh perkataan ialah;

amboi kaloi sepoi

bangau kalau lampau

aurat sungai salai

pulai balai halau

36
Panduan Sebutan Huruf Diftong

Diftong perlu dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], [au] pada kedudukan di awal, di tengah
atau di akhir perkataan.

1. Diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai]

Contoh perkataan;

hairan [ hai + ran ]

pandai [ pan + dai ]

salai [ sa + lai ]

tupai [ tu + pai ]

ampai [ am + pai ]

laici [ lai + ci ]

aising [ ai + siŋ ]

2. Diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi]

Contoh perkataan;

sekoi [ se + koi ]

kaloi [ ka + loi ]

oidium [ oi + di + um ]

boikot [ boi + kot ]

37
3. Diftong au dilafazkan dengan bunyi [au]

Contoh perkataan;

automatik [ au + to + mă + tik ]

aurat [ au + rat ]

kacau [ ka + cau ]

kalau [ ka + lau ]

maujud [ mau + jud ]

taufan [ tau + fan ]

38
Penggunaan Huruf Konsonan

Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu iaitu b, [bi], c [si], d [di], f [ef], gh [gh],
h [hej/ejh], i [ee], j [je], k [ki], l [el], m [em], n [en], ng [ng], ny [ny], p [pi], q [kiu], r [ar], s
[es], sy [sy], t [ti], v [vi], w [dabliu], x [eks], y [wai], z [zek]

39
40
41
BIBLIOGRAFI

RUJUKAN BUKU

1. Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti

2. Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin


Enterprise Arbak Othman

3. Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

LAMAN WEB

http://www.adap.com.my/info.php?id=1150
http://sweetshanc.blogspot.com/2011/08/bab-2-sistem-ejaan-bahasa-melayu.html
http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/730520036176_149414_final.
pdf

42

Anda mungkin juga menyukai