Anda di halaman 1dari 1

CARA SUAMKAN FROZEN EBM

Since saya tak pandai bab lukis-lukis ni saya snap gambar terus untuk proses suamkan
frozen EBM step by step

1. Turunkan frozen EBM ke bahagian chiller semalaman. Pilih tarikh yang paling awal
dahulu.

2. Masa nak suamkan kalau susu masih tak cair, rendam dalam bekas berisi air paip &
sambung simpan di bahagian chiller dalam 15 minit

3. Frozen EBM dah mencair!

4. Transfer susu dalam botol sebelum disuamkan. Dilarang sama sekali suamkan susu
dalam plastic bag!

5. Rendam susu ke dalam bekas berisi air suam. Saya hanya suamkan menggunakan air
termos dalam 5-10 minit

6. Susu dah suam & sedia diminum

7. Disarankan titiskan setitik di tangan anda untuk rasa tahap kepanasan. Jika terlalu panas
biarkan sementara waktu sehingga suhunya sesuai untuk diminum. Digalakkan rasa sekali
untuk memastikan susu masih elok atau tidak. Biasanya frozen EBM lepas disuamkan akan
berbau hanyir tapi masih elok jika tiada rasa perit atau masam. Jika ada rasa perit atau
masam buang saje susu tu

8. Susu sedia diminum. Masa ni pass kat hubby tolong susukan. Hehehe...

9. Habis licin Ammar minum frozen EBM bulan Mei


Walaupun bau & rasa kurang enak Ammar masih boleh terima seadanya. Alhamdulillah �
���

Moga perkongsian ni lebih jelas untuk memudahkan mommies suamkan frozen EBM lepas
ni.