Anda di halaman 1dari 7

TEKNIK

MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN BAHASA MELAYU


STPM : SUATU ALTERNATIF BUAT GURU DAN PELAJAR



Oleh :
Cikgu Zulkarnain Farihin Abdullah
Guru Cemerlang Bahasa Melayu

1.0 PENDAHULUAN

Pendahuluan merupakan tarikan utama kepada pembaca untuk terus membaca sesebuah
karangan. Pendahuluan yang tepat dan betul amatlah penting dalam sesebuah penulisan
karangan. Oleh itu, apabila menulis pendahuluan karangan, kita harus mempunyai
pengetahuan sedia ada tentang sesebuah tajuk karangan. Jika tidak, pendahuluan karangan
yang dihasilkan akan tergantung atau tidak dapat difahami oleh pembaca. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita gagal menyampaikan gambaran keseluruhan perkara yang hendak
dibincangkan dalam penulisan karangan tersebut. Hakikatnya, kita diajar menulis karangan oleh
guru-guru bahasa Melayu kita sejak sekolah rendah lagi. Akan tetapi, kebanyakan pelajar
prauniversiti masih tercari-cari teknik untuk menghasilkan pendahuluan karangan yang tepat
dan betul. Oleh itu, saya ingin berkongsi mengenai teknik menulis pendahuluan karangan yang
saya fikirkan boleh membantu calon berdasarkan sedikit pengalaman ada. Teknik yang saya
cadangkan ini bukanlah yang terbaik tetapi boleh digunapakai untuk menulis karangan di
peringkat STPM.

2.0 PERKAITAN ANTARA PENDAHULUAN DENGAN ISU UTAMA SOALAN

Pendahuluan karangan harus dapat menggambarkan secara umum isu utama yang hendak
dibincangkan. Oleh itu, apabila ingin menulis sesebuah karangan, calon harus memilih tajuk
yang betul-betul difahami. Perkara ini penting kerana jika kita tidak menguasai betul-betul isu

1
utama yang dikemukakan dalam soalan maka berlakulah situasi hentam keromo semasa
menulis pendahuluan karangan.

SOALAN STPM
BAHASA MELAYU PENGGAL 1 TAHUN 2012

Kemalangan di tempat kerja berpunca daripada kecuaian majikan. Sejauh manakah anda
bersetuju dengan pendapat ini?


Tema Majikan dan pekerja


Isu Kemalangan di tempat kerja


Tugasan Menghuraikan dengan bersetuju bahawa kemalangan di tempat kerja berpunca
daripada kecuaian majikan dan faktor-faktor lain yang tidak boleh
dikesampingkan.


Saya dapati kegagalan calon dalam membina pendahuluan karangan yang tepat dan betul
adalah disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan sedia ada tentang isu utama yang
dikemukakan dalam soalan. Walaupun isu penderaan kanak-kanak selalu dipaparkan di media
massa atau diajar oleh guru di dalam kelas tetapi ramai calon yang gagal memahami isu
tersebut dengan baik. Mengapakah situasi ini berlaku? Jawapannya sudah pasti disebabkan
calon tidak mempunyai pembacaan yang meluas tentang isu tersebut. Benarkah begitu?
Apakah pembacaan yang meluas itu merupakan jaminan untuk seseorang calon menulis
pendahuluan yang tepat dan mantap? Yang manakah lebih penting, pembacaan yang meluas
atau teknik yang betul? Pada pandangan saya, penguasaan teknik yang betul akan membantu
kita menulis pendahuluan karangan yang mantap walaupun pengetahuan kita mungkin sedikit
mengenai isu utama yang dikemukakan dalam soalan.

3.0 RESIPI PENDAHULUAN KARANGAN CARA CIKGU ZUL

Karangan bahasa Melayu STPM perlu ditulis dalam lingkungan 600 hingga 650 patah perkataan
sahaja. Oleh itu, pendahuluan karangan tidak perlu terlalu panjang. Saya cadangkan calon
menulis pendahuluan karangan dalam lingkungan 80 hingga 90 patah perkataan sahaja. Walau
bagaimanapun, jika calon tidak menguasai teknik penulisan pendahuluan karangan yang betul
amatlah sukar untuk mereka menghasilkan pendahuluan yang sepanjang itu. Idea mereka akan

2
tersekat-sekat sehingga karangan yang dihasilkan kurang berkualiti. Keadaan akan menjadi
lebih parah jika calon tersebut kurang membaca isu-isu yang berkaitan dengan tema yang
dikemukakan dalam soalan. Oleh itu, saya mencadangkan pendahuluan karangan haruslah
mengandungi tiga unsur berikut, iaitu:


Unsur Perincian unsur


Tema Tema merupakan bidang utama yang memberikan gambaran
keseluruhan bagi soalan esei atau karangan yang dikemukakan itu.
Sebagai contohnya, tema karangan yang boleh dikemukakan ialah sukan,
pendidikan, kesihatan, pertanian, perpaduan, dan sebagainya. Apabila
kita membaca soalan, perkara utama yang harus kita kenal pasti ialah
tema agar kita boleh membayangkan perkara-perkara yang sedia ada
dalam minda kita tentang tema tersebut.


Senario semasa Selepas mengenali tema, calon harus mengenal pasti isu yang
yang berlaku dikemukakan dalam soalan berkaitan dengan tema tersebut dan
berkaitan dengan mengaitkan isu tersebut dengan senario semasa yang berlaku. Sebagai
tema. contohnya, jika tema soalan ialah sukan, maka isu yang boleh
dikemukakan ialah kemerosotan sukan negara, pencapaian sukan
negara, kejayaan, dan sebagainya. Setelah itu, kita harus melihat
senario semasa yang berlaku berkaitan dengan isu tersebut untuk
membantu kita menghuraikan bahagian ini.


Tugasan soalan Bahagian ini perlulah dinyatakan dalam pendahuluan supaya pembaca
tahu perkara yang hendak dibincangkan oleh calon berkaitan dengan isu
utama tersebut.















3
4.0 PENGIMPLEMENTASIAN TEKNIK

Saya lanjutkan perbincangan ini dengan memberikan tiga contoh berdasarkan soalan karangan
Bahasa Melayu STPM Kertas 1, Penggal 1, tahun 2012.



Amalan berbudi bahasa amat penting dan perlu menjadi
Soalan 1 budaya rakyat negara ini. Huraikan langkah-langkah yang
dapat dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang
berbudi bahasa.

Amalan berbudi bahasa


Pendefinisian
- amalan mulia masyarakat Timur
Tema - mementingkan nilai-nilai murni dalam pergaulan
- lambang kesopanan dan kesusilaan seseorang
- dihormati dan disanjungi oleh orang lain



Generasi muda yang berbudi bahasa
Isu berkaitan
dengan amalan
Senario yang berlaku dalam kalangan generasi muda
berbudi bahasa - kurang berbudi bahasa
- suka bercakap kasar
dalam kalangan - tidak menghormati orang tua
generasi muda

Tugasan Menghuraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan


untuk melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa.


Amalan berbudi bahasa merupakan amalan mulia
masyarakat Timur sejak turun-trmurun. Orang yang
mempunyai amalan berbudi bahasa sentiasa mementingkan
nilai-nilai murni dalam pergaulan. Hal ini dikatakan
demikian kerana amalan berbudi bahasa menjadi lambang
kesopanan dan kesusilaan seseorang. Walau
Contoh huraian bagaimanapun, senario yang berlaku dalam kalangan
generasi muda sekarang amat membimbangkan kerana
perenggan semakin ramai yang mengabaikan aspek berbudi bahasa
pendahuluan dalam pergaulan. Generasi muda yang kurang berbudi
bahasa sentiasa bercakap kasar dan berbahasa kesat.
Mereka juga kurang menghormati rakan, guru, dan ibu bapa
mereka sendiri. Oleh itu, langkah-langkah yang dapat
dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang berbudi
bahasa akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

(99 patah perkataan)

4


Negara ini masih kaya dengan hutan dan pihak kerajaan
Soalan 2 berusaha untuk mengekalkannya kerana menyedari bahawa
hutan penting kepada hidupan. Jelaskan kepentingan hutan.



Malaysia kaya dengan hutan

Pendefinisian
Tema - mengalami iklim khatulistiwa
- menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika
- kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna
- harus dipelihara demi kelestarian alam semula jadi



Hutan penting kepada hidupan
Isu berkaitan

dengan hutan di Senario yang berlaku terhadap hutan di Malaysia
Malaysia - diteroka untuk pembangunan dan pembalakan
- fauna kehilangan habitat

- banyak spesies flora dan fauna yang terancam

Tugasan Menjelaskan kepentingan hutan kepada hidupan




Malaysia sebagai sebuah negara yang terletak di kawasan

iklim khatulistiwa diliputi oleh lapisan hutan yang tebal.

Hutan hujan tropika merupakan hutan yang terpenting dan

paling luas di Malaysia. Hutan ini merupakan habitat bagi

pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan

liar. Senario yang berlaku terhadap hutan di Malaysia kini

Contoh huraian agak membimbangkan. Kebanyakkan hutan di negara kita

perenggan telah diteroka untuk tujuan pembangunan dan pembalakan.

pendahuluan Akibatnya, pelbagai spesies fauna telah kehilangan habitat


sehingga mengalami kepupusan. Keadaan ini amatlah
merugikan kerana khazanah alam yang ada di Malaysia
memang unik dan sesetengah spesies tidak terdapat di
tempat lain. Oleh itu, kepentingan hutan kepada hidupan
akan dibincangkan demi membangkitkan kesedaran dalam
kalangan masyarakat agar terus memelihara dan
memulihara hutan yang terdapat di negara kita.
(119 patah perkataan)

5


Kemalangan di tempat kerja berpunca daripada kecuaian
Soalan 3 majikan. Sejauh manakah anda bbersetuju dengan
pendapat ini?



Majikan dan pekerja

Pendefinisian
Tema - dua pihak yang saling memerlukan
- harus bekerjasama demi meningkatkan produktiviti
- selalu timbul konflik
- tidak sependapat dalam pelbagai perkara



Kemalangan di tempat kerja
Isu berkaitan

dengan kemalangan Senario yang berkaitan dengan kemalangan di tempat
di tempat kerja kerja di Malaysia
- semakin kerap berlaku

- boleh mengakibatkan kecederaan, kecacatan kekal, dan
kematian

Menghuraikan dengan bersetuju bahawa kemalangan di


Tugasan tempat kerja berpunca daripada kecuaian majikan dan
faktor-faktor lain yang tidak boleh dikesampingkan.


Majikan dan pekerja merupakan dua pihak yang saling

memerlukan. Kedua-duanya harus bekerjasama demi

meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Walau

bagaimanapun, kita sering mendengar bahawa majikan dan

pekerja selalu berhadapan dengan pelbagai konflik akibat

kurang persefahaman dalam pelbagai perkara. Keadaan ini

Contoh huraian boleh mendatangkan kesan yang negatif jika tidak

perenggan dibendung. Kemalangan di tempat kerja merupakan salah

pendahuluan satu kesannya. Kemalangan di tempat kerja yang semakin


kerap berlaku boleh mengakibatkan kecederaan, kecacatan
fizikal, dan kematian. Kemalangan di tempat kerja memang
berpunca daripada kecuaian majikan tetapi terdapat juga
faktor-faktor lain yang tidak boleh dikesampingkan. Perkara
ini akan dihuraikan secara terperinci demi kepentingan
bersama.
(97 patah perkataan)

5.0 PENUTUP

Teknik yang saya cadangkan ini bukanlah yang terbaik tetapi saya suka berkongsi tentang cara-
cara yang saya gunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar saya.
Keberkesanannya terbukti apabila saya lihat pencapaian mereka semakin meningkat kerana
mereka tahu perkara-perkara yang harus dilakukan sebaik sahaja masuk ke dewan peperiksaan.
Kita harus berani berfikir dan mencuba apa-apa teknik dan cara untuk membantu pelajar-
pelajar kita demi meningkatkan pencapaian mereka. Insyallah, suatu masa mereka akan sedar
dan amat berterima kasih kerana mereka tahu kita bersungguh-sungguh membantu mereka
sehinggalah mereka berjaya dalam hidup. Aspek pendahuluan karangan amatlah penting.
Walaupun pendahuluan karangan cuma satu perenggan sahaja kesannya kepada keseluruhan
karangan amat besar. Jika kita pergi ke sebuah kedai yang menjual kucing. Sebaik sahaja kita
sampai ke kedai tersebut kita akan melihat anak-anak kucing yang ada di kedai itu. Mata kita
mudah tertarik kepada kucing yang berbulu cantik, sihat, dan sempurna. Begitulah dengan
pendahuluan karangan, jika pendahuluan itu tepat dan mantap, pemeriksa akan tertarik untuk
membaca sehingga ke titik noktah yang terakhir.

NASIHAT CIKGU ZUL


Tanya hati kita, apakah tujuan kita meneruskan pelajaran di Tingkatan
Enam?Hati yang suci akan menjawab, “Saya ingin mendapat
keputusan yang cemerlang dalam STPM bagi membolehkan saya
meneruskan pengajian di universiti tempatan dalam bidang yang saya
minati. Seterusnya, setelah menamatkan pengajian saya mahu
mendapatkan pekerjaan kerana saya berhasrat untuk mengubah nasib
keluarga saya”. Akan tetapi, kenapakah kita tergamak
menghampakan harapan hati? Tahukah kita, semasa kita gagal, hati
kita akan berasa kecewa, hati kita akan menangis, hati kita hancur,
dan berasa amat malu kerana orang lain berjaya manakala kita tidak.
Kejayaan itu tidak susah untuk digapai jika kita selalu
positif dan berusaha tanpa jemu.