Anda di halaman 1dari 18

Soalan satu

BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa daripada kira – kira 200

bahasa dalam cabang Nusantara keluarga bahasa Austronesia. Pada

mulanya, ia sekadar bahasa perbualan penduduk sekitar Semenanjung Tanah

Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Namun, ia menjadi lingua franca

(bahasa perantaraan) apabila ia digunakan sebagai bahasa perhubungan

antara orang – orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan para pedagang

dari Eropah dan Asia Barat serta para pengembara dari India dan China.

Secara khususnya, Bahasa Melayu berkembang selaras dengan

perkembangan masyarakat setempat melalui perdagangan, pentadbiran,

keilmuan, persuratan, kesusateraan dan kebudayaan. (Abdullah bin Hassan,

1974)

Penyerapan beberapa bahasa dalam proses perkembangannya seperti

bahasa Sanskrit, Arab, China, Belanda Portugis dan Inggeris menyebabkan

berlaku perkembangan dari Bahasa Melayu Purba kepada Bahasa Melayu

Kuno seterusnya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu menjadi bahasa

utama yang dituturkan adalah pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia

jelas apabila ia digunakan dalam kebanyakan aspek pemerintahan termasuk

pentadbiran, perundangan malah kebudayaan. Menurut A. Teeuw (1952),

Bahasa Melayu telah diguna pakai sebagai bahasa pengantar kebudayaan


antara kerajaan serta daerah – daerah amnya. Hal ini menunjukkan Bahasa

Melayu telah mendapat tempat sejak berabad lama lagi.

Zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka adalah satu zaman

yang merupakan zaman kegemilangan Bahasa Melayu sebagai lingua franca.

Kebenaran ini digambarkan dalam buku Sejarah Melayu, di mana kerajaan

Melaka meletakkan Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang paling

dihormati antara bahasa – bahasa yang terdapat di zaman itu. Ini kerana

Bahasa Melayu digunakan dalam pentadbiran di istana, bahasa pengantar di

institusi – institusi ilmu khususnya dalam penyebaran agama malah ia

merupakan bahasa pertuturan utama dalam kalangan penduduk dan para

pedagang. Kebenaran ini menjadi jelas dalam buku yang dihasilkan oleh

seorang pedagang Belanda yang pernah menetap di Kepulauan Melayu iaitu

Jan Huyghen Van Linschotten. Selain itu, kegemilangan Bahasa Melayu juga

digambarkan melalui karya kesusasteraan. Contohnya, karya – karya yang

dihasilkan oleh Francois Valentjin banyak menyentuh mengenai keagungan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama di rantau ini. (Brown,

C.C, 1956)

Bahasa Melayu juga digunakan dalam sistem persuratan. Ia jelas

ditunjukkan melalui surat yang dihantar oleh Kerajaan Melaka kepada

kerajaan Ryukyu kerana salah seorang pedagang dari negara itu telah

melakukan kesalahan. Perkara ini telah membuktikan Bahasa Melayu telah

dijadikan lingua franca pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Satu lagi

bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dalam sistem persuratan


ialah surat antara pentadbir dan raja – raja di Kepulauan Melayu. Contohnya

ialah surat Sultan Acheh kepada kapitan Inggeis, James Lancester, dalam

tahun 1601, surat Sultan Alaudin Shah dari Acheh kepada Harry Middelton

(kira – kira 1602) dan surat Sultan Acheh kepada Raja Inggeris iaitu King

James (1612). Ketiga – tiga surat ini ada tersimpan di perpustakaan Bodleian,

London.

Apa yang dapat disimpulkan di sini, berdasarkan bukti serta pendapat

yang didapati jelaslah bahawa Bahasa Melayu menjadi lingua franca sejak

Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seharusnya, Bahasa Melayu perlu

dipelihara agar terus menjadi satu bahasa yang gemilang.


Soalan Dua

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya ialah Balai

Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. ia merupakan sebuah jabatan

kerajaan yang berfungsi untuk memartabatkan serta menggerakkan

penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan

bahasa ilmu.

Pada mulanya, DBP mengalami pelbagai kesukaran terutamanya

mendapatkan tenaga mahir dalam merealisasikan matlamatnya. Namun,

melalui beberapa langkah yang diambil seperti pemindahannya ke Kuala

Lumpur serta berkuatkuasanya Ordinan DBP 1959, ia menjadi satu organisasi

yang berkembang. Dengan kenaikan taraf ini, DBP telah diberi kuasa

autonomi untuk menggubal dasarnya yang khusus, menyusun rancangan

pengembangan bahasa dan menjalankan kegiatan penerbitan buku yang

serupa seperti sektor swasta.

Ordinan 1959 telah menyatakan secara formal matlamat DBP sebagai

sebuah organisasi yang memajukan serta memperkayakan bahasa

kebangsaan, memperkembangkan bakat kesusasteraan, mencetak atau

menerbitkan buku, risalah, serta persuratan dalam bahasa kebangsaan

menggubal istilah – istilah baru dan membakukan ejaan bahasa kebangsaan.


Peranan dan Sumbangan DBP

DBP telah memainkan peranan utama dalam kegiatan kempen-

kempen penggunaan bahasa kebangsaan dan beberapa pameran buku.

Selain itu, sebahagian besar daripada kegiatan DBP disalurkan kepada usaha

menyediakan dan menerbitkan buku-buku untuk kegunaan sekolah, selaras

dengan perkembangan yang bertingkat-tingkat ke arah pelaksanaan sistem

pendidikan kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan.

Secara amnya, peranan DBP dapat digolongkan dalam dua kategori

utama iaitu pembinaan bahasa dan sastera kebangsaan serta penerbitan

buku. Dalam kegiatan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera,

DBP telah mengadakan kempen menyakinkan rakyat dan peraduan

mengarang novel. Dalam bidang pengembangan bahasa pula , DBP telah

membentuk jawatankuasa-jawatankuasa istilah yang telah mencipta puluhan

ribu istilah yang lebih teknikal sifatnya, bagi ratusan bidang ilmu. Selain

daripada sebuah kamus umum ekabahasa, DBP juga telah berjaya

menerbitkan beberapa kamus dwibahasa, kamus-kamus untuk pengguna

khusus dan kamus-kamus istilah.

Selain itu, DBP telah mencapai kejayaan yang paling besar dan

bersejarah dalam hal penciptaan dan pembakuan ejaan rumi yang baru bagi

bahasa Melayu. Hal ini terbukti setelah ia menjayakan pembentukan Majlis

Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada 1972.


Melalui majlis ini DBP telah berjaya memainkan peranan besar

menyeragamkan ejaan bahasa Melayu. DBP juga telah mempelopori Majlis

Sastera Asia Tenggara (MASTERA). Bermula pada tahun 1996, majlis telah

disertai oleh tiga negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Pencapaian dalam bidang ini bertambah besar pula ertinya kerana telah

diselaraskan dengan perkembangan di Indonesia, sehingga kemungkinan

ejaan baru tersebut sebagai asas bagi penyatuan bahasa Melayu di seluruh

Nusantara amatlah besar.

Selain majlis ini, DBP juga telah menubuhkan Majlis Antarabangsa

Bahasa Melayu (MABM) mulai tahun 2000. Majlis ini dianggotai oleh ahli

akademik dan sarjana-sarjana bahasa Melayu, dan bertujuan untuk

memperkukuhkan kedudukan bahasa dan sastera Melayu pada peringkat

antarabangsa,khususnya di pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh dunia

yang menawarkan kursus kursus berkaitan dengan Pengajian Melayu.(Ismail

Hussein,1966)

Peranan DBP sebagai pusat perkembangan sastera Melayu moden

turut mendapat perhatian masyarakat. Selain daripada memberi bantuan dan

kemudahan kepada kegiatan badan-badan sastera rakyat, DBP juga telah

menerbitkan beberapa majalah yang dapat dianggap sebagai majalah-

majalah utama bagi penerbitan karya-karya sastera kreatif para penulis

tempatan. Pada tahun 1957, ia telah menerbitkan Majalah Dewan Bahasa

dalam usaha mengangkat Bahasa Melayu.sebagai satu bahasa yang unggul.


Selain itu, DBP juga merupakan jabatan kerajaan yang

bertanggungjawab bagi mengelolakan Hadiah Karya Sastera (1971-1976)

dan rancangan Hadiah Sastera Malaysia (mulai tahun 1984) selain daripada

menjadi Urus Setia Panel Anugerah sastera sejak tahun 1979. hal ini

merupakan kesinambungan kepada idea yang dicetuskan oleh Tun Syed

Nasir Ismail sebagai Ketua Pengarah (1957-1969). Sebagai contoh beliau

telah melaksanakan kempen “Minggu Bahasa Kebangsaan” yang ternyata

cukup berkesan. Terdapat banyak acara yang diadakan pada minggu ini,

termasuk pertandingan berpidato,mengarang esei, berbalas pantun dan debat

yang diadakan pada banyak peringkat dan melibatkan pelbagai kaum.

Penerbitan buku memang merupakan kegiatan utama yang

dilaksanakan oleh DBP sejak peringkat awal penubuhannya lagi. Hal ini

memanglah wajar kerana buku-buku diperlukan untuk menjayakan sistem

pendidikan yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan. Selain itu.

melalui buku-buku dalam bahasa Malaysialah kemampuan bahasa tersebut

sebagai bahasa moden untuk pelbagai lapangan ilmu dapat diperlihatkan dan

dilaksanakan. Pada tahun 1959, DBP telah menerbitkan 21 judul buku (7

buku sekolah, 5 buku untuk perpustakaan sekolah dan 9 buku bacaan umum.

Selain itu, DBP juga menerbitkan 9 terbitan berkala (majalah dan jurnal).

Ternyata bahawa DBP kini merupakan ‘syarikat’ penerbitan buku yang

terbesar di negara ini, dan organisasi ini menjalankan semua peringkat

kegiatan dalam usaha penerbitan buku - dari pengeditan, reka bentuk,


pengeluaran, percetakan hinggalah kepada penjualan buku. Buku-buku yang

diterbitkan itu merupakan Dewan Bahasa dan Pustaka: hasil karya para

penulis dari luar DBP dan juga yang dihasilkan dari kegiatan bahagian-

bahagian dalam organisasi itu sendiri.


MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM

Rancangan R.O Windstedt untuk menyatukan maktab – maktab

perguruan telah menimbulkan penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris.

Setelah mendapat persetujuan daripada Sultan Abdul Jalil (Perak),

Persuruhjaya British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah maktab

yang boleh menempatkan bakal guru – guru Melayu. Maktab ini dinamakan

The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers atau lebih dikenali dengan

nama ringkasnya sebagai SITC. Ia telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell,

Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.

Pada mulanya, maktab ini telah menerima seramai 120 orang pelajar

sebagai golongan pertama menyambung pengajian di situ. Pengetua

pertamanya ialah O.T Dussek. Beliau menjadi pengetua selama 14 tahun.

(1922 – 1936). Beliau berpendapat bahawa maktab ini akan melahirkan

golongan intelektual. Selepas bermula beroperasi pada 31 November 1922,

tenaga pengajarnya terdiri dari tiga orang Eropah, tujuh orang guru Melayu

dan seorang guru anyaman dari Filipina.

SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan Sultan Idris

(IPSI) pada 21 Februari 1987. Kedudukannya lebih tinggi daripada maktab-

maktab perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil

Lanjutan Pergurusan dan Diploma Lepas Sijil. Selepas itu, Kerajaan Malaysia
telah menaikkan tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.

Peranan dan Sumbangan MPSI

Maktab ini ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan guru-guru untuk

sekolah-sekolah Melayu. Pihak British juga berharap lepasan SITC akan

dapat digunakan untuk berkhidmat memberi pendidikan kepada masyarakat

Tanah Melayu amnya. Selepas itu, ia menjadi pusat intelektual bagi orang

Melayu setelah kehadiran para penuntut yang datang dari segenap pelusuk

Semenanjung. Pertemuan penuntut-penuntut Melayu ini secara langsung

atau tidak langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab

meningkatkan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan membawa kepada

perkembangan golongan intelek Melayu yang bersemangat patriotik.

Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti

sehingga berakhirnya Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun

selepasnya, sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.

Kurikulum yang diajarkan di SITC adalah berkenaan dengan asas pertanian

dan pekerjaan tangan. Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu

pengajaran adalah selama 45 minit dan terdiri dari ilmu kira-kira, ilmu

geometri, ilmu alam, bahasa, tawarikh dan hikayat, ilmu tanaman, kaedah

mengajar, ilmu kesihatan, lukisan, tulisan, anyaman bakul, pengetahuan am

dan agama.
Sebelum lahirnya institusi ilmu ini, sudah ada usaha-usaha

perseorangan dalam menerbitkan buku-buku bacaan sebagai keperluan

sekolah-sekolah dan orang ramai. Antaranya seperti Syed Abdul Kadir,

Munshi Muhammad Ibrahim, Munshi Sulaiman, Raja Ali al-Haji, Raja Haji

Yahaya, R.O. Winstedt, R.J. Wilkinson, Syed Sheikh al-Hadi dan lain-lain.

Tetapi usaha-usaha tersebut masih tidak mencukupi., Ini disebabkan

banyak di antaranya yang tidak sesuai untuk dipergunakan di sekolah-

sekolah dan harganya pula amat mahal. Untuk mengatasi masalah

kekurangan buku-buku bacaan dan teks di sekolah-sekolah dan mengatasi

kesulitan-kesulitan tersebut, maka pejabat SITC ini ditubuhkan. Antara

matlamat SICT sebagaimana yang dirancangkan oleh O.T. Dussek dalam

jangka pendek dan rancangan dalam jangka panjang ialah mengeluarkan

sebanyak-banyaknya buku-buku Sekolah Melayu, mengeluarkan bahan

bacaan untuk masyarakat Melayu serta mengeluarkan jurnal-jurnal yang

bergambar. Di samping itu, ia juga mengadakan perpustakaan yang dapat

dibawa ke kampung-kampung.dan membawa buku-buku ke kampung-

kampung untuk dijual.

Penerbitan buku yang disumbangkan oleh jabatan ini sejak ia

ditubuhkan hingga sebelum Perang Dunia Kedua (1941) ialah Siri Buku-Buku

Pelajaran di Sekolah ( Malay School Series ). Dalam siri penerbitan ini,

usaha-usaha lebih ditumpukan kepada proses penerbitan buku-buku rujukan

sekolah, buku-buku teks matapelajaran sekolah, buku-buku pekerjaan tangan


dan buku-buku lain seperti buku ilmu pengakap dan pandu puteri. Sehingga

tahun 1941, sebanyak kira-kira 85 jenis buku dalam siri ini yang diterbitkan.

Seterusnya, usaha ditumpukan dalam penerbitan Siri Buku-Buku

Perpustakaan Sekolah dan Masyarakat (The Malay Home Library Series ).

Siri ini menuumpukan kepada menterjemah karya-karya Barat dan Timur

Tengah yang mengandungi cerita-cerita dongeng, rekaan, pengembaraan,

mata-mata gelap, muzik dan lakonan dan lain-lain hasil kesusasteraan ringan.

Sehingga tahun 1957 iaitu apabila jabatan ini telah dibubarkan, terdapat

sebanyak 64 jenis buah buku dalam siri ini yang diterbitakan antaranya

seperti Cerita-cerita Suka dan Duka Shakespeare, cerita-cerita Sherock

Holmes, cerita-cerita dari Istana Alhambra, Sang Lomeri, Pulau Karang,

Aladin Dengan Lampu Ajaib dan lain-lain.

Pejabat SITC merupakan badan penting dari segi pelajaran

persekolahan Melayu. Masalah kekurangan buku sejak perkembangan pesat

sekolah-sekolah Melayu dalam tahun 1890 hinggalah terdirinya Maktab

Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922 dan diteruskan lagi sehingga ke

masa selepas perang pada tahun 1957 telah pun dapat di atasi.

Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang sememangnya

jelas ada pada jabatan ini. Hal ini disebabkan oleh Inggeris hanya berusaha

kearah menambahkan buku-buku di sekolah rendah dan di sekolah

menengah dan intitusi pengajian tinggi diabaikannya ( Zaaba 1931) .Hasil

lawatan ke Indonesia pada tahun 1931, Zaaba dan Dussek pernah


mencadangkan kepada pemerintah supaya memperbesarkan lagi bidang

kegiatan jabatan ini seperti yan diusulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,

tetapi ditolak oleh pemerintah Inggeris.

Namun begitu, walaupun buku-buku perpustakaannya merupakan

hasil-hasil sastera ringan, tetapi bahasanya diakui baik dan jilidnya kemas.

Cerita-cerita terjemahannya telah mendorong pembaca dan penterjemah-

penterjemah baru untuk mencuba mengasah bakat mereka di bidang sastera.

Buku-buku panduan mengarang, sistem ejaan dan tatabahasa karya Zaaba

seperti Ilmu Mengarang, Pelita Bahasa Melayu, Daftar Ejaan Melayu dan lain-

lain adalah masih kukuh, digunakan selama hampir setengah abad di seluruh

sekolah-sekolah rendah dan menengah. Ini termasuk juga intitusi pengajian

tinggi dan maktab-maktab perguruan.(Za’aba,1961)


REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat juga menyiapkan


kerja kursus Bahasa Melayu. Pada mulanya, saya merasakan tajuk ini agak
rumit memandangkan agak sukar untuk mendapatkan maklumatnya.
Tambahan pula, saya kurang arif dalam tajuk ini.

Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, pelbagai masalah yang


dihadapi terutamanya kekangan waktu di samping pelbagai lagi kerja kursus
bagi subjek lain. Namun, semua itu saya ambil sebagai cabaran kepada
seorang pelajar seperti saya. Hasil bantuan pensyarah Bahasa Melayu, Encik
Shukri bin Mohd Zin serta rakan – rakan seperjuangan saya, kerja yang
susah dapat dipermudahkan sedikit. Terima kasih saya ucapkan kepada
teman – teman rapat saya yang tidak lokek memberikan idea dan pandangan.

Akhir sekali, saya berharap agar terhasilnya kerja kursus saya dapat
membantu saya dan rakan – rakan lain dalam subjek Bahasa Melayu
seterusnya memberikan sedikit manfaat yang boleh dikongsi.
BIBLIOGRAFI

Abdullah bin Hassan 1974,The Morphology of Malay.Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Brown, C.C. 1956.Studies in Country Malay.London.

Harun Aminurrashid 1966.Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa


Melayu.Singapura.

Ismail Hussein 1966.Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita.Dewan


Bahasa Dan Pustaka.

Zainal Abidin bin Ahmad 1961.Pelita Bahasa Melayu Penggal 1.Dewan


Bahasa Dan Pustaka.
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :…………………………………
Nama penulis :…………………………………
Tarikh :………………………………...
ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ISI KANDUNGAN iii
PENDAHULUAN iv

1.0 BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA


2.0 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
2.1 Peranan dan sumbangannya
3.0 MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, TG. MALIM
3.1 Peranan dan sumbangannya

REFLEKSI
BIBLIOGRAFI
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


iradat-Nya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini pada waktu yang
ditetapkan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Bahasa Melayu


saya iaitu Encik Shukri bin Mohd Zin yang tidak jemu – jemu memberikan
tunjuk ajar. Tidak lupa juga kepada rakan – rakan seperjuangan yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja
kursus ini.

Terhasilnya kerja kursus ini, dapatlah saya mengetahui sedikit


sebanyak mengenai asal usul Bahasa Melayu serta penggunaan secara
meluas bahasa ini pada zaman Kesultanan Melayu Melaka secara lebih
mendalam. Apa yang saya peroleh di sini terdapat pelbagai perkara positif
yang wajar kita jadikan panduan serta perkara negatif yang perlu kita jadikan
sempadan. Antaranya ialah, dari segi kesungguhan para sarjana serta tokoh
bahasa dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Justeru, sebagai belia negara
yang berwawasan kita seharusnya memelihara keunggulan bahasa
kebangsaan ini agar boleh menjadi warisan yang tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas.