Anda di halaman 1dari 17

Tajuk Cadangan Kajian:

APLIKASI UMUM AL-BALWA DALAM KONTAMINASI MAKANAN SEMASA

Nama Pelajar:

SITI ARFAH BINTI ZAINI AZLAN

(IEF 110020)

Bidang penyelidikan:

FIQH KEPENGGUNAAN

Nama Penyelia Cadangan:

DR. MOHD ANUAR BIN RAMLI

Jabatan:

FIQH DAN USUL

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

Sesi: 2014/2015
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 3

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian 3–5

1.3 Persoalan Kajian 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Skop Kajian 6

1.7 Metodologi Kajian 6–8

1.8 Sorotan Literatur 9 – 12

1.9 Sistematika Penulisan 13 – 14

1.10 Penutup 14

1.11 Bibliografi 15 – 17

2
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Pada bab ini, penulis membincangkan berkenaan dengan rangka kepada kajian. Penulis akan
menjelaskan secara umum berkaitan dengan latar belakang kajian, masalah kajian dan objektif kajian. Di
samping itu, penulis turut membincangkan berkenaan dengan kepentingan kajian, skop kajian, metodologi
kajian, sorotan literatur dan seterusnya sistematika penulisan.

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Islam merupakan agama toleransi dalam memberikan rukhsah atau keringanan pada umatnya,
terutama bagi keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan. Tidak semua jenis makanan
yang berlaku kontaminasi makanan itu benar-benar tercemar dengan bahan haram kecuali setelah
diselidik dan dikaji dengan teliti. Hukum-hakam yang ditetapkan dalam Islam juga adalah bertujuan untuk
memenuhi kepentingan hidup manusia dan menjauhkan kemudharatan, termasuk menghilangkan
kesulitan dan kesusahan. Firman Allah SWT, surah al-Haj ayat 78:

     


   
Maksud: "Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara
agama."

Berdasarkan ayat tersebut, para pakar perundangan Islam menggariskan satu kaedah Fiqh iaitu
Al-Musyaqqah Tajlib Al-Taysir yang bermaksud: "Apabila berlaku kesulitan, maka perlu diberikan
kemudahan atau keringanan". Antara pecahan kaedah dari kaedah tersebut adalah Umum Al-Balwa di
mana ianya mempunyai peranan yang besar dalam proses mengeluarkan ijtihad. Ia merupakan salah satu
justifikasi dalam menjelaskan sesuatu hukum Syarak berkaitan isu semasa seperti berlaku kontaminasi
makanan semasa. Kaedah Umum al-Balwa sering digunakan oleh para ulama, sama ada dalam disiplin
ilmu usul Fiqh atau Fiqh. Ia dibincangkan dalam kerangka rukhsah dan keringanan yang dibenarkan
dalam hukum Syarak.

Selain itu, Kaedah Umum al-Balwa juga sangat berkait rapat dengan perkembangan semasa pada
sesuatu zaman dan tempat. Kepentingan memahami konsep umum al-balwa dan aplikasinya dalam

3
kehidupan seharian menjadi semakin penting dalam dunia sains dan teknologi serba canggih dewasa ini.
Oleh itu, kaedah ini perlu difahami dengan sebaiknya, agar ianya dapat diaplikasi terhadap isu semasa
yang berlaku. Ini kerana perubahan hukum sesuatu boleh berlaku kesan daripada wujudnya Umum al-
Balwa.

Seterusnya, pasaran hari ini dibanjiri pelbagai makanan yang sesetengahnya boleh memudaratkan
kesihatan, sementara yang lain haram dimakan menurut ajaran Islam. Terdapat juga makanan yang
berlaku kontaminasi atau pencemaran. Kajian mendapati banyak makanan yang diproses yang kini
terdapat di pasaran mengandungi gula dan garam berlebihan, selain mengandungi pelbagai jenis bahan
penambah yang tidak dapat dipastikan halal atau haram. Bahan penambah seumpamanya juga mungkin
mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Kontaminasi makanan adalah apabila terdapat padanya bahan atau organisma berbahaya dalam
makanan secara tidak sengaja. Terdapat tiga bentuk utama kontaminasi makanan iaitu pencemaran
biologi, kimia atau fizikal yang boleh menyebabkan makanan menjadi tidak selamat untuk penggunaan
manusia. Pencemaran biologi adalah seperti bakteria, virus, parasit dan kulat, manakala pencemaran
kimia adalah bahan pencuci, antibiotik, racun perosak, minyak pelincir dan sebagainya. Pencemaran
fizikal pula adalah dari rambut manusia, kaca dan asahan logam.

Di antara bahan-bahan haram yang menyebabkan kontaminasi makanan adalah melamin1, DNA
babi2, dioksin3, arsenik4, mikotoksin5, aflatoksin6, salmonella7 dan lain-lain. Kesemua bahan ini sangat
berbahaya untuk kesihatan manusia. Sebagai contoh, di Malaysia terdapat kontaminasi DNA babi dalam
produk makanan iaitu Cadbury. Rentetan dari kontaminasi tersebut, terdapat berbagai persoalan serta
keraguan tentang status produk berkenaan sehinggakan ianya dimasukkan dalam kategori keadaan Umum

1 J. Ingelfinger (2008), Melamine and the Global Implications of Food Contamination, The New England Journal of
Medicine, 2745-2748.
2 Y. Demirhan, P. Ulca, H. Senyuva (2012), Detection of Porcine DNA in Gelatine and Gelatine-containing Processed
Food Products-Halal, Vol. 90, Journal of Meat Science, 686-689.
3 W. Parzefall (2002), Risk Assessment of Dioxin Contamination in Human Food, Vol. 40, Journal of Food and
Chemical Toxicology, 1185-1189.
4 S. Huq, J. Joardar, S. Parvin et al (2006), Arsenic Contamination in Food Materials Through Groundwater
Irrigation, Vol. 24, Journal of Health, Population and Nutrition, 305-316.
5 D. Milicevic, M. Skrinjar, T. Baltic (2010), Real and Perceived Risks For Mycotoxin Contamination in Foods and
Feeds: Challenges For Food Safety Control, 579-592.
6 R. Sashidhar (1993), Dip-strip Method For Monitoring Environmental Contamination of Aflatoxin Food and Feed:
Use of A Portable Aflatoxin Detection Kit, Vol 101 , Journal of Environmental Health Perspectives, 43-46.
7 E. Carrasco, A. Morales-Rueda, R. Garcia-Gimeno (2012), Cross-contamination and Recontamination by
Salmonella in Foods: A Review, 545-556.

4
al-Balwa, iaitu merupakan sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku. Ia menjadi salah satu
faktor penentu hukum.

Islam menganjurkan umatnya supaya memakan makanan yang halal lagi bersih tanpa berlakunya
sebarang kontaminasi atau pencemaran bahan-bahan haram di dalamnya. Ketidakseriusan umat Islam
dalam menitikberatkan soal halal dan haram dalam pengambilan makanan akan menyebabkan seseorang
itu menyakiti serta membahayakan kesihatan diri sendiri. Kesannya, ramai di antara mereka yang
meninggal dunia akibat penyakit kronik hasil dari memakan makanan yang tercemar.

Mutakhir ini, pelbagai bahan haram telah dimasukkan di dalam sesetengah makanan sehingga
menyebabkan berlakunya kontaminasi. Antaranya ialah DNA babi, bahan pengawet, bahan pewarna,
toksik, bakteria dan sebagainya. Namun begitu, kebanyakan bahan haram tersebut dimasukkan secara
sembunyi dan tanpa pengetahuan pengguna. Justeru itu, kaedah Umum Al-Balwa perlu diaplikasikan di
dalamnya. Ini kerana walaupun berlaku kontaminasi dalam sesuatu makanan, namun ianya perlu dirujuk
kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar
kawalan dan amat sukar dielakkan.

Faktor pendorong utama penulis untuk menjalankan kajian ini ialah kerana terdapat ramai umat
Islam tidak memandang berat kepada makanan yang dimakan, kemudian akan menjadi darah daging
mereka. Selain itu, mereka juga tidak mengamalkan cara memilih makanan seperti dituntut oleh Syarak
sehinggakan ditimpa berbagai penyakit. Oleh sebab itu, penulis berhasrat untuk menghilangkan kegusaran
mereka jika sudah termakan makanan yang tercemar dengan bahan haram melalui pengaplikasian Umum
Al-Balwa serta memberi pendedahan kepada masyarakat Islam tentang bentuk-bentuk kontaminasi
makanan.

1.3 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian ini adalah:


1.3.1 Apakah konsep Umum Al-Balwa dalam Fiqh Islam?
1.3.2 Apakah bentuk-bentuk kontaminasi makanan?
1.3.3 Bagaimanakah cara untuk mengaplikasi kaedah Umum Al-Balwa dalam isu kontaminasi
makanan?

5
1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah:


1.3.1 Menjelaskan konsep Umum Al-Balwa dalam Fiqh Islam.
1.3.2 Menghuraikan bentuk-bentuk kontaminasi makanan.
1.3.3 Mengaplikasi kaedah Umum Al-Balwa dalam isu kontaminasi makanan.

1.5 Kepentingan Kajian

Terdapat beberapa kepentingan yang boleh diperolehi oleh masyarakat Islam. Antara
kepentingannya ialah:
1.4.1 Dapat mengetahui konsep Umum Al-Balwa menurut pandangan fuqaha’.
1.4.2 Dapat memberi pendedahan kepada umat Islam mengenai bentuk-bentuk kontaminasi makanan yang
mengandungi bahan haram atau seumpamanya.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada konsep Umum Al-Balwa dan bentuk-bentuk kontaminasi makanan
semasa.

1.7 Metodologi Kajian

Secara dasarnya, kajian ini menggunakan dua metode dalam usaha mendapatkan maklumat iaitu:
1. Metode Pengumpulan Data
2. Metode Analisis Data

1.7.1 Metode Pengumpulan Data

Bagi memperolehi data dan maklumat yang tepat dan berautoriti, penulis telah menggunakan
metode pengumpulan data dengan cara mengumpulkan kesemua data yang relevan dan seterusnya
melakukan penafsiran terhadapnya. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu
pengumpulan data berbentuk kualitatif.

6
a) Kajian perpustakaan

Metode ini digunakan dalam pengumpulan data yang berbentuk kualitatif. Data kualitatif ialah
data dalam bentuk maklumat yang terhasil dari sumber-sumber yang dikenalpasti sesuai dengan sesebuah
kajian.8

i. Metode Dokumentasi

Dalam kajian perpustakaan ini, penulis telah menggunakan metode dokumentasi. Metode
dokumentasi ialah sebarang bahan bacaan yang dapat memberi maklumat mahupun keterangan sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Antara dokumen-dokumen yang penulis telah gunakan ialah buku,
jurnal dan sebagainya. Ia terdiri daripada pelbagai penulisan sama ada di dalam Bahasa Arab, Bahasa
Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Dokumen yang kerap dirujuk oleh penulis ialah Jurnal dan Buku bagi mengetahui konsep Umum
Al-Balwa dan bentuk-bentuk kontaminasi makanan.

b) Kajian Lapangan

Penulis menggunakan kaedah ini dalam mengumpulkan data-data yang berbentuk kualitatif.
Kaedah kualitatif dilakukan dengan membentuk data-data dan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah
tertentu seperti temu bual. Pembolehubah utama dalam temu bual ini ialah konsep Umum Al-Balwa.

i. Metode Temu Bual

Temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka
dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Seringkali dalam kajian, ada banyak maklumat
yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan diari seseorang.
Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan ‘face-to-face’ atau bersua muka secara terus menerus
dengan peserta untuk mendapat maklumat secara langsung.

8 Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah: Amalan Dalam Pengajian Islam. Selangor: Kamil & Shakir Sdn. Bhd, h.68.

7
Temu bual untuk menghasilkan data kualitatif boleh dilakukan dengan tiga cara, iaitu, pertama
dikenali dengan temu bual tematik, kedua temu bual separa-berstruktur dan ketiga, temu bual berstruktur.
Cara temu bual yang akan digunakan oleh pengkaji ialah temu bual berstruktur. Pelaksanaan temu bual
berstruktur adalah berasaskan panduan temu bual sepenuhnya dan pengkaji akan mengemukakan soalan
kepada informannya mengikut susunan dalam panduan yang disediakan. Ini disebabkan dalam temu bual
berstruktur ini tumpuan pengkaji adalah pada keseragaman soalan dan jawapan selain dari maklumat yang
diperlukan, misalannya, pada penggunaan ungkapan, istilah atau perkataan yang digunakan untuk
menjelas sesuatu,

Dari segi pengrekodan temu bual, ianya boleh dilakukan secara elektronik ataupun manual
menggunakan catatan bertulis. Apa jua kaedah yang digunakan ia perlu dirancang. Menggunakan
perakam suara atau perakam video adalah mudah tetapi memerlukan persetujuan informan. Ada informan
yang tidak memberi persetujuan itu manakala ada yang bersetuju tetapi penggunaan alat itu mengganggu
proses temu bual berkenaan. Dalam masa itu pengkaji sebagai penemu bual perlu menggunakan
kebijaksanaan sama ada untuk terus menggunakan alat itu atau sebaliknya. Dalam keadaan penggunaan
alat rakaman dipersetujui, pengkaji perlu juga membuat catatan kerana alat elektronik turut mempunyai
masalahnya9.

1.7.2 Metode Analisis Data

Metode analisis data ini digunakan apabila segala data dan maklumat telah diperolehi melalui
metode-metode dan kaedah yang telah dikenalpasti. Di dalam menjalankan proses penganalisaan, penulis
menggunakan satu kaedah iaitu kaedah deduktif.

a) Kaedah Deduktif

Kaedah deduktif merupakan satu cara menganalisa maklumat yang umum dan kemudiannya
membuat kesimpulan secara khusus. Kaedah ini juga didefinisikan sebagai cara penulis menggunakan
teori atau gagasan fikiran yang dibentuk sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman penulis.
Antaranya penulis menggunakan kaedah ini dalam bab tiga dengan menghimpunkan kesemua bentuk
kontaminasi makanan. Kemudian penulis mentarjihkan di antara kesemua kontaminasi tersebut yang
mana paling mendatangkan kesan yang buruk serta negatif berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan.

9 Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah: Amalan Dalam Pengajian Islam. Selangor: Kamil & Shakir Sdn. Bhd, h.72-
73.

8
1.8 Sorotan Literatur

Terdapat Buku yang membincangkan mengenai membincangkan mengenai berbagai jenis bahan
tambahan dalam makanan di mana kebanyakan bahan tersebut tidak semuanya diperlukan seperti Bahan
Tambahan Pangan tulisan Cahyo Saparinto dan Diana Hidayati10. Di antara jenis-jenis bahan tambahan
tersebut ialah bahan pangan , bahan pengawet dan pengenyal, pewarna makanan, pemanis, kontaminasi
mikroba, cemaran logam berat dan lain-lain. Jika kesemua bahan tambahan ini tidak digunakan dengan
betul akan membahayakan kesihatan pengguna. Oleh sebab itu, penggunaan bahan tambahan ini perlu
diwaspadai bersama, baik oleh pengeluar mahupun pengguna.

Conor Reilly11 di dalam bukunya bertajuk Metal Contamination of Food membincangkan


mengenai kontaminasi logam dalam makanan. Skop yang dinyatakan tentang logam adalah terperinci
seperti komponennya, fungsinya, cara pencegahannya, bagaimana logam boleh didapati dalam makanan
dan sebagainya. Terdapat juga berbagai bahan pencemar yang berterusan seperti lead, merkuri dan
cadmium. Oleh sebab itu, pengguna perlu sentiasa berhati-hati dalam pengambilan makanan dengan
memeriksa jenis bahan logam yang dimasukkan.

D. Milicevic, M. Skrinjar, T. Baltic12, Real and Perceived Risks For Mycotoxin Contamination in
Foods and Feeds: Challenges For Food Safety Control. Jurnal ini membincangkan tentang risiko
tanggapan dan kenyataan bagi kontaminasi mikotoksin dalam makanan dan makanan haiwan serta
cabaran-cabaran bagi mengawal keselamatan makanan. Mikotoksin adalah bahan toksik yang dihasilkan
oleh metabolisme sekunder acuan toxigenic dalam Aspergillus, Alternaria, Claviceps, Fusarium,
Penicillium dan Stachybotrys yang berlaku di dalam makanan. Mikotoksin ini boleh menyebabkan
mycotoxicosis yang menyebabkan penyakit akut atau kronik. Justeru itu, pihak berkuasa kerajaan
digalakkan mengarahkan pihak yang berkaitan agar berusaha untuk ke arah pelaksanaan yang betul bagi
mengawal pencemaran mikotoksin ini dari menular secara berleluasa ke atas kesihatan manusia.

E. Carrasco, A. Morales-Rueda, R. Garcia-Gimeno13 di dalam ulasan mereka yang bertajuk


Cross-contamination and Recontamination by Salmonella in Foods: A Review telah mengulas mengenai

10 Cahyo Saparinto, Diana Hidayati (2006), Bahan Tambahan Pangan, Yogyakarta: Penerbit Kanisius, h. 7 – 79.
11 Conor Reilly (2002), Metal Contamination of Food, United Kingdom: Blackwell Publishing Company, 12 – 60.
12 D. Milicevic, M. Skrinjar, T. Baltic (2010), Real and Perceived Risks For Mycotoxin Contamination in Foods and
Feeds: Challenges For Food Safety Control, 579-592.
13 E. Carrasco, A. Morales-Rueda, R. Garcia-Gimeno (2012), Cross-contamination and Recontamination by
Salmonella in Foods: A Review, 545-556.

9
kehadiran Salmonella dalam bahan makanan di mana ia merupakan suatu kebimbangan terhadap
kesihatan manusia di peringkat antarabangsa. Terdapat juga huraian mengenai sumber dan faktor-faktor
yang dikaitkan dengan pencemaran silang sebagai faktor penyumbang utama dalam menyebabkan
banyak wabak penyakit bawaan makanan. Seterusnya, potensi pencemaran silang turut dikaji di rumah
dan kilang untuk membasmi patogen ini dari alam sekitar.

Hiasinta A. Purnawijayanti14 di dalam bukunya bertajuk Sanitasi, Higiene, dan Keselamatan


Kerja Dalam Pengolahan Makanan tulisan membincangkan mengenai jenis kontaminasi makanan serta
faktor-faktor kewujudannya. Kontaminasi makanan ini boleh menyebabkan penyakit kronik serta
membawa kepada maut. Justeru itu, penulis menjelaskan tentang pencegahan yang boleh dilakukan agar
masyarakat dapat mengelakkan dari mengambil makanan yang tercemar. Selain itu, Buku ini secara
menyeluruh menyentuh soal kontaminasi makanan dari sudut sains semata-mata.

Julie R. Ingelfinger, M.D15, Melamine and the Global Implications of Food Contamination, The
New England Journal of Medicine. Jurnal ini membincangkan tentang satu bahan kimia iaitu Melamin.
Ianya terdapat dalam banyak produk di seluruh dunia termasuklah makanan. Kandungan nitrogen dalam
Melamin ini telah lama digunakan bagi menilai kandungan protein makanan. Hakikat bahawa Melamin
ini boleh meningkatkan protein makanan sehinggakan diproses menjadi seakan-akan bersusu
menyebabkan ramai pihak-pihak tertentu yang menyalahgunanya. Melamin yang tercemar dalam
makanan akan membentuk batu-batu kerikil dalam sistem urinari. Justeru itu, manusia perlu menjauhi
bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan ini.

Seterusnya, Muhammad Sidqi Ahmad Muhammad Al-Borno Abi Al-Hariz16 di dalam kitabnya
bertajuk Al-Wajiz Fi Idohi Qawaid Al-Fiqh Al-Kuliyyah telah membincangkan mengenai kaedah-kaedah
Fiqhiyyah dalam hukum syarak. Di antaranya ialah kaedah Al-Musyaqqah Tajlib Al-Taysir yang
membawa maksud apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan
melaksanakan perintah Allah s.w.t, maka perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Terdapat
pecahan kaedah daripada kaedah Fiqh ini, di antaranya ialah Umum Al-Balwa. Ianya bermaksud kesulitan
yang meluas dan sukar untuk dielak lagi hingga menjadi umum (kebiasaan) pada yang menghadapinya

14 Hiasinta A. Purnawijayanti (2001), Sanitasi, Higiene, dan Keselamatan Kerja Dalam Pengolahan Makanan,
Yogyakarta: Penerbit Kanisius, h. 50 - 61.
15 Julie R. Ingelfinger, M.D (2008), Melamine and the Global Implications of Food Contamination, The New England
Journal of Medicine, 2745 - 2748.
16 Muhammad Sidqi Ahmad Muhammad Al-Borno Abi Al-Hariz (1996), Al-Wajiz Fi Syarh Idohi Qawaid Al-Fiqh Al-
Kuliyyah, Beirut: Mu’asasah, h. 223 – 230.

10
sepertimana berlaku kontaminasi dalam makanan di mana ianya merupakan makanan yang seringkali
dimakan tanpa sebarang syubhah.

Muslim Muhammad Majid Al-Dausari17 di dalam kitabnya bertajuk Umum Al-Balwa Dirasah
Nazariyyah Tadbiqiyyah telah membincangkan tentang Umum Al-Balwa secara terperinci. Di antaranya
ialah hakikat dan sebab-sebab berlaku Umum Al-Balwa, hubungan Umum Al-Balwa dengan masalah-
masalah usul Fiqh dan pengaplikasian Umum Al-Balwa ke atas isu-isu yang baru muncul serta
merealisasikan hukum padanya. Umum Al-Balwa seringkali digunakan pada zaman ini penggunaannya
adalah untuk menjelaskan banyak hukum daripada peristiwa-peristiwa yang jelas mahupun tersirat.

Muslim Muhammad Majid Al-Dausari18 juga dalam disertasinya yang bertajuk Qaidah Umum Al-
Balwa Wa Asariha Fi Dirasah Al-Qodoya Al-Fiqhiyah telah membincangkan mengenai Kaedah Umum
Al-Balwa dan kesannya dalam isu-isu perundangan Fiqh. Ianya merangkumi tiga bab besar iaitu bab satu
mengenai takrif Umum Al-Balwa, di mana ianya dipecahkan kepada enam skop. Di antaranya ialah
hakikat, pengenalan, hubungan Umum Al-Balwa dan syarat-syaratnya, pembahagian, hukum serta
susunannya. Bab dua mengenai merealisasikan kaedah Umum Al-Balwa dengan mengemukakan dalil-
dalil, percanggahan antara Umum Al-Balwa dengan nas serta dinyatakan ciri-cirinya. Seterusnya, terdapat
perbincangan mengenai pengaplikasian Umum Al-Balwa dalam isu-isu Fiqh Semasa seperti Muamalat
dan Fiqh Keluarga.

R. Sashidhar19 , Dip-strip Method For Monitoring Environmental Contamination of Aflatoxin


Food and Feed: Use of A Portable Aflatoxin Detection Kit, Journal of Environmental Health Perspectives.
Jurnal ini telah membincangkan tentang kaedah dip jalur untuk memantau pencemaran alam sekitar
aflatoksin yang terkandung dalam makanan dan makanan haiwan dengan menggunakan kit pengesanan
aflatoksin mudah alih. Pencemaran aflatoksin dalam makanan menjadi semakin penting di peringkat
global disebabkan oleh kesannya yang merosakkan kesihatan manusia dan haiwan. Masalah pencemaran
aflatoksin dalam makanan ini telah menghasilkan pelbagai undang-undang. Kit pengesanan aflatoksin
mudah alih yang digunakan bagi memantau pencemaran aflatoksin ini mudah untuk beroperasi, cepat,

17 Muslim Muhammad Majid Al-Dausari (2000), Umum Al-Balwa Dirasah Nazariyyah Tadbiqiyyah. Arab Saudi:
Maktabah Al-Rasyid, h. 30 -510.
18 Muslim Muhammad Majid Al-Dausari (2010), Qaidah Umum Al-Balwa Wa Asariha Fi Dirasah Al-Qodoya Al-
Fiqhiyyah (Disertasi Kementerian Pengajian Tinggi, Jami’ah Al-Imam Muhammad Saudi Al-Islamiyyah, Arab Saudi),
h. 1639 – 1677.
19 R. Sashidhar (1993), Dip-strip Method For Monitoring Environmental Contamination of Aflatoxin Food and Feed:
Use of A Portable Aflatoxin Detection Kit, Vol 101 , Journal of Environmental Health Perspectives, 43-46.

11
boleh dipercayai dan kosnya juga efektif. Alat ini juga digunakan sebagai alat penyelidikan di makmal
kesihatan awam, agensi-agensi pemantauan alam sekitar, dan dalam industri ayam.

S. Huq, J. Joardar, S. Parvin et al20, Arsenic Contamination in Food-chain: Transfer of Arsenic


Into Food Materials Through Groundwater Irrigation, Journal of Health, Population and Nutrition. Jurnal
ini telah membincangkan tentang pencemaran arsenik dalam rantaian makanan serta pemindahan arsenik
kedalam bahan makanan melalui air bawah tanah. Pencemaran arsenik dalam air bawah tanah telah
menjadi semakin membimbangkan, tambahan pula penggunaannya untuk tujuan pengairan. Perhatian
segera perlu diberikan untuk menilai kemungkinan terkumpul arsenik dalam tanah melalui pengairan air
dan kemasukan seterusnya ke dalam rantaian makanan melalui pelbagai tanaman makanan. Jurnal ini juga
menjelaskan mengenai implikasi arsenik yang dimasukkan dalam sayur-sayuran dan bahan-bahan
makanan yang lain.

W. Parzefall21, Risk Assessment of Dioxin Contamination in Human Food, Journal of Food and
Chemical Toxicology. Jurnal ini telah membincangkan tentang penilaian risiko pencemaran dioksin
dalam makanan manusia. Dioksin adalah toksik oleh produk daripada proses pembakaran dan
pengeluaran bahan kimia chloro-organik. Pencemarannya dalam makanan telah dilaporkan wujud dalam
daing ayam dan telur yang dipasarkan. Walau bagaimanapun, penilaian risiko pencemaran dioksin ini
secara ringkas akan menghuraikan mengenai pendedahan dioksin utama dan akhirnya menjelaskan risiko
kesihatan bagi manusia.

Y. Demirhan, P. Ulca, H. Senyuva, Detection of Porcine DNA in Gelatine and Gelatine-


Containing Processed Food Products-Halal, Journal of Meat Science. Jurnal ini membincangkan tentang
DNA Babi dalam gelatin dan makanan produk halal yang mengandungi gelatin. Gelatin merupakan
protein yang diproses serta digunakan secara meluas sebagai agen gelling dan penebalan dalam pelbagai
bahan makanan seperti keluaran gula, pencuci mulut berasaskan air dan dalam industri farmaseutikal.
Gelatin juga diperolehi oleh hidrolisis kolagen, dan diekstrak daripada bahan-bahan seperti tulang dan
kulit dari tempat penyembelihan haiwan. Jurnal ini juga menjelaskan mengenai satu kaedah dipanggil
Polumerase Chain Reaction (PCR) di mana kaedah ini adalah yang paling berjaya dari segi sensitiviti
pengesanan spesies dan digunakan untuk mengesan DNA babi dalam daging dan produk daging.

20 S. Huq, J. Joardar, S. Parvin et al (2006), Arsenic Contamination in Food Materials Through Groundwater
Irrigation, Vol. 24, Journal of Health, Population and Nutrition, 305-316
21 W. Parzefall (2002), Risk Assessment of Dioxin Contamination in Human Food, Vol. 40, Journal of Food and
Chemical Toxicology, 1185-1189.

12
1.9 SISTEMATIKA PENULISAN

BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Metodologi Kajian
1.8 Sorotan Literatur
1.9 Sistematika Penulisan

BAB DUA
KONSEP UMUM AL-BALWA DALAM FIQH ISLAM
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Umum Al-Balwa
2.2.1 Definisi Umum Al-Balwa
2.2.2 Asas Hukum Umum Al-Balwa
2.3 Pandangan Para Fuqaha Mengenai Umum Al-Balwa
2.4 Kesimpulan

BAB TIGA
BENTUK-BENTUK KONTAMINASI MAKANAN SEMASA
3.1 Pengenalan
3.2 Konsep Kontaminasi Makanan
3.2.1 Definisi Makanan
3.2.2 Bentuk-bentuk Kontaminasi Makanan Semasa
3.2 Bahan-bahan Dalam Kontaminasi Makanan
3.4 Peringkat dan Kategori Kontaminasi Makanan
3.5 Faktor-faktor Berlaku Kontaminasi Makanan
3.6 Kesimpulan

13
BAB EMPAT
APLIKASI UMUM AL-BALWA DALAM KONTAMINASI MAKANAN SEMASA
4.1 Pengenalan
4.2 Aplikasi Umum Al-Balwa Dalam Isu Cadbury dan Kontaminasi Makanan Berasaskan DNA Babi
4.3 Kesimpulan

BAB LIMA
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Saranan Kajian
5.4 Penutup

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

1.10 PENUTUP

Kajian ini sedikit sebanyak telah membincangkan mengenai pengaplikasian Umum Al-Balwa
dalam kontaminasi makanan semasa. Umum Al-Balwa merupakan satu kaedah yang sangat penting untuk
diaplikasikan dalam isu-isu semasa yang berlaku pada zaman ini. Ianya kerana terdapat banyak perkara
yang dilarang oleh Syarak sudah dianggap urf masyarakat. Seterusnya, disebabkan oleh teknologi yang
semakin canggih dan moden, maka amat penting sekiranya kita dapat mengkaji sejauhmana tahap
keseriusan masyarakat Islam dalam menitikberatkan kontaminasi yang berlaku dalam makanan yang
mana ianya akan menyerap masuk dalam darah daging masing-masing melalui laman sosial dan
sesawang. Ini berikutan dari setiap maklumat yang tersebar di laman sosial dengan sepantas kilat ianya
akan menjadi viral yang berlanjutan, di mana tiada sesiapa pun yang mengetahui kesahihan maklumat
tersebut.

Penulis berharap kajian ini dapat memberi penjelasan serta kefahaman kepada masyarakat Islam
terhadap bentuk-bentuk kontaminasi makanan. Penulis juga menggalakkan masyarakat Islam agar lebih
berhati-hati dalam memilih makanan dan menjauhi makanan yang mengandungi bahan-bahan haram.
Diharapkan kajian seumpama ini dapat diteruskan lagi oleh penyelidik-penyelidik lain dengan lebih
mendalam dan menyentuh pelbagai aspek lagi.

14
1.11 BIBLIOGRAFI

Kitab Dalam Bahasa Arab

Abdul Karim Zaydan (2001), Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Fi Al-Syariah Al-
Islamiyyah, Lubnan: Resalah Publishers.

Abdullah Said Muhammad Ibadi Al-Hajj (1388H), Idah Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Mekah
Mukarramah: Maktabah Al-Madani.

Jalaluddin Abdul Ar-Rahman As-Suyuti (1997), Al-Asybah Wa An-Nazair Fi Qawaid Wa Furu’


Fiqh As-Syafi’iyyah, Mekah Mukarramah: Maktabah Nazara Mustafa Albaz.

Muhammad Bakar Ismail (1996), Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Baina Al-Asolah Wa Al-Taujih,


Medan Al-Husin: Dar Al-Manar.

Muhammad Sidqi Ahmad Muhammad Al-Borno Abi Al-Hariz (1996), Al-Wajiz Fi Idohi Qawaid
Al-Fiqh Al-Kuliyyah, Beirut: Mu’asasah Al-Risalah.

Muhammad Soleh Musa Husin (2009), Syarh Al-Faraid Al-Bahiyyah Fi Nazam Al-Qawaid Al-
Fiqhiyyah, Lubnan: Resalah Publishers.

Muslim Muhammad Majid Al-Dausari (2007), Al-Mumta’i Fi Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Arab


Saudi: Dar Zadni.

Muslim Muhammad Majid Al-Dausari (2000), Umum Al-Balwa Dirasah Nazariyyah Tadbiqiyyah, Arab
Saudi: Maktabah Al-Rasyid.

Buku Dalam Bahasa Melayu

Basri Ibrahim (1999), Bukti Saintifik Pengharaman Khinzir, Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Cahyo Saparinto, Diana Hidayati (2006), Bahan Tambahan Pangan, Yogyakarta: Penerbit
Kanisius.

15
Hassan Ahmad, Muhammad Soleh Ahmad (1998), Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, Kuala
Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Hiasinta A. Purnawijayanti (2001), Sanitasi, Higiene, dan Keselamatan Kerja Dalam


Pengolahan Makanan, Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah: Amalan Dalam Pengajian Islam. Selangor: Kamil & Shakir
Sdn. Bhd.

Monica Ester (2006), Bahaya Bahan Kimia Pada Kesehatan Manusia dan Lingkungan, Jakarta:
Penerbit Buku Kedokteran EGC.

Buku Dalam Bahasa Inggeris

A.van Amerongen, D. Barug, M. Lauwaars (2005), Rapid Methods for Biological and Chemical
Contaminants in Food and Feed, The Netherlands: Wageningen Academic Publishers.

Charles L. Wilson (2008), Microbal Food Contamination, Boca Raton: Taylor & Francis Group.

Conor Reilly (2002), Metal Contamination of Food, United Kingdom: Blackwell Publishing
Company.

Kertas Persidangan/Jurnal/Seminar

B. Kabak, A. Dobson, I. Var (2006), Strategies to Prevent Mycotoxin Contamination of Food and Animal
Feed: A review, Journal of Critical Reviews in Food Science and Nutrition.

D. Milicevic, M. Skrinjar, T. Baltic (2010), Real and Perceived Risks For Mycotoxin Contamination in
Foods and Feeds: Challenges For Food Safety Control.

E. Carrasco, A. Morales-Rueda, R. Garcia-Gimeno (2012), Cross-Contamination and Recontamination by


Salmonella in Foods: A Review.

16
J. Ingelfinger (2008), Melamine and the Global Implications of Food Contamination, The New England
Journal of Medicine.

Mosab Manhood Kawari (2010), Umum Al-Balwa Wa Asariha Ala Khobar Al-Wahid (Latihan Ilmiah,
Jabatan Fiqh dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah Undang-undang, Universiti Gaza, Palestin).

Muslim Muhammad Majid Al-Dausari (2010), Qaidah Umum Al-Balwa Wa Asariha Fi Dirasah Al-
Qodoya Al-Fiqhiyyah, (Disertasi Kementerian Pengajian Tinggi, Jami’ah Al-Imam Muhammad Saudi Al-
Islamiyyah, Arab Saudi).

R. Sashidhar (1993), Dip-strip Method For Monitoring Environmental Contamination of Aflatoxin Food
and Feed: Use of A Portable Aflatoxin Detection Kit, Journal of Environmental Health Perspectives.

S. Occhipinti, M. Siegal (1994), Reasoning About Food and Contamination, Journal of Personality and
Social Psychology.

W. Parzefall (2002), Risk Assessment of Dioxin Contamination in Human Food, Journal of Food and
Chemical Toxicology.

Y. Demirhan, P. Ulca, H. Senyuva (2012), Detection of Porcine DNA in Gelatine and Gelatine-
Containing Processed Food Products-Halal, Journal of Meat Science.

Internet

Isu DNA Babi Dalam Coklat Cadbury, http://koding-kn.blogspot.com/2014/05/isu-dna-babi- dalam-


coklat-cadbury.html, diakses pada 23 September 2014.

Kaedah Umum Al-Balwa dan Kesannya Kepada Perubahan Hukum Syarak, http://www.e-
fatwa.gov.my/blog/kaedah-umum-al-balwa-dan-kesannya-kepada-perubahan-hukum-syarak, diakses pada
23 September 2014.

Qawa’id Fiqhiyyah (Tugasan Method Fiqh), http://transformasiummah.blogspot.com/2011/02/qawaid-


Fiqhiyyah-tugasan-method-Fiqh.html, diakses pada 23 September 2014.

17

Anda mungkin juga menyukai