Anda di halaman 1dari 6

Formalisme Rusia

Teori ini diasaskan pada tahun 1915 oleh Golongan Linguistik Moskow (Moscow Linguistic
Circle) dan Persatuan Pengajian Bahasa Puitis dalam bahasa Rusia dari Petersburg atau
ringkasnya disebut Opojaz. Tokoh terkenal dari kumpulan Linguistik Moskow ialah Roman
Jakobson, manakala tokoh-tokoh penting dari kumpulan Opojaz ialah Viktor Shklovsky dan
Boris Ejxenbaum. Pada asalnya, kumpulan-kumpulan ini hanya kumpulan kecil perbincangan
dalam kalangan tokoh-tokoh muda filologi dan mereka juga dikenali sebagai kumpulan tokoh-
tokoh penting bidang linguistik (Hashim Awang,1997:78). Mereka mendapat dorongan daripada
golongan Futuris yang pada waktu itu menentang budaya seni yang didokong oleh golongan
Simbolisme (Raman Selden & Peter Widdowson,1997:30). Selain dorongan daripada golongan
Futuris, tulisan Victor Shklovsky yang diterbitkan pada tahun 1914 di St. Peterburg turut
menyumbang kepada pembentukan Formalisme. Tulisan Shklovsky antara lain menyebutkan:-

`sekarang seni kuno telah mati, sementara seni baru belum lahir… hanya kreasi bentuk-bentuk
artistik baru yang dapat memulihkan kesedaran manusia terhadap dunia, membangkitkan
semangat dan membunuh pesimisme`

Golongan Opojaz sebenarnya adalah hasil gabungan dua kumpulan yang berbeza, iaitu kumpulan
pelajar-pelajar yang mahir dari sekolah atau mazhab Boudouin de Courtenay dengan tokoh-tokoh
pentingnya seperti Lev Jakubinskij dan E.D. Polivanov. Kumpulan kedua terdiri daripada ahli-
ahli teori sastera yang secara langsung menumpukan perhatian kepada bidang kesusasteraan.
Tokoh-tokoh penting dalam kumpulan kedua ini ialah Viktor Shklovsky, Boris Ejxembaum dan
S.I.Berntein (Hashim Awang,1997:79). Bidang tumpuan kumpulan kedua lebih kepada kaji puisi,
khususnya tokoh pentingnya iaitu Ejxenbaum yang sangat berminat dengan ciri-ciri bahasa puitis.
Idealisme Formalisme bertitik tolak daripada pandangan Shklovsky terhadap kesusasteraan.
Shklovsky memahami kesusasteraan sebagai penjumlahan daripada alat stilistik yang digunakan
di dalamnya (Raman Selden & Peter Widdowson,1997:31). Pandangan awal Shklovsky ini
memberi gambaran jelas asas pemikiran yang berkembang dalam Formalisme kemudiannya.
Idea awal Formalisme bermula di tangan Shklovsky yang menulis esei berjudul Art as Technique.
Idea ini berkembang di Rusia kemudiannya dan dalam tulisan itu beliau mengemukakan konsep
`defamiliarization` sebagai kunci bidangnya (Philip Rice & Patricia Waugh,1996:17). Pada tahun
1924, idea ini mendapat kritikan daripada Trotsky sebagaimana yang termuat dalam Literature
and Revolution. Idea Formalisme ini berkembang pesat di Praha, Cekoslovakia, terutama
daripada kelompok Linguistik Prague. Praha pada penghujung tahun 1920-an menjadi pusat
pengajian ilmu sastera yang penting.
Penghujung tahun-tahun 1920-an hingga ke tahun 1930, perkembangan teori ini mula pudar
akibat tekanan politik Rusia. Menurut Fokkema D.W. & Elrud Kunne-Ibsch (1998), kebangkitan
Nazi telah memaksa ramai ilmuan meninggalkan Cekoslovakia dan mereka yang tinggal disekat
dari bersuara. Campur tangan dan tekanan politik Nazisme telah memaksa ramai pendokong
Formalisme meninggalkan Cekoslovakia, termasuklah tokoh pentingnya iaitu Rene Wellek dan
Roman Jakobson yang berpindah ke Amerika Syarikat.
Penghijrahan ramai tokoh Formalisme ke Amerika Syarikat dan Eropah tidak melenyapkan idea-
idea Formalisme, malah idea-idea itu kemudiannya dikembangkan dan menjadi asas kepada
kemunculan teori-teori sastera lain di Eropah atau di Amerika. Hampir setiap aliran baharu
teoretikal sastera di Eropah berpandukan kepada tradisi `Formalisme` yang menekankan
kecenderungan yang berbeza-beza dalam tradisi itu dan cuba menetapkan interpertasinya sendiri
mengenai Formalisme sebagai satu-satunya yang benar (Fokkema D.W. & Elrud Kunne-
Ibsch,1998:15).
Formalisme mendokong falsafah seni untuk seni dengan prinsip teorinya `keunggulan teknik dan
kejelian seni`. Menurut Boris Ejxenbaum, kaedahnya selalu dipanggil formalist, tetapi yang
sebenarnya dia lebih suka kaedah itu dipanggil morfologi (Hashim Awang,1997:80). Dalam masa
yang sama, Ejxenbaum lebih selesa dirinya dinamakan sebagai `specifiers`. Konsep morfologi
dan specifiers bagi Ejxenbaum lebih tepat bagi menjelaskan penekanan dua perkara yang berkait
rapat dengan hukum-hukum Formalisme Rusia iaitu, penekanan kepada karya sastera dan
bahagian-bahagian yang membangunkannya; kedua, penekanan kepada kewibawaan autonomis
pengkajian sastera (Hashim Awang,1997: 80).
Formalisme merupakan salah satu percubaan bersistem paling awal untuk meletakkan pengajian
kesusasteraan pada suatu wadah yang berasingan dan menjadikan pengajian kesusasteraan suatu
disiplin ilmu yang bebas dan khusus (Ann Jefferson dan David Robey,1988: 26). Formalisme
mahu menyingkirkan unsur-unsur yang tidak bersifat kesusasteraan secara rigid dan bersistem.
Kesusasteraan sebelum ini dianggap oleh Formalisme berada dalam keadaan tidak menentu
kerana kehadiran bidang ilmu lain seperti sejarah, psikologi, etnografi, falsafah telah
mendominasi karya kesusasteraan sehingga kesusasteraan sendiri terhijab. Oleh kerana itu,
Roman Jakobson menganggapkan bahawa, ahli sejarah kesusasteraan telah memulakan
kesusasteraan daripada disiplin sejarah, etnografi, psikologi, politik, falsafah yang menyebabkan
kesusasteraan menjadi sumber yang tidak dipentingkan dan tidak sempurna.
Golongan Formalisme bangkit mahu membebaskan kesusasteraan daripada masalah ini dan mahu
menjadikan bidang pengajian kesusasteraan sebagai satu bidang yang lebih baik dan mantap.
Dapat difahami bahawa, apa yang ingin diketahui oleh Formalisme ialah, apakah sebenarnya
yang menjadi bahan pengajian kesusasteraan, bukannya bagaimana karya kesusasteraan itu
hendak dikaji (Ann Jefferson dan David Robey,1988:28). Minat Formalisme ialah terhadap
elemen-elemen yang terkandung di dalam teks dan tidak berminat kepada aspek-aspek yang
bersifat reprentasi dan ekpresi teks (K.M.Newton,1997:1). Mereka juga dengan jelas menolak
peranan mimetik/ekpresi dalam teks kesusasteraan, menekankan kajian secara terperinci terhadap
teks dengan mementingkan kaedah saintifik (Philip Rice & Patricia Waugh,1996:16). Formalime
Rusia menolak pendekatan-pendekatan kritikan yang tidak sistematik dan bersifat elektik yang
telah lama mendominasi pengajian sastera.
Konsep yang popular bagi Formalisme Rusia ialah `defamiliarsation` (menjadikan luar biasa).
Konsep ini pada asasnya berkait dengan Shklovsky dan telah dibincangkan dalam karyanya yang
berjudul `Art as device` yang diterbitkan pada tahun 1917. Dalam tulisan ini, Shklovsky
menyebutkan, `kita tidak mungkin mempertahankan kesegaran persepsi kita tentang sesuatu;
kehadiran yang `biasa` mengkehendaki semuanya sejauh mungkin menjadi automatik (Raman
Selden,1989:5).
Perkembangan Formalisme kemudiaannya telah beralih tumpuan dengan memberi penekanan
kepada hubungan linguistik dengan aspek-aspek formal teks kesusasteraan berbanding
sebelumnya yang memberi penekanan kepada hubungan di antara bahasa sastera dengan bahasa
bukan sastera (K.M.Newton,1997:1).
Apa yang menarik, idea Formalisme ini turut mendapat reaksi daripada golongan Marxisme.
P.N.Medvedev dan Mikhail Baktin telah menulis responnya dalam satu tulisan berjudul `The
Formal method in literary scholarship` yang diterbitkan pada tahun 1928 atas nama
P.N.Medvedev, tetapi dipercayai tulisan ini ditulis oleh Bakhtin. Kritikan Bakthin ini
menunjukkan idea Formalisme ini turut mempengaruhi Marxisme namun, pandangan yang
dikemukakan oleh Bakhtin bukannya berkait dengan aspek penganehan atau aspek-aspek formal
dalam teks kesusasteraan sebaliknya, Bakhtin melihat struktur bahasa dalam teks mempunyai
kaitan dengan ideologi. Hubungan yang rapat antara bahasa dengan ideologi ini akhirnya
membawa kesusasteraan ke lapangan sosial dan ekonomi yang menjadi landasan ideologi (Raman
Selden,1989:13).
Bakhtin dalam tulisannya menyebutkan bahawa, bahasa tidak boleh dipisahkan daripada ideloogi.
Tegasnya, the work cannot be understood outside the unity of literature. But this whole unity and
the individual works which are its elements cannot be understood aoutside the unity of
ideological life (K.M.Newton,1997:10).
Bakhtin melihat bahasa mempunyai upaya wacana sebagai fenomena sosial. Bahasa bagi Bakhtin
bukannya benda mati dan statik tetapi, bersifat dinamik serta dapat mengungkapkan ideologi.
Golongan Formalisme melihat puisi sebagai penggunaan bahasa sastera paling sempurna. Ia
adalah ucapan yang disusun sepenuhnya berdasarkan tekstur bunyinya dan unsur pembentukan
yang utama ialah ritmanya (Raman Selden,1989:4). Jelasnya, aspek teknik menjadi suatu upaya
paling unggul yang melahirkan kesan-kesan estetik dalam puisi. Pandangan Formalis berbeza
dengan pandangan sebelumnya, khususnya aliran simbolisme yang menganggap puisi sebagai
wahana pernyataan realiti yang tidak kelihatan.
Demikian juga pandangan Formalis terhadap genre prosa. Aspek utama yang dilihat dan diberi
keutamaan ialah plot, bukannya isi atau tema cerita. Hanya plot yang betul-betul sastera,
sedangkan cerita hanya bahan mentah yang menunggu untuk disusun oleh penulis (Raman
Selden,1989:8).
Formalis melihat plot sebagai penyusunan berbagai-bagai cara yang digunakan untuk menghenti
atau melambatkan penceritaan. Teknik penulis melakukan berbagai cara seperti teknik pendakian,
pemerian, suspen, konflik, peleraian dan bermacam-macam teknik lagi itulah yang dipentingkan
Formalis, bukannya isi cerita yang terkandung dalam plot itu.
http://larnokatro.blogspot.com/2010/10/formalisme-rusia.html
FORMALISME RUSIA

Perkembangannya
Pada umumnya Formalisme Rusia dianggap sebagai pelopor bagi tumbuh dan berkembangnya teori-teori
strukturalisme. Munculnya Formalisme Rusia tidak dapat dipisahkan dari gerakan Futurisme. Antara tahun 1910-
1915 di Italia dan Rusia muncul gerakan avant garde yang dikenal sebagai gerakan Futurisme (masa depan).
Secara nihilistis mereka menolak dan memberontak terhadap tradisi dan kebudayaan. Mereka memuja zaman
modern dengan mesin-mesin yang bergerak cepat karena berperan dalam membebaskan rakyat tertindas.
Gerakan ini sangat radikal sehingga mendorong ke arah kekerasan dan perang. Di Rusia ada kaitan gerakan ini
dengan Revolusi Bolsyevik, di Italia dengan Fasisme (Hartoko, 1986: 51).

Menurut kaum futuris Rusia seperti Mayakovski dan Pasternak, sastra hendaknya menyesuaikan diri dengan
zaman modern yang bergerak cepat dan bentuknya tidak mengenal ketenangan, baik dalam tema (teknik dan
mesin) maupun dalam bentuknya (otonomi bahasa dan seni). Kaum futuris inilah yang mendorong studi sastra
dengan meneliti ciri kesastraan dalam teks sastra secara otonom. Formalisme Rusia juga timbul sebagai reaksi
terhadap aliran positivisme pada abad ke-19 yang terlalu memperhatikan data-data biografis dalam studi ilmiah
dan cenderung menganggap yang ilahi sebagai yang absolut. Mereka menawarkan materialisme abad mesin
sebagai wilayah puisi yang mendukung revolusi. Para seniman (yakni kaum proletar) menduduki peranan
sebagai penghasil kerajinan tangan (produk puisi dianggap kerja teknis). Bagi mereka, seniman benar-benar
seorang pembangun dan ahli teknik, seorang pemimpin dan seorang pemuka.

Aliran formalisme Rusia hidup di antara tahun 1915-1930 dengan tokohtokohnya seperti Roman Jakobson,
Sjklovsky, Eichenbaum, dan Tynjanov. Pada tahun 1930 keadaan politik (komunisme) mengakhiri kegiatan
mereka. Beberapa orang dari kelompok ini termasuk Rene Wellek dan Roman Jakobson beremigrasi ke Amerika
Serikat. Di sana mereka mempengaruhi perkembangan new criticism selama tahun 1940-1950. Perlu
diperhatikan bahwa para formalis Rusia bukan merupakan sebuah kelompok yang homogen dan kompak
pandangannya. Namun demikian fokus utama mereka adalah meneliti teks-teks yang dianggap sebagai teks
kesusastraan.

Adapun unsur yang khas itu adalah bentuk baru yang menyimpang dari bentuk bahasa biasa. Otomatisme
didobrak sehingga pembaca merasa heran dan asing terhadap bentuk menyimpang itu dan membuatnya
memandang kenyataan dengan cara baru. Bahasa sehari-hari disulap, dimanipulasi dengan berbagai teknik
metrum, irama, sintaksis, struktur gramatikal, dan sebagainya.

Pokok Gagasan
Para formalis membuat sejumlah besar analisis tentang karya-karya sastra untuk merumuskan pengertian dan
dalil-dalil umum mengenai karya sastra. Beberapa pokok gagasan, istilah dan dalil utama formalisme antara lain
sebagai berikut.
1. Defamiliarisasi dan Deotomatisasi
Menurut kaum formalis, sifat kesastraan muncul sebagai akibat penyusunan dan penggubahan bahan yang
semula bersifat netral. Para pengarang menyulap teks-teks dengan efek mengasingkan dan melepaskannya dari
otomatisasi. Proses penyulapan oleh pengarang ini disebut defamiliarisasi, yakni teknik membuat teks menjadi
aneh dan asing. Istilah defamiliarisasi dikemukakan oleh Sjklovski untuk menyebut teknik bercerita dengan gaya
bahasa yang menonjol dan menyimpang dari biasanya. Dalam proses penikmatan atau pencerapan pembaca,
efek deotomatisasi dirasakan sebagai sesuatu yang aneh atau defamiliar. Proses defamiliarisasi itu mengubah
tanggapan kita terhada dunia. Dengan teknik penyingkapan rahasia, pembaca dapat meneliti dan memahami
sarana-sarana (bahasa) yang dipergunakan pengarang. Teknik-teknik itu misalnya menunda, menyisipi,
memperlambat, memperpanjang, atau mengulur-ulur suatu kisah sehingga menarik perhatian karena tidak dapat
ditanggapi secara otomatis.

2. Teori Naratif
Dengan menerima konsep struktur, kaum formalis Rusia memperkenalkan dikotomi baru antara struktur (yang
terorganisasi) dengan bahan material (yang tak terorganisir), menggantikan dikotomi lama antara bantuk dan isi.
Jadi struktur sebuah teks sastra mencakup baik aspek formal maupun semantik. Kaum formalis Rusia
memberikan perhatian khusus terhadap teori naratif. Untuk kepentingan analisis teks naratif, mereka
menekankan perbedaan antara cerita, alur, dan motif (Fokkema & Kunne-Ibsch, 1977: 26-30). Menurut mereka,
yang sungguh-sungguh bersifat kesusastraan adalah alur, sedangkan cerita hanyalah bahan mentak yang masih
membutuhkan pengolahan pengarang. Motif merupakan kesatuan terkecil dalam peristiwa yang diceritakan. Alur
adalah penyusunan artistik motif-motif sebagai akibat penerapan penyulapan terhadap cerita. Alur bukan hanya
sekedar susunan peristiwa melainkan juga sarana yang dipergunakan pengarang untuk menyela dan menunda
penceritaan. Digresi-digresi, permainan-permainan tipograifs, pemindahan bagian-bagian teks serta deskripsi-
deskripsi yang diperluas merupakan sarana yang ditujukan untuk menarik dan mengaktifkan perhatian pembaca
terhadap novel-novel. Cerita itu sendiri hanya merupakan rangkaian kronologis dari peristiwa-peristiwa yang
diceritakan.

3. Analisis Motif
Secara sangat umum, motif berarti sebuah unsur yang penuh arti dan yang diulang-ulang di dalam satu atau
sejumlah karya. Di dalam satu karya, motif merupakan unsur arti yang paling kecil di dalam cerita. Pengertian
motif di sini memperolen fungsi sintaksis. Bila motif itu dibaca dan direfleksi maka pembaca melihat motif-motif
itu dalam keseluruhan dan dapat menyimpulkan satu motif dasarnya. Bila motif dasar tadi dirumuskan kembali
secara metabahasa, maka kita akan menjumpai tema sebuah karya. Misalnya dalam cerita Panji dijumpai tema
cinta sejati mengatasi segala rintangan. Bila berkaitan dengan berbagai karya (pendekatan historis-komparatif),
sebuah kesatuan semantis yang selalu muncul dalam karya-karya itu. Misalnya motif pencarian seorang ayah
atau kekasih (motif Panji yang dijumpai dalam berbagai cerita di Asia Tenggara), atau motif Oedipus, dan
sebagainya (Hartoko, 1986: 291). Boris Tomashevsky menyebut motif sebagai satuan alur terkecil. Ia
membedakan motif terikat dengan motif bebas. Motif terikat adlaah motif yang sungguh-sungguh diperlukan oleh
cerita, sedangkan motif bebas merupakan aspek yang tidak esensial ditinjau dari sudut pandang cerita.
Meskipun demikian, motif bebas justru secara potensial merupakan fokus seni karena memberikan peluang
kepada pengarang untuk menyisipkan unsur-unsur artistik ke dalam keseluruhan alurnya.

4. Fungsi Puitik dan Objek Estetik


Istilah fungsi mengacu pada penempatan suatu karya sastra dalam suatu modul komunikasi yang meliputi relasi
antara pengarang, teks, dan pembaca. Isitlah ini muncul sebagai reaksi terhadap studi sastra Formalisme yang
terlalu terpaku pada aspek sarana kesusastraan tanpa menempatkannya dalam konteks tertentu. Menurut
Jakobson, dalam setiap ungkapan bahasa terdapat sejumlah fungsi, misalnya fungsi referensial, emotif, konatif,
dan puitik, yang berkaitan
dengan beberapa faktor seperti konteks, juru bicara, pengarang, penerima, pembaca, dan isi atau pesan bahasa
itu sendiri. Dalam pemakaian bahasa sastra, fungsi puitis paling dominan. Pesan bahasa dimanipulasi secara
fonis, grafis, leksikosemantis sehingga kita menyadari bahwa pesan yang bersangkutan harus dibaca sebagai
karya sastra. Jan Mukarovsky, seorang ahli strukturalisme Praha, memperkenalkan istilah “objek estetik” sebagai
lawan dari istilah “artefak”. Artefak adalah karya sastra yang sudah utuh dan tidak berubah. Artefak itu akan
menjadi objek setetik bila sudah dihayati dan dinikmati oleh pembaca. Dalam pengalaman pencerapan pembaca,
karya sastra dapat memiliki arti yang berbeda-beda tergantung pada harapan pembacanya. Sumbangan penting
kaum formalis bagi ilmu sastra adalah secara prinsip
mereka mengarahkan perhatian kita kepada unsur-unsur kesastraan dan fungsi puitik. Sampai sekarang masih
banyak dipergunakan istilah teori sastra dan analisis sastra yang berasal dari kaum Formalis.

DAFTAR PUSTAKA
Abrams, M. H. 1981. A Glossary of Literary Terms. New York: Holt, Rinehart and Winston

Adams, Hazard. 1971. Critical Theory Since Plato. New York: Harcout Brace Jovanovich, Inc.

Al-Mausu’ah al-syi’riyyah. tt. Abu Dabi: Al Majma’ al Tsaqafiy lil Imarat al Arabiyyah al Muttahidah. Versi CD.

Badawi, M. M. 1975. A Critical Introduction to Modern Arabic Poetry. Cambridge: Cambridge University Press.

Bartens, Kees. 1985. Filsafat Barat Abad XX, jilid II, Perancis. Jakarta: Gramedia

Beeston A.F.L. dkk. 1983. Arabic Literature to The End of The Umayyad Period. Cambridge: Cambridge
University Press.

Culler, Jonathan. 1981. Structuralist Poetics: Structuralism, Linguistics and the Study of Literature. London:
Routledge & Kegan Paul.

Damono, Sapardi Djoko. 1977. Sosiologi Sastra. Jakarta: Dikti Depdikbud.

Darma, Budi. 2004. Pengantar Teori Sastra. Jakarta: Pusat Bahasa Depdiknas.

Eagletton, Terry. 1983. Literary Theory: an Introduction. Great Britain: TJ Press.

Fokkema, D.W dan Elurd Kunne-Ibsch. 1977. Theories of Literature in the Twentieth Century. London: C. Hurst &
Company.
Hartoko, Dick. 1982. “Pencerapan Estetik dalam Sastra Indonesia” dalam Basis, XXXV 1 Januari. Yogyakarta:
Andi Offset.

Hartoko, Dick. 1986. Kamus Populer Filsafat. Jakarta: CV Rajawali.

Holland, Norman. 1968. The Dynamics od Literary Response. New York: State University Press.

Iser, Wolfgang. 1978. The Act of Reading: a Theoru of Aesthetic Response.

Balitmore and Londong: The John Hopkins University Press.

Jauss, HR. 1982. Toward an Aesthetic of Reception. Minneapolis: University of Minnesota Press.

Juwairiyah. 2004. Sejarah Sastra Arab Masa Jahili. Surabaya: Fakultas Adab IAIN Surabaya dan Penerbit
Sumbangsih.

Lesser, Simon O. 1962. Fiction and The Unconscious. New York: State Universitu Press.

Mawardi, Muhammad Ja’far. 2003. Perbandingan Syair Jarir, Farozdaq, dan Akhtol. Surabaya: Fakultas Adab
IAIN Sunan Ampel.

Nasr, Muhammad Ibrahim. 1994. Al-Adab. Riyad: Jami’ah al-Imam Muhammad ibn Saud al-Islamiyyah.

Noth, W.1990. Handbook of Semiotics. Bloomington and Indianapolis: Indiana University Press.

Pradopo, Rachmat Djoko.1987. Pengkajian Puisi. Yogyakarta: UGM Press

Riffaterre, Michael. 1978. Semiotics of Poetry: Bloomington and London: Indiana University Press.

Santoso, Puji.2003. Bahtera Kandas di Bukit: Kajian Semiotika Sajak-Sajak Nuh. Solo: Tiga Serangkai Pustaka
Mandiri

Sarhan, Muhammad. 1978. Al-Adab al-Arab wa Tarikhuhu fi al-Ashr al-Jahili. Beirut: Dar al-Fikr.

Selden, Rahman. 1991. Panduan Pembaca Teori Sastra masa Kini. Diterjemahkan oleh Rachmat D. Pradopo.
Yogyakarta: Gajah Mada University Press.

Suwondo, Tirto.2003. Studi Sastra: Beberapa Alternatif. Yogyakarta: Hanindita Graha Widya.

Taum, Yoseph Yapi. 1997. Pengantar Teori Sastra. Flores: Nusa Indah.

Teeuw, A. 1988. Sastra dan Ilmu Sastra: Pengantar Teori Sastra. Jakarta: Pustaka Jaya.

Teeuw, A.1980. “Estetik, Semiotik, dan Sejarah Sastra” dalam Basis No. 301. Bulan Oktober.

Teeuw, A.1984. Sastra dan Ilmu Sastra. Jakarta: Pustaka Jaya.

Van Luxemburg, Jan, dkk. 1986. Pengantar Ilmu Sastra. Diindonesikan oleh Dick Hartono. Jakarta: Gramedia.

Wellek, Rena dan Austin Warren. 1993. Teori Kesusastraan. Jakarta: Gramedia.

Sumber:
Yusuf, Kamal. 2009. Teori Sastra: Modul Kuliah. Fakultas Adab, Jurusan Bahasa dan Sastra Arab, IAIN Sunan
Ampel Surabaya
http://sastra33.blogspot.com/2011/05/teori-sastra-2-formalisme-rusia.html

Anda mungkin juga menyukai