Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN INSTALASI UTILITI SEMAK RALAT DATA EMISONLINE JPN PERAK

Baca Saya:

1. Bagi Pengguna MsOffice 2010/ 2013 / 2016 ; sila ambil tindakan berikut;

a. Sebelum melakukan proses installasi, sila uninstall Utiliti Semak Ralat yang lama
terlebih dahulu.

b. Sila guna fail installoff2010_22Jan2018.exe untuk install Utiliti Semak


Ralat Perak 2018. Ikut arahan hingga proses installasi Berjaya. Selamat mencuba.

2. Bagi pengguna MsOffice 2010 / 2013 /2016, sila pastikan anda menggunakan sistem
32bit sahaja.

3. Setelah berjaya install, untuk laksana Utiliti Semak Ralat, sila DOWNLOAD DATA EMIS
ONLINE TERKINI dan namakan (remane) fail download emis5.zip kepada
emis5_01_22Jan2018.zip. Lazimnya, kita akan tambah bulan dan tarikh dimuat turun pada
nama fail emis5 (menjadi emis5_01_22Jan2018.zip) iaitu bulan dan tarikh fail emis5.zip
dimuat turun. Dinasihatkan fail emis5_xx_xxxx.zip ini yang dimuat turun disimpan dalam
direktori C:\Dataonline. Ini bertujuan memudahkan kita membuat “archive data” untuk
rujukan di masa hadapan. Kemudian, double klik ikon di desktop komputar anda seperti
Gambarajah di bawah.

Sila lihat format tarikh komputer anda. Sekiranya anda menngunakan setting UK
(dd/mm/yyy) anda akan dapati format tarikh ( dibaca 9 Januari 2018) adalah betul seperti di
bawah.

Sekiranya anda menngunakan setting US (mm/dd/yyy) anda akan dapati format tarikh
(dibaca Januari 09, 2018) adalah TIDAK betul .

1
Sila lakukan setting dengan:

Pengguna Windows XP: Klik Start-Control Panel-Regional and Language Options- tukar
English (United States) kepada English (United Kingdom)-klik Aplly-Exit.

Pengguna Windows 7: Klik Start--Control Panel -Clock,Language and Region-Region and


Language- tukar Format English (United States) kepada English (Malaysia)-klik Aplly-Exit.

4. Ikut Langkah berikut tanpa gagal;

a. LANGKAH 1: Klik Butang 1.Import Data emis5.zip dalam Menu Sekolah seperti Gambarajah
di atas. Cari (Browse) di mana anda simpan fail emis5.zip (contoh: fail
emis5_01_22Jan2018.zip) terkini yang anda download seperti Gambarajah di bawah.

b. LANGKAH 2: Klik butang Import dan Gabung Fail. Proses import dan gabung fail
emis5.zip akan dilaksanakan.
2
c. Kilk butang 2. Semak Ralat Data. Tunggu sehingga Laporan/Report Ralat
dipaparkan. Cetak dan perbetulkan Ralat secara On Line.

5. Sila Pastikan perkara berikut diambil tindakan;

a. Cetak Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah dalam EMIS Online. Sila sahkan dan
hantar satu salinan ke PPD (up: Penolong PPD/ Penyelia ICT Daerah).

b. Utiliti Semak Ralat Perak diwujudkan untuk membantu GDM semak data secara
lebih teliti. Sehubungan itu, sila pastikan data yang ternyata benar-benar ralat
diperbetulkan.

c. Cetak Laporan dari Utiliti Semak Ralat JPN Perak. Sila perbetulkan semua ralat yang
berkenaan secara online. Kemudian, import data yang bersih dan lakukan proses
import dan semak ralat sekali lagi sehingga data online benar-benar bersih.
Sekiranya ralat yang dipaparkan adalah data sebenar, tuliskan catatan/penjelasan
dengan pena berwarna merah.

d. Semua maklumat adalah SULIT dan TIDAK BOLEH diedarkan kepada lain pihak tanpa
kelulusan rasmi Ketua Jabatan.

e. Sila turunkan tandatangan semakan/pengesahan GDM, PK Pentadbiran dan PGB


pada cetakan akhir dan hantar ke PPD masing-masing (u.p: Penyelia ICT Daerah)
sebelum tarikh ditetapkan oleh surat JPN/PPD.

6. ARAHAN PENTING:

a. SIMPAN SALINAN CETAKAN BERTANDATANGAN dalam fail EMIS sekolah.

__++*** SELAMAT BERJAYA***+++__

Abd Rashid Bin Hj Shafie


Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor ICT, JPN Perak