Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS PERSPEKTIF SATU TITIK LENYAP


DENGAN MENGGUNAKAN ‘TRIPLE TRIANGLE TEMPLATE’

Program Internship Semester 8


PPG Ambilan Jun 2011

1.0 PENDAHULUAN

Program Internship merupakan salah satu program dalam pendidikan bagi melaatih para
pendidik untuk terus menguasai bidang pendidikan selari dengan kemajuan bidang
pendidikan. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pendidik yang mantap,progresif
dan berqualiti.Di harapkan agar dapat hasilkan produk ( murid ) yang benar-benar
berketrampilan,inovatif dan progresif kerana mereka merupakan aset yang amat bernilai
untuk negara. Justeru, keberhasilan sebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi
oleh sejauh mana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk melahirkan pendidik
profesional maka guru sebagai agen pembaharuan perlulah menghasilkan idea yamg kreatif
dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi
merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti
guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah.

2.0 RASIONAL

Projek inovasi ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar mampu untuk menghasilkan
inovasi dalam membantu murid-murid dalam pembelajaran mereka. Selain memenuhi
kehendak tugasan dalam program internship ini, ia dapat memupuk semangat dikalangan para
pelajar untuk menghasilkan inovasi serta memikirkan pendekatan, kaedah mahupun strategi
yang terbaik dalam meningkatkan mutu pembelajaran dan pendidikan murid di sekolah.

1
3.0 TINJAUAN MASALAH

Secara kesimpulan hasil daripada pemerhatian terhadap hasil lukisan murid menunjukkan
banyak kelemahan dalam menggambar.Setelah penelitian dibuat,banyak sebab atau faktor
hasil lukisan murid tidak dapat dihasilkan dengan baik.Antara faktor tersebut adalah seperti
berikut;

i. murid tidak memahami konsep perspektif satu titik lenyap.

ii. fungsi setiap garisan atau satah dtidak terangkan dengan jelas kepada murid.

iii. murid masih tidak menguasai unsur dan prinsip rekaan seni dengan baik terutamanya

dalam unsur ruang.

iv. pengamatan murid dalam melihat objek dari satu sudut tidak dapat diterjemahkan di atas

permukaan kertas lukisan dengan betul.

4.0 OBJEKTIF PROJEK INOVASI

Setelah kajian permasalahan ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai
objektif-objektif berikut :

a) Objektif Umum

Projek inovasi ini bertujuan untuk membantu murid-murid dalam memahami konsep teori
dan amali dalam menghasilkan lukisan perspektif satu titik lenyap dengan betul dan tepat.

3.2 Objektif Khusus

Projek inovasi yang dijalankan ini juga bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid
dalam kemahiran melukis perspektif satu titik lenyap dalam bidang menggambar dengan
baik.

2
5.0 PERSOALAN PROJEK INOVASI

Persoalan yang perlu dijawab dalam projek inovasi ini adalah :

i. Adakah murid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran melukis


menggunakan teknik perspektif satu titik lenyap dalam bidang menggambar?

ii. Adakah murid dapat membezakan ruang dengan betul dan tepat ?

iii. Adakhah alat bantu ‘triple triangle template’ dapat membantu penguasaan
kemahiran melukis perspektif satu titik lenyap dengan berkesan?

6.0 CADANGAN TARIKH DAN MURID YANG TERLIBAT

Projek inovasi ini akan mula dilaksanakan dari 14 April sehingga 21 April 2015. Murid yang
terlibat dalam projek inovasi ini adalah murid dari kelas 5 Merah.

7.0 TEMPAT

Kelas 5Merah,SK.KingEdward VII(2),Taiping,Perak.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 25 orang murid lelaki terlibat .Ini adalah kerana sekolah ini merupakan sekolah
lelaki.

9.0 KOS PROJEK

Kos untuk pembelian bahan dan alat bagi projek ini adalah seperti berikut.

BIL JENIS BAHAN KUANTITI JUMLAH

3
1 Mounting board 3 keping RM 10.50

2 Pisau (NT Cutter) 1 unit RM 2.00

JUMLAH RM 12.50

10.0 KEWANGAN

Ditanggung sendiri oleh pelajar PPG.

11.0 PENUTUP

Pelaksanaan projek inovasi ini diharapkan dapat memberikan input baru yang berguna serta
dapat diamalkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidika Seni Visual . Ia juga
boleh dijadikan sebagai panduan serta pilihan kepada guru untuk menggunakan inovasi ini
dalam sesi pengajaran .

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

………………………………… ………………………………….

(SHAMSUL AZIZ BIN AHMAD) (ZAINAL ABIDIN BIN DAMAN)


PPG PSV KUMPULAN 8J GURU PEMBIMBING
PROGRAM INTERSHIP PROGRAM INTERNSHIP