Anda di halaman 1dari 2

3.

0 Objektif dan Persoalan Kajian


3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan membincang mengenai apakah tujuan kajian ini dilakukan,
apakah objektif yang ingin dicapai melalui kajian yang dilakukan dan juga persoalan yang
perlu dijawab untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam kajian yang
dilaksanakan.

3.2 Tujuan Kajian

Tujuan kajian dilaksanakan adalah untuk mengkaji adakah latihan “Yes You Can” yang
berasaskan latihan daya tahan otot dapat meningkatkan daya tahan otot murid dalam
melakukan aktiviti seperti tekan tubi dan duduk separa cangkung.

3.3 Objektif Kajian

4.3.1 Meningkatkan kecergasan daya tahan otot murid dengan latihan “Yes You
Can”.

3.3 Persoalan Kajian

4.4.1 Adakah terdapat peningkatan terhadap daya tahan otot murid setelah mengikuti
Latihan “Yes You Can”?.
4.0 Peserta Kajian

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan berkenaan dengan peserta kajian yang terlibat
di sepanjang kajian selidik dijalankan bagi mencapai objektif dan persoalan yang dibina.

4.2 Kumpulan sasaran

Kajian tindakan ini melibatkan murid Tahun 4 yang terdiri daripada dua orang murid
perempuan dan dua orang murid lelaki. Peserta kajian ini dipilih berdasarkan proses
pembelajaran lepas. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran pengkaji mendapati peserta
kajian mempunyai masalah dalam melakukan aktiviti yang melibatkan daya tahan otot seperti
tekan tubi dan separa cangkung. Tinjauan awal mendapati murid tidak dapat melakukan
aktiviti seperti tekan tubi dan separa cangkung kerana tidak mempunyai daya tahan otot yang
kuat.

4.3 Senarai Nama Peserta Kajian

Bil Nama Jantina Umur Kelas


1 Ahmad Zulkifli Lelaki 10 Tahun 4 Shafie
2 Muhammad Razif Lelaki 10 Tahun 4 Shafie
3 Nur Farhana Ain Perempuan 10 Tahun 4 Shafie
4 Siti Aisya Eira Perempuan 10 Tahun 4 Shafie