Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG

1. PENDAHULUAN

Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin Kelab dan Persatuan, Badan
beruniform dan Permainan 1Murid 1Sukan sekolah adalah amat penting untuk dikuasai oleh
setiap AJK Tertinggi yang telah dilantik. Maka sewajarnya mereka diberi pendedahan supaya
para peserta dapat memacu pasukan mereka ke arah satu organisasi yang lebih berkesan.
Adalah diharapkan, Kursus Kepimpinan yang dianjurkan ini dapat memberi input dan gambaran
yang lebih jelas kepada mereka tentang tugas dan tanggungjawab yang digalas dalam
organisasi masing-masing seterusnya membantu untuk merancang dan meningkatkan
kecemerlangan aktiviti supaya lebih diminati oleh ahli-ahlinya.

2. OBJEKTIF
2.1 Untuk mengenali potensi diri sebagai seorang pemimpin
2.2 Untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan mampu menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan berkesan.
2.3 Untuk memantapkan perjalanan aktiviti kokurikulum.
2.4 Untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri AJK Tertinggi dalam memimpin organisasi.

3. TARIKH CADANGAN
Tarikh : 14 November 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Rafulin

4. SASARAN
210 peserta yang terdiri daripada 6 orang daripada setiap organisasi dalam kalangan murid
tahun 4 dan 5 serta berpotensi untuk menjawat jawatan AJK Tertinggi pada tahun 2016.

5. AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Tn. Hj Mohamed Shamsuri bin A. Ghani (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En. Abdul Hadi bin Turmidi (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Rozaini bin Surif (PK Pentadbiran)

1
Naib Pengerusi 2 : En. Abdul Aziz bin Ijam (PK HEM)
Setiausaha : Pn. Seri Anita binti Md Khalil (Setiausaha Kokurikulum)
Bendahari : Pn. Supinah bt Kujarad

6. JADUAL PELAKSANAAN

Masa Aktiviti
08.00 pagi Pendaftaran
08.30 pagi Taklimat dan ice breaking
09.30 pagi Ceramah: Konsep Kepimpinan
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Aktiviti kumpulan: Keterampilan diri dan kreativiri berpasukan
01.00 tgh Majlis penutup
01.30 tgh Makan tengahari dan bersurai

7. PERBELANJAAN
a. Sumber kewangan : Kokurikulum
b. Perbelanjaan : RM2415.00
Bil Perkara Jumlah
1 1.1 Sijil Penyertaan 210 x RM1.50 =RM 315.00
1.2 Fail dan bahan kursus 210 x RM2.50 =RM 525.00
2 2.1 Sarapan pagi 210 x RM2.00 =RM 420.00
2.2 Makan Tengahari 210 x RM5.00 =RM1050.00
3 3.1 Banner RM100.00 =RM 100.00
4 4.1 Runcit RM5.00 =RM 5.00
Jumlah keseluruhan RM2415.00

8. PENUTUP
Adalah diharapkan selepas selesai kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah
kecemerlangan di dalam organisasi masing-masing. Kursus ini juga diharap dapat memupuk
semangat para peserta untuk membudayakan nilai-nilai kepimpinan yang berkesan sekaligus
dapat melahirkan pemimipin berilmu dan berkebolehan serta mampu menjadikan organisasi
mereka sebuag organisasi yang aktif.

2
Disediakan oleh,

…………………………………..
(SERI ANITA BINTI MD KHALIL)
Setiausaha Kokurikulum 2015,
SK Bukit Badong

Disemak oleh,

……………………………………
(ABDUL HADI BIN TURMIDI)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Bukit Badong

Diluluskan oleh,

………………………………….
(TN. HJ MOHAMED SHAMSURI BIN A. GHANI)
Guru Besar,
SK Bukit Badong

Anda mungkin juga menyukai