Anda di halaman 1dari 2

SOALAN PERBINCANGAN

Sebagai penulis majalah sekolah, kamu diminta untuk menemuramah seorang murid yang telah dianugerahkan sebagai
murid cemerlang di sekolah kamu.
Tulis temuramah itu selengkapnya. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.

CONTOH KARANGAN
Pada pagi itu, saya berkesempatan untuk menemuramah seorang murid yang telah dianugerahkan sebagai murid
cemerlang di sekolah saya.

Mardiah : Selamat pagi saudari Ainatul. Saya, Mardiah, penolong pengarang majalah sekolah kita. Saya telah
ditugaskan untuk menemuramah saudari. Saya berharap saudari tidak keberatan.

Ainatul : Selamat pagi. Saya bersedia memberikan kerjasama.

Mardiah : Terima kasih kerana saudara bersetuju ditemuramah. Saya ucapkan tahniah atas kejayaan saudari.
Bagaimanakah perasaan saudara apabila terpilih menjadi murid cemerlang tahun ini?

Ainatul : Saya bersyukur dan berasa gembira atas kejayaan yang saya anggap satu detik sejarah dalam hidup saya.

Mardiah : Saudari sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Apakah rahsia yang membuat saudari sentiasa cemerlang?

Ainatul : Tiada rahsia, sebenarnya kejayaan saya dalam pelajaran banyak bergantung kepada beberapa perkara
seperti cara saya belajar, dorongan ibu bapa tetapi yang lebih penting ialah bimbingan yang tidak pernah
daripada guru-guru.

Mardiah : Saudara sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum. Bagaimanakah saudara dapat membahagi-bahagikan
masa?

Ainatul : Saya ada jadual dan saya akan sentiasa mematuhi jadul tersebut. Justru itu, walaupun saya aktif dalam
pelbagai kegiatan kelab dan permaianan tetapi saya masih cemerlang dalam pelajaran.
Mardiah : Apakah cita-cita saudari?

Ainatul : Saya bercita-cita menjadi seorang doktor dan berhasrat untuk berkhidmat di luar bandar.

Mardiah : Syabas saudari! Saya cukup berbangga dengan pemilihan saudari sebagai murid cemerlang pada tahun ini.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat berjaya.

Ainatul : Sama-sama.