Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai.

1. Beberapa orang murid pengsan ketika __________ berbaris di padang itu.

A. patut C. telah
B. akan D. sedang

1. Gopal sedang membeli air minuman di warung yang berada di __________ jalan raya itu.

A. tepi C. atas
B. luar D. tengah

2. Ustaz Ramli bertugas __________ di pedalaman negeri Sarawak.

A. dekat C. hampir
B. jauh D. rapat

3. "Apakah yang __________ beli tadi?", tanya Rosmah kepada Sani.

A. kita C. saya
B. kami D. awak

4. Upacara penyampaian 'Anugerah Kecemerlangan UPSR' telah berlangsung dengan jayanya menurut
__________ yang dijadualkan.

A. reka cipta C. susun atur


B. tutur kata D. kira bicara

5. Di sekolah abang Aziz terdapat sebuah __________ sebagai tempat penginapan para pelajarnya.

A. motel C. hostel
B. dangau D. pondok

6. Puan Rusnani sentiasa membeli beberapa __________ majalah pada setiap bulan.

A. buah C. naskhah
B. keping D. biji

7. Asraf tidak menduga akan memenangi tempat __________ dalam pertandingan pidato kelmarin.
A. pertama C. satu
B. separuh D. setengah

8. Maniam tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu kerana masalah kesihatan. __________, dia tetap
berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada doktor.

A. Di samping itu C. Namun begitu


B. Selain itu D. Oleh itu

9. Keadaan yang __________ di dalam kelas itu tiba-tiba menjadi senyap apabila Guru Besar masuk.

A. kacau-bilau C. kelam-kabut
B. haru-biru D. hiruk-pikuk

10. Pemandu bas ekspres __________ agar berhati-hati di jalan raya.

A. diberi C. dirayu
B. diminta D. digalak

11. Ivaneswary diumumkan sebagai_____________________ dalam sukan tahunan sekolah baru-baru ini.
A. peragawati C. pramugari
B. biduanita D. olahragawati

12. Deepavali merupakan ____________________ yang disambut oleh penganut agama Hindu.
A. perayaan C. fikiran
B. upacara D. istiadat

13. Guru disiplin memberitahu bahawa Minggu Disiplin itu diadakan untuk meningkatkan disiplin murid-
murid.

A. “Murid-murid perlu tahu bahawa Minggu Disiplin diadakan untuk mendisplinkan diri sendiri," jelas
guru disiplin kepada murid-murid.
B. “Minggu Disiplin ini diadakan untuk memastikan disiplin dalam diri kamu," jelas guru disiplin
kepada murid-murid.
C. “Minggu Disiplin ini diadakan untuk meningkatkan lagi disiplin kamu," kata guru disiplin kepada
murid-murid.
D. “Kebaikan kamu dapat ditingkatkan melalui Minggu Disiplin ini," kata guru disiplin kepada murid-
murid.
14. Anak-anak harus digalakkan menabung sejak kecil lagi untuk faedah masa depan.

Perkataan seerti bagi menabung ialah


A. menyembunyi
B. menyimpan
C. melabur
D. meletak

15. Pilih ayat yang betul.


A. Wanita yang tampan itu adalah peragawati terkenal.
B. Hadiah ini ialah untuk ibu
C. Pemandangan di kawasan tepi pantai indah terlalu
D. Mathu merupakan murid yang paling rajin di dalam kelas itu.

Soalan 17hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Matahari terlindung cuaca redup,


Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.

Gembira sungguh di hari raya,


Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah,


Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,


Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.

17. Pilih kata lawan yang sesuai bagi perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga pantun.
A. rahsia
B. seksa
C. sukar
D. mudah

18. Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?


A. Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
B. Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
C. Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
D. Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.
19. Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh

A. menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.


B. membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
C. menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
D. menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.

20. Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A. kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.


B. kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.
C. membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.
D. Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.

Bahagian B

21. (a) Padankan

1. Ayah menonton televisyen lalu menghirup kopi.


sambil
2. Lina membaca buku cerita kerana menunggu bas.
manakala
3.Mira tidak hadir ke sekolah sementara demam.

[3 markah]

21.( b) Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


oleh dari kepada
untuk dengan daripada

Pasar malam ialah tempat yang disediakan (a) memudahkan masyarakat mendapatkan
barang keperluan harian. Penjual di pasar malam biasanya datang (b) banyak tempat
manakala pengunjung pasar malam pula biasanya terdiri (c) penduduk kawasan sekitar.
[3 markah]
22.(a) Bina ayat majmuk yang sesuai.

i. Murid itu mengetuk pintu.


ii. Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.

_____________________________________________________________________________

[2 markah]

22.(b) Tulis peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

[2 markah]

23. (a) Lengkapkan dialog di bawah


__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

23.(b) Tuliskan betul atau salah dalam kotak yang disediakan.

1. Kad ucapan ini adalah daripada abang long yang tinggal di London.

2. Hadiah ini ialah untuk guru kesayangan saya.

3. Ibu saya membeli goreng pisang di sebuah gerai

[ 2 markah]

24. Baca seni kata lagu di bawah dan jawab soalan

Hormati Orang Tua

Mari hormati orang tua


Mulianya mereka bak pendeta
Sayangi serta hormati mereka
Kehidupan kita akan sejahtera.
Orang tua bagai pujangga
Akal mereka amat bergeliga
Setiap nasihat amat berharga
Kasihi mereka jiwa dan raga

Tingginya nilai budaya kita


Hormat dan taat tanpa dipinta
Hargai orang tua kita
Pesanan mereka bak pelita

Begitu tingginya resam kita


Orang tua umpama harta
Dijaga mereka bak permata
Nilai berharga tidak terkata

(a) Perkataan taat dalam perenggan ke tiga bermaksud______________________


[ 1 markah]

(b) Mengapakah kita perlu menghormati orang tua?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]
(c ) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata “ pesanan mereka bak pelita”

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

(d) Nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk menghargai jasa orang tua.
__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________

[3 markah]

25. Baca petikan syarahan di bawah dan jawab soalan.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Abdul Hamid bin Kamaruddin, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Intan, barisan hakim yang adil,guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi.

Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan satu syarahan yang bertajuk “Ke Arah Mewujudkan
Masyarakat Penyayang”.

Hadirin yang dihormati,

Salah satu matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita ialah melahirkan
masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang dapat membentuk dan membina
negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik dan sosial.

Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang ialah mewujudkan perasaan muhibah antara
kaum dan menghapuskan sifat perkauman. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan satu cara perasaan muhibah
dapat disuburkan dalam diri masyarakat Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan adat resam semua kaum.

Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan -badan swasta merupakan satu
langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Sambutan yang diadakan ini dapat mengeratkan
siratulrahim dan kemesraan dalam sesebuah institusi keluarga.

Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Aktiviti yang
dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan, pakaian beruniform dan permainan. Melalui
aktiviti inilah semangat perpaduan, semangat muhibah dan bersatu padu antara pelajar berbilang kaum dapat
disemaikan.

Tegasnya, masyarakat penyayang penting demi perpaduan dan keharmonian dalam


kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

(a). Nyatakan betul atau salah

Salah satu daripada matlamat Wawasan 2020 ialah melahirkan masyarakat penyayang

[1 markah]
(b).Mengapakah masyarakat penyayang perlu diwujudkan?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]
( c). Apakah langkah-langkah untuk mewujudkan masyarakat penyayang?

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

(d). Nyatakan cara lain untuk melahirkan masyarakat penyayang.

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________

[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai