Anda di halaman 1dari 2

PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

PERTANIAN DALAM KEHIDUPAN.

َ َّٰ َ ‫ٱلر َّمانَ ُمت‬


‫ش ِب ٗها‬ َّ ‫ع ُم ۡخت َ ِلفًا أ ُ ُكلُهۥُ َو‬
ُّ ‫ٱلز ۡيتُونَ َو‬ َ ‫ٱلز ۡر‬َّ ‫ت َوٱلنَّ ۡخ َل َو‬ ٖ ‫ش‬ َ َّٰ ‫ت َوغ َۡي َر َمعۡ ُرو‬ َ َّٰ ‫ت َّمعۡ ُرو‬
ٖ ‫ش‬ ٖ َّ‫َو ُه َو ٱلَّذِي أَنشَأ َ َج َّٰن‬
١٤١ َ‫صا ِد ِهۦ َو ََل ت ُ ۡس ِرفُو ٖۚاْ ِإنَّهۥُ ََل ي ُِحبُّ ۡٱل ُم ۡس ِرفِين‬
َ ‫ش ِب ٖ ٖۚه ُكلُواْ ِمن ث َ َم ِر ِهۦ ِإذَا أ َ ۡث َم َر َو َءاتُواْ َحقَّهۥُ َي ۡو َم َح‬
َ َّٰ َ ‫َوغ َۡي َر ُمت‬
141. Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman
yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya).
Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya
(dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang yang berlebih-lebihan

LATARBELAKANG AYAT
1. Golongan musyrikin mekah suka bercakap mengenai nikmat-nikmat pemberian Allah Taala mengikut hawa
nafsu dan sesuka hati mereka.
2. Allah menempelak mereka dengan menunjukkan:
a. Tanda-tanda kewujudan Allah Taala
b. Tanda-tanda kebesaran Allah Taala
c. Tanda-tanda kekuasaan Allah Taala
d. Hikmah-hikmah kejadian makhlukNya

INTISARI AYAT
1. Allah jadikan tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis supaya manusia mendapat manfaat darinya.
2. Manusia boleh memakan hasil tanaman atau menjualnya.
3. Manusia wajib membayar zakat selepas menikmati hasil tanaman
4. Melarang keras pembaziran terhadap nikmat Allah Taala

HIKMAH PERTANIAN DAN FAEDAH TUMBUH TUMBUHAN

Perkara Keterangan
Ketuhanan  Menjadi bukti kewujudan, kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.
1. Memberi bantuan kepada manusia lain melalui ibadah sedekah dan zakat.
Kemanusiaan 2. Mengindahkan alam sekitar
3. Sumber makanan kepada manusia dan makhluk bernyawa yang lain
1. Menambahkan sumber pendapatan diri, keluarga dan Negara
Perekonomian 2. Membina kehidupan yang selesa dan bahagia
3. Mengusahakan pertanian secara komersial
1. Membekalkan zat dan vitamin kepada badan melalui pemakanan berkhasiat
Kesihatan 2. Membekalkan oksigen kepada manusia bagi tujuan pernafasan
3. Mengawal kebersihan dan kesegaran persekitaran
1. Membantu mengawal suhu kepanasan dunia
Geografi 2. Menyerap air hujan bagi mengelakkan malapetaka banjir kilat
3. Menguatkan struktur tanah bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Islam menggalakkan ummatnya bercucuk tanam. Nabi bersabda bermaksud:

‫ع أ َ ْن‬ ْ ‫ فَ ِإ ِن ا‬،ٌ‫س ْي َلة‬


َ َ ‫ست‬
َ ‫طا‬ ِ َ‫ساعَةُ َوفِ ْي يَ ِد أ َ َح ِد ُك ْم ف‬
َّ ‫ إِ ْن قَا َمتْ ال‬، ‫ قال رسول هللا‬:‫ قال‬ ‫عن أنس‬
)‫(رواه أحمد والبخاري‬ ْ ‫س َها فَ ْل َي ْغ ِر‬
‫س َها‬ َ ‫الَّ تَقُ ْو َم َحتَّى يَ ْغ ِر‬
Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda; sekiranya Kiamat (hampir) berlaku, sedangkan di tangan kamu
masih ada benih tanaman, maka sesiapa yang sempat menanam benih tersebut sebelum berlakunya Kiamat,
maka tanamlah. (riwayat Ahmad dan Bukhari)

Langkah Bagi Meningkatkan Hasil Pertanian:


1. Menggunakan teknologi pertanian moden.

3
PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

2. Menggalakkan penyelidikan bagi menghasilkan benih dan baja berkualiti.


3. Menambahkan keluasan tanah pertanian yang subur dengan menggunakan tanah terbiar.
4. Mewujudkan mekanisme system pemasaran yang berdaya saing
5. Mengadakan kempen kesedaran kepentingan dan faedah pertanian.
6. Menggalakkan para belia menceburi sektor pertanian.
7. Membuka pusat latihan pertanian bagi membantu belia.
8. Menyediakan skim pinjaman pertanian kepada para petani.

Kepentingan Sektor Pertanian.


1. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah.
2. Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
3. Meningkatkan perkembangan teknologi pertanian dengan penggunaan jentera-jentera pertanian moden.
4. Menggalakkan kajian penggunaan hasil pertanian secara komersial seperti bahan bakar/ ubatan.

Kewajipan Zakat Pertanian Dan Kepentingannya.


1. Islam mewajibkan pengusaha pertanian mengeluarkan zakat drpd hasil pertanian apabila cukup syarat-
syaratnya.
2. Kewajipan ini disegerakan kerana harta zakat ialah hak orang lain.
3. Hasil pertanian berkenaan ialah makanan ruji yang mengenyangkan ; beras, gandum, jagung, tamar,
zabib, tin dan aprikot.

Pengajaran Ayat ialah;


 Tumbuh-tumbuhan menjadi salah satu tanda kewujudan dan kekuasaan Allah Taala
 Umat Islam diharuskan menggunakan semua hasil pertanian untuk keperluan hidup mereka.
 Hasil pertanian yang telah cukup syarat wajib dikenakan zakat.
 Umat Islam dilarang membazirkan harta kepada perkara maksiat/ perkara tidak berfaedah.

Soalan Latihan:
1. Senaraikan empat kegunaan utama hasil pertanian.
2. Nyatakan lima hikmah pelaksanaan ibadah zakat pertanian.
3. Huraikan hikmah pertanian kepada manusia
4. Apakah yang akan berlaku sekiranya sektor pertanian di abaikan.
5. Sektor pertanian menjadi satu tuntutan Fardhu Kifayah. Huraikan.