Anda di halaman 1dari 1

Karangan Berpandu 2 - CARA MENINGKATKAN DISIPLIN MURID

Disiplin merupakan kunci kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.
Oleh itu, pelbagai cara perlu dilakukan untuk meningkatkan disiplin murid.

Guru kaunseling seyogianya menjalankan sesi kaunseling dan mengadakan kursus


kaunseling akhlak. Dengan wadah ini, murid yang bersahsiah mulia dan berdisiplin dapat
dilahirkan sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sementara itu, pengawas sekolah patut membuat rondaan di kawasan sekolah, justeru
mencatatkan nama murid yang melanggar peraturan sekolah. Oleh sebab itu, guru disiplin harus
merotan mereka agar mereka sedar bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Seterusnya, pihak sekolah sepatutnya memberikan surat amaran demi mengingatkan ibu
bapa tentang kesalahan yang dilakukan anak mereka. Melalui saluran tersebut, ibu bapa dapat
bekerjasama bagai aur dengan tebing dengan pihak sekolah.

Tuntasnya, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk menjadikan sekolah sebagai
tempat belajar yang kondusif. Saya percaya bahawa cara tersebut dapat membentuk pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara di samping Wawasan 2020 mampu direalisasikan.

Sourced from:

http://karanganbmcikgutancl.blogspot.my/2012/08/karangan-berpandu-3-langkah-
mengatasi.html?m=1