Anda di halaman 1dari 3

SURAT PERJANJIAN JUAL BELI HARTANAH

PERJANJIAN JUAL BELI INI DIBUAT PADA HARI........BULAN........TAHUN......

DI ANTARA

PIHAK PERTAMA

Nama : —————————————————
No. K/P : ————————————————
Pekerjaan : ———————————————
Alamat : ————————————————
No. Tel : ————————————————
Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA)

DAN
PIHAK KEDUA

Nama : —————————————————
No. K/P : ————————————————
Pekerjaan : ———————————————
Alamat : ————————————————
No. Tel : ————————————————
Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA)

PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA juga berjanji
dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA yang berupa petak lot
tanah
Luas keseluruhan tanah : 0.25 ekar
Lokasi lot : Kampung Lohan Ulu Ranau

Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan surat ikatan perjanjian jual – beli dimana syarat dan
ketentuannya diatur mengikut ‘10 perkara’ seperti di bawah ini:

Perkara 1  HARGA
Jual beli lot tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan ketentuan harga sebanyak
berikut:- RM34,000.00 (dalam perkataan :- Ringgit Malaysia Tiga puluh lima ribu ringgit sahaja)

Perkara 2  CARA PEMBAYARAN


PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk petak rumah yang dibelinya secara tunai iaitu
sebanyak ______________(dalam perkataan:- Ringgit Malaysia _____________________________) sebagai
sejumlah bayaran untuk deposit setelah Surat Perjanjian ini ditandatangani.

Perkara 3  BAKI BAYARAN


PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak _________ (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia
_________________________) lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani.
Perkara 4  JAMINAN DAN SAKSI
PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah yang dijualnya adalah benar-benar milik atau hak PIHAK
PERTAMA sendiri dan tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak, bebas dari sitaan, tidak
tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau sedang
dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan tidak sedang
atau telah dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari PIHAK PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang
saksi yang akan turut menandatangani Surat Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.

Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-

Nama Saksi :
No. K/P :
Pekerjaan :
Alamat lengkap :
Hubungan :

Perkara 5  PENYERAHAN
PIHAK PERTAMA berjanji serta mengikatkan diri untuk menyerahkan petak rumah tersebut di atas dalam keadaan
kosong beserta kunci-kuncinya kepada PIHAK KEDUA setelah PIHAK KEDUA melangsaikan keseluruhan bayaran.

Perkara 6  STATUS KEPEMILIKAN


Mulai dari tarikh Surat Perjanjian ini ditandatangani maka tanah dan bangunan rumah tersebut di atas beserta
segala keuntungan mahupun kerugiannya sepenuhnya menjadi hak milik PIHAK KEDUA.

Perkara 7  PROSES PINDAH MILIK


PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang 14A dan atas kepemilikan hak
tanah dan bangunan rumah tersebut dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau jabatan-
jabatan yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat yang berkaitan tukar
nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA. Segala kos pembiayaan yang
berhubungan dengan proses pindahmilik nama di atas geran rumah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA
ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.

Perkara 8  PENGESAHAN PERJANJIAN


Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau kerana sebab apapun juga.
Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau pengganti PIHAK PERTAMA wajib mentaati ketentuan yang
termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah Milik Tanah bagi petak ini kepada
PIHAK KEDUA.

Perkara 9  HAL-HAL LAIN


Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah pihak. Masing-masing perlu memberikan
kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Perkaral 10  PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan dihadiri
saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak dihadapan pesuruhjaya sumpah serta ditandatangani kedua
belah pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari mana – mana pihak.

PIHAK PERTAMA
( PENJUAL )

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:

PIHAK KEDUA
( PEMBELI )

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:
SAKSI PIHAK PERTAMA :

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:

SAKSI PIHAK KEDUA :

[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:

Dihadapan Saya,

…..............................................
PESURUHJAYA SUMPAH
__________________