Anda di halaman 1dari 4

Jenis-jenis Dadah

Heroin

Definisi
Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula
digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan
gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan
20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk
Bes Heroin, Heroin No.3, Heroin No.4, Brown Heroin, Heroin Black Tar

Nama lain
Big H, Dope, Smack, TNT

Cara Penggunaan
Menyuntik, menghidu

Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair, mengantuk, mudah marah dan resah, pertuturan tidak jelas,
cemas, takut, sunggul.

Morfin

Definisi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap
dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah
dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus
morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat

Jenis/Bentuk
Morfin Mentah, Bes Morfin, Pil Morfin

Nama lain
M.Tab, White Sulfat, Monkey, Dreamer, Morphan

Cara Penggunaan
Menyuntik, menelan

Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan, tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan, pertuturan
tidak jelas, sembelit, halusinasi, mengantuk, cemas.

Candu

Definisi
Dihasilkan daripada buah popi muda.
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi
muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat
. Berwarna coklat hitam.
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap

Jenis /Bentuk
Candu mentah, candu masak, tahi candu

Nama lain
Shollboy, Black Stuff, Opium, Mandat, Pen Yeh, “O”, Tar

Cara penggunaan
Menyuntik, menelan

Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan, rasa pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit,
hilang selera makan, sunggul.

Ganja
Definisi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp. Cannabis Sativa. Mengandungi
lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah
bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja
menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan
semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu. Menghisap ganja
secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa
terkumpul dalam sel badan

Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass, Pot, Marijuana, weed

Cara penggunaan
Menghisap

Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan & terlalu cergas/ketawa, mudah marah
dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan
perimbangan, yuforia dan sunggul.

Syabu
Definisi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan,
syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling
berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang
paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit

Jenis/Bentuk
Kaca/kristal, pecah, serbuk halus seperti tawas

Nama lain
Ice

Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur,
tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan
muntah-muntah, hilang selera makan.

Ecstacy / MDMA

Definisi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine. Kerap kali
dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk
menari sepanjang malam, MDMA juga adalah dadah psychoactive

Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain
Pil Khayal, Pil goyang kepala, YAMA, YABA

Cara penggunaan
Menelan, campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas, berpeluh berlebihan, kuat becakap, boleh melayan muzik
yang kuat & goyang kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang selera makan, mudah
marah & resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering, tidak boleh tidur.

Ketamin
Definisi
Sejenis ubat bius untuk haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan
di temasya tari-menari atau raves

Jenis/Bentuk
Serbuk putih, kristal, cecair, pil

Nama lain
“K”, Special K, Vitamin K, Kit Kat

Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung, campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah, mengubah deria pendengaran, sentuhan,
bau, rasa dan penglihatan sehingga kurang sedar tentang masa dan identiti diri,
boleh bertindak ganas, hilang keseimbangan badan, mual dan muntah-muntah.

Anda mungkin juga menyukai