Anda di halaman 1dari 41

ETN 701

KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI


07000 LANGKAWI

UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK


NOTA
PROGRAM /
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAMME
KOD MODUL /
ETN 701
MODUL CODE
SEMESTER /
SEMESTER 3
SEMESTER
TAJUK MODUL /
ETN 701 AUDIO VIDEO COMPLEX CIRCUIT 2
MODUL TITLE

NO. DAN K01 REPAIR FAULTY RADIO


PERNYATAAN K02 REPAIR FAULTY TV
KOMPETENSI / K03 REPAIR FAULTY HI-FI
COMPETENCY NO. K04 REPAIR FAULTY PUBLIC ADDRESS
AND STATEMENT K05 PERFORM HI-FI STEREO PREVENTIVE MAINTENANCE

Pada akhir modul ini, para pelajar dapat;-

 Mengamalkan peraturan keselamatan


 Menyediakan peralatan ujian untuk mengesan kerosakan
HASIL  Mengendalikan yang sesuai untuk peralatan ujian
PEMBELAJARAN /  Mentafsir gambarajah skema radio, televisyen, HI FI dan sistem siaraya
MODULE  Menyelaras fungsi alat kawalan jauh pengguna
OUTCOMES  Mengenal pasti punca kerosakan dan mengesan lokasi kerosakan.
 Membaiki radio, televisyen, HI FI dan sistem siaraya
 Mengganti komponen yang rosak
 Melakukan ujian kebolehkhidmatan
 Menyediakan laporan pengesanan kerosakan dan pembaikan kerosakan

NAMA PELAJAR /
STUDENT'S NAME

KELAS / CLASS

NO KAD
PENGENALAN/
NRIC
TANDATANGAN /
PUAN SAMIYAH UMILL HAKIM BINTI HASAN SIGNATURE
NAMA PENSYARAH
/ LECTURER’S NAME

Unit Tek. Elektronik KVL 1 /

PROGRAM / PROGRAMME TEKNOLOGI ELEKTRIK


KOD MODUL / MODUL CODE EEK 102
ETN 701

TAJUK MODUL ETN 701 AUDIO VIDEO COMPLEX CIRCUIT 2

NO. DAN PERNYATAAN


KOMPETENSI K01 REPAIR FAULTY RADIO

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM


NAMA : KELAS :

MAKLUMAT
Info Khas
PENERIMA RADIO
Terdapat tiga ciri utama pada setiap
Penerima radio adalah satu alat komunikasi yang penerima radio yang baik ialah :
berupaya untuk menerima gelombang electromagnet i. Kepekaan tinggi (High sensitivity).
dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio. ii. Kepemilihan tinggi (High
selectivity).
iii. Kesetiaan tinggi (High fidelity
RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM atau Hi-Fi).

PEMODULATAN
Pemodulatan adalah proses penggabungan isyarat maklumat (audio) dan pembawa
frekuensi tinggi untuk tujuan pemancaran isyarat. Terdapat dua jenis pemodulatan iaitu
pemodulatan amplitud dan pemodulatan frekuensi.

Jadual 7.1 menunjukkan bentuk gelombang dalam pemodulatan amlpitud dan pemodulatan
frekuensi.

Jadual : 1: dua jenis pemodulatan


JENIS ISYARAT ISYARAT
BENTUK ISYARAT
PEMODULAT MAKLUMAT PEMBAWA PENERANGAN
PEMODULATAN
AN
Pemodulatan
amplitud (AM)
adalah sejenis
Pemodulatan pemodulatan
Amplitud dimana amplitud
(AM) pembawa berubah
mengikut isyarat
atau maklumat.
Pemodulatan
frekuensi (FM)
adalah sejenis
Pemodulatan pemodulatan
Frekuensi dimana amplitud
(FM) pembawa adalah
tetap manakala
frekuensi berubah
mengikut isyarat
atau maklumat.

Unit Tek. Elektronik KVL 2 /


ETN 701

Info khas
i. RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM
Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok penerima radio AM.
Peringkat
Pencampur
dan Pengayun
Tempatan juga
dipanggil
sebagai
peringkat
Penukar

Info khas

Peringkat
Penguat
Frekuensi
Perantaraan
Rajah 1 : Rajah blok penerima radio AM
(IF) dan
penguat audio
biasanya
mengandungi
ii. RAJAH BLOK PENERIMA RADIO FM lebih dari satu
Rajah 2, menunjukkan dua gambarajah blok penerima radio FM. peringkat

(a)

(b)

Rajah 2 : Rajah blok penerima radio AM (a) pengesan FM : menggunakan pengesan nisbah
(b) pengesan FM : menggunakan penghad dan pembezalayan

Unit Tek. Elektronik KVL 3 /


ETN 701

Jadual 2, menunjukkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.

Jadual 2
MAKLUMAT / FREKUENSI
BIL PERINGKAT FUNGSI PENERIMA RADIO
PENERIMA RADIO FM
AM
1 Antena Menerima isyarat yang
dipancarkan oleh pemancar

2 Penguat Memilih satu isyarat yang Isyarat termodulat Isyarat termodulat


frekuensi dikehendaki dan menguatkan 530KHz hingga 88MHz hingga 108MHz
radio (RF) isyarat tersebut. 1600KHz

3 Pengayun Menjana frekuensi IF melebihi 455KHz + 530KHz = 10.7MHz + 88MHz =


tempatan frekuensi RF yang masuk (FO = 985KHz 98.7MHz
IF + RF) hingga hingga
455KHz + 1600KHz = 10.7MHz +
2055KHz 108MHz=118.7MHz
(985KHz hingga (98.7MHz hingga
2055KHz) 118.7MHz)

4 Pencampur Menerima isyarat dari Frekuensi : Frekuensi :


penguat RF dan pengayun i. RF i. RF
tempatan. ii. IF + RF ii. IF + RF
Rujuk rajah 3 iii. RF + FO iii. RF + FO
iv. FO - RF iv. FO - RF

5 Penguat Hanya menerima frekuensi IF Frekuensi termodulat Frekuensi termodulat


frekuensi sahaja dan menguatkannya. 455KHz 10.7MHz
perantaraan
(IF)
6 Pengesan Proses menyahmodulat Masukan : 455KHz
AM isyarat termodulat AM untuk Keluaran : isyarat
menghasilhan isyarat audio. audio

7 Pengesan Proses menyahmodulat Masukan : 10.7MHz


FM isyarat termodulat FM untuk Keluaran : isyarat audio
menghasilhan isyarat audio.

8 Penguat Menguatkan frekuensi audio


frekuensi untuk memacu pembesar
audio suara.

9 Pembesar Menukar tenaga elektrik


suara kepada tenaga bunyi.

Unit Tek. Elektronik KVL 4 /


ETN 701

10 Kawalan Mengawal gandaan penguat Voltan DC pada


gandaan RF dan IF secara automatic keluaran pengesan
automatic supaya isyarat pada keluaran disuap balik ke
(KGA) sentiasa stabil walaupun peringkat penguat RF
kekuatan isyarat yang dan IF
diterima berubah.

11 Kawalan Mengawal frekuensi Voltan DC yang terhasil


frekuensi pengayun tempatan supaya pada keluaran pengesan
automatik pengayun tempatan menjana FM di suap balik ke
frekuensi ayunan yang betul. peringkat pengayun
tempatan atau penukar.

12 Bekalan Membekalkan voltan DC


kuasa kepada semua peringkat
dalam penerima radio.

Rajah 3 : Empat frekuensi terhasil pada keluaran pencampur.

2. Litar penerima radio AM/FM

Rajah 4 menunjukkan sebahagian litar penerima radio AM/FM kaset stereo iaitu litar
penala yang meliputi peringkat penguat RF AM/FM, pengayun tempatan AM/FM,
Pencampur AM/FM dan pengesan AM/FM dalam satu litar bersepadu. Suis S1 adalah
suis pemilihan untuk jalur AM, FM mono dan FM stereo. Rajah 5 adalah litar skematik
peringkat penguat frekuensi audio.

i) Kendalian dan pengaliran isyarat radio AM:


a) Antena L3 menerima isyarat yang dipancarkan oleh pemencar.
b) L3 dan CT3 adalah litar tala peringkat penguat frekuensi RF dan ditala
kepada frekuensi prnguat RF (530KHz – 1600KHz) yang dikehendaki.
c) Isyarat yang telah dipilih itu di masukan ke peringkat penguat RF pada pin
24 IC1.
d) L4 CT4 adalah Litar tala bagi pengayun tempatan AM, frekuensi pengayun
AM ini akan dimasukan ke pin 20.

Unit Tek. Elektronik KVL 5 /


ETN 701

e) Isyarat keluaran pencampur akan keluar melalui pin 4.


f) Isyarat keluaran pencampur akan mengalir melalui pengubah IF (T2) dan
penapis hablur (CF2) ke masukan penguat IF pada pin 7.
g) Isyarat keluaran pengesan akan keluar pada pin 18 dan masuk semula ke
IC1 pin 17 (peringkat multipleks).
h) Isyarat frekuensi audio akan keluar pada pin 13 (saluran kanan) dan pin 14
(saluran kiri).
i) Isyarat audio ini akan di masukan ke peringkat penguat frekuensi audio
pada IC302 melalui pin 8 (saluran kanan) dan pin 13 ( saluran kiri) melalui
perintang boleh laras VR301-2 dan VR301-1 iaitu kawalan bahana.
j) Perintang boleh laras VR302-2 dan VR302-1 berfungsi sebagai kawalan
nada.
k) Isyarat audio yang telah dikuatkan oleh penguat frekuensi audio (IC302)
pada pin 4 (saluran kanan) dan pin 17 (saluran kiri) akan di salurkan ke
pembesar suara dan bicu fontelinga.

ii) Isyarat radio FM:


a) Antena teleskop menerima semua isyarat yang dipancarkan oleh
pemancar dan isyarat tersebut akan dimasukan ke peringkat penguat
frekuensi RF melalui pin 1 IC1.
b) Pemuat CT1 yang ditala kepada frekuensi RF (88MHz – 108MHz) yang
dikehendaki disambungkan ke pin 23.
c) Frekuensi pengayun tempatan yang ditala oleh pemuat CT2 dimasukan ke
pin 21.
d) Isyarat keluaran pencampur akan keluar pada pin 4.
e) Isyarat keluaran pencampur akan melalui penapis hablur CF1 dan masuk ke
peringkat penguat IF pada pin 8.
f) Isyarat keluaran pengesan akan keluar pada pin 18 dan masuk semula ke
IC1 pin 17 (peringkat multipleksa).
g) Isyarat frekuensi audio akan keluar pada pin 13 (saluran kanan) dan pin 14
(saluran kiri)
h) Pengaliran isyarat audio adalah sama seperti pengendalian radio AM.

iii) a) Suis SW3-1 dan SW3-3 adalah suis pemilihan bekalan kuasa dc ke bahagian
radio dan
kaset.
b) Suis SW3-2 dan W3-4 adalah suis pemilihan isyarat untuk kendalian radio
dan kaset.

Unit Tek. Elektronik KVL 6 /


ETN 701

Rajah 4 : Litar peringkat penala AM/FM

Unit Tek. Elektronik KVL 7 /


Unit Tek. Elektronik KVL
Rajah 5 : Litar Peringkat penguat Frekuensi Audio

8
ETN 701

/
ETN 701

MENGESAN KEROSAKAN

a) Peralatan dan alat ujian yang digunakan untuk mengesan kerosakan adalah seperti berikut:
1. Penjana isyarat audio
2. Penjana isyarat RF
3. Osiloskop
4. Meter pelbagai

b) Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:


1. isyarat RF termodulat
2. isyarat audio

c) Jadual 3, menunjukkan kaedah mengesan kerosakan dan alat ujian yang digunakan.

Jadual 3
BIL KAEDAH ALAT UJIAN LANGKAH / KEGUNAAN
1 Pemerhatian Menggunakan pancaindera untuk melihat
fizikal komponen atau menghidu komponen
terbakar.

2 Suntikan isyarat Penjana isyarat: Memasukan isyarat ke peringkat yang diuji dan
i. Penjana isyarat audio dengar kesan bunyi nada pada keluaran
untuk peringkat pembesar suara untuk menentukan peringkat
penguat audio. yang rosak.
ii. Penjana isyarat RF Rujuk rajah 6
bagi peringkat
penguar RF,
pencampur,
pengayun tempatan,
penguat IF dan
pengesan.

3 Surihan isyarat Penjana isyarat dan Mengesan kewujudan isyarat pada sesuatu
Osiloskop peringkat untuk menentukan peringkat yang
rosak
Rujuk rajah 7

4 Pengukuran Meter pelbagai – julat Mengukur voltan dc pada peringkat yang


voltan volt disyaki rosak.

5 Pengukuran Meter pelbagai – julat Mengukur rintangan komponen yang disyaki


rintangan ohm rosak untuk menentukan jenis kerosakan.
Jenis kerosakan komponen:
i. Terbuka
ii. Pintas
iii. Bocor
iv. Berubah nilai (bagi perintang)

Unit Tek. Elektronik KVL 9 /


ETN 701

Rajah 6 : Suntikan isyarat RF dan AF bagi penerima radio AM

Rajah 7 : Surihan isyarat RF dan AF bagi penerima radio AM

Unit Tek. Elektronik KVL 10 /


ETN 701

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

a) Keselamatan Radio dan alat ujian

i. Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :

i. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.


ii. Peralatan ujian dalam keadaan baik.
iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik.

ii. Semasa melakukan aktiviti, pastikan :

a) Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.


b) Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan
dari tersentuh.
c) Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.
d) Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat
pengukuran voltan dc.
e) Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran
rintangan.

iii. Selepas melakukan aktiviti, pastikan :

a) Alat ujian berfungsi dengan sempurna.


b) Matikan bekalan kuasa.
c) Peralatan disusun dengan kemas.
d) Keadaan tempat kerja kemas.

LATIHAN.
1 Nyatakan julat frekuensi bagi penerima :

a) Radio AM : __________________________________________________________
b) Radio FM : _____________________________________________________________

2 Nyatakan peringkat yang terdapat di penerima radio FM tetapi tiada di penerima radio AM.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Rujukan :
1. Aplikasi Elektrik dan Elektronik tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007
2. Pengajian Kejuruteraan elektrik dan Elektronik tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003

Unit Tek. Elektronik KVL 11 /


ETN 701

TAJUK MODUL ETN 701 AUDIO VIDEO COMPLEX CIRCUIT 2

NO. DAN PERNYATAAN


KOMPETENSI K02 REPAIR FAULTY TV

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM


NAMA : KELAS :

MAKLUMAT Info Khas

PENERIMA TV Sistem TV di Malaysia


Perkara Maklumat
Televisyen ialah satu alat penerima isyarat Lebar jalur
7 MHz
video dan audio. setiap saluran
System warna PAL B/G
Garis imbasan 625 garisan
VHF (54 MHz-
PRINSIP ASAS KENDALIAN PENERIMA TV
88 MHz dan
174 MHz – 216
Sistem
MHz)
penghantaran
UHF( 470MHz-
890 MHz)
Pemodulatan
isyarat Pemodulatan
pembawa Amplitud (AM)
gambar
Pemodulatan
isyarat Pemodulatan
Rajah 8 : Blok asas penerima TV pembawa Frekuensi (FM)
bunyi
Isyarat
 Pada bahagian penerima, isyarat yang dipancar akan dipintaskan pembawa IF 38.9 MHz
oleh antena. gambar
 Isyarat yang diterima akan dikuatkan dan dihantar ke litar Isyarat
pengesan suara oleh gambar. pembawa IF 33.4 MHz
bunyi
 Pada bahagian ini, kedua-dua isyarat akan dipisah dan diubah
5.5 MHz
semula kepada isyarat audio dan video yang asas. Frekuensi IF
(38.9 MHz-
 Proses pengimbasan akan disusun semula untuk menghasilkan bunyi
33.4 MHz)
gambar. Frekuensi
 Proses ini akan dilalui apabila isyarat video digandingkan dengan kroma untuk 4.43 MHz
tiub gambar. isyarat warna
 Bagi tujuan ini, isyarat penyegerakan yang diterima sebagai Frekuensi
15,625 Hz
sebahagian isyarat video komposit akan digunakan sebagai untuk ufuk
isyarat rujukan. Frekuansi
50 Hz
 Bagi penghasilan bunyi pula, isyarat audio akan digandingkan tegak (medan)
dengan pembesar suara.

Unit Tek. Elektronik KVL 12 /


ETN 701

RAJAH BLOK PERINGKAT-PERINGKAT PENERIMA TV WARNA

Rajah 9: Gambar rajah blok penerima TV warna.

FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA TV WARNA

No. Nama Blok Fungsi Bentuk gelombang


Blok keluaran
1 Antena Menerima gelombang Gelombang
electromagnet yang dipancarkan elektromagnetik.
oleh system pemancar.
2 Penala
Memilih satu isyarat dari antenna
(A) Penguat RF yang dikehendaki dan
menguatkannya.
Pembawa IF
Menghasilkan frekuensi IF, iaitu: gambar
(B) Pencampur i. Gambar : 38.9 MHz
ii. Bunyi : 33.4 MHz

(C) Pengayun Menjana frekuensi hasil jumlah


tempatan RF+IF bunyi dan gambar.
Pembawa IF bunyi
3 Penguat IF Video (VIF) Menguatkan isyarat IF termodulat
pembawa gambar (38.9 MHz) dan
isyarat IF termodulat bunyi (33.4
MHz)
Pembawa IF
gambar

Unit Tek. Elektronik KVL 13 /


ETN 701

Pembawa IF bunyi
4 Pengesan video i. Mengesan isyarat AM gambar
daripada pembawa IF dan
mengasilkan isyarat video
rencam. Isyarat video rencam
ii. Mengasilkan sub pembawa IF
bunyi yang baru iaitu : 5.5
MHz (perbezaan IF gambar
Sub Pembawa IF bunyi
38.9 MHz dengan IF bunyi
43.4 MHz)
5 Kawalan gandaan Mengawal gandaan penguat IF dan
automatic (KGA) RF supaya kekuatan isyarat suara
dan gambar stabil.
6 Penguat IF bunyi Menerima isyarat sub pembawa
5.5 MHz dan menguatkannya.

Pembawa IF bunyi
7 Pengesan FM bunyi Menyahmodulat pembawa FM dan
menghasilkan isyarat audio.
Isyarat audio
8 Penguat frekuensi audio Menguatkan isyarat audio untuk
memacu pembesar suara
Isyarat audio
9 Pembesar suara Menukarkan isyarat audio kepada
tenaga bunyi
10 Pemisah segerak Memisahkan denyut-denyut
segerak ufuk dan tegak daripada
isyarat video rencam. Ada dua jenis
litar penapis pada keluaran
pemisah segerak:
a) Litar pengamir – penapis
lulus rendah, meluluskan
frekuensi tegak 50 Hz
b) Litar pembeza – penapis
lulus tinggi untuk peringkat
pengayun ufuk 15,625 Hz
11 Pengayun tegak Menjana frekuensi 50 Hz yang
berbentuk gelombang gerigi. Gelombang gerigi
12 Penguat tegak Menguatkan isyarat pengayun
tegak untuk gegelung pesongan
kuku tegak. Gelombang gerigi
13 Kawalan frekuensi Mengawal frekuensi ufuk 15,625
automatic (AFC) Hz
Gelombang gerigi
Unit Tek. Elektronik KVL 14 /
ETN 701

14 Pengayun ufuk Menjana gelombang gerigi 15,625


Hz
Gelombang gerigi
15 Penguat ufuk Menguatkan isyarat daripada
pengayun ufuk

Gelombang gerigi
16 Voltan amat tinggi Membekalkan voltan amat tinggi
untuk penghasilan raster pada tiub Voltan DC dlm unit
gambar kV

17 Gegelung kuk ufuk dan Memesongkan alur electron ke kiri


tegak dan ke kanan dengan kadar 15,625
Hz dan dari atas ke bawah dengan
kadar 50 Hz pada tiub gambar
18 Anod tiub gambar Menerima voltan amat tinggi dari
bekalan voltan amat tinggi Voltan DC

19 Tiub gambar warna Menghasilkan gambar warna

20 Bekalan kuasa rendah Membekalkan voltan DC kepada


semua peringkat
21 Penguat lar (Y) Menguatkan isyarat lar tanpa
isyarat kroma (warna) 4.43 MHz

Isyarat video rencam (lar)


22 Penyahkod warna Menerima isyarat lar (Y) dan
isyarat kroma serta mengasingkan
isyarat itu kepada isyarat merah(R),
hijau (G) dan biru (B). Isyarat ini
dikuatkan secara berasingan.
Penyahkod warna mengandungi
peringkat:
(a) Penguat kroma
(b) matriks
23 Penguat pemacu merah Menguatkan isyarat merah

24 Penguat pemacu hijau Menguatkan isyarat hijau

25 Menguatkan isyarat biru Menguatkan isyarat biru

26 Gelang penumpuan Menumpukan alur-alur electron


pada bintik-bintik fosfor yang
berkenaan sahaja pada layar tiub

Unit Tek. Elektronik KVL 15 /


ETN 701

gambar

27 Gelang ketulenan Melaraskan ketiga-tiga alur


electron supaya jarak di antara
ketiga-tiganya sejajar.

Info khas Info khas


Raster adalah cahaya yang terhasil pada layer
Kroma ialah maklumat gambar warna tiub gambar, dengan adanya alur electron
yang depesongkan dari kiri ke kanan dan dari
Isyarat lar (Y) ialah maklumat gambar atas ke bawah pada skrin tiub gambar.
monokrom (hitam-putih)

Info khas

Penguat kroma : menguatkan isyarat warna.


Matriks : menghasilkan warna merah, hijau dan biru untuk memacu senapang
electron pada tiub gambar

a) Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar foto 8.1
menunjukkan sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV warna:
i. Bahagian penala.
ii. Bahagian IF video.
iii. Penguat video
iv. Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Pembesar
suara

Lain-lain
bahagian :
- IF
- Video
- Warna

Unit Tek. Elektronik KVL 16 /


Bahagian Bahagian bekalan
pesongan ufuk kuasa voltan rendah
Bahagian penala
dan tegak
ETN 701

Gambar foto 8.1 : Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna.

v. Bahagian Audio
 Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada peringkat dimana ianya
disambung ke pembesar suara.

Unit Tek. Elektronik KVL 17 /


ETN 701

vi. Bahagian warna

Gambar foto 8.2 menunjukkan papan tercetak peringkat penguat pemacu RGB.

Papan litar
tercetak
pemacu RGB

Gambar foto 8.2 : Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)

vii. Bahagian pesongan


 Gambar foto 8.3 menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk dan
voltan tinggi

 Gambar foto 8.4 menunjukkan


Anod tiub gegelung
gambar pesongan ufuk dan tegak yang
berfungsi untuk memesongkan alor electron ke kiri dan ke kanan seta dari atas
ke bawah untuk menghasilkan raster yang penuh pada layer tiub gambar

Pengubah voltan
tinggi

Pelaras skrin

Pelaras fokus

Gambar foto 8.3 : Bahagian ufuk dan voltan tinggi

Gegelung
dening

Gambar foto 8.4 : Gelung pesongan (gegelung dening)

Unit Tek. Elektronik KVL 18 /


ETN 701

PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

Mengesan kerosakan

Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang jelas bermutu dan baik. Alat uji yang
digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan adalah seperti berikut:
i. Penjana corak ujian Info khas
ii. Penjana isyarat audio
iii. Penjana isyarat RF
 Tiga warna utama :
iv. Osiloskop
i. Merah
v. Meter pelbagai ii. Hijau
iii. Biru
 Hasil percampuran warna utama :
i. biru + hijau = sian
ii. biru + merah = magenta
iii. hijau + merah = kuning
iv. merah + hijau + biru = putih

Gambar foto 8.5 menunjukkan alat uji yang biasa digunakan untuk menguji dan mengesan
kerosakan.

Gambar foto 8.5 : Alat uji

Unit Tek. Elektronik KVL 19 /


ETN 701

Langkah-langkah mengesan kerosakan

1. Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak ujian bar warna
dari penjana isyarat corak ujian ke masukan antena TV warna.
2. Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual 8.6.
3. Gunakan alat uji yang sesuai untuk mengesan kerosakan:
i. Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat menggunakan penjana
isyarat untuk menentukan peringkat rosak.
ii. Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada peringkat
yang telah dikesan rosak.
iii. Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis kerosakannya.

Jadual 8.6
KESAN
BIL Peringkat yang dijangka rosak
Pembesar suara Tiub gambar
1 Tiada suara Gambar normal Penguat frekuensi audio
2 Suara normal Gambar tiada warna Penyahkod warna , matriks
3 Suara normal Gambar tiada warna hijau Penguat warna hijau
4 Suara normal Gambar tiada warna biru Penguat warna biru
5 Suara normal Gambar tiada warna meah Penguat warna merah
6 Suara normal Gambar gelap, ada raster Penguat lar
7 Suara normal Gambar bergulung (gambar bergerak ke atas Pengayun tegak
/ ke bawah) - Rajah.2(a)
8 Suara normal Raster satu garisan mengufuk- Rajah 8.2(c) Penguat tegak, gelung pesongan tegak
9 Suara normal Gambar berkoyak - Rajah 8.2(b) Pengayun ufuk, KFA (frekuensi ufuk
tak stabil)
10 Suara normal Gambar berkoyak dan bergulung Pemisah segerak
11 Tiada suara Tiada raster Bekalan kuasa voltan rendah, penguat
ufuk, pengayun ufuk.
12 Suara normal Tiada raster Bekalan kuasa ke pemanas tiub
gambar
12 Bunyi desiran Gambar bersalji Penguat IF video, pengesan video
Rajah 8.2 (d)

a) Gambar bergulung ke aatas atau ke bawah b) Gambar berkoyak

c) Raster satu garisan ufuk d) Gambar bersalji


Rajah 8.2

Unit Tek. Elektronik KVL 20 /


ETN 701

Langkah-langkah keselamatan

i. Prosedur keselamatan

ii. Keselamatan diri

Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa
melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian
dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk
mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan
yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan

iii. Keselamatan alat


a Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :
i. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.
ii. Peralatan ujian dalam keadaan baik.
iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik.

b Semasa melakukan aktiviti, pastikan :


i. Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.
ii. Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk
mengelakkan dari tersentuh.
iii. Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.
iv. Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila
membuat pengukuran voltan dc.
v. Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran
rintangan.

c Selepas melakukan aktiviti, pastikan :


i. Alat ujian berfungsi dengan sempurna.
ii. Matikan bekalan kuasa.
iii. Peralatan disusun dengan kemas.
iv. Keadaan tempat kerja kemas.

Unit Tek. Elektronik KVL 21 /


ETN 701

d. TV adalah salah satu alatan elektronik yang tidak mempunyai sambungan


bumi dan casis TV juga adalah ‘hidup’ (live), pengubah pemencil perlulah
digunakan untuk mengelakkan dari litar pintas ketika menggunakan alat uji.

e. Gunakan kuar voltan tinggi (kV) apabila mengukur voltan anod tiub gambar.
Pastikan anda meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat
pengukuran voltan tinggi.

v. Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada
semasa kerja mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan
sesuatu kerosakan itu.

LATIHAN

Jawab semua soalan

1. Rajah 8.3 menunjukkan gambarajah blok penerima TV warna. Namakan blok yang bertanda :
a) Blok 3 : __________________________________________________________________
b) Blok 11 : _________________________________________________________________
c) Blok 17 : _________________________________________________________________

Rajah 8. 3

2. Nyatakan fungsi blok :

a) KFA :
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
________________

Unit Tek. Elektronik KVL 22 /


ETN 701

b) Penyahkod warna:
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
________________

c) Pengesan video:
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
________________

3. Nyatakan kesan kepada TV jika kawalan gandaan automatik (KGA) tidak berfungsi.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
________________

Rujukan:

1. BASIC TELEVISION Principles and Servicing, Fourth Edition 1975, International student edition,
Bernard Grob, McGraw-Hill Kogakusha, Ltd.
2. TEKNOLOGI TELEVISYEN, Md. Nasir Abd. Manan, Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur 2002
3. TEKNOLOGI ELEKTRONIK, Tingkatan 5, Tan Hock Ghee, Longman Malaysia

Unit Tek. Elektronik KVL 23 /


ETN 701

TAJUK MODUL ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

NO. DAN PERNYATAAN


KOMPETENSI K03 REPAIR FAULTY HI-FI

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM


NAMA : KELAS :

MAKLUMAT

SISTEM HI-FI
 Bagi mendapatkan mutu bunyi yang menarik dan baik, oleh itu perancangan yang baik telah di
buat untuk mendapatkan suara ‘high fidelity’ atau ‘hi-fi’

 Hi-fi jenis compo ataupun mini compo adalah peralatan Hi-Fi mudah alih yang terdiri daripada
gabungan pembesar suara, pemacu cakera padat atau radio dan sebagainya.

 Sistem stereo. Sistem ini melibatkan dua saluran atau mempunyai dua speaker. Ia juga dikenali
sebagai stereophone dimana maklumat yang disampaikan adalah baik dan berkualiti.
Mengambil isyarat bunyi pada dua punca dan pendengar dapat mendengar bunyi tersebut dari
semua arah.

Apa Itu Sistem Hi-Fi ?


 Rajah 1.0 dibawah menunjukkan bahagian rangkaian hi-fi stereo mudah. Sistem ini terdiri
dari pra penguat yang dipasang sebagai penguat penyama tape head, penguat pick-up,
penguat mikrofon ataupun hanya sebagai pra penguat linear. Kemudian peringkat
selanjutnya adalah terdiri daripada alat-alat kawalan paras isyarat atau volume, kawalan
suara bass dan treble, dan kawalan keseimbangan stereo atau balance.

 Pada peringkat terakhir pula merupakan penguat kuasa yang akan menggerakkan serta
memacu speaker agar dapat mengeluarkan isyarat suara. Rangkaian pra penguat ini dapat
diubahsuaikan supaya sesuai dengan sumber isyarat yang akan kita masukkan.

Isyarat

Sumber
Masukan
Kuasa

Rajah 1.0. Rangkaian sistem hi-fi stereo mudah.

Unit Tek. Elektronik KVL 24 /


ETN 701

1. Pra Penguat

Bila kita ingin menggunakan isyarat-isyarat dari tape head, jarum magnetik, atau mikrofon
sebagai isyarat masukan, maka ia mesti melalui rangkaian penguat isyarat kecil yang dikenali sebagai
pra penguat. Pada peringkat ini semua frekuensi isyarat masukan akan diperkuat dengan gandaan
yang sama besar.

2. Rangkaian Kawalan Nada

Rangkaian kawalan nada pada sistem hi-fi digunakan untuk mengawal gandaan isyarat dari
rangkaian pra penguat. Biasanya isyarat yang dapat dikawal pada peringkat ini adalah seperti
kawalan volume (bahana), kawalan treble, kawalan mid, suis pemilih loudness dan juga kawalan
bass. Pada amnya rangkaian kawalan nada terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis pasif dan juga jenis
aktif. Rangkaian kawalan nada jenis aktif terdiri daripada penapis band-pass yang dibina bersama
penguat manakala jenis pasif hanyalah terdiri daipada penapis-penapis band-pass pada julat
frekuensi tertentu.

3. Penguat Kuasa Stereo

Penguat kuasa stereo berfungsi untuk menguatkan isyarat yang diambil daripada rangkaian
kawalan nada kepada suatu nilai yang lebih besar supaya isyarat tersebut dapat menggerakan atau
memacu speaker.

Rajah 2.0. Rangkaian penguat kuasa stereo.

Unit Tek. Elektronik KVL 25 /


ETN 701

RAJAH BLOK SISTEM HI-FI

speaker
1

Pra - 2 Penguat Penguat


penguat pemacu kuasa
3
Tranduser masukan
seperti mic, tape
head dsb.

Fungsi Setiap Blok

1. Tranduser masukan
a Mikrofon - Menukar isyarat bunyi kepada isyarat audio
b Tape head - Bahan rakaman magnetic kepada isyarat audio
c Antena -Menukar isyarat gelombang kepada isyarat frekuensi radio.

2. Pra-penguat 1 dan 2
Menguatkan isyarat audio untuk dihantar ke penguat pemacu

3. Kawalan nada
a Volume / bahana
 mengawal isyarat audio
 mengawal amplitud isyarat audio
 kawalan maksima

b Bass
 mengawal amplitud isyarat frekuensi rendah diperlukan atau tidak

c Treble
 mengawal isyarat frekuensi tinggi perlu atau tidak

4. Penguat pemacu
a menguatkan isyarat yang diterima dari litar kawalan nada
b Pemisah fasa : jika penguat kuasa menggunakn jenis tolak-tarik
c Memandu / memacu penguat kuasa supaya bekerja

5. Penguat kuasa
a biasanya menggunakan penguat dari jenis tolak tarik.
b Menguatkan isyarat dari penguat pemacu ke nilai yang sesuai supaya dapat memacu
speaker

6. Speaker
menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi

Unit Tek. Elektronik KVL 26 /


ETN 701

KEROSAKAN PADA SISTEM HI-FI

Contoh-contoh kerosakan dalam sistem hi-fi adalah sama seperti kerosakan yang biasa berlaku
dalam sistem audio yang lain. Antaranya adalah seperti berikut :-
1. Tiada keluaran
2. Keluaran berayun
3. Keluaran herotan
4. Keluaran lemah
5. Penerima mati
6. Kendalian terputus-putus
7. Gangguan hingar

Cara Mengesan Kerosakan

 Deria pendengaran
Penggunaan telinga untuk mendengar kerosakan pada hi-fi. Bunyi yang dileluarkan oleh
pembesar suara mungkin berayun atau tiada keluaran.

 Deria pandang
Penggunaan deria pandang untuk memerhatikan kesan kerosakan yang berlaku, contohnya
kesan kepada isyarat bunyi bagi set penguat audio yang rosak seperti tiada isyarat keluaran
audio.

 Teknik suntikan isyarat


Ia bermakna memasukkan isyarat yang sesuai daripada penjana isyarat (audio generator) ke
dalam sesuatu litar penguat audio untuk mengesan kerosakan yang berlaku dalam set
penguat tersebut

 Teknik surihan isyarat


Surihan isyarat ialah kita melihat atau menganalisa isyarat dengan menggunakan osiloskop
pada setiap bahagian litardan dibandingkan dengan bentuk isyarat normal pada litar
tersebut dimana ia dilakukan dengan menggunakan bantuan litar skematik hi-fi.

LATIHAN
1. Terangkan secara ringkas ciri-ciri system Hi-Fi
2. Senaraikan komponen-komponen yang terdapat dalam system Hi-FI
3. Terangkan fungsi
o Penala
o Kawalan suara
o Penguat
o Peranti keluaran

RUJUKAN
1. NOTA POLITEKNIK E4120, Kementrian Pelajaran Malaysia

Unit Tek. Elektronik KVL 27 /


ETN 701

TAJUK MODUL ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

NO. DAN PERNYATAAN


KOMPETENSI K04 REPAIR FAULTY PUBLIC ADDRESS

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM


NAMA : KELAS :

MAKLUMAT
SISTEM BUNYI

Bunyi memberi maksud kepada persepsi penumpuan secara dinamik dan tekanan udara
dalam keadaan vakum pada telinga manusia. Manakala audio bermaksud produksi secara elektronik
dari bunyi. Secara umumnya, manusia dapat mendengar perbezaan tekanan udara dari julat 20Hz
sehingga 20KHz

1. SISTEM MONO

Beberapa tahun dahulu, sering didapati rakaman muzik ataupun ucapan dibuat melalui satu
mikrofon yang diletakkan pada kedudukan tengah berdekatan dengan sumber bunyi. Manakala,
rakaman tadi akan dimainbalikkan melalui satu penguat kepada sepasang ‘headphones’ di mana
isyarat bunyi dihantar ke telinga kiri dan kanan pendengar.
Langkah lain yang diambil ialah isyarat bunyi dihantar ke satu sistem pembesar suara (single-
loudspeaker system) yang di tempatkan pada kedudukan yang sesuai di dalam bilik mendengar. Kini,
sistem bunyi tersebut lebih dikenali sebagai sistem ‘monaural’ atau ‘monophonic’ yang bermaksud
hanya bergantung pada satu rakaman dan saluran bunyi. Rajah 1.0 di bawah menunjukkan rajah blok
bagi sistem mono.

Rajah 1.0 : Rajah blok Sistem Mono

Unit Tek. Elektronik KVL 28 /


ETN 701

2. SISTEM STEREO

Stereo adalah suatu sistem audio yang membekalkan atau mengeluarkan bunyi dari dua
tempat atau arah. Adakalanya, sistem stereo disebut sebagai ‘stereophonic’ dan biasanya hanya
dikenali sebagai stereo sahaja. Rajah 2.0 menunjukkan gambarajah blok bagi sisten stereo.

Rajah 2.0: Gambarajah blok sistem stereo

Satu sistem stereo yang baik dapat menghasilkan ilusi bunyi yang ditetapkan posisinya
seperti merintangi pentas bunyi. Dalam sistem hi-fi, keadaan ini adalah dikenali sebagai imej stereo
(stereo image).

Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat dari satu arah sahaja. Ini adalah
kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar. Kualiti bunyi
yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan, frekuensi dan akustik
bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu instrumen muzik dan juga kawasan sekitar rakaman yang
didengari.

Daripada menggunakan mikrofon karbon dahulunya kini bertukar kepada menggunakan


disc, teknik rakaman bunyi dan pengeluarannya telah berkembang bukan hanya pada kepelbagaian
bunyi yang dihasilkan malah pengalaman pendengar dalam mendengar persembahan secara
langsung dapat melihat sendiri bagaimana sistem bunyi yang dikeluarkan kini. Bunyi yang dihasilkan
lebih-lebih lagi menggunakan sistem stereo mahupun sistem quad membuatkan pendengar dapat
mendengar pada semua arah.

Unit Tek. Elektronik KVL 29 /


ETN 701

Perbezaan di antara Sistem Mono dan Sistem Stereo :-

Jadual 2.0 di bawah menunjukkan perbezaan antara sistem mono dengan sistem stereo.

Sistem Mono Sistem Stereo

 melibatkan satu saluran atau siaran  melibatkan dua saluran atau siaran

 dikenali sebagai monaural atau  dikenali sebagai stereophonic


monophonic.

 maklumat yang disampaikan adalah  maklumat yang disampaikan adalah


kurang jelas jelas dan berkualiti

 mengambil isyarat bunyi pada satu  mengambil isyarat bunyi pada dua
punca sahaja punca dan pendengar dapat
mendengar bunyi tersebut pada
semua arah

Jadual 2.0 : Perbezaan Sistem Mono dengan Stereo

3. SISTEM QUAD

Sistem quad adalah sistem yang lebih di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih jelas lagi
adalah sistem yang menggunakan empat pembesar suara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.0
di bawah. Sistem bunyi ini di letakkan untuk meninggikan stereo. Walau bagaimanapun, bunyi
quadraphonic ini akan memantulkan kembali bunyi yang di siarkan di dalam sesuatu bilik kepada
bunyi yang lebih baik . Bunyi ini dapat di dengar atau di bezakan oleh para pendengar dari bunyi
yang asal sebelum proses sistem quad. Ia juga bergantung kepada jenis rakaman bunyi yang di
gunakan atau di siarkan. Dalam kaedah pertama, untuk proses penyiaran bunyi di dalam filem atau
tape.

Unit Tek. Elektronik KVL 30 /


ETN 701

Rajah 3.0 : Gambarajah blok sistem quad

Dalam kaedah ini, 2 pembesar suara ditempatkan di dalam sesuatu bilik atau dewan
rakaman supaya bunyi bergema terjadi semasa rakaman. Apabila rakaman tadi di mainkan semula,
dengan menambah pembesar suara di belakang pendengar, barulah isyarat bunyi yang di pancarkan
dapat di dengari di seluruh bilik tadi dengan gemaan yang stabil dimana isyarat bunyi di hantar ke
seluruh bilik kerana bunyi dari depan di satukan dengan bunyi gema dari belakang. Ianya seolah–
olah kedengaran bunyi yang betul contohnya bunyi objek yang bergerak atau pecah. Dimana
kedengaran bunyi di tempat atau sudut yang sebenar dapat di dengar dengan jelas .

Pada kaedah kedua yang menggunakan sistem quad ini dapat kita dengari dalam contohnya
konsert muzik, dimana menukar terus dari bunyi asalnya dengan menambah atau meninggikan
stereo bagi menjadikan sistem bunyinya lebih mampat. Ia akan menggunakan pembesar suara yang
baik di sekeliling pendengar supaya isyarat gemanya dapat di dengari.

Unit Tek. Elektronik KVL 31 /


ETN 701

SISTEM SIARAYA

Sebuah sistem elektrik yang menggabungkan beberapa komponen elektrik.

Komponen asas :
 MIKROFON
 PENGUAT
 PEMBESAR SUARA

Digunakan di kawasan yang luas seperti kawasan sekolah, pesta dan sebagainya.

FUNGSI:
Penghantar maklumat untuk pengetahuan seseorang individu mahupun orang ramai.

TERBAHAGI 2 KATEGORI :

 Sistem Paras Tinggi


Digunakan bagi kawasan yang akan diliputi oleh pembesar suara
CTH: Dewan Masjid, Stadium, Oditorium

 Sistem Paras Rendah


Digunakan bagi kawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit.
CTH : bilik kuliah, bilik mesyuarat jabatan danbilik taklimat

KECEKAPAN :
sistem siaraya bergantung kepada :-

a) Kekuatan Bunyi
b) Kestabilan Bunyi
c) Kualiti Bunyi
d) Kesan Arah

MICROFON
 Sejenis alat penukar (tranducer) digunakan kepada satu nilai yang mempunyai kadar yang
sama.

 FUNGSI :- Ia menukarkan gelombang bunyi kepada gelombang elektrik.

 JENIS MIC :-
 Mic vokal - percakapan lisan dan karaoke.
 Mic peralatan - gitar, gitar bass, saxophone
 Mic drum - drum tending (kick drum) dan bass amp
 Mic tanpa wayar - komponen iaitu penghantar ( mikrofon) dan penerima (antenna).

Unit Tek. Elektronik KVL 32 /


ETN 701

PENGUAT

 Menguatkan isyarat untuk pendengaran.


 Kawalan nada disediakan untuk pendengaran yang lebih baik.
 Kuasa per channel tidak melebihi 100W
 Tone control pada kois yang sederhana, ia berada dalam penguat.
 Untuk kos yang tinggi, kawalan nada tidak diperlukan, kerana menggunakan equalizer.
 Input masukan tidak lagi menggunakan kaset kerana mempunyai keburukan,kerana ada
isyarat kepada puncak kebisingan.
 Sebaliknya input adalah menggunakan CD kerana tidak ada signal ke tahap kebisingan.

PEMBESAR SUARA

 FUNGSI :- menukarkan isyarat gelombang audio kepada gelombang bunyi yang dapat
didengar oleh pengguna.
 Keupayaannya bergantung kepada jenis-jenis binaan dan rekabentuk kotak penutup sesuatu
pembesar tersebut.
 Kekuatan bunyinya dapat dikawal dan dilaraskan oleh sistem penguat.
 Merupakan bahagian terakhir sistem siaraya. Ia merupakan sebuah transdusser yang
mengubah tenaga elektrik menjadi tenaga bunyi.

MIXER

 mencampur berbagai sumber isyarat bunyi.


 Gandaan bagi isyarat-isyarat bunyi ini dapat dikawal okeh pengguna mengikut keperluan dan
kesan-kesan khas yang dikehendaki.

EQUALIZER

 alat pelaras penataan bunyi seperti treble dan bass yang diterima daripada gabungan isyarat
mixer supaya berada dalam keadaan seimbang dan seolah-olah menyamai sumber bunyi
yang sebenar.
 galangan masukan yang tinggi supaya isyarat masukannya tidak akan mengalami kesan
beban dan dihantar kepada bahagian penguat ( amplifier ).

3 BAHAGIAN UTAMA :

i. Transduser - mengubah isyarat audio kepada pergerakan mekanikal.

ii. Permukaan Radiator - bahagian ini digandingkan dengan transduser seupaya


pergerakkannya dipancarkan ke udara sebagai gelombang bunyi.

iii. Kabinet - kotak pengepung yang menempatkan transduser dan permukaan radiator bagi
mewujudkan keberarahan untuk bahagian positif sahaja.

Unit Tek. Elektronik KVL 33 /


ETN 701

SISTEM PENYAMBUNGAN SIARAYA

CARA PENYENGGARAAN SISTEM SIARAYA

 Memeriksa sambungan selepas membuat penyambungan kabel pada komponen yang


dipasang bagi memastikan sambungan betul sebelum menggunakan sistem ini.

 Hanya individu yang berpengalaman dan berpengetahuan yang layak untuk mengendalikan
unit ini.

 Pengguna perlu menggunakan peralatan dan aksesori unit sistem siaraya dengan baik agar
tidak memberi kesan kerosakan pada peralatan ini.

 Pelarasan sistem kawalan bunyi perlu dilakukan dengan betul dan baik bagi mendapatkan
bunyi yang sesuai

 Memeriksa sambungan selepas membuat penyambungan kabel pada komponen yang


dipasang bagi memastikan sambungan betul sebelum menggunakan sistem ini.

 Hanya individu yang berpengalaman dan berpengetahuan yang layak untuk mengendalikan
unit ini.

 Pengguna perlu menggunakan peralatan dan aksesori unit sistem siaraya dengan baik agar
tidak memberi kesan kerosakan pada peralatan ini.

 Pelarasan sistem kawalan bunyi perlu dilakukan dengan betul dan baik bagi mendapatkan
bunyi yang sesuai.

Unit Tek. Elektronik KVL 34 /


ETN 701

CARA MENGESAN KEROSAKAN


 Teknik suntikan isyarat.
 Teknik surihan isyarat.

Teknik suntikan isyarat

 Teknik ini menggunakan multimeter untuk mengesan kerosakan.

Teknik surihan isyarat

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan


1. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di bawah
2. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar. Perhatikan
arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau.
3. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400 Hz.

Rajah blok alat pengesan keluaran

Unit Tek. Elektronik KVL 35 /


ETN 701

Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di rajah 4.7 di bawah

Mula

Tiada bunyi

Speaker

O.K
Tiada normal
Penguat kuasa Uji Voltan
keluaran

O.K

Tidak normal

Pemacu Uji Kerintangan


Dalam Litar
O.K

Tiada keluaran
Litar Tone
Baikpulih
O.K

Tidak normal
Pra penguat

Rajah 4.7: Rajah blok bagi carta mengesan kerosakan


Baik

LATIHAN
1. Terangkan dengan secara ringkas tentang Sistem Siaraya.
2. Dengan bantuan rajah yang sesuai terangkan tentang satu contoh penyambungan sistem bunyi .
Nyatakan spesifikasi setiap peralatan yang digunakan secara terperinci.
3. Nyatakan 2 daripada komponen system bunyi dan terangkan fungsinya.
4. Nyatakan ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik mesyuarat.

Unit Tek. Elektronik KVL 36 /


ETN 701

TAJUK MODUL ETN 203 AUDIO AND VIDEO MAINTENANCE 1

NO. DAN PERNYATAAN


KOMPETENSI K05 PERFORM HI-FI STEREO PREVENTIVE MAINTENANCE

TEMPAT : BENGKEL ELEKTRONIK 2 TEMPOH : 5 JAM


NAMA : KELAS :

MAKLUMAT
DEFINISI SENGGARAAN
Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara
semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan
(peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem agar
berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.
Definisi/Istilah dari kamus “Radio Shack's Dictionary of electronic” senggaraan bermaksud
melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang salah
atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.
Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada kewujudan
kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara senyap dan yang
mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah peralatan elektronik.

Contoh aktiviti-aktiviti senggaraan.

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada peralatan
elektrik/elektronik.
 Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah
dirancangkan dan diteliti.
 Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan
menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang
untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna.
 Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus karbon,
bering, komutator dan suhu kendalian
 Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat.
 Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap peralatan.
 Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.

Unit Tek. Elektronik KVL 37 /


ETN 701

 Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan


bacaan arus, voltan dan sebagainya.

OBJEKTIF SENGGARAAN
Objektif senggaraan adalah seperti berikut;
 Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin.
 Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang
disenggarakan.
 Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
 Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.
 Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan.
 Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang
disenggarakan.
 Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.

KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM


Untuk meminimumkan kos penyenggaraan, setiap proses senggaraan peralatan perlulah
dirancang dengan teliti. Rajah1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan senggaraan bagi
mengurangkan kos. Kalau dilihat pada carta tersebut didapati, senggaraan yang dirancang
mempunyai perancangan pencengahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat dan dasar
senggaraan.

Senggaraaan

Senarai Perancangan Tiada Perancangan


Senggaraan Senggaraan

Perancangan Senggaraan Senggaraan Pembaikan


Pembaikan (Senggaraan (Senggaraan Kecemasan)
Senggaraan
Kecemasan)
Pencegahan

Jadual Senggaraan Syarat dan Dasar


Senggaraan

Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan

Unit Tek. Elektronik KVL 38 /


ETN 701

Perancangan Senggaraan
Perancangan senggaraan merupakan tempat pengaturan proses senggaraan dan
membawa keluar atau maklumat dengan disertakan perancangan masa depan. Kawalan dan
tempat menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan.

Tiada Perancangan Senggaraan


Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk
menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin.

Senggaraan Pencegahan
Pencegahan senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah
mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan
tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang
hendak dibuat.

Senggaraan Pembaikan
Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di dalam
sesuatu peralatan atau mesin yang disenggarakan dan juga bertujuan untuk menyimpan item
mengikut keadaan dimana senggaraan ini boleh melakukan dan melaksanakan satu fungsi yang
diperlukan.

Senggaraan Kecemasan
Senggaraan ini diperlukan dimana untuk membaiki sesuatu mesin atau peralatan adalah
dengan segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih serius. Senggaraan ini
memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya keputusan akibat daripada
terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada penglibatan persekitaran iaitu angin,
kebocoran dan lain-lain.

Syarat dan Dasar Senggaraan


Merupakan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada
keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah diulangi (routine ) atau proses
penyambungan monitoring.

Unit Tek. Elektronik KVL 39 /


ETN 701

Jadual Senggaraan
Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih tertumpu jadual sengaraan cara-
cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses yang
disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-lain. Dengan adanya sistem perancangan yang
dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan digunakan sebagai
peruntukan untuk satu peralatan atau mesin elektronik. Untuk mendapat kos yang minimum juga,
maka mestilah menggunakan satu dasar sistem yang digunakan untuk pemeriksaan perancangan
dan senggaraan akan mempunyai kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi
kos perancangan juga secara bersesuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan
berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.

Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos melebihi
takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga akan mendahului takat
rendah senggaraan perbelanjaan. Untuk sistem perancangan yang lengkap tidak selalu banyak
yang layak dan perlindungan diperlukan untuk mencipta sistem yang bagus untuk mendapatkan
tahap kos yang lebih minimum. Rajah 1.1 menerangkan perhubungan kos dengan masa bagi
penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.

Kos (RM)

Senggaraan tanpa
perancangan

Senggaraan
berperancangan

Masa (tahun)
Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan
& Tiada Perancangan

Unit Tek. Elektronik KVL 40 /


ETN 701

Pelakar senggaraan mestilah melengkapi binaan lakarannya dengan memuaskan, ini perlu
kerana ia dapat mengukuhkan baki di antara kos minimum dengan kos kemudian hari. Oleh
kerana senggaraan ini penting untuk itu bahagian lakaran hendaklah lebih mengembangkan
kaedah yang lebih berkesan dan meramalkan setiap fungsi lakaran yang menjimatkan. Apabila
lakaran atau planning untuk senggaraan lengkap maka ia akan memperolehi nilai kos yang terbaik.
Apabila tiada keuntungan jumlah kos pelaksanaan sesuatu senggaraan kerapkali susah untuk
dinilai dan maklumbalasnya akan menghadkan senggaraan tersebut akibat kekurangan maklumat
yang terbaik.
Rajah 1.2 adalah menerangkan ‘The breakdown of total costs’ yang melibatkan kepada
skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan kos perkhimatan
operasi dan pembersihan.

Jumlah Kos
(Waktu Senggaran}

Kos Permulaan Kos Pengguna

Kos Tanah Aliran Kos Tukaran


Kos Pembinaan Penempatan
Bayaran Profesional

Penyenggaraan Kadar (rates)


Khidmat operasi Insuran
(Operasi &
Pembersihan

Rajah 1.2 : Breakdown of total costs.

LATIHAN
1. Terangkan definisi senggaraan.
2. Huraikan matlamat objektif senggaraan.

Unit Tek. Elektronik KVL 41 /

Anda mungkin juga menyukai