Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN KERACUNAN MAKANAN

Keracunan makanan adalah penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang
tercemar.Makanan dikatakan tercemar jika ia mengandungi sesuatu benda atau bahan
yang tidak seharusnya berada didalamnya.

3 JENIS PENCEMARAN MAKANAN UTAMA

 BIOLOGIKAL – bakteria ,fungi ( kulat dan yis ) dan virus

 FIZIKAL- benda atau bahan asing seperti rumput,cebisan kaca,paku dan lain-lain

 KIMIA – racun serangga,racun rumpai,bahan pencuci kimia,aditif makanan


seperti pengawet yang berlebihan.

PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Punca utama keracunan makanan adalah dengan memakan makanan atau meminum
minuman yang :

 Mengandungi toksik atau racun semulajadi seperti sesetengah jenis


kulat,cendawan,makanan laut ( shellfish ) dan sebagainya.

 Tercemar oleh kuman yang berbahaya

 Tercemar oleh bahan-bahan kimia

 Tercemar oleh bahan-bahan atau benda asing

TANDA-TANDA DAN GEJALA

Gejala yang dialami berbeza dari seorang ke seorang yang lain bergantung kepada :

 Jenis racun atau jenis bakteria

 Jumlah racun atau bakteria yang termakan

 Umur seseorang

 Ketahanan seseorang

1
Biasanya tanda-tanda dan gejala mulai timbul beberapa jam selepas memakan
makanan yang tercemar atau beberapa hari kemudiannya.

TANDA-TANDA DAN GEJALA KERACUNAN

 Loya dan muntah

 Memulas dan sakit perut

 Kadangkala demam dan dehidrasi

 Cirit birit

MENGAPA IA BERLAKU?

PENGENDALI MAKANAN

 Tidak mengamalkan kebersihan diri ketika menyedia,menghidang dan menjual


makanan
 Mengamalkan kelakuan atau amalan buruk seperti merokok,berbual-bual,bersin
kearah makanan ,meludah merata-rata semasa menyedia dan menjual
makanan.
 Tidak mengendahkan kebersihan persekitaran luar dan dalam premis makanan
 Membiarkan makanan terdedah kepada serangga/haiwan lain dan pencemaran
fizikal
 Menggalakkan amalan pelanggan mengambil sendiri makanan tanpa kawalan’
atau layan diri oleh pelanggan.

2
BAGAIMANA PENGGUNA BOLEH MENGELAKKAN KERACUNAN MAKANAN?

Keracunan makanan dapat dielakkan apabila pengguna secara bijak menuntut hak-hak
mereka untuk:

 Memilih makanan yang dijual oleh pengendali makanan yang mengamalkan


kebersihan diri dan persekitaran

 Tidak pergi ke premis makanan yang kotor dan tidak mematuhi peraturan
kebersihan

 Melaporkan kepada Pejabat Kesihatan / Pihak Berkuasa Tempatan tentang


pengendali makanan yang tidak mematuhi peraturan kebersihan makanan.

 Tidak menggunakan atau memakan makanan dalam tin atau paket jika :
- tin kemek atau berkarat

- paket bocor

- gelembung

- rosak dalam apa jua bentuk


- tamat tempoh penggunaan

3
LANGKAH –LANGKAH PENCEGAHAN

Cara yang paling baik dan berkesan untuk mencegah kejadian keracunan makanan
adalah dengan melindungi makanan dari tercemar dan mengawasi punca-punca
pencemaran seperti:

1- Manusia ( pengendali makanan )

 Mengelakkan amalan buruk seperti merokok,mengorek hidung dan telinga


serta menggaru kepala atau bahagian bahagian lain pada badan semasa
mengendalikan makanan.

 Sentiasa mengamalkan kebersihan dan kesihatan diri supaya tidak


menjadi punca jangkitan kepada orang lain.

 Membasuh tangan secara teliti terutama selepas ke tandas,memegang


bahan mentah,mengangkut sampah sarap atau sisa makanan

 Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar premis

 Memastikan peralatan yang rosak,sumbing atau retak tidak digunakan lagi

 Sentiasa tutup makanan yang dihidang

 Tidak menyediakan makanan terlalu awal.

2- Bahan mentah

 Bahan bahan mentah terutamanya daging atau hasilnya harus disimpan


pada suhu yang rendah ( < 4C )

 Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang sudah


dimasak dan sedia untuk dimakan.ini dapat mengelakkan pencemaran
silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan

 Gunakan peralatan seperti pisau dan papan memotong ( chopping board )


yang berasingan untuk mengelakkan pencemaran silang.

 Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran atau


bendasing pada permukaannya.

 Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti


daging mentah sebelum mengendali makanan yang sedia dimakan seperti
kuih muih dan salad.

4
3- Serangga dan haiwan

 Makhluk perosak seperti lalat,lipas,tikus burung dan binatang peliharaan


adalah pembawa habuk,kekotoran dan bakteria

 Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan


pencemaran makanan secara berkesan
4- Bekalan air

 Jika air yang digunakan tidak diperolehi secara langsung dari sumber
utama ( contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan
sambungan paip getah ) pencemaran boleh berlaku melalui bocoran ini.
5- Sisa dan bahan buangan

 Bahan buangan yang mengandungi makanan yang sedang mereput,sisa


kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria hidup dan
membiak dengan mudah

 Bekas sisa dan sampah sarap yang terdedah atau melimpah akan
menarik perhatian haiwan dan serangga perosak seperti tikus,burung,lalat
dan lipas.

5
PENYAMPAIAN DATA DAN STATISTIK :

Rajah 1 :

Graf Jumlah Kes Keracunan Makanan di Daerah


Kinta pada Tahun 2005 hingga 2010
120

100

80
BIL. KES

60

40 Jumlah Pesakit

20

0
2005 2006 2007 2008 2009 2010
TAHUN

Berdasarkan rajah 1 diatas, graf bar jelas menunjukkan jumlah kes keracunan
makanan dilaporkan di Daerah Kinta pada tahun 2005 hingga 2010.Sepanjang tempoh
6 tahun ini,jumlah kes keracunan makanan yang berlaku dikalangan penduduk Daerah
Kinta dilihat tidak seimbang dan mempunyai statistik penghidap yang berbeza pada
setiap tahun.

Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan berlaku di Daerah Kinta sebanyak 537
kes.Daripada jumlah tersebut,jumlah kes yang paling tinggi berlaku di Daerah Kinta
pada tahun 2006 iaitu sebanyak 100 kes.Bermula pada tahun 2005,jumlah kes yang
dilaporkan adalah sebanyak 74 kes yang kemudiannya meningkat secara drastik pada
tahun 2006 sebanyak 100 kes dilaporkan.Secara peratusannya peningkatan ini adalah
sebanyak 26%.

6
Namun, pada tahun 2007 hingga tahun 2009, berlaku penurunan dalam jumlah
kes yang dilaporkan. Ini terbukti apabila pada tahun 2007, sebanyak 96 kes berlaku dan
kemudiannya menurun kepada 91 kes pada tahun 2008. Jumlah kes yang dilaporkan
terus menurun pada tahun 2009 iaitu sebanyak 83 kes. Sepanjang tempoh penurunan
tersebut, sebanyak 17 kes atau 17 % telah menurun. Keadaan ini mungkin berpunca
daripada kawalan pencegahan dan rawatan yang diberikan sepanjang tempoh amat
berkesan dan bersifat menyeluruh.

Keadaan ini tidak berkekalan kerana pada tahun 2010, jumlahnya meningkat
kembali menjadi 93 kes atau sebanyak 10 % meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Keadaan ini amat membimbangkan dan langkah pencegahan telah dilakukan dalam
mengawal keadaan ini daripada terus meningkat.

Rajah 2 :

Graf Jumlah Kes Keracunan Makanan di Daerah


Kinta Mengikut Bulan Januari Hingga Disember
pada Tahun 2010
12
11
10 10
10
9
8
8
7 7 7
Bil. Kes

6 6 6 6
6
Jumlah Pesakit
4

0
JAN FEB MAC APRL MEI JUN JUL OGS SEPT OKT NOV DIS
BULAN

7
Graf bar menunjukkan jumlah kes keracunan makanan yang dilaporkan di
Daerah Kinta pada tahun 2010. Jumlah ini diperolehi mengikut bulan. Sepanjang tahun
2010, jumlah kes yang paling tinggi yang dicatatkan adalah pada bulan Oktober iaitu
sebanyak 11 kes.

Bermula pada bulan Januari, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 7 kes.
Bilangan ini adalah sama dengan jumlah kes yang dilaporkan pada bulan Februari iaitu
juga sebanyak 7 kes.

Sepanjang bulan Mac hingga Mei, jumlah kes yang dilaporkan adalah mendatar
iaitu sebanyak 6 kes sahaja. Pada bulan Jun pula, bilangan ini meningkat kembali
kepada 7 kes. Seterusnya, graf bar menunjukkan berlakunya peningkatan yang drastik
dalam kes keracunan makanan. Keadaan ini berterusan selama 4 bulan bermula pada
bulan Julai iaitu sebanyak 6 kes. Jumlah kes yang dilaporkan terus meningkat kepada
11 kes menjelang bulan Oktober.

Akibat daripada keadaan ini, pihak kawalan dan pencegahan rebakan kes
keracunan makanan bertindak dalam kadar yang segera dan hasilnya, berlaku
penurunan dalam kes keracunan makanan pada bulan November dan Disember
masing – masing 10 kes dan 8 kes.

8
PERBINCANGAN

Kes keracunan makanan adalah perlu dipandang serius.Oleh itu, langkah


pencegahan perlu diambil segera dalam mengekang masalah ini. Gerakan pencegahan
perlu diselaraskan bagi menjayakan program pencegahan keracunana makanan ini.

Data – data penduduk sekitar dan kes keracunan makanan amat perlu
dititikberatkan kerana data ini akan menyusun dan melicinkan strategi dalam
mengurangkan jumlah kes di Daerah Kinta. Pemantauan yang kerap dan pengambilan
data yang berkesan mampu mengekang disamping memberi info berkaitan keracunan
makanan kepada orang awam atau masyarakat sekeliling daerah Kinta.

Sekiranya berlaku rebakan penyakit ini, masyarakat yang berada pada kawasan
sekeliling itu perlu diperiksa melalui simptom- simptom yang ditunjukkan . Hal ini
kerana keracunan makanan boleh membawa kesan yang lebih serius.Pemantauan
yang kerap di premis-premis makanan dan mengenakan tindakan tegas adalah perlu
untuk memastikan kes keracunan makanan dapat dikurangkan.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya,kes keracunan makanan ini haruslah dititikberatkan dari


segi penyediaan makanan di premis-premis dan bahan mentah yang digunakan bagi
memastikan makanan yang disediakan untuk pelanggan adalah bersih dari sebarang
kuman dan selamat untuk dimakan. Jika keadaan ini tidak dikawal,ia akan
mengakibatkan berlaku peningkatan dalam jumlah pesakit yang menghidap keracunan
makanan dan akan mengakibatkan aktiviti harian dan masyarakat sekeliling
terganggu. Oleh itu, cegahlah kes ini dari awal dan sekiranya boleh, capailah sasaran
dalam mengurangkan angka pesakit menjadi sifar.

9
RUJUKAN

 Nota Pembentangan Syarahan ‘Keracunan Makanan’ oleh Mohd Hariff, Pejabat


Kesihatan Daerah Pasir Puteh, Kelantan.

 Kawalan kes Keracunan Makanan – Faizah binti Mohamad

 Data Kes Keracunan Makanan 2005-2010 oleh En.N.Devarajah A/L


S.Nadarajah, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta

 www.medicine.ukm.my/Keracunan Makanan dan Pencegahan

10