Anda di halaman 1dari 7

BAB 2: TAMADUN ISLAM

Objektif bab:

1) Menghuraikan konsep Tamadun Islam dengan jelas

2) Menerangkan pandangan semesta, prinsip, matlamat dan sumber-sumber Tamadun

Islam.

3) Menjelaskan ciri-ciri istimewa dan budaya ilmu dalam Tamadun Islam

4) Menganalisis faktor-faktor yang mendorong kepada kelahiran, perkembangan &

kemerosotan Tamadun Islam

5) Menjelaskan sumbangan penting Tamadun Islam terhadap perkembangan ilmu.

Konsep Tamadun Islam

 Terdapat beberapa penerangan daripada tokoh-tokoh terkenal mengenai konsep Tamadun


Islam itu sendiri. Antaranya:

1) “Satu keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.”

(Profesor Syed Naquib Al-Attas)

2) “Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta
hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.”

(Said Hawa)

3) "Tamadun Islam adalah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan
sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang halus dan
mepunyai nilai-nilai seni"

(Ibnu Khaldun)

 Kesimpulannya, Tamadun Islam melengkapkan kehidupan manusia secara keseluruhannya.


 Sungguhpun, konsep Tamadun Islam tersebar di serata dunia, tetapi, umat Islam masih lagi
bersatu dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (keesaan kepada Allah
S.W.T)

Prinsip Tamadun Islam

1) Tamadun Islam dibina berdasarkan prinsip yang jelas iaitu: pembangunan hidup manusia di
dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat dengan meliputi:

i) Asas akidah yang mantap

ii) mementingkan nilai kemanusiaan berbanding nilai kebendaan

iii) Keimanan & pengabdian diri kepada Allah S.W.T


iv) Benar & aminah

v) Adil dan saksama

Matlamat Tamadun Islam

 Tamadun Islam berkait rapat dengan agama Islam yang menjadi asas
pembentukkannya.
 Tamadun Islam bertujuan untuk melahirkan manusia yang mempunyai asas
kepercayaan yang betul, menjalani cara hidup yang bersistematik, bertanggungjawab
sebagai khalifah Allah S.W.T, mengenali diri sendiri dan mengetahui tujuan
hidupnya (Abdul Rahman, 1995:11)
 Terdapat TIGA bentuk hubungan yang penting untuk mencapai matlamat Tamadun
Islam, iaitu:
i) Hubungan manusia dengan Allah
o Rukun Iman mengandungi enam perkara yang wajib dipercayai oleh
umat Islam
o Rukun Islam pula merupakan lima perkara yang wajib dilakukan
oleh umat Islam
ii) Hubungan manusia dengan sesama manusia
o Kehidupan sosial yang baik sesama manusia
iii) Hubungan manusia dengan alam
o Hubungan manusia dengan alam sekitar perlu dijaga supaya manusia
sentiasa bersyukur apabila melihat kekuasaan Allah S.W.T.

Sumber Tamadun Islam

 Terdapat 3 sumber Tamadun Islam yang utama, iaitu:


1) Al-Quran
o Sumber terpenting yang melahirkan Tamadun Islam
o Diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril a.s.
o Diturunkan beransur-ansur
o Merangkumi syariat Islam seperti ketuhanan, dan lain-lain
o Mempunyai 30 juzuk yang mengandungi 114 surah yang menjelaskan
mengenai pelbagai perkara
o Contoh: Dalam surah Al-Baqarah (ayat 188) menjelaskan mengenai
keperluan institusi kehakiman menjadi sebuah institusi yang bebas agar
keadilan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

2) As-Sunnah
o As-Sunnah menjadi sumber kedua Tamadun Islam selepas Al-Quran.
o Perkara yg meliputi perkataan, perbuatan & sifat Nabi Muhammad S.A.W &
sahabat Baginda
o PERANAN: pentafsir Quran& jelaskan perkara dalam Al-Quran
o Contoh: Memakai pakaian baru & wangi-wangian pada hari Jumaat

3) Ijtihad
o Penetapan hukum syarak oleh para ulama terhadap sesuatu perkara baharu
yang terjadi dalam kehidupan umat Islam.
o Lebih kepada penetapan fatwa oleh mufti

Faktor kelahiran Tamadun Islam

1. Dorongan ajaran Islam

 Galakan dalam ajaran Islam supaya manusia sentiasa mencari ilmu dan menjadikan
usaha tersebut sebagai kewajipan ke atas setiap muslim.

2. Tuntutan wahyu

 Wahyu pertama yang diturunkan iaitu Surah Al-Alaq (ayat 1-5) menjadi simbol
kepentingan belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dalam Islam.

3. Kehebatan ilmu Allah S.W.T

 Manusia tidak mampu membongkar ilmu Allah S.W.T kerana ia menyeluruh


 Sifat ilmu (infiniti)

4. Peranan hijrah

 Mencari ilmu pengetahuan & penyebaran agama Islam

Faktor kecemerlangan Tamadun Islam

1. Kemantapan iman

o Keyakinan umat Islam terhadap ajaran Islam


o Pencarian ilmu ynag berterusan
o Cth: Andalusia (saintis Islam- Abbas b. Firnas) membuat percubaan terbang
menggunakan sayap

2. Keterbukaan kepada tamadun lain

o Menerima teknologi dari luar


o Hubungan perdagangan

3. Keadilan yang menyeluruh

o Islam bersifat adil tanpa mengira agama anutan penduduk

4. Pemerintah yang bertakwa & adil

o Adil & berilmu pengetahuan


o Cth: Harun Ar-Rasyid (Kerajaan Bani Abbas

5. Kegiatan keilmuan

o Institusi masjid (ibadat, ilmu)


o Cth: Andalusia (1,000 buah masjid yg berfungsi sebagai universiti)

6. Prasarana yang sempurna


o Infrastruktur yg terbaik utk rakyat
o Cth: Bani Umaiyah, Andalusia (jalan-jalan yang menghubungkan kota-kota di
seluruh Andalusia dengan menggunakan lampu)

Faktor kemerosotan Tamadun Islam

1. Pemerintah yang lemah

o Contoh: Andalusia selepas kerajaan Bani Umaiyah


o Pemerintah yang zalim
o Bersifat kuku besi

2. Penyelewengan & keruntuhan akhlak

o Manusia tidak mementingkan nilai takwa


o Antisosial & rasuah
o Zaman terakhir pemerintahan Khulafa Uthmaniyah di Turki

3. Kekurangan sumber ekonomi

o Banyaknya kegiatan sosial (mencuri)

o Berseronok

4. Kegiatan ilmu yang tidak berkembang

o Abad ke 15-18 (zaman kemerosotan)


o Kurang penyelidikan dan hasil karya baru

Ciri-ciri Tamadun Islam

1. Rabbani

2. Sesuai dengan fitrah dan akal

3. Tidak membebankan

4. Sempurna dan menyeluruh

5. Seimbang

6. Sesuai sepanjang zaman

7. Terbuka dan toleransi

8. Kesatuan dalam kepelbagaian

Konsep Jihad

 Istilah jihad merujuk kepada usaha yang menuntut pengorbanan tenaga, pemikiran,
kewangan dan segala keupayaan untuk meletakkan Islam pada martabat yang
tertinggi.
 Jihad bukan sahaja berperang untuk mempertahankan Islam, tetapi pembangunan
negara Islam juga dianggap sebagai jihad.
Sumbangan Tamadun Islam

1. Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang paling komprehensif dan terunggul yang

pernah wujud. Sumbangan Tamadun Islam masih dapat dirasai sehingga sekarang.

2. Sumbangan Tamadun Islam boleh dibahagikan kepada empat perkara: iaitu

i) Spritual

ii) Ekonomi

iii) Seni Bina

iv) Intelektual

Contoh:

3. Tamadun Islam telah merubah sejarah peradaban dunia, contohnya daripada masyarakat Arab

Pra Islam kepada masyarakat yang lebih bertamadun terutamanya daripada segi ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi.

4. Antara sumbangan tokoh-tokoh tersebut ialah:

i) Astronomi: Menterjemah sebuah buku astronomi India Siddharta kepada Bahasa


Arab (Al-Fazari)

ii) Matematik: Sistem angka Muslim (Al-Khawarizmi)

iii) Kimia: Mengelaskan benda-benda seperti logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan (Al-

Razi)

iv) Perubatan: kenal pasti denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan


(Ibnu Sina: juga dikenali sebagai tokoh perubatan serba boleh)
v) Pelayaran: The prince of Muslim Travellers (Ibnu Batuttah)

Pengaliran ilmu ke Eropah

1. Disebabkan oleh keistimewaan ajaran Islam itu sendiri, maka, ajarannya telah berkembang ke
Eropah melalui beberapa cabang seperti:

Faktor yang mempengaruhi kegiatan keilmuan

i) Peranan pemerintah

ii) Keadaan yang aman

iii) Cabaran ilmiah

Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia

1. Jumlah umat Islam di dunia telah mencapai 1.6 billion. Tetapi, terdapat pelbagai cabaran yang
dihadapi oleh umat Islam; antaranya:

i) Globalisasi & Hagemoni Barat

o Hagemoni (Dominasi)
o Dalam media massa & pengaruh ketenteraan yang kuat
o Bukti: Tidak mengiktiraf pemimpin negara Islam yang dipilih berdasarkan
demokrasi

ii) Imperialisme Barat

o pengaruh kuasa-kuasa Barat daripada segi politik, ekonomi & sosial

iii) Penjajahan Barat

o Barat telah mempelopori negara-negara yang dijajah dengan ideologi mereka (West is
good)
iv) konflik sesama Islam

o Perbalahan. Cth: Sunni & Syiah di Iraq

v) kemiskinan/buta huruf

o Tidak mahu memajukan diri


o Tidak dibantu pihak yang bertanggungjawab
o Peluang ada tetapi kurang agresif

vi) minoriti

o Ditindas oleh pihak pemerintah


o CTH: Masyarakat Islam di Selatan Thailand
o Masyarakat Rohingya di Myanmar
o Penghapusan etnik

Penghayatan nilai-nilai Islam di Malaysia

i) Sosial

ii) Ekonomi

iii) Politik

Kesimpulan

1. Kelahiran Tamadun Islam adalah berbeza daripada kelahiran tamadun besar yang lain kerana
Tamadun Islam lahir di sebuah padang pasir yang kering tetapi berjaya menjadi tamadun yang
cemerlang.

2. Hal ini demikian kerana, Islam sendiri telah menjadi kunci kejayaan umat Islam di dunia
dengan penerbitan karya-karya ilmiah, penemuan saintifik dan peralatan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai