Anda di halaman 1dari 15

Konsumerisme

Peruntukan Masa: 2 Minggu

Tajuk: 4 Pilihan
Konsumerisme

Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat:

• Menerangkan maksud pengguna dan konsumerisme.


• menerangkan hak dan tanggungjawab pengguna
• mengenalpasti tujuan dan kepentingan menjaga hak
sebagai pengguna
• menyatakan tanggungjawab pengeluar kepada pengguna
• menyatakan bentuk-bentuk penyelewengan yang sering
dilakukan oleh pengeluar
• menyatakan cara membuat aduan
Maksud Pengguna

Pengguna ialah sesiapa sahaja yang


memperoleh atau menggunakan barangan
atau perkhidmatan dari pasaran untuk
keperluan atau penggunaan diri sendiri dan
kegunaan keluarganya. Ini bermakna semua
orang adalah pengguna. Pengeluar juga
adalah pengguna kerana mereka juga
menggunakan barang-barang dan
perkhidmatan.
Maksud Konsumerisme
Konsumerisme diertikan suatu usaha untuk membantu pengguna
melengkapkan diri dengan konsep, pengetahuan, kemahiran
berbelanja dengan bijak di samping menyedari hak dan tanggungjawab
serta hidup dengan harmoni bukan sahaja dengan pengguna lain tetapi
juga dengan alam sekitar. Konsumerisme boleh melahirkan suatu
keadaan yang seimbang dalam pasaran barangan dan perkhidmatan
dengan cara:

• Menentukan harga barangan senantiasa berpatutan


• Barangan yang dikeluarkan selamat digunakan dan tahan lama
• Barangan yang dijual diberi penerangan yang lengkap dan jujur
• Pengguna bebas memilih barangan yang diingini dan mendapat
ganti rugi.
Hak Pengguna
i) Hak untuk mendapatkan keperluan asas - makanan yang
mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan
dan pendidikan.
ii) Hak untuk mendapatkan keselamatan - Dilindungi daripada
pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh
membahayakan kesihatan dan nyawa pengguna
iii) Hak untuk mendapatkan maklumat - Maklumat langsung
mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan dari segi harga,
kualiti, berat dan kuantiti barang.
iv) Hak untuk membuat pilihan- Pelbagai pilihan barang atau
perkhidmatan tanpa pengaruh daripada mana-mana pihak.
v) Hak untuk bersuara - Pertimbangan yang sewajarnya dalam
penggubalan dasar kerajaan.
vi) Hak untuk mendapatkan ganti rugi – mendapat pampasan bagi
keluaran yang rosak atau mengakibatkan kecederaan kepada
penggunanya.
vii) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna - pendidikan
pengguna yang mencukupi dan berterusan.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat-
berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat
serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya.
T/jwb Pengguna
i) Kesedaran untuk mengkritik - jika berlaku sebarang
penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak
pengguna.
ii) Penglibatan dan tindakan- memastikan hak-hak
pengguna dilayani dengan adil.
iii) Tanggungjawab sosial - Terhadap masyarakat
supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan
kesulitan yang lebih besar.
iv) Bersatu padu - bekerjasama dalam tindakan agar
kepentingan mereka tidak mudah digugat.
v) Pengguna mestilah dapat bertindak dengan rasional
sewaktu hendak membeli dan merancang perbelanjaan
dengan membuat belanjawan diri. Tanggungjawab pada
diri sendiri paling berkesan kerana pengguna dalam
melindungi dirinya daripada diperdaya oleh pengeluar.
T/jwb Pengeluar kepada Pengguna
Harga Berpatutan - menjual barang dengan harga yang
berpatutan.
Kuantiti Yang Tepat – Ketepatan dalam proses
menimbang dan menyukat supaya sepadan dengan apa
yang dibayar oleh pengguna.
Produk Berkualiti - Mutu barang-barang hendaklah
memuaskan sepadan dengan harga yang dibayar oleh
pengguna.
Selamat Digunakan – barang yang dikeluarkan
hendaklah selamat dan tidak menggunakan bahan-
bahan berbahaya.
Maklumat Tepat - keterangan tentang isi kandungan
bahan, harga, kuantiti , tarikh luput dan kualitinya
dinyatakan secara jelas kepada pelanggan.
Mesra Alam – tidak mencemarkan alam sekitar ketika
melakukan proses pengeluaran.
Bentuk Penyelewengan

– Mengurangkan timbangan, sukatan dan


bilangan dalam proses memecah pukal untuk
mendapat untung yang berlebihan.
– Barangan yang dihasilkan tidak berkualiti
dijual dengan harga yang tinggi.
– Bahan yang digunakan untuk menghasilkan
barangan tersebut boleh membahayakan
kesihatan, keselamatan dan mungkin juga
nyawa pengguna.
– Promosi yang sering ditambah kosnya yang
terpaksa ditanggung oleh pengguna.
Cara-cara Membuat Aduan

3 cara
Telefon:
1. Telefon
Tarikh, Nama pelapor, masa,
2. Surat alamat, no. KPT, No. Telefon,
3. Email Tempat yang diadukan, butir-
butir aduan.

Taiping: 05- 809 8800/16


Ipoh: 05- 249 3404
Aduan Secara Surat
Sekiranya gagal, maka tindakan selanjutnya adalah dengan menulis surat secara
rasmi kepada pekedai dan syarikat yang berkenaan. Antara kaedah menulis surat
aduan secara berkesan adalah seperti berikut:

• Nyatakan butir-butir tentang pembelian termasuk harga, siapa kakitangan


syarikat atau pembantu kedai yang menjualnya (jika diketahui namanya),
tarikh pembelian atau pemasangan, janji yang dibuat, nama cawangan kedai

atau syarikat dan sebagainya.


• Nyatakan kerosakan atau rasa tidak puas hati terhadap barangan atau
perkhidmatan.
• Ceritakan bentuk tindakan yang telah dibuat sebelum ini dan jawapan yang
diterima.
• Nyatakan bentuk tuntutan yang diingini (pengambalian wang, ganti rugi,
pembaikan dan sebagainya).
• Sertakan salinan dokumen (seperti resit atau bukti-bukti pembelian) bagi
menyokong tuntutan.
• Nyatakan cara terbaik kaedah bagi menyelesaikan masalah anda.
• Buat salinan surat tersebut kepada pihak berkenaan seperti syarikat induk
bagi cawangan kedai tersebut, Bahagian Penguatkuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persatuan Pengguna
Persatuan Pengguna

badan sukarela yang ditubuhkan untuk


melindungi hak dan kepentingan
pengguna.
Peranan Persatuan Pengguna

Menyebar maklumat tentang barang-


barang dan perkhidmatan kepada
pengguna.
Memberi pendidikan pengguna kepada
semua pengguna.
Memberi perlindungan kepada pengguna.
Menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk
memperolehi maklumat yang benar.
Meneliti isu-isu dan masalah pengguna
dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
Berjuang menerusi kuasa beli pengguna
demi mendapatkan satu orientasi
pembangunan
Pengubalan Undang-Undang
Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan 1973) – pengawalan harga
barang di pasaran.
Akta Kawalan Bekalan 1961 – bekalan barang mudah didapati
dengan harga berpatutan.
Akta Timbang Dan Sukat 1972 – memastikan semua alat timbang
dan sukat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Akta Sewa Beli 1967 – Kawalselia bentuk dan kandungan
perjanjian berkaitan sewa beli.
Akta Perihal Dagangan 1972 – larangan terhadap kenyataan
palsu tentang barang yang dipasarkan.
Akta Hakcipta 1987 – hakcipta karya-karya daripada dicabuli.
Akta Jualan Langsung 1993 – kawalselia aktiviti jualan langsung
pintu ke pintu dan melalui pos.
Akta Padi dan Beras 1994 – penentuan gred dan harga padi
disamping bekalan beras.
Akta Perlindungan Pengguna 1999 - melindungi pengguna
daripada amalan-amalan yang tidak beretika disamping
penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara bagi menasihati
Menteri yang berkenaan.
Akta Cakera Optik 2000- melesenkan pengilangan cakera optik
bagi mencegah aktiviti cetak rompak
b) Menguatkuasakan Undang-Undang –
dijalankan oleh Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna,
Kementerian Kesihatan, Kementerian
Sains Teknologi Dan Alam Sekitar Institut
Piawaian Dan Penyelidikan Malaysia
(SIRIM) dan Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri.
Bentuk Penyelewengan
– Masyarakat pengguna sedar mereka dididik agar kritis dalam
menilai kualiti barang.
– Masyarakat juga dilatih supaya dapat membuat pilihan yang bijak.
– Pembentukan nilai hidup yang menguntungkan pengguna dan
mengubah kepercayaan umum bahawa barangan atau
perkhidmatan yang mahal atau diimport adalah lebih baik
daripada dikeluarkan di negara sendiri.
– Pengguna disarankan berani mengambil tindakan apabila
tertindas
– Mengetahui peruntukan undang-undang yang ada dan dapat
menggunakannya apabila diperlukan.
– Masyarakat harus sentiasa mempertingkatkan kemahiran mereka
ketika membeli barangan atau perkhidmatan.
– Masyarakat sekarang telah sedar agar sentiasa melindungi alam
sekitar.
– Pengguna yang bijak ialah pengguna yang dapat menguruskan
perbelanjaannya dengan baik mengikut suasana ekonomi
semasa.