Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Kesantunan berkaitan dengan sifat budi pekerti atau budi bahasa. Penggunaan

bahasa yang santun dapat menonjolkan keperibadian yang mulia melalui kesopanan dan

adab. Perkara ini menunjukkan penghormatan penutur kepada penerima. Kesantunan

bahasa seseorang itu boleh dilihat dari segi tingkah laku dan penggunaan bahasanya. Oleh

itu, kesantunan dapat dijelmakan melalui perlakuan, pertuturan, dan penulisan.

Saya telah membuat kerja kursus tentang kesantunan berbahasa. Saya berharap agar

kerja kursus ini mudah difahami dan memberi kesedaran kepada pembaca agar sentiasa

bersopan semasa berkomunikasi. Saya juga berharap kerja kursus ini dapat memanfaatkan

para pembaca.

1
2.0 Peraturan Berbahasa

Menurut Asmah Haji Omar (2002:8) dalam Abdul Latib Abd Rahman, Umar Ahmad,

Muhaiyuddin Mohamed Azizi, Abu Zaki Romli & Zulkafly Mohd Noor santun bahasa ialah

penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. Kesantunan

berbahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan

tertentu. Peraturan berbahasa dibahagikan kepada

i. Jarak sosial- Keadaan di mana seseorang yang berbeza tingkat peradabannya

ii. Konteks- Menurut Brown dan Yule (1983), wacana semestinya menggunakan

iii. pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa

iv. Tujuan - Berkait rapat dengan latar belakang khalayak

v. Giliran bercakap - Mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan

vi. Mula dan akhiri percakapan - Memulakan dan mengakhiri percakapan yang

mempunyai kesantunan berbahasa

vii. Memilih kata – Merujuk kepada norma-norma budaya, menyampaikan idea dan

memilih kata yang diucapkan

Semua peraturan ini penting dalam mempengaruhi kesantunan berbahasa. Apabila

seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu santun dalam

berbahasa.

2
Buku

Jarak sosial

Pemilihan Konteks
kata percakapan
Peraturan
berbahasa

Mula dan
Tujuan dan
akhiri
matlamat
percakapan

Peta Buih

3
2.1 Kesantunan Berbahasa

Menurut Amat Juhari Moain (1992) dalam (http://malaylanguage

centre.moe.edu.sg/files/MLCS-Final-9-38.pdf), kesantunan berbahasa adalah kesopanan

dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan

atau tulisan. Kesantunan berbahasa meliputi amalan berbudi bahasa, lemah lembut dan

memiliki segala ciri yang baik. Kesantunan berbahasa ini mestilah diamalkan demi menjaga

perpaduan. Oleh itu, amalan ini perlu sentiasa diterapkan dalam kehidupan harian setiap

kaum supaya wujudnya suasana komunikasi yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau

konflik.

2.2 Kesantunan Berbahasa Masyarakat Malaysia

Malaysia tediri daripada berbilang kaum yang mempunyai adat dan budaya masing-

masing. Setiap kaum mempunyai cara berbahasa sopan yang berbeza-beza. Menurut Lakoff

(1975) dalam (http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/440/1 /AMALAN KESANTUNAN BE

RBAHASA%20DI%20SEKOLAH.pdf) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang

mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Jadi, semua masyarakat Malaysia harus

sentiasa bertutur secara sopan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Kesantunan bahasa dalam masyarakat Malaysia merupakan salah satu warisan

penting dalam pembentukan keperibadian bangsa. Kesantunan bahasa yang

menggambarkan seluruh aspek kebudayaan itu sendiri telah menjadi asas kebudayaan

rakyat Malaysia.

4
3.0 Isu Kesantunan Berbahasa Melalui Media Sosial

Kini, teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) di Malaysia berkembang pesat.

Kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp kian menular

di kalangan masyarakat Malaysia khususnya generasi muda.

Namun, kita harus mematuhi peraturan berbahasa dalam media sosial. Kita juga perlu

mengelakkan diri daripada menimbulkan isu-isu kesantunan agar ketenteraman negara dapat

diwujudkan.

5
3.1 Isu Pertembungan Budaya

Gambar 1 : Gambar menunjukkan kes berbogel yang berlaku di Sabah


.
(http://www.ratankekunci.com/2015/06/pelancong-bogel-di-gunung-kinabalu.html

Gambar 2 : Komen tentang kes berbogel berlaku di Sabah

(https://www.facebook.com/astroawani/posts/10152856698015965)

6
Ulasan

Kini, kebanyakan masyarakat negara kita yang dipengaruhi oleh budaya barat

menyebabkan berlakunya pertembungan budaya. Salah satu peristiwa yang berlaku pada 30

Mei 2015, sepuluh pelancong asing telah melakukan perbuatan tidak senonoh dengan

berbogel di Gunung Kinabalu, Sabah. Insiden ini mencetuskan kemarahan dalam penduduk

tempatan di Sabah kerana perlakuan pelancong tersebut yang tidak menghormati adat dan

budaya tempatan dengan nilai kesantunan.

Komen dari DumaBe Sab telah melanggar peraturan bahasa yang dinyatakan oleh

Amat Juhari Moain (1992). Dia menulis komen bogelkan mereka yg kurang ajar tu. Dia

sepatutnya mengamalkan strategi berhemah dalam menulis komen di sosial media. Dia juga

perlu mengamalkan strategi tolreransi dengan memaafkan perbuatan pelancong yang

melanggar budaya kesopanan. Dia perlu pandai memilih kata seperti yang dikatakan dalam

peraturan bahasa.

Selain itu, Azrim Theguns juga mengatakan bodoh pnya org ptih ni negara bpa kau

ke? Kemina. Komen dia tidak mematuhi peraturan berhasa memilih kata. Dia perlu

mengamalkan strategi hormat-menghormati terhadap perbuatan pelancong kerana bagi

warga barat, berbogel di kawasan-kawasan peranginan untuk berbuat demikian merupakan

perkara biasa seperti yang dikemukakan dalam Nudity in Ancient to Modern Cultures (1989)

oleh Aileen Goodson iaitu “nudity is a normal condition”. Dia perlu mengamalkan strategi

sabar dengan mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar walaupun perbuatan mereka

bercanggah dengan adat setempat.

Kesimpulannya, kita haruslah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Kita perlu

mempunyai strategi bersopan santun dengan berpakaian elok. Strategi toleransi diperlukan

7
untuk menghormati budaya tempatan supaya keharmonian dapat diwujudkan.

3.2 Isu Pendidikan

Gambar 2: Kes pelajar perempuan ditampar oleh guru di sekolah.


(http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/guru-dakwa-pelajar-ditampar-mempunyai-
masalah-disiplin/ )

Gambar 3 : Komen tentang pelajar perempuan yang ditampar oleh guru.


(https://www.facebook.com/fizoomar/photos/a.10151915624110827.1073741828.11383233
5826/10153732635095827/?type=3&theater)

8
Ulasan
Dunia pendidikan Malaysia sememangnya banyak mengalami pelbagai kontroversi,

pengalaman duka yang memberikan pelbagai impak. Sebagai contoh, seorang pelajar

perempuan ditampar guru wanita di SMK Tanah Merah kerana sentiasa melawan guru

dengan mengeluarkan kata-kata kasar. Dalam kejadian itu, guru tersebut menampar di

belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya. Kejadian ini merupakan

tragedi yang mengecewakan.

Dalam komen, Asiah Nana tidak mengamalkan strategi kesantunan berbahasa kerana

menggunakan kata-kata yang penuh dengan tuduhan seperti budak ni pun dari sentiasa

menyusahkan guru di sekolah, ponteng kelas, gewe, kaki gaduh di sekolah, melawan

guru, berbulu mata tengok. Dia telah mengguris perasaan dan menjatuhkan maruah pelajar.

Dia perlu mengamalkan strategi santun semasa membuat komen di media sosial untuk

menunjukkan diri mempunyai kesantunan yang tinggi. Dia wajar mengamalkan strategi

hormat-menghormati dengan menjaga maruah pelajar.

Seterusnya, Danial Danial pula membuat komen Bukan mati nak kalut telah

menunjukkan dia telah melanggar peraturan bahasa jarak sosia. Dia seharusnya

mengamalkan strategi lemah lembut dalam berbahasa untuk mengelakkan pergaduhan

kerana menurut Fraser dan Nolan (1981), kesantunan pada usaha mengekalkan komunikasi

yang harmoni tanpa konflik. Dia tidak semestinya mengutuk orang lain menggunakan kata

kasar kerana akan menyakitkan hati orang.

Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa mengamalkan strategi berhemah dalam

pertuturan. Strategi kesantunan verbal perlu dipraktikkan agar hubungan baik diwujudkan

antara satu sama lain.

9
3.3 Isu Gejala Sosial

Gamabr 4 : Akhbar pembuangan bayi yang berlaku di Malaysia

(http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=11175)

Gambar 5 : Komen dari youtube tentang isu pembuangan bayi

(https://www.youtube.com/watch?v=r3RZmIuypYI)

10
Ulasan

Sejak kebelakangan ini, berita di atas merupakan gejala pembuangan bayi sering

diperhatikan. Pada 26 Ogos 2014, Khasli Mohd Razali terkejut mendengar tangisan bayi

diselimuti kain ditanggalkan du tepi jalan. Kes ini telah mengundang perlbagai komentar

daripada pengguna facebook.

Komentar pertama dari Nora Atiqca yang meninggalkan mesej lebih teruk dari anjing

lo. Komen dia tidak mematuhi peraturan berbahasa seperti yang dinyatakan oleh Asmah Haji

Omar (2002). Komen tersebut menunjukkan dia tidak mempunyai kesantunan berbahasa. Dia

tidak boleh menggunakan kata-kata tidak sopan dan bahasa kasar mengikut emosi untuk

memarahi mereka yang tidak perikemanusiaan. Sebaliknya, dia perlu sentiasa mengamalkan

strategi lemah-lembut dengan digalakkan menggunakan kata-kata yang lebih halus.

Selain itu, komen Bunnnnsss bodoh punya mak/bapak…anak tu rezeki dari allah.. kau

pulak buang.. baik bagi orang yg memerlukan..bodoh. Komen dia akan menjatuhkan

maruah diri mahupun ahli keluarga. Dia seharusnya mengamalkan strategi berhemah iaitu

bertutur tidak melewati batas-batas norma. Seterusnya, dia seharusnya berfikir terlebih

dahulu sebelum meninggalkan komen yang dipersetujui oleh Flourishn Thrieve dalam

(https://flourishnthrive.wordpress.com/author/flourishnthrive/) “be careful with your words.

Once they are said, they can be only forgiven, not forgotten”. Sifat-sifat sedemikian dapat

menimbulkan perasaan hormat antara penutur dan juga individu yang berhadap dengannya.

Kesimpulannya, kita perlu mempunyai strategi santun untuk menunjukkan diri kita

seorang yang berbudi bahasa. Dengan ini, kita akan dihormati dan dipandang tinggi oleh

masyarakat.

11
Penutup

Kesimpulannya, bahasa yang tidak santun akan menimbulkan pelbagai isu negatif

berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, kesantunan berbahasa harus

dipraktikkan dengan mengamalkan strategi-strategi kesantunan secara meluas dalam

kehidupan harian kita. Contohnya, bahasa yang digunakan haruslah sesuai dengan situasi

ketika berkomunikasi. Ingatlah bahawa penggunaan bahasa yang santun dalam pergaulan

harian mencerminkan ketatasusilaan dan kehemahtan tinggi perwatakan seseorang itu.

Selain itu, penggunaan bahasa yang santun melambangkan ketinggian budi seseorang.

Persis kata bahasa jiwa bangsa. Bahasa bukan sahaja mencerminkan personaliti seseorang

malah menunjukkan ketinggian tradisi sesuatu bangsa tersebut. Dengan ini, kita perlu

sentiasa berhati-hati semasa berkomunikasi dan selalu menggunakan bahasa yang berbudi

supaya dapat menjamin keharmonian sejagat.

12

Anda mungkin juga menyukai