Anda di halaman 1dari 2

PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

GEJALA MEMPERSENDAKAN AGAMA

ِ‫س ِلَ َهاِمن‬ َ ‫سبَِ ۡت ِلَ ۡي‬


َ ‫س ِب َماِ َك‬ َ ‫اِوغ ََّر ۡت ُه ُم ِ ۡٱل َحيَ ٰو ِة ُِٱلدِ ۡنيَاِ ِ َِوذَك ۡر ِبهۦِ ِِأ َنِت ُ ۡب‬
ُ ُۢ ‫س َل ِن َۡف‬ َ ‫اِولَهۡ ٗو‬َ ٗ‫َوذَرِ ِٱلَّذينَِ ِٱت َّ َخذُواِ ِدينَ ُه ۡم ِلَعب‬
ْۖ ٰ
ِ‫ابِم ۡنِ َحم ٖيم‬
ّٞ ‫سبُواِِلَ ُه ۡمِش ََر‬ َ ‫ع ۡد ٖل ََِّلِي ُۡؤخ َۡذِمِ ۡن َهاِ ِِأ ُوِلَئكَِِٱلَّذينَِِأ ُ ۡبسلُواِب َماِ َك‬ َ ِ‫ِوإنِت َعۡ د ۡلِ ُك َّل‬َ ‫ّيع‬ٞ ‫ِو ََلِشَف‬
َ ‫ّي‬ٞ ‫ٱّللِ َول‬َِّ ِ‫دُون‬
ُ ۡ ُۢ
ِ ِ٧٠ِ َ‫عذَابٌ ِألي ُمِب َماِ َكانواِيَكف ُرون‬
ُ َ َ ‫َو‬
70. Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah
ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke
dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa´at selain
daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya.
Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang
mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu

LATAR BELAKANG AYAT:


1. Kaum Musyrikin Mekah suka mempersendakan agama.
2. Mereka mempraktikkan ajaran agama secara main-main dan tidak serius.
3. Mereka hanya membuang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia.
4. Mereka cuai dan lalai daripada mengamalkan ajaran agama kerana terlalu leka mengejar kemewahan
hidup di dunia.
5. Allah Taala memerintahkan nabi Muhammad SAW supaya melihat tindakan mereka sebagai satu
kesalahan yang hima dan seterusnya memberi teguran kepada mereka.

INTISARI AYAT:
1. Mereka yang mempersendakan ajaran agama kerana terpedaya dengan kemewahan dan keseronokan
hidup di dunia sebenarnya sengaja mendedahkan diri kepada kebinasaan.
2. Mereka akan ditimpa azab pada hari kiamat.
3. Allah memerintahkan Rasulullah SAW memberikan peringatan kepada golongan ini demi menyelamatkan
mereka daripada kebinasaan.

LARANGAN MEMPERSENDAKAN AJARAN AGAMA


1. Mempersendakan ajaran agama ialah menjadikan ajaran tersebut sebagai bahan mainan dan senda gurau
atau melaksanakan perintah agama secara olok-olok.
2. Mempermainkan agama juga boleh diertikan sebagai mengkhianati dan menyelewengkan ajaran agama.
3. Umat Islam WAJIB patuh kepada ajaran agama dengan sepenuh keikhlasan dan keyakinan.
4. Perbuatan menghina agama Islam bererti menghina orang yang menyampaikan ajaran iaitu Rasulullah
SAW.
5. Perbuatan menghina Rasulullah SAW seperti menghina PIHAK yang menurunkan ajaran Islam kepada
Rasulullah SAW iaitu ALLAH TAALA.

REALITI GEJALA MEMPERSENDAKAN AGAMA.


1. Makan pd siang hari di khalayak ramai pd bulan Ramadhan.
2. Menghidangkan minuman keras pd hari raya.
3. Menganggap ajaran Islam sudah tidak sesuai.
4. Menterbalikkan maksud ayat al-Quraan/ al-Hadith bagi kepentingan peribadi.
5. Mempersendakan Sunnah Rasulullah SAW [berjubah, berserban, poligami, menyimpan janggut, dll]
6. Menyempitkan konsep beragama kpd fardhu ain semata-mata dan abaikan fardhu kifayah.
7. Mempersendakan wanita yang bertudung/ berjilbab/ berniqab/ menutup aurat.

GOLONGAN YANG MEMPERSENDAKAN AGAMA : orang kafir, orang munafiq, ahli Bid’ah, golongan anti
hadith, orang yang melakukan maksiat.

PERBEZAAN SIFAT ORANG YANG MEMPERSENDAKAN AGAMA DAN MEMELIHARA AGAMA

1
PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

Bil Mempersendakan Agama Memelihara Agama


1. Keimanan lemah Keimanan kuat
2. Jati diri lemah Jati diri teguh dan mantap
3. Tidak tahan ujian Cekal dan tabah dalam ujian
4. Nafsu menguasai diri Berupaya mengawal nafsu
5. Tidak tahan godaan [wanita/ arak/ hiburan] Mampu menahan godaan
6. Tiada tanggungjawab Bertanggungjawab / berintegriti

AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA: azab pedih di akhirat, kehidupan dunia tidak tenang, mengganggu
keharmonian hidup bermasyarakat, mengundang kemurkaan dan bala dr Allah.

LANGKAH MENANGANI GEJALA MEMPERSENDAKAN AGAMA: menasihati dengan cara yang baik agar
mereka insaf/ menyesali perbuatan mereka, mengadakan perbincangan dalam suasana harmoni [forum,
bengkel, seminar, dll], menggunakan ICT sebagai medan dakwah, mencegah melalui penguatkuasaan undang-
undang.
Rujukan Dalil : Hadith mencegah dengan Tangan, Lidah dan Hati.

PENGAJARAN AYAT:
1. Islam mengharamkan umatnya mempersendakan agama melalui perbuatan atau perkataan.
2. Umat islam wajib menegur, menasihati dan berdakwah mengikut keupayaan masing-masing terhadap
mereka yang terlanjur melakukan kesalahan/ kesilapan.
3. Islam melarang umatnya dari mendekati majlis-majlis/ pesta-pesta berunsurkan maksiat.
4. Kuasa dan kekayaan tidak mampu menyelamatkan mereka dari azab neraka kelak.
5. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan dari Allah Taala.

LATIHAN PENGUKUHAN:
1. Keluarkan 5 hukum tajwid
a. Nun Sakinah
b. Tanwin
2. Nyatakan faktor yang mendorong seseorang melakukan gejala mempersendakan agama.
3. Jelaskan hukum mempersendakan agama menurut pandangan Islam
4. Apakah kesan kepada individu dan masyarakat apabila mempersendakan agama?
5. Bincangkan cara- cara terbaik bagi menangani masalah gejala mempersendakan agama.
6. Menyempitkan konsep beragama kepada fardhu ain semata-mata dan abaikan fardhu kifayah dikira
sebagai mempersendakan agama. Hurai dan Bincangkan.