Anda di halaman 1dari 9

SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG

43000 KAJANG SELANGOR

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


PANITIA PENDIDIKAN JASMANI

TAJUK KAJIAN :

KEBERKESANAN LATIHAN INTERVENSI SEGAK TERHADAP KECERGASAN FIZIKAL

PELAJAR PEREMPUAN YANG BERMASALAH OBESITI

NAMA GURU:
VANI A/P RAMASAMY
NUR HAFIZA BINTI HARUN
NURUL RATNA BINTI MAZLAN
FARRAWAHIDA BINTI MAHMAD MADDIM
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KEBERKESANAN LATIHAN INTERVENSI SEGAK TERHADAP KECERGASAN FIZIKAL

PELAJAR PEREMPUAN YANG BERMASALAH OBESITI

1.0 Pendahuluan

Seiring dengan pembangunan yang pesat dan sumber pendapatan rakyat Malaysia yang
kian meningkat, gaya hidup kita turut berubah secara tidak langsung. Perubahan yang
ketara dapat dilihat dari segi tabiat pemakanan harian kita. Pemakanan yang tidak
seimbang dan kekurangan penglibatan dalam aktiviti fizikal telah menyebabkan
peningkatan obesiti di kalangan masyarakat negara kita. Menurut Organisasi Kesihatan
Dunia (WHO) 2000, faktor utama yang mendorong kepada penyakit-penyakit yang serius
seperti kencing manis dan sakit jantung adalah disebabkan oleh obesiti.

Pendidikan Jasmani merupakan satu proses dimana individu memperolehi kemahiran dari
segi fizikal, mental, sosial dan kecergasan melalui aktiviti fizikal (Lumpkin, 2002). Ianya
berdasarkan fahaman bahawa individu yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal perlu ada
lebihan bebanan atau tekanan dalam masa yang diperuntukkan supaya adaptasi berlaku
kepada sistem tubuh seperti yang disarankan oleh Teori GAS (General Adaptation
Syndrome), 1956.

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah dilakukan secara berkesan


dengan memberi tumpuan kepada pengajaran secara aktif dalam suasana kondusif dan
menyeronokkan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Bagi mewujudkan suasana yang
menyeronokkan dan berkesan, waktu pengajaran perlu digunakan dengan sebaiknya.
Dapatan kajian juga menunjukkan kelas Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan sekali
seminggu kurang berupaya memberi kesan yang boleh diukur (Balakrishnan, 2003:
Sinappan, 2006). Namun ramai pendidik dan penyelidik telah mempersoalkan tentang
masa peruntukkan untuk melakukan aktiviti yang bertenaga tinggi (vigorous) dalam kelas
Pendidikan Jasmani (Strand & Reeder, 1996). Menurut Scantling dan Johnson (1997),
pelajar hanya menggunakan masa 10 hingga 15 peratus dari masa peruntukkan iaitu lebih
kurang 5 minit untuk bergiat secara bertenaga tinggi dalam kelas Pendidikan Jasmani.

Senario ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kelas Pendidikan Jasmani terbantut
disebabkan oleh masalah seperti susunan jadual waktu di mana jadual waktu anjal
digunakan untuk memudahkan pihak pentadbir. Apabila sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani ditinjau secara terperinci, variasi aktiviti tidak disertakan di dalamnya. Maka ini
menjadi salah satu penghalang kepada tenaga 11 pengajar dalam mempelbagaikan
aktiviti semasa pengajaran (Ishak,1995). Jika kelas Pendidikan Jasmani dilaksanakan
secara efektif, pastinya pelajar akan memahami kepentingan kesihatan dan kecergasan
apabila bergiat dalam senaman untuk mempertingkatkan tahap kecergasan diri mereka
(Rengasamy,1998).

Pada masa kini, guru-guru sekolah rendah dan menengah menggunakan Program SEGAK
untuk menguji kecergasan pelajar. SEGAK dirancang selari dengan tunjang kecergasan
yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Sekolah Rendah dan Menengah. Matlamat utama Ujian SEGAK ialah bagi memastikan
murid sentiasa peka, berpengetahuan tentang kecergasan dan mengamalkan aktiviti
kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
Antara aktiviti yang terkandung dalam SEGAK ialah komposisi badan untuk mengetahui
indeks jisim badan, naik turun bangku untuk menguji daya tahan kardiovaskular, tekan
tubi suaian bagi menguji kekuatan otot, ringkuk tubi separa menguji daya tahan otot
abdomen dan jangkauan melunjur untuk mengukur kelenturan pelajar. Pelaporan hasil
SEGAK akan menjadi komponen kecergasan berasaskan kesihatan kepada penilaian
berasaskan sekolah.

Sehubungan dengannya, penyelidik semasa pun ingin menggunakan program intervensi


dalam kajiannya untuk menilai keberkesanan latihan intervensi SEGAK dalam kelas
Pendidikan Jasmani sekali seminggu dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar-
pelajar perempuan obes tingkatan empat.

2.0 Penyataan Masalah

Pemahaman mengenai obesiti dan gaya hidup yang sihat penting dalam kehidupan
seorang pelajar. Ini kerana obesiti akan mengakibatkan pelajar mengalami masalah dalam
meneruskan kehidupan seharian untuk menjadi pelajar yang seimbang dari segi fizikal dan
mental supaya mereka menjadi cemerlang dalam pelajaran. Lebihan peratusan lemak
badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk
jangkamasa yang tertentu. Perubahan lemak badan bergantung kepada
ketidakseimbangan bilangan antara kalori yang diambil dan yang digunakan. Terdapat
pelbagai punca yang dikaitkan dengan obesiti. Faktor sosial dan persekitaran yang
berkaitan dengan peningkatan pengambilan kalori berlebihan atau kekurangan aktiviti
fizikal memainkan peranan yang penting berlakunya gejala obesiti ini. Masalah obesiti
boleh dikatakan terjadi dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan
aktiviti fizikal generasi muda dan yang berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian
lebihan berat badan dan obesiti mungkin salah satu sebab tetapi ianya sukar untuk
ditentukan. Menurut Ghani (2007), bagi mengatasi masalah ini, amalan gaya hidup yang
sihat perlu dijalani seperti mengambil pemakanan yang berkhasiat, aktif bersenam,
mengawal berat badan, berhenti merokok dan sentiasa menjalani dan mematuhi jadual
rawatan kesihatan.

Pada masa kini, tahap kecergasan fizikal di kalangan pelajar adalah tidak memuaskan
(Riddoch,et al., 1991). Ramai guru Pendidikan Jasmani berpendapat bahawa pelajar yang
tidak aktif dalam aktiviti fizikal menyebabkan berat badan mereka meningkat dan
merupakan salah satu punca risiko penyakit-penyakit kardiovaskular dalam kalangan
orang dewasa dan kanak-kanak. (Young & steinhard, 1995; Gutin et al., 15 1992).
Maklumat terkini menunjukkan kadar kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh
masalah kardiovaskular yang berada di tempat ke-3 pada tahun 1950an, telah meningkat
ke tempat pertama di negara ini sejak 1970an (Khoo, Tan & Khoo, 1990; Jayamalar,1991).

Jadual waktu Pendidikan Jasmani di sekolah menengah adalah disusun sekali dalam
seminggu iaitu selama 70 minit (sekali) atau 35 minit (2 kali seminggu). Penyusunan
jadual waktu ini adalah mengikut penetapan sekolah. Jika jadual pengajaran dan
pembelajaran disusun untuk sesi 80 minit sekali seminggu, pelajar tidak dapat
memperoleh kesan yang boleh diukur kerana ianya bercanggah dengan saranan ACSM.
Menurut ACSM (1998), untuk mendapat kesan latihan yang boleh diukur seseorang perlu
mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya dua atau
tiga kali dalam seminggu.secara berterusan selama 20 hingga 60 minit per sesi dengan 50
hingga 60 peratus pada kadar nadi maksima.16

Salah satu objektif Pendidikan Jasmani ialah melibatkan diri dan mengambil bahagian
dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal (sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani, 1998). Menurut COPEC (1998), kanak-kanak perlu dilibatkan
dalam aktiviti fizikal pada kebanyakan hari untuk jangka masa 30 hingga 60 minit dengan
intensiti yang cukup supaya kebaikan kesihatan dapat dicapai serta masalah obesiti dapat
dikurangkan di kalangan pelajar. Rasionalnya ialah aktiviti fizikal mempunyai potensi untuk
memberi kesan pada peringkat dewasa, oleh yang demikian permulaan yang awal akan
memimpin mereka untuk mempraktiknya di kemudian hari dalam kehidupan mereka.
Kajian ini juga ingin menggunakan satu program intervensi yang dikenali sebagai latihan
intervensi SEGAK yang merangkumi lima set senaman tambahan berserta pengambilan
indek jisim badan dalam kelas Pendidikan Jasmani yang dijalankan sekali seminggu
terhadap pelajar obes. Lima jenis latihan ini dipilih kerana ia menggunakan kumpulan otot
besar di mana ia menekankan rantaian kardiorespiratori (Mac ardle, W.D., Katch, F. I., &
Katch, V/ I., 1996; Ploman & Smith, 1997). Tambahan lagi keempat-empat latihan ini tidak
mengambil jangkamasa yang panjang dan tidak mengganggu kelas Pendidikan Jasmani
yang telah dijadualkan untuk pengajaran. Penyelidik memilih pelajar obesiti dalam kajian
ini, kerana tiada kajian yang dijalankan terhadap mereka dengan menggunakan program
intenvensi di Malaysia. Kebanyakkan kajian hanya dilakukan terhadap punca dan faktor
yang menyebabkan obesiti di kalangan pelajar.

Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan latihan
intervensi SEGAK terhadap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan yang terdiri
daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan serta
komposisi tubuh. Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan pelajar perempuan obes
Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long.

3.0 Kepentingan Kajian

Matlamat utama kurikulum Pendidikan Jasmani adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar


menjadi cergas melalui penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan kecergasan
fizikal. Aktiviti fizikal yang berstruktur meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya suasana
pembelajaran yang menyeronokkan, pelajar akan melibatkan diri dengan aktif dan ini akan
menarik minat mereka untuk melakukannya dengan kerap. Pelajar bukan sahaja dapat
mengekalkan sikap ini di dalam sekolah malah di luar sekolah juga. Apabila pelajar aktif
melibatkan diri dalam aktiviit fizikal dalam jangka masa yang panjang, ini akan membantu
mereka menjadikan ia sebagai rutin harian dalam kehidupan mereka kelak. Tahap
kecergasan fizikal yang baik akan memberi kesan dan manfaat yang positif kepada
pengamalnya di mana ia dapat meningkatkan kesihatan, mengurangkan risiko penyakit
serta obesiti.

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan intervensi SEGAK terhadap
kecergasan fizikal pelajar obes. Jika ditinjau melalui kajian yang dilaksanakan, pengajaran
Pendidikan Jasmani sekali seminggu terhadap pelajar normal kurang memberi perubahan
yang signifikan (Faigenbaum, 2002; Hetrik, 2002; Balakrishnan, 2003; Sinappan, 2006;
Rengasamy, 2003). Kajian ini juga mengamalkan pengajaran sekali seminggu dan ianya
diharapkan dapat memberi kesan yang boleh diukur kerana sampel dalam kajian ini tidak
pernah digunakan oleh penyelidik di atas dalam kajian- kajian mereka. Selain itu, menerusi
kajian ini juga diharapkan guru-guru Pendidikan Jasmani dapat merancang program latihan
yang sesuai mengikut tahap kemampuan pelajar mereka. Hasil dapatan kajian ini juga
diharap dapat memberi maklumat dan panduan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani
sekolah dalam mengenalpasti tahap kecergasan fizikal serta kemampuan para pelajar
tersebut. Di samping itu, ia juga memberi ruang kepada para pelajar untuk mengetahui
tentang tahap kecergasan fizikal diri mereka.

Selain daripada itu, hasil kajian ini diharapkan menjadi satu bahan pengukuhan kepada
Pusat Perkembangan Kurikulum pada masa akan datang untuk mengetahui keberkesanan
bateri ujian SEGAK terhadap pelajar obes. Sehubungan dengan itu, hasil dapatan ini boleh
dijadikan sebagai faktor motivasi dan dapat mendorong para pelajar sekolah menengah di
seluruh negara khususnya pelajar-pelajar perempuan yang obes supaya berusaha dengan
lebih gigih dan konsisten bagi mencapai tahap kecergasan yang optimum dengan
bimbingan dan tunjuk ajar guru Pendidikan Jasmani mereka.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Umum


Secara umumnya kajian ini dilakukan adalah untuk melihat keberkesanan latihan
intervensi SEGAK dalam kelas Pendidikan Jasmani sekali seminggu dapat meningkatkan
tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar perempuan obes tingkatan empat di SMK Convent
Bukit Nanas, Kuala Lumpur. 20

4.2 Objektif Khusus

1. Mengenalpasti tahap perbezaan kecergasan fizikal bagi kumpulan kawalan yang melalui
pengajaran Pendidikan
Jasmani sekali seminggu tanpa latihan intervensi SEGAK terhadap 5 komponen
kecergasan fizikal.

2. Mengenalpasti tahap perbezaan kecergasan fizikal bagi kumpulan rawatan yang melalui
pengajaran Pendidikan
Jasmani sekali seminggu dengan latihan intervensi SEGAK terhadap 5 komponen
kecergasan fizikal

3. Mengenalpasti tahap perbezaan kecergasan fizikal di antara kumpulan kawalan tanpa


intervensi dan kumpulan
rawatan dengan intervensi yang melalui pengajaran Pendidikan Jasmani sekali
seminggu terhadap 5 komponen
kecergasan fizikal.21

5.0 Persoalan kajian


Berdasarkan daripada beberapa permasalahan yang timbul, maka secara khusus kajian
dijalankan untuk menghuraikan persoalan-persoalan yang berikut.

Ha: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal bagi
kumpulan kawalan yang
melalui pengajaran Pendidikan Jasmani sekali seminggu tanpa latihan intervensi
SEGAK terhadap 5 komponen
kecergasan fizikal?

Ha: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal kumpulan
rawatan yang melalui
pengajaran Pendidikan Jasmani sekali seminggu dengan latihan intervensi SEGAK
terhadap 5 komponen
kecergasan fizikal?

Ha: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal di antara
kumpulan kawalan tanpa
latihan intervensi SEGAK dan kumpulan rawatan dengan latihan intervensi SEGAK
yang melalui pengajaran
Pendidikan Jasmani sekali seminggu terhadap 5 komponen kecergasan fizikal?

6.0 Populasi Kajian

6.1 Populasi

Populasi kajian adalah terdiri daripada 263 orang pelajar perempuan Tingkatan 1 di SMK
Bandar Baru Sungai Long yang berumur purata 13 tahun. Rasional pemilihan populasi
Tingkatan 1 ialah hasil kajian rintis pengkaji mendapati ramai pelajar obesiti berada dalam
lingkungan umur 13 tahun. Mengikut data yang diperolehi daripada Guru kesihatan
sekolah mempunyai 40 % pelajar yang obes di Tingkatan 1.

7.0 Instrumen Kajian

Ujian Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK), 2008 terdiri dari daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelenturan,
kekuatan otot dan komposisi badan. Secara khususnya kelima-lima komponen dan
ujiannya dinyatakan di bawah:

a. Daya Tahan Kardiovaskular : Naik Turun Bangku (3 minit)

b. Daya Tahan otot : Tekan Tubi Suaian (1minit)

c. Kekuatan Otot : Ringkuk Tubi Separa

(Metronome 50 detik dalam bentuk cd)


d. Kelenturuan : Jangkauan Melunjur
0.80-0.90 (Jackson,1986)
e. Komposisi badan : Indeks Jisim Badan

Sebagai syarat awal, kesemua subjek kajian diminta mengisi maklumat diri seperti umur,
ketinggian dan berat badan seterusnya menandatangani surat persetujuan menyertai
kajian ini.

8.0 Prosedur Kajian

Pengumpulan data untuk kajian rintis dan kajian sebenar dibuat setelah mendapat
kebenaran daripada pihak pentadibiran SMK Bandar Baru Sungai Long.

8.1 Prosedur Pentadbiran Ujian Pra dan Ujian Pos

Semua subjek berkumpul pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Mereka diberi
borang skor individu dan penerangan ringkas tentang cara pengisian borang, tujuan ujian
dan masa yang diperuntukan. Subjek yang mengalami masalah kesihatan dielakkan dari
menyertai ujian. Semua subjek kajian diberikan latihan memanaskan badan selama 5- 7
minit sebelum ujian dimulakan. Kesemua lima ujian dijalankan di dewan perpaduan. Berat
dan tinggi subjek akan diambil sebelum mereka melakukan sesi memanaskan badan.
Setiap subjek mempunyai pasangan supaya skor dapat dikira secara selang seli. Empat
orang guru yang terdiri daripada guru opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan
membantu penyelidik dalam memastikan ujian dijalankan dengan baiknya. Penerangan
terperinci tentang setiap ujian dinyatakan di bawah.

8.2 Indeks Jisim Badan (BMI)

Tujuan : Untuk menilai komposisi badan

Alatan/Kemudahan : Pengukur tinggi, penimbang berat dan borong skor.

Prosedur : Subjek akan menimbang berat badan dalam kilo gram dan mngukur ketinggian
dalam meter sebelum
melaksanakan sesi memanaskan badan . Kiraan indeks jisim badan
berdasarkan formula di bawah:

BMI = BRT (Kg)


T(m) × T(m)58
8.3 Naik Turun Bangku

Tujuan : Untuk menguji daya tahan kardiovaskular

Alatan/Kemudahan : Bangku ketinggian 30.5 cm, pola heart rate monitor, jam randik,
wisel, radio, cd, borong skor.

Prosedur :Subjek akan melaksanakan sesi memanaskan badan sebelum ujian dimulakan.
Aktiviti ini dijalankan
secara berpasangan. Subjek berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana
sesuai) diletakkan di
atas bangku . Penguji akan memberikan isyarat “mula”. Subjek melakukan
pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun,
kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). Subjek melakukan pergerakan mengikut
rentak rakaman metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. Selepas
tamat subjek dikehendaki duduk serta merta. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
perlakuan dengan jangkamasa 1 minit.

8.4 Tekan Tubi Suaian

Tujuan :Untuk menguji kekuatan otot tangan

Alatan/Kemudahan :Kawasan lapang dan rata, exercise mat, span (5cm tinggi x 15cm
panjang x 10 cm lebar), jam
randik dan borong skor.

Prosedur :Ujian ini dijalankan secara berpasangan. Subjek mula dengan kedudukan sokong
hadapan dengan berat
badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Badan diluruskan.
Turun badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. Subjek
luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Tekan tubi diteruskan sehingga subjek
tidak berupaya meneruskannya. Ujian akan ditamatkan jika subjek tidak
melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan di atas. Pasangan akan
mengira dan merekod bilangan lakuan reponden.60

8.9 Ringkuk Tubi Separa

Tujuan :Untuk menguji daya tahan otot abdomen

Alatan/Kemudahan :Exercise mat, pita pengukur, pita letak bersaiz 2.5m, jam randik,
wisel, radio, cd, dan borong
skor.

Prosedur :Ujian ini dilakukan secara berpasangan. Subjek akan baring dengan lutut
bengkok 90 darjah dan tumit
kaki sentiasa menyentuh lantai. Kaki di buka seluas bahu. Kedua-dua tangan lurus
di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. Pada setiap lakuan
ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh
bahagian luar pelekat kedua. Bahagian bawah atau belakang badan hendaklah rata
dan jari tengah pada kedudukan asal sebelum melakukan ulangan yang
seterusnya. Pasangan subjek akan mengira ulangan perlakuan.

8.10 Jangkauan Melunjur

Tujuan :Untuk mengukur kelenturan

Alatan/Kemudahan :Alat pengukur Jangkauan dan borong skor.

Prosedur :Subjek duduk melunjur tanpa kasut. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
Tapak tangan kanan ditindah di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan
hujung jari tengah hendaklah sama. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur..Jangkauan hendaklah
dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Subjek diberi tiga percubaan berturut-turut.
Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter
(cm) yang hampir dan direkodkan.

9.0 Penganalisisan data

Setelah selesai kesemua ujian, segala keputusan yang diperolehi akan dikumpulkan dan
direkodkan dalam borang yang telah disediakan oleh penyelidik. Keputusan skor ujian
yang telah dikumpulkan akan dianalisa menggunakan komputer melalui program
“Statistical Packages for the Sosial Sciences” (SPSS) Version 19.0.
Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisa min dan sisihan piawai untuk skor ujian
pra dan ujian pos. Seterusnya, statistik inferensi digunakan untuk melihat sama ada
perbezaan signifikan di dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan melalui ujian t
“paired t-test”. Selain daripada itu, ujian t “Independent t-test” juga digunakan untuk
membandingkan nilai t di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

10.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur keberkesanan latihan


intervensi SEGAK dalam kelas Pendidikan Jasmani seminggu sekali dapat meningkatkan
tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar perempuan obes tingkatan empat. Program
intervensi yang diberi telah memberikan kesan terhadap satu komponen kecergasan fizikal
iaitu daya tahan kardiovaskular. Dapat diketahui bahawa jika sesuatu program
diaplikasikan dengan prinsip yang betul, maka ia akan berjaya serta memberikan hasil
yang baik. Oleh itu, guru-guru Pendidikan Jasmani perlu lebih kreatif dalam mengendalikan
pengajaran supaya dapat membantu pelajar-pelajar terutamanya pelajar obes dalam
membantu mereka mengekalkan gaya hidup yang sihat untuk menjamin kesihatan
mereka di masa hadapan.