Anda di halaman 1dari 15

PMC 515

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Tugasan Kumpulan – Laporan Pembentangan

Nama No. Matrik

1. KHONG WEI SENG S-PM0102/15


2. LAI SEE CHING S-PM0107/15
3. HARLIZA JAAMAT S-PM0242/15
4. NOREHAN KHAMSIM S-PM0189/15

Semester/ Sesi : Satu (2016/ 2017)

Hari/ Masa : Selasa (08.00 PM – 10.00 PM)

Tempat Kuliah : DK Z

Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr. Hazri Bin Jamil

Tajuk Pembentangan:

Huraikan konsep ‘diploma disease’.


Analisiskan bagaimana pendidikan boleh mewujudkan
‘diploma disease’ dan kesannya kepada pembangunan?
Konsep ‘Diploma Disease’

Revolusi Timur-Tengah yang berlaku di negara-negara Islam pada tahun 2010 hingga 2011,
merupakan satu isu yang penting bagi negara-negara sedang membangun seperti di Malaysia
untuk dijadikan sebagai satu rujukan. Gelombang revolusi ini bermula dari revolusi yang
berlaku di Tunisia sejak Disember 2010 dan merebak ke negara-negara di Timur Tengah pada
awal tahun 2011 seperti Al Jazair, Lubnan, Jordan, Sudan, Oman, Arab Saudi, Yaman, serta
Suria (Megantara Viland, 2012). Keadaan ini tidak berhenti di negara-nagara Timur Tengah,
bahkan di negara Afrika, di Mesir juga berlakunya kejadian anti-pemerintah ekoran daripada
kesan revolusi Timur-Tengah. Aktiviti demonstrasi secara besar-besaran di negara-negara
tersebut telah menunjukkan perkembangan sosioekonomi dan demokratik di Timur Tengah.
Revolusi Timur-Tengah merupakan kebangkitan dunia arab yang mahukan sistem
pemerintahan baru dan menumbangkan sistem yang lama (Cheng, 2011). Berdasarkan laporan,
kebanyakan yang menyertai revolusi ini merupakan golongan yang berpendidikan tinggi seperti
graduan universiti, master ataupun doktor falsafah (phD) (Cheng, 2011). Persoalannya,
mengapa keadaan ini boleh berlaku? Haruslah kita mengkaji supaya pembangunan di Malaysia
tidak ikut jejak negara-negara Timur Tengah, berlakunya ketidakseimbangan sosioekonomi
dalam masyarakat.

Di negara-negara Islam terutamanya di Mesir, perkembangan sistem pendidikan


berlakunya secara berleluasa sejak akhir 1990-an, ramai penduduk dapat melanjutkan pelajaran
mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan begitu mudah. Tetapi, keadaan ini tidak diiringi
dengan perkembangan sistem ekonomi negara, graduan universiti, master dan phD di negara-
negara berkenaan mengalami pengangguran kerana peluang pekerjaan yang kurang di pasaran
tempatan (Cheng, 2011). Selain itu, isu kualiti graduan universiti sering kali dipersoalkan
dalam pasaran tempatan. Tambahan lagi, keadaan ‘pekerjaan buruh telah dirampas oleh
graduan universiti, pekerjaan graduan universiti pula dirampas oleh graduan master, pekerjaan
graduan master telah dirampas oleh graduan phD’ semakin serius dan biasa dalam masyarakat
tempatan (Megantara Viland, 2012). Persaingan sengit antara golongan buruh dengan graduan
universiti, kadang-kadang graduan universiti dikatakan lebih tidak berdaya saing berbanding
golongan buruh (Cheng, 2011). Justeru, keadaan ‘berpendidikan tinggi, berpekerjaan bertaraf
rendah’ terus tercetus dan semakin serius (Cheng, 2011).

Berdasarkan pandangan Profesor Cheng Yung-nien (2001) dari National University of


Singapore, antara faktor utama berlakunya Revolusi Timur-Tengah di negara-negara Islam

1
adalah kerana masyarakat tempatan telah mengalami Diploma Disease, atau lebih dikenali
sebagai ‘penyakit ijazah’ di Malaysia. Konsep ‘Diploma Disease’ yang dikemukakan oleh
Ronald Dore pada tahun 1976 dalam laporan kajiannya sememangnya jelas menerangkan,
anggapan orang ramai ‘semakin tinggi kelayakan akademik, semakin tinggi taraf pekerjaan’
akan menyebabkan keadaan orang ramai tergesa-gesa untuk mengejar kelayakan akademik
(Ronald Dore, 1980; Angela, 1997; Buasuwan & Jones, 2016). Ronald Dore merupakan
seorang ahli sosiologi British yang pakar dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan Jepun,
kini beliau merupakan pensyarah University of London dalam pusat The London School of
Economics and Political Science (Wikipedia, 2016). Ronald Dore telah memberi takrifan
kepada ‘Diploma Disease’:

Excessive reliance on educational qualifications as evidence of ability and merit


for entry to particular occupations (Ronald Dore, 1980).

Terlalu bergantung kepada kelayakan akademik sebagai bukti kebolehan dan merit untuk
kemasukan pekerjaan telah menyebabkan motif utama pelajar melanjutkan pelajaran berubah
(Chang, 2009). Dahulu sekolah untuk pendidikan, supaya dapat membangunkan minda dan
perwatakan seseorang. Kini, pekerjaan lebih bergantung kepada sijil, ijazah dan diploma,
tujuan dan matlamat sekolah telah berubah. Persekolahan telah menjadi lebih ritualized dalam
proses ‘kelayakan-pendapatan’ (Dore, 1976). Orang ramai kini melanjutkan pelajaran bukan
untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan, malahan lebih kepada helaian ‘sijil’ atau ‘ijazah’
kerana kelayakan akademik akan menjamin kehidupan masa depan (Chang, 2009; Buasuwan &
Jones, 2016). Oleh itu, ‘Learning is earning, the more we learn, the more we earn’ semakin
serius dalam maysrakat, ‘kelayakan akademik’ telah menjadi kata kunci mendapatkan
pekerjaan yang lebih baik, dan dapat meningkatkan taraf hidup seseorang dan mengubah
bentuk taraf sosial seseorang di masyarakat (Chang, 2009). Setiap orang tergesa-gesa untuk
melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi turut menyebabkan keadaan peningkatan kelayakan
(Qualification Escalation) dalam pasaran pekerjaan dan mengakibatkan ‘berpendidikan tinggi,
berpekerjaan bertaraf rendah’ tercetus dengan mendadak.

Rajah 1 di bawah merupakan konsep asal yang dikemukakan oleh Dore pada tahun
1976, manakala Rajah 2 merupakan konsep asal ‘Diploma Disease’ yang diterjemah dalam
Bahasa Melayu. Penggunaan sijil untuk penempatan pekerjaan (Use of certificates for job
allocation) terletak di tengah-tengah konsep; kesannya terhadap sistem pendidikan ditunjukkan
di sebelah kanan rajah; dan kesannya terhadap sosial, kos dan pekerjaan ditunjukkan di sebelah
kiri rajah (Angela, 1997).

2
Rajah 1: Konsep asal ‘Diploma Disease’ (Dore, 1976).

Kegagalan Pengabaian Kemustahilan Pembelajaran


menghadapi dalam perkembangan berdasarkan
tekanan kos pendidikan sistem peperiksaan
perpelanjaan menengah & persekolahan
pendidikan pengajian tinggi yang ‘benar’

Permintaan Penggunaan sijil


Proses
untuk untuk
pembelajaran
persekolahan / penempatan
ritualized
sijil pekerjaan

Pengubahan
Pengangguran Peningkatan bentuk minda
berpendidikan kelayakan / perwatakan
dalam
‘kejayaan’

Rajah 2: Konsep asal ‘Diploma Disease’ diterjemah dalam Bahasa Melayu

3
Bagaimanakah pendidikan menwujudkan ‘diploma disease’?

Demokratisasi Pendidikan

Malaysia menjadi sebuah Negara yang semakin berorientasikan akademik, di mana orang
mencari kejayaan melalui kecemerlangan akademik. Benih daripada trend ini telah ditanam
semasa zaman penjajahan. Malah, peluang untuk mendapatkan pendidikan pada masa itu
diadakan secara eksklusif oleh 'bangsawan' untuk mengekalkan kedudukan dominan mereka.
Walau bagaimanapun, selepas kemerdekaan, sistem pendidikan telah diberi nafas baru supaya
peluang-peluang pendidikan terbuka kepada semua. Kerajaan kita telah menggalakkan
rakyatnya mendapatkan pendidikan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja. Oleh itu, ramai
orang belajar secara terpaksa di sekolah, dengan harapan mendapat tahap pendidikan yang
lebih tinggi. (Taufik Banjar Berbagi, 2012)

Oleh itu, istilah demokratisasi pendidikan diperkenalkan di Malaysia di isu


kesaksamaan dititikberatkan. Semua individu diberi peluang penglibatan pendidikan,
peruntukan sumber kewangan dan bahan yang sama. Pembangunan polisi negara direka untuk
mengurangkan ketidaksamaan sosial dan ekonomi, dengan mengurangkan kos bahan mentah
dan yuran pendidikan. Kurikulum yang sesuai untuk mencapai tingkat pendidikan yang tinggi
kepada semua individu dan perlu mengelakkan pengaruh politik dan ekonomi dalam pembuat
keputusan (Pedagogical encyclopedia, 1989).

Oleh itu, dalam usaha kerajaan, sebelum 1999, pelajar SPR yang gagal melanjutkan
pelajaran akan memilih kemahiran yang diminati dan teruskan kehidupannya dengan
kemahiran tersebut. Tetapi pada 1999, pelajar mesti lulus dalam PMR untuk melanjutkan
pelajaran untuk tingkatan 4 dan peringkat pendidikan yang seterusnya. Berdasarkan polisi
kerajaan, bilangan pelajar sekolah menengah yang layak untuk melanjutkan pendidikan tinggi
di peringkat diploma atau peringkat ijazah akan meningkat. Begitu juga, kerajaan juga berusaha
untuk meningkatkan taraf guru dengan memberi peluang melanjutkan pelajaran di peringkat
ijazah.

Akan tetapi, pendidikan adalah proses seumur hidup, jadi kita bukan hidup untuk
memperoleh pendidikan. Setelah lulus banyak mahasiswa yang kesulitan mengamalkan
ilmunya untuk masyarakat. Malah banyak yang asal – asalan dalam kuliah dengan berpedoman
“yang penting dapat ijazah”. Apalah ertinya sebuah gelar. Jika tidak serius dalam menekuni
4
bidang yang diminati dan berasa terpaksa dengan jurusan yang ditempuh. (Taufik Banjar
Berbagi, 2012)

Ledakan pendidikan

Ekoran daripada Demokratisasi pendidikan dan sistem birokrasi dalam lapangan pekerjaan,
perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia selepas kemerdekaan Negara amat digalakkan.
(Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1)). Menurut Lee (2004), pembangunan pendidikan
tinggi di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap. Tahap pertama adalah penubuhan
universiti semasa pemerintahan British. Sementara tahap kedua pada era 1970-an dan 1980-an
yang bermatlamat untuk mengurangkan jurang penguasaan ekonomi antara kaum melalui
strategi pendidikan dan tahap ketiga pada tahun 1990-an semasa terbentuknya polisi
liberalisasi yang membawa kepada penubuhan lebih banyak institut pengajian tinggi
untuk memenuhi permintaan terhadap pendidikan tinggi yang semakin meningkat.

Dalam tempoh ini, tumpuan rancangan pendidikan menengah tinggi, kolej dan
universiti adalah untuk meningkatkan keupayaan tenaga manusia dalam ekonomi negara.
Penekanan bukan sahaja terhadap pendidikan peringkat universiti, malah penekanan turut
diberikan terhadap bidang vokasional dan teknik sebagai usaha untuk menampung keperluan
guna tenaga yang semakin meningkat dalam bidang tersebut terutama selepas berlakunya
kepesatan dalam bidang perindustrian di seluruh dunia pada tahun 1960-an (Abdul Rahman &
Mahani, 2007). Pendidikan tinggi semakin mendapat perhatian kerajaan kerana kejayaan proses
pembangunan negara sangat bergantung kepada keupayaan Institut Pengajian Tinggi (IPT)
mengeluarkan tenaga terlatih dalam bidang yang diperlukan. Kepentingan ini diperlihatkan
melalui peruntukan kerajaan yang semakin meningkat untuk tujuan pembangunan pendidikan
dan latihan dalam rancangan-rancangan Malaysia. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(2006-2010), peruntukan untuk tujuan pembangunan pendidikan dan latihan adalah sebanyak
RM16,069.0 juta. Jumlah ini ketara lebih besar berbanding peruntukan pada awal kemerdekaan
dahulu iaitu dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) yang hanya diperuntukkan
sebanyak RM 30.0 juta.

Pada hari ini, semua negeri di Malaysia telah mempunyai universiti termasuk Sabah dan
Sarawak. Sehingga tahun 2004, universiti berada di bawah Jabatan Pengajian Tinggi yang
terletak di bawah Kementerian Pendidikan. Namun, pada tahun 2004, Kementerian Pendidikan
telah dipecahkan kepada dua iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
5
Kemunculan Kementerian Pengajian Tinggi adalah untuk mempromosikan Malaysia sebagai
hab pendidikan tinggi di rantau ini (Sarjit & Shakila 2010). Liberalisasi sektor pendidikan
tinggi juga turut menyaksikan kemasukan beberapa universiti asing yang membina cawangan
kampus mereka di Malaysia.

Begitu juga dengan bilangan pengeluaran pelajar IPT di Malaysia juga secara
keseluruhannya mencatatkan trend yang semakin meningkat. Pada tahun 2000, jumlah
keseluruhan pelajar yang berjaya dihasilkan oleh IPT di Malaysia yang terdiri daripada IPTA,
IPTS, Kolej Tungku Abdul Rahman (KTAR), politeknik dan kolej komuniti seramai 116,673
orang. Jumlah ini terus meningkat hampir setiap tahun. Data terakhir yang diperoleh pada tahun
2010 mencatatkan jumlah pengeluaran pelajar seramai 239,303 orang (Kementerian Pengajian
Tinggi 2011). Tetapi terdapat 2 persoalan, (1) Kualiti pendidikan rendah dan kurang
kebolehpercayaan kerana tidak memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan penguasaan
pengetahuan atau kemahiran. (2) Adakah kualiti pelajar yang dilahirkan dapat menyesuaikan
diri dalam dunia pekerjaan(kebolehpasaran yang tinggi) ? Adakah mereka berupaya berusaha
secara kreatif dan inovasi, ataupun hanya memberikan tumpuan kepada status social dan gaji
yang lumayan?

Kelas sosial

Negara yang tanpa kelas sosial yang jelas akan mewujudkan fenomena “diploma disease”
dengan lebih ketara kerana setiap individu bersaing sengit untuk memperoleh ijazah yang
membolehkan mereka memperoleh kerja dan status sosial yang lebih baik. (Freire & Paulo,
1970) Mereka percaya melalui ijazah pendidikan, mereka:-

 Dapat memenuhi kelayakan akademik pekerjaan.


 Dapat gaji yang lebih tinggi.
 Memperoleh kehidupan yang lebih selesa.
 Status sosial yang lebih tinggi.

Di Mexico. penduduk kampung Nigel Brooke, terutama kaum Tarascan, walaupun mereka
mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan dalam usaha untuk membuat jalan mereka
di bandar, kerana tidak terdedah kepada prospek dan iklim masyarakat, tetapi mereka akan
memastikan pencapaian dan kemajuan anak-anak mereka dengan menggunakan sijil. Mereka
mahu anak-anak mereka untuk membaca dan menulis dan dapat bertahan sehingga pegawai

6
dengan usaha kompetitif dalam kejayaan akademik, ini merupakan salah satu sebab di mana
“diploma disease” berlaku. Fenomena ini menjadi lebih serius di Negara yang sedang
membangun seperti China, Kenya dan sebagainya.

Bagi Negara seperti India dan Sri Lanka yang masih terdapat tradisi kasta, golongan
yang dianggap berstatus rendah sukar untuk mengubah nasib mereka. Sebagai contoh, di Ghana,
generasi masa kini pemimpin bermula di kampung, bagi budak-budak kampung Kwasi Boakyei
melihat tidak ada sebab mengapa mereka tidak perlu mengikuti jejak langkah untuk menjadi
pemimpin. Di mana semua orang dalam perlumbaan persaingan, tetapi hal menjadi pemimpin
adalah tidak kena-mengena dalam dunianya. Akan tetapi, individu yang ingin menukar kelas
sosialnya akan berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka percaya pendidikan dapat
mengubah nasibnya. Ijazah yang diperoleh merupakan “tiket” untuk meninggalkan kampung
mereka.

Usaha untuk mendapatkan kemajuan melalui laluan akademik juga berlaku di Malaysia.
Hampir semua jawatan yang lebih tinggi yang datang dengan gaji yang lebih tinggi
memerlukan ijazah universiti atau kelayakan profesional. Dalam persekitaran ini, adalah sukar
untuk pemegang bukan ijazah untuk mendapatkan pekerjaan yang memuaskan. Sesetengah
remaja yang kurang bernasib baik mungkin untuk kembali ke sekolah vokasional untuk
mendapatkan sijil. (Barakoska, Aneta, 2007) Apabila ditanya mengapa mereka telah membuat
keputusan untuk belajar untuk sijil, kebanyakan mereka akan mengatakan bahawa terdapat
peluang yang lebih baik guna tenaga dan gaji jika mereka mempunyai sijil dalam bidang
perakaunan atau pengajian komputer dan sebagainya. Oleh itu, individu yang berpendidikan
tinggi dengan mudah dapat mencari pekerjaan yang lebih baik dalam kerajaan atau di sektor
swasta. Bersama-sama dengan sejumlah gaji yang prestij, berikutan dengan standard kehidupan
yang lebih baik dan pengiktirafan sosial.

Birokrasi Dalam Sektor Moden

Sektor moden memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan penyakit ijazah
dalam sesebuah negara. Pada asalnya, perbezaan antara sektor tradisional dan sektor moden
telah menyebabkan ramai orang memilih pekerjaan dalam sektor moden. Ini merupakan antara
faktor yang menyebabkan bermulanya permintaan tinggi terhadap pendidikan yang merupakan
peringkat pertama dalam penyakit ini.

7
Birokrasi dalam sektor moden pula mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas
sistem pendidikan. Antara ciri-ciri birokrasi dalam sektor moden adalah pemilihan dan
pengambilan pekerja diselia dan dikawal oleh peraturan. Peraturan ini wujud bagi memastikan
pilih kasih tidak berlaku dalam pengambilan pekerja baru. Selain itu, pekerjaan juga adalah
sebagai sebuah karier. Ini bermakna, pekerja yang diambil bekerja adalah untuk jangka masa
yang panjang dan bukannya memenuhi keperluan pekerjaan tertentu pada masa-masa yang
terhad. Oleh yang demikian, majikan menitikberatkan aspek kebolehan umum dan kebolehan
dalam menerima latihan dan pengajaran. Aspek ini dapat digambarkan melalui pencapaian
akademik seseorang yang dibuktikan dengan sijil pendidikan.

Sri Lanka, yang mana merupakan antara negara di mana Dore (1976) menjalankan
penyelidikannya kemudian memperkenalkan penyakit ijazah, bukan sahaja memilih seseorang
dengan tahap pendidikan yang lebih tinggi dalam pemilihan pekerja, malah keutamaan juga
diberikan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian berbanding Ijazah Sarjana
Muda sahaja. Graduan kursus-kursus Sains juga mempunyai kelebihan kerana hanya mereka
yang baik dalam pencapaian akademik ditawarkan kursus-kursus ini.

Ini bertentangan dengan sistem di Mexico yang hampir tidak wujud birokrasi walaupun
dalam sistem pemerintahan negara. Berlaku pengaliran aktif dalam pasaran buruh mereka.
Pemilihan pekerja adalah mengikut keperluan semasa, dengan jenis pekerjaan yang spesifik
untuk jangka masa tertentu. Oleh yang demikian, dalam pengambilan pekerja, majikan lebih
menitikberatkan dan mengambil kira apakah yang telah dipelajari seseorang dan sehingga ke
tahap mana. Keutamaan diberikan pada bidang teknikal dan perniagaan. Pencapaian umum
akademik tidak mencukupi dalam kerja-kerja perkeranian malahan pada peringkat eksekutif ia
menggambarkan kekurangan motivasi dan orientasi terhadap pekerjaan. Aspek pemilihan dan
pengambilan pekerja ini sangat mempengaruhi sistem persekolahan dan ujian piawaian yang
digunakan dalam sesebuah negara.

Sistem Persekolahan

Bagaimana pendidikan dapat mewujudkan penyakit ijazah dapat dilihat dengan


membandingkan dua negara yang mempunyai sistem persekolahan yang berbeza. Dua negara
tersebut adalah Sri Lanka yang menjalankan sistem pendidikan umum di mana pelajar
mempelajari subjek yang pelbagai jenis di sekolah dan Mexico yang mana sistem
persekolahannya berorientasikan vokasional atau kemahiran.
8
Pada tahun 1973, di peringkat menengah rendah di Mexico, hanya sedikit pelajar iaitu
lebih sedikit daripada 50% mengambil kursus-kursus umum manakala bakinya mendaftar di
8000 institusi pendidikan yang menawarkan latihan kemahiran untuk pelbagai pekerjaan yang
melibatkan teknikal dan pemasaran. Institusi ini menerima pelajar lepasan sekolah rendah.
Banyak institusi berasaskan kemahiran dan vokasional wujud pada peringkat menengah atas,
dan yang paling utama adalah sekolah vokasional yang menyediakan pelajar bagi kemasukan
ke Politeknik Kebangsaan. Pada tahun 1974, kurang daripada 10% pelajar mengambil kursus
sastera dan kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Mexico, iaitu universiti terbesar di negara
tersebut. Ini menunjukkan sistem persekolahan di Mexico adalah untuk menyediakan pelajar
dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ini berpadanan dengan sistem pengambilan pekerja yang
berasaskan kemahiran yang berlaku di Mexico.

Perbezaan ketara dapat dilihat dalam sistem persekolahan di Sri Lanka. Pendidikan
kemahiran atau vokasional hampir tidak wujud pada peringkat sekolah menengah. Di peringkat
universiti, pelajar paling cemerlang ditawarkan kursus kejuruteraan dan perubatan manakala
majoriti yang lain iaitu sebanyak 86% mengambil kursus-kursus sains dan sastera. Berbeza
dengan pendidikan Mexico, pelajar di Sri Lanka yang mengambil pelbagai jenis subjek belajar
bagi mendapatkan pekerjaan.

Ujian Piawaian

Penggunaan peperiksaan awam sebagai ujian piawaian kebolehan dan kemahiran seseorang
juga menyumbang kepada wujudnya penyakit ijazah dalam sesebuah negara. Peperiksaan
awam menunjukkan ukuran pencapaian pelajar yang boleh dipercayai, diketahui dan diterima
umum. Bukan sahaja pada peringkat pendidikan tinggi, persaingan bagi mendapatkan
keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam telah bermula di peringkat bawah lagi iaitu
persaingan bagi mendapatkan tempat di universiti terbaik dan sekolah-sekolah yang
menyediakan pelajar untuk universiti-universiti tersebut. Pengambilan pekerja yang
menggunakan pencapaian umum akademik seseorang sebagai alat saringan menyebabkan
berlakunya persaingan bagi mendapatkan sijil tertinggi dalam pendidikan. Peperiksaan awam
menyumbang kepada pelajar mengejar gred ‘A’ berbanding penguasaan sebenar kemahiran dan
pengetahuan. Penyelidikan Dore (1976) di Sri Lanka juga menunjukkan bahawa pengajaran
guru di dalam kelas juga menyediakan pelajar untuk tujuan ini.

9
Situasi berbeza berlaku di Mexico. Gred pencapaian diberikan secara dalaman oleh
sekolah atau institusi pendidikan. Maka ia tidak memberi makna universal. Majikan tidak dapat
mengenalpasti tahap pencapaian sebenar seseorang jika dibandingkan dengan yang lain kerana
gred pencapaian adalah subjektif mengikut tafsiran institusi pendidikan yang berbeza. Gred ‘B’
yang diberikan sesebuah sekolah mungkin adalah lebih baik daripada gred ‘A’ yang diberikan
sekolah lain. Maka, sijil pendidikan tidak dapat digunakan majikan sebagai alat saringan dalam
pengambilan pekerja. Oleh yang demikian, persaingan dalam mendapatkan pekerjaan tidak
berlaku dengan mengejar sijil pendidikan.

Kesan ‘Diploma Disease’ Kepada Pembangunan

‘Diploma Disease’ ini ternyata memberi kesan kepada pembangunan sesebuah negara, samada
kesan positif mahupun kesan negatif. Antara kesan positif itu adalah meningkatkan mobiliti
sosial di kalangan masyarakat. Ini kerana golongan yang mempunyai latar belakang sosio-
ekonomi yang rendah akan sama-sama berusaha dan bersaing untuk mendapatkan pendidikan
yang tinggi agar mereka juga dapat menempatkan diri dalam bidang pekerjaan yang lebih baik
sekaligus meningkatkan pendapatan serta meningkatkan status hidup mereka di kalangan
masyarakat. Ini dapat memberi impak positif terhadap pembangunan sesebuah negara.

Selain itu, kesan positif ‘Diploma Disease’ ini ialah mewujudkan pendapatan yang
seimbang antara graduan dan bukan graduan. Ia berlaku apabila graduan yang berjaya
mendapatkan pekerjaan perlu untuk membayar cukai kepada kerajaan sekaligus mengurangkan
jurang pendapatan dengan mereka yang tidak bergelar graduan. Ia boleh diibaratkan sebagai
graduan membantu golongan bukan graduan dengan pembayaran cukai tersebut.

Penyakit ijazah ini juga melahirkan ramai individu yang bebas dan lebih berdikari dari
segi ekonomi dan intelektual (Gerald, 1981). Ini berlaku apabila graduan menggunakan ilmu
pengetahuan yang telah mereka pelajari sebelum ini atau menggunakan kemahiran yang ada
untuk meningkatkan ekonomi diri sendiri dan negara. Mereka juga boleh mengeluarkan atau
menghasilkan produk sendiri mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing untuk
dipasarkan dan ini boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi sesebuah negara agar
lebih maju dan berdaya saing seiring dengan negara-negara membangun yang lain.

10
Manakala kesan negatif akibat daripada penyakit diploma ini pula adalah berlakunya
inflasi pendidikan, seperti yang dilaporkan bahawa kerajaan Malaysia berhasrat untuk
menggandakan bilangan pelajar yang akan menerima pendidikan tinggi, iaitu dari 731,698
orang pada tahun 2005 kepada 1,330,000 orang menjelang tahun 2020 (Nanyang Siang Pau, 23
Mei 2008). Ini akan menyebabkan berlakunya satu keadaan di mana graduan di masa hadapan
akan berdepan dengan masalah penurunan nilai sijil akibat daripada inflasi pendidikan ini.
Bagaimanapun, mereka akan berkejar untuk meningkatkan pengajian mereka ke peringkat yang
lebih tinggi kerana mereka mengharapkan peluang untuk mereka mendapatkan pekerjaan akan
lebih luas jika mereka mempunyai kelayakan yang jauh lebih baik.

Selain itu, penyakit ijazah juga menyumbang kepada berlakunya pengangguran dalam
negara. Hal ini wujud apabila graduan yang lahir tidak berjaya mendapatkan sebarang
pekerjaan. Pada masa ini, dilaporkan bahawa lebih 200,000 orang graduan menganggur di
negara kita, tidak termasuk mereka yang menamatkan pelajaran di peringkat diploma, sijil
mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun Daily
(15 Februari 2016). Apabila pengangguran berlaku, secara tidak langsung ia boleh
menyumbang kepada berlakunya banyak masalah sosial dan jenayah. Sudah pasti perkara ini
akan menjejaskan imej sekaligus menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara.

Satu lagi kesan negatif kesan Diploma Disease ini ialah berlakunya pembaziran
ekonomi dalam negara di mana graduan yang dilahirkan gagal ditempatkan mengikut bidang
atau kelayakan masing-masing. Kebiasaannya, apa yang berlaku adalah pekerjaan yang
ditawarkan adalah berlainan dengan apa yang telah mereka pelajari untuk mendapatkan sijil.
Ilmu dan pengetahuan sedia ada mereka tidak digunakan sepenuhnya apabila mereka
ditawarkan bekerja di bidang yang lain. Contohnya, seorang graduan Teknogi Makanan yang
menjadi guru pastinya tidak dapat mengaplikasikan sepenuhnya ilmu yang didapati sebelum ini
di bidang pendidikan. Kerajaan juga misalnya mengeluarkan sejumlah peruntukan seperti
biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran tetapi
akhirnya pelajar tersebut akhirnya memilih untuk bekerja sebagai seorang guru.

Di samping itu, Diploma Disease ini juga mewujudkan ketidakstabilan struktur sosial di
kalangan masyarakat dalam sesebuah negara.Sebagai contoh, jika graduan yang gagal
mendapat sebarang pekerjaan memilih untuk menjual nasi lemak yang tidak memerlukan
sebarang sijil, bagaimana pula dengan mereka yang sememangnya tidak mempunyai sijil?

11
Perkara ini akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan struktur sosial kerana mereka yang
sepatutnya lebih layak menempatkan diri ke dalam bidang pekerjaan yang lebih baik akhirnya
terpaksa melakukan pekerjaan biasa-biasa yang langsung tidak memerlukan sijil untuk mereka
melakukannya.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa penyakit ijazah ini merupakan satu perkara
yang perlu dibendung dan diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan bagi memastikan graduan
yang dilahirkan dapat menempatkan diri dalam mana-mana bidang ekonomi bersesuaian
dengan kelayakan mereka kerana hal ini pastinya dapat membantu menyumbang ke arah
pembangunan sesebuah negara.

12
Rujukan

Abdul Rahman Haji Ismail & Mahani Musa. 2007. Sejarah perkembangan dan pembangunan
pendidikan tinggi di Malaysia sehingga 2007. Dalam Zailan Moris. 50 tahun
pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia (1957 – 2007). Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Angela W. Little (1997). The Diploma Disease twenty years on: an introduction. Assessment in
Education, Journals Oxford Ltd, Vol. 4, No. 1, 5-21.

Barakoska, Aneta (2007), Pedagogija, Filozofski fakultet, Skopje.

Buasuwan, P. & Jones, M. (2016). “Diploma Disease” in Thai Higher Education, in Asia
Pacific Graduate Education: Comparative Policies and Regional Developments.
Neubauer, D. & Buasuwan, P. (eds). New York, NY: Palgrave Macmillan.

Chang, Yin-kun (2009). 文 憑 病 : Bourdieu 觀 點 的 省 思 (Penyakit Ijazah: Refleksi


Pandangan Bourdieu). Diperolehi pada 10, Oktober 2016 daripada
http://etco.pixnet.net/blog/post/1816624

Cheng, Yung-nien (2011). 中国的高教改革与 “ 文凭病” (Tranformasi Pendidika Tinggi di


China dan “Penyakit Ijazah”). Diperolehi pada 16, Oktober 2016 daripada
http://www.aisixiang.com/data/40168.html

Drucker, P.F. 1989. The New Realities: Pedagogical encyclopedia/In Goverment and
Politics/In Ecoomics and Business/In Society and World View. New York: Harper &
Row Publisher.

Dore, R.P. (1976). The Diploma Disease: education, qualifications and development. London:
George Allen and Unwin.

Freire, Paulo. et.al. 1970. Menggugat Pendidikan. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Scheerens, J.
1992. Effective Schoolling: Research Theory and Practice. London Willer House : Cassel

Kerajaan Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia kesepuluh 2011 – 2015. Kuala Lumpur: Unit
Perancang Ekonomi.

Lee, M. N. N. 2004. Restructuring higher education in Malaysia. Monograph Series No:


4/2002. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
13
Malaysia. 2007. Pelan tindakan pengajian tinggi negara 2007-2010. Putrajaya: Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.

Megantara Viland (2012). 2011: Tahun Revolusi Timur Tengah. Diperolehi pada 3, November
2016 daripada https://vilanda.wordpress.com/2012/01/01/2011-tahun-revolusi-timur-
tengah/

Ronald Dore (1980). The Diploma Disease Revisited. Selection for Employment Versus
Education, IDS Bulletin, Vol. 11, No. 2.

Taufik Banjar Berbagi 2012. Diploma disease


https://www.blogger.com/profile/04079322736588343256. [Diakses pada 27 Oktober
2016].

Wikipedia (2016). Ronald P. Dore. Diperolehi pada 8, November 2016 daripada


https://en.wikipedia.org/wiki/Ronald_P._Dore

14

Anda mungkin juga menyukai