Anda di halaman 1dari 2

PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

KONSEP IBADAT
َٰ
َۡۡ‫لۡٱل ُمس ِل ِمين‬ َ ُ‫لۡش َِريكَ ۡلَهۥُۡۡ َوبِذَلِكَ ۡأ ُ ِمرت‬
ُۡ ‫ۡوأَن َ۠اۡأ َ َّو‬ ۡ َ ۡ١٦٢َۡۡ‫بۡٱل َٰعَلَ ِمين‬
ِ ‫ۡر‬ َّ ِ ِ‫ۡو َم َمات‬
َ ِ‫يّۡلِل‬ َ ‫اي‬
َ َ‫يۡو َمحي‬
َ ‫س ِك‬ َ ۡ‫قُلۡۡإِ َّن‬
َ ِ‫ص ََلت‬
ُ ُ‫يۡون‬
ۡ ١٦٣
162. Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam
163. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama
menyerahkan diri (kepada Allah)"

Latarbelakang Ayat.
1. Musyrikin Mekah melakukan upacara penyembahan berhala dengan melakukan penyembelihan haiwan-
haiwan untuk berhala-hala.
2. Musyrikin Mekah mendakwa bahawa ibadat yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW hanya untuk
menunjuk-nunjuk.
3. Allah memerintahkan Baginda menyatakan bahawa ibadah Islam berbeza caranya dr musyrikin mekah.
4. Ibadah Islam hanya IKHLAS untuk Allah Taala sahaja.

Intisari Ayat.
1. Allah memerintahkan Baginda supaya membuat penegasan bahawa baginda telah diperintahkan supaya
mengikhlaskan diri dalam beribadat seperti solat dan haji.
2. Begitu juga seluruhh amalan kehidupan dan kematian hanya semata-mata kerana Allah Taala tanpa
dicemari dengan sabarang unsur Syirik.

Konsep Ibadat.
1. Matlamat kejaddian manusia adalah MENGABDIKAN diri semata-mata kepada Allah Taala.
ِ ‫نسۡ ِإ َّلۡ ِل َيعبُد‬
ۡ ٥٦ۡ‫ُون‬ َۡ ‫ٱۡل‬ َّۡ ‫َو َماۡ َخلَقتُ ۡٱل ِج‬
ِ ‫نۡ َۡو‬
56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku

2. Dua (2) kategori ibadah ialah:


a. Ibadah Umum: semua perkara HARUS, yang dilakukan dengan niat ibadat seperti makan,
minum dan mencari rezeki.
b. Ibadah Khusus : semua ibadah Fardhu seperti Solat, Puasa dan Sedekah.
3. Dua (2) jenis ibadah Fardhu ialah:
a. Fardhu Ain: perkara WAJIB kepada setiap orang seperti puasa, solat lima waktu, zakat, dll.
b. Fardhu Kifayah: WAJIB kepada sebahagian umat Islam sahaja seperti solat jenazah, merawat
pesakit, membina bangunan, engineer, dll.

1. Sesuatu ibadah yang tidak memenuhi kedua-dua


Syarat asas Niat yang ikhlas syarat ini akan ditolak/ tidak diterima oleh Allah
penerimaan Taala.
Ibadah Menepati cara yang diajar 2. Cth : solat subuh 3 rakaat, tidak sah, tidak diterima
oleh Syarak oleh Allah walaupun IKHLAS kerana Allah Taala.

Kepentingan Ikhlas dalam Ibadah.


1. Ikhlas: melakukan ibadah dengan niat kerana Allah Taala.
2. Keikhlasan niat merupakan satu daripada syarat penerimaan ibadah.
3. Ikhlas mengawal diri daripada hasutan/ godaan syaitan.
4. Ibadah yang ikhlas bersih daripada sebarang unsur syirik seperti riak.

ِ َ‫ۡمن ُه ُمۡٱل ُمخل‬


ۡ ٤٠َۡۡ‫صين‬ ۡ َّ ‫ۡۡ ِإ‬٣٩ۡ َ‫ضۡ َو ََلُغ ِويَنَّ ُهم ۡۡأ َج َم ِعين‬
ِ َ‫لۡ ِعبَادَك‬ ۡ ِ ‫يَۡلُزَ ِين ََّنۡلَ ُهمۡفِيۡٱَلَر‬
َ ِ‫بۡ ِب َمآۡأَغ َويتَن‬ َۡ ‫قَا‬
ِ ‫لۡ َر‬
39. Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka
memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya
40. kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka"

ِِ‫يِبِه‬
ِ‫اِوابِتِغِ ه‬ ِ‫للاهِِت هعهِاِلهىِ ِلهِيهِقِبهِلِِمِنهِِالِعهِ هِملِِإِلِِ هِماِ هِكانهِِهِلهِِ ه‬
ِ‫خالِصِ ه‬ ْ َ‫عنۡأبيۡأ ُ َما َمة‬
ِ ِِ‫ۡإِن‬:ۡۡ‫ۡقالۡرسولۡهللا‬:‫ۡقال‬ۡ‫ۡالبَا ِه ِلى‬
ۡ )‫هِوجِ هِههِۡۡۡۡۡۡۡۡۡ(رواهۡالنسائي‬
Maksud Hadith: Sesungguhnya Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang ikhlas semata-mata
kerana mencari keredhaanNya.

5
PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

BAHAGIAN-BAHAGIAN SYIRIK.

Syirik Jali : syirik yang jelas seperti


َّۡ ‫ع ُهم ۡ َۡوإِذَاۡقَۡا ُم ٓواْ ۡإِلَىۡٱل‬
ِۡ‫صلَ َٰوۡة‬ َۡ َٰ ۡ ‫ٱّلِلَ ۡ َوه َُو‬
ُۡ ‫خ ِد‬ َّۡ ۡ َ‫ن ۡٱل ُم َٰنَ ِفقِينَۡ ۡيُ َٰ َخ ِدعُون‬
َّۡ ِ‫إ‬
Syirik ialah: menyembah batu berhala, matahari,
ۡ ۡ١٤٢ۡ‫لۡقَل اِيَل‬ ۡ َّ ‫ٱّلِلَۡ ِإ‬
َّۡ َۡۡ‫اسۡ َو َلۡيَذكُۡ ُرون‬ َۡ َّ‫سالَ َٰىۡي َُرآ ُءونَ ۡٱلن‬ َ ‫قَا ُمواْۡ ُك‬
142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu
menyekutukan dll
Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan
[menyamakan] apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri
Syirik Khofi : syirik yang tersembunyi
Allah Taala dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat)
dan tidak disedari seperti Solat untuk
dengan benda- di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut
dikatakan warak, soleh, belajar tinggi
benda yang lain. Allah kecuali sedikit sekali
untuk dikatakan alim, membuat
kebajikan untuk dikatakan baik hati.
1. Sifat riak adalah berlawanan dengan sifat Ikhlas.
2. Riak syirik yang bahaya kerana pelakunya tidak menyedari perbuatan mereka dan tidak bertaubat
dengan segera.
3. Riak ialah sebahagian daripada ciri-ciri golongan munafik.

Perkara Yang Merosakkan Sifat Ikhlas. Cara Mengekalkan Sifat Ikhlas.


1. Riak dalam beribadah. 1. Menjauhi perkara-perkara Syirik.
2. Bersifat sombong dan takabbur 2. Sentiasa memperbaharui dan meningkatkan amal/
3. Menghampiri perkara syirik iman
4. Melakukan ibadat secara sambil lewa/ main- 3. Menghayati doa iftitah
main. 4. Senantiasa bermuhasabah diri
5. Mempersendakan amal ibadat 5. Mencari guru-guru mursyid
6. Mempersendakan sunnah-sunnah Baginda Nabi 6. Berdamping dengan majlis-majlis ilmu/ ulamak

Pengajaran ayat:
1. Manusia dijadikan hanya untuk mengabddikan diri kepada Allah Taala
2. Amalan syirik boleh membatalkan keseluruhan ibadah
3. Sifat ikhlas boleh menjadi perisai mukmin daripada tipu daya syaitan/ iblis laknatuLLAH.
4. Sunat membaca doa iftitah dalam solat fardhu dan solat sunat.

Latihan pengukuhan:
1. Sebutkan huruf-huruf Qalqalah.
2. Berikan perbezaan Qalqalah Kubra, Asyaddul Kubra dan Sughra dalam ayat.
3. Senaraikan kepentingan sifat ikhlas
4. Mengapakah gejala syirik amat berbahaya kepad umat Islam?
5. Huraikan maksud doa iftitah dan kepentingannya dalam kehidupan Umat Islam
6. Bincangkan kedudukan dan kepentingan amalan Fardhu Kifayah dalam kehidupan umat Islam.