Anda di halaman 1dari 7

DRAMA ASIAH SAMIAH (SINOPSIS)

BABAK SATU

Asiah Samiah dan Marga Tua sedang bernyanyi yang seterusnya membawa kepada luahan hati
Marga Tua tentang raSa tidak senangnya terhadap Asiah Samiah yang dianggapnya gila. Sejak 15 tahun
yang lalu Marga Tua berada di jalan itu mendengar Asiah Samiah tua menyanyi.

Kesetiaan dan keistemewaan Asiah Samiah dalam berkata-kata seperti seorang sasterawan
menyebabkan Marga Tua tetap mengikuti perkembangannya. Marga Tua berasa simpati dengan Asiah
Samiah yang menjadi gila kerana teringatkan anak yang baru dilahirkannya.

BABAK DUA

Peristiwa zaman muda Asiah Samiah, yang amat dikasihi oleh kedua orang tuanya Tuan Setiawan
Tanjung dang Puan Suari Alimin. Keistemewaan , kecerdikan serta kecantikan Asiah Samiah turut
menjadikan beliau seorang yang sangant istemewa.

Marga Tua menceritakan bagaimana dia mengenali Asiah Samiah menerusi tugasnya sebagai guru
bahasa yang turut memupuk minat Asiah Samiah dalam bidang sastera menerusi cerita-cerita yang
diceritakannya. Imbas kembali hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda yang tidak dipersetujui
oleh keluarga Asiah Samiah.

BABAK TIGA

Marga tua teringatkan tentang anas samanda pada zaman mudanya begitu juga dengan misa
sagaraga yang lebih hebat daripada segi kekayaan dan pengaruh sehingga orang ramai mengkaguminya.
Kehebatan Misa Sagaraga digambarkan menerusi keupayaannya membeli syarikat besar termasuklah
syarikat yang haram

Asiah samiah tua teringatkan pada zaman mudanya dia dijaga oleh pembantu orang tuanya iaitu
siti bunirah dan pak leh lak lak yang menjaganya dengan penuh kasih sayang.asiah samiah dinasihati agar
sentiasa menjaga diri dan jangan terpengaruh dengan kehidupan luar

BABAK EMPAT

Peristiwa imbas kembali pada zaman muda antara Marga Muda dan Anas Samanda tentang Misa
Sagaraga yang sangat berpengaruh dan berkuasa. Anas Samanda menceritakan tentang tindakan Misa
Sagaraga dan pengikut-pengikutnya yang datang ke rumah bapanya dengan tujuan untuk menghalau
bapanya.

Anas Samanda cuba mempertahankan hak dan maruah keluarganya namun dinasihati oleh Marga Muda
yang dia parti akan tewas jika menentang Misa Sagaraga.
Marga Muda menceritakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya apabila ayahnya cuba
memperjuangkan tanah yang bukan miliknya menyebabkan ayahnya dianggap penjenayah serta
keluarganya yang musnah apabila ayahnya dipenjarakan. Marga Muda terpaksa memikul tanggungjawab
menjaga adik-adiknya dan apa yang menyedihkannya apabila adiknya didera oleh jiran tetangganya yang
hidup senang hasil perjuangan ayahnya.

BABAK LIMA

Asiah Samiah meminta Sari Saribiru membantunya dengan kebolehan Sari Saribiru dalam
pembomohan tetapi ditolak kerana dia belum betul-betul menguasai ilmu pembomohan. Tuan Setiawan
Tanjung bimbang akan perkembangan pemikiran Asiah Samiah yang agak tertutup kerana hanya
berkawan dengan orang suruhannya sahaja.

Peristiwa Misa Sagaraga berkunjung ke rumah Asiah Samiah hingga mendorongnya menyuruh
pembantunya menyiasat tentang Asiah Samiah. Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kebendaan
apabila mereka sanggup menolok Anas Samanda yang merupakan pilihan anaknya. Peristiwa Marga Tua
merungut tentang ketidakadilan hidup yang dialami olehnya manakala Misa Sagaraga yang hidup dalam
kekayaan sejak dilahirkan.

Marga Tua juga merungut tentang ketidakadilan itu yang akan terus menghantui Anas Samanda
sampai bila-bila

BABAK ENAM

Penduduk kampung meminta bantuan Misa Sagaraga dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh
mereka dan Misa Sagaraga berjanji akan membantu mereka menyelesaikannya. Ibubapa Asiah Samiah
berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga , Ibubapa Asiah Samiah lebih mementingkan kekayaan
daripada kebahagiaan anaknya. Asiah Samiah berada dalam kekeliruan antara kebahagiaannya dengan
kemahuan ibubapanya menyebabkan dia mula berubah sikap.

Asiah Samiah Tua beranggapan bahawa ayah dan ibunya mempergunakannya sebagai alat bagi
mendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga. Sari Saribiru,Siti bunirah dan Pak leh lak lak bimbang dengan
kaedaan Asiah Samiah yang termenung di luar rumah, Asiah Samiah masih mentah sedangkan Misa
Sagaraga sudah 20 kali berkahwin.

BABAK TUJUH

Marga Tua teringatkan tentang kawannya seorang wartawan yang berhenti kerja ketika dia
berada di kemuncak kerjayanya kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangjkan isu-isu
rakyat. Marga Tua teringatkan bagaimana dia terjebak dalam konflik antara Asiah Samiah, Misa Sagaraga
dan Anas Samanda yang berpunca daripada keakrabanya dengan Asiah Samiah. Marga Tua teringat
bagaimana perjuangan ayahnya telah menyebabkan keluarganya berantakan. Beliau mengagumi Misa
Sagaraga kerana keturunan serta nasib baik, kehebatannya kerana penampilannya yang menggunakan
jenama antarabangsa.
Misa Sagaraga meminta pembantunya menukar imej Asiah Samiah agar setanding dengan dirinya
menerusi barang-barang berjenama antarabangsa. Marga Tua berasa dia telah mengecewakan Anas
Samanda dan Asiah Samiah kerana tidak mahu membantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga.
Asiah Samiah mengalami pergolakkan jiwa apabila dia terpaksa berkahwin dengan Misa Sagaraga
sedangkan Anas Samanda tidak dapat dikesan kerana berjuang mempertahankan hak dan maruah diri dan
keluarganya.

BABAK LAPAN

Perubahan mulai dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung apabila Misa
Sagaraga masuk dengan pengaruh, kekayaan serta kuasanya dia telah dapat menguasai segala-galanya.
Perkahwinan Asiah Samiah dengan Misa Sagaraga yang dilangsungkan dengan satu amaran jika sesiapa
cuba menghalangnya mereka pasti akan dihukum.

Asiah Samiah berdepan dengan pergolakkan jiwa apabila terpaksa menghadapi malam pertama
dengan orang yang tidak dicintainya. Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak
sanggup menghadapi kehidupan dengan Misa Sagaraga namun dia masih ingatkan agama beliau juga
hendak membunuh Misa Sagaraga tapi bimbang keselamatan ahli keluarganya menyebabkan dia tidak
jadi untuk membunuh Misa Sagaraga. Asiah Samiah akhirnya melarikan diri dari rumah Misa sagaraga
kerana ingin melupakan segala keperitan yang terpaksa dilaluinya.

Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak saling berdialog antara satu sama lain tentang hak
ke atas hasil usaha mereka. Semuanya telah dirampas dan menjadi milik Misa Sagaraga. Bagi Asiah Samiah
pula mengalami nasib yang lebih menyakitkan. Dirinya telah dimiliki secara paksa oleh Misa Sagaraga
tanpa kasihan belas. Lalu lahirlah zuriat daripada hubungannya dengan Misa Sagaraga yang bernama Laila
Anurisah yang beliau benci.

BABAK SEMBILAN

Laila Anurisah lahir tetapi ditinggalkan oleh ibunya. Ibunya, Asiah Samiah menjadi tidak siuman
dan Misa Sagaraga juga membenci anak kecil itu. Misa Sagaraga telah menghalau Laila Anurisah dari
rumahnya kerana anak itu telah mengingatkannya kepada Asiah Samiah yang sudah gila. Marga Tua telah
mengambil Laila Anurisah untuk dijaga selepas anak itu dihalau dari rumah oleh Misa Sagaraga.

Asiah Samiah berkelakuan seperti orang tidak siuman kerana menyanyi, bergurindam, berpantun,
dan berseloka tanpa hala tuju. Anas Samanda telah berjuang dengan menentang Misa Sagaraga untuk
mendapatkan haknya.Anas Samanda membenci Misa Sagaraga yang telah merosakkan hidup Asiah
Samiah. Anas Samanda meminta Marga Muda agar menjaga Laila Anurisah.

Anas Samanda telah dibelasah oleh orang- orang atau pengikut Misa Sagaraga semasa memberi ucapan
malah Marga Muda juga turut dibelasah apabila dia cuba untuk membantu Anas Samanda.Misa Sagaraga
telah merampas semula Laila Anurisah dari tangan Marga Muda.
BABAK SEPULUH

Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu dan tubuhnya berayun mengikut rentak orang
yang membawanya dengan membiarkan mayatnya tergantung dalam perarakan yang besar. Marga tua
dipenjara selama 2 tahun kerana dianggap bersekongkol dalam perjuangan Anas Samanda untuk bertemu
dengan Laila Anurisah.

Asiah Samiah teringatkan malam semasa dia melahirkan Laila Anurisah dengan diterangi cahaya
bulan yang penuh dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Asiah Samiah terlalu merindui Anas Samanda
sehinggakan dia merasa Anas Samanda sentiasa berada di sisinya.

Pada usia 24 tahun Laila Anurisah berjumpa dengan Marga Tua untuk bertanya tentang
ibunya,Asiah Samiah. Laila Anurisah terkejut kerana diberitahu oleh Marga Tua bahawa ibunya telah
meninggal dunia.

Pemikiran Drama

1. Darjat dan pangkat


Tuan Setiawan Tanjung hanya melihat Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah. Orang kaya
hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka.

2. Kahwin Paksa.
Asiah Samiah dijodohkan dengan Misa Sagaraga secara paksa. Lalu anak yang telah beliau lahirkan
tidak diasuh dengan sempurna lantaran dirinya menghadapi masalah mental.

3. Penindasan golongan yang dianggap berkuasa.


Misa Sagaraga merampas harta milik Anas Samanda.

4. Manusia berkuasa kerana harta dan kedudukan.


Misa Sagaraga berjaya memiliki harta secara paksa. Dirinya dipandang orang kerana harta.

5. Cinta sejati.
Asiah sangat mencintai Anas Samanda walaupun telah dipenjarakan.

6. Manusia yang lupa tanggungjawab.


Misa Sagaraga lupa tanggungjawab terhadap anaknya Laila Anurisa. Membiarkan anaknya dipelihara
orang lain.

7. Konflik jiwa manusia.


Asiah Samiah mengalami konflik jiwa kerana dirinya dijodohkan dengan orang yang tidak dicintainya.
Marga pula terpaksa menghadapi gelagat manusia yang pelbagai ragam.
PERSOALAN

1 Persoalan tentang pengaruh, kuasa dan kekayaan


Orang tua Asiah Samiah telah memilih Misa Sagaraga sebagai suami anaknya kerana Misa
Sagaraga kaya-raya dan memiliki semuanya

2. Persoalan tentang kesetiaan dalam percintaan


Asiah Samiah yang terlalu mencintai Anas Samanda sanggup menunggunya walaupun masa
berlalu selama 15 tahun tanpa kepastian

3. Persoalan tentang kasih sayang


Kasih sayang Puan Suari Alimin kepada Asiah Samiah (hubungan antara ibu dan anak) kerana
mahu yang terbaik untuk Asiah Samiah sehingga menyebabkan beliau memilih Misa Sagaraga untuk
dijadikan menantu

4. Persoalan perjuangan menuntut hak


Kesanggupan untuk mngorbankan diri untuk mendapatkan hak, Anas Samanda rela melibatkan
diri dalam perjuangannya dalam menuntut hak

5. Persoalan tentang perbezaan darjat


Anas Samanda yang merupakan anak petani dan hidup miskin tidak diterima oleh keluarga Asiah
Samiah kerana perbezaan darjat yang berlaku antara mereka

Mesej dalam drama

Kekayaa, pengaruh dan kuasa tidak menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan


Perkahwinan yang hanya berlandaskan materialistik tidak menjanjikan kebahagian, Perkahwinan
Asiah Samiah yang dipersetujui oleh Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin hanya kerana Misa
Sagaraga memiliki segala-galanya tetapi ditolak oleh Asiah Samiah yang tidak menilai itu semua.

Ketidakadilan sosial terutama perbezaan darjat masih menjadi ukuran dalam memilih pasangan
hidup.
Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah tidak menerima Anas Samanda kerana menganggap Anas
Samanda tidak setaraf dengan mereka kerana Anas Samanda hanyalah anak seorang petani yang miskin
yang tidak akan membahagiakan Asiah Samiah.

Perlu menghormati dan akur dengan kehendak orang tua


Anak-anak sewajarnya menghormati dan mengikut kata orang tua demi untuk kebaikan mereka.
Asiah Samiah biarpun tidak setuju dengan lamaran Misa Sagaraga tetapi kerana menghormati dan
menyayangi kedua-dua orang tuanya dia akhirnya akur dengan kehendak mereka untuk berkahwin dengan
Misa Sagaraga.

Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan terutamanya kepada kanak- kanak.
Simpati dengan nasib yang menimpa Laila Anurisah yang dibuang oleh Misa Sagaraga kerana
menganggapnya memalukan maruahnya, Marga Muda telah mengambil Laila Anurisah dan menjaganya
serta mencarikan Asiah Samiah untuknya.

Hendaklah amanah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan


Marga Muda telah mengabadikan dirinya dalam pekerjaan selama 20 tahun dan dia tidak pernah
merungut dan sentiasa patuh dan setia melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya malah dia juga
sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh majikannya.

Keprihatinan dan rasa tanggungjawab bersama perlu ada pada anggota masyarakat.
Anggota masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengambil perhatian terhadap apa yang
berlaku, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap apa yang
menimpa Laila Anurisah, mereka berdua telah menjaganya kerana Asiah Samiah tidak siuman.

Sikap terburu-buru dalam mengambil tindakan akan membawa padah


Terburu-buru membuat keputusan akhirnya akan memberi kesan yang negatif, Asiah Samiah yang
bertindak melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga kerana tidak dapat menerima apa yang berlaku ke
atasnya akhirnya mengalami tekanan perasaan dan menyebakan dia menjadi tidak siuman.

Pendidikan amat penting dalam kehidupan


Tuan Setiawan Tanjung amat mementingkan pendidikan biarpun Asiah Samiah tidak dibenarkan
bergaul bebas, tetapi dia tetap memberi pendidikan yang sempurna menerusi khidmat guru yang datang
mengajar di rumahnya, termasuklah Marga Muda yang dibayar sebagai munsyi.

Maruah dan hak perlu dipertahankan.


Gambaran tentang kedudukan seseorang atau sesebuah keluarga, Anas Samanda tetap dengan
pendiriannya berjuang untuk mempertahankan maruah dan harga diri keluarganya daripada Misa
Sagaraga yang telah menghalau bapanya dari rumah yang telah didiaminya selama 50 tahun.

Perjuangan memerlukan pengorbanan


Pengorbanan ayah Marga berjuang menuntut haknya menyebabakan ayahnya dianggap
penjenayah sehingga ayahnya terpaksa meringkuk di penjara dan akibatnya keluarga Marga berantakan.

Anda mungkin juga menyukai