Anda di halaman 1dari 25

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Asas Kepada

Perdagangan
Bil Keterangan  
1 Keperluan ialah keinginan manusia untuk hidup lebih selesa.
2 Kehendak ialah perkara-perkara asas yang mesti ada untuk manusia
terus hidup.
3 Pakaian ialah sejenis barang keperluan.
4 Kehendak ada banyak dan dipenuhi mengikut keutamaan.
5 Melancong ialah satu keperluan manusia.
6 Keperluan fisiologi terdiri daripada keperluan asas dan keperluan
penghargaan.
7 Keperluan fisiologi, keperluan sosial dan keperluan rohani terdapat di
dalam Hierarki Keperluan Maslow.
8 Keperluan untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman
peperangan ialah keperluan keselamatan.
9 Keperluan asas manusia ialah makanan, pakaian dan rumah besar.
10 Kehendak manusia sentiasa berubah-ubah mengikut masa.
11 Pengeluaran ialah semua aktiviti atau usaha produktif yang dijalankan
untuk menghasilkan keluaran.
12 Pengeluaran bukan suatu proses penciptaan utiliti dan nilai faedah.
13 Nilai faedah ialah keupayaan sesuatu barang atau perkhidmatan untuk
memuaskan kehendak manusia.
14 Kayu diubah menjadi rak kayu merupakan contoh nilai faedah milikan.
15 Nilai faedah masa ialah menyimpan barang sehingga ia diperlukan.
16 Pengeluaran langsung ialah pengeluaran yang dilakukan sendiri.
17 Saiz pengeluaran langsung adalah besar.
18 Pengeluaran tak langsung dilakukan tanpa bantuan pihak lain.
19 Matlamat pengeluaran adalah untuk memuaskan kehendak manusia.
20 Aktiviti pengeluaran terbahagi kepada 3 cabang utama.
21 Perusahaan ialah usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan
bentuknya kepada barang siap.
22 Industri ekstraktif meliputi semua aktiviti memproses dan menukarkan
bahan mentah.
23 Perlombongan merupakan salah satu daripada industri perkilangan.
24 Industri ekstraktif juga dikenali sebagai industri peringkat pertama.
25 Industri perkilangan dikategorikan sebagai industri sekunder.
26 Barang separa siap ialah barang yang memerlukan proses lanjutan.
27 Barang siap ialah barang yang boleh digunakan terus oleh pengguna
akhir.
28 Industri perkilangan merangkumi semua aktiviti pemasangan dan
pembinaan.
29 Faktor pengeluaran terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan.
30 Tanah merangkumi segala usaha manusia yang terlibat dalam
pengeluaran.
31 Buruh terdiri daripada buruh mahir sahaja.
32 Buruh merupakan sumber kewangan yang digunakan untuk membantu
pengeluaran.

1
33 Peniaga ialah orang melakukan aktiviti jual beli untuk mencari
keuntungan.
34 Peniaga mendapat keuntungan dengan membeli barang pada harga yang
tinggi dan menjual pada harga yang rendah.
35 Peniaga tidak mementingkan keuntungan.
36 Usahawan merupakan orang yang sanggup mengambil risiko untuk
mengusahakan suatu kegiatan ekonomi.
37 Usahawan berusaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
38 Usahawan tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
39 Pengkhususan bermaksud pengeluaran yang tertumpu kepada usaha
melakukan pekerjaan tertentu berdasarkan kemahiran individu.
40 Pengkhususan tidak berasaskan kepada pembahagian kerja.
41 Sistem barter ialah amalan pertukaran barang tanpa melibatkan
pertukaran mata wang.
42 Sistem barter tidak berlaku sekiranya wujud kemahuan serentak.
43 Antara kelemahan sistem barter ialah kesukaran menentukan nilai
pertukaran.
44 Sistem barter boleh berlaku jika kedua-dua pihak mempunyai barang
yang berlebihan untuk ditukarkan.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Unsur


Perdagangan
Bil Keterangan  
1 Perdagangan merupakan salah satu daripada cabang pengeluaran.
2 Perdagangan merupakan aktiviti penciptaan nilai faedah
3 Dua komponen utama perdagangan ialah perniagaan dan bantuan
perniagaan
4 Perniagaan dalam negeri terdiri daripada perniagaan runcit dan borong
5 Nilai faedah bermaksud nilai tambah keatas sesuatu barang
6 Bantuan perniagaan membantu aktiviti perniagaan berjalan lancar
7 Eksport bermaksud membeli barang dari luar negara
8 Entrepot bermaksud mengeksport ke luar Negara lalu diimport semula
9 Pakar perubatan yang dibawa masuk dari Jepun merupakan import tak
nyata
10 Perniagaan ialah aktiviti pengeluaran sumber dari perut bumi
11 Bayaran gaji pekerja boleh dibuat melalui perkhidmatan debit langsung
12 Akaun semasa membolehkan peniaga membuat pembayaran dengan cek
13 Bank merupakan institusi yang memberi pampasan kepada peniaga
14 Kemudahan overdraf diberi kepada pemegang akaun semasa
15 Pergudangan membantu menstabilkan harga barang
16 Barang yang telah dijelaskan cukai disimpan di Gudang Berbon
17 Gudang boleh dijadikan tempat pemecahan pukal

2
18 Premium merupakan bayaran gantirugi
19 Pampasan dapat memulihkan insured kepada kedudukan asal
20 Peniaga yang membeli insurans kebakaran akan diberi gantirugi apabila
barang di curi
21 Pecah amanah merupakan risiko tidak boleh insurans
22 Insured merupakan syarikat yang menawarkan perlindungan kepada
pemegang polisi
23 Sidang video membolehkan peniaga di berlainan tempat bermesyuarat
serentak
24 e-dagang merupakan perniagaan melalui television
25 Komunikasi tidak membantu aktiviti perniagaan
26 Iklan di radio dan televisyen memperkenalkan barang dengan lebih
berkesan
27 Barang bernilai tinggi perlu dihantar melalui kapal laut
28 Barang berat dan pukal sesuai dihantar menggunakan kapal terbang
29 Pengangkutan membantu menstabilkan harga barang
30 Pengangkutan membantu meluaskan pasaran
31 Pengangkutan akan meningkatkan kos pembinaan gudang
32 Pengangkutan yang sesuai mengangkut buah durian dari Perak ke Johor
ialah kapal terbang
33 Promosi bertujuan memberi maklumat tentang sesuatu barang
34 Promosi membantu perniagaan meningkatkan jualan barang
35 Pengiklanan dapat mengekalkan permintaan terhadap sesuatu barang
36 Menaja dan menderma merupakan cara publisiti
37 Promosi menjamin bekalan barang tidak putus
38 System barter merupakan cara awal manusia melibatkan diri dalam
perdagangan
39 Pengkhususan kerja tidak diamalkan dalam pengeluaran langsung
40 Kehendak dan keperluan manusia yang tidak terbatas membawa kepada
pengeluaran tidak langsung
41 Dalam pertanian sara diri, setiap keperluan diusahakan sendiri
42 Perniagaan dalam negeri melibatkan penggunaan matawang yang
berbeza
43 Pemborong membeli barang dari peruncit secara pukal
44 Bank membantu menjadi perujuk dengan memberi perakuan tentang
kedudukan kewangan peniaga

3
Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Perniagaan
Dalam Negeri
Bil Keterangan p  
1 Perniagaan dalam nageri ialah aktiviti membeli dan menjual barang dan
perkhidmatan yang dijalankan antara penduduk di sesebuah negara.
2 Perniagaan dalam nageri terbahagi kepada perniagaan borong dan
perniagaan runcit.
3 Perniagaan borong merupakan bentuk perniagaan berskala kecil.
4 Perniagaan runcit merupakan perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja.
5 Barang yang dihasilkan oleh pengeluar disampaikan kepada pengguna
akhir melalui saluran agihan.
6 Proses saluran agihan dibantu oleh pemborong, peruncit dan orang
tengah yang lain.
7 Pemborong tidak memainkan peranan yang penting dalam saluran
agihan.
8 Pengeluar akan melantik ejen sebagai wakil jualan untuk menghantar
barang kepada peruncit.
9 Jenis barang merupakan salah satu daripada faktor pemilihan agihan.
10 Pengeluar tidak perlu kenal pasti sasaran pasaran sebelum memilih
saluran agihan.
11 Peruncit kecil-kecilan membeli daripada pemborong.
12 Peruncit tidak menyediakan pelbagai jenis barang di kedainya.
13 Peruncit hanya menjual barang secara tunai sahaja.
14 Perkhidmatan selepas jualan tidak perlu dilaksanakan oleh peruncit.
15 Peruncit mengurus stok di dalam kedainya untuk memastikan bekalan
mencukupi.
16 Perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri daripada peruncit berkedai dan
peruncit tanpa kedai.
17 Perniagaan runcit tanpa kedai beroperasi di sebuah premis tetap.
18 Kedai am ialah kedai yang menjual pelbagai jenis barang.
19 Kedai runcit yang mejual barangan keperluan dikategorikan sebagai
kedai khusus.
20 Perniagaan runcit kecil-kecilan memerlukan modal yang besar.
21 Perniagaan runcit dimiliki oleh seorang peniaga atau berkongsi.
22 Kedai katalog ialah perniagaan yang mempromosikan barang-barang
perkhidmatan melalui katalog.
23 Perniagaan borong ialah salah satu perniagaan dalam negeri.
24 Pemborong tidak melakukan kerja memecah pukal.
25 Pemborong berfungsi penuh dikelas kepada 6 kumpulan utama.
26 Pemborong am terlibat dalam aktiviti menjual dan membeli pelbagai
jenis barang yang tidak berkaitan antara satu sama lain.
27 Pemborong berfungsi terhad terdiri daripada 5 jenis.
28 Surat tanya merupakan dokumen yang digunakan pada peringkat selepas
urusniaga.

4
29 Surat jawapan ialah surat yang dihantar oleh penjual kepada pembeli.
30 Sebut harga ialah dokumen yang menunjukkan harga barang yang
diminta oleh pembeli.
31 Bayaran waktu terima bermaksud pembeli membuat bayaran semasa
membuat pesanan barang.
32 Penyata akaun merupakan dokumen peringkat sebelum urusniaga.
33 Penyata akaun ialah satu salinan akaun pembeli di dalam lejar penjual.
34 Resit ialah dokumen yang dikeluarkan oleh pembeli kepada penjual.
35 Syarat serahan terdiri daripada syarat masa serahan dan syarat bayaran
angkutan.
36 Diskaun niaga ialah potongan daripada amaun bersih yang diberi oleh
pembeli kepada penjual.
37 Nota kiriman juga dikenali sebagai nota konsainan.
38 Invois ialah dokumen yang dihatar oleh penjual dalam urusniaga secara
kredit.
39 Jualan tunai ialah aktiviti menjual barang yang dibayar secara tunai.
40 Peniaga tidak akan mendapat pulangan segera hasil daripada jualan
tunai.
41 Sewa beli merupakan salah satu kaedah jualan tunai.
42 Jualan kredit ialah aktiviti menjual barang secara hutang.
43 Jualan prabayar merupakan kaedah membayar harga sesuatu barang
terlebih dahulu.
44 Persaingan merupakan salah satu faktor pemilihan kaedah jualan.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Perniagaan


Antarabangsa
Bil Keterangan
1 Perniagaan antarabangsa ialah kegiatan jual beli yang dijalankan di
antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
2 Perniagaan antarabangsa terdiri daripada import dan eksport sahaja.
3 Entreport merupakan salah satu daripada cabang perniagaan
antarabangsa.
4 Hubungan antarabangsa ialah faktor wujudnya perniagaan atarabangsa.
5 Perniagaan import berlaku apabila rakyat negara ini menjual barang ke
negara lain.
6 Perniagaan entreport merujuk kepada aktiviti membeli barang dari
negara lain.
7 Aktiviti import dapat dikategorikan kepada nyata dan tak nyata.
8 Kepentingan perniagaan antarabangsa kepada pengguna ialah dapat
meningkatkan taraf hidup.

5
9 Peluang pekerjaan dapat diwujudkan melalui perniagaan antarabangsa.
10 Perniagaan antarabangsa boleh mengurangkan pendapatan negara.
11 Kapal laut biasa digunakan dalam perniagaan antarabangsa.
12 Akta Kastan 1967 mengawal pihak pengimport dari segi pengimportan
jenis barang.
13 Pengimport boleh menghantar surat pesanan kepada pengeksport di luar
negara
14 Surat pesanan yang dihantar oleh pengimport kepada pengeksport di
luar negara dipanggil inden.
15 Pesanan barang juga boleh dibuat melalui ejen import.
16 Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran merupakan prosedur
untuk mengeksport barang.
17 Pengeksport perlu menuntut barang dan membiayai duti kastam.
18 Sebelum mengeksport barang, pengeksport perlu mencari pasaran yang
sesuai.
19 Eksport secara langsung merupakan salah satu daripada jenis saluran
eksport.
20 Penggunaan matawang yang sama merupakan halangan dalam
perniagaan antarabangsa.
21 Perniagaan antarabangsa tidak tertakluk kepada prosedur kastam yang
rumit.
22 Keadaan politik di sesebuah negara merupakan salah satu halangan
perniagaan anatarabangsa.
23 Mewujudkan kerjasama perniagaan boleh mengatasi halangan
pemasaran antarabangsa.
24 Dokumen perniagaan antarabangsa boleh dibahagikan kepada tujuh
kumpulan utama.
25 Inden mengandungi butir-butir yang jelas untuk mengelakkan sebarang
kekeliruan.
26 Inden terbahagi kepada tiga jenis.
27 Inden terbuka memberi nama pengeluar tertentu untuk memesan barang.
28 Invois yang digunakan dalam perniagaan antarabangsa ialah invois
eksport.
29 Salah satu tujuan penggunaan invois dalam perniagaan antarabangsa
ialah untuk memberitahu jenis barang yang dihantar.
30 Kebanyakan negara tidak memerlukan invois konsular bagi barang yang
diimport masuk.
31 Sijil asal usul dikeluarkan oleh dewan perniagaan atau kementerian
perniagaan negara pengimport.
32 Bil muatan ialah dokumen yang penting dalam perniagaan antarabangsa.
33 Bil muatan yang merekodkan kerosakan barang dipanggil bil kotor.
34 Antara perkara yang terkandung dalam dokumen bil muatan ialah
maklumat tentang barang yang dieksport.
35 Bil udara ialah dokumen yang terlibat dalam penghantaran barang
melalui laut.

6
36 Nota perkapalan merupakan dokumen yang dihantar oleh syarikat
perkapalan kepada pihak lembaga pelabuhan.
37 Resit pemilik dermaga merupakan resit yang dikeluarkan oleh nakhoda
kapal.
38 Polisi insurans perkapalan ialah sijil insurans yang memberi
perlindungan kepada barang eksport.
39 Surat cagaran ialah dokumen yang dihantar oleh pengimport kepada
bank pengeksport.
40 Perbezaan negara dalam tingkat teknologi mewujudkan perniagaan
antarabangsa.
41 Perniagaan antarabangsa dan perniagaan dalam negeri tidak
bermatlamat untuk memperoleh keuntungan.
42 Malaysia telah mengimport kereta Toyota dari Jepun.
43 Saudagar atau gedung eksport ialah firma yang menjalankan aktiviti
mengeksport secara besar-besaran.
44 Pengimport akan menerima pesanan dari luar negara dalam bentuk
inden.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: IKS

Bil Keterangan  
1 Bilangan pekerja sepenuh masa industri kecil dan sederhana tidak melebihi
150 orang.
2 Nilai jualan tahunan industri kecil dan sederhana tidak kurang RM25 juta.
3 Teknologi pengeluaran industri kecil dan sederhana berintensifkan buruh
4 Industri kecil dan sederhana memenuhi semua cita rasa penduduk Malaysia
yang kompleks dan pelbagai.
5 Organisasi industri kecil dan sederhana lebih rumit berbanding industri
berat.
6 Mesin yang digunakan dalam industri kecil dan sederhana perlu
berteknologi tinggi seiring dengan peredaran masa.
7 Antara bidang yang diceburi ialah industri berasaskan sumber.
8 Antara bidang yang diceburi ialah industri berasaskan logam.
9 Antara bidang yang diceburi ialah industri berasaskan plastik
10 Antara bidang yang diceburi ialah industri komponen automotif
11 Antara bidang yang diceburi ialah industri komponen elektrik dan
elektronik
12 Antara bidang yang diceburi ialah industri pemprosesan makanan
13 Antara bidang yang diceburi ialah perkhidmatan langsung.
14 Industri kecil dan sederhana hanya terdapat di kawasan pedalaman.
15 Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) adalah salah satu contoh
industri kecil dan sederhana.

7
16 Industri kimia dan farmaseutikal tidak termasuk dalam industri kecil dan
sederhana.
17 Industri kecil dan sederhana hanyalah industri kecil yang tiada peranan
penting dalam pertumbuhan ekonomi.
18 Industri kecil dan sederhana sangat penting kerana menjadi pemangkin
kepada pertumbuhan industri lain.
19 Industri kecil dan sederhana membantu mengurangkan import barangan
pengguna.
20 Pemasaran bersepadu dikenali sebagai pemasaran ‘konsep payung’.
21 Industri berat seperti indutri pembuatan kereta memperoleh komponen
seperti bateri, pintu, kusyen daripada industri kecil dan sederhana.
22 Pemasaran bersepadu bermaksud sekumpulan industri kecil dan sederhana
bersatu memasarkan keluarannya.
23 Melalui pemasaran bersepadu, industri kecil dan sederhana akan
memperoleh pasaran yang terjamin menerusi kontrak kerajaan.
24 Pengaturan kontrak khas bermaksud mengikut perjanjian antara sebuah
firma kecil dengan firma besar.
25 Melalui pengaturan kontrak khas, modal pusingan lambat diperolehi.
26 Subkontrak melibatkan perpindahan pengeluaran satu unit kecil
pengeluaran daripada syarikat besar kepada syarikat industri kecil dan
sederhana.
27 Masalah utama yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana ialah
mendapatkan modal dan pembiayaan.
28 Industri kecil dan sederhana menyekat peluang kepada usahawan
menyumbang kebolehan, daya cipta dan kreativiti.
29 Industri kecil dan sederhana menjadi pembekal komponen kecil kepada
industri besar melalui cara francais.
30 Industri kecil dan sederhana memberi peluang masyarakat menceburi sector
perindustrian
31 Industri kecil dan sederhana membuka banyak peluang pekerjaan .
32 Industri kecil dan sederhana sering menghadapi masalah masalah
mendapatkan tenaga buruh mahir
33 Industri kecil dan sederhana mudah memperolehi bantuan kredit
34 Syarikat industri kecil dan sederhana mesti diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965
35 Industri kecil dan sederhana masih bergantung kepada pasaran domestik
36 Pakej kewangan untuk industri kecil dan sederhana adalah program
bantuan kewangan yang diberikan oleh SMIDEC
37 Agen pelaksana bagi program paksi adalah Bank Pembangunan dan
Infrastruktur Malaysia Berhad.
38 SMIDEC ditubuhkan untuk membantu pembangunan industri berat.
39 Industri kecil dan sederhana membantu industri berat dengan membekalkan
komponen dan alat ganti
40 Kualiti pengeluaran industri kecil dan sederhana dapat ditingkatkan melalui
program subkontrak.

8
41 Industri kecil dan sederhana sering mengalami kekurangan tenaga mahir.
42 Melaui subkontrak, firma besar dikenali sebagai Syarikat Anchor.
43 Melaui subkontrak, firma IKS dikenali sebagai Syarikat Vendor.
44 Industri yang banyak menggunakan tenaga buruh dipanggil industri buruh.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Pemilikan


Perniagaan
Bil Keterangan  
1 Cara memulakan perniagaan sendiri terdiri daripada 10 cara.
2 Memulakan perniagaan sendiri bermaksud menubuhkan sesuatu
perniagaan yang baru atas usaha sendiri.
3 Usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya sendiri.
4 Mengambilalih merupakan salah satu cara memulakan perniagaan
sendiri.
5 Kelebihan yang diwarisi daripada pengambilalihan disebut ‘muhibah’.
6 Usahawan yang diberi hak francais dinamakan francaisor.
7 Francais merupakan perniagaan yang paling tinggi risiko kegagalannya.
8 Minat, pengetahuan dan pengalaman merupakan faktor yang perlu
dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan.
9 Usahawan harus memastikan modal mencukupi untuk memulakan
perniagaan.
10 Kejayaan sesuatu perniagaan tidak bergantung kepada lokasi
perniagaan.
11 Persaingan tidak wujud dalam perniagaan.
12 Pengendalian dan kawalan perniagaan yang cekap tidak menjamin
kejayaan sebuah perniagaan.
13 Stok ialah barang yang disimpan untuk dijual pada masa akan datang.
14 Simpanan stok perlu dibuat untuk memenuhi permintaan yang dijangka.
15 Pengurusan stok melibatkan aspek merekod stok.
16 Pemilikan perniagaan ialah cara bagaimana perniagaan yang dimiliki
oleh usahawan ditubuhkan.
17 Milikan tunggal ialah jenis perniagaan yang dimiliki oleh ramai pemilik.
18 Perniagaan milikan tunggal mudah dibentuk.
19 Saiz perniagaan milikan tunggal adalah besar.
20 Perkongsian ialah jenis perniagaan yang dimiliki oleh 2 hingga 20
orang.
21 Aktiviti perniagaan milikan tunggal dijalankan secara besar-besaran.
22 Rakan kongsi aktif menyumbangkan modal tetapi tidak terlibat dalam
pengurusan perniagaan.
23 Rakan kongsi yang tidak menyumbangkan modal tetapi membenarkan
namanya digunakan dipanggil rakan kongsi nominal.
24 Perniagaan perkongsian ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961.
25 Semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad.

9
26 Modal perniagaan perkongsian adalah kecil.
27 Syarikat berhad boleh dibahagi kepada tiga jenis.
28 Syarikat sendirian berhad terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang
pengasas perniagaan.
29 Pemilik syarikat sendirian berhad menanggung liabiliti tidak terhad.
30 Syarikat sendirian berhad dan pemegang syernya merupakan dua entiti
yang berasingan.
31 Keuntungan syarikat sendirian berhad diagihkan kepada pemegang syer
dalam bentuk dividen.
32 Syarikat sendirian berhad dikenakan cukai yang lebih rendah
berbanding cukai perseorangan.
33 Cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.
34 Koperasi berkonsepkan prinsip tolong-menolong antara satu sama lain.
35 Pemilik koperasi menanggung liabiliti tidak terhad.
36 Koperasi dikecualikan daripada bayaran cukai.
37 Kesemua modal perbadanan disumbang oleh kerajaan.
38 Penswastaan menambahkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
39 Pentadbiran koperasi adalah secara autokratik.
40 Koperasi menanggung beban cukai yang tinggi.
41 Kekekalan koperasi terjamin kerana mempunyai entiti berasingan
daripada anggotanya.
42 Salah satu kelebihan perbadanan awam ialah dapat mengelakkan
pembaziran sumber.
43 Perbadanan awam tidak dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.
44 Salah satu tujuan penswastaan ialah menggalakkan pertumbuhan
ekonomi.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Pelaburan

Bil Keterangan  X
1 Lebih tinggi risiko lebih tinggi pulangan atas pelaburan
2 Tujuan pelaburan ialah untuk dapatkan pulangan
3 Pelabur ialah individu yang mementingkan keuntungan serta-merta
4 Spekulator jualbeli saham dalam jangkamasa pendek
5 Spekulator membeli dan menjinual syer berdasarkan khabar angin
6 Pelaburan dalam harta tanah disebut pelaburan modal
7 Penelah naik beli syer dengan harapan harga akan turun
8 Stag beli syer baru dengan harapan menjualnya pada harga rendah
9 Pelabur menyebabkan harga syer turun naik dengan mendadak
10 Saham merupakan gabungan semua syer yang dibayar penuh
11 Saham diterbitkan oleh syarikat sendirian berhad kepada orang ramai
12 Saham disenaraikan boleh diurusniagakan dalam pasaran saham
13 Saham mesti dibayar dengan penuh

10
14 Saham hanya boleh diniaga atau dipindahmilik dalam sebarang pecahan
15 Saham boleh dibeli melalui broker di bursa saham Kuala Lumpur
16 Saham boleh disimpan dan dijual apabila harga meningkat
17 Kadar dividen saham biasa adalah tetap setiap tahun
18 Pemegang saham keutamaan berhak menerima dividen tunggakan
19 Kadar dividen ditetapkan oleh ketua pengarah syarikat
20 BSKL menyediakan tempat pasaran saham
21 Peranan BSKL menyebarkan maklumat penting kepada orang ramai
22 BSKL juga mengumpulkan keuntungan untuk syarikat
23 Harga saham turun naik dengan cepat akibat aktiviti spekulasi
24 Faktor politik boleh menyebabkan turun naik harga saham
25 Syer dan saham adalah sama sahaja
26 Unit Amanah merupkan sejenis pelaburan
27 BSKL menjual saham kepada orang ramai
28 Simpanan Tetap merupakan pelaburan berisiko rendah
29 Urusan jual beli saham dilakukan oleh remisier
30 Wakil remisier ialah broker
31 Saham tidak disenaraikan boleh dibeli dari BSKL
32 Setiap syer mempunyai nombor siri
33 Satu lot saham terdiri daripada 1000 unit syer
34 Amanah Saham ialah pelaburan kolektif yang dibuat oleh pengurus
profesional
35 Pelaburan dalam gilts ialah bon kerajaan
36 Dividen ialah pembahagian keuntungan syarikat kpd pemegang saham
37 Harta tanah merupakan aset pelaburan yang mudah cair
38 Pemegang saham keutamaan berhak mengundi dalam mesyuarat agung
39 Pelaburan dalam Unit Amanah boleh mendapat pulangan yang tetap
40 Pelaburan terbahagi kepada pelaburan berisiko tinggi dan risiko rendah
41 Matlamat pelaburan utk dapat pendapatan semasa dan keuntungan
modal
42 Pemegang syer keutamaan merupakan pemilik syarikat
43 Kecairan aseet merupakan faktor yang dipertimbangkan semasa
membuat pelaburan
44 Pemegang saham biasa hanya akan dibayar dividen sebelum semua
liabiliti syarikat diselesaikan

11
Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Perbankan dan
Institusi Kewangan Lain
Bil Keterangan  
1 Sistem perbankan terbahagi kepada dua iaitu perbankan konvensional
dan perbankan Islam.
2 Perbankan Islam menghalalkan pemberian faedah.
3 Ciri perbankan konvensional ialah faedah, pelaburan dan keuntungan.
4 Sekeping cek melibatkan 3 pihak iaitu pesuruh bayar, penerima dan
penyuruh bayar.
5 Cek terbuka terdiri daripada cek pembawa dan cek berpalang.
6 Perbankan Islam tidak mempunyai unsur riba, gharar dan maisir.
7 Murabahah ialah bayaran tertangguh secara ansuran.
8 Bai Bithaman Ajil ialah jualan dengan tambahan untung.
9 Ijarah adalah pajakan.
10 Pelaburan dalam perbankan konvensional boleh dilakukan dalam semua
sektor perniagaan.
11 Pelaburan dalam perbankan Islam bebas daripada unsur yang
meragukan.
12 Cek pembawa boleh ditunaikan oleh sesiapa sahaja.
13 Penasihat perbankan Islam terdiri daripada para ulama dan pakar
perbankan.
14 Bank pusat berfungsi mengeluar dan mengawal mata wang negara.
15 Bank pusat juga dikenali sebagai Maybank.
16 Bank pusat mengawal aliran wang ke luar negara.
17 Bank pusat menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.
18 Laporan semua kegiatan dan kedudukan kewangan dibuat 6 bulan
sekali.
19 Bank pusat melaksanakan dasar kewangan kerajaan.
20 Bank pusat menjadi jurubank kepada bank perdagangan.
21 Undang-undang negara mewajibkan semua bank perdagangan
menyimpan sebahagian simpanan di dalam bank pusat.
22 Mayban Berhad bertindak sebagai peminjam terakhir kepada bank
perdagangan.
23 Bank perdagangan dimiliki oleh kerajaan dan swasta.
24 Tujuan utama bank perdagangan ialah mencari keuntungan.
25 Tiga prinsip utama bank Islam ialah Wadiah, Jariah dan Musyarakah.
26 Bank saudagar hanya memberi perkhidmatan kepada firma besar dan
institusi perniagaan besar.
27 Orang awam boleh membuka akaun di bank saudagar.
28 Bank badan berkanun ditubuhkan oleh swasta.
29 Bank Simpanan Nasional dan Bank Pertanian Malaysia ialah bank
badan berkanun.
30 Akaun simpanan tetap memberi faedah yang lebih tinggi daripada akaun
simpanan biasa.
31 Bank Pertanian Malaysia ditubuhkan untuk membangun dan
memodenkan sektor perindustrian.
32 Bank perdagangan dimiliki oleh pihak swasta.

12
33 Bank Bumiputra Commerce dan Ambank ialah bank perdagangan.
34 Pengeluaran untuk akaun simpanan hanya boleh dilakukan di kaunter
bak.
35 Terdapat 3 jenis akaun iaitu akaun simpanan, akaun simpanan tetap dan
akaun semasa.
36 Pemegang akaun semasa diberi kemudahan menggunakan cek.
37 Pemegang akaun simpanan tetap boleh memohon overdraf.
38 Akaun simpanan tetap menyimpan sejumlah wang untuk suatu tempoh
tertentu.
39 Arahan tetap untuk membayar sewa rumah, bayaran ansurannya tepat
pada tarikh tertentu.
40 Pindahan kredit digunakan untuk membayar gaji pekerja.
41 Kad kredit digunakan untuk membeli barang tanpa menggunakan wang
tunai.
42 Draf bank dikeluarkan oleh bank untuk pelanggan yang tidak
mempunyai akaun semasa.
43 Cek kosong ialah cek yang tidak diisi langsung.
44 Cek kembara amat mudah digunakan oleh pelanggan yang ingin ke luar
negara.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Insurans

Bil Keterangan  
1 Insurans adalah skim untuk memberi perlindungan kepada insured atau
keluarganya jika berlaku kemalangan.
2 Insured ialah syarikat yang menawarkan skim insurans.
3 Polisi insurans merupakan surat ikatan perjanjian antara insured dan
insurer.
4 Insurer ialah syarikat yang menawarkan skim insurans.
5 Pampasan akan dibayar mengikut jumlah insurans yang dijanjikan.
6 Premium ialah dana yang dibayar setiap bulan, setiap 3 bulan atau setiap
tahun.
7 Perubahan citarasa dan keadaan politik adalah risiko yang boleh
diinsuranskan.
8 Insurans merupakan cara menyimpan dan menabung dengan baik.
9 Insurans menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
10 Ali boleh menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran.
11 Ali boleh menginsuranskan rumah Ahmad, rakan karibnya.
12 Ah Lek mesti memberitahu maklumat sebenar mengenai risiko yang
hendak diinsuranskan.
13 Amin akan mendapat gantirugi jika kedai kainnya terbakar akibat api
dari dapur gas yang tidak dimaklumkan kewujudannya dalam borang
cadangan.

13
14 Kepentingan boleh diinsuranskan ialah seseorang yang membeli
insurans mesti ada kepentingan ke atas nyawa yang diinsuranskan.
15 Penuh percaya mutlak ialah maklumat yang benar yang mesti diberikan
semasa mengisi borang cadangan.
16 Aminah akan menerima gantirugi sepenuhnya dari dua syarikat insurans
sekira berlaku risiko yang diinsuranskan.
17 Prinsip indemniti berasaskan tiga perkara.
18 Ketiga-tiga syarikat insurans akan berkongsi membayar gantirugi
kepada Aiman di bawah prinsip indemniti.
19 Walaupun Ai Ching telah menerima pampasan dari syarikat insurans,
kereta yang telah dijumpai semula tetap menjadi miliknya.
20 Van yang membawa komputer telah kehilangan komputer di dalamnya
tidak boleh mendapat pampasan kerana tidak mengambil insurans
kecurian.
21 Insurans terdiri daripada insurans am dan khas.
22 Insurans motor komprehensif melindungi pihak pertama dan ketiga.
23 Pihak ketiga ialah pengguna jalan raya lain yang terlibat dalam
kemalangan dengan insured.
24 Premium insurans motor komprehensif lebih tinggi.
25 Sekiranya insured yang membeli insurans kemalangan, meninggal dunia
kerana penyakit, pampasan akan dibayar.
26 Insurans liabiliti majikan melindungi majikan daripada tuntutan pekerja.
27 Insurans liabiliti am melindungi pemilik premis daripada tuntutan orang
awam.
28 Sekiranya pelanggan pusat membeli belah terjatuh semasa menaiki
eskalator, beliau tidak akan mendapat tuntutan.
29 Jika jumlah kerugian akibat kebakaran RM50 000, Encik Amin akan
mendapat RM100 000 amaun yang diinsuranskannya.
30 Insurans hayat seumur hidup hanya akan dibayar jika insured meninggal
dunia.
31 Jika insured mencarum dalam insurans endowmen, beliau akan
mendapat jumlah insurans setelah tempoh matang.
32 Dalam insurans hayat sementara, jika insured meninggal dalam tempoh
tersebut pewaris akan mendapat pampasan.
33 Dalam insurans hayat sementara, jika tidak berlaku apa-apa dalam
tempoh tersebut pewaris akan mendapat pampasan.
34 Insurans marin akan membayar pampasan sekiranya berlaku risiko
dalam kapal atau pelayaran di laut.
35 Insurans penerbangan akan membayar pampasan sekiranya berlaku
risiko di udara.
36 Insurans jaminan setia melindungi majikan daripada berlaku
penyelewengan atau pecah amanah.
37 Insurans gadaian untuk melindungi barang kemas atau dokumen sulit.
38 Jika insurans gadaian diambil, pewaris tidak perlu membayar baki
hutang pinjaman.

14
39 Takaful membenarkan unsur seperti gharar, maisir dan riba.
40 Gharar ialah unsur perjudian.
41 Dua jenis produk takaful ialah takaful keluarga dan individu.
42 Takaful am disertai oleh individu, syarikat, pertubuhan atau perbadanan.
43 Perkara utama yang perlu dilakukan jika berlaku risiko ialah membuat
laporan polis.
44 Pampasan hanya akan diberi tertakluk kepada syarat yang diyatakan
dalam polisi.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Pengangkutan

Bil Keterangan  
1 Pengangkutan ialah cara memindahkan maklumat ke tempat lain.
2 Pengangkutan dapat membantu meluaskan pasaran.
3 Pengangkutan memungkinkan rakyat Malaysia menikmati empingan
jagung dari Amerika Syarikat.
4 Pengangkutan dapat menggalakkan pembukaan kawasan kilang baru.
5 Kemajuan pengangkutan memudahkan penyebaran teknologi.
6 Pengangkutan menggalakkan pergerakan tenaga buruh.
7 Pengangkutan mengelakkan pembaziran.
8 Pengangkutan tidak menggalakkan industri pelancongan.
9 Jalan raya merupakan sejenis pengangkutan darat.
10 Kapal kargo dan helikopter adalah dua jenis pengangkutan laut.
11 Saluran paip ialah sejenis pengangkutan.
12 Saluran paip sesuai mengangkut semua jenis barang.
13 Kapal pesisir pantai mengangkut penumpang.
14 Kapal kerentan juga dikenali sebagai kapal tramp.
15 Kapal kargo mempunyai jadual pelayaran yang tetap.
16 Kapal kerentan belayar mengikut arahan pencarter.
17 Serahan barang dari pintu ke pintu hanya disediakan oleh pengangkutan
darat.
18 Pengangkutan jalan raya menyediakan serahan barang dari pintu ke
pintu.
19 Pengangkutan jalan raya murah dan cepat bagi jarak dekat.
20 Pengangkutan jalan raya tidak fleksibel dari segi arah dan jadual.
21 JPJ mengeluarkan lesen memandu pengangkutan jalan raya.
22 JPJ membiayai semua perbelanjaan sekolah memandu di Malaysia.
23 LPKP ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
24 PUSPAKOM bertangjungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas
kenderaan perniagaan dan persendirian.
25 Perkhidmatan komuter adalah sejenis pengangkutan rel.
26 Pengangkutan rel adalah murah bagi jarak jauh.
27 Satu kekurangan pengangkutan rel ialah ruang muatan yang terhad.

15
28 Pengangkutan rel menyediakan serahan barang dari pintu ke pintu.
29 Pengangkutan laut adalah lebih murah berbanding pengangkutan udara.
30 Salah satu tugas Jabatan Laut ialah menyelenggara pelabuhan.
31 Pengangkutan udara ialah jenis pengangkutan yang paling pantas.
32 Pengangkutan udara sesuai mengangkut barang yang tidak tahan lama.
33 Kos pengangkutan udara adalah murah.
34 Pengangkutan udara sesuai untuk mengangkut semua jenis barang.
35 MAS Kargo mengendalikan pengkontenaan yang cekap dan pantas.
36 Salah satu tugas Petronas ialah cari gali dan mengeluarkan petroleum
negara.
37 Pengkontenaan ialah satu cara mengangkut barang dalam peti kontena
sebagai satu unit.
38 Peti kontena boleh dikunci dan dipateri.
39 Pengkontenaan sesuai untuk mengangkut barang berbentuk pukal.
40 TIR memudahkan peraturan dan dokumentasi kastam.
41 Penggunaan TIR tidak memerlukan peti kontena dibuka di negara
perantaraan.
42 Faktor utama yang dipertimbangkan apabila mengangkut barang ialah
kos pengangkutan.
43 Bunga segar sesuai diangkut dengan pengangkutan laut.
44 Nilai barang adalah satu faktor yang diambil kira apabila memilih jenis
pengangkutan.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Komunikasi

Bil Keterangan  
1 Komunikasi bermaksud penyampaian maklumat secara lisan atau
bertulis.
2 Komunikasi tidak mewujudkan sistem kewangan yang cekap.
3 Komunikasi dapat melancarkan dan mempercepatkan urusan
perdagangan.
4 Perkhidmatan komunikasi terdiri daripada perkhidmatan pos,
perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan kurier.
5 Kiriman wang adalah salah satu perkhidmatan mel.
6 Perkhidmatan kaunter Pos Malaysia Berhad terdiri daripada jualan,
agensi dan pembayaran.
7 Perkhidmatan telekomunikasi terbahagi kepada telefon, siding audio
dan videofon.
8 Telegram, teleks dan telefaks merupakan perkhidmatan audio visual.
9 Videofon melibatkan pemasangan talian internet dengan sebuah kamera.
10 Sidang video membolehkan Encik Kamal yang berada di Johor
berbincang dengan rakannya yang berada di Genting Highlands.
11 Telefon bimbit beroperasi tanpa talian melalui gelombang mikro.

16
12 Perkhidmatan teleks, telefaks boleh digunakan untuk mengirimkan
wang.
13 Teleprinter adalah mesin yang digunakan oleh teleks.
14 Peti surat persendirian sesuai digunakan oleh pelancong yang tidak
mempunyai alamat tetap.
15 Aerogram adalah cara yang paling murah untuk mengirimkan surat
kepada rakan yang berada di luar negara.
16 Perkhidmatan kurier disediakan untuk menghantar bungkusan, surat dan
dokumen perniagaan.
17 Perkhidmatan kurier disediakan oleh kerajaan untuk menghantar surat
dengan pantas.
18 Paeet kecil digunakan oleh peniaga untuk mengirim surat kepada
pelanggan.
19 Berat maksimum penghantaran barang melalui pos ekspres adalah 10
kilogram.
20 Simpanan wang bagi akaun Bank Simpanan Nasional boleh dibuat di
kaunter pejabat pos.
21 Perniagaan runcit kecil-kecilan boleh menggunakan mesin frangki untuk
mengecop setem.
22 Khidmat serahan tingkap boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
23 Peti surat persendirian diletakkan di luar tembok bangunan pejabat pos.
24 Panggilan radio maritim boleh dibuat dari darat ke kapal di Lautan
Atlantik sahaja.
25 MAYPAC adalah singkatan bagi Malaysia Packed Switched Public
Data Network.
26 Faktor pemilihan komunikasi terdiri daripada kos, jarak, kesegeraan,
jenis maklumat dan mudah didapati.
27 Televisyen, radio merupakan kaedah penyampaian maklumat dan berita
melalui perkhidmatan penyiaran seperti RTM, TV3, NTV7 dan Astro
28 Perutusan atau maklumat yang dikirimkan melalui telegraf disebut
sebagai telefaks.
29 Perkhidmatan telestoks ialah perkhidmatan yang disediakan oleh
TELEKOM kepada pelabur.
30 Sistem ATUR mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1985.
31 Kiriman wang biasa domestik ialah kiriman wang yang boleh dibeli di
Bank Simpanan Nasional.
32 Had maksimum Kiriman Wang Ekspres adalah sebanyak RM50,000
33 Wang Pos British adalah wang pos yang sesuai untuk mengirim jumlah
wang
34 Perkhidmatan pembayaran terdiri daripada wang pos dan kiriman wang.
35 Komunikasi berfungsi untuk mengelakkan kerugian dan kerosakan.
36 Surat boleh diinsuranskan.
37 Poskad mestilah diposkan tanpa sampul surat dan memerlukan setem.
38 Pos Daftar adalah perkhidmatan yang disyorkan untuk mengepos barang
atau dokumen yang dianggap berharga dan mustahak.

17
39 Pos Ekspres hanya boleh diposkan di peti mengepos yang berwarna
merah yang disediakan atau diserahkan di kaunter pejabat pos.
40 Bahagian kanan poskad digunakan untuk menulis mesej kepada
penerima
41 Persuratan untuk orang buta adalah perkhidmatan yang disediakan khas
untuk orang kurang upaya.
42 Sampul surat hari pertama dijual kepada peminat dan pengumpul setem.
43 Barang bercukai boleh diinsuranskan
44 Aerogram tidak boleh mengandungi sebarang lampiran.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Pergudangan

Bil Keterangan  
1 Pergudangan adalah aktiviti penyimpanan barang dengan selamat.
2 Pergudangan dapat meningkatkan jualan.
3 Pergudangan membantu menjamin keselamatan barang.
4 Pergudangan dapat mewujudkan pasaran baru.
5 Pergudangan menggalakkan pengeluran secara besar-besaran.
6 Pergudangan dapat menambahkan peluang pekerjaan.
7 Gudang digunakan untuk melakukan kerja-kerja akhir.
8 Kerja-kerja akhir termasuk menjual barang.
9 Pergudangan juga bertindak sebagai tempat pemecahan pukal.
10 Bagi perniagaan antarabangsa, gudang terletak di pintu masuk negara.
11 Pintu masuk negara termasuk di pelabuhan dan lapangan terbang.
12 Pergudangan membantu menstabilkan harga barang.
13 Pergudangan sebagai kolam air menyebabkan lambakan barang.
14 Gudang merupakan tempat menyimpan barang sebelum duti import
dijelaskan.
15 Pergudangan tidak menjamin keselamatan barang daripada risiko cuaca.
16 Gudang pengilang terletak di pintu masuk negara.
17 Gudang tidak memerlukan kawasan yang luas di sekitarnya.
18 Semua gudang mesti berbumbung dan berdinding.
19 Papan dan kayu tidak memerlukan gudang.
20 Ruang di dalam gudang haruslah kecil bagi menjimatkan kos.
21 Penyusunan barang di dalam gudang yang tidak teratur menyukarkan
barang dikeluarkan.
22 Pengkhususan kerja dalam pergudangan tidak penting.
23 Sistem perekodan yang lengkap tidak penting untuk gudang.
24 Gudang yang baik perlu dilengkapi peralatan yang lengkap.
25 Gudang BERNAS adalah gudang kerajaan.
26 Gudang berlesen dimiliki oleh kerajaan.

18
27 Gudang kastam dimiliki oleh pihak swasta.
28 Gudang pengilang digunakan untuk menyimpan barang siap.
29 Gudang pengilang digunakan untuk menyimpan bahan mentah.
30 Gudang pemborong khas dimiliki oleh pasar raya.
31 Gudang boleh digunakan sebagai tempat pameran dan jualan.
32 Gudang pemborong am menyimpan satu keluaran tertentu sahaja.
33 Gudang peruncit dimiliki oleh peruncit kecil-kecilan.
34 Gudang peruncit biasanya hanya menyimpan sejenis barang sahaja.
35 Gudang kerajaan juga merupakan pusat pengedaran barang.
36 Gudang kerajaan digunakan oleh peniaga untuk menyimpan barang
tanpa sebarang caj.
37 Gudang berbon digunakan untuk barang yang telah dibayar cukainya.
38 Pengimport dikenakan sewa jika menggunakan ruang gudang berbon.
39 Semasa barang disimpan di dalam gudang berbon, kerja-kerja akhir
tidak boleh dilakukan.
40 Gudang berbon digunakan untuk barang keluaran tempatan yang
dikenakan duti eksais.
41 Bagi peniaga entreport, gudang berbon membantu mengelakkan duti
import.
42 Penyetoran sejuk digunakan untuk menyimpan barang yang tidak tahan
lama.
43 Penyetoran sejuk dilengkapi alat kawalan suhu khas.
44 Barang yang tidak tahan lama termasuk ikan kering.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Promosi

Bil Keterangan  
1 Promosi menyampaikan maklumat.
2 Promosi dapat memujuk dan mempengaruhi orang ramai untuk
membeli.
3 Promosi dapat mewujudkan pasaran baru.
4 Promosi mengekalkan pasaran sedia ada.
5 Promosi boleh meningkatkan jualan.
6 Promosi membantu peniaga mengatasi pesaing.
7 Empat campuran pemasaran ialah harga, produk, promosi dan tempat.
8 Produk ialah barang yang hendak diagihkan kepada pengguna.
9 Seorang doktor menawarkan produk berbentuk perkhidmatan.
10 Pengiklanan tidak popular kerana tidak berkesan dalam promosi.
11 Iklan penerangan bertujuan mempengaruhi pengguna membeli barang.
12 Iklan penerangan bertujuan mencari keuntungan.
13 Iklan memujuk menonjolkan kelebihan jenama atau produk.
14 Cabutan bertuah adalah satu contoh promosi jualan.

19
15 Pemberian sampel adalah satu contoh promosi pengguna.
16 Pemberian bonus adalah satu contoh promosi jurujual.
17 Jualan terus dilakukan oleh penjual di dalam pasar raya.
18 Penjual dan pembeli dapat bertemu dan berinteraksi dalam jualan terus.
19 Surat khabar adalah sejenis media bercetak.
20 Pengiklanan dalam surat khabar meliputi kawasan yang terhad.
21 Katalog adalah dokumen yang ada gambar berwarna sesuatu barang.
22 Kos percetakan risalah adalah lebih tinggi daripada kos percetakan
katalog.
23 Poster adalah cara pengiklanan di dalam televisyen.
24 Penggunaan sepanduk tidak sesuai bagi menghebahkan maklumat ke
seluruh negara.
25 Halaman Kuning dikeluarkan oleh pejabat pos.
26 Kad perniagaan sesuai digantung atau ditampal di tempat awam.
27 Pengiklanan melalui internet memerlukan penggunaan laman web.
28 Internet boleh dilayari oleh penduduk seluruh dunia.
29 Televisyen boleh mengeluarkan gambar dan bunyi.
30 Radio mempunyai liputan yang tidak luas dan terhad.
31 Pengiklanan menggunakan lampu neon sesuai dan berkesan pada waktu
siang.
32 Pawagam ialah satu cara pengiklanan melalui e-mail.
33 Skrin besar hanya mengeluarkan bunyi dan suara sahaja.
34 Papan tanda tidak perlu ditukar dengan kerap.
35 Peragaan tingkap ialah menjual barang melalui tingkap.
36 Peragaan tingkap melibatkan penyusunan dan pameran barang di dalam
kedai bercermin.
37 Sampel adalah barang yang diberikan secara percuma.
38 Pemberian sampel sesuai untuk semua jenis barang.
39 Ekspo ialah cara mengiklan menggunakan sepanduk.
40 Belon udara ialah cara mengiklan dengan menggunakan kapal terbang.
41 Penjualan komputer sesuai diiklankan melalui pameran.
42 Perniagaan kecil-kecilan sesuai mengiklan melalui televisyen.
43 Rokok dan minuman keras boleh diiklankan di radio dan televisyen.
44 Iklan alat solek sesuai disiarkan di dalam majalah wanita.

20
Tajuk:Peranan Kerajaan
Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Dalam Perniagan

Bil Keterangan  
1 Taraf perintis ialah pelepasan cukai 5 tahun sebagai insentif kepada
syarikat baru
2 UDA berfungsi menyediakan perkhidmatan latihan kepada pengusaha
pertanian
3 FAMA berfungsi membantu memperbaiki system pemasaran hasil
pertanian
4 MARDI berfungsi menyelidik untuk meningkatkan mutu kelapa sawit
5 BERNAS berfungsi mewakili kerajaan dalam pengurusan dan memberi
subsidi penanam nenas
6 Sumbangan utama MATRADE ialah menganjurkan misi perdagangan
keluar Negara
7 SIRIM menetapkan standard / piawaian ke atas barang keluaran
perindustrian
8 Penggubalan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 bertujuan
untuk mengawal operasi perbankan
9 Bantuan latihan dan pengurusan yang diberi oleh kerajaan kepada
peniaga bertujuan meningkatkan keuntungan perniagaan mereka
10 Elaun eksport diberi kepada syarikat yang mengeksport barang buatan
Malaysia sahaja
11 FAMA dan PKEN menyediakan kemudahan ruang niaga kepada para
peniaga
12 Taraf perintis dan elaun pelaburan yang diberi kepada peniaga bertujuan
untuk memaksimakan keuntungan
13 Tujuan kerajaan mewujudakan zon perdagangan bebas ialah
menggalakkan kemasukan pelaburan asing
14 MARA ada memberi perkhidmatan menyedian kemudahan ruang niaga
15 Peranan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ialah untuk mengawal
kualiti kemahiran Negara
16 MPOB berfungsi untuk memperluas pasaran hasil minyak kelapa sawit
17 RISDA berfungsi memasarkan hasil pekebun kecil getah
18 Akta Syarikat 1965 mewajibkan pendaftaran perniagan perkongsian
19 Akta Perkongsian 1961 mewajibkan pendaftaran koperasi
20 Akta Hak Cipta 1987 membei hak eksklusif kepada pencipta untuk
mengawal pengeluaran semula sebuah karya
21 Akta Makanan 1983 mengawal penjualan makanan supaya tidak
mengancam pengguna
22 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 bertanggungjawab dan menyelaras
segala aktiviti berhubung pembuangan bahan cemar
23 Akta Jualan Barangan 1987 mewajibkan penandaan harga dan pelabelan
24 Akta Sewa Beli 1967 mengawal sedia kandungan dan bentuk perjanjian
termasuk perjanjian sewa beli
25 Akta Perihal Dagangan 1972 mengawasi dan mengawal selia barang
import dan eksport

21
26 Akta Jualan Langsung 1993 melindungi hak dan kepentingan pengguna
stokis ahli syarikat dan orang ramai
27 Akta Kawalan Harga 1946 mewajibkan penggunaan alat timbang dan
sukat yang standard betul dan disahkan
28 Akta Timbang dan Sukat 1972 memberi kuasa kepada kerajaan
mengawal harga bagi barangan tertentu
29 Akta Francais 1928 mewajibkan perniagaan secara francais didaftarkan
30 Akta Kastam 1967 melindungi francaisor dan francaisi
31 Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan undang-undang yang boleh
dikenakan kepada individu yang gagal mengistiharkan pendapatan
32 Akta KWSP 1991 menjaga kebajikan pekerja melalui caruman yang
diwajibkan keatas pendapatan mereka
33 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 memberi perlindungan kepada
sector swasta
34 SMIDEC menyediakan kemudahan insfrastruktur untuk melicinkan
aktiviti perniagaan
35 MARA ditubuhkan untuk menggalakkan dan membantu masyarakat
bumiputra menyertai perniagaan
36 Elaun Cukai Pelaburan diberikan kepada syarikat berstatus MSC dan
industri berasaskan bahan mentah tempatan
37 Perbadanan Kemajuan Kraf Malaysia memberi memberi kursus dan
latihan kraf tangan kepada belia
38 Elaun Pelaburan Semula tidak dikenakan cukai sebanyak 100 % selama
5 tahun
39 PKEN bertanggungjawab memasarkan hasil pertanian yang dikeluarkan
oleh petani
40 Potongan Cukai dibenarkan ke atas perbelanjaan untuk mendapatkan
sijil Kualiti, Sijil Halal dan Pendaftaran Paten
41 Pembiayaan bertujuan meningkatkan keluaran tempatan yang dapat
bersiang didalam dan diluar Negara
42 Skim Jaminan Usahawan Kecil membantu mmeperkembangkan industri
kecil dan memberi perlindungan jaminan para bank perdagangan
terhadap IKS
43 Tabung Ekonomi Kumpulan Usahaniaga /TEKUN menyediakan
kemudahan pinjaman modal tambahan dengan cepat dan tidak
membebankan peniaga
44 Perbadanan Pembangunan Teknologi /MTDC berfungsi membuat
pelaburan dalam sector berteknologi tinggi

22
Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Konsumerisme

Bil Keterangan  
1 Pengguna ialah sesiapa sahaja yang menggunakan barang atau
perkhidmatan.
2 Konsumerisme adalah satu usaha melindungi hak dan kepentingan
pengguna.
3 Pengguna berhak mendapat keperluan asas.
4 Pengguna berhak dilindungi daripada penjualan barang yang
membahayakan kesihatan.
5 Penjual boleh memberi maklumat palsu.
6 Pengguna tidak berhak membuat pilihan.
7 Pengguna berhak menyuarakan pendapat.
8 Pengguna berhak menuntut gantirugi jika barang yang dibeli rosak.
9 Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan yang mencukupi.
10 Pengguna berhak mendapat alam sekitar yang bersih.
11 Pengguna tidak berhak mempersoalkan tentang harga barang.
12 Pengguna harus menjadi pengguna yang pasif.
13 Pengeluar perlu jujur dalam menawarkan barang kepada pengguna.
14 Pengeluar tidak boleh mengaut keuntungan hasil jualan barang.
15 Akta Perihal Dagangan 1972 melindungi kepentingan pengguna.
16 Pengeluar boleh melancarkan iklan palsu.
17 Pengeluar bebas membuang sisa kilang ke dalam sungai.
18 Pengeluar yang menderma sebahagian hasil jualan menjalankan
tanggungjawab sosial.
19 Membuat perbandingan harga sebelum membeli ialah langkah bijak.
20 Sebelum membeli belah, senarai barang yang diperlukan hendaklah
dibuat.
21 Pembeli rasional membeli kerana terpengaruh dengan iklan.
22 Membeli semasa jualan murah lebih menjimatkan.
23 Dapatkan maklumat yang tepat tentang barang sebelum membeli.
24 Resit pembelian tidak perlu untuk tuntutan gantirugi.
25 Peraturan Makanan 1985 mewajibkan pengeluar melabel makanan
dengan maklumat tertentu.
26 Ordinan Ubat-ubatan, Iklan dan Jualan 1956 melarang jualan ubat yang
membahayakan kesihatan.
27 Akta Timbang dan Sukat 1972 memastikan peniaga guna alat timbang
yang standard dan betul.
28 Barang yang rosak boleh ditolak di bawah Akta Jualan Barang-barang
1957.
29 Majlis Pengguna memberi nasihat kepada kerajaan dalam melindungi
pengguna.
30 Tribunal Tuntutan Pengguna memudahkan pengguna membuat tuntutan
gantirugi.
31 KPDNHEP menentu dan memantau harga barangan perlu.
32 SIRIM bertanggungjawab membuat penyiasatan aduan pembeli rumah.
33 Jabatan Alam Sekitar mencegah, mengurang dan mengawal

23
pencemaran.
34 Persatuan Pengguna ialah sebuah persatuan sukarela.
35 Setiap pengguna wajib menjadi ahli Persatuan Pengguna.
36 Persatuan Pengguna menerima dan menyiasat aduan daripada orang
ramai tentang isu barang.
37 FOMCA ialah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia.
38 Etika Amalan Perniagaan dibentuk merangkumi enam bidang
tanggungjawab.
39 Menyediakan tempat tinggal ialah tanggungjawab penjual terhadap
pekerja.
40 Penjual boleh menjual barang tiruan dan berkualiti rendah untuk
mendapatkan keuntungan.
41 Menguruskan perniagaan dengan jujur dan cekap adalah tanggungjawab
penjual terhadap pemodal.
42 Pembeli harus membuat tuntutan yang keterlaluan daripada penjual.
43 Pembeli yang rasional tidak menyebarkan khabar angin tentang barang
tanpa usul periksa.
44 Pembeli harus bekerjasama menjayakan sesuatu kempen demi kebaikan
masyarakat.

Tandakan (  ) atau (  ) bagi setiap keterangan berikut; Tajuk: Etika Amalan


Perniagaan ( EAP )
Bil Keterangan  
1 EAP bermaksud tingkah laku kumpulan peniaga terhadap pekerja,
pelanggan, pembekal, pemodal, kerajaan dan masyarakat.
2 EAP digubal oleh Majlis Penasihat Perlindungan Peniaga.
3 Peniaga dibenarkan mengeluarkan pernyataan palsu, mengelirukan, dan
tidak benar kepada pengguna.
4 Mengamalkan persaingan yang adil dari segi pengiklanan, penjualan
dan pengedaran.
5 Bersopan dalam urus niaga merupakan amalan perniagaan yang baik.
6 EAP bertujuan melindungi kepentingan pengguna sahaja.
7 EAP digubal disebabkan peniaga menjual barang yang tidak berkualiti
dipasaran.
8 EAP adalah undang-undang untuk menghukum peniaga.
9 Peniaga perlu meyediakan tempat kerja selesa kepada pekerja.
10 Kerajaan tidak terlibat dalam perlaksanaan EAP.
11 Peniaga perlu mengambil pekerja secara adil dan diberi gaji berdasarkan
mutu kerja.
12 Peniaga harus mengakui hak pengguna
13 Peniaga tidak perlu mengamalkan etika perniagaan yang jujur.

24
14 Peniaga boleh menjual dengan harga mahal ketika tawaran jualan
murah.
15 EAP merupakan penerapan nilai kepada peniaga dan pengguna.
16 Peniaga perlu mengamalkan prinsip perniagaan yang adil.
17 Peniaga membayar upah berdasarkan tali persaudaraan.
18 Pekerja perlu diberi faedah sampingan seperti perubatan.
19 Pekerja dilarang untuk bercuti sepanjang perkhidmatan.
20 Pekerja yang bercuti sakit tidak perlu dibayar upah.
21 Peniaga boleh memberhentikan pekerja sesuka hati mereka tanpa
membayar pampasan.
22 Penjual bertanggungjawab menjual barang berkualiti.
23 Barang yang dijual perlu mengikut timbangan dan sukatan yang tepat.
24 Memelihara alam sekitar dan social bukan tanggungjawab peniaga.
25 Pembungkusan perlu mempunyai keterangan yang lengkap mengenai
barang.
26 Aktiviti pengeluaran mesti mesra alam.
27 Tunjuk cara penggunaan sesuatu barang tidak perlu dibuat oleh penjual.
28 Peniaga digalakan mengaplikasi sains dan teknologi baru.
29 Kontrak antara penjual dan pembeli dibuat tanpa persetujuan bersama.
30 Penjual dibenarkan untuk memburukan pesaing.
31 Penjual meyembunyikan maklumat kewangan dari pegetahuan pemodal
32 Modal pelabur boleh digunakan untuk membeli kereta mewah untuk
kegunaan penjual.
33 Penjual membayar cukai kepada kerajaan setiap tahun.
34 Kerajaan menyediakan infrastruktur untuk kemudahan penjual.
35 Petronas memberi biasiswa kepada pelajar
36 Pembeli melambatkan membayar ansuran kereta.
37 Pembeli membatalkan kontrak belian kerana barang rosak.
38 Pembeli membuat tawaran harga yang terlalu rendah.
39 Pembeli bersatu untuk mempertahankan hak mereka.
40 Pembeli dibiarkan tanpa perlindungan undang-undang.
41 Pembeli mematuhi larangan merokok ditempat awam.
42 Pembeli membeli berlebihan semasa jualan murah.
43 Khabar angin kekurangan gula meyebabkan pembeli meyimpan stok
berlebihan.
44 Pembeli membeli untuk keperluan.

25

Anda mungkin juga menyukai