Anda di halaman 1dari 9

7 Petua Goreng Pisang Yang ‘Super’

Rangup Walaupun Dah Sejuk

ByNazurah Hassan
Posted on December 30, 2016

11K
SHARES
“Sedap betul makan pisang goreng panas-panas ni. Saja aku beli lebih buat makan malam
nanti. Kenapalah aku goreng tak rangup macam ni? Apa petua goreng pisang yang peniaga
ni guna? Kalau tahu, bolehlah aku buat sendiri tiap-tiap minggu.”
Bukan senang nak mendapatkan bancuhan tepung yang betul-betul rangup dan enak.
Kalau jadi pun, sedap dimakan waktu panas saja. Lepas itu, mulalah ianya lembek dan
berasa kurang sedap. Jauh berbeza daripada pisang goreng yang dihasilkan oleh
peniaga-peniaga jalanan.

Sebenarnya, ada beberapa cara turun-temurun dan petua goreng pisang yang boleh
anda cuba di rumah. Boleh pilih yang mana-mana berdasarkan bahan yang ada
di dapur anda.

Foto Kredit: mysore-khadya.blogspot.my

7 PETUA MERANGUPKAN GORENG PISANG WALAUPUN DAH SEJUK


Berikut adalah petua goreng pisang agar ianya tetap rangup dan garing walaupun
disimpan buat beberapa lama.

1. GUNAKAN KAPUR MASAKAN


Anda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur masakan dalam bancuhan tepung.

Gunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras: tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula
dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnyadan pastikan ia
tidak terlalu cair.

Foto Kredit: syanasaid.blogspot.my

2. MINYAK PANAS
Petua goreng pisang ini adalah antara yang paling ‘simple’, Caranya, gunakan tepung
gandum yang dicampur dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. Kemudian
tambahkan minyak masak yang panas dan gaulkan semula.

Foto Kredit: colorandspices.com

3. GUNA TEPUNG PULUT


Biasa kita dengar bancuhan menggunakan tepung beras, bukan? Apa kata cuba pula
bancuhan tepung pulut. Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2. Selain itu,
bahan yang diperlukan adalah 1 biji telur, sedikit garam, dan 1 sudu teh serbuk kunyit.

Caranya, campurkan saja semua bahan ini dan masukkan air secukupnya. Kacau hingga
sebati dan bolehlah menggoreng.
Foto Kredit: bm.thc.com.my

4. TAMBAHKAN KELAPA PARUT


Cara seterusnya adalah menggunakan kelapa parut. Istimewa bukan? Selain
menyedapkan rasa, ianya juga boleh membantu merangupkan gorengan anda.

Cuma tambahkan sedkit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung, kunyit, air kapur,
kelapa parut, telur dan garam.

Foto Kredit: avogel.co.uk

5. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat atau baking soda boleh juga digunakan untuk merangupkan pisang
goreng anda. Mudah saja, cuma campurkan tepung gandum yang digunakan bersama
sedikit soda bikarbonat sebelum membancuhnya dengan air, garam, dan serbuk kunyit.
Foto Kredit: davidwolfe.com

6. MARJERIN / ‘BUTTER’
Selain bahan-bahan di atas, anda boleh juga mengolah resepi dengan menambahkan 2
sudu marjerin atau ‘butter’ ke dalam bancuhan tepung gandum, serbuk kunyit dan
sedikit garam / gula.
Foto Kredit: designmomentum.com.au

7. TEPUNG GORENG ‘INSTANT’


Di pasaran, ada dijual tepung goreng ‘instant’ seperti pisang goreng Adabi yang tertulis
‘cuma tambah air’. Walaupun rasanya agak sedap, tapi tak semuanya akan menjadi
garing dan rangup apabila dimakan. Pernah juga ianya melekat dan lembek apabila siap
dimasak.
Oleh itu, anda boleh tambahkan tepung gandum kepada tepung ‘instant’ tersebut
dengan nisbah 1:1. Ia akan menghasilkan bancuhan yang lebih likat dan rangup!
Foto Kredit: livestrong.com

OLAH RESEPI IKUT CITARASA


Sebenarnya, ada banyak versi resepi tepung bancuhan dan petua goreng pisang yang
boleh anda dapati melalui internet. Namun, cuba cari resepi yang menggunakan salah
satu daripada 7 bahan ini kerana ia adalah bahan penting untuk menjadikan tepung
bancuhan anda rangup dan garing.

Jadi, bolehlah dinikmati walaupun ianya sejuk nant