Anda di halaman 1dari 2

Laporan Projek

Sepanjang tempoh berpraktikum di SJK(C) Yani selama 3 bulan, kami telah


diamanahkan untuk menghasilkan sehelai Jalur Gemilang dengan cop tangan murid.
Guru besar telah menyediakan sehelai kain putih sepanjang 2 meter. Sebelum
mewarnakan kain putih dengan cop tangan, kami telah menggunakan masa selama
seminggu untuk membuat lakaran Jalur Gemilang. Proses lakaran ini memudahkan
murid-murid untuk mengecopkan tapak tangan mereka di atas kain putih. Segala lakaran
telah kami lakarkan sebanyak beberapa kali. Hal ini dapat memastikan ukuran Jalur
Gemilang adalah tepat dan cantik.

Proses mengecop tapak tangan murid-murid telah dijalankan pada 2 Ogos 2017
di kantin sekolah. Kami turut dibantu oleh beberapa orang guru sekolah. Bantuan daripada
guru telah memudahkan proses penghasilan Jalur Gemilang yang istimewa ini. Dalam
masa sebanyak dua jam, Jalur Gemilang telah siap dicopkan dan kami telah menjemur
kain tersebut di atas padang bagi memastikan semua cat atas kain tersebut dapat
dikeringkan. Kami berasa amat bersyukur kerana tanpa bantuan guru-guru dan kerjasama
daripada murid-murid, kami tidak dapat menyempurnakan Jalur Gemilang ini dengan baik.

Pada 23 Ogos 2017, semua murid dan guru di SJK(C) Yani telah mengadakan
Perbarisan Merdeka di kawasan perumahan berhampiran dengan sekolah. Jalur
Gemilang yang kami hasilkan telah dikibarkan dan bendera Johor turut dikibarkan.
Perbarisan ini telah disertai oleh semua warga sekolah dan murid-murid berasa amat
seronok sepanjang perbarisan ini. Kami turut berasa bangga kerana pihak sekolah telah
memberi peluang kepada kami untuk menyertai semua projek ini dan kami berharap
pengalaman ini dapat kami manfaatkan pada masa depan.
Lampiran:
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

_____________________ _____________________

( CHOW CAI JIE ) ( NG SIN YUEH )

Guru Praktikum Guru Kanan Kokurikulum

SJK(C) Yani SJK(C) Yani