Anda di halaman 1dari 2

PENUTUP

Dengan jatuhnya Kota Baghdad di tangan tentera Mongol pada tahun 1258, maka
lenyaplah segala kemegahan dan keindahan Kota Baghdad yang menjadi pusat khazanah
ilmu pengetahuan dan pusat peradaban Islam ketika itu. Jatuhnya kota ilmu ini bukan sahaja
mengakhiri era Daulah Abbasiyah yang mana dikatakan sebagai era kemuncak Tamadun
Islam, tetapi juga menjadi satu tanda aras kepada kemunduran umat Islam. Impak daripada
kehancuran kota Baghdad adalah sangat luas kepada kelangsungan Tamadun Islam di seluruh
dunia. Zaman kegelapan telah mula mencengkam kehidupan umat Islam meliputi aspek
politik, ekonomi, budaya, intelektual dan sosial setelah peristiwa hitam ini terjadi.

Umat Islam seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa ini agar sejarah hitam
seperti ini tidak akan berulang lagi. Kesan daripada kehancuran yang dialami Baghdad ini,
umat Islam mula menyedari kepentingan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar. Era ini
disebut sebagai era kebangkitan semula Islam dari seluruh aspek kehidupan. Era kebangkitan
Islam sehingga kini sudah menghampiri satu kurun lamanya, namun ia masih jauh untuk
sampai kepada matlamatnya, iaitu menerajui kepimpinan tamadun manusia. Arus
kebangkitan ini perlulah dijalankan melalui cara yang betul dengan mengajak umat Islam
supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar disamping memperkukuhkan diri menghadapi
cabaran semasa.

Segala situasi yang ada dikeliling umat Islam sekarang menunjukkan bahawa
perjuangan yang perlu dihadapi umat Islam sejagat adalah lebih menyeluruh. Namun,
kesemua peristiwa yang dikaitkan dengan perjuangan Muslim hari ini menimbulkan
kecurigaan yang mendalam terhadap masyarakat di seluruh dunia dan dipandang sebagai satu
perjuangan kumpulan pengganas sepertimana perjuanagan rakyat Palestin yang menuntut
kemerdekaan di negara sendiri yang turut digolongkan sebagai rangkaian pengganas. Sebagai
sebuah agama yang benar, umat Islam perlu menguasai semua bidang kehidupan seperti
pendidikan, sosial, politik, ekonomi, dan ketenteraan perlu diolah semula demi
mengembalikan kegemilangan semula tamadun Islam sepertimana pada era kerajaan
Abbasiyah.

Anda mungkin juga menyukai