Anda di halaman 1dari 9

1.

Konsep Pentaksiran

Pengujian:
Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur
perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang
individu terhadap pembelajarannya.

Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang murid dalam


sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan murid dalam
kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara
mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan. Pengujian biasanya
dilaksanakan selepas satu atau beberapa pelajaran diajar.

Pengukuran
Pengukuran adalah suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam
pembelajaran.

Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan


kedudukan antara murid dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran
amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan murid dalam
jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu mulai
dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran diadakan selepas beberapa
pelajaran dilaksanakan.

Penilaian
Penilaian merupakan proses memperoleh maklumat dan menggunakannya
untuk membuat keputusan. Penilaian bertujuan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian murid, objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan
pelaksanaan kurikulum.

Penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum,


pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian dibuat
berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan
(statistisk). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas satu
atau beberapa pelajaran. Penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian,
pengukuran, penganalisaan, dan penyimpulan.

Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi
pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar dalam pembelajaran.
2. Tujuan Pentaksiran

(a) Pelaporan Pencapaian

Pentaksiran memberi maklum balas kepada guru dan pelajar. Dengan


mendapatkan maklumat, guru dapat tahu setakat mana objektif pelajaran
telah dicapai. Guru juga dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar
dalam pembelajaran. Maklum balik ini membantu guru membuat penilaian
tentang pengajarannya. Ia bertujuan membantu guru membaiki pengajarannya. Pelajar dapat
tahu tentang kekuatan dan kelemahan mereka. Maklumat balik ini menentukan pelajar yang
memerlukan pendidikan pemulihan

Pentaksiran merupakan punca penggerak/motivasi untuk pembelajaran.


Pentaksiran dapat menggerakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh
supaya dapat lulus. Suatu kebiasaan di mana pelajar akan belajar jika
mereka tahu bahawa pembelajaran mereka dinilai.

Pentaksiran berguna sebagai cara untuk memperoleh pembelajaran


lampau. Pembelajaran lampau membantu dalam pembelajaran pelajar.
Pelajar diuji perkara-perkara yang telah dipelajari sebagai menyediakan
mereka untuk menerima pelajaran yang baharu. Pelajar-pelajar dibimbing
untuk mengaitkan pembelajaran yang lampau dengan pelajaran yang baharu.

Pentaksiran diguna untuk mengesan punca kelemahan. Ujian bersifat


diagnostik dalam bilik darjah dapat mengesan punca kelemahan pelajar.
Maklumat pentaksiran ini dapat menolong guru menyediakan rancangan
pemulihan bagi pelajar yang memerlukannya.

(b) Pemilihan/Penempatan

Keputusan daripada ujian atau peperiksaan digunakan sebagai asas untuk


memilih dan menempatkan pelajar dalam satu-satu kursus yang sesuai. Ujian
dalam bilik darjah juga boleh digunakan. Ujian yang khusus seperti ujian
kesediaan membaca boleh digunakan untuk mengelaskan pelajar dalam
kumpulan kecil yang sesuai.

Sebagai contoh, keputusan ujian menjadi kriteria untuk mengumpulkan


pelajar kepada kumpulan kecil untuk aktiviti pengajaran berdasarkan tahap
kebolehan mereka. Ujian bakat dan ujian kecerdasan digunakan untuk
mengenal pasti pelajar yang pintar atau kanak istimewa.

Keputusan pentaksiran juga boleh digunakan untuk memilih pelajar yang


layak untuk melangkau kelas dan keputusan SPM dan STPM menjadi kriteria
untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keputusan pentaksiran juga
digunakan untuk memilih pekerja dalam sektor swasta dan kerajaan.
(c) Keputusan-Keputusan bimbingan

Kita tidak dapat nafikan bahawa pelajar anda perlu dibimbing dalam peluang
vokesyenal, dalam program pendidikan dan masalah peribadi mereka. Ujian
tentang aptitud dan pencapaian; inventori minat dan personaliti akan
membantu dalam menyediakan maklumat yang berguna tentang ciri-ciri
signifikan yang dimiliki mereka. Ini akan membantu mereka
memperkembangkan konsep kendiri yang realistik.

(d) Keputusan-keputusan Penyelidikan

Keputusan penyelidikan dibuat apabila maklumat dikumpul daripada


pentaksiran sebagai langkah awalan sebelum membuat keputusan.
Biasanya penyelidikan tidak dituju kepada penentuan keputusan yang
spesifik tetapi lebih kepada memberi gambaran yang luas untuk
keputusan-keputusan masa depan.

(e) Tujuan tujuan lain

Pentaksiran berbentuk soalan dan pemerhatian penting untuk menentukan


kesediaan murid untuk mempelajari kemahiran baharu. Ini berlaku sebelum
guru mula sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hasil pentaksiran akan memberi input kepada guru tentang keberkesanan


pengajarannya. Melalui maklum balas murid, guru boleh menilai sama ada
pengajarannya berkesan atau sebaliknya.

Pentaksiran guru bertujuan memberi maklum balas tentang kemajuan dan


pencapaian murid kepada ibu bapa dalam mata pelajaran dan aspek
sahsiah. Ibu bapa boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap
pencapaian anak mereka.

(Buat carian internet untuk membuat perbezaan antara pengujian,


pengukuran dan penilaian)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang


bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani),
psikomotor(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan
konsep Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang
pembelajaran (assessment of learning).

PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. Ia merupakan satu
bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP),
manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran untuk Pembelajaran

Secara umumnya, pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada


pengajaran dan pembelajaran dan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti pentaksiran
boleh digunakan untuk membentuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia direka bentuk
untuk merangsang pengajaran serta menambahbaik pembelajaran. Ia memberi murid peluang
untuk menghasilkan sesuatu hasil yang akan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran
dan pemahaman mereka.

Dalam konteks sekolah di Malaysia, pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua
aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai
perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya
memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum
balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan
semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.

Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan,
perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas.
Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk
menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi
alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan
kepada murid dengan cara yang betul. Maklum balas tidak sepatutnya mengandungi
pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan.
Maklum balas perlu mengandungi tiga elemen berikut:
Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang
ditetapkan;
Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan
Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap
pembelajaran yang diharapkan.

Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan


pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu,
pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu
memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-
mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
Secara ringkasnya, pentaksiran untuk pembelajaran akan:
Menyediakan maklumat pembelajaran murid untuk kedua-dua murid dan guru
Menggalakkan kejayaan untuk semua
Membolehkan refleksi berterusan tentang apa yang murid tahu masa kini dan
apa yang mereka perlu tahu selepas ini.
Menggalakkan intervensi semerta dan hubungkaitkan penghakiman kepada
kehendak pembelajaran
Pentaksiran tentang Pembelajaran

Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat untuk


mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar selesai mengikuti
sesuatu kursus, unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan. Ia
dilaksanakan pada akhir segmen pengajaran, contoh, pada akhir semester, atau pada akhir
tahun akademik. Tujuan ialah untuk menentukan sama ada pembelajaran disempurnakan
secukupnya untuk mengalih pelajar ke segmen pengajaran berikut. Ia digunakan untuk
memberi gred kursus atau untuk pensijilan tentang penguasaan pelajar dalam hasil
pembelajaran yang diingini.

Dalam konteks bilik darjah sekolah Malaysia, pentaksiran tentang pembelajaran merujuk
kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan
prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi
pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio.

Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan
dan pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara
bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau
kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan,
profil atau testimoni.

Antara tujuan pentaksiran tentang pembelajaran :


Menyediakan satu rumusan penghakiman mengenai apa yang telah dipelajari
Menentukan tanda aras mengenai apa yang murid boleh buat dan prestasi
sekolah
Menggalakkan intervensi selanjutnya

(Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding beza pentaksiran untuk


pembelajaran dengan pentaksiran tentang pembelajaran)

3. Prinsip dan Ciri-Ciri Utama Pentaksiran

Untuk membina ujian yang baik, setiap guru harus memahami prinsip pentaksiran
dan ciri-ciri penting suatu ujian yang baik. Antara prinsip–prinsip yang perlu diambil
kira termasuk instrumen atau alat yang digunakan untuk pentaksiran, kumpulan
murid yang ditaksir, respons murid, kumpulan yang menaksir serta skor yang
diperoleh selepas pentaksiran.

Ciri ciri ujian yang baik termasuk:


Kesahan
Kebolehpercayaan
Keobjektifan
Kemudahtadbiran
Kemudahtafsiran
Kesahan

Kesahan merujuk kepada sejauh manakah sesuatu ujian itu benar-benar menguji
perkara-perkara yang hendak diuji itu. Secara ringkasnya, ia bermaksud sesuatu
ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur Kesahan ujian adalah
berdasarkan tujuan ujian itu diadakan. Kesahan terdiri daripada empat jenis kesahan
seperti berikut:

Kesahan Kandungan

Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang ujian yang
hendak diuji. Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur. Untuk
mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan dan selaras dengan
tujuan ujian itu diadakan, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk
dan sebagainya. Antara ciri ciri kesahan kandungan ialah kandungan ujian mewakili
perkara yang hendak diukur atau diuji, mengukur penguasaan pengetahuan atau
kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu. Tambahan pula, guru perlu
memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting pelajaran yang
diajar dan cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar


seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa
depan. Kesahan ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana
ramalan yang dibuat masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan
pada masa hadapan. Contohnya, seorang murid memperoleh 4 „A‟ dalam
Peperiksaan Percubaan di sekolah juga memperoleh pencapaian yang sama dalam
peperiksaan UPSR yang sebenar. Dalam kes ini, Peperiksaan Percubaan di sekolah
dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi untuk menentukan pencapaian
murid berkenaan dalam peperiksaan UPSR tersebut.

Untuk mendapat kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang
dibina hendaklah benar-benar menguji perkara berkaitan dengan kebolehan,
kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan.

Kesahan Konstruk/Gagasan

Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang
digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau tret mental manusia. Tujuan ujian
ini diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur
konstruk hipotetikal berkenaan dengan sifat semula jadi dan tingkah laku manusia,
misalnya, kecerdasan, kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan. Ini kerana tret tidak
boleh diperhatikan secara langsung tetapi boleh dibuat telahan berdasarkan kepada
kesan tingkah laku yang boleh diperhatikan.

Kesahan Serentak

Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu
sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Ia
merupakan hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan
kriteria tertentu. Ujian ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang
pendek. Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan serentak yang tinggi jika itemitem
ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan
dalam pengukuran. Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi untuk
ujian Matematik dan Sains tetapi kesahan serentak yang rendah untuk ujian
Matematiks dan Bahasa Inggeris. Contoh lain adalah jika anda membuat kesilapan
tertentu dalam satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan anda masih mengulangi
kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan mempunyai kesahan serentak.

Fikirkan apakah yang akan berlaku jika sesuatu ujian itu tidak mempunyai
kesahan gagasan?

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang ada ketekalan


atau ketetapan dalam skor ujian. Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk
kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada
masa yang berlainan. Sebagai contoh, seorang calon memperoleh 80 markah untuk
ujian Matematik dan kemudian memperoleh markah yang sama apabila ujian yang
sama ditadbirkan selepas seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.

Satu sifat yang perlu diberi perhatian adalah bahawa kebolehpercayaan merupakan
satu keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Satu ujian yang
memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin merupakan maklumat sah
tentang prestasi yang diukur. Pada satu pihak yang lain, keputusan-keputusan ujian
yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau digunakan dalam cara
yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah dipengaruhi oleh faktorfaktor
seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan, masa dan keselamatan
item ujian.

Secara umumnya, empat cara untuk menentukan kebolehpercayaan iaitu:


Uji- Ulang uji (test-retest)
Cara bentuk setara (equivalent forms method)
Cara bahagi dua (split half)
Cara Kuder-Richardson

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Antara faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut:

(a) Panjang ujian.


Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut. Ini bermaksud
lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi kebolehpercayaannya. Ujian yang
lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan yang mencukupi tentang
tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh
faktor-faktor peluang seperti meneka.
(b) Pentadbiran dan Format Ujian
Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya
kebolehpercayaan ujian. Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa
kepada kebolehpercayaan yang rendah. Selain itu, arahan yang jelas, mudah
difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberi kesan
kepada kebolehpercayaan ujian. Juga, ujian hendaklah ditadbirkan dalam
suasana yang sesuai:-
Mengikut masa yang ditetapkan
Bebas daripada gangguan/ bising
Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan
Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada kelajuan
dijadikan sebagai satu faktor pengujian

(c) Kesukaran ujian


Ujian yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kumpulan ahli yang
mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah. Ini kerana kedua-dua ujian yang menghasilkan
sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah, skor-skor akan berada rapat
sekali pada bahagian atas skala. Manakala, untuk ujian yang sukar, skor-skor
berkelompok di bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua ujian, perbezaan
individu adalah kecil dan tidak boleh dipercayai.

(d) Keobjektifan ujian


Ini merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi keputusan
yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang diperolehi tidak
dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Kebolehpercayaan
ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan
bagi setiap item. Ujian jenis item Betul-Salah atau dua pilihan jawapan pada
item soalan adalah paling kurang kebolehpercayaannya.

Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh guru, keobjektifan memainkan peranan
penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada pemeriksa dan pemeriksa
yang tidak konsisten akan mempengaruhi kebolehpercayaan pengukuran.

Keobjektifan

Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana pemeriksa dapat


memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang mempunyai jawapan
yang sama. Sekiranya pemeriksa boleh memberikan markah yang sama kepada
jawapan-jawapan yang sama mengikut skema pemarkahan, maka ujian ini boleh
dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang amat tinggi.

Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana
pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi seseorang
pemeriksa. Manakala ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana
skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada seorang pemeriksa dengan yang
lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang sama.

Maka, guru perlu mempastikan keobjektifan dalam ujian subjektif dengan menyedia
dan membekalkan skema pemarkahan untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi
sesuatu ujian berkenaan. Tambahan pula, mesyuarat penyelarasan pemeriksaan
diadakan supaya pemeriksa boleh dilatih dan moderasi pemarkahan dilaksanakan
untuk mengurangkan perbezaan dalam skor yang diberikan oleh mereka.

Kemudahtadbiran

Kebolehtadbiran merupakan kelicinan pelaksanaan ujian itu di dalam bilik darjah atau
di dewan peperiksaan. Ini bermakna ujian itu harus dapat memenuhi syarat-syarat
dan keperluan menguji. Dalam hal ini, pentadbiran ujian itu tidak harus menimbulkan
kesukaran kepada pelajar.

Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan,


pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan, pengutipan skrip-skrip
jawapan serta pemarkahan. Tambahan pula,arahan yang jelas dan mudah serta
tempoh masa ujian perlu diberi perhatian.

Kemudahtafsiran

Ciri-ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil


pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif penilaian. Ini
bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya
dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat bagi aspek-aspek berikut:
Pencapaian murid dalam kelas
Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar yang
digunakan
Kesesuaian aras kesukaran item ujian

Secara ringkasnya, kemudahtafsiran bermaksud bahawa markah yang diperolehi


dapat ditukar kepada data statistik seperti min, sisihan piawai dan skor piawai
dengan mudah. Data yang ditafsir dengan betul dan diaplikasikan secara berkesan
akan menyumbang ke arah keputusan-keputusan pendidikan dan tindakan
selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai