Anda di halaman 1dari 2

DIALOG PELAKSANAAN INTERVENSI LINUS2.

0 5/12/2017

1. UCAPAN ALUAN – KETUA UNIT AKADEMIK PPDCH


Kiriman salam daripada Tuan Timbalan PPDCH. Beliau menghadiri mesyuarat di Kuantan.
Memperkenalkan barisan guru besar CH.

2. BACAAN DOA – USTAZ KHAIRUL SAHRIE

3. EN SHAMDZUL – Pengenalan ttg DPI, dimana DPI bukan untuk mencari kesalahan mana2
pihak. DPI merupakan 1 bentuk musyawarah untuk cuba mencari penyelesaian kepada isu2
dan masalah2 yang ada. Harapan selepas DPI, murid 100% melepasi LINUS pada akhir 2018.
Program yang telah dirancang untuk murid tahun 4 yang tidak melepasi LINUS – rintis
PROGRAM BIJAK dibuat di beberapa daerah dalam negeri Pahang. Pelaksanaan sama seperti
kelas pemulihan di SJKC dan SJKT. Pembentangan perlu berkisar tentang isu dan masalah
murid di sekolah dan apa intervensi yang dirancang kepada murid2 tersebut.

4. EN AZIS – Pembentangan data Saringan 2 2017 LINUS PPDCH. Pencapaian setiap sekolah
berdasarkan peratus melepasi dan perbandingan dengan KPI NKRA. Hadirin dimaklumkan
bahawa murid yang tidak hadir akan dikira sebagai murid K1-K2 dalam keputusan saringan.
SJKT Ladang Boh 2 mencatatkan semua murid melepasi LBM buat kali pertama. Murid MBK
tahun 3 berjumlah 18 orang. Murid MBK tahun 2 berjumlah 1 orang.

5. EN KHAIRUL ANUAR – Tertarik dengan pencapaian SJKT Ldg Boh 2, yang menguasai 100%
LBM. Memohon perkongsian GB SJKT Ldg Boh 2.

6. EN JEYAKANTAN – Kehadiran murid tahun 3 adalah baik. Tiada masalah bahasa pengantar
untuk numerasi. Hanya BI murid masih susah untuk kuasai. Masalah guru opsyen BM dan BI
tiada. Murid tahun 1 dan 2 ada masalah kehadiran. Murid tahun 3 mempunyai pemahaman
lebih baik. Tiada satu formula tertentu selain kelas tambahan selepas waktu sekolah.
Pembentangan: Program bagi menangani masalah kehadiran.

7. EN NORZIHAN – Murid tiada kesedaran untuk hadir ke sekolah kerana tidak dapat melihat
jauh ke masa depan. Pelbagai program telah dijalankan namun masih tidak mampu
mengatasi sepenuhnya masalah ini.

8. EN KHAIRUL ANUAR – Cuba gunakan faktor kekuatan pada golongan asli sebagai tarikan
untuk ke sekolah. Contoh; murid asli suka bermain. Masyarakat asli pula akan sentiasa
menurut kehendak anak. Jadi sekolah perlu menjadi tempat yang menarik dan seronok
untuk menarik mereka datang ke sekolah. PAK21 boleh diaplikasikan dengan kreatif.

9. EN NORZIHAN – Pembentangan bagi SK Menson (Tahun 2). Konteks masyarakat asli Semai.
Mereka memerlukan masa panjang untuk menguasai sesuatu kemahiran/pembelajaran asas.
Pencapaian murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Ramai guru-guru tahap 1
mempunyai komitmen yang rendah dan masalah disiplin. Kemahiran kawalan kelas
dikalangan guru masih lemah menyebabkan murid tidak memberi perhatian. Intervensi
murid dikategorikan kepada 3 kumpulan berbeza. Kumpulan hijau, kuning dan merah. Guru
linus perlu berinovasi dan tinggi kreativiti dimana SK Menson menghadapi masalah dengan
faktor ini. Murid kumpulan merah merupakan murid potensi MBK. PPD dan JPNP diharap
dapat menghulurkan bantuan terperinci dari sudut mengembalikan prestasi guru-guru
bermasalah.

10. EN SHAMDZUL – Masih terdapat kekangan dan cabaran dalam menggerakkan intervensi.
Masalah seperti etika guru perlu diberi perhatian serius.

11. PN WANG MUI CHEE – Kehadiran tidak menjejaskan prestasi murid. Intervensi dilasanakan
dalam tempoh 3 bulan. Hanya Program Bacaan Pagi dijalankan sepanjang tahun. Guru
pemulihan telah ditukar mulai 2017 kerana masalah bahasa pengantar. Pn Fatimah telah
ditukar dengan seorang guru lain, Tan Cheng Mui. Brian dan Khew Wan Ting merupakan
murid yang dilihat berpotensi MBK tetapi telah melalui proses pemeriksaan yang tidak tepat.
Ibu bapa sukar member kerjasama apabila anak mereka perlu menjalani pemeriksaan dalam
program Outreach LINUS2.0.

12. PN ROSNANI – Isu di SK Brinchang melibatkan murid melayu, bukan murid asli. Murid
didapati kurang tumpuan, tidak diberi perhatian oleh ibu bapa dan masalah kehadiran. Ibu
bapa tidak ambil berat soal pendidikan anak2. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif
dengan pergi ke rumah dan menemui ibu bapa namun tiada tindakan susulan daripada ibu
bapa terbabit. Komitmen guru yang terlibat dengan LINUS hanya 70%. Guru2 SK Brinchang
akan diberi KPI untuk mereka capai pada 2018.

13. TN HJ AZHAR – Penglibatan semua dan rasa kesepunyaan adalah perlu bagi menggerakkan
intervensi dan tindak susul bagi setiap isu/masalah. Isu/masalah yang didapati bersifat
rencam lantas memerlukan komitmen semua pihak.

14. EN SHAMDZUL - Isu utama 2018, kemenjadian murid. Kerja buat 2018 perlu diperkemaskan
agar KPI NKRA LINUS2.0 tercapai.

15. CIK NOOR AFIDA – Penempatan guru gred 1 di tahap 1 terutama tahun 1 kerana pencapaian
murid perlu dititikberatkan dari awal. Semangat dan keseronokan belajar murid boleh
terhapus sekiranya guru di tahun 1 adalah guru gred 3. Pentadbir juga harus peka dengan
ketelusan gerak kerja dan pengoperasian linus agar tiada isu ketidaktelusan.