Anda di halaman 1dari 8

Terbongkar !! Kisah Kejatuhan Melaka Yang Sebenar!!

Kita disogokkan dengan idea dan gambaran bahawa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
adalah ketinggalan zaman dan kolot. Mesti ada yang akan berkata itu peristiwa lama yang tidak
memberi kesan pada kita pada hari ini. INILAH SEBENARNYA KEBENARAN YANG MEREKA MAHU
SUPAYA MELAYU PERCAYA. Salah satu perkara tersebut ialah sejarah Melayu yang digelapkan. Kenapa
sebut digelapkan? Kerana saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan
sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu.

Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir
Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping
mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut
kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja...

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil
memakai pelbagai topeng muluk seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik
pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda
penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat
kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol
kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding
kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis
kedatangan mereka.

Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan
pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang
mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas
pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan
apakah kebenarannya secara mendalam?

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka
dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada
meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita
500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka.
Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka
manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang
Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun?
Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke
tangan Barat?
Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the
East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini
pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat
termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia
boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja?

Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?


Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi
kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol
lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing,
pedang dan keris. Pakai pula bajuMelayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi
yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman...

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para
pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah,
China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan
negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti
keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah
seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

“Tidak. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno,” kawan Alter bercerita ala seorang pejuang
bangsa di hadapan beberapa orang kenalan lain pula. “Dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam dan
istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau membuat sendiri, sudah kenal apa itu baju besi.
Malah aku yakin orang Melayu sudah mampu membuat semua alatan perang ini sendiri.
Ingat Melayu dahulu bodoh sangatkah?”

-->

“Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang
orang,” dia meneruskan. “Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau
tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.”

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia
sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti
Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam,
juga ancaman mana-mana pihak...

“Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang
sepanjang Selat Melaka?” kawan Alter mengutarakan. “Mampu meronda dari utara Semenanjung
sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat
menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka?”

Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia
diserang? Satu soalan cepumas yang membuat ramai kenalan pemuda itu ternganga...

“Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang
berat sebelah,” dia mencabar pula. “Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan
senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-
apa sekatan. Tidakkah ini aneh?”

“Inilah akibatnya bila raja yang lemah diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap
menjaga negara.” kawan Alter terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan
sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan
hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah
siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama
wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi
sama sekali?”

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka
sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! kawan Alter juga
pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak
sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari
satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas
takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku
khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan
Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari
selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah
hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya
dahulu?Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the
world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang
terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang
lain.

Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti
istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.

Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu,
kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada
lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India.

Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang
memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang
memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan
mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang
tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera


Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya
dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan
memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi
pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat....

pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan
yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.
Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak
berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu
kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan
dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-
tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar
Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu
bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” kawan Alter memberi nasihat berguna
bahawa sifat Melayu beginilah yang harus di ubah. Diharap dengan pendedahan ini Melayu dapat
memperbaiki diri dan dekatilah diri kita kepada Allah SWT supaya kita dapat menjunjung tinggi agama
dan bangsa kita.... Amin

Nampak struktur KUBU KOTA MELAKA yg kebal ni. Camne la boleh hancur dijajah melalui serangan laut
je. Tak logik!!!

Perbandingan kota Melaka sekarang ni. Agaknya la.

Anda mungkin juga menyukai