Anda di halaman 1dari 1

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI

Pada cuti persekolahan minggu lalu, ayah membawa kami sekeluarga makan angin
ke Pulau Langkawi. Kami pergi dengan menaiki kereta Toyota Estima milik ayah.
Setelah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) selama tujuh jam, akhirnya kami
tiba di Kuala Perlis.

Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah. Perjalanan yang


mengambil masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut
yang membiru. Nun di kejauhan, saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek
dipukul ombak.

Apabila tiba di jeti, ayah segera menyewa sebuah kereta. Ayah membawa kami
ke sebuah hotel yang sudah ditempah. Setelah sampai di hotel, kami segera mandi,
bertukar pakaian dan bersolat.

Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau. Kami tidak melepaskan
peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung
Buku. Kami adik-beradik berpeluang berkejaran di Pantai Chenang yang bersih.

Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah. Banyak barang yang ibu beli
seperti pinggan mangkuk dan kain batik. Untuk kami yang seramai enam orang,ibu
belikan pakaian dan juga coklat-coklat.

Hari ketiga, kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah, bersih dan
menarik itu. Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah
pulau yang agak luas. Namun, pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi
saya.