1. Isu/ Masalah
2. Analisis
Murid yang kurang tumpuan dan tidak fokus di dalam bilik darjah sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan akan turut mengganggu proses pengajaran ini kerana
guru terpaksa memberhentikan pengajaran seketika untuk menarik semula perhatian murid
yang tidak fokus. Murid-murid ini juga akan berlengah-lengah dalam menyiapkan tugasan dan
tidak bekerjasama dalam kerja kumpulan.
Untuk mengatasi masalah murid-murid yang kurang memberikan tumpuan dan kurang
fokus sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan di kelas Tahun
6, guru akan menyediakan aktiviti yang memerlukan murid untuk bergerak aktif iaitu melalui
pendekatan pembelajaran aktif dan didik hibur. Melalui pendekatan ini murid akan bergerak
dan dengan adanya unsur didik hibur seperti muzik, murid akan dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya dan berminat aka nisi pembelajaran.
Selain daripada itu, guru juga akan merancang pembelajaran yang menyeronokkan
sekiranya masa pembelajaran Bahasa Melayu adalah selepas waktu rehat dan pada waktu
tengahari. Ini untuk memastikan murid tidak merasa mengantuk dan dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu-waktu tersebut.
Guru juga akan sentiasa mengajukan soalan kepada murid yang kurang fokus. Ini untuk
memastikan murid sentiasa memberi perhatian terhadap pengajaran guru.
JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 4 01-05 FEBRUARI 2016
4. Tempoh Masa
Tempoh masa yang digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah selama dua minggu
dan guru akan memastikan semua murid yang mempunyai masalah kurang tumpuan sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran akan merubah sikap dan tingkah laku mereka menjadi
lebih baik.
5. Tindakan Susulan
Berikut merupakan antara tindakan susulan yang saya akan lakukan bagi mengatasi
maslah murid yang kurang tumpuan dan tidak fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku di dalam bilik darjah:
a) menyediakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat
murid
b) memberi perhatian kepada murid yang kurang tumpuan dan memberi nasihat serta
galakkan kepada mereka.
6. Kesimpulan