Anda di halaman 1dari 2

CONTOH SOALAN DAN ISI-ISI PENTING

Andaikan kamu mempunyai seorang sahabat pena.Dia menulis surat menyatakan


keinginan untuk melawat Malaysia.Balas semula surat sahabat kamu itu.Cadangkan
beberapa tempat menarik yang patut dibawa semasa dia berada di Malaysia.

CARA-CARA MEMAHAMI SOALAN :-


1. Baca soalan dan gariskan kata kunci.(seperti contoh di atas)
2. Berformat/tidak? Surat Kiriman Tidak Rasmi – rujuk format surat tidak rasmi
3. Senaraikan idea-idea (rangka karangan) – pendahuluan, isi-isi surat dan penutup

CONTOH RANGKA KARANGAN:


Pendahuluan – Pembuka bicara – Menemui sahabat – beri khabar,tanya khabar

Isi-isi surat

Tempat peranginan yang indah – Bukit Fraser, Cameron Highlands, Genting


Highlands – udara nyaman
Tempat perkelahan – Port Dickson,,Pulau Tioman – pantai bersih,sesuai mandi-
manda –kemudahan penginapan
Tempat bersejarah – Melaka – A Famosa, Muzium, Perigi Hang tuah
Tempat membeli-belah – Kuala Lumpur – Pasar Seni –banyak barang kraf tangan
Penutup – harapan – puas hati penerangan tempat menarik, ucapan terima kasih.

CONTOH KARANGAN LENGKAP:-

No 370 JLN Mawar,


Taman PD Utama,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

1 November 2012

Menemui sahabatku Steven yang berada di New Zealand. Saya di sini berada
dalam keadaan sihat sejahtera. Saya berharap saudara di sana berada dalam
keadaan sedemikian juga.Surat saudara saya telah terima pada minggu
lepas.Seperti yang saudara mahukan, saya akan menceritakan tempat-tempat yang
menarik di Malaysia.

Saudara Steven,

Untuk pengetahuan saudara, Malaysia mempunyai tempat-tempat peranginan


yang sangat indah. Antaranya ialah Bukit Fraser, Cameran Highlands, Genting
Highland dan beberapa tempat lagi. Saudara dapat menikmati udara yang nyaman
dan pemandangan yang indah di tempat-tempat tersebut. Di Genting Highland
saudara boleh bergembira dengan pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan.

Malaysia juga mempunyai kawasan pantai yang bersih dan indah. Antara tempat
yang boleh saudara kunjungi untuk berkelah, bermandi-manda dan bermain jet ski
ialah Port Dickson, Pulau Tioman, Pulau Redang dan tempat-tempat lain yang
terdapat banyak kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan.

Di samping itu, di Malaysia terdapat tempat-tempat bersejarah yang kaya dengan


tinggalan sejarahnya seperti di Melaka dan Pulau Langkawi. Di Melaka saudara
boleh melihat kesan sejarah semasa penjajahan portugis, Inggeris dan Belanda
yang masih kekal hingga sekarang. Di Pulau Langkawi saudara bukan sahaja boleh
berkunjung ke tempat-tempat bersejarah, saudara juga boleh membeli belah
pelbagai jenis barang dengan harga yang murah.

Selain itu, saudara tentu seronok untuk membeli-belah pelbagai jenis barang
menarik seperti hasil kraf tangan yang terdapat di Pasar seni Kuala Lumpur.
Saudara juga boleh membeli barang-barang yang menarik sebagai kenangan
berkunjung ke Malaysia dengan harga yang amat berpatutan di Kelantan dan
Terengganu.

Sampai di sini dahulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga
saudara berpuas hati dengan penerangan saya. Mudah-mudahan saudara dapat
berkunjung ke Malaysia dan dapat menikmati keindahan dan keseronokan yang
telah saya ceritakan. Saya sudahi surat saya ini dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………….