Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN-PERATURAN MAKMAL KOMPUTER FSKSM

Tatacara berpakaian semasa di dalam Makmal.

1. Pelajar mestilah berpakaian KEMAS, BERSIH, SESUAI dan SOPAN seperti berikut:-
i) Baju kemeja.
ii) Baju T-berkolar.
iii) Berseluar panjang.
iv) Berskirt panjang di bawah paras lutut.
2. Pelajar tidak dibenarkan BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan yang TERLALU
MENDEDAHKAN TUBUH atau MENJOLOK MATA seperti berikut:-
i) Berbaju tanpa lengan.
ii) Berbaju T tanpa kolar.
iii) Berseluar / berskirt ketat.
iv) Berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek.
3. Pelajar tidak dibenarkan MEMAKAI TOPI atau BANDANA.
4. Pelajar lelaki dilarang menyimpan RAMBUT PANJANG.
5. Semua pelajar DIWAJIBKAN MEMAKAI KAD MATRIK.
6. Membuka kasut ketika memasuki makmal.
(Etika Pakaian yang dikeluarkan oleh UTM juga terpakai)

Perkara-perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN ketika berada di dalam Makmal.

1. Membawa sebarang makanan dan minuman.


2. Membuat bising.
3. Membuat perkara-perkara sumbang.
4. Membuang sampah merata-rata.
5. Masuk ke dalam makmal ketika kelas sedang dijalankan.
6. Membawa masuk pelajar lain / orang luar (selain pelajar fakulti FSKSM).
7. Membawa masuk perkakasan komputer tanpa mendapat kebenaran daripada juruteknik bertugas.
8. Melayari halaman-halaman yang tidak berkaitan dengan pembelajaran.
9. “Chatting” dan melayari halaman web terutamanya yang berunsur pornografi.
10. Mengubah sebarang arahan pada “Setting” yang telah ditetapkan termasuk “Wallpaper”.
11. Memadam sebarang data dan perisian yang terdapat di dalam komputer.
12. Menyimpan fail di dalam “Folder” tertentu.
13. Membawa keluar sebarang peralatan makmal tanpa kebenaran juruteknik bertugas.

Peraturan Makmal Komputer FSKSM Mukasurat 1


Perkara-perkara yang perlu diberi PERHATIAN semasa menggunakan Makmal.

1. Pastikan disket anda bebas dari virus.

2. Pastikan anda menyimpan fail di dalam “Folder” yang telah disediakan.

3. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada juruteknik yang bertugas.

4. Pastikan persekitaran anda berada di dalam keadaan bersih (meja, laci dan lantai).

5. Pastikan komputer dimatikan setelah digunakan (shut down).

6. Pastikan anda menyusun semula kerusi ke tempat asalnya.

7. Pastikan segala barangan anda tidak tertinggal di dalam makmal.


(buku, disket, alat tulis, handset, kunci, kalkulator dan sebagainya).

8. Hakmilik anda tanggungjawab anda, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kehilangan.

9. Pengguna juga tertakluk dengan peraturan yang dikeluarkan oleh universiti dari semasa ke
semasa.

Peraturan Makmal Komputer FSKSM Mukasurat 2

Anda mungkin juga menyukai