Anda di halaman 1dari 4

TEKS EMCEE

MAJLIS RESTU ILMU 2017

PERISTIWA
BUTIRAN PERISTIWA
/ CUE
Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt. & salam sejahtera.


HASNA Yang Berusaha, En Zakaria b Mohd Zin Penolong Kanan 1 Sek Keb
Sidam Kiri
Yang Berusaha, En Tarmizi b Mahamad Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Sidam Kiri
Yang Berusaha Penolong Kanan Ko-KurikulumEn Azahari b Hamid
rakan-rakan guru yang dihormati , murid-murid yang dikasihi
calon UPSR 2017 yang dikasihi.

Selamat datang diucapkan kepada semua warga SK Sidam Kiri


dalam Majlis Restu Ilmu Murid-murid Tahun 6 SK Sidam Kiri 2017.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan
kesempatan untuk bersama-sama berkumpul bagi meraikan majlis
ini.

Siti Aznim Hadirin sekalian.

Majlis Restu Ilmu yang saban tahun diadakan ini ,merupakan


antara persediaan terakhir dan sebagai tanda pengharapan manusia
kepada Khalik (Pencipta) untuk bertawakal kepada-Nya, setelah
segala usaha dilakukan oleh murid-murid dan barisan guru dalam
memastikan anak-anak didik kita semua mencapai kejayaan
cemerlang dalam UPSR kelak. INSHAALLAH.

Siti Aznim Orang Jeli berdagang ke kota,


Singgah di Tumpat membeli gamat,
Bacaan Doa Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menadah tangan


memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis dengan segala hormatnya menjemput
_______________________________________________
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

1
HASNA Amin.
Selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Bacaan Doa ______________ di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu- Hadirat hadirat sekalian,


aluan dan
Perasmian Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan alu-aluannya.

Bagi memulakan majlis saya dengan berbesar hati mempersilakan


Yang Berusaha En Zakariah b Mohd Zin Besar, merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Restu Ilmu untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Zakaria b


Md Zin diatas ucapan aluan itu tadi. Diharap apa yang disampaikan
itu dapat dijadikan panduan dan teladan kepada kita semua.

SITI AZNIM Hadirin dan hadirat yang dihormati.

4. Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya dijemput wakil murid


tahun 6, ………………………………………………………………. untuk
menyampaikan sepatah dua kata serta melafazkan aku janji.
Majlis mempersilakan.

Demikian tadi berakhirnya ucapan daripada wakil murid tahun 6


serta aku janji dari semua calon UPSR.

Demi Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mendengar,


Kita memohon agar sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh anak-anak didik kita calon-calonUPSR 2017
khasnya. Semoga apa yang diajarkan oleh para guru, apa yang
dibaca dan dihafal oleh murid semua , sampai ke dalam dewan
peperiksaan UPSR kelak. Sedikitpun tidak akan tercicir atau hilang
umpama pasir dipantai atau buih dilautan.INSHAALLAH.

Deklamasi Hadirin Warga Dewan yang saya muliakan,


Sajak
Izinkan kami untuk mendeklamasikan sebuah sajak “Pesan
Seorang Guru” yang ditujukan khas buat calon UPSR 2017 ini.
Hayati bait-bait sajak ini dengan

2
Anak didikku

Pabila kau atur langkahmu ke dewan peperiksaan


Bayangkan wajah ibubapamu, wajah guru-gurumu
Membanting kudrat dari urat dan tulang,siang malam
memikirkanmu
Dicelah timbunan konkrit atau di tengah permatang

Anak didikku

Bukan gunung dan lautan jadi bandingan


Titipan kasih sayang bukan taruhan
Demi dirimu amanah dari Tuhan
Tak rela bagi kami untuk persiakan

Anak didikku

Nanti pabila kau atur langkah pulangmu


Bayangkan wajah-wajah gurumu
Yang masih seperti lalu mencari kekuatan baru
Untuk hari esok pabila kembali bersama

Anak didikku

Bukan hadiah tukaran jasa


Bukan balasan yang ku pinta
Cukuplah.. cukuplah dengan cemerlang intelekmu
Hasil dari pengorbanan yang dicurah
Agar kau menjadi manusia yang berjaya

Acara
seterusnya Para hadirin yang dihormati.

Suria bersinar tampak berseri,


Indah awan di langit membiru
Selamat berjuang putera dan puteri
Guru - gurumu memberi restu.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu “Ku Pohon Restumu


Guru-guruku”.

Dalam kesempatan ini, di pertemuan yang penuh bermakna ini

3
marilah kita sama-sama melapangan dada, saling memaafkan dan
merelakan antara guru dan para pelajar calon - calon UPSR 2017
pagi ini. Semoga keberkatanNya menjadi landasan hidup yang
sempurna demi beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

-Murid- murid diminta berdiri.


- Para guru dijemput memenuhi dan berbaris di bahagian hadapan
dewan.
-Sekarang...dalam keadaan senyap, bergerak... / guru-guru anda
...CIUM TANGAN mereka..MOHONLAH
KEAMPUNAN MEREKA ! andai ada terkasar bahasa...tersilap
bicara...mohon diampunkan dosa...minta direstukan segala ilmu
yang diberi...mungkin semalam anda melawan guru anda, tidak
menyiapkan tugasan yang diberi dan sering menyakiti hati
guru...mohonlah kemaafan dari mereka.
Kerana restu mereka adalah keramat, ilmu mereka adalah azimat!!

Cikgu-cikgu ...berikanlah restumu dengan ikhlas hati, halalkan ilmu


ynag telah dicurahkan....doakanlah kejayaan mereka!

(background music)**

Selesai Majlis Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.
Penyampaian Jejaran mengkudu bias kesuma,
Di celah angsana di Pekan Jeli,
Akhir di sini noktah bersama,
Di lain masa bersua kembali.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai