Anda di halaman 1dari 14

Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

PENGGUNAAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA DAN MAIN PERANAN


DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI: SATU TINJAUAN

Mohd Razak Mohd Nordin, Ed.D


Masitah Ahmad
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia

Abstrak

Teknik permainan dan main peranan berupaya menarik minat dan membantu
mempertingkatkan pembelajaran murid Orang Asli terhadap pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia berlandaskan kepada konsep pendidikan
berpusatkan murid selain memberikan pengalaman pembelajaran yang positif.
Objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada
teknik permainan bahasa dan main peranan dapat menarik minat murid Orang
Asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu berbanding dengan pendekatan
tradisional. Kajian ini merupakan kajian menggunakan pendekatan kualitatif.
Maklumat yang digunakan dalam kajian ini diperoleh melalui temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Kumpulan utama responden ialah guru-guru
dan murid-murid anak Orang Asli di empat buah sekolah rendah dalam negeri
Perak. Temu bual melibatkan 8 orang guru dan 8 orang murid dari SK Kampung
Kenang Sg. Siput (U), SK Suak Padi, Bota, SK Bt. 7, Tapah dan SK Ulu
Geruntum, Gopeng. Borang senarai semak persepsi guru ke atas aplikasi
pengajaran dan pembelajaran baru disediakan dan akan diisikan oleh guru
sebagai responden. Hasil temu bual yang diperoleh daripada guru dan murid
dianalisis melalui analisis kandungan. Seterusnya hasil analisis telah
dikategorikan kepada beberapa aspek dan tema. Cadangan penambahbaikan
untuk meningkatkan kualiti pedagogi sekolah rendah murid Orang Asli juga turut
dibincangkan. Melalui penggunaan teknik permainan bahasa dan main peranan,
pelbagai objektif pengajaran dicapai oleh kelas yang dipilih untuk kajian ini.
Hasil kajian mendapati teknik permainan bahasa dan main peranan ini telah
menghasilkan murid yang lebih peka dan sedar cara berkomunikasi yang lebih
berkesan dan menyakinkan di samping dapat menaikkan semangat, minat dan
penyertaan murid secara menyeluruh serta mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan dan kondusif.

Kata Kunci : Permainan, main peranan, pedagogi.

Abstract

The game and role play technique is capable to attract and help to improve
Aboriginal pupils learning towards teaching and learning Bahasa Melayu as it is
based on the concept of student-centered learning education, besides promoting a
161
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

positive learning experience. The objective of the researcher in conducting this


study was to identify whether the game and role play technique could attract
Aboriginal pupils’ interest towards Bahasa Melayu subject as compared to the
tradisional approach. This study used qualitative research methods. The
information used in this study were collected through interviews, observations and
document analysis. The main groups of respondents were teachers and Aboriginal
pupils in four primary schools in the state of Perak. Interviews involved 8 teachers
and 8 pupils from SK Kampung Kenang, Sg. Siput (U), SK Suak Padi, Bota, SK Bt.
7, Tapah and SK Ulu Geruntum, Gopeng. Checklist about the perception of
teachers on new teaching and learning application was prepared to be filled by
the teachers as respondents. The results obtained from the interviews done with
the teachers and students were analyzed through content analysis. Further
analysis was done and was categorized into several aspects and themes.
Suggestions for improvement about the quality of Aboriginal primary school
pedagogy were also discussed. Through the use of the game and role play
technique, a variety of instructional objectives were achieved by the class selected
for this study. The study found that the game and role play technique has
produced pupils who are more alert and aware of how to communicate more
effectively and convincingly, in addition to raise the spirit, enthusiasm and
participation of pupils and create an atmosphere of learning and teaching which
is more enjoyable and conducive.

Keywords: Games, role play, pedagogy.

PENDAHULUAN

Pendidikan sekolah rendah di Malaysia merupakan proses asas pembelajaran yang


sistematik jika diukur daripada perancangan dan kurikulum yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, bagi mewajarkan sistem dan
kurikulum ini berjalan dengan baik dan mudah dipraktikkan, maka beberapa
perkara penting perlu diambil kira dalam pelaksanaan tersebut. Antaranya
termasuklah faktor murid, persekitaran sekolah, bahan bantuan mengajar (BBM),
kemudahan teknologi dan persediaan atau pengetahuan guru. Untuk tujuan ini,
kurikulum yang seragam telah diwujudkan bagi memastikan kurikulum pendidikan
nasional itu dapat melahirkan murid yang seimbang pekertinya sejajar dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran telah diperkenalkan dan


digunakan di bilik-bilik darjah dengan tujuan untuk menjadikan pembelajaran lebih
bermakna dan berkesan (Larsen-Freeman, 1986; Finocchiaro & Brumfit, 1983).
Dalam pengajaran bahasa khususnya, terdapat beberapa teknik yang boleh
digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa (Larsen-Freeman,1986). Sesuatu pengajaran dan
162
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru itu bermotivasi, kreatif dan
inovatif dalam menjayakan pengajaran agar dapat mencapai objektif-objektif yang
hendak dicapai. Antara tekinik-teknik dan pendekatan yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teknik penerangan, sumbang saran, soal
jawab, permainan bahasa, simulasi, lakonan, main peranan dan sebagainya.
Penggunaan teknik dan pendekatan dalam PdP bergantung kepada jenis objektif
yang hendak dicapai. Antara teknik tersebut permainan bahasa dan main peranan
yang sesuai digunakan untuk mengajar berbagai mata pelajaran terutamanya mata
pelajaran bahasa (Kamarudin, 1993; Ladousse 1987; Wrigh 1991).

Terdapat sebilangan pendidik yang masih kurang memahami akan konsep, fungsi
dan peranan teknik permainan bahasa dan main peranan. Ada di antara mereka
beranggapan bahawa teknik permainan bahasa dan main peranan memerlukan
peruntukan masa yang banyak dan menyebabkan suasana bilik darjah yang bising
dan tidak terkawal (Ladousse, 1987). Dalam kalangan pendidik juga ada yang
masih kurang sedar akan kepentingan teknik permainan dan main peranan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Wan Mohd Zahid,1996). Kurangnya
kesedaran ini menyebabkan ramai pendidik yang masih memilih pelbagai teknik
lain yang lebih berpusat kepada pendidik seperti teknik “chalk and talk” dan hanya
menggunakan buku teks atau buku kerja sahaja. Ada juga pendidik yang masih
kurang sedar bahawa teknik permainan dan main peranan berupaya membantu
mempertingkatkan pembelajaran pelajar kerana teknik tersebut berlandaskan
kepada konsep pendidikan berpusat pelajar dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan (Wan Zahid 1996).

Pernyataan Masalah

Menurut Abdullah Hassan (1987), kegagalan dalam merancang dan menentukan


teknik pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan
secara berkesan. Berdasarkan kajian lampau, kualiti pengajaran merupakan aspek
penting dalam menarik minat dan meningkatkan kemahiran berbahasa murid.
Proses pendidikan dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting bagi
memastikan pembelajaran berlaku. Guru mempunyai pelbagai pilihan pendekatan,
strategi, teknik dan kaedah yang boleh membantunya mencapai objektif
pengajaran. Teknik permainan bahasa seperti sahiba, teka silang kata, kotak
beracun dan bangku panas adalah antara contoh-contoh permainan bahasa dalam
bilik darjah. Walaupun pada hakikatnya guru mengakui tentang kelebihan teknik
permainan bahasa dan main peranan, namun begitu terdapat guru-guru yang masih
belum begitu bersedia menggunakan teknik permainan dan main peranan secara
lebih meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini memandangkan
terdapat beberapa kekangan di pihak guru dalam melaksanakan teknik permainan
bahasa dan main peranan. Antara kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru-
guru ialah aspek pemilihan, kesesuaian dengan tahap kebolehan murid, masa dan
perbelanjaan diperlukan untuk melaksanakan teknik tersebut. Begitu juga
163
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

kekangan dari segi pengendalian dan penentuan objektif pengajaran yang hendak
dicapai dengan menggunakan teknik permainan bahasa dan main peranan di dalam
bilik darjah. Kekangan-kekangan ini selalunya menjadi punca mengapa guru
kurang menggunakan teknik permainan bahasa dan main peranan dalam bilik
darjah terutama dalam pengajaran bahasa. Guru bahasa khususnya tidak banyak
menggunakan teknik permainan bahasa dan main peranan secara intensif. Faktor-
faktor seperti objektif pelajaran, tahap kebolehan murid serta penyediaan bahan
bantu mengajar turut mempengaruhi kesesuaian permainan bahasa dan main
peranan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun begitu diharapkan teknik
permainan bahasa dan main peranan ini akhirnya dilihat akan lebih interaktif
supaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu akan lebih
mudah dihayati dan difahami.

Kesignifikinan Kajian

Menurut Ramlah Jantan (2002) dalam kajiannya mendapati sistem pendidikan yang
bergantung sepenuhnya kepada guru, papan hitam dan buku teks dirasakan kurang
sesuai digunakan dalam sistem pendidikan moden kini. Kaedah penyampaian
berbentuk satu hala dan tidak berpusatkan pelajar ini telah menghalang pelajar
untuk mengembangkan prestasi pembelajaran masing-masing dengan cara, teknik
serta gaya pembelajaran mereka tersendiri. Majlis Peperiksaan Malaysia (1992)
melaporkan bahawa antara faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar ialah teknik pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah
kurang berkesan.

Kelemahan ini boleh diatasi dengan melakukan perubahan dalam sistem


pendidikan iaitu memperkenalkan teknik pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang
berpusatkan murid. Dalam teknik permainan bahasa dan main peranan, murid
sentiasa didorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Lantaran itu, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan menceriakan.

Penumpuan memperkasakan Bahasa Melayu dalam program Memartabatkan


Bahasa Malaysia dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) turut menekan
pelaksanaan transformasi kurikulum di sekolah rendah dan menengah yang
memberikan fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan
murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik
merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta
penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Bagi merealisasikan hasrat transformasi
berkenaan, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat memperkenalkan teknik-
teknik pengajaran yang menimbulkan kesedaran kepada apresiasi bahasa dan
sastera di sekolah rendah. Teknik pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
ini akhirnya dilihat akan lebih interaktif supaya P&P mata pelajaran Bahasa
Melayu akan lebih mudah dihayati dan difahami.

164
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

Berdasarkan Teori Tingkah Laku atau Behaviorisme yang dipelopori seperti Ivan
Petrovich Pavlov, berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada
rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima
pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Berdasarkan teori ini, guru boleh
meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan
pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid.

Sama seperti Pavlov, Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi
mewujudkan tingkah laku positif. Guru perlu menggunakan rangsangan yang boleh
memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya
dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar. Begitu
juga bagi Edward L. Thorndike yang terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum
Kesediaan, Hukum Latihan dan juga Hukum Kesan amat menyarankan ketiga-tiga
hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau
percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi
mudah dan berkesan. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran akan menjadi
lebih sempurna sekiranya dilaksanakan dalam bentuk yang menyeronokkan.
Seandainya dapat dilaksanakan dalam bilik darjah sudah pasti akan memberi impak
yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran (Roblyer, et al., (1977).

Berdasarkan, ketiga-tiga tokoh ini (Teori Behavioris) yang memberi penekanan


terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong
murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu
memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan
menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas.
Sehubungan dengan itu jelaslah bahawa teori di atas mempunyai kaitan yang kuat
terhadap teknik main peranan dan permainan bahasa yang menarik dan
menyeronokkan bagi menarik minat murid dalam PdP khususnya murid Orang
Asli.

Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengkaji cuba membantu pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
khususnya guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah agar menjadikan
teknik permainan bahasa dan main peranan sebagai salah satu cara menarik minat
murid sekolah rendah khususnya murid Orang Asli belajar dengan seronok dalam
bilik darjah.

Objektif Kajian

Kajian ini mengemukakan tiga objektif seperti berikut:


1. Untuk mengenal pasti reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu yang menerapkan teknik permainan bahasa dan main
peranan.
165
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

2. Untuk mengenal pasti penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik
permainan bahasa dan main peranan.
3. Untuk mengenal pasti dan menganalisis implikasi pengajaran dan
pembelajaran guru Bahasa Melayu menggunakan teknik permainan bahasa
dan main peranan terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah dalam
kalangan murid Orang Asli.

Soalan Kajian

Kajian ini mengemukakan 3 persoalan seperti berikut:


1. Sejauhmanakah reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu yang menerapkan teknik permainan bahasa dan main peranan.
2. Sejauhmanakah penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik
permainan bahasa dan main peranan.
3. Sejauhmanakah implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa
Melayu menggunakan teknik permainan bahasa dan main peranan terhadap
motivasi diri untuk datang ke sekolah dalam kalangan murid Orang Asli.

Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada penggunaan teknik Permainan Bahasa dan Main
Peranan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan
Murid-Murid Orang Asli Sekolah Rendah Negeri Perak. Sampel terdiri daripada 8
orang guru Bahasa Melayu dan 8 orang murid tahun 5 yang ditemu bual. Kekangan
kewangan dan kekangan masa menghadkan pungutan data daripada sekolah-
sekolah yang lain.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Method kajian menggunakan temu


bual, pemerhatian dan anlisis dokumen. Temu bual dengan guru Bahasa Melayu
dilakukan dengan secara bersemuka selama satu jam. Temubual itu dirakamkan
dan ditranskripsikan. temu bual berbentuk semi struktur berdasarkan tema
kesesuaian teknik permainan bahasa dan main peranan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa daripada aspek-aspek objektif pelajaran, tahap kebolehan
pelajar serta persediaan dan perancangan guru. Pemerhatian dijalankan dalam bilik
darjah berdasarkan senarai semak iaitu interaksi guru dengan murid dari aspek
pengajaran dan pembelajaran. Analisis dokumen dijalankan dengan melihat
portfolio responden, program yang dijalankan serta buku latihan murid.

166
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

Instrumen

Instrumen yang digunakan untuk memungut data berdasarkan temu bual berbentuk
Focus Group Discussion (FGD).

Pemilihan Sampel

Pemilihan sampel terdiri daripada 8 guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan 8
murid kelas Bahasa Melayu. Temu bual guru berdasarkan kaedah FGD dan
direkodkan untuk mendapatkan maklumat dari segi keberkesanan penggunaan
teknik permainan dan main peranan dalam PdP. Seorang guru pelatih dicerap untuk
melihat pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi setiap sekolah kajian.

Analisis Data

Analisis data dijalankan pada peringkat semasa dan selepas proses pengumpulan
data seperti yang dicadangkan oleh Bogdan dan Biklen (1992) dan Merriam (2001).
Peringkat permulaan menganalisis data melalui penerokaan data yang terkumpul.
Penerokaan data bermaksud membaca data untuk memahami isi keseluruhan data
bagi membolehkan analisis secara intensif dilakukan (Taylor & Bogdan, 1984).
Proses analisis data dimulakan dengan membaca berulang kali data-data yang
terkumpul. Sejurus selepas sesuatu transkrip temu bual dan catatan lapangan
dicetak, ia terus dibaca. Analisis dokumen dikumpul pada hari berkenaan dan
proses pembacaan dilakukan untuk menentukan tema dan kategori tertentu dikenal
pasti. Data yang dikumpul dianalisis untuk menjawab soalan kajian seperti yang
dinyatakan. Analisis fokus kepada menjelaskan keberkesanan teknik permainan
bahasa dan main peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

DAPATAN KAJIAN

Analisis data terhadap teknik permainan bahasa dan main peranan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terhadap sikap dan minat murid orang
Asli di negeri Perak dilakukan dan beberapa penemuan dihuraikan seperti berikut;

1. Minat belajar mata pelajaran Bahasa Melaysia berasaskan permainan


bahasa dan teknik main peranan

Responden kajian iaitu beberapa orang Guru Bahasa Melayu tahun 5 antaranya
(GBM1), (GBM2), (GBM3), (GBM4), (GBM5), (GBM6), (GBM7) dan (GBM8).
Nama guru-guru yang digunakan bukan nama sebenar untuk memelihara kerahsian
kajian.

167
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

Salah seorang guru Bahasa Melayu tahun 5 menyatakan;

Jika dibanding antara teknik konvensional yang digunakan dengan teknik


permainan bahasa dan main peranan, amat ketara perbezaannya.
Sekiranya pendekatan tradisional digunakan, murid kebiasaannya
memberi tumpuan pada sepuluh minit awal, selepas itu mereka sudah
hilang fokus. Kami terpaksa meninggikan suara untuk mendapat
perhatian mereka. Berbeza dengan menggunakan teknik permainan
bahasa dan main peranan, murid memberi fokus dan kerjasama dari awal
hingga akhir. Kelas nampak ceria, aktif dan pemusatan murid berlaku.
(Temu bual 1_ GBM1)

Seorang responden yang berpengalaman mengajar Bahasa Melayu menjelaskan;

Pengalaman saya yang tidak dapat saya lupa adalah semasa menyanyikan
lagu bagi mengingat "hari dalam seminggu", pada murid tahun 1.
Didapati hampir 80% boleh mengingati nama hari tersebut selepas proses
pengajaran dan pembelajaran kelas. (Temu bual 2_GBM2)

Begitu juga bagi guru Bahasa Melayu tahun 4 (GBM5) menceritakan perasaan-
perasaan yang muncul kalangan muridnya apabila beliau mengajar menggunakan
teknik permainan bahasa dan main peranan.

Rasa gembira dan seronok apabila murid-murid memberi lebih tumpuan


terhadap P&P apabila teknik permainan bahasa dan main peranan
dipraktikkan. (Temu bual 3_ GBM3)

Seterusnya seorang guru Bahasa Melayu tahun 4, sekolah yang berbeza


menyatakan:

Teknik permainan bahasa dan main peranan ini bagi saya adalah satu
teknik yang amat baik. Murid-murid seronok mengikuti perkembangan
pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi aktiviti main peranan dan
permainan bahasa. Penglibatan murid begitu memberangsangkan terutama
apabila aktiviti nyanyian dijalankan. Murid Asli dapat peluang menyanyi
memang seronok. (Temu bual 4_ GBM5)

2. Penglibatan murid-murid mengikuti aktiviti permainan bahasa dan main


peranan yang dirancang oleh guru.

Pengkaji mendapati selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik


permainan bahasa dan main peranan, murid menunjukkan perlakuan positif, di
168
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

mana mereka begitu aktif dan memberi kerjasama yang baik terhadap pengajaran
guru.

Murid-murid menunjukkan riak muka yang ceria dan gembira semasa


sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan khusus semasa aktiviti main
peranan dan permainan bahasa. Murid yang pasif dan pemalu juga turut
bersama melakukan aktiviti khususnya dalam aktiviti permainan bahasa.
Keadaan ini sedikit sebanyak mencerminkan perasaan dalamannya yang
cukup seronok dan gembira mengkuti kelas tersebut. (Temu bual
5_GBM6)

Begitu juga semasa aktiviti induksi set dan penutup yang ada aktiviti
main peranan dan menyanyi. Semua murid memberi komitmen dan
kerjasama menyanyi lagu tersebut dengan penuh semangat. Ada juga
murid yang tidak faham lirik tetapi turut serta menyanyi. Ini melucukan
tetapi yang penting penglibatan mereka dalam pembelajaran. (Temu bual
6_ GBM4)

Seorang responden turut memberi maklumat bahawa apabila aktiviti permainan


bahasa dan main peranan dijalankan, murid memberi respon seperti di bawah.

Apabila aktiviti permainan bahasa dan main peranan terutamanya semasa


aktiviti main peranan semua murid sama ada yang pemalu atau yang pasif
sama-sama turut menyanyi bersama. Saya juga merasa lucu menengok
telatah dan gelagat mereka kerana sebelum ini mereka yang pasif suka
termenung dan membuat hal sendiri. (Temu bual 7_ GBM7)

Begitu juga bagi seorang responden bersetuju menyatakan murid memberi


kerjasama yang baik kepada guru sekiranya aktiviti permainan bahasa dan main
peranan dijalankan.

Semasa aktiviti lakonan menjual buah-buahan sambil menyanyi, murid-


murid sangat gembira dan seronok semasa melakonkan peranan masing-
masing. Mereka memainkan peranan sebagai penjual dan pembeli dengan
rasa gembira dan seronok. (Temu bual 8_GBM8)

Seorang responden turut memberitahu bahawa semasa aktiviti main peranan,


apabila beberapa orang murid diminta tampil ke depan, mereka memberi kerjasama
untuk melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru.

Begitu juga semasa aktiviti lakonan antara penjual buah-buahan dengan


pembeli, apabila guru meminta beberapa orang murid tampil ke depan,
mereka sudah berani menyertai aktiviti tersebut. Mungkin aktiviti tersebut
mereka suka kerana ada aktiviti lakonan mudah dan nyanyian. (Temu bual
169
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

9_ GBM2)

3. Motivasi diri murid orang Asli hadir ke sekolah kesan daripada


pengajaran menggunakan teknik permainan bahasa dan main peranan.

Apabila pengajaran bahasa Melayu banyak menggunakan teknik permainan


bahasa dan main peranan, respon guru menunjukkan murid sudah mula kurang
ponteng.

Kami dapati bahawa unsur-unsur hiburan, keseronokan dan peluang turut


serta dalam setiap aktiviti yang berunsurkan permainan dan bermain
sememangnya turut memberi pengaruh besar dan motivasi kepada minat
murid-murid Orang Asli untuk datang ke sekolah. (Temu bual
10_GBM3)

Kalau dulu mereka sering ponteng tetapi apabila teknik pengajaran


diubah kepada lebih banyak teknik permainan bahasa dan main peranan,
mereka sudah sering ke sekolah kerana seronok mengikuti proses
pengajaran tersebut. Murid-murid menunjukkan riak muka yang ceria
dan gembira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut berjalan.
(Temu bual 11_GBM5)

Minat mereka lebih mendalam dan menimbulkan rasa tertunggu-tunggu


untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu. (Temu bual 12_
GBM2)

Begitu juga beberapa orang responden turut memberi maklumat baru sikap murid
yang sebelum ini sering tidak hadir ke sekolah. Apabila aktiviti melibatkan hiburan
dan bermain seperti aktiviti nyanyian, permainan bahasa dan main peranan
diadakan ianya menjadi salah satu mekanisma yang boleh menarik minat murid ke
sekolah.

Apabila mereka sudah menunjukkan minat terhadap pengajaran guru yang


banyak mengandungi aktiviti permainan bahasa dan main peranan,
nampak mereka sudah mula kurang ponteng sekolah. Yang pasifpun
nampak ceria dan bersemangat. (Temu bual 13_ GBM3)

Murid Orang Asli amat meminati aktiviti permainan, terutamanya


permainan bahasa, mereka akan gembira dan seronok jika mereka disuruh
bermain. Yang pemalu sebelum ini turut sama bermain. Dengan cara ini
saya merasakan bahawa aktiviti permainan bahasa adalah satu cara untuk
menarik minat murid ke sekolah. (Temu bual 14_ GBM8)

170
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

Hasil Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah


laku subjek kajian secara langsung. Penyelidik membuat andaian bahawa program
yang berkesan dengan rancangan yang teliti terutama pengajaran menggunakan
teknik simulasi dan permainan dapat menarik minat murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Jadual 1
Nota Data daripada Pemerhatian

Items Nota Pemerhatian


Memerhati murid SK Murid seronok dan ceria mengikuti pengajaran
Kampung Kenang, Sg. menggunakan teknik permainan bahasa dan main
Siput (U) - (Tahun 5) peranan yang diadakan oleh guru.
ketika guru sedang Murid yang sebelum ini pemalu dan kurang aktif
mengajar. nampak aktif apabila guru menggunakan pengajaran
teknik permainan bahasa dan main peranan.
Murid banyak bergerak dan aktif semasa aktiviti
pengajaran guru berlangsung.
Memerhati murid SK. Suak Murid sangat suka terhadap pengajaran yang ada
Padi, Bota - (Tahun 5) aktiviti permainan bahasa seperti "Teka Silang Kata".
ketika guru sedang Murid memberi respon dan kerjasama dalam aktiviti
mengajar. pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik
permainan bahasa dan main peranan.
Murid begitu aktif dan riang apabila pengajaran guru
menggunakan teknik permainan bahasa dan main
peranan.
Memerhati murid SK. Batu Murid sangat berminat terhadap pengajaran guru
7, Tapah - (Tahun 5) menggunakan teknik permainan bahasa dan main
ketika guru sedang peranan terutamanya bahagian permainan bahasa.
mengajar. Teserlah kecenderungan positif murid terhadap
pengajaran guru menggunakan teknik permainan
bahasa dan main peranan melalui gelagat semasa
murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan
guru.

Memerhati murid SK. Ulu Murid nampak ceria dan berminat mengikuti
Geruntum, Gopeng - pengajaran guru menggunakan teknik permainan
(Tahun 5) ketika guru bahasa dan main peranan.
sedang mengajar. Murid sudah mula berani tampil ke hadapan kelas
apabila guru mengarah mereka ke depan untuk
mengambil bahagian dalam main peranan.

Berdasarkan Jadual 1, melalui temu bual bersama 8 orang murid yang


diperhatikan, apabila ditanya adakah mereka suka mengikuti pengajaran guru,
kesemua murid menjawab suka dan seronok. Sehubungan dengan itu, guru perlu
171
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

memperbanyakkan penggunaan teknik permainan bahasa dan main peranan dalam


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) supaya murid seronok dan ceria mengikuti
pengajaran guru terutama dalam PdP Bahasa Melayu.

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid begitu


seronok dan berminat untuk mengikuti kelas mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemerhatian oleh pengkaji juga mendapati bahawa murid-murid telah mengikuti
sesi pembelajaran yang berlangsung selama satu jam, dengan tekun dan penuh
minat. Segala arahan dan permintaan guru, dipatuhi dan dilakukan dengan baik.
Riak muka mereka begitu ceria dan situasi bilik darjah begitu ‘hidup’.

Tambahan pula dengan perancangan yang rapi dan persediaan yang baik dibuat
oleh guru, sudah tentu hasilnya tentu membanggakan. Murid seronok belajar,
manakala guru seronok mengajar. Menurut aliran pendekatan teori tingkahlaku
yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner
(Slavin, 1997) telah membuktikan bahawa pembelajaran yang dilakukan dengan
adanya kesediaan dalaman sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran positif.
Misalnya, Thorndike melalui teorinya yang berkait rapat dengan konsep Hukum
Kesediaan, Hukum Kesan dan Hukum Latihan, berpendapat bahawa pembelajaran
akan menjadi lebih sempurna sekiranya dilaksanakan dalam bentuk yang
menyeronokkan. Seandainya dapat dilaksanakan dalam bilik darjah sudah pasti
akan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran (Roblyer et
al., (1977).

Faktor kedua adalah minat murid-murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
yang mengaplikasikan teknik permainan bahasa dan main peranan, juga
disebabkan oleh mereka diberi ruang dan peluang untuk turut serta dalam setiap
aktiviti yang dirancang oleh guru. Lumrah kehidupan sebenar sesuai dengan umur
murid yang memang sukakan kegembiraan dalam pembelajaran adalah sinonim
dengan teknik permainan bahasa dan main peranan. Sebagai contohnya, melalui
aktiviti main peranan, murid diminta tampil ke hadapan, bergerak dan bertindak
sebagaimana yang diarahkan, sudah tentu akan menghilangkan rasa bosan dan
mengantuk.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa setelah diserapkan teknik


permainan bahasa dan main peranan dalam pengajaran dan pembelajaran,
bilangan murid yang bersedia untuk memberikan kerjasama kepada guru dalam
setiap aktiviti makin bertambah. Melalui pemerhatian pengkaji, murid begitu
ghairah mengangkat tangan dan menawarkan diri, untuk turut serta dalam setiap
aktiviti. Pemerhatian pengkaji juga mendapati, situasi ini memberi sedikit cabaran
kepada guru dalam pengurusan bilik darjah. Namun guru tetap ceria.
172
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

Perasaan malu, segan dan rendah diri ternyata berjaya dihindari seketika semasa
mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik permainan
bahasa dan main peranan. Walaupun tempoh pemerhatian yang singkat iaitu
selama 60 minit sahaja, namun dapat diperhatikan dengan jelas perubahan sikap
ini. Sememangnya, murid-murid yang menjadi subjek kajian sudah memenuhi
matlamat tersebut. Hal ini kerana melalui aktiviti main peranan yang dijalankan,
murid-murid harus melibatkan diri untuk memahami tugas sebenar mengikut
peranan yang diberikan. Seandainya, mereka diberi peranan sebagai penjual buah-
buahan misalnya, maka murid perlu terlebih dahulu memahami tugas sebagai
seorang peniaga, mengaitkan dengan pengalaman sedia ada, kemudian
menterjemahkan semula dalam bentuk lakonan dalam bilik darjah.

Dapatan kajian ini mendapati bahawa murid-murid berminat untuk mengikuti


aktiviti P&P jika guru menyediakan set pengajaran dan pembelajaran yang
berteraskan teknik permainan bahasa dan main peranan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa hampir semua responden bersetuju dengan kenyataan ini.
Dengan bahasa yang lebih mudah dapat dikatakan iaitu, teknik permainan bahasa
dan main peranan yang diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu berkeupayaan bagi menarik minat murid-murid mengikuti proses P&P.

Diharapkan kajian ini dapat diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam usaha
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya
dalam kalangan murid Orang Asli sekolah rendah. Kajian ini menunjukkan
bahawa minat yang mendalam dan sikap yang positif terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu boleh meningkatkan kebolehan murid Orang Asli menguasai
kemahiran berbahasa sekali gus dapat meningkatkan pencapaian murid secara
keseluruhannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Guru juga perlu diberi pendedahan, pengalaman, kefahaman dan pengetahuan


yang lebih luas tentang amalan pembelajaran menyeronokkan. Misalnya, memberi
kursus-kursus mahupun bengkel-bengkel jangka pendek secara berkala untuk
memastikan guru-guru Bahasa Melayu sentiasa dibekalkan dengan pengetahuan
dan kemahiran yang berkaitan dengan kemajuan dalam teknologi pendidikan
terkini. Begitu juga, teknik-teknik pengajaran didatangkan dalam bentuk modul
yang lengkap dan aktiviti-aktiviti yang disusun rapi sebagai panduan kepada guru
tentang teknik-teknik ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, aktiviti lakonan spontan, permainan bahasa dan main peranan


banyak membantu dalam pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah rendah.
Kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran guru harus dipertingkatkan dan
ini bersesuaian dengan pendidikan abad ke-21. Reaksi, penglibatan dan motivasi
173
Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 11, 2016

murid Orang Asli untuk hadir belajar di sekolah makin meningkat hasil
transformasi guru mempelbagaikan teknik pengajaran terutamanya menggunakan
teknik permainan bahasa dan main peranan. Oleh itu, pengajaran guru sewajarnya
menggunakan teknik yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran.

RUJUKAN

Abdullah Hassan (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling


Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin (1993). Panduan dan latihan Bahasa Malaysia UKELP
untuk calon ujian kelayakan pendidikan guru. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.

Ladousse, G.P. (1987). Role play. Oxford: Oxford University Press.

Larsen-Freeman, Diane. (1986). Techniques and principles in language


teaching. Oxford: Oxford University Press.

Majlis Peperiksaan Malaysia (1992). Laporan keputusan peperiksaan 1991.


Kuala Lumpur: Majlis Peperiksaan Malaysia.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi pendidikan. Pendekatan


kontemporori. Shah Alam: McGraw-Hill Education (M) Sdn. Bhd.

Roblyer, M.D., Edwards, J., & Harviluk, M.A. (1977). Antegrating


educational technology into teaching. New Jersey: Prantice Hall.

Slavin, R.E. (1997). Educatinal psychology: Theory and practise. Boston:


Allyn Bacon.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1996). Perjuangan yang perlu diteruskan:
azam dan iltizam. Ucap Utama Persidangan Pendidikan Nasional Ketiga
Institut Aminuddin Baki, 5-9 Ogos 1996.

174