Anda di halaman 1dari 2

POWERPOINT BERKESAN

Pertama, Permulaan.

Perkara pertama yang menjadi kesilapan Slide ini


ialah, logo "Grand Art Network" yang kurang jelas kerana
tidak sepadan dengan latar belakang yang berwarna
coklat. Anda mesti ingat, lazimnya, pembentangan
SlideShow akan menggunakan mesin Projector yang
mengurangkan contrast gambar, lalu memburukkan lagi
keadaan. Pastikan apa yang ingin anda tunjukkan jelas
kelihatan.
Seeloknya, untuk pembentangan menggunakan projector, gunakan background yang
gelap dan teks yang cerah, dengan itu, teks itu akan kelihatan 'bercahaya'. Selain daripada
itu, slide pertama atau permulaan perlulah cukup menarik untuk menarik perhatian
penonton. Sebagai contoh, gunakan gambar yang pelik seperti ini;

Gambar seperti ini sangat berguna terutamanya apabila anda


membentang di hadapan beratus-ratus murid. Video juga boleh
digunakan. Perasankah anda tentang penceramah-penceramah
yang datang menceramah? Selalunya, pada awal ceramah,
mereka menayang beberapa video yang kadang-kadang tidak
ada kena mengena langsung dengan tajuk ceramah mereka.
Kenapa mereka lakukannya? Untuk menarik perhatian. Baiklah,
slide seterusnya, isi kandungan;

Ini ialah slide yang ketiga dan keempat.


Slide ketiga mempunyai sedikit kesilapan, teksnya
terlalu kecil. Jangan ambil mudah dengan saiz
teks. Dalam Powerpoint, saiz teks itu penting,
kerana presentation ini akan dilihat dari 50 kaki,
dan untuk memastikan Powerpoint anda berkesan,
anda perlu memastikan mereka yang berasa 50
kaki di belakang dapat membaca presentation
anda.
Kesilapan Powepoint utama pelajar ialah powerpoint yang mempunyai terlalu banyak
teks. Powerpoint tidak direka untuk teks yang banyak, ia direka untuk menjadi alat pembantu
persembahan anda. Anda yang mempersembahkan, bukan Powerpoint. Jika anda perlu
menerangkan perkara yang kompleks dan memerlukan banyak teks, taipkannya kedalam
flyer dan edarkan kepada penonton. Jangan gunakan PowerPoint. Jika tidak, teks anda
akan menjadi terlalu kecil dan sukar untuk dibaca. Kalau boleh, jangan lebih daripada 4
baris ayat. Dan setiap ayat, jangan lebih daripada 5 perkataan. Aggaplah powerpoint
sebagai "background" anda. Bukan anda background powerpoint.
Slide seterusnya memperbaiki kesilapan slide
sebelum ini, walaubagaimanapun, teks tersebut boleh
dibuat lebih besar. Lihat ruang antara teks dengan
gambar, ruangan itu tidak digunakan. Ini suatu
pembaziran. Ia bukanlah satu kesilapan yang besar,
namun ia tidak menggunakan potensi yang ada.

Selain daripada itu, slide ini ada menggunakan gambar. Seeloknya, setiap 2 slide
anda perlu ada gambar, walaupun sedikit. Gambar lebih mudah untuk difahami dan diingati
berbanding teks. Oleh itu, pastikan anda letakkan satu-dua gambar dalam slide anda untuk
'mencuci' mata penonton dari huruf-huruf yang menyakitkan mata. Dan gambar anda
seeloknya tidak terlalu 'kosong' dan tidak terlalu menarik. Jika gambar anda terlalu menarik
perhatian, penonton akan terlupa akan anda. Dalam slide ini, gambar yang disertakan
mungkin terlalu membosankan.

Perkara terakhir sekali ialah tentang animasi. Saya percaya, ramai pelajar-pelajar
muda di luar sangat mahir dalam bidang ini. Namun dalam Powerpoint, animasi jangan
terlalu gempak. Keberkesanan suatu Powerpoint itu bukan pada animasi. Malahan animasi
boleh memburukkan lagi keadaan. Sebagai cntohnya powerpoint yang mempunyai 45
slide. Dan ia dibentangkan dalam masa 10 minit. Ini bermakna, satu minit 4.5 slide. Dan satu
slide 10 saat. Kesemua animasi dalam powerpoint ini disetkan pada kelajuan "fast" atau
"very fast". Kalau terlalu banyak animasi, masa tidak cukup, sedangkan apa yang perlu
diterangkan bukanlah animasi tersebut.
Animasi digunakan untuk menarik perhatian. Dan dalam slide ini animasi yang
digunakan adalah simple dan mudah seperti "ascend" dan "descent". Animasi yang terlalu
banyak akan mengganggu perhatian penonton. Begitu juga dengan gambar yang tidak
berhenti. Ia akan mengganggu perhatian penonton. Cuba elakkan perkara itu.
Itulah kesilapan-kesilapan utama pembentangan powerpoint, berikut merupakan
keseluruhan powerpoint tersebut.

Anda mungkin juga menyukai