Anda di halaman 1dari 9

.

1 MOTTO
Melawan kemiskinan dengan pendidikan

0.2 VISI
Melahirkan insan yang berakhlak mulia

0.3 MISI

Memperkasakan nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak yatim

0.4 PENGENALAN

Ikatan ukhwah mahasiswa bersama anak-anak yatim di Kampung Selat Bota Kanan
26300 Bota, Perak merupakan tugasan pertama ISMP Pendidikan Moral semester 1 bagi
pelajar yang mengikuti kursus Akhlak Islam (HMF 3023). Melalui kursus ini pelajar
dikehendaki merancang, melaksanakan, dan membuat laporan projek yang dilaksanakan.
Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan
pelajar menjalankan satu program yang diberi nama Ikatan Ukhwah Mahasiswa bersama
anak-anak yatim Rumah Nur Kasih Bestari.

Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim
adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga
merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.

Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka
merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau
kedua-duanya yang merupakan tempat untuk mereka meluahkan dan mencurahkan kasih
sayang. Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di
Rumah Nur Kasih Bestari.
Adalah diharapkan melalui program ini, kami dapat mempelajari kemahiran
merancang, mengurus, dan melaksanakan program dengan lebih berkesan dan baik.
Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap
komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

0.5 KEPERLUAN MENGADAKAN PROGRAM

Program Ikatan Ukhwah Mahasiswa bersama anak-anak yatim di rumah Nur Kasih
Bestari ini merupakan program yang dikelolakan sepenuhnya oleh ahli kumpulan 5
kursus Akhlak Islam ISMP Pendidikan Moral. Melalui program ini, penganjur yang
merupakan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan sesuatu
program.
Penganjuran ini adalah sangat penting kerana program ini menjadikan medium atau
kayu ukur kefahaman pelajar tentang pengelolaan aktiviti luar yang melibatkan
masyarakat. Seterusnya dapat menyemai semangat berpasukan dan kerjasama dalam
kumpulan besar pelajar kepada masyarakat.
0.6 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 14 dan 15 Mac 2015


Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 2 hari 1 malam
mpat Program : Rumah Nur Kasih Bestari Kampung Selat Bota Kanan 26300 Bota, Perak
0.7 OBJEKTIF

0.7.1 Menziarahi rumah anak-anak yatim dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara
peserta dengan anak-anak yatim
0.7.2 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan masing-masing
0.7.3 Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak seperti amanah, tolong-menolong,
dan cinta akan alam sekitar.
0.7.4 Mendedahkan anak-anak yatim dengan nilai positif.
0.7.5 Memupuk kreativiti dalam setiap diri anak-anak yatim.

0.8 KAEDAH PERLAKSANAAN

0.8.1 Suai Kenal


0.8.2 Permainan Puzzle
0.8.3 Penanaman Pokok
0.8.4 Tazkirah
0.8.5 Tayangan Video
0.8.6 Motivasi
0.8.7 Senamrobik
0.8.8 Kreativiti
0.9 KUMPULAN SASARAN

Peserta terdiri daripada 7 orang iaitu Ahli Jawatankuasa kursus HMF 3023 Akhlak Islam
UPSI dan seramai 12 orang anak-anak yatim rumah Nur Kasih Bestari. Mereka terdiri
daripada pelajar perempuan yang berumur di antara 7 tahun hingga 12 tahun.

10 TENTATIF PROGRAM
14 Mac 2015 (Sabtu)

7.00 pagi : - Bertolak dari Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) ke rumah anak-
anak
yatim
9.30 pagi : - Tiba di rumah anak-anak yatim Nur Kasih Bestari
- Sesi perbincangan bersama pengetua rumah anak-anak yatim
10.00 pagi : - LDK 1
- Nyanyian Lagu Tema Program
12.30 tgh : - Makan dan solat zohor
2.00 petang : - LDK 2
4.00 petang : - Minum petang dan solat asar
5.00 petang : - LDK 3
6.15 petang : - Makan malam dan persiapan solat maghrib
- Tazkirah maghrib
9.00 malam : - LDK 4
10.45 malam : - Bacaan Doa Rabitah
11.00 malam : - Minum malam

15 Mac 2015 (Ahad)

6.00 pagi : - Solat subuh


- Motivasi pagi
7.30 pagi : - Senamrobik
8.30 pagi : - Sarapan pagi
9.30 pagi : - LDK 5
- Tayangan video sepanjang program berlangsung
12.00 : -Majlis Perasmian Penutup
-Bacaan Doa Rabitah
12.30 tgh : - Persiapan Pulang
3.00 petang : - Bertolak balik dan tiba di Kolej Harun Aminurrashid ( KHAR)
11 SENARAI AHLI JAWATANKUASA (AJK) PROGRAM

Penasihat : Dr. Abdul Munir Bin Ismail


Pengarah : Prateeb Raj A/L Gunasekaran
Pen. Pengarah : Nurul Nadirah Binti Yusop
Setiausaha : Nurin Masturina Alyani Binti Ghazali
Pen. Setiausaha : Amanun Huda Binti Mohd Auli
Bendahari : Nur Nasuha binti Nasir
Pen. Bendahari : Vandey Bin Jaulis
AJK : Siti Najihah Binti Nawi
AJK : Noor Faezah Binti Mazlan
12 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan
RM
Sumbangan Ahli (RM 20 x8 ) 160.00
Sumbangan En. Syukrie Mail 100.00
Sumbangan Mantan Dewan Bahasa dan Pustaka 300.00
(Dato’ Abd. Aziz Deraman)
Sumbangan dari Pelajar UPSI 455.55

JUMLAH RM 1,015.55

Perbelanjaan

Sarapan pagi (RM 3.00 x 20 orang) 60.00


Makan Tengah hari (RM 5.00 x 20 orang) 100.00
Minum malam (RM 3.00 x 20 orang) 60.00
Air minuman (RM 10.00 x 4 kotak) 40.00
Peralatan
Maker 10.00
Kertas Majung 3.00
Kertas Manila 3.00
Tali Rafia 2.00
Gam 2.00
Pokok Bunga 30.00
Riben 5.00
Kertas Pembalut Hadiah 3.00

Cenderahati
Buku 38.00
Tabung (RM 2.00 x 12)
24.00

Kos Pengangkutan
Minyak Petrol (2 x Rm100.00) 200.00
Sewa Kereta (1 x Rm150.00) 150.00
Sumbangan kepada rumah anak yatim 285.55

JUMLAH RM 1,015.55

Sumbangan dalam bentuk barangan seperti pakaian, alatan elektrik dan barangan
dapur boleh di sumbangkan.
13 PENUTUP

Berdasarkan kertas proposal ini, maka dipohon pihak yang berkenaan dapat
memberi kerjasama dalam bentuk kewangan atau material bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

_________________________________________
(NURIN MASTURINA ALYANI BT GHAZALI)
Setiausaha
Program Ikatan Ukhwah bersama anak-anak yatim
Rumah Nur Kasih Bestari

Dipersetujui oleh:

____________________________________
(PRATEEB RAJ A/L GUNASEKARAN)
Pengarah
Program Ikatan Ukhwah bersama anak-anak yatim
Rumah Nur Kasih Bestari.
Disahkan oleh:

_______________________________
(DR. ABDUL MUNIR BIN ISMAIL)
Pensyarah
Kursus HMF 3023 Akhlak Islam
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim Perak.

Anda mungkin juga menyukai