Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya Jiveetaa A/P V.Ramasamy bersyukur kepada Tuhan kerana dapat


menyelesaikan tugasan yang diamanahkan ini tepat pada masanya. Pada masa ini, saya
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Haizuan bin Md
Yunus yang banyak memberi tunjuk ajar terhadap tugasan ini.

Tugasan yang bertajuk perbandingan sistem pendidikan rendah negara Malaysia


dan Jepun telah mengambil tempoh selama 4 minggu untuk menyiapkan secara sempurna.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya berasa amat risau kerana tiada pengalaman
tetapi saya telah pun muncuba sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebenaarnya, ada juga halangan yang saya lalui pertama sekali dalam membuat sesuatu
tugasan. Walaubagaimanapun, saya tidak memutus asa tetapi menghadapinya dengan
penuh tabah serta berfikir secara rasional untuk mengatasinya. Akhirnya, dengan restu
Tuhan, semua rintangan dapat diatasi. Setelah menyelesaikan tugasan ini, saya telah
mempelajari pelbagai pengajaran, nilai, dan juga informasi penting yang membantu saya
untuk memantapkan diri sendiri.

Antara pengajaran dan nilai yang saya pelajari adalah kerjasama merupakan elemen
yang penting bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Kita juga perlu mempunyai nilai tolong-
menolong dalam diri kita. Sebagai contoh, semasa saya menghadapi cabaran untuk mencari
maklumat tertentu, rakan menolong saya untuk mendapatkannya. Hal ini membantu saya
dalam menyelesaikan projek ini pada waktunya. Selain itu, sebelum melaksanakan tugasan
ini saya kurang mengetahui pelbagai maklumat tentang sistem pendidikan rendah Malaysia
dan juga sistem pendidikan rendah di Jepun.Setelah menyiapkan tugasan ini, saya
mendapat maklumat yang lebih terperinci tentang pendidikan negara-negara tersebut.

Di samping itu, melalui tugasan ini say dapat mencungkil bakat saya. Oleh sebab,
tugasan ini perlu dirangkumi hasil kerja yang mantap dan cekap, hal ini secara tidak
langsung telah mencungkil bakat saya dari segi penulisan. Lebih-lebih lagi, tugasan ini juga
telah menyusur fikiran saya dengan sistematik. Semasa pencarian bahan, saya mendapat
pelbagai maklumat dan ianya tidak mengikut urutan yang dikehendaki dalam tugasan.
Tetapi, akhirnya saya dapat juga menyusun segala maklumat tersebut dengan teratur,
cekap, dan sistematik.Tambahan pula, tugasan ini telah mengembangkan kemahiran berfikir
saya. Saya dapat berfikir dengan cekap dan mengemukakan idea-idea yang bernas dan
kreatif.

Saya berasa berbesar hati kerana dapat menyiapkannya dalam masa yang diberikan.
Sekali lagi, dengan senang hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-
pihak yang banyak membantu saya dalam meyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai